Anda di halaman 1dari 17

TUGASAN INDIVIDU BRM 3013 | D20112053459

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

1.0

Pengenalan

2.0

Objektif Tugasan

3.0

Pemasalahan kajian yang lepas

3-7

4.0

Jenis-Jenis Ayat Majmuk

8 -9

5.0

Analisis Artikel

9 - 11

5.1. Ayat Majmuk Gabungan


5.2. Ayat Majmuk Relatif
5.3.Ayat Majmuk Pancangan
5.4.Peratus Penggunaan Jenis-Jenis Ayat Majmuk
6.0

Penutup

12

Rujukan

13

Lampiran Artikel

14

1.0. Pengenalan
Dalam bidang penulisan Bahasa Melayu, seorang penulis memang tidak dapat lari dari
penggunaan tatabahasa. Olahan penulisan terserah kepada kemahiran berbahasa seseorang dan
kebolehan menguasai tatabahasa. Ia meliputi kebolehan bertutur dengan sebutan, nada dan
intonasi yang betul, dan menulis dengan sistem ejaan yang tepat. Tatabahasa ialah bidang yang
1

TUGASAN INDIVIDU BRM 3013 | D20112053459


menumpukan perhatian terhadap pembentukan kata dan proses pembinaan ayat sesuatu bahasa.
Bahasa terdiri daripada kumpulan ayat yang tidak terbilang jumlahnya. Ayat pula terdiri daripada
rentetan perkataan yang bermakna. Perkataan dibina oleh gabungan bunyi-bunyi dalam sesuatu
bahasa yang mempunyai makna, digabungkan menjadi suku kata dan perkataan. Bidang
tatabahasa mengkaji cara-cara perkataan itu terbentuk dan selanjutnya bagaimana(cara)
perkataan itu bercantum membentuk frasa dan ayat.
Kajian tentang bidang tatabahasa dilakukan dari dua segi, iaitu cara perkataan itu dibentuk
daripada bunyi bahasa dan cara perkataan itu disusun menjadi ayat.Contoh pembentukan kata
ialah perbincangan tentang cara perkataan terbentuk melalui penggabungan awalan, akhiran dan
apitan, manakala contoh pembentukan ayat ialah perbincangan tentang subjek dan predikat serta
pola ayat. Bidang huraian pada peringkat perkataan dikenali sebagai morfologi manakala
peringkat ayat dikenali sebagai sintaksis.Dengan perkataan lain, bidang tatabahasa terbahagi dua,
iaitu morfologi dan sintaksis.
2.0. OBJEKTIF TUGASAN
Pengetahuan mengenai tatabahasa biasanya menjadi asas di dalam logik. Pelajar yang
mengetahui tatabahasa akan dapat menyusun hujahan-hujahan di dalam bahasa yang rapi.
Kefahaman tatabahasa membolehkan pelajar bertutur (dan mengarang) dengan lancar, terang dan
mudah difahami oleh orang lain.
Kefahaman tatabahasa membolehkan pelajar dapat memahami dengan lebih jelas akan
pengertian sesuatu perkataan atau ayat dengan menganalisis kedudukannya.
Kefahaman tatabahasa berguna kepada orang-orang dewasa atau pelajar-pelajar di peringkat
tinggi, terutama apabila belajar bahasa asing, kerana mereka lebih sukar belajar menerusi
rumusan yang tertentu.
Kefahaman tatabahasa adalah penting untuk peperiksaan kerana soalan-soalan bahasa yang
khusus mengenai tatabahasa.

TUGASAN INDIVIDU BRM 3013 | D20112053459


Kefahaman tatabahasa membolehkan pelajar menentukan sama ada sesuatu ayat itu betul atau
tidak mengikut rumusan tatabahasa bahasa itu.
3.0. PEMASALAHAN KAJIAN YANG LEPAS
Dibawah ini adalah satu analisis dihasilkan oleh Salomah Ahmad Rashid berkaitan jenis-jenis
Ayat Majmuk.

