Anda di halaman 1dari 4

5.

3 Latihan 1 JURNAL: Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Hubungan Pemuafakatan


Arahan
Buat nota ringkas tentang faktor-faktor yang mempengaruhi kejayaan hubungan
pemuafakatan.
Jalinan kerjasama atau pemuafakatan dapat dilaksanakan dalam pelbagai bentuk. Bentuk
tersebut meliputi sumber kewangan, alatan dan barangan , sumber manusia dan
kepakaran , sokongan moral , nilai komersial dan sokongan politik. Dengan adanya jalinan
kerjasama, maka lahirlah rasa kepunyaan, perkongsian tanggungjawab dan komunikasi
berkesan. Kolaborasi ini merangkumi keseluruhan masyarakat.
Dengan itu suatu mekanisme untuk menginstitusikan permuafakatan di peringkat sekolah
hendaklah dibuat. Banyak faktor yang mempengaruhi kejayaan hubungan pemuafakatan,
antaranya ialah :
1.
2.
3.
4.
5.

Keperihatinan dan penglibatan pemimpin


Perubahan norma institusi
Autonomi dan pengupayaan
Hubungan mesra dan penglihatan berterusan
Faktor sokongan seperti sumber,ilmu,sikap, perilaku dan kesungguhan

JURNAL: Pemuafakatan Sekolah-Komuniti

(modul 5.3 akt 3)

Arahan
Buat nota ringkas perkara berikut::
i. Strategi menjalin hubungan pemuafakatan dengan pihak luar; dan
ii. Peranan sekolah dalam institusi masyarakat.
BACA BAHAN YANG DISEDIAKAN
i. Strategi menjalin hubungan pemuafakatan dengan pihak luar
Sekolah merupakan sebuah institusi pendidikan yang ditubuhkan oleh masyarakat.
Hubungan Pemuafakatan amat ditekankan pada waktu ini. Perhubungan sekolah
dengan komuniti boleh diibaratkan bagai isi dengan kuku, mereka saling
berinteraksi dan saling mempengaruhi antara satu sama lain. Bagi menjayakan
Pemuafakatan Komuniti ini, usaha saling membantu perlu dilaksanakan bagi
menjayakan sistem pendidikan kita. Antara konsep yang mesti dipatuhi dalam
menjalin hubungan pemuafakatan ini adalah seperti berikut :
i.
Perkongsian Pintar (Smart Partnership)
ii.
Penglibatan semua ( Collaboration)
iii.
Dapat Faedah Bersama ( Win-win situation)
iv.
Kerjasama (Cooperation)

Bagi merialisasikan hubungan pemuafakatan antara komuniti, strategi menjalin


hubungan perlu dilaksanakan. Antara strategi yang mesti dijalankan ialah:
i.
Hubungan sekolah , ibu bapa dan komuniti perlu mantap dan akrab.
ii.
Semua pihak perlu ikhlas dan berusaha bagi menjayakan matlamat yang
disasarkan.
iii.
Tidak memandang serong tentang kegiatan yang akan dilaksanakan demi
kebaikan bersama.
iv.
Menyediakan halaman untuk berkomunikasi antara pihak sekolah dengan
pihak luar
v.
Hubungan dua hala saling membantu meningkatkan pembelajaran murid
vi.
Mudah pihak luar memberi sumbangan dan kerjasama membangunkan
pendidikan
vii.
Dapat saling bertukar maklumat dan membantu pihak sekolah
viii.
Membolehkan semua warga sekolah berhubung dengan pihak luar
membangunkan sekolah
Kesimpulannya, hubungan pemuafakatan sekolah dengan komuniti merupakan
elemen penting kejayaan sesebuah sekolah. Ibubapa dan komuniti merupakan
rakan kongsi utama untuk kecemerlangan pendidikan murid dan seterusnya
hubungan mesra guru dengan ibubapa dan komuniti luar membantu pencapaian
akademik murid.
ii. Peranan Sekolah dalam institusi masyarakat.
Masyarakat dan sekolah tidak dapat dipisahkan kerana kedua-duanya turut sama
penting dalam menyumbangkan ke arah melahirkan masyarakat atau individu yang
sempurna. Antara peranan sekolah dalam institusi masyarakat ialah :
a. Sekolah dipertanggungjawabkan untuk memberi pendidikan dan
menghasilkan perubahan positif ke atas pelajar dan juga memainkan peranan
sebagai agen memodenisasikan masyarakat dalam semua bidang
perkembangan dan kemajuan selari dengan keperluan-keperluan yang telah
dinyatakan dalam Matlamat Pendidikan Negara.
b. sekolah sebagai suatu sistem sosial iaitu salah satu institusi pendidikan yang
ditubuhkan untuk memenuhi keperluan anggota-anggota masyarakat supaya
membolehkan mereka menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran untuk
kemajuan dan perkembangan diri dan masyarakatnya.
c. memupuk kesefahaman dan perpaduan dalam kalangan pelajar yang terdiri
daripada pelbagai kaum
d. melahirkan pelajar-pelajar atau generasi yang berilmu pengetahuan dan
berakhlak mulia.
e. bertanggungjawab untuk memberi pendidikan yang selaras dengan
keperluan pekerjaan pada masa ini.
f. Melahirkan pelajar yang berketerampilan, mempunyai daya saing, kreatif dan
inovatif. Remaja yang berilmu dan bijaksana juga merupakan golongan
intelektual yang mampu berfikir dan menyumbang kepada pembangunan,
kemajuan dan juga ketamadunan bangsa dan negara

