Anda di halaman 1dari 19

Terima kasih Pengerusi Majlis

,Para juri penjun


jung kesaksamaan
kelompok pendidik bestari, hadirin pendengar yang
dikasihi,
..
.dekat dihati..
Selamat sejahtera
.
dan Salam 1 MalaysiaBerbun
ga kemesraan arena pada hari ini..
saya warnai dengan pidato yang berjudul
..
BudiBahasa Amalan Mulia.
Hadirin yang dihormati,Merujuk Kamus Dewan edisi keempat
, budi
membawa maksud perangai atau tingkahlaku
,

bahasa
, didefinasikan sebagai percakapan atau tingkahlaku yang baik,
Amalan
pula merupakaan sesuatu yang dilakukan sebagai kebiasaan, manakala
.
mulia
pula
adalah luhur dan tinggi.lalu saya simpulkan frasa
Budi Bahasa Amalan Mulia sebagai..
perangai atau tingkahlaku baik yang dijadikan amalan dalam kehidupan kita

Bismilahhiramannirahim
Kalau tidak kerana bintang,
Tak akan bulan kelihatan tinggi ,
Kalau tidak kerana pidato,
Tak akan saya berada disini.
Datang bahtera dari Medan ,
Singgah sebentar di laluan Kerai,
Salam satu Malaysia saya hulurkan ,
Kepada warga dewan pembuka tirai.

Assalamualikum W.B.H
Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis ,barisan panel Hakim yang arif lagi
bijaksana yang sedang menjunjung mahkota keadilannya ,penjaga masa
yang sentiasa peka dengan detak jamnya, para perserta yang saya kagumi
serta hadirin dan hadirat yang saya hormati.
Jauh berlayar si pedagang Cina ,
Singgah di Melaka menjual sutera .
Bahasa melayu bahasa perantara ,
Tonggak utama perpaduan negara
Hadirin dan hadirat yang dihormati
Cogan kata Hidup Muafakat Membawa Berkat merupakan antara
cogan kata yang dicipta untuk menyedarkan orang ramai akan peri
pentingnya muafakat dalam kehidupan masyarakat yang berbilang kaum
seperti di negara kita. Kata orang, permuafakatan bererti perpaduan. Situasi
ini dapat dihuraikan oleh bidalan bersatu teguh bercerai roboh. Keadaan ini
membawa kebaikan dan kejayaan kepada seluruh anggota masyarakat
berkenaan. Sesungguhnya, negara yang memiliki masyarakat majmuk
seperti Malaysia berpaksikan pada perpaduan untuk meneruskan
kelangsungan keharmonian di dalam negara. Saya yakin bahawa perpaduan
penting dalam sesebuah negara. Dalam usaha melonjak status negara
berpendapatan tinggi dan bagi merealisasikan dasar transformasi kerajaan,
soal perpaduan tidak boleh dipandang enteng kerana bukan mudah untuk
membina identiti bangsa dan mendaulatkan maruah bangsa. Usaha
membina negara bangsa yang bersatu padu ini sebenarnya boleh dilakukan
jika setiap rakyat mengerti akan kepentingan bahasa kebangsaan sebagai
tonggak perpaduan setiap rakyat di Malaysia. Oleh itu, izinkan saya untuk
menjelaskan dengan lebih terperinci tentang wacana ilimiah kita pada hari
ini yang bertajuk Bahasa Melayu Tonggak Perpaduan Bangsa Malaysia.
Hadirin yang dirahmati,
Sebagai pembuka tirai perbincangan yang pertama, adalah baik jika
kita menelusuri akar-akar cerucuk sejarah sebelum terbentangnya hamparan
indah negara Malaysia. Apabila memorabilia ini membawa kita ke ratusan
tahun yang lampau, nyatalah bahawa Bahasa Melayu sudah berfungsi
sebagai lingua franca yang didefinisikan sebagai bahasa perantaraan antara
masyarakat pada zaman itu.Hal ini dapat dibuktikan dengan jelas apabila
kita meneliti catatan ilmuwan Inggeris seperti R.O. Winsted yang
menunjukkan bahawa Bahasa Melayu telah digunakan sebagai bahasa
perdagangan yang mengeratkan hubungan masyarakat yang berkunjung ke
Melaka ketika itu. Daripada golongan pendeta sehinggalah ke golongan

biasa, setiap insan di Melaka ketika itu berkomunikasi dengan bahasa


tercinta kita yang tidak lapuk dek hujan tak lekang dek panas. Tidak lain dan
tidak bukan,sudah tentulah Bahasa Melayu. Nah, apa lagi yang kita
pertikaikan tentang kemampuan bahasa kebangsaan kita sebagai wadah
perpaduan? Berdasarkan perkara ini, jelaslah bahawa hamparan sejarah
jelas membuktikan bahawa bahasa Melayu mampu menjadi bahasa
perpaduan yang cemerlang di dunia.
Hadirin yang dihormati,
Melalui bahasa Melayu, sebarang konfrantasi, buruk sangka dan salah
faham antara kaum dapat dikikis dengan mudah. Saya suka untuk
meminjam kata-kata pujangga pendeta Zaaba yang berbunyi bahasa
menunjukkan bangsa. Apabila kita melihat masyarakat bertutur dalam
bahasa Melayu, sudah terang lagi bersuluh bahawa mereka ialah bangsa
Malaysia. Daripada kata-kata hikmat tersebut, saya sangat percaya bahawa
bahasa Melayu sedikit sebanyak akan mengurangkan semangat kecinaan,
kemelayuan ataupun keindiaan.
Haiya, ini balang mana ada halga, dia punya bau saya macam mau
pengsan ah
Tambi, itu worang mau roti satu, kari ikan kapla satu