Analisis penggunaan ayat


Analisis penggunaan ayat yang terdapat dalam rencana keratan sebuah akhbar Berita Harian pada
halaman 26 dan halaman 27 iaitu 25 Mac 2013 bertajuk Lambakan ubat haram tidak terkawal.
(penulis: Felo di Institut Pengajian Kewartawanan, UiTM). Dalam artikel beliau, terdapat
penggunaan kata hubung dan telah diselitkan antara ayat untuk menggabungkan dua ayat atau
lebih dijadikan satu ayat majmuk gabungan. Penulis mengharapkan agar apa yang ingin
disampaikan membolehkan pembaca memahami dan mendapat maklumat yang
diperoleh dengan jelas. Antara contoh ayat majmuk gabungan yang terdapat dalam artikel adalah
seperti berikut:
Bayangkan, segala bentuk ubat-ubatan mahupun kapsul, pil, cecair dan krim adalah bahan
penting bagi pesakit.
Ia terdapat di Johor, Perak, Selangor, Pahang dan Kelantan serta dalam kuantiti yang besar.
Berat badan semakin susut dan tiada lagi perut buncit.
Di samping kecelaruan pengiklanan dan pengedaran ubat-ubatan, terdapat juga gejala ubat
tiruan.
Terdapat ketidakseimbangan pengedaran ubat-ubatan berkenaan, pilih kasih dan harga tidak
adil kepada pengguna.
Di samping kecelaruan pengiklanan dan pengedaran ubat-ubatan, terdapat juga
gejala ubat tiruan.
Tanggungjawab pengusaha farmaseutikal ke atas pengguna mengenai mutu ubat-ubatan,
harga, pelabelan dan pembungkusan.
3

TUGASAN INDIVIDU BRM 3013 | D20112053459


Pengguna tidak lagi menanam bahan makanan mereka sendiri, mendirikan rumah sendiri dan
membancuh bahan perubatan mereka sendiri.
Bagi mereka yang dijangkiti atau diserang penyakit serius dan kronik, ubat adalah pelindung
daripada keadaan lebih teruk atau maut.
Terdapat juga penggunaan ayat majmuk campuran dengan susunan biasa atau susunan songsang
agar ayat tersebut menjadi lebih gramatis. Banyak ayat majmuk campuran digarapkan dalam
karya penulisan oleh penulis tersebut. Kepelbagaian ayat majmuk yang gramatis mencerminkan
kemahiran dalam menyampaikan maklumat penulisan untuk mengutarakan
kemusykilannya atau memberi gambaran yang sebenar. Ada contoh-contoh
ayat yang relevan agar penjelasan yang lebih tepat dapat diutarakan. Oleh sebab itu penggunaan
ayat campuran menjadikan ayat tersebut menjadi ayat yang lebih kompleks. Kebanyakkan ayat
yang dibina juga biasanya panjang. Berikut beberapa contoh ayat yang diambil dari petikan
rencana berbentuk ayat majmuk campuran yang terdiri daripada berbagai-bagai bentuk ayat yang
digabungkan iaitu;
i.

ayat keterangan + ayat gabungan

ii.

ayat gabungan + ayat relatif

iii.

ayat relatif + ayat keterangan

iv. ayat keterangan + ayat relatif


v.

ayat relatif + ayat gabungan

Cara pengedaran dan pemasaran industri ubat-ubatan negara ini semakin bercelaru dan luar
kawalan.
Sudah tiba masanya pihak yang berkaitan di Kementerian Kesihatan mengambil tindakan
proaktif dan segera untuk mengelak masalah yang lebih besar berlaku dalam masyarakat.(ayat
gabungan dan ayat relatif)
Oleh itu, ubat wajib dipromosikan dengan telus, jujur dan ditawarkan kepada seramai rakyat
negara ini yang memerlukan dengan harga yang berpatutan. (ayat gabungan + ayat relatif)
Baru-baru ini, Bahagian Penguat Kuasa Farmasi Kementerian Kesihatan, seperti dilaporkan
oleh akhbar pada 31 Januari lalu, menyerbu 35 permis dan stokis di lima negeri secara serentak
dan merampas 6,283 botol ubat peransang seks.
(ayat keterangan + ayat gabungan)
4

