Anda di halaman 1dari 43

Firman Allaw swt.

dalam Surah Al-Baqarah ayat 146:


''Orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah Kami beri Al-
Kitab (Taurat dan Injil) mengenal Muhammad seperti mereka
mengenal anak-anaknya sendiri. Dan sesungguhnya sebahagian
di antara mereka menyembunyikan kebenaran, padahal mereka
mengetahuinya.''
Part 1: Isabella

Di Bandar Cordova, negeri Sepanyol, terdapat sebuah taman yang amat


terkenal kerana keindahan bunga-bungaan dan kesegaran tanam-tanaman di
dalamnya. Kelihatan seorang gadis Kristian yang dikenali dalam sejarah sebagai
Isabella sedang menikmati keindahan taman itu bersama rakan-rakannya. Dia
adalan anak ketua paderi bandar Cordova dan baru berusia 17 tahun.
Kecantikan wajahnya dan keanggunan perawakannya sering digambarkan oleh
pemuda-pemuda yang mengenalinya sebagai jelmaan bidadari dari syurga.
Dalam masa dia bergurau senda dengan kawan-kawannya, terdengar
olehnya suara dari sebalik rumpun bunga, orang bercakap tentang agama. Dia
tersentak apabila orang di sebalik rumpun itu berkata , "...padahal paderi-paderi
Kristian itu....." Isabella dengan kawan-kawannya lantas dengan berhati-hati
memasang telinga.
Pada waktu itu, kedua orang pemuda itu kerana terlalu asyik dengan
perbincangan mengenai agama Kristian tidak sedar bahawa perbincangan
mereka sedang didengar oleh beberapa orang gadis Kristian.
Salah seorang pemuda itu berkata, "Saint Paul telah menulis di dalam
salah satu suratnya bahawa hukum-hukum agama adalah satu kutukan dan
Jesus Kristus telah datang untuk menyelamatkan kita daripada kutukan tersebut.
Apakah makna kata-katanya itu, Maaz sahabatku?" Terdengar ketawa kecil
kawannya.
"Umar sahabatku, engkau mahu aku menerangkan kepadamu, perihal
paderi-paderi Kristian itu sendiri..."
Waktu itulah Isabella mendengar percakapan itu. Salah seorang kawan
Isabella menyampuk dengan nada sinis," Sejak orang-orang Islam datang ke
mari, agama kita diancam bahaya"".
"Diamlah! " herdik Isabella
"Nanti mereka tahu kita ada di sini". Sahabat Isabella terdiam sejurus
mendengar kata-kata Isabella.
Tiba-tiba terlintas idea dalam kepala Isabella, "Bagaimana kalau kita minta
pengakuan bertulis daripada pemuda-pemuda Islam ini, bahawa mereka
bersedia untuk bersemuka dengan paderi-paderi kita. Dengan surat itu pula, kita
boleh mendesak cendekiawan Kristian untuk berhujah dengan orang-orang Islam
ini dan memaksa mereka memeluk agama kita."..............
Surat itu berbunyi : " Maafkan saya. Saya telah mendengar dengan penuh
perhatian perbincangan rahsia tuan-tuan itu dan oleh kerana kami juga berminat
dalam masalah-masalah yang berkaitan dengan agama. Saya telah mendengar
salah seorang daripada tuan ada mengatakan kepada temannya bahawa jika
kami penganut Kristian dapat memberi penjelasan yang memuaskan tentang
perhubungan antara hukum-hukum agama dengan kutukan, maka tuan bersedia
memeluk agama kami. Tuan juga mahu mencabar kami (orang-orang Kristian)
tentang hukum agama dan kutukan. Jadi, sebagai hamba Tuhan Jesus Kristus,
kami dengan senang hati menyambut cabaran tuan dengan syarat tuan
membuat pengakuan bertulis."
(hamba hina agama Kristian).
Surat itu telah diserahkan oleh sahabat Isabella kepada Umar Lahmi.
Agak terperanjat juga Umar kerana tiba-tiba sahaja anak gadis yang tidak
dikenali menyerahkan surat itu.....Kemudian surat itu dibalas oleh Umar ...
"Kami mengucapkan terima kasih di atas susah payah nona dan kami
bersetuju, jikalau sekiranya anggota gereja dapat memberi penjelesan kepada
kami tentang dilema hukum-hukum agama dan kutukan dengan penjelesan yang
memuaskan, saya dan kawan saya akan memeluk agama Kristian. Sila nyatakan
tempat dan tarikh perbahasan ..."
(Hamba hina agama Islam)
(Umar Lahmi)

Part 2: ISABELLA - Pertemuan Pertama

Pada pagi berikutnya, iaitu pagi Ahad, berita tentang pertemuan itu
tersebar luas. Orang-orang Kristian dengan penuh hati-hati membuat persiapan
teliti di dalam menghadapi orang ramai yang ingin ikut mendengar perbincangan
tersebut. Hanya beberapa orang Islam sahaja yang dibenarkan masuk ke dalam
gereja. Ketika Umar Lahmi, Maaz dan beberapa orang cendekiawan Islam
memaski dewan gereja itu, keliihatan oleh mereka hampir kesemua paderi yang
terkemuka di Cordova ada di dalamnya dan sedang sibuk mengerjakan
sembahyang.
Tidak lama kemudian, upacara sembahyang itu pun selesai. Para paderi
itu lalu mengambil tempat duduk di suatu meja panjang yang sudah disediakan,
berhadapan dengan Umar Lahmi, Maaz dan kawan-kawannya.
Sesudah mengucapkan selamat datang dan terima kasih kerana telah
manyahut pelawaan mereka, Micheal, guru Isabella membuka pertemuan. Dia
dengan lebih dahulu memperkenalkan tiap-tiap orang paderi yang ada di meja
persidangan itu. Salah seorang daripadanya bernama Paderi Peter yang terkenal
sebagai seorang ahli pengkajian Arab dan kitab-kitab Islam.
"Kami diberitahu, bahawa tuan-tuan mempunyai sedikit keraguan tentang
agama Kristian dan juga telah berjanji, kalau penjelasan yang kami berikan
boleh menyakinkan, maka tua-tuan akan meninggalkan Islam memeluk
Kristian." Kata Micheal.
"Kami cukup yakin yang kepercayaan dan ajaran-ajaran itu tidak
beralasan. Dalam pada itu, jika tuan dapat memuaskan hati kami dengan
penjelasan-penjelasan tentang agama tuan, kami bersedia masuk agama
Kristian".
Mendengar kata-kata Umar Lahmi, itu, Micheal lalu berpaling kepada
Peter, yang dianggap oleh para paderi di situ sebagai orang paling
berkebolehan untuk berdebat dengan orang Islam.
Peter, dengan nada suara orang yang menguasai keaadaan, berkata:
"Saya diberitahu bahawa bantahan tuan-tuan yang terutama sekali ialah tentang
mengapa Saint Paul telah mengatakan hukum-hukum agama itu satu kutukan."
"Baiklah," ujar Peter,
"Sebutlah soalan-soalan tuan dengan jelas bersama-sama dengan
pendirian tuan mengenainya."
"Mula-mula..." Umar Lahmi memulakan bicara, "cuba beritahu saya
apakah jangan mencuri, jangan membunuh, jangan menimbulkan kesukaran
kepada tetangga dan lain-lainnya itu merupakan firman-firman Tuhan dan
apakah ada kaitannya pula dengan hukum-hukum agama?"
"Sudah tentu. Semuanya itu ada kaitannya dengan undang-undang
agama." Jawab Peter dengan cepat.
"Apakah pula dikri Saint Paul tentang hukum-hukum agama?" tanya Umar
Lahmi lagi.
"Dikri bagaimana? Saya tidak faham," jawab Peter. Mengangkat mukanya
memandang Umar seperti kehairanan.
"Tuan faham benar-benar perkara itu" kata Umar Lahmi dengan suara
agak keras sedikit.
"Cuma tuan mahu mengelak daripada menjawabnya. Katakan saja
bahawa Saint Paul telah menganggap hukum-hukum agama itu sebagai satu
kutukan."
"Saint Paul mengangap hukum-hukum agama itu sebagai kutukan, dari
sudut bahawa inti hukum agama itu adalah bahagian daripada Jesus Kristus
dan betapa bodohnya apabila intinya ditinggalkan sedangkan kulitnya dikelar-
kelar."
"Begitulah pula yang saya maksudkan," kata Umar.
"Saint Paul yang menganggap Jesus sebagai jiwa dan hukum-hukum
agama itu sebagai tubuh, telah mengatakan hukum-hukum agama itu sebagai
satu kutukan dan apabila tuan juga berkata Firman Perjanjian Lama ada
kaitannya dengan hukum-hukum agama, maka TIDAKKAH MENAHAN DIRI dari
melakukan pembunuhan dan penzinaan juga adalah satu KUTUKAN."
Mendengar hujah Umar Lahmi itu, Peter si paderi tua kelihatan agak
resah sedikit, tetapi dia menjawab dengan satu dalihan, "Perkara ini sebenarnya
merupakan satu perkara yang GHAIB, dan tuan tidak akan dapat memahaminya
tanpa bantuan dari ''Roh Kudus'' dan tidak semestinya pula sesuatu masalah
yang tidak dapat difahami itu merupakan perkara yang salah. Saint Paul telah
memgangap hukum-hukum agama secara lahiriahnya satu kutukan dan tidak
pula tertuju kepada semua bentuk hukum agama."
"Benar. Memang betul Saint Paul mengatakan hukum-hukum agama pada
lahiriahnya satu kutukan. Sekarang cuba terangkan kepada saya, jikalau TIDAK
mencuri, TIDAK berzina, TIDAK menganggu keluarga dan lain-lain lagi itu
adakah hukum-hukum agama yang lahiriah atau dalaman, rohaniah dan moral?"
tanya Umar Lahmi.
"Tuan hanya menumpukan soalan kepada topik yang sama," kata Peter
membantah.
"Cuba dengar, Apa yang dikatakan oleh Jesus Kristus adalah lebih baik
daripada yang dikatakan oleh Saint Paul.Tuhan kami menyuruh kami mengikut
Firman-firman Perjanjian Lama".
"Iaitu untuk memperoleh keselamatan maka perlu mengikut Perjanjian
Lama * juga," (*NOTA: lihat Injil, Matius Bab5:19 sampai Bab 10:25).
Kata Umar Lahmi. "Kalau sudah begitu, mengapa timbul atau mengapa
perlunya perkara penebusan dosa dengan menyalibkan ''Putera Tuhan''? Iaitu,
mengapa harus ada Penebusan Dosa ini apabila Perjanjian Lama perlu diikuti?
Apakah perlu mengikuti Firman-firman Perjanjian Lama malah sesudah Kristus
menebus dosa?"
"Kami tidak tahu apa-apa," jawab Peter debgan suara perlahan. "Kecuali
Tuhan kami telah mengarahkan kami mengikuti Perjanjian Lama. Tetapi
keselamatan tidak dapat diperoleh hanya semata-mata mengikuti Perjanjian
Lama tanpa ada penebusan dosa."
"Jadi , Nabi Musa, Nabi Daud, Nabi Sulaiman, Nabi Yusof, Nabi Noh dan
lain-lain nabi itu kehilanganlah keselamatan mereka, kerana jalan keselamatan
mereka satu-satunya hanyalah dengan mengikuti hukum-hukum agama?" tanya
Umar Lahmi, kemudian disambungnya, "Begitu juga dengan para pengikutnya,
keselamatan mereka dicabut."
"Sebelum kedatangan Kristus, jalan keselamatan satu-satunya dengan
mengikuti hukum-hukum agama, tetapi penebusan dosa oleh Jesus Kristus
telah mengubahnya dan sekarang jalan yang ada hanyalah penebusan dosa,"
Jawab Peter.
Umar Lahmi tersenyum mendengar jawapan Peter yang berbelit-belit itu.
Dia memandang muka Isabella yang sedang tenggelam dalam satu fikiran yang
membingungkan. Umar memandang kepada muka Peter,ditenung matanya.
"Mula-mula tuan menolak apa yang sudah dikatakan oleh Saint Paul iaitu
hukum-hukum agama bukan satu kutukan, kemudian tuan menolak hukum-
hukum agama sebagai dasar keselamatan. Dapatkah tuan mengemukakan
kata-kata ''WALI'' yang lain untuk membuktikan bahawa ucapan Saint Paul
''hukum-hukum agama itu satu kutukan'' adalah tidak benar?"
Tiba-tiba seorang paderi kurus yang bermuka cengkung dari sebelah kiri
menyampuk dengan suara yang lantang. "Tuan-tuan! Percakapan tentang hal ini
adalah perbuatan murtad dan kufur. Semua yang dibincangkan adalah berkaitan
dengan perkara-perkara ghaib."
"Jangan ikut rasa hati dalam perselisihan pendapat ini," ujar paderi yang
bertubuh gemuk dan berkepala bulat licin. Dia duduk di sebelah kanan Peter.
Melihat keadaan mulai kacau itu, Micheal bangun dan berkata: "Saudara-
saudara, kita berhimpun di sini untuk mencari kebenaran ........."
Isabella yang duduk bersama-sama rakannya berbisik " Cuba kalian lihat, di
belakang orang-orang Islam mereka bercakap besar bahawa orang-orang Islam
ini tidak akan dapat berhadapan dengan mereka. Tapi bila duduk berhadapan
dengan mereka, tembelang mereka terdedah semuanya. Aku sangat menyesal
bapaku tiada di sini hari ini, kalau tidak dia tentu boleh tutup mulut orang-orang
Islam itu..."
Part 3 :ISABELLA - PERTEMUAN KEDUA
-Siapa yang disalib? Tuhan atau Manusa?.