Pelatlah
dengan
pengaruh
bahasa
natif,asalkan setiap kaum di Malaysia dapat bermesra dan bertukar-tukar
maklumat dan fikiran hanya dengan menggunakan bahasa Melayu. Langkah
Dewan Bahasa memasukkan entri perkataan baharu setiap kali edisi baharu
terbit merupakan langkah yang patut dipuji kerana perkataan pinjaman

daripada bahasa Cina dan India yang mengalami proses kemalaysiaan


sememangnya dapat mewujudkan perpaduan. Apa yang penting, setiap
kaum di Malaysia tidak akan kekok untuk berbicara dalam bahasa
kebangsaan. Apabila tidak kekok berbicara, sudah tentulah juga tidak kekok
untuk bermesra. Apabila sudah bergaul mesra, nyatalah bahawa perpaduan
dalam kalangan masyarakat majmuk itu akan terbina kukuh di bawah
payung Satu Malaysia. Berdasarkan hujah ini, nyatalah bahawa bahasa
Melayu itu merupakan medium untuk mewujudkan perpaduan dalam
kalangan masyrakat di Malaysia.
Hadirin yang dikasihi,
Dalam lautan ilmu yang memenuhi pustaka di Malaysia, sudah
tentulah bahasa Melayu turut menjadi bahasa penyebaran ilmu
pengetahuan. Berdasarkan data yang saya peroleh daripada Arkib Negara,
saya amat kagum dengan pencapaian bahasa Melayu kerana hampir 800
buah buku ilmiah ditulis dalam bahasa Melayu oleh rakyat Malaysia sendiri.
Untuk pengetahuan hadirin, ilmu pengetahuan merupakan perkara yang
sangat penting untuk memupuk perpaduan. Masarakat yang tidak berilmu
ibarat masyarakat yang tidak bertamadun. Apabila tidak bertamadun, sudah
tentulah masyarakat bertindak membuta-tuli mengikut hati dan naluri. Oleh
itu, sudah tentulah kucar-kacir akan menodai keamanan sesebuah negara.
Saya juga ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan ribuan
terima kasih dan segunung pernghargaan kepada Kementerian Pelajaran
Malaysia kerana mengembalikan mandat kepada bahasa Melayu dalam
pengajaran Sains dan Matematik. Sesungguhnya, langkah ini dapat
merapatkan jurang pendidikan antara murid-murid di luar bandar dan di
kawasan bandar. Dalam soal keharmonian, sudah tentulah kita tidak
mahukan sebarang jurang bertatah di dalam kehidupan masyarakat. Pada
pendapat saya, jurang itu boleh memecahbelahkan perpaduan. Apabila
bahasa Melayu kembali dalam pengajaran subjek kritikal ini, sudah tentulah
jurang itu dapat dirapatkan. Ketika jurang pendidikan itu dirapatkan, sudah
tentulah perpaduan dapat dipupuk dari alam persekolahan lagi. Selain dasar
baharu itu, usaha Kementerian Pelajaran Malaysia melaksanakan program
Memartabatkan Bahasa Melayu, memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMBMI)
dilihat sebagai wahana yang sangat utama untuk menjadi tonggak
perpaduan. Pengisiannya jelas menunjukkan bahawa betapa prihatinnya
pihak kerajaan terhadap kedaulatan bahasa Melayu dan betapa arifnya
kerajaan tentang peranan bahasa Melayu sebagai tonggak perpaduan.
Hadirin yang dirahmati,
Sebagai penutup tirai wacana ilmu kita pada hari ini, saya suka ingin
mengingatkan
kepada
khalayak
hari
ini
bahawa
rakyat
yang

memperlekehkan bahasa kebangsaan akan merosakkan perpaduan yang kita


kecapi selama ini. Tidak keterlaluan saya katakan bahawa insan inilah anasir
yang menodai kebahagiaan kita di bawah berkat Satu Malaysia. Oleh itu,
sayangilah bahasa Melayu kita, hormatilah bahasa kebangsaan kita
kerana bahasa Melayu tonggak perpaduan bangsa.
Sekian, terima kasih.
Terima kasih saudara/i pengacara majlis.
Barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana.
Dif-dif kehormat.
Rakan-rakan seperjuangan.
Sidang hadirin warga dewan, aspirasi negara.
Assalamualaikum WM WB dan salam 1 Malaysia.
Prof. Dr Awang Sariyan ada menyatakan bahawa kisah kegemilangan
Bahasa Melayu (BM) pada zaman silam telah membuana di jagat raya
namun, sekadar mengagumi sejarah silam, kita tidak mungkin dapat
mengangkat martabatnyaJusteru, berdirinya saya di pentas perdana ini
dengan penuh iltizam, ingin menyebarkan sedikit dogma berpandukan tinta
dan wacana para sarjana, melalui mauduk pidato saya BAHASA JIWA
BANGSA.
Bahasa, menurut Kamus Dewan, adalah sistem lambang bunyi suara yang
dipakai sebagai alat perhubungan dalam satu kelompok manusia. JIWA,
BERMAKSUD nyawa atau roh. Manakala, bangsa pula bermaksud,
kumpulan manusia dalam satu ikatan ketatanegaraan. Dalam konteks
pidato saya, konsep bangsa dan bahasa secara total merujuk kepada bangsa
Malaysia dan bahasa kebangsaan kita, yakni BM.
Persoalannya sidang dewan sekalian, mengapakah bahasa itu dikatakan
jiwa @ roh bangsa? Apakah keistimewaan BM kita yang sekian lama
diagung-agungkan dalam adikarya seantero dunia. Marilah bersama-sama
saya, merungkai persoalan ini satu persatu melalui empat nirmala kata,
inspirasi mahakarya.
Sidang hadirin sekalian

Heraclitus menyatakan bahawa bahasa sangat berkait rapat dengan semua


aspek kehidupan manusia. Melalui bahasa, sesuatu masyarakat
mempamerkan nilai-nilai dan budaya mereka kepada bangsa lain. Pepatah
Melayu menyatakan, bahasa menunjukkan bangsa. Hatta, saya
rangkumkan frasa ini dengan nirmala kata saya yang pertama; BAHASA
MELAYU MENCERMINKAN JATI DIRI BANGSA MALAYSIA.
Jati diri @ identiti sesuatu bangsa merujuk kepada ciri-ciri yang
membezakan sesuatu kumpulan manusia dengan kumpulan manusia lain.
Menuturkan sebuah bahasa yang sama ialah antara ciri yang menentukan
jati diri sesebuah bangsa.Tahukah anda? Rakyat Switzerland menuturkan 4
bahasa yang berlainan iaitu Bahasa Perancis, Jerman, Italy dan Roman
mereka semua adalah bangsa Swiss. Di Malaysia, kita juga mempunyai satu
bahasa kebangsaan yang dituturkan olah masyarakat pelbagai keturunan
tanpa
was-was. Tuntasnya, realiti BM sebagai cermin jati diri bangsa
Malaysia, tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.
Hadirin yang saya muliakan.
Nirmala kata saya yang kedua; BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA ILMU.
Prof. Dr Shahir Mohamad Zain menyatakan bahawa BM pernah
mengungkapkan ilmu dalam zaman kegemilangannya. Catatan-catatan
Melayu Kuno dalam prasasti Funan dan Champa seawal abad ke-7
mengandungi ilmu-ilmu asas dalam bidang sains dan matematik. Bahasa ini
kemudiannya berkembang dalam pelbagai bidang seperti ekonomi,
teknologi, undang-undang, sastera dan agama.
Sehingga mutakhir ini, BM telah berfungsi sebagai bahasa akademik yang
lengkap dengan laras-laras bahasa dalam ilmu moden. Oleh itu, tidak
hairanlah jika BM kini sedang diajar dan dikaji di 108 buah pusat pengajian
tinggi di serata dunia. Sebagai pewaris tinta para sarjana, sejuk hati dan
mata memandang, apatah lagi telinga ini mendengar, setiap bait kata yang
dilafazkan oleh para peserta Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa
Melayu baru-baru ini. Inilah citra BM sebagai bahasa ilmu.
Meniti kita kepada nirmala kata saya yang ketiga; BAHASA MELAYU
PEMANGKIN PERPADUAN.
Konsep perpaduan telah lama diterapkan dalam kalangan masyarakat
Malaysia. Sehingga hari ini, perpaduan masih lagi menjadi agenda utama
negara di bawah Gagasan 1 Malaysia. Dengan bahasa yang sama, rakyat
Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum tetap bersatu padu walaupun
mempunyai latar belakang agama, adat resam dan budaya yang berbeza.

