Anda di halaman 1dari 5

etelah meneliti serta menghayati apa yang dimaksudkan dengan teknologi

maklumat dan komunikasi maka dapatlah saya fahami betapa pentingnya


perkara ini diwujudkan dalam sesebuah kelompok komuniti atau masyarakat
untuk memastikan kemajuan serta pembangunan komuniti itu tidak ketinggalan
jauh dari masyarakat lain.
Dalam usaha untuk merealisasi objektif dan falsafah pendidikan negara ke
arah masyarakat berteknologi dan bermaklumat, terutama sekali yang
berteraskan penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu, saya dapati ianya amat berguna sebagai salah
satu alat bagi memperolehi banyak maklumat untuk diketengahkan kepada
pelajar-pelajar.
Penggunaan teknologi maklumat untuk tujuan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu adalah bertepatan dengan usaha menjadikan
pelajar celik computer dan berkemampuan menggunakan alat ini secara yang
lebih cekap dan mahir. Meskipun pada awalnya para pelajar dan guru masih lagi
perlu mendalami kemahiran menggunakan pelbagai alat teknologi maklumat ini
untuk mendapat bahan berkaitan subjek Bahasa Melayu, namun berkat
ketekunan dan kebijaksanaan pihak-pihak tertentu terutama sekali Kementerian
Pelajaran, para guru, ibubapa-ibubapa dan masyarakat maka semua ini telahpun
dapat ditangani secara beransur-ansur.
Walaupun saya dapati usaha-usaha pelbagai pihak, terutama sekali guruguru yang mengajar Mata Pelajaran Bahasa Melayu untuk menimba bahan-bahan
berkaitan di laman sesawang atau dari portal majalah tertentu, namun masih
ada terdapat banyak kekangan-kekangan dalam usaha memperkembangkan
Bahasa Melayu dalam era teknologi maklumat yang semakin berkembang ini.
Kekangan dan cabaran yang paling utama ialah penggunaan Bahasa Inggeris
yang begitu meluas dalam internet, ruang siber dan globalisasi. Apapun cabaran
itu,penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Melayu membolehkan saya lebih berkemampuan, kreatif dan
mempelbagaikan kaedah dan strategi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik
kelas.
Para pelajar juga sudah tentunya menunjukkan minat yang tinggi dan
melibatkan diri secara aktif dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Di sinilah
kemuncak penggunaan teknologi maklumat yang amat besar sekali. Ini kerana
alat-alat ini bukan sahaja digunakan sabagai alat memotivasikan pelajar untuk
terus memberi tumpuan terhadap pengajaran guru tetapi juga untuk
memastikan pelajar mendapat bahan-bahan yang berkaitan secukupnya.
Saya juga amat teruja kerana telah dapat mengetahui arah tuju cabaran
baru dalam era teknologi maklumat dalam memperkembangkan Bahasa melayu
menjadi bahasa sumber ilmu, bahasa sumber pemodenan, bahasa sumber
maklumat, bahasa sumber pengetahuan, bahasa sumber sain dan teknologi.
Untuk mencapai hasrat ini, lebih banyak bahan bacaan dan rujukan dalam
teknologi maklumat perlu dihasilkan. Impian ini hanya dapat di capai dengan

