Anda di halaman 1dari 2

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS BAHASA

MELAYU
59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR
Bilangan Jurnal:

Kedua

Minggu Pratikum:

Kedua

Tarikh Peristiwa/ Kejadian:

20 April 24 April 2015

Tajuk Jurnal:

Pengurusan Masa

1. Masalah/ Peristiwa
Masalah utama yang dihadapi pada minggu lepas iaitu kawalan kelas
dapat diselesaikan dengan tindakan susulan yang dilaksanakan. Masalah yang
dihadapi pada minggu ini ialah masalah pengurusan masa dalam mengendalikan
proses pengajaran dan pembelajaran. Pengurusan masa yang baik amat penting
supaya rancangan pengajaran hari dapat dilaksankan dengan sistematik.
Masalah ini telah menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran yang
dirancang tidak berjalan dengan lancar. Contohnya, terdapat beberapa langkah
pengajaran dilaksanakan secara tergesa-gesa untuk mengejar masa pengajaran
yang kian kurang. Hal ini telah menimbulkan masalah bagi mencapai objektif,
khususnya objektif pembelajaran pada hari tersebut.
2. Analisis
Antara

faktor

yang

menyebabkan

berlakunya

permasalahan

ini

termasuklah pengalaman diri yang kurang dalam merancang dan melaksanakan


proses pengajaran dan pembelajaran dengan teliti dan berkesan. Contohnya,
perancangan masa bagi sesuatu aktiviti pengajaran terlalu singkat kepada murid
untuk

melaksanakan

aktiviti

tersebut

semasa

proses

pengajaran

dan

pembelajaran. Oleh itu, keadaan ini telah menyebabkan langkah pengajaran


yang seterusnya dilaksanakan dalam keadaan yang tergesa-gesa disebabkan
kekangan masa.

3. Cadangan/ Tindakan Susulan


a. Mendapatkan nasihat dan menimba pengetahuan daripada guru
pembimbing dan guru-guru yang lain mengenai cara untuk menangani
masalah pengurusan masa dalam sesi pengajaran dan pembelajaran
sedang berlangsung.
b. Perancangan dan pembahagian masa yang sistematik dirancang
sebelum melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik
darjah.
c. Memahami situasi dan keadaan murid dan bersedia dengan tindakan
susulan sekiranya masalah kekurangan masa dalam aktiviti pengajaran.
d. Merangka aktiviti yang bersesuaian dengan masa yang ditetapkan.
4. Tempoh Masa Tindakan Susulan
Masalah pengurusan masa ini dijangka dapat diselesaikan dari semasa ke
semasa. Pengurusan masa yang baik diperlukan untuk kelancaran proses
pengajaran dan pembelajaran. Pengalaman dalam melaksanakan proses
pengajaran dan pembelajaran dan nasihat daripada guru pembimbing amat
dimanfaatkan saya dalam penyelesaian masalah ini.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Disemak oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan:

Tandatangan:

Nama:

Nama:

Tarikh:

Tarikh:

Anda mungkin juga menyukai