Selepas negara mencapai kemerdekaan, BM telah dijadikan bahasa rasmi


dan bahasa kebangsaan.
BM juga telah menjadi agen penyatuan rakyat dari segenap ceruk rantau,
kesatuan dan persatuan, sama-sama melupakan perbezaan ras dan dogma
dalam perjuangan membebaskan Tanah Melayu dari belenggu kolonial serta
meredakan kemelut perkauman dalam era pasca kemerdekaan. Bukankah
Herodotus ada berpesan bahawa, bangsa yang melupakan sejarah, akan
mengulangi sejarah. Oleh itu, fikir-fikirkan.
Nirmala kata saya yang keempat dan terakhir; BAHASA MELAYU TERAS
PEMBINAAN NEGARA BANGSA.
BM telah menjadi asas pembinaan negara bangsa Malaysia yang merdeka.
Menurut Prof. Dr Teo Kok Seong, maruah bangsa Malaysia terletak pada
martabat bahasa Melayu yang menjadi lambang kedaulatan pemerintah dan
negara. Ini kerana, BM telah mendukung peranan penting sebagai bahasa
peradaban dan tamadun tinggi pada suatu ketika dahulu. Pada zaman
kesultanan Melayu Melaka, BM digunakan secara meluas dalam pelbagai
bidang seperti pentadbiran dan undang-undang.
Ironisnya, di Malaysia kita tidak perlu menjadi seperti Biscmark dan
Machiavelli yang membina negara bangsa mereka dengan kuku besi, helah
dan darah. Cukup sekadar, memartabatkan BM sebagai bahasa kebangsaan
sebagai ramuannya.
Sidang dewan sekalian
Ingin saya simpulkan, bahawa BM bukan semata-mata untuk Orang Melayu
tetapi, untuk semua rakyat Malaysia lantaran bahasa mencerminkan identiti
dan citra penuturnya. Daripada bahasa juga, lahir budi bahasa, ilmuan,
keharmonian dan kecemerlangan bangsanya.
Akhir kata dari saya.
Anak jati Negeri Sembilan
Untuk menjadi bangsa yang dihormati dan disegani, BAHASA perlu dijulang
tinggiYakinlah (nyanyi), Bahasa Jiwa Bangsa.
Sekian, Wabillahitaufiqwalhidayah.
BahasaJiwaBangsa.

Andaipatahsayaprajawali,
bertongkatjuasayakemari,
bukankeranainginbermimpi,
tetapiuntukmembawaandasemuamenyelamimaudukpidatoyangberbunyiBahasaJiwaBangsa.
Sambutlah Salam Sejahtera,Salam Satu Malaysia. Semarak kasih,sekalung budi Tuan Pengerusi
Majlis,barisanpanelhakimyangariflagiberkarisma,penjagamasasetiapadasaatdanketikanya,difdif
kehormat,seterusnyaparahadirinpencetusrevolusimindayangsayamuliakan.
Sebelumkakimengoraklangkahlebihjauh,izinkansayamendefinisikantajukpidatosaya.Menurut
kamusBahasaMalaysiakeluaranDewanBahasadanPustaka.Bahasaditakrifkansebagaisistem
lambangbunyisuara.Jiwapulamerupakanrohataunyawa.SeterusnyaBangsadapatdidefinisikan
sebagaijenismanusiadaripadasatuasalketurunan.
SecarakonotosinyaBahasaJiwaBangsajugamembawamaksudmilikmutlaksesuatubangsa
yangmenjadiidentitikebangsaan.SesungguhnyaBahasaitumenunjukkanjatidirisesuatubangsa.
Kekuatanbahasaitujugamembuktikankuatnyasesuatubangsaitusendiri.
Yangkurikitukundi.
Yangmerahitusaga,
Yangbaikitubudi,
Yangindahitubahasa.
DemikianlahindahnyapantunMelayuyangmenggambarkanbetapabersungguhsungguhnyanenek
moyangkitamenjagaadabdanpergaulanterutamanyadalamaspekpertuturan.
Hadirinyangdihormatisekalian,
Apakahwasilahterpenting untuk membentuk bangsa Malaysia? Jawapannya jelas
BahasaKebangsaankeranaBahasaJiwaBangsa.Halinibermaknabahasaapayangkitadaulatkan,
bahasaitulahyangmembentukjiwakitasekaligusmemercikkanjatidirikebangsaan.
Persoalannya kini, mengapakah hanya bahasa kebangsaan yang dinobatkan sebagai alat
pemersatuanbangsa?Perludinyatakandisini,hanyabahasakebangsaanyangdapatmenitiskan
semangatsatubangsa,menyerapkanrohsebangsa,senegaradanmenyemarakkanjatidirikebangsaan.
TidakmelayuhilangdiduniaKatakatakeramatLaksamanaHangTuahinimungkinhanyatinggal
retoriksematamatasekiranyabangsaMelayutidakmenjagakeunggulanataupunintegritibangsadan
bahasanya.

