Anda di halaman 1dari 6

NASIHAT KEPADA ATLET DAN JURULATIH MENGENAI

JANGKITAN VIRUS INFLUENZA A (H1N1)


[Maklumat ini adalah selaras dan dipetik dari nasihat terbitan
Kementerian Kesihatan Malaysia sehingga 14 Ogos 2009]

Sepertimana diketahui wabak influenza A (H1N1) sedang menular di Malaysia dan telah
menyebabkan bilangan kes yang ramai dan beberapa kematian. Walau bagaimanapun
keadaan masih dapat dikawal dengan pengamalan kebersihan diri, adab batuk/bersin
yang baik serta pengasingan diri jika berlaku tanda-tanda jangkitan ini.

Jangkitan oleh virus influenza (H1N1) merupakan satu jangkitan yang baru bagi
penduduk Malaysia dan ketahanan humoral ataupun imuniti belum lagi wujud di
kalangan penduduk negara ini. Oleh yang demikian, jangkitan ini mudah merebak.

Walau bagaimanapun bagi kebanyakkan orang, penyakit ini kelihatan tidak begitu serius
dan mudah pulih. Ini bermakna, jika anda mengalami simptom jangkitan influenza
A(H1N1) anda tidak semestinya perlu berjumpa dengan doktor ataupun ke klinik jika
simptom anda tidak serius.

Jangkitan ini diperhatikan lebih mudah berlaku di kalangan kanak-kanak dan remaja
tetapi boleh berlaku di kalangan mereka yang lebih tua.

Untuk segelintir pesakit influenza A(H1N1), penyakit ini boleh menyebabkan penyakit
yang teruk dengan komplikasi. Pada masa sekarang, beberapa faktor risiko telah
dikenalpasti yang memungkin jangkitan ini akan berlaku dengan lebih teruk:

Pesakit yang mengalami masalah seperti:

• masalah pernafasan yang kronik, termasuk lelah, penyakit pulmonari obstruktif


kronik (COPD), apnoea tidur obstruktif (obstructive sleep apnoea)

• wanita mengandung, khusus pada peringkat trimester kedua dan ketiga (enam
bulan terakhir mengandung)

• kegemukan/obesiti morbid

• lain-lain keadaan perubatan seperti masalah penyakit jantung kronik (bukan


penyakit darah tinggi) dan penyakit kronik seperti diabetes mellitus (kencing
manis), kegagalan renal/buah pinggang, masalah sel darah merah
(hemoglobinopati), keadaan sistem pertahanan/immuniti tubuh tertindas
(immunosuppression) seperti kanser (barah), HIV/AIDS, rawatan chemotherapy,
dan steroid jangka panjang.

1
Institut Sukan Negara
• orang dewasa melebihi 65 tahun umur khususnya mereka dengan penyakit
kronik

• kanak-kanak di bawah umur 5 tahun, khususnya mereka dibawah umur 2 tahun.

Mereka yang mempunyai tanda-tanda penyakit influenza A (H1N1) dan tergolong dalam
kumpulan risiko di atas adalah diberi keutamaan dari segi penilaian dan perawatan
penyakit ini.

KOMPLIKASI INFLUENZA

Beberapa komplikasi telah dikenalpasti berlaku akibat penyakit influenza. Kadangkala


komplikasi ini merupakan punca seseorang dikenalpasti mengalami penyakit influenza.
Umumnya komplikasi pernafasan yang paling kerap kelihatan dan jangkitan sekunder
sering terjadi. Masalah sistem kardiak selepas jangkitan influenza juga kelihatan dari
masa kesemasa. Komplikasi boleh melibatkan sistem-sistem pernafasan, kardiovaskular,
otot, saraf dan secara sistemik.

PANDUAN PENJAGAAN KESIHATAN DIRI DI RUMAH

Jangkitan virus influenza A(H1N1) yang menular di kalangan masyarakat Malaysia dan
sesiapa sahaja berisiko dijangkiti virus ini. Oleh itu, setiap anggota masyarakat perlu
mengambil langkah-langkah pencegahan untuk mengelak virus ini dari terus merebak
dan mengancam kesihatan kita semua.