TUGASAN INDIVIDU BRM 3013 | D20112053459


Apa yang memeranjatkan ialah produk itu amat berbahaya kerana mengandungi bahan
sildenafil atau viagra dalam dos yang tidak dibenarkan dan tidak berdaftar dengan
Kementerian Kesihatan.( ayat keterangan + ayat gabungan )
Kajian rambang yang dilakukan penulis menunjukkan permintaan ke atas ubat-ubatan seperti
ini dipromosikan melalui iklan yang meragukan, terutama ubat-ubatan untuk melangsingkan
badan wanita supaya penggunanya lebih berahi dilihat.(ayat relatif + ayat keterangan)
Adalah dipercayai industri farmaseutikal negara ini jauh berbeza dengan apa yang berlaku di
negara yang boleh dianggap sosioekonominya lebih rendah dari Malaysia.(ayat keterangan +
ayat relatif)
Dalam satu laporan sebuah akhbar tempatan awal Januari lalu, beberapa doktor swasta tidak
bermoral telah meraih keuntungan dengan menjual semula ubat yang telah mereka beli dengan
harga murah daripada syarikat farmaseutikal kepada orang tengah dengan harga lebih tinggi.
(ayat keterangan + ayat relatif)
Orang tengah ini kemudian menjual ubat itu kepada peruncit farmasi, dan ia dijual dengan
harga lebih tinggi lagi kepada orang ramai yang memerlukannya. (ayat gabungan + ayat relatif)
Kedai-kedai farmasi tidak dapat ubat-ubatan itu secara terus kerana sebilangan besar syarikat
farmaseutikal menjual bahan pengeluaran mereka mengikut struktur harga yang memilih dan
berdiskriminasi. (ayat keterangan + ayat gabungan)
Ada doktor di klinik swasta yang dipilih mendapat harga jauh lebih rendah dan ubatan
eksklusif untuk mereka. (ayat relatif + ayat gabungan)
Pertubuhan Farmaseutikal Malaysia baru-baru ini telah mendesak syarikat pengeluar ubat
supaya berhenti menawarkan harga diskriminasi dan produk mereka patut diedarkan kepada
semua kategori peramal profesional kesihatan dengan harga yang adil dan saksama. ( ayat
keterangan + ayat gabungan)
Menurut rencana dalam sebuah akhbar tempatan 14 Februari lalu, Menteri Kesihatan, Datuk
Seri Liow Tiong Lai, menegaskan pembuat dan pembekal yang mengetahui ubat-ubatan itu
adalah ubat tiruan, namun dengan sengaja mengedarkannya akan dianggap oleh masyarakat
sebagai melakukan perbuatan keji yang dikira sebagai pembunuh.(ayat gabungan + ayat
keterangan)