Hadirinwargadewanyangdimuliakan,
PidatosayapadahariiniakanmengupasduakomponenutamayakniperananBahasaKebangsaanke
arah memartabatkan negara di mata dunia.Komponen pertama, bahasa kebangsaan bahasa
perpaduan.Sejarah telah membuktikan bahawa Bahasa Melayu telah menjadiBahasa Lingua
Francabagi negaranegara di kepulauan Melayu.Halini telah menjadi kebanggaan kita untuk
memartabatkanBahasaMelayu.
Padaamnya,prosesevolusiBahasaMelayuberkembangselarasdengantaraf pembangunanyang
dicapai oleh negara dan rakyat. Pada masa kini, Dasar BahasaKebangsaan telah mengiktiraf
BahasaKebangsaansebagaibahasarasmiyangdigunakandalamsetiapurusan.Tidakcukupdengan
itu,dasarpendidikankitajugamenetapkanbahawaBahasaKebangsaansebagaibahasapengantar
utama. Denganadanya dasardasar ini,kita bukan sahaja dapat memastikan BahasaKebangsaan
termaktubdalamperlembagaan,tetapidapatdihayatidandiamalkansecarameluasolehmasyarakat.
Wargapendengaryangbudiman,
Pidatoinitiadaselinganiklan,lantaranitu,izinkansayamembawahadirinsekaliankepadakomponen
pidatosayayangkeduaiaitubahasakebangsaansebagaibahasailmudanbahasakemajuan.
Bahasa juga berperanan sebagai bahasa sosial,bahasa ekonomi,bahasa pentadbiran dan bahasa
peradabanmoden.BahasaKebangsaanjugasebagaiwadahterpentinguntukmembentukkeperibadian
bangsaMalaysia.Sekiranyadiabaikaninibermaknakitatelahtergelincirdaripadagerabakpembentukan
bangsaMalaysia.
BahasaKebangsaanjugaadalahmiliksemuarakyattanpamengirakaum,agama,budayadanbahasa
ibunda.Sekiranyainidilakukansecarabersama,makagagasan1Malaysiayangdicetuskanoleh
PerdanaMenterikitaYABDato.SeriMohdNajibTunAbdulRazakbolehkitajayakan.
Hadirinyangdimuliakan,
Dalammeredaharusglobalisasikini,MediamassaberperananpentingdalammengembangkanBahasa
MelayuagaridentitikitasebagaibangsaMelayudikenaliolehmasyarakatdiseanterodunia.Sebagai
rakyatMalaysia,kitaharusmengamalkanBahasaMelayudalamapajuaperkaraagarkitadapat
menaikkantarafBahasaKebangsaankitaseiringdenganbahasabahasalaindidunia.
Hadirinsekalian,

Sebelumsayamenamatkanbaitbaitbicarasaya,izinkansayamenghadiahkanserangkappantun,
Sedapmakankacangkelisa,
Buahperiapahitdanmaung,
Bahasamenggabungkanetnikbangsa,
SatuMalaysiasamabernaung.
Justeru,gunakanlah bahasa yang santun, buktikan bahawa kita merupakan masyarakat yang
bertamadun,kayadenganbudibahasadanmemilikimindakelaspertama.BahasaKebangsaanharus
didaulatkan.InilahsikapdanpemikiranyangamatdiperlukanuntukmencapaiWawasan2020.Secara
konklusinya, Bahasa Jiwa Bangsa jelas menunjukkan bahawa Bahasa Melayu itu menjadi nadi
penggerak yang amat penting untuk menzahirkan identiti diri kita. Bahasa ibunda sewajarnya
dipraktikkanagartidakakanpupusditelanzaman.Akhirsekali,bahasaitulahyangmenunjukkan
bangsa.
Sekianterimakasih.......SalamperpaduanSalam1Malaysia.
BahasaJiwaBangsa

Teknik atau Cara Menulis Naskah Pidato


Pada uraian di atas telah dijelaskan bahwa menulis naskah pidato harus melalui tiga
kegiatan yaitu, mengumpulkan bahan, membuat kerangka, dan menguraikan isi naskah
pidato secara terperinci. Penjelasannya adalah sebagai berikut.

a. Mengumpulkan Bahan
Setelah Anda meneliti persoalan dan merumuskan tujuan pidato serta menganlisis
pendengar, maka Anda sudah siap untuk menggarap naskah pidato. Anda boleh
mulai menulis naskah pidato dengan menggunakan hal apa yang telah Anda ketahui
mengenai persoalan yang akan Anda bicarakan/sampaikan. Jika hal ini Anda anggap
kurang cukup, maka Anda harus mencari bahan-bahan tambahan yang berupa fakta,
ilustrasi, cerita atau pokok-pokok yang konkret untuk mengembangkan pidato ini. Tidak
ada salahnya Anda bertanya kepada orang/pihak yang mengetahui persoalan yang

akan Anda bicarakan. Buku-buku, perturan-peraturan, majalah-majalah, dan surat kabar


merupakan sumber informasi yang kaya yang dapat Anda gunakan sebagai bahan
dalam rangka menguraikan isi pidato Anda.
b. Membuat Kerangka Pidato
Kerangka dasar dapat Anda buat sebelum mencari bahan-bahan, yaitu dengan
menentukan pokok-pokok yang akan dibicarakan, sedangkan kerangka yang terperinci
baru dapat Anda buat setelah bahan-bahan selesai Anda kumpulkan. Dengan bahanbahan itu Anda dapat menyusun pokok-pokok yang paling penting dalam tata urut yang
baik, di bawah pokok-pokok utama tadi. Di dalam kerangka ini harus terlihat adanya
kesatuan dan koherensi antarbagian Sebagai gambaran perhatikanlah contoh
kerangka pidato di bawah ini.
Contoh Kerangka Pidato
Inti dari kerangka pidato adalah: (1) pendahuluan, (2) isi, dan (3) penutup
1.
Pendahuluan: bagian pendahuluan memuat salam pembuka, ucapan terima
kasih (bila ada yang diberi ucapan), dan kata pengantar untuk menuju kepada isi
pidato;
2.
Isi: bagian ini memuat uraian pokok yang terdiri atas topik atau pokok utama dan
sub-subtopik yang memperjelas atau menghubungkan dengan topik utama;
3.
Penutup: bagian penutup memuat kesimpulan, harapan (bila ada), dan salam
penutup.
c. Menguraikan isi pidato
Dengan menggunakan kerangka yang telah Anda buat, ada dua hal yang Anda lakukan:
(1) Anda dapat mempergunakan kerangka tersebut untuk berpidato, yaitu berpidato
dengan menggunakan metode ekstemporan, dan (2) menulis atau meyusun naskah
pidato secara lengkap yang Anda bacakan atau Anda hafalkan.
Bagian-bagian yang terdapat dalam dalam kerangka pidato di atas akan dijelaskan
lebih lanjut pada uraian berikut ini.
Butir (1) dan butir(3), yaitu bagian pendahuluan dan bagian penutup tidak memuat inti
pembicaraan atau isi pidato, sehingga tidak diuraikan secara terperinci di sini tetapi
dapat dilihat langsung pada contoh naskah pidato setelah bahasan ini selesai
dibicarakan. Jadi, yang akan diperjelas secara rinci adalah bagian isi pidato
d. Struktur Isi Pidato
Struktur isi pidato adalah rangkaian isi pidato dari awal hingga akhir. Rangkaian ini
disusun agar pidato berlangsung menarik dan tujuan pidato tercapai dengan baik. Ada
beberapa cara merangkai isi pidato, antara lain: (1) mengikuti alur dasar pidato, dan (2)
mengikuti pola organisasi pidato.
(1) Alur dasar pidato, yaitu rangkaian isi pidato yang mengikuti alur dasar pidato yang
bergerak melalui tiga tahap: (a) tahap perhatian, yaitu tahap pertama yang dilakukan
pembicara dengan baik; (b) tahap kebutuhan, yaitu tahap yang dilakukan pembicara
dalam menjelaskan pentingnya masalah yang akan dibicarakan sehingga pendengar
akan berusaha memahami masalah atau hal-hal penting yang disampaikan pembicara.
(c) tahap penyajian, yaitu merupakan tahap pembicara menyajikan materi pidato yang
telah dipersiapkan melalui naskah kerangka pidato.
Itulah tahap-tahap yang dilalui seorang pembicara dalam menyelesaikan pidatonya,
tetapi penjelasan tahap-tahap di atas adalah tahap yang dilalui pada jenis pidato