Sekiranya anda berasa tidak sihat atau mengalami gejala selesema (influenza-like-
illness), anda dinasihatkan untuk berada di rumah dan tidak pergi ke tempat kerja,
sekolah atau mana-mana tempat awam. Walau bagaimanapun anda dinasihatkan ke
klinik ISN untuk disaring suhu badan dan diberi ubat bagi merawat simptom penyakit.
Bagi yang ada tanda-tanda influenza, cuti sakit akan diberikan.

Semasa berada di rumah, anda dinasihatkan untuk mengambil langkah-langkah berikut :

A. Penjagaan Kesihatan Diri Di Rumah

• Jika demam makan ubat paracetamol mengikut dos yang disyorkan.

• Demam yang telah reda tidak bermaksud anda telah sembuh tetapi boleh
membuatkan anda berasa lebih selesa. Patuhi arahan pada label ubat. Dapatkan
nasihat pengamal perubatan tentang ubat yang disarankan, sukatan yang sesuai,
kesan sampingan ubat dan bila pengambilan perlu dihentikan.

2
Institut Sukan Negara
• Berehat secukupnya.

• Banyakkan pengambilan cecair (termasuk air mineral, bubur, isotonik, jus buah-
buahan dan sup) bagi mengelakkan dehidrasi.

• Sekiranya mengalami tanda-tanda kecemasan seperti di senaraikan di Perkara


(C) di bawah, segera dapatkan rawatan doktor.

• Pastikan pengudaraan yang baik di rumah (contohnya membuka tingkap di bilik,


dapur, tandas dan bilik mandi).

B. Nasihat Untuk Pesakit Dan Ahli Keluarga Bagi Mengawal Jangkitan Di


Rumah

1. Amalkan adab batuk yang baik

Pesakit mesti mengamalkan adab batuk yang betul. Gunakan tisu atau sapu
tangan apabila batuk atau bersin. Cuci tangan dengan sabun dan air atau bahan
pencuci tangan berasaskan alkohol. Buang tisu yang telah digunakan ke dalam
tong sampah.

2. Tingkatkan penjagaan kebersihan diri

Pesakit dan semua ahli keluarga mesti mengambil langkah-langkah berikut :

o Kerap mencuci tangan dengan sabun dan air atau bahan cuci tangan
berasaskan alkohol.

o Keringkan tangan dengan tisu atau tuala yang berasingan untuk setiap ahli
keluarga.

o Cuci pinggan-mangkuk dan peralatan lain serta permukaan-permukaan yang


kerap disentuh, dengan menggunakan bahan pencuci yang biasa digunakan di
rumah.

3. Jangan kongsi peralatan peribadi

Peralatan seperti pinggan-mangkuk dan kain seperti tuala, cadar dan selimut
tidak boleh dikongsi oleh ahli keluarga pesakit. Semua barangan ini perlu dicuci
dengan sabun dan air.

3
Institut Sukan Negara
4. Menjarakkan diri (Penjarakan Sosial - Social Distancing)

o Pesakit dinasihatkan supaya tidak meninggalkan rumah sehingga mereka


sembuh, lazimnya selama 7 hari.

o Pesakit seboleh-bolehnya diminta tinggal di bilik berasingan.

o Ahli keluarga, khususnya yang cenderung mendapat komplikasi (khususnya


ibu hamil) seboleh-bolehnya hendaklah menjarakkan diri daripada pesakit
sekurang-kurangnya (1) meter untuk menggelakkan jangkitan.

o Sekiranya pesakit terpaksa keluar rumah contohnya, untuk mendapatkan


rawatan beliau hendaklah memakai penutup mulut dan hidung (mask),
mengamalkan adab batuk yang baik dan kerap mencuci tangan.

C. Panduan Menilai Tahap Kesihatan Diri Di Rumah

Secara amnya demam selesema boleh sembuh dengan sendiri. Namun begitu,
anda perlu mendapatkan rawatan SEGERA di hospital jika anda mengalami mana-
mana tanda dan gejala berikut :

o Masalah pernafasan : sesak nafas, semput, warna bibir bertukar menjadi biru/
ungu
o Batuk berdarah atau kahak berdarah
o Sakit dada berterusan
o Cirit-birit atau muntah yang kerap
o Demam berterusan melebihi 3 hari ataupun demam berulang selepas tiga hari
pulih
o Berkelakuan tidak normal, keliru, kurang responsif kepada rangsangan atau
sawan
o Rasa pening apabila berdiri
o Kurang kencing