TUGASAN INDIVIDU BRM 3013 | D20112053459


Terdapat dua agensi kerajaan yang boleh bertindak menghindar aktiviti tidak
berperikemanusian ini iaitu Suruhanjaya Persaingan Malaysia dan Bahagian Farmaseutikal di
Kementerian Kesihatan melalui Dasar Perubatan Kebangsaan. (ayat relatif + ayat gabungan)
Kedua-dua badan ini perlu bergabung tenaga dan menyelaraskan aktiviti kawalan untuk
menghindar gejala yang hanya menanti untuk menjadi masalah yang lebih besar. ( ayat
gabungan + ayat relatif)
Pihak Kementerian Kesihatan juga perlu bekerjasama dengan Lembaga Piawaian Pengiklanan
(ASAM) agar penguatkuasaan yang lebih rapi dapat diadakan.
(ayat keterangan + ayat relatif)
Penipuan dan teknik pengiklanan yang dicurigai dari segi etika yang digunakan dalam
pengiklanan ubat. (ayat gabungan dan ayat relatif)
Persoalan antara pengguna yang peka dan pengguna yang jahil sebagai asas untuk
menentukan iklan yang menipu. (ayat gabungan + ayat relatif)
Pada zaman moden ini yang bercirikan ekonomi kompleks, pengkhususan yang mendalam,
dan kepadatan kawasan bandar, pengguna bergantung kepada pembuat barangan untuk keperluan
mereka. ( ayat gabungan + ayat keterangan)
Ekonomi yang kompleks hari ini telah membuat pengguna lebih bergantung kepada
pengusaha perdagangan bagi kesinambungan dan peningkatan nilai hidup mereka. ( ayat relatif
+ ayat gabungan)
Keperluan ubat-ubatan mereka boleh datang dari kilang yang beribu batu jauh dan dicipta
dengan bahan bancuhan kimia dan peralatan teknikal yang penggunanya sendiri tidak tahu.( ayat
gabungan + ayat relatif)
Di Filipina, ubat yang dianggap mustahak mempunyai harga siling bagi menentukan harga
runcitan adalah yang mampu dibeli rakyatnya.(ayat relatif + ayat keterangan)
Masih terdapat ayat dalam artikel mengandungi ayat yang masih tidak gramatis penggunaan
ayatnya walaupun kata hubung telah dimasukkan dalam ayat tersebut untuk membentuk ayat
majmuk. Contoh ayat: Bagi ubat yang dianggap mustahak untuk menyekat atau menghindar penyakit serius, ia tidak
ditawarkan secara meluas dan dengan harga yang munasabah.

TUGASAN INDIVIDU BRM 3013 | D20112053459


(ayat tidak gramatis dan didapati mengandungi 2 kata sendi dan dengan yang serentak
digabungkan dalam ayat tersebut.)
Keselamatan ubat-ubatan tanggungjawab moral dan perundangan oleh pembuat dan
pembekal serta kebaikan dan kelemahan kawalan kendiri dan kerajaan bagi melindungi
pengguna. (ayat tidak gramatis)
Perlu diingatkan, terdapat iklan ubat-ubatan yang menggunakan istilah perubatan atau kimia
yang mana seseorang pengguna biasa tidak faham pun. (ayat tidak gramatis)

Kebaikan kajian
Penulis telah memberikan banyak contoh ayat-ayat majmuk yang terdapat dalam artikel yang
dianalisis. Penerangan yang dibuat juga boleh difahami dan jelas besertakan contoh-contoh yang
diberikan. Kajian secara keseluruhannya adalah satu kajian yang boleh difahami.
Kelemahan kajian
Kajian yang dibuat tidak secara terperinci menyentuh tentang penggunaan ayat majmuk
gabungan, relative dan pancangan. Kajian perlu menyertakan contoh-contoh bagi setiap ayat
majmuk dalam artikel yang dianalisis. Kajian juga tidak memberikan rumusan tentang
penggunaan jenis-jenis ayat majmuk yang terdapat dalam artikel yang dikaji.

4.0. JENIS-JENIS AYAT MAJMUK


Ayat majmuk terdiri dar 3 jenis utama iaitu ;
1. Ayat Majmuk Gabungan.
2. Ayat Majmuk Pancangan.
3. Ayat Majmuk Campuran.
7

TUGASAN INDIVIDU BRM 3013 | D20112053459

1.Ayat majmuk gabungan ialah ayat yang terbina daripada gabungan beberapa ayat tunggal
dengan menggunakan kata hubung gabungan seperti atau, dan, lalu, malahan, sambil serta
tetapi bagi, seraya, kecuali, melainkan, manakala, bahkan, kemudian dan kata hubung gabungan
lain.
Contoh:
a. Awak boleh memakai kasut putih atau kasut hitam.
- Awak boleh memakai kasut putih.
- Awak boleh memakai kasut hitam.
b. Halim memelihara ikan sepat dan ikan keli.
- Halim memelihara ikan keli.
- Halim memelihara ikan sepat.
c. Ramli menyanyi sambil menari.
- Ramli menyanyi.
- Ramli menari.
2. Ayat majmuk pancangan ialah ayat yang terbina daripada gabungan beberapa ayat tunggal
dengan menggunakan kata hubung pancangan seperti agar, bahawa, jika, untuk, ketika, semasa,
setelah, semenjak, selagi, selama, supaya, hingga, walaupun...
Ada tiga jenis ayat majmuk pancangan iaitu pancangan relatif, pancangan komplemen dan
pancangan keterangan
i) Ayat majmuk jenis ini dikenali dengan kata hubung relatif yang. Yang digunakan untuk
memancangkan klausa kecil ke dalam klausa induk.
Contoh:
a. Wanita yang menjadi calon ibu misali itu ibu saya.
- Wanita itu menjadi calon ibu misali.
- Wanita itu ibu saya.