1.

2.

3.

1.
2.
3.
4.
5.

informasi. Sekarang mari kita lihat beberapa pola organisasi pidato yang dapat Anda
pilih!
(2) Pola Organisasi Pidato, pola organisasi pidato dapat digolongkan ke dalam tiga tipe
besar, yaitu (a) pola uraian; (b) pola sebab, dan (c) pola topik.
Baiklah mari ikuti uraiannya.
pola
uraian;
ada
dua
macam
urutan
yang
digunakan
untuk
menyusun/menulis isi pidato, yaitu: urutan kronologis dan urutan ruang. Urutan
kronologis, adalah susunan isi yang dimulai dari periode atau data tertentu, bergerak
maju atau mundur secara sistematis. Sementara itu, urutan ruang adalah susunan isi
yang berurutan berdasarkan kedekatan fisik satu dengan yang lainnya. Umpamanya,
membicarakan mulai dari SD A kemudian menunjuk ke SD B yang letaknya paling dekat
dengan SD A tadi, dan seterusnya.
pola sebab; sebagaimana terlihat dari namanya, organisasi pidato
yang menggunakan pola sebab yang bergerak dari satu analisis sebab di saat
ini bergerak ke arah analisis akibat di masa yang akan datang, atau dari deskripsi
kondisi di saat ini bergerak ke arah analisis sebab-sebab yang memunculkannya.
pola topik; pola organisasi pidato yang menggunakan pola topik dilakukan
apabila materi yang dibicarakan lebih dari satu periode atau kelompok. Oleh karena itu,
di dalam isi pidato akan terdapat beberapa subtopik.
Tahap-tahap Menyusun/Menulis Naskah Pidato
Ada beberapa tahap yang harus dilakukan dalam menulis naskah pidato yaitu Memilih
Subjek dan Membatasi Tujuan Umum Pidato
Membatasi subjek untuk mencocokkan waktu yang tersedia, menjaga kesatuan
dan kepaduan pidato
Menyusun ide pokok menurut tahap-tahap urutan alur dasar pidato (perhatian,
kebutuhan, kepuasan, dan lain-lain) atau menurut salah satu pola organisasi.
Memasukkan dan menyusun submateri yang berhubungan di setiap pokok.
Mengisi materi pendukung yang memperkuat atau membuktikan ide.
Memeriksa draft kasar, untuk meyakinkan bahwa subjek telah cukup terekam
dan mencerminkan tujuan khusus pidato.
Nah demikianlah Teknik atau Cara Menulis Naskah Pidato,
Jika anda ingin contoh pidato lengkap klik disini Kumpulan Contoh Pidato Lengkap.
Musim penghujan, rumah anda belum ada kanopinya?

KOLEKSI PIDATO SPONTAN DAERAH


Anak saya Fatin Naimah dan Farah Izzati sering terpilih mewakili sekolah dalam pertandingan pidato ketika di
sekolah rendah. Sebagai galakan, saya kerap pula diminta menyediakan teks pidato bagi tajuk-tajuk pidato
spontan yang mereka mungkin akan terima pada hari pertandingan tersebut. Berikut merupakan beberapa teks
pidato yang mungkin boleh menjadi panduan kepada para pelajar yang suka mengambil bahagian dalam
pertandingan pidato.
KEPENTINGAN KEBERSIHAN DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN

Kebersihan bermaksud terhidar daripada sebarang kekotoran sama ada kekotoran yang nampak seperti najisnajis dan juga kekotoran dalaman seperti perbuatan serta sikap negatif termasuk sombong, bongkak, iri hati dan
sebagainya.
Antara kepentingan kebersihan dalam kehidupan seharian ialah menjaga kebersihan fizikal termasuk
kebersihan diri.Contohnya kebersihan kuku, rambut, pakaian dan sebagainya. Seseorang yang selalu tampil
bersih pasti akan disenangi oleh rakan dan taulan. Orang yang mementingkan kebersihan akan tehindar
daripada sebarang penyakit seperti wabak H1N1, denggi, chikukunya dan lain-lain.
Selain kebersihan fizikal, kebersihan hati, minda dan rohani juga memainkan peranan penting dalam
kehidupan seharian. Contohnya seorang pelajar yang rajin, tekun, sering menunaikan perintah Allah, sentiasa
bersedia belajar di dalam kelas serta menghormati ibu bapa, guru-guru dan rakan-rakan pasti akan mencapai
kejayaan cemerlang dalam kehidupannya.
Kesimpulannya, kebersihan itu amat penting dalam kehidupan seharian kerana kebersihan merupakan cabang
iman.Oleh itu marilah kita sama-sama menjaga kebersihan kerana kebersihan lambing ketamadunan seseorang.
KESELAMATAN JALAN RAYA TANGGUNGJAWAB BERSAMA
Negara kita Malaysia mempunyai sistem perhubungan jalan raya yang sangat baik. Namun, kadar kemalangan
jalan raya di negara kita tidak setanding dengan kemudahan infastruktur yang ada di negara kita. Mengapa ini
terjadi?? Persoalannya bagaimana kita sebagai pengguna jalan raya bertanggungjawab untuk memastikan jalan
raya selamat digunakan??
Sebagai seorang pengguna, kita seharusnya sentiasa mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Antaranya
memandu mengikut had laju yang ditetapkan, memakai tali pinggang keledar, mematuhi lampu isyarat,
memandu di lorong yang betul dan banyak lagi. Jika semua pengguna mematuhi pertauran yang ditetapkan,
maka keselamatan di jalan raya sudah pasti dapat ditingkatkan.
Selain itu, para penggun jalan raya patut mengamalkan sikap bertolak-ansur, saling menghormati antara satu
sama lain dan berhemah ketika memandu. Sikap ini akan sentiasa diaplikasikan pengguna ketika di jalan raya,
pasti tahap keselamatan dapat dipelihara malahan nyawa dapat diselamatkan.
Kesimpulannya, keselamatan di jalan raya adalah menjadi tanggungjawab bersama baik pejalan kaki,
penunggang basikal mahupun pemandu kenderaan. Keselamatan semua pengguna bergantung kepada
keperihatian dan komitmen tinggi para pengguna. Oleh itu, berhati-hati di jalan raya, nyawa pengguna di
tangan kita. Sekian, terima kasih.
FAEDAH MENABUNG
Berapa ramai di antara kita yang suka menabung? Kenapa menabung penting kepada setiap orang? Orangorang tua ada menyatakan, Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian; bersakit-sakit dahulu,
bersenang-senang kemudian. Maksudnya jika hari ini kita berjimat cermat, hasilnya kita akan memperoleh
kesenangan di hari kemudian.