Sebaik sahaja selesa duduk, Umar Lahmi pun berkata; "Kelmarin kita
telah membuat keputusan akan berbahas pada hari ini mengenai ketuhanan
Kristus dan penebusan dosa.
Peter menjawab. "Kedua-dua masalah itu sebenarnya satu dan saling
kait-mengait. Jadi tuan boleh pilih mana satu yang tuan suka untuk kita
bincangkan dulu."
"Terima kasih," kata Umar Lahmi. Dia lalu membaca beberapa ayat quran
dari Surah AL-FURQAN. Wajah Isabella tiba-tiba berubah, kulit mukanya yang
putih bersih menjadi merah seperti bunga raya kembang pagi. Bacaan Umar
terhenti apabila dia mendengar ada benda yang jatuh tidak jauh dari tempat
duduknya. Dia yang sedang terpejam itu membuka matanya, dilihat sahabat
Isabella sedang menolong mengangkat Isabella duduk.
Seluruh hadirin menjadi gempar dan berdiri melihat kedepan. Maaz membisikkan
ke telinga Umar Lahmi memberitahu bahawa anak gadis itu terlalu terpesona
dengan ayat-ayat Al-Quran yang dibacanya.
Peter dan Micheal bukan main lagi terkejut melihat keaadaan anak ketua
Paderi , Isabella. Mereka serentak bertanya sebab ia terjadi serupa itu, tetapi
Isabella tidak menjawab, hanya beberapa tits air mata jatuh meleleh di atas
pipinya yang masih merah.
"Dia tak apa-apa," kata Catherine, sahabat Isabella.
"Dia selalu mendapat serangan tiba-tiba serupa itu." Keterangan itu telah
mengikis tanggapan para paderi bahawa Isabella sudah terpengaruh dengan
Islam.
Setelah berhenti sejenak, Umar Lahmi lalu menyambung bacaannya,
kemudian berdiri dan berkata: "Tuan-tuan. Kami telah diberitahu bahawa prinsip
agama Kristian ialah ketuhanan Kristus dan penebusan dosa, jadi saya ingin
memajukan satu pertanyaan yang boleh menguraikan masalah ketuhanan
Kristus itu. Pertanyaannya: Apa keperluannya yang khusus maka ''Putera
Tuhan'' membuat pengorbanan bagi penebusan dosa? Sebab kalau untuk tujuan
itu sahaja, orang alim yang lain juga boleh dipilih untuk mengorbankan jiwanya
sebagai ''penebusan dosa semua orang yang berdosa. Apa sebab istimewa
''Putera Tuhan'' telah DISALIB?"
Para paderi itu telah berbisik sesama sendiri, berbincang perlahan-lahan.
Sejurus kemudian mereka memilih Peter untuk menjawab pertanyaan itu
walaupun dia kelihatan agak kebingungan. Namun sebagai sikap kebapaan dia
bangun juga dan bercakap dengan lidah yang terketar-ketar.
"Untuk penebusan dosa ''Putera Tuhan'' diperlukan, kerana orang lain,
baik dia nabi atau rasul penuh dengan dosa dan orang yang ada dosa tidak
dapat menebus dosa orang lain. Kerana itu Tuhan Jesus Kristus yang satu-
satunya ''Putera Tuhan'' dan bebas dari dosa, maka dia dikorbankan untuk
kepentingan semua orang yang berdosa."
"Baiklah," kata Umar.
"Cuba terangkan apa yang disalib. Apakah KETUHANAN yang disalib
untuk penebusan dosa ataupun KEMANUSIAAN yang ada pada Kristus? Jikalau
ketuhanan Kristus itu yang disalib, maka bererti tuhan yang tunggal dan tanpa
sekutu itu memikul semua beban seksaan penyaliban dan kematian datang ke
atas peribadi Tuhan yakni TUHAN SUDAH MATI. Tetapi kalau kemanusian di
dalam Kristus itu yang disalib, jawapan tuan sudah hilang semua kekuatannya,
kerana kalau begitu caranya, maka penyaliban manusia adalah lebih cocok dan
bukan tuhan, kerana kedua-duanya menunjukkan akan kemanusian di dalam
Kristus, dan bukannya ketuhanan yang dikorbankan"
"Sudah tentu. Tuhan Jesus merupakan ketuhanan yang sempurna dan
kemanusiaan yang sempurna. Kedua-dua sifat ini terhimpun dengan baik dalam
dirinya, tetapi kemanusian seperti juga dengan ketuhanannya bebas dari dosa
dan sebab itu pengorbanannya amat perlu kerana manusia lain semuanya
bergelumang dengan dosa, oleh yang demikian mereka (orang biasa) tidak
sesuai untuk penebusan dosa," kata Peter.
"Itulah," jawab Umar Lahmi. "Kerana tidak ada manusia di dalam dunia ini
yang bebas daripada dosa, maka ''Tuhan'' sendiri terpaksa turun ke dunia dan
ketuhanannya tidak disalib tetapi kemanusiaannya. Andaikata seorang manusia
yang bebas dari dosa diperlukan untuk penebusan dosa, mengapa Tuhan tidak
ciptakan seorang manusia yang bersih sehingga tidak payah ''TUHAN'' sendiri
MATI di atas tiang salib kerana penebusan dosa."
Peter menjawab, "Tuhan saja yang mengetahui perkara yang GHAIB. Kita
tidak boleh kata kenapa Dia tidak berbuat seperti itu dan kenapa dia sendiri
datang ke dunia untuk tujuan itu. Tetapi tentang hal ini kami tahu bahawa tuhan
datang ke dunia untuk menebus dosa untuk menunjukkan kasih sayang-Nya
yang agung terhadap kemanusiaan. Bahawa sayangnya Tuhan kepada
makhluk-Nya sampai ke tingkatan mengutus putera tunggal-Nya untuk
menyerahkan nyawa sebagai galang ganti manusia-manusia lain. Tujuan ini
tentu tak akan tercapai kalau hanya dengan mengutus orang lain."
"Jikalau kasih sayang Tuhan sudah demikian besar kepada mahkluk-Nya,
kenapa Dia tidak mengutuskan ''puteranya'' itu awal-awal lagi untuk disalib?
Apakah tidak ada manusia sebelum Kristus yang patut dipedulikan oleh tuhan?
Apa sebab Dia baru menunjukkan kasih sayang-Nya itu setelah beribu-ribu tahun
berlalu?" Umar Lahmi memajukan pertanyaan tanpa melepaskan peluang.
Peter menjadi serba salah. Dia lalu cuba melepaskan dirinya dengan
menjawab. "Kita tidak tahu tentang keghaiban ini. Misteri Tuhan hanyalah
diketahui oleh Tuhan sahaja."
"Pertanyaan saya masih belum dijawab. Rujukan kepada KEGHAIBAN
berulang-ulang tidak akan menyelesaikan masalah. Nah cuba katakan saja,
kalaulah hanya kerana kemanusiaan penyaliban itu dilakukan maka kedatangan
tuhan ke dunia ini sia-sia belaka. Orang lainpun boleh dikorbankan juga."
"Saya sudah menjawab," ujar Peter.
"manusia tidak dapat dijadikan penebus dosa kerana dia sendiri
bergelumang dengan dosa, Kemanusian Kristus sesuai untuk penebusan dosa
kerana dia adalah penjelmaan kemurniaan dan tidak berdosa."
"Kerana kemanusian, Kristus yang murni dan tidak berdosa, maka dia
menjadi perlu untuk dipikulkan beban dosa seluruh manusia di atas pundaknya"
Umar Lahmi berhujah.
"Tuan Paderi yang mulia, logika tuhan itu sedikit pun tidak menyakinkan
malah kepada tuhan sendiri juga. Apa salahnya jikalau ''Putera Tuhan'' itu
berbuat sesuatu yang lebih baik yang boleh menebus dosa semua orang
daripada dia dibebankan dengan dosa-dosa itu? Dengan lain perkataan, tidak
payahlah Kristus itu disalib dan tidaklah timbul persengketaan tentang ketuhanan
dan kemanusiaan. Penawar bagi dosa adalah KEBAJIKAN, kedatangan Kristus
