Anda di halaman 1dari 2

1.

RASULULLAH SAW bersabda maksudnya: Sesiapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada
dalam jaminan Allah SWT. Kerana itu, janganlah kamu mencari jaminan Allah SWT dengan sesuatu
(selain daripada solat), yang pada waktu kamu mendapatkannya, lebih-lebih lagi ditakuti kamu
tergelincir ke dalam api neraka. (Hadis riwayat Muslim)Muhammad Abdur Rauf al-Munawi dalam
kitabnya at-Taarif menegaskan, as-Subhu atau as-Sabah adalah permulaan siang hari, iaitu ketika
ufuk berwarna merah jingga di langit tertutup oleh tabir matahari.
2. Adapun solat Subuh ibadat yang dilaksanakan ketika fajar siddiq dan berakhir pada waktu
matahari terbit.Solat Subuh memiliki banyak daya tarikan kerana kedudukannya dalam Islam dan
nilainya yang tinggi dalam syariat. Banyak hadis mendorong untuk melaksanakan solat Subuh serta
menyanjung mereka yang menjaga dan mengerjakannya.
3. Rasulullah SAW mengetahui waktu Subuh adalah waktu yang sangat sulit dan payah untuk bangun
dari tidur. Seorang Muslim bila dibiarkan begitu saja (tertidur), akan memilih untuk merehatkan
dirinya sampai terjaga hingga terbit matahari dan meninggalkan solat Subuh, atau Subuh gajah, iaitu
dikerjakan solat Subuh tidak pada waktunya yang betul.
4. Rasulullah SAW mengkhususkan solat subuh dengan beberapa keistimewaan tunggal dan sifat
tertentu yang tidak ada pada solat lain. Banyak keutamaan dan kelebihan yang didapati di waktu
subuh.
5. Salah satu keutamaannya adalah Rasulullah SAW mendoakan umatnya yang bergegas dalam
melaksanakan solat Subuh, sebagaimana disebutkan dalam hadis: Ya Allah, berkatilah umatku
selama mereka suka bangun subuh (iaitu mengerjakannya) . (Hadis riwayat Termizi, Abu Daud,
Ahmad dan Ibnu Majah)Jika Rasulullah SAW yang berdoa, maka tidak ada hijab di antara Baginda
dengan Allah SWT kerana Baginda sendiri adalah orang yang secara jasadiyah paling dekat dengan
Allah SWT.Waktu Subuh adalah waktu yang paling baik untuk mendapatkan rahmat dan keredaan
Allah SWT.
6. Allah SWT berfirman maksudnya: Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang
menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharap keredaan-Nya, dan janganlah kedua
matamu berpaling daripada mereka kerana mengharapkan perhiasan duniawi, dan janganlah kamu
mengikuti orang yang hatinya sudah Kami lalaikan daripada mengingati Kami, serta menuruti hawa
nafsunya dan adalah keadaannya itu melampaui batas. (Surah al-Kahfi, ayat 28)
7. Keutamaan solat Subuh diberikan ganjaran pahala melebihi keindahan dunia dan seisinya,
sebagaimana disebutkan dalam hadis riwayat Imam at-Termizi: Dari Aisyah telah bersabda
Rasulullah SAW, dua rakaat solat Fajar pahalanya lebih indah daripada dunia dan seisinya.Begitulah
keistimewaan solat Subuh. Apakah yang menghalang kita untuk menyingkap selimut dan mengakhiri
tidur untuk melakukan solat Subuh?
8. Bukankah solat Subuh menjadi bahagian yang begitu besar kemuliaannya dibandingkan dunia dan
seisinya? Diriwayatkan Muslim daripada Usman bin Affan berkata, Rasulullah SAW bersabda yang
maksudnya:Barang siapa yang solat Isyak berjemaah maka seolah-olah dia telah solat setengah
malam, barang siapa solat Subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah melaksanakan solat malam
satu malam penuh. (Hadis riwayat Muslim).
9. Solat Subuh adalah sumber daripada segala cahaya di hari kiamat. Di hari itu, semua sumber
cahaya di dunia akan padam. Matahari akan digulung, ibadat yang akan menerangi
pelakunya.Diriwayat kan daripada Abu Musa al-Asyaari, dia berkata Rasulullah SAW bersabda yang
maksudnya: Barang siapa yang solat dua waktu yang dingin, maka akan masuk syurga. (Hadis
riwayat Bukhari). Dua waktu yang dingin itu adalah solat Subuh dan Asar.Mereka yang menjaga solat
Subuh dan Asar dijanjikan kelak di syurga akan melihat Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda yang

bermaksud: Kami sedang duduk bersama Rasulullah SAW, ketika melihat bulan purnama. Baginda
berkata, Sungguh kamu akan melihat Rabb (Allah), sebagaimana kamu melihat bulan yang tidak
terhalang dalam memandangnya. Apabila kamu mampu, janganlah kamu menyerah dalam
melakukan solat sebelum terbit matahari dan solat sebelum terbenam matahari. Maka lakukanlah.
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
10. Rasulullah SAW memberi janji, apabila solat Subuh dikerjakan, maka Allah akan melindungi siapa
saja yang mengerjakannya seharian penuh. Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: Barang siapa
yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah. Maka janganlah cuba-cuba
membuat Allah membuktikan janji-Nya. Barang siapa yang membunuh orang yang menunaikan solat
Subuh, Allah SWT akan menuntutnya, sehingga Allah SWT akan membenamkan mukanya ke dalam
neraka. (Hadis riwayat Muslim, at-Termizi dan Ibn Majah)Semoga kita tetap menjaga dan
memelihara solat Subuh seperti dijanjikan Allah. Bergegas bangun tidur apabila terdengar laungan
azan berkumandang untuk segera mengerjakan solat Subuh.