TUGASAN INDIVIDU BRM 3013 | D20112053459


3.Ayat majmuk campuran ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu jenis ayat , yakni
yang terdiri daripada campuran ayat tunggal dengan ayat majmuk atau deretan jenis ayat majmuk
dengan menggunakan pelbagai kata hubung. Contoh:
a. Orang Malaysia memang terkenal di seluruh dunia dengan sifat lemah lembut serta sopansantun yang tinggi nilainya lagi mulia.
* Ada beberapa jenis ayat kecil yang membentuk ayat majmuk di atas , iaitu:
1. Orang Malaysia memang terkenal di seluruh dunia.
2. Orang Malaysia memang terkenal dengan sifat lemah lembut.
3. Orang Malaysia memang terkenal dengan sopan santun yang tinggi nilainya lagi mulia.
5.0. ANALISIS ARTIKEL
Artikel yang saya pilih adalah Oleh Dr. Khairunneezam Mohd. Noor (Pensyarah Kanan di
Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia.) yang bertajuk
Penghayatan ilmu dalam kalangan kanak-kanak
Artikel ini membincangkan tentang proses menimba ilmu yang pada masa kini sudah bermula
seawal 4 atau 5 tahun. Mengikut peredaran masa dan system pendidikan sekarang proses ini
menjadi kebiasaan. Sejaun mana proses ini berkesan dan bagaimana pengisian yang sepatutnya.
Penulis mengatakan "Roh" ilmu itu tidak benar-benar meresap di dalam diri sejak usia kecil,
kerana ilmu pengetahuan dicari bersandarkan matlamat-matlamat yang bukanlah salah, tetapi
orientasinya kurang tepat. Ilmu itu sebenarnya perlu dicari, dipelajari dan dihayati secara
istiqamah.

5.1. Ayat Majmuk Gabungan


Contoh Ayat Majmuk Gabungan yang digunakan dalam artikel ini seperti :

TUGASAN INDIVIDU BRM 3013 | D20112053459


i. Itu belum termasuk jadual pendidikan sampingan yang perlu dihadiri anak-anak, seperti kelas
tuisyen, kelas agama dan mengaji al-Quran, kelas tae kwando, kelas piano, atau kegiatan
kokurikulum.
ii. Antaranya, anak-anak akan terfokus untuk mengejar objektif yang ditetapkan oleh ibu bapa
dan tertekan apabila ia tidak menjadi kenyataan.
iii. Bagi sesetengah anak-anak yang berjaya pula, ilmu yang ditimba itu tidak diamalkan
sebaiknya bahkan ia begitu rapuh hilang dari ingatan selepas berakhirnya peperiksaan atau
pengajian, semudah hilangnya nota-nota atau buku-buku rujukan dari pandangan mata.
iv. Ilmu itu sebenarnya perlu dicari, dipelajari dan dihayati secara istiqamah.
v. Dalam hal moral dan tata susila, ibu bapa wajar menunjukkan contoh pekerti mulia seperti
tidak merokok, menjaga percakapan daripada mengumpat atau menutur kata-kata kesat,
menjaga adab-adab berjiran, dan sebagainya.
Kata hubung seperti, dan, atau, ada digunakan dalam artikel ini, seterusnya membentuk Ayat
Majmuk Gabungan.
5.2. Ayat Majmuk Relatif
Contoh Ayat Majmuk Relatif
i. Namun, ada anak-anak yang tidak melihatnya sebagai sesuatu yang memberikan makna yang
besar, sekadar suatu lumrah yang telah disusun atur oleh ibu bapanya.
ii. "Kalau nak jadi orang yang ada kerja yang elok dan banyak duit, kenalah pergi ke sekolah dan
belajar rajin-rajin."
iii. Ibu bapa sebagai role-model yang paling rapat dengan anak-anak wajar memberikan misalan
terbaik dalam mendasari kaedah mengamalkan ilmu yang diperoleh.
10