ke dunia ini sepatutnya membuat kebajikan sebagai penebus dosa dan
bukannya membunuh diri untuk penebusan dosa."
"Kita tidak dapat menasihati Tuhan. Tuhan berbuat apa yang disukai-Nya.
Adalah biadap kalau kalau mahu mencapai darjat Tuhan." Peter menjawab.
Umar tidak menghiraukan jawapan Peter yang kasar itu sebaliknya dia
berkata "Tuan tahu bahawa Kristus dilahirkan dari rahim Mariam Perawan. Nah,
apakah kelahiran itu ada pertaliannya dengan manusia dan Tuhan, yakni apakah
yang dilahirkan itu ''Tuhan'' atau ''Manusia''?"
"Tuhan itu bebas daripada kecacatan kelahiran.Kemanusiaan di dalam
Kristus itulah yang dilahirkan," jawab Peter dengan nada yang agak gugup.
"Siapa yang mati disalib? TUHAN atau MANUSIA?" ujar Umar lagi.
"Tuhan itu bebas dari kecacatan kematian. Manusialah yang mati disalib.
Iaitu kemanusiaan di dalam Kristus," jawab Peter lagi.
"Kalau begitu," kata Umar,
"Kelahiran dan kematian ada pertalianlah dengan kemanusiaan Kristus
dan bukan ketuhanannya."
"Benar. Memang benar," jawab Peter dengan cepat dan bersungguh-
sungguh. Umar Lahmi lalu mencapai Kitab Injil yang terletak di hadapan Micheal.
"Maafkan saya. Saya minta pinjam sebentar." Micheal tidak sempat
menjawab, Kitab Injil itu sudah ada di dalam tangan Umar dan sedang
membuka halamannya. Para paderi memandang kejadian itu dengan perasaan
terkejut dan tanpa berkata bertukar-tukar pandangan antara satu dengan lain.
Isabella semakin tertarik dengan perjalan perbincangan itu dan dalam diam-diam
dia mengagumi kepintaran dan keluasan ilmu Umar. Kini dia mengambil kitab
Injil pula.
Umar membuka pada Injil Ayub bab 15:14. "Cuba lihat, di sini ada tertulis
''Masakan manusia bersih, masakan benar yang lahir dari perempuan?'' dan
kerana kelahiran itu bukan bersifat ketuhanan tetapi kemanusiaan maka
mengikut pendapat Ayub, kemanusiaan Kristus juga bergelumang dosa."
Umar membuka halaman lain pula. "Dan lihat apa yang tertulis pada kitab
Roma 6:23 bahawa ''upah dosa ialah maut'' yakni kematian ialah bukti YANG
MATI itu penuh dengan dosa. Oleh sebab itu timbul lagi pertanyaan: Apakah
sebabnya Tuhan tidak menyalibkan orang lain yang berdosa supaya
ketuhanannya yang dapat diselamatkan? Menurut tuan, seseorang yang berdosa
tidak boleh menebus dosa orang lain, jadi jelaslah Kristus tidak sesuai untuk
penebusan dosa."
Peter kelihatan rusuh dan peluh-peluh renik mulai memancut keluar dari
dahi dan pipinya. "Saya telah katakan bahawa semua ini adalah perkara-perkara
ghaib ketuhanan. Tuhan berbuat apa yang disukai-Nya. Bagaimana tuan atau
saya boleh mengkritik-Nya?"
Umar Lahmi dengan suara lantang yang dapat didengar oleh semua yang
hadir berkata: "Jikalau agama tuan hanya didasarkan kepada keghaiban
ketuhanannya saja, kenapa tuan jemput kami ke mari, menghabiskan masa tuan
dan juga masa kami yang sia-sia saja?"
Ucapan Umar yang lantang telah menimbulkan keributan di tempat
penonton. Isabella yang memang menaruh minat kepada soal-soal teologi,
berasa hairan kepada Peter Suci yang amat dihormatinya itu, kenapa apabila
dia tidak dapat menjawab sesuatu masalah yang ditimbulkan oleh lawannya, dia
lalu lari berselindung di balik tabir misteri ketuhanan.
Keributan di tempat penonton semakin menjadi-jadi. Mereka tidak sabar
menunggu jawapan daripada paderi-paderinya tentang kata-kata Umar yang
agak pedas itu. Tiba-tiba Micheal bangun sambil memberi isyarat dengan
tangannya supaya penonton berdiam diri, dan berkata, "Saudara-saudara. Hari
ini adalah konfrontasi antara agama Kristian dengan agama Islam. Saudara-
saudara telah tahu apa itu agama Islam? Ia mewajibkan kahwin empat isteri,
Membunuh orang-orang bukan Islam tanpa memandang bulu dan Rasulnya
kahwin dengan sebelas perempuan dan......."
Umar Lahmi melompat bangun dan menetang Micheal dengan berkata:
Kalau tuan-tuan tidak dapat menjawab hujah saya, katakanlah dengan berterus
terang, dan kemudian APA SAJA KRITIKAN tuan-tuan terhadap Islam boleh
dikemukakan, dan saya dengan gembira akan menjawabnya satu-persatu."
Dia kemudian memalingkan badannya kepada hadirin, "Di mana letaknya
moral tuan-tuan ini, kami dipanggil ke mari ke tempat tuan-tuan, pertanyaan kami
tidak dijawab, sebaliknya mengeluarkan kata-kata yang menghina." Dia berpaling
ke arah Isabella. "Sekarang katakan apakah sikap para paderi saudari ini wajar?"
Isabella dengan segera bangun dan perkataan yang terpatah-patah
berkata: "Saya berasa dukacita bahawa baik Bapa Suci Peter mahupun Bapa
Micheal tidak pernah memberi jawapan kepada hujah-hujah yang dikemukakan.
Permintaan saudara Umar adalah adil......"
Peter terus menegur. "Kau ini sudah gila bercakap merepek serupa itu."
Peter kemudian berucap kepada hadirin. "Sudah pasti anak gadis ini diresapi
oleh syaitan dan dia sudah tersisih dari Kristus. Tidak hairan kalau dia sudah
hilang ingatannya."
Catherine, kawan Isabella segera menjawab" Malang sekali tuan-tuan
sedikitpun tidak berlaku adil dan kepada Isabella pula tuan-tuan semua
timpakan semua kesalahan....."
Peter melonjak bangun dan dengan nada marah berkata. "Usir
perempuan-perempuan ini dari sini. Siapa yang membenarkan mereka berada di
sini?"
Perjalanan perbincangan telah terhenti buat seketika lamanya. Para
paderi dan hadirin sibuk dengan berurusan mengenai masalah Isabella dan
kawan-kawannya.
Melihat keadaan yang agak ribut itu, Umar Lahmi dengan suara yang
nyaring merdu membaca beberapa ayat Al-Quran dari Surah Mariam. Seluruh
hadirin terpaku dan suasana yang tadinya kacau menjadi senyap sunyi. Ada
yang diam kerana terperanjat mendengar bacaan yang ganjil daripada yang
biasa diperdengarkan di dalam gereja.
Para paderi yang kebingungan menutup telinga mereka dengan hujung
jari khuatirkan ayat-ayat Al-Quran itu menembusi masuk ke dalam hati dan
perasaan mereka. Ada sebahagian daripada orang-orang Kristian di dalam
gereja itu termasuk Isabella yang faham sedikit-sedikit bahasa Arab terharu
mendengar pujian-pujian terhadap Nabi Isa dan ibunya yang suci dan bantahan-
bantahan terhadap tohmahan orang-orang Yahudi yang dilemparkan kepada
mereka. Muka Isabella menjadi berseri-seri, tetapi dia menguasai dirinya dengan
sabar dan duduk tidak bergerak. Setelah selesai Umar Lahmi membaca ayat-
ayat suci itu, barulah Isabella membuka mulutnya, menyusun kata-kata dengan
teratur dan tenang.