adanya lebih banyak pengarang, penyelidik guru,penerbit dan institusi


penyelidikan.
Sesungguhnya, tanggungjawab memperkembang, mempertahankan dan
memodenkan bahasa kebangsaan yang berat ini tidak dipikul oleh pihak tertentu
sahaja. Dengan kata lain, semua pencinta bahasa dan pejuang bahasa
kebangsaan mestilah melibatkan diri secara aktif. Saya rasakan inilah masanya
untuk kita melakukan sesuatu yang besar maknanya kerana kita masih berada
di pangkal jalan era teknologi maklumat. Jika tidak kita akan karam dalam arus
globalisasi yang digelorakan oleh Bahasa Inggeris seperti yang saya nyatakan
awal tadi.
Salah satu kemudahan teknologi maklumat yang disediakan oleh
kementerian pelajaran untuk guru-guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa
Melayu terutamanya ialah kemudahan EduwebTV. Dengan kemudahan
teknologi maklumat yang canggih ini saya boleh memilih saluran rencngan TV
pendidikan yang sesuai untuk menjalankan aktiviti-aktiviti pengajaran dan
pengajaran Bahasa Melayu di dalam kelas. Pengumpulan maklumat dan bahan
dari segala sumber maklumat samada memalui internet atau teknologi
maklumat lain dapat mempertingkatkan keberkesanan pengajaran
pembelajaran saya di dalam bilik kelas. Keberkesanan EduwebTV tidak dapat
dinafikan kerana pelajar-pelajar boleh mendapat manfaat daripada kandungan
yang disediakan seperti Berita pendidikan Rancangan akademik, Rencana,
Wawancara, kurilulum,, interaktif dan siaran langsung arkib.
Selain itu, saya juga mendapat manfaat bahan-bahan pengajaran dan
pembelajaran berkaitan subjek Bahasa Melayu dari Bahagian Teknologi
Pendidikan. Bahan-bahan ini datangnya dari pelbagai media yang diterbitkan
oleh Bahagian Teknologi Pendidikan dan bahagian ini seterusnya membuat
pemantauan pengurusan dan pembangunan pusat sumber sekolah yang
menyediakan program literasi maklumat.
Bahagian Teknologi Pendidikan turut banyak membantu menyebarkan
bahan pengurusan pendidikan serta pengajaran dan pembelajaran yang
diterbitkan melalui pelbagai medium elektronik dan media cetak selain
memantau dan menilai penggunaan teknologi dalam pengajaran pembelajaran
yang sudah tentu menguntungkan diri saya selain rakan-rakan sejawatan.
Khidmat kepakaran dan nasihat yang ditawarkan dalam penggunaan teknologi
maklumat oleh Bahagian Teknologi Pendidikan sungguh bermakna bagi saya
sebagai guru Bahasa Melayu kerana ini akan menjadikan saya lebih cekap dalam
mengendalikan alat-alat yang dibekalkan dalam pengajaran dan pembelajaran
bebantukan teknologi maklumat.
Mengintergrasi teknologi maklumat berdasarkan daripada kategori muridmurid ataupun stail pembelajaran dan tahap keselesaan belajar murid-murid
dapat membantu saya merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran muridmurid dalam bilik kelas dengan berkesan. Peningkatan mutu dan
mempelbagaikan penyampaian dan pengajaran melalui penggunaan internet,

bahan-bahan multimedia disamping bahan pengajaran yang sedia ada adalah


peranan penting Teknologi maklumat dan komunikasi.
Sesungguhnya peranan internet sebagai sumber yang begitu luas kepada
saya, guru Bahasa Melayu memudahkan lagi saya terus mendapat bahan-bahan
pengajaran dan rujukan serta penyelidikan yang berkesan. Melalui portal-portal
pendidikan pula, samada portal tempatan ataupun luar yang berkaitan bahanbahan pengajaran Bahasa Melayu, ianya dapat memberikan kefahaman yang
lebih kepada murid-murid. Guru pula boleh mengemaskini dan mengulang pakai
bahan-bahan tersebut disamping mendapat bahan-bahan terkini dari portalportal yang disediakan.
Seperti yang disarankan oleh Kementerian Pelajaran yang selama ini telah
mendukung prinsip memperkasakan pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Melayu sebagai bahasa kebangsaan, saya dapati ianya amat penting bagi diri
saya dalam usaha merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran
yang menggabungkan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi. Ini
telah pun memberi impak yang positif kepada pencapaian serta prestasi
akedemik murid-murid yang mempunyai pelbagai kecerdasan .
Sesungguhnya, hasil daripada penelitian dan pemahaman saya tentang
satu lagi proses pengajaran dan pembelajaran yang berbantukan internet ialah
melalui E-Learning, maka dapatlah saya fahami bahawa pengelibatan pelajar
secara holistic dalam bilik kelas adalah menjadi fokus utama. Dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran cara e-learning ini murid-murid adalah pembuat
perancangan dan menentukan kesesuaian bahan dalam e-learning bergantung
kepada tahap mereka.
Walaupun saya dapati bahawa penggunaan teknologi maklumat jenis ini
amat menguntungkan para pelajar dan guru namun cabaran dalam
melaksanakan e-learning terutama sekali peringkat mengakses adalah
masalah utama di Malaysia. Apapun cabarannya, saya akui bahawa e-learning
amat membantu saya dalam penyediaan bahan pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Melayu.
Antara sumber-sumber e-learning yang saya boleh kenalpasti untuk
dimanfaatkan ialah bahan-bahan percuma dari internet, bahan yang dihasilkan
oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dengan kerjasama konsortium tempatan,
bahan-bahan yang dihasilkan oleh sektor swasta dan CD-ROM yang dihasilkan
oleh bahagian Teknologi Pendidikan.
Selain berbantukan pengajaran dan pembelajaran secara e-learning, saya
juga sedia maklum bahawa penggunaan teknologi maklumat dalam usaha
menambah nilai bahan sumber pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di
sekolah seharusnya di beri keutamaan. Pusat Sumber Sekolah yang selama ini
saya dapati banyak memberi sumbangan ke arah penyediaan bahan pengajaran
perlu kini bergerak ke arah pusat sumber elektronik. Ini bertujuan untuk
mengimbangi pekembanganan pesat bidang pendidikan serta teknologi
maklumat dan komunikasi masa kini.