Kesimpulannya, kerjasama di antara sekolah dan masyarakat adalah penting untuk


membawa sekolah dan masyarakat bersama-sama menuju ke arah kejayaan dan
kegemilangan. Jika kedua-dua aset ini tidak saling berinteraksi sudah pasti remaja
yang berilmu pengetahuan tidak akan terhasil. Oleh sebab itu, dalam pelaksanaan
Satu Malaysia remaja dijadikan sebagai aset negara yang utama. Merekalah yang
akan menentukan masa hadapan negara.
Latihan 4:

Bagaimana staf sekolah menjalin hubungan yang bermakna dengan semua


pihak.
Kerjasama yang baik di antara pihak sekolah dengan warga dalaman
mahupun komuniti luar amat perlu bagi melahirkan pelajar yang cemerlang.
Jika adanya sokongan dan kerjasama pihak komuniti digunakan dengan baik,
maka ia akan memberi kekuatan dan kelebihan kepada pihak sekolah. Hal ini
selaras dengan kajian Mapp (2003) proses jalinan merupakan satu sistem
yang menunjukkan usaha ke arah menggalakkan perhubungan antara semua
pihak dalam aspek persefahaman dan pemuafakatan dalam membuat
keputusan.
Pengetua sebagai pemimpin peringkat sekolah perlu memainkan
peranannya dengan berkesan dengan menggariskan langkah-langkah seperti
berikut :
a. Menyatakan dengan jelas misi dan visi sekolah tentang maklumat dan
hala tuju sekolah kepada seluruh warga sekolah.
b. Menetapkan sasaran pencapaian akademik yang tinggi dan mampu di
capai oleh pelajar.
c. menggunakan pendekatan secara berpasukan dan bersesuaian dan
menetapkan matlamat-matlamat prestasi yang tinggi
d. Proses pengumpulan data dan penganalisisan yang berfokus
e. Menjalin hubungan erat antara ahli sepasukan atau sekomuniti.
Seperti yang terdapat dalam School Snapshot(page 2) oleh Ms. Lopezs,
dengan sekadar menarik ibu bapa ke sekolah adalah tidak mencukupi. Ibu
bapa perlu di beri kesedaran akan peranan dan kepentingan mereka dalam
menjalin hubungan dengan pihak sekolah. Ibu bapa juga boleh membantu
pihak sekolah dari aspek kepakaran dan kemahiran profesionalisme yang
ada sama ada dari aspek kurikulum atau kokurikulum.
Selain itu pimpinan sekolah juga perlu menggalakkan
jalinan
hubungan komuniti yang kondusif. Pihak sekolah mesti bersikap terbuka dan
mesra sewaktu berinteraksi dengan ibu bapa. Membuka minda staf sekolah
akan kebaikan menjalin hubungan dengan komuniti luar serta mampu dan
menetapkan had penglibatan ibu bapa dan komuniti. Akhir sekali, jalinan

kerjasama dengan komuniti amat penting kerana mampu membantu


membangun dan memajukan sekolah.

Anda mungkin juga menyukai