Anda di halaman 1dari 12

Sembahyang sama ada fardhu atau sunat mestilah

memenuhi tiga belas rukun yang utama seperti


berikut:

1) Niat sembahyang
Niat ialah menyengajakan di dalam hati untuk
melakukan solat atau azam untuk mengerjakan sesuatu
dan diniatkan ketika memulakan sesuatu pekerjaan.
Niat juga adalah untuk menentukan apakah
sembahyang yang dikerjakan itu sama ada sembahyang
fardhu, sunat dan seumpamanya.

2) Berdiri betul bagi orang yang berupaya


Berdiri dengan betul pada sembahyang fardhu bagi
mereka yang berkuasa (boleh) berdiri. Jika lemah
(tidak berupaya) berdiri untuk mengerjakan
sembahyang, sah sembahyangnya dengan duduk.

3) Takbiratul Ihram
Cara takbir dilakukan ialah dengan lafaz

4) Membaca surah Al-Fatihah


Surah Al-Fatihah wajib (rukun) dibaca pada setiap
rakaat sewaktu berdiri.
5) Ruku serta Tumaninah
Rukuk dari segi bahasa ialah condong dan tunduk.
Menurut istilah ialah menundukkan punggung dan
kepala di dalam sembahyang.

6) Itidal serta Tumaninah


Itidal ialah bangkit bangun dari rukuk dan kembali
tegak lurus sebelum sujud.

7) Sujud serta Tumaninah


Sujud dari segi bahasa ialah merendahkan diri.
Memadailah sujud menurut syarak dengan meletakkan
dahi atau hidung di atas tikar sembahyang.

8) Duduk antara dua sujud


Duduk antara dua sujud ialah bangun kembali setelah
sujud yang pertama untuk duduk sebentar sementara
menanti sujud yang kedua.

9) Duduk Tahyat Akhir


Duduk yang berlaku di akhir rakaat sembahyang iaitu
akan diberi salam selepas daripadanya.

10) Membaca Tahyat Akhir.


Membaca tahyat akhir semasa duduk kali terakhir dalam
sembahyang.

11) Membaca selawat ke atas Nabi dalam Tahyat


Akhir.
Maksudnya ialah membaca selawat ke atas Nabi dan
keluarganya dalam tahyat akhir semasa duduk kali
yang terakhir dalam sembahyang.

12) Memberi salam yang petama


Bila telah selesai membaca tahyat akhir dan selawat atas
Nabi dan keluarganya maka hendaklah memberi salam.
Yang diwajibkan hanyalah salam pertama.

13) Tertib
Tertib maksudnya mentertibkan rukun-rukun
sembahyang. Dimulakan dengan takbiratul ihram,
kemudian membaca Fatihah kemudian rukuk, itidal,
sujud dan seterusnya. Maka adalah batal
sembahyangnya jika tidak mengikut rukun
sembahyang dengan senghaja dan wajib dia
mengulangi rukun-rukun tersebut.

Anda mungkin juga menyukai