TUGASAN INDIVIDU BRM 3013 | D20112053459

iv. Hal-hal yang nampak mudah dan remeh ini sebenarnya adalah pencetus yang signifikan
dalam memperihalkan pentingnya mengamalkan ilmu yang diperoleh kepada anak-anak.
5.3. Ayat Majmuk Pancangan
Contoh ayat majmuk pancangan
i. Setiap hari mereka dihantar ke sekolah, lengkap dengan buku dan alat tulis serta pakaian
seragam mengikuti sesi persekolahan selama 6 hingga 7 jam sehari.
ii. Pergi ke sekolah dan menuntut ilmu sepatutnya bukan sekadar suatu rutin kehidupan harian
daripada persepsi anak-anak, bahkan ia adalah salah satu kewajipan yang mesti dikerjakan oleh
setiap orang Islam.
iii. Bila anak-anak dibudayakan untuk terlalu mengejar kedudukan nombor satu dalam kelas atau
deretan "A" semaksimum mungkin dalam peperiksaan, ia menjadikan mereka tidak berfikir lebih
jauh daripada tujuan tersebut.
iv. Sejak kecil lagi, anak-anak perlu dididik bahawa ilmu pengetahuan bukan hanya untuk dicari
dan dipelajari, bahkan ia diamalkan. Dengan cara itu, dapat meningkatkan darjat hidup manusia
di dunia dan akhirat.

11

TUGASAN INDIVIDU BRM 3013 | D20112053459


5.4. Peratus Penggunaan Jenis-Jenis Ayat Majmuk

Peratus Penggunaan
Jenis-Jenis Ayat Majmuk Dalam Artikel.

Ayat Majmuk Relatif; 23%

Ayat Majmuk Gabungan; 53%

Ayat Majmuk Pancangan; 23%

6.0. PENUTUP
Kesimpulan analisis dari rencana ini ialah, penggunaan jenis ayat majmuk yang sama berulang
dan kerap digunakan. Gaya penulisan tidak terlalu kompleks dan bervariasi. Ayat menurut
pandangan umum terdiri daripada deretan perkataan. Perkataan-perkataan ini disusun dengan
12

TUGASAN INDIVIDU BRM 3013 | D20112053459


cara tertentu bagi membolehkan komunikasi berlaku dalam sesebuah masyarakat bahasa. Dari
sudut linguistik, ayat bukan sekadar susunan perkataan tetapi merupakan susunan golongan kata
tertentu dengan golongan tertentu berasaskan rumus yang terdapat dalam sesuatu bahasa. Oleh
itu daripada sesi ilmu linguistic ayat dikatakan terbina daripada klausa dan klausa ini terbina
daripada beberapa frasa.

RUJUKAN
Azhar Wahid, R. A. (2012). BML3113 SEJARAH BAHASA,KESUSASTERAAN DAN
KEBUDAYAAN MELAYU. Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Kamus Dewan Edisi keempat. (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Portal Pendidikan Utusan/tatabahasa. Retrieved from tutor.com:
http://www.tutor.com.my/stpm/indeks.htm
Pusat Rujukan Persuratan Melayu. (2012). Retrieved from Kamus dan Istilah:
http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=nama+baik&d=10
Ahmad Khair Mohd Nor, Norliza Jamaluddin. 2011. Morfologi Bahasa Melayu.Tanjong Malim :
Universiti Pendidikan sultan Idris.
Ahmad Khair Mohd Nor et. Al. 2012. Tatabahasa Asas. Kuala Lumpur : Percetakan Salam Sdn.
Bhd
Jauhari, Z. (2012, Disember 9). zekzana. Retrieved from zekzana:
http://zekzana.blogspot.com/2012/12/bahasa-melayu.html

