Anda di halaman 1dari 3

Bab 7: Berdikari Mencerminkan Kedewawsaan

Ahli Kumpulan :
Kok Chun Yik
Jive
Adithayan
Khughan
Jeffery Loo

Drama
Senarai watak
1. Adithayan : Adi Seseorang yang sangat malas
2. Khughan : Encik Khughan Merupakan seorang peniaga dan juga bapa Adi
3. Kok Chun Yik : Chun Yik Kawan karib Adi yang berdikari
4. Jeffery Loo : Cikgu Jeffery Seorang guru yang penyayang dan bertanggungjawab
5. Jive : Pencerita
Jalan Cerita
MASA: Waktu pagi
TEMPAT: Di ruang tamu rumah Adi
BABAK 1
Pada suatu hari, Encik Khughan suruh Adi mencuci kasut sekolahnya. Adi degil dan
tidak mahu mencuci kasutnya. Dia memarahi Adi.
Encik Khughan : Kenapa Adi tak cuci kasut ?
Adi
: Saya tak mahu buat! Tolonglah saya.
Encik Khughan : Tak boleh! Adi, kau mesti belajarlah berdikari.
Adi
: (Bermalasan) Tetapi saya letihlah.
Encik Khughan : (Berperasaan marah) Buat sekarang! Pergi! Nanti saya denda kau.
Adi
: Marilah! Saya tak takut pun.
Encik Khughan : (Bersuara tegas dan hendak memukul Adi) Cis!
( Encik Khughan mendenda Adi mencuci tandas. )
MASA: Pada pukul 9.00 pagi
TEMPAT: Di Makmal Sains Teras 2
BABAK 2
Adi dan rakan sekelasnya mengikuti kelas Sains. Cikgu Jeffery merupakan guru mata
pelajaran Sains serta guru kelas Adi. Adi tidak menyiapkan kerja yang disuruh oleh Cikgu
Jeffery. Adi cuba hendak menipu Cikgu Jeffery dengan mengatakan bukunya hilang.

Cikgu Jeffery
: Selamat pagi kelas!
Adi dan Chun Yik : Selamat pagi, cikgu.
Cikgu Jeffery
: Keluarkan buku latihan yang saya suruh menyiapkan semalam.
( Semua murid mengeluarkan buku latihan mereka kecuali Adi. )
Cikgu Jeffery
: (Berjalan ke arah Adi) Adi! Mana buku latihan kamu?
Adi
: (Berasa cemas dan takut) C-Cik-gu. Buku s-aya sudah h-hilang.
Cikgu Jeffery
: (Bersuara tegas) Jangan bohong. Kamu tak siapkan kerja sekolah, kan?
Adi
: (Tergagap-gagap) Y-Ya, cikgu.
Cikgu Jeffery
: Inilah sudahlah amaran saya yang ketiga. Kamu tidak ubah perangai kamu
ni. Saya akan bertemu dengan ibu bapa kamu tidak lama lagi.
Adi
: Jangan! Jangan! Jangan, cikgu. Please!
Cikgu Jeffery
: (Marah) Diam! Kamu berdiri di penjuru sana. (Menghadap ke hadapan)
Kelas! Kami sambung semula.
Adi berasa sangat kesal. Fikirannya sangat kusut. Dia hendak menceritakan situasinya
kepada kawan karibnya Kok Chun Yik. Pergi ke Babak 3.
MASA: Waktu petang
TEMPAT: Di depan pintu pagar sekolah
BABAK 3
Adi menceritakan masalahnya kepada Kok Chun Yik. Kok Chun Yik memberikan nasihat
kepadanya.
Kok Chun Yik : Untuk masalah kamu, kamu hendaklah belajarlah berdikari.
Adi
: (Tertanya-tanya) Apakah berdikari?
Kok Chun Yik : Berdikari bermaksud tidak bergantung pada bantuan orang lain dan membuat
sesuatu dengan sendiri.
Adi
: Oh, begitulah berdikari. Bagaimana saya mengamalkan amalan berdikari?
Kok Chun Yik : Kamu haruslah menyiapkan tugas-tugas yang diberikan tanpa bantuan orang
lain. Kamu juga patut menyelesaikan tanggugjawab sendiri seperti mencuci
kasut sekolah.
Adi
: (Berasa sedar) Terima kasih, Chun Yik. Saya akan berusaha untuk
mengamalkan amalan berdikari. Bye.
Kok Chun Yik : Bye.
Adi bertekad untuk menjadi seorang yang berdikari. Dia menetapkan jadual waktu
sendiri. Dia melakukan kerja rumah. Dia mengulang kaji pelajaran untuk peperiksaan yang
akan datang. Pergi ke Babak 4.

MASA: Selepas sebulan, pada pukul 9.00 pagi


TEMPAT: Di kelas
BABAK 4
Senarai pelajar yang mendapat Top Ten diumumkan oleh Cikgu Jeffery. Semua murid
berharap mendapat anugerah tersebut.
Cikgu Jeffery : Tingkatan Dua. Tempat Kesepuluh : Khughan, Tempat Kesembilan : Jive,
Tempat Kelapan : ADITHAYAN.
Adi
: (Terkejut) Saya? Yay! Usaha saya sudah dapat buahnya.
Kok Chun Yik: Syabas, Adi!
Tiba-tiba, Encik Khughan muncul dari tepi pentas, Adi berasa sangat hairan.
Encik Khughan : Adi, I am proud of you. Cikgu panggil saya semalam dan memberitahu saya
tentang kejayaan kamu itu. Saya berasa sangat gembira.
Adi
: Terima kasih kepada semua orang yang membantu saya dalam kejayaan ini.
Semua orang : Kita haruslah mengamalkan amalan berdikari. BERDIKARI.
( Tirai ditutup)
THE END

CADANGAN ANDA
Tidak perlu tulis nama
Watak yang anda paling suka : ___________________________
Watak yang anda paling tidak suka : ___________________________
Markah keseluruhan :
(Markah penuh : 10)
Cadangan anda : ____________________________________________________________

Anda mungkin juga menyukai