Anda di halaman 1dari 5

PERAYAAN

Pesta Kaamatan (Menuai)

disambut oleh Kadazandusun


sebagai meraikan tuaian baik,
Pesta Kaamatan juga
disambut oleh semua kaum
lain Sabah.
Pesta Kaamatan disambut
sepanjang bulan Mei.
Kemuncak perayaan
Kaamatan adalah peraduan
ratu cantik atau unduk
ngadau, tarian tradisi, dan
upucara kemuncak yang
dijalankan olehBobohizan
"ketua pendita"

MAKANAN TRADISIONAL
Antara makanan tradisi yang
terkenal di kalangan kaum
Kadazan-Dusun ialah
Hinava,

Noonsom,

Pinaasakan,

Bosou,(Ikan perkasam)

Tuhau,

Sup Kinoring Bakas(tidak halal)

Sup Manuk Lihing.

Makanan-makanan ini dapat


disediakan dengan pelbagai cara
mengikut kebiasaan amalan
tradisi kaum Kadazan-Dusun.

TARIAN SUMAZAU merupakan


tarian tradisi suku kaum
Kadazandusun yang terkenal di
seluruhMalaysia.
Tarian ritualnya memenuhi pelbagai
fungsi seperti mengucap kesyukuran
yang berkaitan dengan kegiatan
menanam dan menuai padi dan
untuk menolak bala, menyemah
semangat, dan mengubati penyakit.
Juga melaluinya ibu-bapa/keluarga
dapat menonton dan memilih bakal
menantu yang berpotensi.
Irama Sumazau adalah perlahan.
Alat alat pengiring tarian adalah set
gong dan gendang.
Pasangan penari berhadapan dan
menggerak-gerakkan kaki
berlangkah kecil, sementara tumit
kaki diangkat-turunkan mengikut
irama. Ketika menari tangan
dikepakkan keluar, gerakannya
turun naik seperti burung terbang.
Biasanya Sumazau ditarikan semasa
hari keramaian majlis jamuan Pesta
Kaamatan.

TARIAN
TRADISIONAL

PAKAIAN TRADISIONAL SABAH


Pakaian Tradisional
Suku Kaum Kadazan
Penampang
Baju ini selalunya
menggunakan kain
hitam yang
bersulamkan benang
emas. Ia dipakai semasa
sambutan Pesta Menuai.
Pakaian Tradisional
Suku Kaum Dusun
Tindal Kota Belud
dipanggil ' Sinipak '.

RUMAH PANJANG

Mereka hidup secara


kolektif dengan mendiami
rumah panjang yang
mengumpulkan beberapa
keluarga, iaitu antara 150
- 200 orang. Walau
bagaimanapun, pada
masa kini, rumah
panjang jarang dilihat
dalam etnik ini.
Kebanyakannya telah
mengalami pembangunan
fizikal dan mental.

Anda mungkin juga menyukai