13

TUGASAN INDIVIDU BRM 3013 | D20112053459


Rashid, S. (2013, Mei 25). mahligai impian. Retrieved from salomah6.blogspot:
http://salomah6.blogspot.com/2013/07/sintaksis-menganalisis-jenis-jenis-ayat.html

LAMPIRAN ARTIKEL

Penghayatan ilmu dalam kalangan kanak-kanak


Oleh DR. KHAIRUNNEEZAM MOHD. NOOR
DALAM sistem pendidikan di negara kita, kebanyakan anak-anak sejak umur 4 atau 5 tahun
telah mula mempunyai hubungan dengan institusi pendidikan.
Setiap hari mereka dihantar ke sekolah, lengkap dengan buku dan alat tulis serta pakaian
seragam mengikuti sesi persekolahan selama 6 hingga 7 jam sehari.
Itu belum termasuk jadual pendidikan sampingan yang perlu dihadiri anak-anak, seperti kelas
tuisyen, kelas agama dan mengaji al-Quran, kelas tae kwando, kelas piano, atau kegiatan
kokurikulum.
Kehidupan seharian anak-anak yang diprogramkan sebegini rupa menunjukkan budaya menimba
ilmu yang tidak dapat disanggah peri pentingnya dalam membentuk manusia yang seimbang
nilai rohani, jasmani, emosi dan inteleknya.
Namun, ada anak-anak yang tidak melihatnya sebagai sesuatu yang memberikan makna yang
besar, sekadar suatu lumrah yang telah disusun atur oleh ibu bapanya.

14

TUGASAN INDIVIDU BRM 3013 | D20112053459


Pergi ke sekolah dan menuntut ilmu sepatutnya bukan sekadar suatu rutin kehidupan harian
daripada persepsi anak-anak, bahkan ia adalah salah satu kewajipan yang mesti dikerjakan oleh
setiap orang Islam.
Ia bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW: " Menuntut ilmu itu wajib bagi setiap
muslim".Anak-anak perlu difahamkan bahawa menuntut ilmu juga diandaikan seperti berjuang
menegakkan hak diri dan berjihad ke jalan Allah seperti mana hadis Rasulullah SAW, "Barang
siapa keluar untuk mencari ilmu maka ia berada di jalan Allah sampailah ia kembali" (riwayat atTirmizi).
Sebagai ibu bapa pasti ada antara kita yang pernah diajukan persoalan oleh anak-anak seperti
"Ayah, kenapa saya perlu ke sekolah setiap hari?" atau "Ibu, apa perlunya saya belajar
bersungguh-sungguh? Apa pula agaknya jawapan yang sesuai untuk diberikan? Adakah
mencukupi atau tepat dengan mengatakan kepada anak-anak bahawa "Kamu mesti belajar untuk
lulus peperiksaan dengan cemerlang" atau "Kalau nak jadi orang yang ada kerja yang elok dan
banyak duit, kenalah pergi ke sekolah dan belajar rajin-rajin."
Jawapan seperti ini ditafsir sesetengah orang sebagai kurang tepat. Ia menzahirkan trend dalam
kalangan ibu bapa yang nampaknya bersungguh-sungguh mendidik anak-anak melangkahkan
kakinya ke sekolah dengan hanya bermatlamatkan kecemerlangan dalam peperiksaan atau
sebagai batu loncatan untuk berjaya mendapat pekerjaan baik di masa hadapan.
Bila anak-anak dibudayakan untuk terlalu mengejar kedudukan nombor satu dalam kelas atau
deretan "A" semaksimum mungkin dalam peperiksaan, ia menjadikan mereka tidak berfikir lebih
jauh daripada tujuan tersebut.
Banyak impak negatif jika usaha mencari ilmu itu tidak diiringi dengan amalan. Antaranya,
anak-anak akan terfokus untuk mengejar objektif yang ditetapkan oleh ibu bapa dan tertekan
apabila ia tidak menjadi kenyataan.
Rasa takut dan rendah diri akan wujud jika pencapaian dalam kelas atau keputusan peperiksaan
yang diidamkan oleh ibu apa tidak dapat dicapai. Akan wujud jugalah situasi di mana sesetengah
15