Part 4: ISABELLA - PERTEMUAN KETIGA: KETUA PADERI (BAPA


ISABELA) BERDEBAT DENGAN UMAR LAHMI

Berdebat dengan Ketua Paderi, Isabella mula membuka mulutnya untuk


berkata, "Tuan-tuan. Saya memohon kepada tuan-tuan semua untuk menjadi
saksi bahawa saya adalah seorang Kristian yang sempurna. Oleh sebab itu,
saya tidak mahu agama Kristian diperhinakan....." ucapan Isalbella, tiba-tiba
dipintas oleh Peter.
"...Tuan yang dihormati. Masalahnya sekarang ialah tuan tidak dapat
memahami realiti kepercayaan agama Kristian dan kedatangan tuan-tuan ke
mari pun bukan itu tujuannya," kata Peter.
"Tetapi andaikata tuan mahu menyambung perbincangan ini, tuan mesti
menjawab pertanyaan saya dahulu."
"Baiklah!" ujar Umar Lahimi.
"Saya beri kebebasan kepada tuan untuk mengemukakan pertanyaan apa
saja dan saya dengan rendah hati akan menjawabnya."
"Apakah Quran ada memuji Kitab Injil? Apakah tuan percaya dengan
Kitab Injil?" tanya Peter.
"Sudah tentu Al-Quran memuji Kitab Injil dan kami orang Islam percaya
dengan kitab Injil, Taurat, Zabur dan semua kitab yang disampaikan oleh nabi-
nabi," ujar Umar.
"Kemudian, kenapa tuan tidak percayakan Kitab Injil kami?" kata lagi
Peter.
"Kerana ia BUKAN KITAB INJIL," jawab Umar Lahmi.
"Sekiranya seseorang itu menyusun sebuah fiksi (karangan) dan
menamakannya ''INJIL'', maka kami tidak terikat untuk mempercayainya kerana
ia bukan Kitab Injil tetapi hanya menjudulkan saja serupa itu. Tuan boleh
letakkan di hadapan kami Kitab Injil yang disebut di dalam Al-Quran."
"Jadi, Injil yang disebut dalam Al-Quran itu berlainan dari Kitab Injil kami?
Buktinya?" Peter dengan ghairah memajukan pertanyaannya untuk
memerangkap Umar Lahmi. Umar Lahmi seperti yang sudah dijanjikan,
menghadapi masalah itu dengan tenang.
"Benar, walaupun Al-Quran menyebut-nyebut tentang Kitab Injil yang
tulen, telah menyebut juga tentang kepalsuan ''INJIL'' ini dan menunjukkan
pernyataan-pernyataan yang salah di dalam Injil itu sendiri."
"Jadi, apakah pernyataan-pernyataan salah Kitab Injil kami ini?" tanya
Peter lagi. Umar Lahmi tersenyum kecil. Dia lalu mencapai Kitab Injil yang ada di
depannya lalu membuka.
"Sebagai contoh. Injil Matius bab 12:46 - 53, Jesus telah menolak
mengakui ibunya Siti Mariam dan saudara-saudaranya kerana tidak melakukan
kehendak bapanya di syurga. Penolakan ini samalah sebagai MENUDUH ibunya
murtad, padahal Al-Quran kami menyebutkan ''SIDDIQA'' yang bererti dia
bukannya murtad tetapi seorang yang beriman dan warak. Dalam ayat yang
sama dalam Injil Matius bab 12:46-50 itu juga jelas menunjukkan keangkuhan
Jesus dan ketidaksopanannya terhadap ibunya, meskipun di dalam Taurat
melarang keras menghormati dan memuja ibu. Tetapi Al-quran menyebutnya,
bahawa itu salah dan mengatakan yang Jesus telah berkata bahawa dia patuh
kepada ibunya dan telah dilarang berbuat baik kepada ibunya itu. Ataupun
seperti yang disebut dalam Kitab Injil bahawa Jesus telah dikutuk dan kerana
kutukan tersebut maka dia telah disalibkan * (*nota: sebagai bukti bahawa
Kristus telah di ikutuk lihat buku Galatia 3:12-13). Tetapi Kitab Suci Al-Quran*
(*nota: Al-Quran surah 3, ayat 45) menyebut ''Roh Kudus'' dan ''Kalimat Allah''
dan bahawa ''Al-Masih Isa bin Mariam seorang yang mempunyai kemegahan
dan kemuliaan di dunia dan di akhirat dan salah seorang yang diperdekatkan
kepada Allah.".
Tiba-tiba satu suara sumbang kedengaran muncul dari khayalak ramai.
"Itu salah! Injil mengatakan dia (Isa) itu Tuhan".
"Ya.Sangat menakjubkan. Menurut tuan, Tuhan juga boleh dikutuk. Tuan
telah mengutuk Kristus di samping mengakuinya sebagai Tuhan tanpa
memperdulikan sedikitpun bagaimana Tuhan yang menjadi sumber segala
kebaikan dan kesempurnaan itu pantas dikutuki," kata Umar menjawab suara
sumbang itu.
"Yang patut dikutuki ialah SYAITAN, bukannya tuhan. Agama Islam tidak
memuja Kristus sebagai dewa, tetapi menganggapnya sebagai manusia biasa
dan pada masa yang sama dia seorang yang bebas dari dosa dan diakui
kesuciannya. Nah! cuba pilih apakah ''TUHAN'' yang terkutuk itu baik dan suci
ataupun seorang manusia yang bebas dari dosa?"
Peter menyampuk, "Kalau tuan ada mempunyai Injil yang original yang
diakui Quran, nah sila bawa ke mari kepada kami."
"Tuan tidak berhak memintanya daripada kami! Jika tuan telah mengakui
terlebih dulu bahawa Injil tuan itu karangan dan DIPALSUKAN, pada waktu itu
barulah boleh tuan datang kepada kami meminta Injil yang sebenarnya.
Saya sudah buktikan bahawa Kitab Suci Al-Quran tidak mengesahkan
kesahihan Injil yang ada sekarang ini tetapi telah membuktikan kepalsuannya
dan secara terang-terangan menceritakan keslahan-kesalahan Injil sekarang.
Cuba bayangkan, bolehkah Injil ini yang memuja Kristus, dan kemudian terbunuh
di atas salib menjadi Injil yang diakui oleh Al-Quran? Dalam Al-Quran
dirakamkan kata-kata Kristus. ''INNI ABDALLAH'' -aku hamba Allah dan padahal
mereka tidak membunuhnya dan menyalibnya*. (*Nota: Al-Quran surah 4, ayat
157). Apakah Al-Quran mengesahkan Injil tuan atau membuktikan
kepalsuannya?"
"Bukankah Quran ada menyebut Jesus itu sebagai ''Roh Kudus'' dan
''Kalimat Tuhan''? Bukankah ini satu bukti bahawa dia mengatasi manusia?"
Peter bertanya.
"Benar. Kitab suci Al-Quran ada menyebut Nabi Isa sebagai ''Kalimat
Allah'', tetapi ia juga ada menyebut bahawa Kalimat Allah'' itu tidak terkira
banyaknya dan jika semua lautan dijadikan dakwat dan semua pokok di dunia
dijadikan pena masih saja tidak akan sanggup menceritakan semua ''Kalimat
Allah'' kerana kalimat-Nya tidak terperi banyaknya. Jadi, Krisus juga salah satu
daripada ''Kalimat Allah''. Mengenai Kristus menjadi ''Roh Kudus'' maka hal ini
juga tidak akan melebihkannya daripada manusia lain sebab kalimat yang sama
juga digunakan untuk Nabi Adam a.s. Dalam Al-Quran ada menyebut: ''Maka
apabila Aku telah menyempurnakan kejadiannya dan Aku tiup padanya roh-Ku,
maka tiaraplah kamu kepadanya dalam keadaan bersujud'' * (*nota: Al-Quran
surah 15, ayat 29). Jadi, dengan kalimat yang sama maka Kristus juga serupa
dengan Adam. Jikalau Kristus menjadi ''Tuhan'' maka Adam juga demikian dan
semua anak-cucunya juga ''Tuhan''."
Peter segera menyampuk, "Sekiranya Quran ada mengatakan Adam