Menabung sangat penting. Melalui wang tabungan, kita dapat membeli barangan yang diperlukan tanpa
mengharapkan pemberian orang lain terutama ibu bapa. Wang yang disimpan dapat digunakan ketika kita
berada di dalam kesempitan selain membantu ibu bapa terutama untuk membeli keperluan persekolahan.
Menabung juga mengajar kita berjimat-cermat ketika berbelanja. Wang yang disimpan secara berterusan boleh
digunakan untuk menampung perbelanjaan ketika melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi kerana
kos untuk menyambung pelajaran adalah tinggi. Ini membolehkan kita membantu ibu bapa daripada terlibat
dengan pinjaman pelajaran dan seterusnya menanggung hutang yang sudah pasti membebankan.
Kesimpulannya, amalan menabung memberi impak yang positif kepada kita. Oleh itu marilah kita mula
menyimpan dan menabung agar dapat membantu kita di masa hadapan bak kata orang sikit-sikit, lama-lama
jadi bukit. Sekian, terima kasih.
KEPENTINGAN MAKANAN SEIMBANG
Tahukah anda apa yang dikatakan makanan seimbang? Bagaimana untuk mendapatkan makanan
seimbang? Dan apakah kepentingan makanan seimbang? Makanan seimbang adalah makanan yang
mengandungi semua jenis zat makanan yang diperlukan oleh tubuh badan seperti karbohidrat, mineral, protein,
zat besi dan juga vitamin.
Makanan seimbang amat penting untuk semua orang. Kegagalan individu mengambil makanan seimbang akan
mengundang kepada pelbagai gejala penyakit, menyebabkan pertumbuhan individu terbantut malahan turut
menyebabkan organ badan gagal berfungsi dengan baik.
Makanan seimbang penting terutama kepada para pelajar. Pengambilan makanan berkarbohidrat pada sebelah
pagi akan menyebabkan seseorang pelajar mengantuk ketika di dalam kelas, pergerakan menjadi tidak cergas
malahan daya ingatan kurang tajam. Malahan makanan seimbang penting untuk mengekalkan daya
konsentrasi pelajar di dalam kelas.
Secara keseluruhannya, makanan seimbang amat penting buat semua orang. Tanpa pemakanan yang seimbang,
individu mengundang dirinya ke kancah pelbagai wabak dan penyakit yang memudaratkan diri sendiri. Oleh itu,
pastikan anda mengamalkan pemakanan secara seimbang untuk kestabilan kesihatan. Terima kasih.
KEPENTINGAN MENYERTAI KOKURIKULUM
Kegiatan kokurikulum merupakan kegiatan yang disertai oleh para pelajar di luar bilik darjah dan di luar waktu
persekolahan. Antara aktiviti kokurikulum adalah aktiviti dalam sukan dan permainan, kelab dan persatuan
serta menyertai kegiatan unit beruniform.
Kegiatan kokurikulum sangat penting kepada para pelajar. Antara manafaatnya adalah kegiatan kokurikulum
dapat menanam nilai-nilai murni dalam diri pelajar termasuk saling bekerjasama, melahirkan rasa 1 Malaysia
terutama bagi kegiatan berbilang kaum, belajar berdikari malahan memupuk keberanian melalui aktiviti-aktiviti
yang diadakan. Selain itu, para pelajar juga akan sentiasa berwawasan tinggi, berdaya saing malahan cergas
dan cerdas sepanjang masa.
Di samping itu, melalui kegiatan kokurikulum para pelajar dapat memanafaatkan masa senggangnya dengan
melakukan kegiatan berfaedah termasuk bermain, berkhemah, berekspedisi, berkayak dan lain-lain. Ini

membantu mereka daripada terjebak dalam kegiatan tidak bermoral dan bercampur dengan individu yang
rendah akhlak.
Kesimpulannya, kegiatan kokurikulum merupakan kegiatan yang sangat baik terutama kepada para pelajar
yang sentiasa berwawasan dan bercita-cita tinggi. Bak kata orang; kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan
dapat sagunya. Kalau tidak sertai kokurikulum, manakan tahu nilai faedahnya!
Sekian, terima kasih.

SEMANGAT 1MALAYSIA TERAS KEJAYAAN


Sejambak kasih, seharum kasturi buat saudara/i peneraju majlis, kombinasi
kehakiman yang berlandaskan neraca keadilan, guru-guru penggerak generasi
berwawasan seterusnya warga dewan sekalian. Assalamualaikum wm..wbt...
Semangat 1Malaysia Teras Kejayaan. Begitulah tajuk pidato saya pada hari ini.
Semangat bolehlah ditakrifkan sebagai perasaan dan jiwa, 1Malaysia bolehlah
ditakrifkan sebagai rakyat yang berdiri, berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia.
Teras kejayaan pula bermaksud sesuatu yang menjadi asas agar berjaya untuk
kemenangan ataupun hasil yang diperoleh. Aspirasi ini adalah untuk mewujudkan
sebuah negara bangsa yang mempunyai sikap kesamaan dan kekitaan dalam kalangan
rakyat.
Warga dewan yang dirahmati Allah sekalian,
TAJUK PIDATO : ALAM SEKITAR TANGGUNGJAWAB BERSAMA
Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis,
Barisan Panel Hakim Yang Arif Lagi Bijaksana,
Dif-Dif Terhormat dan seterusnya hadirin hadirat sekalian.
Assalamualaikum pembuka bicara.
Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama. Begitulah tajuk pidato yang akan saya
sampaikan pada hari ini. Sebelum lidah menerus bicara, izinkan saya mendefinisikan
dahulu tajuk pidatoan ini.
Mengikut kamus dewan, alam sekitar ditakrifkan sebagai segala yang ada di bumi dan di
langit.
Tanggungjawab pula ditakrifkan sebagai amanah dan tugas yang perlu dipikul oleh
seseorang, manakala bersama pula diertikan sebagai semua yang terlibat.