SIAPA YANG HARUS MENJALANI UJIAN UNTUK VIRUS INFLUENZA


A(H1N1)

MEREKA DENGAN TANDA-TANDA INFLUENZA YANG TIDAK SERIUS TIDAK


SEPATUTNYA MENJALANI UJIAN SECARA RUTIN

SYOR KEMENTERIAN KESIHATAN:


Pengujian makmal untuk Influenza A H1N1 bagi membantu pengurusan klinikal
hanya dibuat untuk mereka yang menepati tafsiran ILI dan mempunyai tanda-tanda
penyakit yang serius seperti dinyatakan di atas.

4
Institut Sukan Negara
Tafsiran Influenza-like-illness (ILI) adalah demam (suhu badan melebihi 38°C), batuk
dan/atau sakit tekak TANPA sebarang punca tanda yang dialami yang bukan influenza.

RAWATAN ANTI-VIRUS UNTUK INFLUENZA A (H1N1)

Mereka yang disyakki mengalami influenza A (H1N1) yang hanya demam tanpa
komplikasi (kejadian penyakit yang tidak serius) biasanya tidak perlu rawatan anti-
virus.

Jika seseorang pesakit tidak berada dalam golong berisiko tinggi ataupun tidak
memerlukan rawatan sebagai pesakit dalam, mereka juga biasanya tidak memerlukan
rawatan anti-virus malah rawatan anti-virus tidak membawa kesan yang nyata.

Bagi pesakit yang mengalami penyakit influenza yang serius, rawatan perlu dimulakan
secapat mungkin selepas tanda-tanda penyakit dikesan, seboleh-bolehnya dalam
tempoh 48 jam dari mulanya tanda-tanda tersebut.

Ubat anti-virus hendaklah diambil mengikut dos yang disyorkan dan untuk tempoh
seperti arahkan oleh doktor.

JIKA ANDA KE LUAR NEGARA. AMBIL LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN


(NASIHAT KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA):

Mengunjungi negara yang dilanda Influenza A (H1N1)

Lawatan ke negara-negara yang dilanda wabak perlu ditangguhkan. Jika perjalanan


tidak dapat dielak, ambil langkah-langkah pencegahan berikut:

• Ketahui kawasan wabak atau kawasan yang mengalami influenza A(H1N1).

• Elak melawat tempat-tempat yang sesak.

• Elak bersentuhan dengan pesakit influenza A(H1N1). Jika anda terpaksa


berdampingan dengan pesakit, gunakan alat perlindungan pernafasan yang
sesuai.

• Jaga kebersihan diri sepanjang masa. Kerap basuh tangan dengan air dan sabun
terutamanya selepas bersin atau batuk.

• Gunakan tisu atau sapu tangan apabila batuk atau bersin. Buang tisu dalam tong
sampah.

• Kalau anda jatuh sakit, SEGERA dapatkan rawatan.

5
Institut Sukan Negara
Pulang dari negara yang dilanda influenza A(H1N1)

Ambil langkah-langkah berikut.

• Elak berdamping rapat dengan orang lain selama 7 hari.


• Segera dapatkan rawatan doktor jika dalam tempoh tersebut anda:
o Demam dan mengalami salah satu gejala ini;
 Batuk
 Sesak nafas
 Sakit tekak
 Sakit kepala
 Sakit badan
• Maklum kepada doktor yang merawat bahawa anda baru pulang dari negara/
kawasan yang dilanda influenza A(H1N1).

NASIHAT KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Orang ramai diminta sentiasa mengikut nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia dan
mendapatkan rawatan segera bagi mereka yang mengalami simptom dan berisiko
tinggi untuk mendapat komplikasi akibat jangkitan Influenza A(H1N1). Maklumat dan
perkembangan semasa jangkitan influenza A(H1N1) boleh diperolehi melalui talian
hotline yang beroperasi dari jam 8.00 pagi hingga 5.30 petang di talian 03-88810200 dan
03-88810300. Maklumat terkini juga boleh didapati daripada laman web Kementerian
Kesihatan Malaysia http://www.moh.gov.my dan http://h1n1.moh.gov.my.

Tarikh dokumen ini diterbitkan: 14 Ogos 2009

6
Institut Sukan Negara

Anda mungkin juga menyukai