Anda di halaman 1dari 4

Sistem peredaran

darah amfibia

Amphibians

Amfibia - sistem peredaran


darah ganda dua tertutup
dan tidak lengkap.
Jantung amfibia seperti katak
- 2 atrium (atrium kanan dan
kiri) dan 1 ventrikel (tak
dibahagi)
Atrium kanan menerima
darah terdeoksigen dari
seluruh badan (vena kava)
dan atrium kiri menerima
darah beroksigen dari peparu
dan kulit (vena pulmonari)
Bila kedua-dua atrium
mengecut serentak, darah
terdeoksigen dan darah
beroksigen dipam ke dalam
ventrikel.

Amfibia
Dalam ventrikel, darah terdeoksigen dan
beroksigen bercampur.
Darah yang bercampur kemudian dipam keluar ke
seluruh badan dan peparu semasa pengecutan
ventrikel.
Darah bercampur mengandungi kurang oksigen
diangkut ke sel badan dan digunakan untuk
respirasi sel.
Darah bercampur juga diangkut ke peparu supaya
pertukaran gas berlaku. Darah beroksigen ini
kemudian diangkut keluar dari peparu dan kembali
ke atrium kiri jantung.

Anda mungkin juga menyukai