Oleh itu dapatlah disimpulkan bahawa menjaga kebersihan, keindahan atau


mencorakkan alam sekitar merupakan satu kesedaran dan tanggungjawab semua pihak.
Bak kata pepatah hadirin-hadirat sekalian, bulat air kerana pembetung, bulat kata
kerana muafakat. Maka segala usaha untuk membersihkan dan mencantikkan alam
sekitar adalah tanggungjawab kita bersama.
Hadirin yang dihormati,
Negara kita Malaysia sedang dilimpahi dengan arus pembangunan yang maha hebat. Di
sana sini mata dapat menikmati bangunan pencakar langit. Kita amat berbangga dengan
arus pembangunan yang kita nikmati. Namun di sebalik pembangunan yang semakin
rancak, janganlah pula kita leka dengan isu pembangunan alam sekitar kerana
sesungguhnya kedua-dua pembangunan ini amat berkait rapat.
Hadirin yang dihormati,
Menjaga alam sekitar bukanlah semudah menjaga haiwan ternakan. Rasa tanggungjawab
itu lebih daripada yang dituntut kerana menjaga alam sekitar tidak boleh dilakukan
secara sendirian. Semua pihak wajib mencintai alam sekitar. Kita tidak mahu menuding
jari ke arah pihak lain sekiranya alam sekitar tercemar. Yang perlu kita lakukan adalah
melihat ke dalam diri kita sendiri dan perlu bertanggungjawab untuk memulihara alam.
Tahukah hadirin sekalian, fenomena tanah runtuh, jerebu, sungai dipenuhi sampahsampah sarap dan dipenuhi toksid dan seribu lagi masalah berkaitan alam sekitar
mencerminkan sikap masyarakat kita yang tidak menyayangi alam sekitar.
Kita sewajarnya mencontohi sikap masyarakat Jepun yang yang mempercayai semangat
alam. Mereka percaya sekiranya alam sekitar sihat dan segar, manusia dan penghuninya
juga demikian.
Hadirin yang dikasihi.
Wajah kita sebenarnya dapat dilihat daripada alam sekitar. Alam sekitar ialah imej kita.
Alam yang cantik akan menjadi daya penarik kepada pelancong luar. Keadaan ini secara
tidak langsung hadirin sekalian, akan membantu dasar ekonomi Negara. Kita boleh
beralih ke sector pelancongan untuk menarik pelabur luar. Oleh itu amat wajar sekiranya
kita mempunyai tanggungjawab yang tinggi untuk memelihara alam sekitar.
Hadirin yang dihormati,
Siapakah yang perlu menjaga alam sekitar ?Sudah tentulah jawapannnya merujuk
kepada kanak-kanak sehinggalah orang dewasa. Kanak-kanak perlu diberi pendidikan

supaya mencintai alam sekitar. Manakala golongan dewasa pula diingatkan supaya
menjadi teladan kepada golongan muda terhadap kepentingan menjaga alam sekitar.
Para pengusaha perlu beringat dan jangan hanya memikirkan keuntungan semata-mata
sebaliknya berusaha mencari jalan untuk menjadikan alam sekitar lebih menarik. Mereka
perlu berganding bahu dengan pihak kerajaan untuk sama-sama menjaga dan
memelihara alam sekitar agar kelestariannya terpelihara. Jelaslah hadirin sekalian
bahawa pendidikan menjadi teras kepada rasa tanggungjawab ini. Benar kata seorang
pujangga Yunani, iaitu hanya pendidikan sahaja yang dapat mengubah alam ini. Katakata itu mengingatkan kita kepada rasa tanggungjawab yang lebih besar maknanya
dalam konteks mencintai alam sekitar.
Hadirin sekalian.
Malaysia juga sebenarnya sudah mulai sedar tentang pentingnya pemeliharaan alam
sekitar. Sambutan Hari Alam Sekitar yang disambut pada setiap 23 April menunjukkan
kepekaan kita terhadap alam sekitar.
Berdasarkan hujah yang telah saya sampaikan tadi, maka tidak dapat dinafikan bahawa
tanggungjawab menjaga alam sekitar ialah tanggungjawab kita bersama. Kita tentu tidak
mahu hidup kita diselubungi pencemaran. Yang kita perlu untuk tubuh badan kita ialah
sumber makanan dan udara yang sihat. Oleh itu, untuk memastikan tubuh kita sihat,
semuanya bergantung pada alam sekitar yang sihat.
Akhir kata, saya menyeru kepada semua yang berada di dalam dewan ini agar samasama bertanggungjawab untuk menjaga keindahan alam sekitar. Renungilah bait-bait ini
sebelum saya menutup bicara :
Bumi yang tiada udara, Bagai tiada nyawa
Dia dikelar manusia, yang jahil tentangnya.
Sekian, terima kasih.
Nilai Strategis Pembelajaran Sejarah
Orang tidak akan belajar sejarah kalai tidak ada gunanya. Kenyataan bahwa sejarah terus ditulis orang di
semua peradaban dan sepanjang waktu, sebenarnya cukup menjadi bukti bahwa sejarah itu perlu.
Sekarang ini yang paling penting adalah bagaimana sejarah yang diajarkan di sekolah bisa memiliki
peran strategis di dalam menanamkan nilai-nilai di dalam diri siswa sehingga memiliki kesadaran
terhadap eksistensi bangsanya. Dalam pembangunan bangsa pengajaran sejarah tidak semata-mata
berfungsi untuk memberi pengetahuan sejarah sebagai kumpulan informasi fakta sejarah, tetapi juga
bertujuan menyadarkan anak didik atau membangkitkan kesadaran sejarahnya.
Untuk mengemas pendidkan sejarah sehingga dapat menghasilkan internalisasi nilai diperlukan adanya
pengorganisasian bahan yang beraneka ragam serta metode sajian yang bervariasi. Di samping itu gaya
belajar subjek didik juga perlu mendapat perhatian, agar tidak kehilangan bingkai moral dan afeksi dari
seluruh tujuan pengajaran yang telah ada. Karena tanpa bingkai moral, pengajaran sejarah yang terlalu

