Anda di halaman 1dari 5

Elemen yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Guru

Bepekerti mulia

Ini bermakna seseorang guru mesti mempunyai nilai sahsiah diri yang
baik.Seseorang guru mestilah berbudi bahasa, bersopan, berdisiplin, bermoral
dan sebagainya.

Bak kata perpatah Guru kencing berdiri,Murid kencing berlari. Hal ini kerana
guru merupakan role model kepada murid-murid.Setiap tingkah laku yang
dilakukan akan mencerminkan keperibadian guru itu sendiri.Jika guru tidak
menjaga semua nilai ini,pastinya semua murid akan mengikut jejak perbuatan
yang dibuat oleh guru.

Sekiranya,jika seseorang guru tidak menjaga disiplin diri sama ada di sekolah
atau luar sekolah ini akan memberi teladan yang buruk kepada muridmurid.Seperti merokok di kawasan sekolah ,memandu kereta dengan kelajuan
yang tinggi dan lain-lain.

Murid-murid akan belajar semua perbuatan yang dibuat oleh guru.Dan ini akan
menyebabkan pembentukan sahsiah seorang murid terjejas.Ini akan
menjejaskan pembangunan sesebuah negara,kerana kekurangan insan yang
cemerlang pada masa yang akan datang.

Berpandangan progresif dan saintifik

Dalam zaman perkembangan teknologi yang canggil ini,elemen ini menekakan


kita supaya berkembang mengikut peredaran zaman yang kini memberi
penekanan kepada sains dan teknologi.Sebagai guru,kita mesti berusaha
memajukan diri agar tidak ketinggalan dari segi profesional.

Seperti pembelajaran masa kini buku bukanlah menjadi satu medium untuk
pengajaran.Peralatan yang digunakan sebagai bahan bantu mengajar pun sudah
berubah.Seperti pada zaman dahulu,papan hitam merupakan tempat untuk
pemyampaian pembelajaran.Kini sudah diganti dengan menggunakan

powerpoint. Sebagai guru,kita mesti belajar menggunanya dari semasa ke


semasa.

Tambahan pula, kebanyakan pembelajaran sekarang juga dengan menggunakan


internet.Kemudahan yang disediakan dalam internet akan memudakan guru
untuk mencari maklumat.Jika seseorang guru tidak tahu melayari
internet,pastinya akan ketinggalan.

Bersedia menjunjung aspirasi negara

Elemen yang ketiga iaitu bersedia menjunjung aspirasi negara. Aspirasi dalam
kamus pelajar edisi kedua bermaksud keinginan atau kehendak yang kuat untuk
mencapai sesuatu perkara. Dalam konteks menjunjung aspirasi negara, guru
sebagai agen yang bertindak untuk menjayakan aspirasi negara ini. Guru
berperanan untuk mendidik generasi muda supaya dapat menyumbang kepada
pembangunan dan kemajuan negara. Guru perlulah benar-benar menghayati
aspirasi negara yang dihasratkan supaya pembentukan modal insan kelas
pertama dapat dilahirkan. Sebagai pendidik, guru perlu menerapkan kesemua
aspek yang ditekankan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu untuk
melahirkan individu yang seimbang dan harmonis.

Sekiranya modal insan yang dilahirkan tidak berkualiti, jadi aspirasi negara
sudah pasti tidak dapat dicapai. Generasi muda yang akan dilahirkan oleh para
guru inilah yang akan menjadi penggerak dan bersama-sama guru untuk
menjunjung aspirasi negara Malaysia. Tambahan pula, guru perlu berusaha agar
dapat menyumbang secara maksimum ke arah pencapaian aspirasi negara.
Contohnya, guru perlu menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan seperti
mendidik pelajar dengan jujur, ikhlas dan amanah. Ada beberapa kes yang tidak
sihat melibatkan guru, misalnya kes guru yang ponteng kelas, tidak berada di
dalam kelas yang sepatutnya tanpa sebarang alasan, dan ada juga guru yang
menyalahgunakan kuasa yang diberikan. Jika kes-kes sebegini berterusan, di
mana kredibiliti seorang guru yang sepatutnya menjunjung hasrat negara? Maka,
melalui Falsafah Pendidikan Guru inilah yang bertindak untuk menjadi garis
panduan dan pegangan untuk di setiap guru di Malaysia.

Serta menyanjung warisan kebudayaan negara

Elemen seterusnya ialah bersedia menyanjung warisan kebudayaan negara.


Negara kita, Malaysia kaya dengan pelbagai kebudayaan yang unik. Sebagai
guru, kita perlulah menghayati warisan kebudayaan negara yang unik ini. Bukan
sahaja dari segi adat resam, malah dari aspek kesenian, pakaian, peralatan
tradisional, permainan tradisional, perubatan, sastera, seni bina dan juga seni
halus. Kesemua aspek ini perlu dipelihara supaya warisan kebudayaan ini dapat
dinikmati oleh generasi akan datang. Seorang guru berperanan untuk memupuk
sifat bangga terhadap kepelbagaian budaya dalam kalangan pelajar. Mereka
perlu menghargai keunikan kebudayaan yang telah diwarisi sejak zaman
berzaman.