TUGASAN INDIVIDU BRM 3013 | D20112053459


anak-anak yang kurang berjaya secara akademiknya disisihkan dan dipandang rendah oleh ibu
bapa, keluarga dan masyarakat.
Mereka kemudiannya mencari jalan singkat dalam memujuk diri yang dicap kurang bijak dengan
terbabit dalam gejala-gejala negatif. Hakikatnya, gagal dalam peperiksaan bukanlah bererti
mereka sudah tewas dan tidak akan mampu mengharungi cabaran kehidupan di masa mendatang.

Bagi sesetengah anak-anak yang berjaya pula, ilmu yang ditimba itu tidak diamalkan sebaiknya
bahkan ia begitu rapuh hilang dari ingatan selepas berakhirnya peperiksaan atau pengajian,
semudah hilangnya nota-nota atau buku-buku rujukan dari pandangan mata.
Mungkin juga gejala-gejala seperti merasuah dan pecah amanah berlaku disebabkan kedangkalan
pemikiran orang yang berilmu dan "kelihatan pandai" tetapi tidak beramal dengan ilmu yang
dipelajarinya.
Inilah antara senario yang biasa berlaku dalam masyarakat kita. "Roh" ilmu itu tidak benar-benar
meresap di dalam diri sejak usia kecil, kerana ilmu pengetahuan dicari bersandarkan matlamatmatlamat yang bukanlah salah, tetapi orientasinya kurang tepat.
Ilmu itu sebenarnya perlu dicari, dipelajari dan dihayati secara istiqamah. Bak kata pujangga,
gersang bumi tanpa hujan, gersang minda tanpa ilmu, gersang jiwa tanpa amal, gersang hati
tanpa iman.
Sejak kecil lagi, anak-anak perlu dididik bahawa ilmu pengetahuan bukan hanya untuk dicari dan
dipelajari, bahkan ia diamalkan. Dengan cara itu, dapat meningkatkan darjat hidup manusia di
dunia dan akhirat.
Saidina Ali bin Abi Talib RA ada berkata: "Bahawasanya yang dikatakan orang alim itu adalah
mereka yang beramal dengan ilmunya dan ilmunya itu pula sesuai dengan amalnya."

16

TUGASAN INDIVIDU BRM 3013 | D20112053459


Ibu bapa sebagai role-model yang paling rapat dengan anak-anak wajar memberikan misalan
terbaik dalam mendasari kaedah mengamalkan ilmu yang diperoleh. Contoh paling mudah
adalah dalam hal beramal ibadah misalnya mengajak anak-anak mengerjakan solat pada awal
waktu, rajin melaksanakan puasa sunat serta bertadarus al-Quran bersama-sama.
Dalam hal moral dan tata susila, ibu bapa wajar menunjukkan contoh pekerti mulia seperti tidak
merokok, menjaga percakapan daripada mengumpat atau menutur kata-kata kesat, menjaga adabadab berjiran, dan sebagainya.
Hal-hal yang nampak mudah dan remeh ini sebenarnya adalah pencetus yang signifikan dalam
memperihalkan pentingnya mengamalkan ilmu yang diperoleh kepada anak-anak.
Ia mampumenjadi pencetus terbaik bagi mereka menjiwai bidang-bidang ilmu yang akan
diterokainya kelak bahkan memberikan pulangan lebih lumayan dalam membangunkan martabat
diri mereka sendiri, ibu bapa, masyarakat, agama dan negara.
* PENULIS ialah Pensyarah Kanan di Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains
Islam Malaysia.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140502/re_03/Penghayatan-ilmudalam-kalangan-kanak-kanak#ixzz308y7y0iG
Utusan Melayu (M) Bhd

17

Anda mungkin juga menyukai