mengedepankan aspek kognitif tidak akan banyak pengaruhnya dalam rangka memantapkan apa yang
sering disebut sebagai jati diri kepribadian bangsa.
Mata pelajaran Sejarah memiliki arti strategis dalam pembentukan watak dan peradaban bangsa yang
bermartabat serta dalam pembentukan manusia Indonesia yang memiliki rasa kebangsaan dan cinta
tanah air. Pembentukan kepribadian nasional beserta identitas dan jati diri tidak akan terwujud tanpa
adanya pengembangan kesadaran sejarah sebagai sumber inspirasi dan aspirasi. Kepribadian nasional,
identitas, dan jati diri berkembang melalui pengalaman kolektif bangsa, yaitu proses sejarah. Materi
sejarah, sesuai dengan Permen Diknas no 22 tahun 2006:
1. Mengandung nilai-nilai kepahlawanan, keteladanan, kepeloporan, patriotisme, nasionalisme, dan
semangat pantang menyerah yang mendasari proses pembentukan watak dan kepribadian peserta didik
2. Memuat khasanah mengenai peradaban bangsa-bangsa, termasuk peradaban bangsa Indonesia.
Materi tersebut merupakan bahan pendidikan yang mendasar bagi proses pembentukan dan penciptaan
peradaban bangsa Indonesia di masa depan
3. Menanamkan kesadaran persatuan dan persaudaraan serta solidaritas untuk menjadi perekat
bangsa dalam menghadapi ancaman disintegrasi bangsa.
4.
Sarat dengan ajaran moral dan kearifan yang berguna dalam mengatasi krisis multidimensi yang
dihadapi dalam kehidupan sehari-hari.
5.
Berguna untuk menanamkan dan mengembangkan sikap bertanggung jawab dalam memelihara
keseimbangan dan kelestarian lingkungan hidup.
Pada dasarnya ada 2 tujuan pembelajaran sejarah , yaitu : tujuan yang bersifat ilmiah akademik
sebagaimana disajikan dalam pendidikan profesional di perguruan tinggi, dan tujuan pragmatis yang
digunakan sebagai sarana pendidikan dijenjang pendidikan dasar dan menengah
Dalam Permen Diknas No 22 tahun 2006 mengenai STANDAR ISI UNTUK SATUAN PENDIDIKAN
DASAR DAN MENENGAH, disebutkan bahwa tujuan pembelajaran sejarah adalah sebagai berikut :
1. Membangun kesadaran peserta didik tentang pentingnya waktu dan tempat yang merupakan sebuah
proses dari masa lampau, masa kini, dan masa depan
2. Melatih daya kritis peserta didik untuk memahami fakta sejarah secara benar dengan didasarkan
pada pendekatan ilmiah dan metodologi keilmuan
3. Menumbuhkan apresiasi dan penghargaan peserta didik terhadap peninggalan sejarah sebagai
bukti peradaban bangsa Indonesia di masa lampau
4. Menumbuhkan pemahaman peserta didik terhadap proses terbentuknya bangsa Indonesia melalui
sejarah yang panjang dan masih berproses hingga masa kini dan masa yang akan datang
5. Menumbuhkan kesadaran dalam diri peserta didik sebagai bagian dari bangsa Indonesia yang
memiliki rasa bangga dan cinta tanah air yang dapat diimplementasikan dalam berbagai bidang
kehidupan baik nasional maupun internasional.
Penutup
Proses globalisasi yang ditunjang dengan seperangkat piranti komunikasi dan informasi yang canggih,
potensial menimbulkan seseorang mengalami dislokasi dan disorientasi. Identitas diri dan cultural sering
kabur, karena adanya pelbagi ledakan kultural yang seringkali mengejutkan. Perubahan sosial yang
bergitu cepat membutuhkan kepribadian yang kuat. Suatu pribadi yang mempunyai pijakan yang kuat dan
orientasi yang jelas. Salah satu wahana untuk dapat mengatasi hal tersebut adalah memahami akar
sejarah (historical roots) masyarakat secara utuh.
Sejarah dapat memberi kontribusi pada kehidupan masyarakat luas pada umumnya dan peserta didik
pada khusunya. Sejarah sangat diperlukan bagi proses pendidikan, terutama untuk memberi aspirasi
dalam melatih kekuatan pikiran. Dengan cara tersebut peserta didik dapat terbuka pikirannya serta
menyadari apa yang telah dilakukan, dipikirkan dan ditemukan orang.
Pendidikan sejarah merupakan bagian integral dari usaha penanaman nilai-nilai yang fungsional untuk
menanamkan pengetahuan. Pendidikan sejarah perlu mentransfer nilai-nilai etik dan moral yang

mendasari cara berfikir, cara bersikap, dan berperilaku seseorang untuk mewujudkan keharmonisan
kehidupan individu, kelompok masyarakat atau bangsa dalam membangun perdamaian, toleransi dan
kesediaan menerima perbedaan. Jelas kiranya bahwa sejarah memiliki nilai didaktis yang mengajak
generasi berikutnya dapat mengambil hikmah dan pelajaran dari pengalaman nenek moyangnya. Lagi
pula, agar suri tauladan mereka dapat menjadi model bagi keturunannya.
Nilai didaktik pengetahuan sejarah dalam pendidikan masa kini, kecuali membangkitkan kesadaran
sejarah juga meningkatkan proses rasionalisasi serta melepaskan pikiran mitologis. Sejarah yang
antroposentris menempatkan peran manusia sebagai pelaku dalam proses sejarah. Sudah barang tentu
pengajaran sejarah membudayakan pada diri anak didik perspektif sejarah yang memberi kemampuan
untuk melihat bahwa segala sesuatu adalah produksi dari perkembangan masa lampau.
Eksistensi bangsa termasuk bangsa Indonesia mutlak harus dipertahankan dalam kehidupan masyarakat
bangsa dunia. Pembangunan karakter bangsa (national character building) menjadi alternatif dalam
mewujudkan generasi bangsa yang memahami jati diri bangsanya secara komprehensif. Salah satu
upaya pembangunan karakter bangsa dapat dilakukan melalui pendidikan sejarah yang mulai diberikan
sejak pendidikan dasar. Pendidikan sejarah diharapkan dapat memberikan wawasan berkenaan dengan
peristiwa-peristiwa dari berbagai periode dalam upaya pembentukan sikap dan perilaku siswa.

Sejarah mengajarkan kepada kita tentang perbuatan manusia pada masa lampau. Dari
perbuatan-perbuatan masa lampau itu, kita dapat memetik pengetahuan, pemahaman,
nilai-nilai, dan kecendrungan-kecendrungan peristiwa masa silam sebagai suatu pelajaran
yang dapat dimanfaatkan pada masa kini. Di samping itu, perjalanan sejarah telah
menghasilkan budaya kolektif suatu masyarakat yang diwariskan secara turun-temurun dan
dapat dimanfaatkan sebagai pedoman bertingkah laku.

Anda mungkin juga menyukai