Untuk menyemai perasaan bangga terhadap budaya yang pelbagai ini, guru
boleh mengambil inisiatif seperti membuat aktiviti atau program yang berkaitan
dengan kebudayaan. Misalnya, mewujudkan Malam Kebudayaan Dan Warisan di
mana pada malam tersebut ditonjolkan budaya bagi setiap kaum yang ada di
Malaysia. Secara tidak langsung, murid akan dapat mengetahui keunikan budaya
kaum-kaum lain. Di sini, gurulah yang bertindak sebagai agen penggerak dalam
memelihara warisan kebudayaan negara.

Guru juga perlu menyemai sifat patrotisme dan cintakan negara dalam kalangan
pelajar. Sifat patriotisme dan cintakan negara ini penting untuk diterapkan dalam
diri pelajar supaya mereka sanggup berjuang mempertahankan negara suatu
masa nanti. Sekiranya guru tidak menerapkan sifat ini sebaik mungkin, tidak
mustahil penjajah akan kembali mencari ruang dan peluang untuk menjajah
semula negara. Guru tidak seharusnya berasa senang hati atas kemerdekaan
yang telah kita kecapi selama 55 tahun ini.

Anasir-anasir luar sentiasa menantikan peluang untuk menjajah semula


sekiranya kita lalai dan leka. Generasi muda yang bakal dilahirkan oleh warga
pendidik inilah yang akan berjuang untuk mempertahankan kemerdekaan dan
keamanan negara pada masa akan datang. Jadi, guru perlu peka dalam
menerapkan unsur patriotisme dalam diri para pelajar.

Menjamin perkembangan individu

Guru berperanan untuk membentuk generasi muda memperkembangkan diri


dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Tugas guru bukan sahaja mengajar,

malah perlu memberi sokongan, dorongan, nasihat dan sebagai tempat rujukan
murid.Potensi individu ini boleh dibahagikan pula kepada 4 iaitu unsur intelek,
jasmani, emosi, dan rohani. Melalui pendidikanlah potensi individu boleh di
perkembangkan dan di gilap.

Unsur jasmani ialah unsur fizikal individu iaitu berkaitan anggota tubuh badan.
Perkembangan dan kecerdasan fizikal amat penting untuk kecerdsan mental
kerana ianya merupakan satu perkara yang amat berkait rapat. Unsur emosi pula
ialah berkaitan dengan jiwa individu yang mana memberi kawalan kuat kepada
semangat perpaduan dan sebagainya. Perkembangan emosi yang sempurna
mampu untuk mengawal tingkah laku yang baik. Unsur rohani pula merangkumi
unsur berkaitan kalbu iaitu hubungan antara manusia dengan penciptanya.
Unsur rohani ini lebih menjurus kepada amalan keagamaan. Unsur terakhir ialah
unsur intelek iaitu berkaitan daya berfikir. Intelek penting kerana dengan unsur
intelek, pelbagai masalah sukar dapat diselesaikan dengan tepat. Semua unsurunsur ini membantu dalam perkembangan potensi individu dan menjadi asas
kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Perkembangan potensi individu telah membawa kepada perkembangan potensi


secara menyeluruh dan bersepadu. Perkembangan secara menyeluruh dan
bersepadu ini merangkumi perkembangan individu yang maksima pada jalan
atau cara yang tepat bagi membantu menggilap potensi yang ada dalam diri
individu tersebut.

Memelihara suatu masyarakat yang besatu padu, demokratik, progresif dan


berdisiplin

Elemen seterusnya ialah Memelihara suatu masyarakat yang besatu padu,


demokratik, progresif dan berdisiplin. Tanggungjawab guru sebagai ahli
masyarakat yang menyumbang kepada pembangunan negara. Guru juga perlu
berusaha agar masyarakat dapat memenuhi aspirasi dan hasrat negara yang
telah ditetapkan Guru hendaklah menekankan unsur bersatu padu dalam segala
kegiatan yang dikendalikannya dan cuba memastikan murid-murid pelbagai
kaum sentiasa berinteraksi antara satu sama lain.

Aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran hendaklah menuju ke arah


perkembangan potensi murid secara menyeluruh dan bersepadu yang
merangkumi aspek intelek, rohani, emosidan jasmani. Guru hendaklah memberi
peluang kepada murid-murid untuk melaksanakan serta membuat keputusan

dalam pemilihan ketua murid, pengerusi dan ahli-ahli jawatankuasa. Dalam


pengajaran guru, kaedah inkuiri-penemuan dan kaedah dapatan hendaklah
ditekankan bagi memupuk sifat gemar menyiasat dan mereka cipta.kedua ialah
Sifat-sifat ini adalah secocok dengan hasrat memperkembangkan anggotaanggota masyarakat yang berpandangan futuristik dan progresif.

Guru hendaklah menitik beratkan nilai-nilai seperti ketepatan masa, bersopan


santun, bertimbang rasa, tolong-menolong, prihatin dan bekerjasama di
kalangan murid-muridnya. Amalan ini akan membolehkan murid-murid
membesar menjadi ahli masyarakat yang bersifat penyanyang dan berdisiplin.
Email This

Anda mungkin juga menyukai