sebagai Roh Kudus maka itu adalah satu kesalahan kerana tidak ada ''Roh
Kudus'' yang lain selain dari Kristus." Umar Lahmi tersenyum geli mendengar
sangkalan si paderi tua itu.
Dia lalu berkata dengan tenang. ''Tuan fikir seluruh isi Al-Quran itu salah,
tetapi tuanlah yang mendesak supaya ketuhanan Kristus dibenarkan oleh Al-
Quran. Jadi saya telah MEMBUKTIKANNYA bahawa dia ( ISA ) BUKAN Tuhan,
begitu juga Adam. Andaikata dia boleh menjadi ''Tuhan'' kerana ''Roh Kudus'',
maka Adam a.s. juga ''Tuhan''. Tuan telah mengatakan Al-Quran itu salah dalam
hal ini, jadi mengapa pula tuan membawa Al-Quran ke mari?" Mendengar
jawapan Umar itu, Peter menjadi agak gugup. Dia seolah-olah tenggelam punca
sejurus lamanya.
"Tuan telah mengatakan bahawa Injil kami tidak tulen. meskipun Injil itu
telah disusun oleh murid-murid Kristus dengan bantuan Roh Kudus. Quran juga
memuliakan mereka ini dan mengangapnya sebagai orang beriman.Injil ini telah
dianggap SAH oleh penganut Kristian sedunia," kata Micheal cuba
mengutarakan hujah baru.
"Persoalannya," jawab Umar dengan tenang. "Ialah apakah benar Injil itu
disusun oleh murid-murid Kristus yang khusus untuk tujuan itu, atau beberapa
orang yang menggunakan nama murid-murid Kristus. Malah orang-orang
Kristian sendiri ada yang tidak sependapat bahawa murid-murid Kristus yang
menyusun Injil itu. Al-Quran sendiri tidak mengaku Injil yang disusun itu! Al-
Quran hanya mengakui Injil yang disampaikan kepada Kristus langsung dari
Allah, seperti yang termaktub dalam ayat SURAH AL-HADID, yang kira-kira
maksudnya, ''Kami berikan kepadanya Injil'' dan di dalam Surah MARIAM ayat
30 pula ada disebutkan kira-kira begini: ''Putera Mariam berkata:
''Sesungguhnya aku adalah seorang hamba Allah. Dia pasti memberikan
kepadaku Kitab (Injil) dan Dia pasti akan menjadikan seorang nabi.
'' Nah! tuan-tuan mengakui bahawa Injil itu disusun oleh murid-murid
Kristus, sedangkan Al-Quran dengan tegas mengatakan bahawa Injil itu
DIWAHAYUKAN kepada Kristus."
Sebaik saja selesai Umar Lahmi berkata, keadaan dalam gereja itu
terganggu apabila bapa Isabella (Ketua segala Paderi) tiba-tiba muncul.
"Gelanggang gusti apakah yang telah kamu lakukan di sini? Kamu telah
bercakap dengan orang-orang yang tidak beriman di dalam gereja yang suci ini
dan perbuatan kamu ini telah mengganggu kepercayaan orang-orang Kristian."
Tempelakan ketua paderi iru membuat para paderi yang berada dalam majlis itu
tergamam dan terkejut. Kulit muka Isabella yang tadinya merah menjadi pucat
lesi. Suasana di dalam dewan itu hening seketika.
"Bapa yang suci. Apa yang bapa katakan itu benar sekali. Tidak ada
manfaat apa-apa kecuali kerugian kita, berbincang dengan orang yang tidak
beriman ini. Tetapi, apakah bapa ingin kita diperhinakan dan dipermalukan di
seluruh Sepanyol ini? Bolehkah kami (para paderi) meletakkan harapan bahawa
bapa yang mulia bersedia untuk menjawab masalah yang ditimbulkan oleh
orang-orang Islam ini?" Bapa Isabella, ketua paderi itu terdiam sebentar. Air
mukanya kembali tenang, rasa marahnya pun menjadi berkurangan.
Setelah berfikirkan sejenak, dia lalu memandang Micheal. "Amat malang,
kamu tidak dapat menjawab pertanyaan-pertanyaan yang remeh-temeh serupa
itu dan kamu menjadi bodoh sesudah mempelajari masalah-masalah teologi.
Bolehkah orang-orang Islam ini dibawa ke jalan yang benar sesudah mendapat
jawapan yang memuaskan?"
Micheal yang kena tempelakan ketua paderi itu segera menjawab. "Ya!
Ya! Mereka telah berjanji dengan bertulis."
Mendengar jawapan itu, Ketua paderi itu tersenyum lalu berkata kepada
Umar Lahmi dan rakan-rakannya, "Tuan-tuan jangan ambil hati di atas kata-kata
saya yang kasar tadi. Sekiranya perbincangan ini menyinggung perasaan tuan,
saya meminta maaf bagi pihak yang hadir. Saya ingin mempersilakan sekali lagi
tuan datang semula ke dewan gereja ini esok pagi agar segala keraguan pihak
tuan dan salah pengertian tuan akan diselesaikan secara bijaksana."
Keesokan paginya seperti yang dijanjikan, pertemuan Umar Lahmi
dengan Ketua Paderi diadakan di dewan Gereja itu. Isabella dan para paderi
lain turut menjadi pengikut setia perbincangan itu. Setelah semuanya duduk
dengan selesa, ketua paderi itupun berkata kepada Umar Lahmi. "Saya tidak
mahu berbicara secara terperinci dan memanjangkan perbincangan ini. Saya
akan becakap SEPATAH DUA kata saja yang boleh mencapai tujuannya dalam
beberapa minit. Apa yang saya maksudkan ialah ISLAM dan KRISTIAN akan
DIUJI tentang ajaran-ajaran dasarnya dan agama yang dapat memperlihatkan
ajaran-ajaran yang terbaik, itulah agama yang BENAR. Bukankah begitu?"
"Saya tidak ada bantahan. Memang benar, hanya melalui ajaran
sahajalah Kristian dan Islam itu dapat diketahui benar atau palsunya." kata
Umar Lahmi.
"Bagus. Bagus!" ujar si Ketua Paderi dengan suara gembira.
"Sudah tentu pertolongan Roh Kudus berada di pihak tuan dan tuan akan
segera dipimpin keluar ke lorong yang benar. Nah, saya ingin nyatakan bahawa
dalam setiap agama ada dasar-dasar prinsip dan perkara-perkara yang
terperinci. Saya mahu meletakkan di hadapan tuan inti dasar agama Kristian
yang tidak lebih dari SEPATAH perkataan dan sebagai balasannya, tuan juga
mesti memberikan inti dasar agama tuan dengan sepatah perkataan juga. Tuan
bersetuju?"
"Silakan! Saya bersetuju saja dengan cadangan tuan itu," jawab Umar
Lahmi.
Ketua Paderi dengan perasaan megahnya berpaling kepada paderi-paderi
lain dan berkata kepada mereka dengan nada menyindir, "Cuba lihat!. Beginilah
caranya berbincang. Cuma dengan sepatah perkataan saja isu dapat
diputuskan." Kemudian dia berpaling semula kepada Umar Lahmi.
"Nah, sekarang dengar baik-baik. Inti dasar agama Kristian ialah
''KASIH''. Dengan sepatah perkataan ini saja agama Kristian telah disingkatkan.
Sekarang giliran tuan pula memberikan inti dasar agama Islam dengan sepatah
perkataan juga."
Umar Lahmi bingkas menjawab, "Saya berasa bangga untuk menyatakan
bahawa Islam telah meringkaskan inti dasar ajarannya dengan satu perkataan
saja yang meliputi semua dasar prinsip dan perkara-perkara yang terperinci.
Akar prinsip Islam dan ajarannya ialah ''TAUHID'' kata Umar Lahmi.
(*Nota: Dalam terjemahan, ''Tauhid'' disebut ''unity''. Ertinya ialah kesaksian
akan keesaan Allah.)