Pusat Sumber Elektronik merupakan pusat sumber yang telah lama diwarwarkan oleh Kementerian Pelajaran dengan bertujuan membantu guru-guru
Bahasa Melayu seperti saya ini dalam penyediaan bahan-bahan pengajaran dan
pembelajaran melalui penggunaan alat alat teknologi maklumat seperti
Televisyen, laser disc dan lain-lain dalam bilik darjah. Senario penggunaan
pusat sumber sekolah elektronik yang dapat saya fahami penggunaannya
adalah seperti berikut.
Sekumpulan pelajar Tahun 5 di sebuah sekolah rendah di luar bandar
sedang belajar subjek Bahasa Melayu dalam topik pakaian tradisional
masyarakat Malaysia. Antara paling awal disentuh ialah pakaian tradisional
masyarakat Iban di Sarawak.
Saya terlebih dahulu berbincang dengan guru pusat sumber dan meminta
bantuan guru pusat sumbar untuk berhubung dengan Jabatan-Jabatan Kerajaan
berkaitan. Contohnya Kementerian Pelancongan. Bahan- bahan berkaitan
pakaian tradisional kemudian saya muat turun dan disimpan dalam CD-ROM.
Pada waktu mengajar Bahasa Melayu saya akan menayangkan bahan-bahan
berkaitan melalui laser disc dan menerangkan maklumat seterusnya kepada
murid-murid tentang pakaian tradisional setiap kaum di Malaysia.
Oleh itu, dengan berbantukan alat-alat elektronik berserta teknologi
maklumat seperti ini maka sudah tentulah proses pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Melayu yang saya jalankan berjaya sepenuhnya dan objektifnya tercapai.
Selain penggunaan sumber-sumber maklumat dari Pusat Sumber Elektronik
saya juga boleh menambah nilai bahan sumber melalui aktiviti hand on serta
interaksi dengan alat teknologi canggih lain untuk mengoptimumkan proses
pengajaran saya..
Misalnya saya, boleh menjadikan pengajaran saya lebih
berkesan dengan menggunakan bahan audio, video, perisian multimedia dan
seterusnya menggunakan bahan cetak pada kad latihan atau bahan bacaan
yang berkaitan Bahasa Melayu. Pengajaran pembelajaran diteruskan lagi dengan
menggunakan internet untuk mendedahkan maklumat yang terkini. Pada akhir
pengajaran nanti murid-murud digalakkan membuat persembahan hasil
pembelajaran berbantukan computer dan disebarkan kepada rakan sebaya. Saya
juga telah dapat memahami dan mendapat pengertian betapa perlunya saya
sebagai seorang guru menguasai teknologi-teknologi maklumat dan komunikasi
terkini untuk menceduk sebeberapa banyak yang mungkin bahan-bahan
pengajaran untuk Bahasa Melayu dari sesawang yang hubungi dengan pakarpakar bahasa sama ada dari pusat pengajian tinggi tempatan ataupun luar.
Dengan adanya talian terus melalui media elektronik seperti persidangan
video, program langsung dari televisyen, maka saya dapat bertukar-tukar
maklumat dan pendapat tentang bahan-bahan pengajaran pembelajaran Bahasa
Melayu dari rakan-rakan sekolah lain. Begitulah juga pelajar-pelajar saya yang
masih dahagakan pelbagai bahan berkaitan aktiviti bahasa yang tidak terdapat
di sekolah saya.

Disamping itu dengan bertukar maklumat seperti ini akan menjurus


kepada pengelibatan yang maksimum daripada pelajar saya. Saya pula tidaklah
membazir terlalu banyak masa dengan memberi arahan, membuat teguran
serta mengawal tingkahlaku segelintir pelajar.
Kesimpulannya, Teknologi Maklumat dan Komunikasi adalah amat berguna
kepada saya sebagai alat bantu mangajar di dalam bilik kelas terutama sekali
semasa mengajar Bahasa Melayu. Saya juga cadangkan agar lebih banyak
program-program atau kursus-kursus berkaitan teknologi maklumat perlu
ditawarkan agar guru seperti saya dapat mempertingkatkan kemahiran
menggunakan komputer serta mengendalikan perisian yang pelbagai yang
semakin hari semakin bertambah jumlahnya dan semakin canggih dan mantap.
Bak kata pepatah Melayu Sekali Air Bah, Sekali Pantai Berubah