Part 5: ISABELLA - Kasih atau Tauhid

"Kalau inti dasar Islam itu Tauhid, maka Kasih tidak termasuk di
dalamnya. Selain daripada itu kami (orang Kristian) juga mengatakan tauhid
sebagai inti agama kami," ujar Ketua Paderi itu.
"Kalau tauhid menjadi inti dasar agama tuan, tuan harus
mengetengahkannya. Kenapa pula tuan katakan kasih sebagai dasar agama
tuan. Dan amat salah mengatakan dengan menerima tauhid sebagai inti dasar
agama, kasih terkeluar daripadanya. Sebaliknya, menurut kenyataan bahawa
kasih itu datang dari tauhid. Kalau tauhid tidak diambil dengan segala aspeknya
maka kasih menjadi perkataan yang tidak bermakna. Untuk menerima kasih
sebagai inti dasar agama, bererti PENOLAKKAN total terhadap tauhid terhadap
tauhid atau MENIDAKKANNYA sebagai inti dasar agama tuan," jawab Umar
Lahmi.
Ketua Paderi menyambut jawapan Umar dengan mengatakan, "Pokoknya
ialah tauhid itu datangnya dari kasih, dan bukannya kasih dari tauhid."
"Itu satu logika yang salah. Kalau tuahid datang dari kasih, maka kasih
menjadi perkataan yang tidak bermakna. Kerana tanpa tauhid, yakni kesaksian
akan keesaan Allah, akan MENIDAKKAN KASIH kepada Allah yang
sebenarnya, kerana kasihkan Allah bergantung kepada ilmu tentang ketuhanan,
dan ketauhidan merupakan pengakuan yang hakiki akan Allah. Dengan hanya
kasih sahaja, belum lagi cukup untuk menjadi bukti kasihkan Allah." Umar Lahmi
menghujah kata-kata Ketua Paderi itu.
"Tuan telah memulakan semula perbincangan yang panjang. Apa yang
saya maksudkan ialah kasih tidak ada tempat dalam Islam," ujar ketua paderi itu.
"Kalau kasih tidak ada tempat di dalam Islam," sahut Umar dengan cepat.
"Maka bererti kasih tidak wujud sama sekali di dalam dunia ini. Walau
bagaimanapun benarnya kata-kata tuan itu, tetapi tidak ada sedikit juga kesan-
kesan kasih dalam agama Kristian. Kasih cuma permainan bibir. Tidak ada
ukuran dan tidak ada bukti." Ketua Paderi itu mulai meradang. Air mukanya,
berubah.
"Begini! Sudah menjadi cogankata yang terkenal di dalam kitab kami
Tuhan ialah kasih. Bukankah ini bukti tentang kasih itu?"
"Cuma pengakuan mulut saja," kata Umar Lahmi.
"Kecuali ada ukuran kasih itu. Teori kasih yang dikatakan itu tidak dapat
diterima."
"Kini tuan membuat definasi tentang kasih pula. Bukankah dalam kitab
kami ada disebutkan Tuhan bapa? Bukankah bapa itu mengasihani anak-
anaknya?" Umar Lahmi juga sudah mulai gusar.
Lalu dijawabnya. "Pokoknya, hanya dengan berulang-ulang menyebut
perkataan kasih saja kita tidak akan sampai ke mana-mana kecuali semua syarat
dipenuhi. Jikalau seseorang itu mengasihani seseorang yang lain, maka dia
harus membuktikannya dengan pengorbanan diri dan harta bendanya dan
barulah dapat dikatakan kasih yang sejati. Oleh sebab itulah Islam telah
menentukan ketaatan dan amalan sebagai kriteria kasih yang dengan perkataan
lain disebut pengorbanan diri dan harta benda. Dalam Al-Quran, Allah berfirman
kepada Nabi Muhammad s.a.w "Katakanlah jika kamu mencintai Allah, maka
ikutilah akan daku agar kamu dikasihi oleh Allah dan diampumi dosa-dosamu;
dan Allah Maha Pengampun lagi sentiasa mencurahkan rahmat-Nya.
Katakanlah! Taatlah akan Allah dan akan Rasul-Nya. Jika mereka tetap
berpaling, maka sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang kafir.
(*nota: Al-Quran, surah Al-Imran, ayat 31-32). Ayat ini telah memberikan
ketentuan tentang ukuran kasih yang membezakan di antara kasih sejati dengan
kasih palsu. Tetapi di dalam agama tuan, tidak ada kriteria kasih ini. Sesiapa
yang munafik boleh saja bangun berdiri dan berkata dia kasihkan Allah."
"Tuan mulakan lagi perbahasan yang panjang. Saya mahu segala sesuatu
itu meliputi banyak hal supaya keputusan dapat dicapai dengan segera.
Bagaiamanapun, jikalau Quran tuan uga ada menyebut Tuhan Bapa maka
mana satu tingkat kasih yang paling tinggi?" Ketua Paderi itu bertanya.
"Kalau Al-Quran menggunakan perkataan bapa untuk Tuhan, maka itulah
bukti yang paling besar akan KETIDAKSEMPURNAANYA. Islam tidak pernah
menggunakan perkataan yang mengelirukan ini untuk Tuhan, tetapi sebaliknya
ia ada menggunakan perkataan-perkataan yang lebih agung ertinya
dibandingkan dengan perkataan ''bapa'' , " jawab Umar Lahmi.
"Mulut tuan terlalu lancang, mengatakan perkataan ''bapa'' itu
mengelirukan." Nada suara Ketua Paderi agak meninggi kerana dipengaruhi oleh
perasaan marah. Lehernya kelihatan tegang dan mulutnya berbuih sedikit.
"Cuba beritahu saya cepat apa perkataan yang digunakan oleh orang
Islam sebagai ganti yang lebih baik daripada perkataan ''bapa''?"
Melihat kemarahan Ketua Paderi itu, Umar Lahmi dengan tenang berkata:
"Tidak ada sebab untuk tuan naik marah. Saya hanya mengatakan perkataan
''bapa'' itu mengelirukan kerana ia menjadi dasar tugas sekutu Allah dan orang
akan mengadakan pula anak Allah. Tuan juga percaya kepada ketuhanan
Kristus. Tentang perkataan yang lebih baik sebagai ganti perkataan bapa, kami
orang Islam menggunakan perkataan ''RAB'' yang secara tidak langsung
menyatakan ia zat yang memelihara kita dari awal sampai akhir dan
pemeliharaan-Nya tidak pernah berhenti. Jadi, dengan menggunakan perkataan
''RAB'', Islam telah mengajar bahawa pemeliharaan kasih Allah terus-menerus
ada. Tetapi konsep ''bapa'' membawa makna bahawa bapa itu akan mengasuh
anaknya sampai kepada satu waktu yang tertentu sahaja, kemudian dia tidak
akan diambil peduli lagi. Selain daripada itu, seorang bapa hanya dapat
memelihara anak-anaknya di dalam perkara-perkara yang optional sahaja yang
tidak dalam perkara-perkara di luar dari keupayaannya. Sebagai contoh, kalau
anak itu jatuh sakit, bapa tidak dapat menyembuhkan penyakit itu, sedangkan
orang yang di dalam pemeliharaan Allah, adalah sebaliknya, kerana Dia
mempunyai kuasa atas segala sesuatu dan Maha Berkuasa. Pemeliharaan-Nya
kekal abadi. Ini membuktikan bahawa perkataan pemeliharaan adalah lebih
sesuai dengan martabat Allah daripada perkataan bapa. Lagipun, perkataan
pemeliharaan menunjukkan ''Keesaan Allah (tauhid)'' sementara perkataan
''bapa'' pula menjadi punca menugaskan seorang sebagai sekutu kepada Allah
di dalam dunia."
Ketua Paderi itu kelihatan gelisah mendengar hujah Umar Lahmi, tetapi
dia cuba juga menjawabnya dengan berkata: "Pengaruh pemeliharaan yang
tuan katakan itu tidak dapat dibuktikan di dunia ini. Tuan tidak boleh menutup
mata terhadap bapa. Jadi bagaimana orang dapat menerima perkataan yang
tidak ada erti dan tidak ada bukti di dunia ini. Tuan tidak boleh menolak
pengaruh kasih bapa."
"Malang sekali kepercayaan tuan kepada penebusan dosa telah
mengaburi pandangan tuan, kalau tidak tentulah tuan tidak akan berkata serupa
itu," kata Umar.
"Tiap-tiap hari kita melihat anak kecil dipelihara dalam rahim ibunya.
Kanak-kanak, orang remaja, orang dewasa terus menerus dipelihara.
Pemeliharaan itu berterusan dari awal hingga akhir.Bukankah itu pekerjaan
''RAB'' yang kita saksikan setiap hari?"
"Kitab Suci Injil mengatakan bahawa Tuhan mempunyai kasih yang
sedemikian rupa terhadap manusia di dunia ini sehingga Dia mengorbankan
puteranya yang satu itu untuk menyelamatkan manusia. Apakah lagi bukti yang
lebih baik tentang kasih bapa yang telah mengorbankan anak yang dikasihinya
kerana kasih?" kata Ketua Paderi.
"Keterangan dari Injil itu sendiri telah MEMBANTAH dakwaan tuan. Tuan
maksudkan bahawa bapa itulah yang mengorbankan anaknya yang suci bersih
demi manusia yang kotor dan penuh dosa." kata Umar berhujah.
"Itukah pernyataan kasih bapa yang ditunjukkan dengan membunuh
anaknya yang tidak bersalah? Tetapi ''RAB'' tetap berlaku adil kepada sesiapa
sahaja. Sebaliknya Dia menghukum orang yang zalim .Al-Quran dalam Surah Al-
An''am ayat 164 antara lain ada mengatakan" ''Dan tiada seseorang yang
berdosa memikul dosa orang lain.'' Tetapi bapa tuan membunuh anaknya
sendiri. Jikalau menyalib dan membunuh anaknya sendiri yang tidak bersalah
dan tidak berdosa dikatakan ''KASIH'', maka kita tidak akan menyebutnya lagi
sebagai kasih."
Ketua Paderi itu berpaling kepada para paderi yang lain sambil berkata,
"Semua yang telah saya katakan ialah perkara-perkara tinggi tetapi bagaimana
orang-orang ini dapat memahaminya?" Dia kemudian memandang Umar Lahmi.
"Hati tuan sudah tertutup. Kristus tidak bersedia menerima tuan. Sekarang
baiklah tuan pergi dari sini. Saya tidak mahu lagi berurusan dengan tuan. Tuan
kemari hanya menggusarkan saya saja." Kemudian dia berpaling kepada paderi-
paderi yang lain.
"Kalian juga jangan lagi berurusan dengan orang-orang ini. Kalian sudah
melihat betapa mereka sangat keras kepala. Tidak dapat menyetujui apa pun
juga."
"Tapi tuan..." Umar Lahmi mahu membantah.
"Tutup mulut tuan." Ketua Paderi itu membentak.
"Saya sudah tahu akan tujuan tuan datang kemari dan tentang apa yang
tuan ingin berbincang dengan kami.." Sambil menghucapkan kata-kata itu, ketua
paderi memperlihatkan tatakrama Kristian. Dia terus bangun lalu keluar dari
dewan itu.
Melihat keangkuhan ketua paderi itu, Umar Lahmi dan kawan-kawannya
lalu bangun dan dengan suara kuat berkata, "NASRUN-MIN-A-ALLAHI WA
FAT-HUNQARIB". (*Nota: Al-Quran surah Ash_shaf, ayat 13: ''Pertolongan dari
Allah dan kemenangan yang sudah dekat'').
Mereka semua keluar sambil terus mengucapkan kata-kata di atas,
sementara para paderi serta hadirin masih lagi belum hilang perasaan
terkejutnya kerana sikap ketua suci mereka yang tiba-tiba saja meninggalkan
perbincangan itu. Isabella hanya mengeleng-gelengkan kepalanya dan tunduk
malu terhadap tindakan bapanya, ketua paderi itu.
Part 6: ISABELLA - Isabella menerima sinar Keislaman.

Cordova, di negeri Sepanyol pada ketika itu adalah merupakan pusat


keilmuan sedunia. Para cendekiawan dan ahli hukum Islam yang terkemuka
sering mengunjungi tempat itu dari berbagai-bagai tempat.
Ziad bin Umar merupakan salah seorang daripada ahli falsafah, pentafsir
Al-Quran dan Hadis yang ulung. Tempat kediamannya terletak tidak jauh dari
kampus Universiti Cordova. Biasanya, sesudah selesai Isyak, orang-orang yang
hauskan ilmu, akan berkumpul di rumahnya.
Pada suatu hari, iaitu setelah hampir sebulan berakhirnya perdebatan di
antara Umar Lahmi dengan Ketua Paderi, satu pertemuan yang biasa sesudah
Isyak, telah berlangsung di rumah Ziad bin Umar yang dihadiri oleh para
cendekiawan dan ilmuan yang terkenal. Setelah semuanya duduk, Ziad pun
bertanya akan kesihatan masing-masing dan kemudian dia berkata kepada
Umar Lahmi. "Mudah-mudahan Allah memberikan taufik dan hidayat-Nya kepada
usaha-usaha anda yang mulia. Anda telah berdakwah seruan kebenaran sampai
ke dalam rumah orang-orang kafir dan menundukkan pula mereka itu.Anda telah
menyampaikan seruan Allah."
Umar Lahmi dengan rendah hati menjawab,"Semuanya adalah berkat
doa dan perhatian anda semua juga".
Satu suara lain terdengar di antara para hadirin."Saya dengar orang-orang
Kristian mahu membunuh Isalbella."
"Sebegitu jauh Isabella telah mengambil langkah-langkah melindungi
dirinya. Dia merahsiakan keislamannya sehingga belum ada yang mengetahui
bahawa dia sudah memeluk agama Islam." jawab Umar Lahmi.
"Isabella ada di sini?" tanya Ziad dengan nada gembira.
"Ya. Dia ditempatkan di bilik sebelah dan kalau ada izin daripada saudara,
maka dia boleh dibawa mengadap," jawab Umar.
"Sudah tentu. Bawa Isabella kemari," kata Ziad. Isabella dijemput masuk
ke majlis itu.
"Anakku Isabella," ujar Ziad.
"Saya bersyukur dan megucapkan tahniah di atas pilihanmu kepada jalan
kebenaran."
"Bapa yang mulia...." Isabella mula berkata. Tetapi Ziad mengangkat
tangannya menyuruh dia bersabar.
"Anakku," kata Ziad.
"Panggilan yang serupa itu jangan kau gunakan lagi. Di dalam Islam ada
persamaaan hak yang sempurna. Tugas suci orang-orang alim ialah
membimbing orang-orang Islam menurut Al-Quran dan hadis Nabi Muhammad
s.a.w. Menjadi tugas setiap muslim untuk mengikut bimbingan itu dan bukan
mendewa-dewakan mereka ataupun menjadikan mereka itu berkuasa di atas
semua urusan kehidupannya." Isabella berasa malu. Cahaya kemerahan naik ke
pipinya.
"Ajarlah saya bagaimana caranya mahu memanggil tuan dan pemimpin-
pemimpin Islam yang lain."
"Panggillah saya dan orang-orang Islam lainnya dengan panggilan
saudara atau kalau mahu ditambah, gunalah perkataan tuan sahaja," kata Ziad.
"Anakku," kata Ziad kepada Isabella.
"Dengar baik-baik kataku ini. Kamu menerima Islam ialah sesudah
membersihkan semua keraguan yang ada di dalam dirimu. Jangan sesekali
kerana kecurangan atau muslihat. Allah mengkehendaki keikhlasan hati dan Al-
Quran menyebut bahawa hidup dan mati seorang Islam, solat dan baktinya,
duduk dan berdiri, tidur dan berjalan, tiap-tiap sesuatunya adalah kerana Allah
semata-mata dan kerelaan Allah hendaklah menjadi tujuan hidupnya."
"Saya mengaku bahawa Allah menjadi saksi, tuan. Saya menjejaki
ambang Islam ini bukanlah kerana nafsu atau muslihat. Juga bukan kerana
tujuan inginkan kekayaan dan kekuasaan. Tuan sendiri tahu tentang
penghormatan yang diberikan kepada kepada bapa saya di Cordova ini dan juga
di seluruh Sepanyol," Kata Isabella.
"Allah akan melimpahkan rahmat-Nya kepadamu dan memberikan
keteguhan serta nikmat-Nya yang tidak terhingga," ujar Ziad.
"Amin!" Semua hadirin serentak mengucapkannya.
"Apakah ada orang lain yang telah mengikut kau untuk menganut Islam?"
tanya Ziad.
"Ya, tuan. Empat kawan saya yang sudah hilang kepercayaannya kepada
agama Kristian dan sudah tertarik kepada Islam," ujar Isalbella.
"Dengan izin Allah, esok atau lusa saya akan membawa mereka ke mari
supaya segala sisa-sisa keraguan dan syak wasangka tentang Islam dapat
dibersihkan melalui penjelasan yang akan diberikan oleh pihak tuan.
"Saudari Isabella," Umar Lahmi mnyampuk.
"Siapakah gerangan kawan-kawanmu itu ? "
"Salah seorang daripadanya adalah anak guru teologi saya, Paderi
Micheal. Mereka semua pernah mengikuti perbahasan tuan," ujar Isabella.
Maka pada hari itulah, secara rasminya Isabella telah memeluk agama
Islam dan kini sedang tekun mendalami Al-Quran serta ilmu-ilmu agama.

Part 7: ISABELLA - Surat Isabella kepada bapanya

Surat daripada Isabella kepada ayahnya (ketua paderi) ini telah dibuka
dan dibaca oleh Micheal (bekas guru Isabella) di hadapan Ketua Paderi dan
para paderi lain di dalam satu perhimpunan sulit di dalam perpustakaan gereja
itu.
"Semua puji-pujian kepada Allah, Tuhan seru sekalian alam. Yang telah
menciptakan langit dan bumi dan segala isi yang ada di dalamnya dengan
kekuasaan-Nya yang mutlak dan Dia di samping menyusun sistem lahiriah juga
menyusun sistem batiniah melalui wahyu dan nabi-nabi dan selawat serta salam
kepada junjungan yang telah datang melepaskan dunia dari kemungkaran dan
kegelapan serta membawanya ke dalam cahaya keimanan dan memimpin kita
ke jalan yang benar yang telah diterokai oleh nabi-nabi yang terdahulu dan
membawa kita kepada Allah yang menjanjikan kedamaian dan keselamatan
yang abadi."
"Bapaku yang dihormati! Ketahuilah bapa, bahawa anakmu ini telah
menerima Islam yang menurut penyelidikanku ialah satu-satunya agama yang
bebas dari kemungkaran dan kebatilan, yang memimpin kita ke jalan
keselamatan. Saya telah menolak agama Kristian kerana ia penuh dengan
ketahyulan dan kekufuran dan bertentangan dengan ajaran semua nabi. Saya
perturunkan di sini perbandingan-perbandingan untuk menunjukkan kebenaran
Islam kepada bapa."

"1. Dalam ISLAM, Allah itu Esa dan tidak bersekutu dengan apapun juga. Dia
unik dengan segala kebaikan dan kesempurnaan-Nya. Al-Quran menyebut Allah
itu tunggal. Dia tidak beranak dan tidak pula diperanakkan. Tidak ada suatupun
yang sama dengan-Nya. Dia wujud, tidak mati, tidak tidur, tidak mengantuk dan
tidak letih ataupun berhajatkan kepada semua yang dihajatkan oleh manusia.
Kalau kita hendak menyebutkan satu-persatu akan semua kesempurnaan-Nya,
maka hendaklah kita mempelajari Kitab Suci Al-Quran."

"2. Sebaliknya agama KRISTIAN percaya bahawa Tuhan itu bukan satu tetapi
TIGA: Bapa, Anak dan Roh Kudus. Jesus Kristus satu-satunya 'Putera Tuhan'
dan dia juga pencipta dan abadi seperti bapanya juga meskipun Injil
mengatakan Jesus itu makan dan minum, tidur dan jaga dan sangat bergantung
kepada air, udara dan tiap-tiap benda yang diperlukan oleh manusia dan di
dalam dirinya terkumpul semua keinginan duniawi. Seandainya Tuhan juga
bergantung kepada semua perkara seperti manusia, maka bagaimana dia layak
menjadi Tuhan dan apakah ada perbezaan lagi di antara Tuhan dan manusia?
Kitab suci Al-Quran mengatakan dengan tegas bahawa sesiapa yang
mengatakan Kristus itu Tuhan atau Putera Tuhan, maka dia telah menyekutukan
Allah dan menjadi kafir dan orang-orang Kristian dengan menjadikan Kristus
sebagai Putera Tuhan, maka mereka telah memfitnah Tuhan! Al-Quran telah
mengajar bahawa Kristus, seperti juga Musa, Daud, Sulaiman, Yahya, Hud, Nuh
dan lain-lain nabi adalah sebagai utusan dan nabi, dan mereka juga manusia,
makhluk dan bukannya pencipta. Nah, cubalah bapa fikirkan sendiri betapa jelas
dan munasabahnya ajaran Kitab Suci Al-Quran ini dan betapa agama Kristian
amat mengusutkan dan tidak masuk akal!"

"3. Menurut ISLAM, tiap-tiap manusia dilahirkan di dalam keadaan suci dan
bebas dari dosa dan apabila ia beransur dewasa, pengaruh-pengaruh luar telah
menyesatkannya. Allah telah memberikan akal kepada manusia supaya
mematuhi hukum-hukumNya dan menjauhi benda-benda yang terlarang. Al-
Quran mengatakan bahawa Adam tidak melakukan dosa dan semua nabi adalah
suci dan bersih dari dosa dan dengan sebab itu masalah dosa yang diwarisi
adalah perbuatan syaitan. Agama KRISTIAN sebaliknya mengatakan bahawa
tiap-tiap orang orang itu berdosa sejak ia lahir, sehingga dengan demikian nabi-
nabi juga melakukan dosa dan dosa nabi Adam menyebabkan semua manusia
berdosa. Ternyatalah sekali betapa kepercayaan ini tidak ada logiknya, tidak
munasabah dan bertentangan dengan bukti-bukti intuisi yakni kerana Adam
melakukan dosa, dosa yang sebenarnya tidak pernah dapat dibuktikan, semua
manusia menderita seksaan. Jadi dalam masalah ini juga kitab Suci Al-Quran
adalah benar dan adil dan ketetapannya logik, munasabah dan menurut sunah
nabi-nabi."

"4. Keutamaan yang diberikan oleh Al-Quran ke atas akhlak dan guru-guru ialah
tentang betapa mulia dan tingginya moral itu, hal yang serupa itu tidak diketemui
di dalam lain-lain agama. Islam mengatakan bahawasanya manusia itu tidak
memperoleh selain dari apa yang diusahakan dan usahanya itu kelak pasti akan
dilihatnya. Kemudian diberikan kepadanya balasan yang cukup sempurna
terhadap usahanya (*NOTA: Al-Quran; surah 5; ayat 39-41) dan yang demikian
itu adalah ajaran dari semua nabi. Tidak ada orang yang akan memikul beban
orang lain, tetapi tiap-tiap orang memikul tanggungjawab ke atas semua
perbuatannya, maka dengan ajaran suci serupa inilah yang memberikan
manusia itu ajaran-ajaran kemuliaan dan yang menggesanya untuk berbuat
kebajikan. Tetapi agama KRISTIAN sebaliknya mengajarkan bahawa Jesus
Kristus telah memikul beban dosa semua orang yang berdosa lalu disalibkan
dan dia menjadi penebus semua orang yang berdosa itu.Perbuatan dosa telah
dilakukan oleh beribu bahkan berjuta manusia tetapi hukumannya telah
dikenakan ke atas seorang manusia suci, satu-satunya 'Putera Tuhan'. Ajaran ini
di satu pihak membuat manusia itu tidak berguna dan memalukan sementara di
satu pihak yang lain menjadikan seseorang itu hilang kepercayaan kepada
dirinya sendiri dan dengan demikian harga dan nilai dirinya jatuh di matanya
sendiri, dan selain daripada itu kepercayaan ini merupakan satu perlanggaran
kepada kesucian Tuhan."

"5. Apabila Kitab Suci Al-Quran diturunkan ke dunia, maka ia telah


menerangkan semua kebenaran, kebenaran yang telah lama dilupakan dan
punca-punca kebenaran itu telah dicemarkan. Islam meletakkan semula
kemuliaan semua nabi dan membantah semua tuduhan palsu yang ditimpakan
kepada mereka. Ia mendedahkan penyisipan-penyisipan palsu yang telah
dilakukan di dalam kitab-kitab wahyu dan membuat penjelasan akan keadaan
yang sebenarnya melalui pendedahan itu. ISLAM membantah tuduhan-tuduhan
palsu dan tidak berasas terhadap Nabi Isa .a.s. yang telah dibuat oleh
sebahagian musuhnya dan juga kawan-kawannya. Dalam perkataan lain, kerana
usaha Islamlah yang telah meletakkan Nabi Isa a.s. pada tempatnya yang
sebenar dan telah membersihkannya daripada segala tomahan orang-orang
Yahudi dan juga orang-orang yang menamai diri mereka Kristian. Orang-orang
Kristian itu pula yang telah menuduh semua nabi dengan tuduhan palsu,
perzinaan dan pembunuhan dan mengetengahkan Jesus Kristus dalam bentuk
yang tidak sempurna sehingga kalau tidak kerana kedatangan Islam yang
mendedahkan kebenarannya, maka tidak seorang pun yang mahu
menganggapnya malah sebagai manusia bermoral juga. Ini merupakan satu
obligasi Islam yang tidak akan dapat dibayar oleh Kristian. Orang-orang Kristian
tidak sahaja MEMANIPULASIKAN kitab-kitab Injil, juga telah menyusun beratus-
ratus Injil atas nama Kristus. Sekarang ini Injil-Injil palsu dan gelap yang disusun
itu telah diletakkan di hadapan kita, yang sedikitpun tidak ada kena-mengena
langsung dengan Kristus. Dalam Kitab Suci Al-Quran, terkumpul dan tersimpan
dengan baik semua kitab yang diwahyukan. Oleh sebab itu saya MENJEMPUT
semua orang Kristian membaca Kitab Suci Al-Quran ini yang menjunjung
kehormatan agama Kristian dan yang memberikan kepada kita pengajaran dari
semua nabi sepanjang zaman."

" 6. ISLAM menyebutkan secara terperinci akan HAK-HAK kaum WANITA dan
memerintahkan pembebasan semua hamba abdi, meniupkan semangat
persamaan dan persaudaraan di kalangan umat manusia dan menetapkan
perhubungan antara manusia dengan Tuhan. Tetapi di dalam agama KRISTIAN,
tidak ada SECEBIS tanda pun tentang hak-hak wanita. Hanya kepada orang
lelaki diberitahu bahawa mereka boleh menceraikan isterinya yang melakukan
zina, tetapi tidak pula menyebut sedikitpun tentang apa yang boleh dilakukan
oleh si isteri ke atas ketidaksetiaan suaminya. Tidak ada sepatah perkataan pun
di dalam agama Kristian tentang pembebasan hamba abdi."

"7. ISLAM menyuburkan moral manusia dan menyediakan tatasusila yang tetap
bagi kemanusiaan. Dengan mematuhi peraturan itu, manusia boleh mengawal
nafsunya secara sederhana. Di dalam Al-Quran ada disebutkan; 'Barang siapa
mengerjakan kejahatan maka tidak dibalasnya melainkan dengan seumpamanya
dan barang siapa beramal soleh, baik dia lelaki mahupun perempuan, sedang
dia seorang yang beriman, maka orang-orang itu masuk ke dalam syurga;
mereka diberi rezeki di dalamnya dengan tidak terhingganya' (*NOTA: Al-Quran,
surah 40, ayat 40). Tetapi di dalam agama KRISTIAN, ditekankan kepada satu
aspek sahaja, iaitu yang melakukan kesalahan tidak boleh dihukum, dan kalau
dia menampar pipi kiri, mesti menyerahkan pipi kanan pula untuk ditamparinya.
Betapa pengajaran yang serupa itu boleh diikuti oleh manusia di dunia ini?
Betapa keamanan dan ketenteraman dunia dapat dipertahankan dengan
pengajaran serupa itu? Andaikata mahu memperlihatkan kemaafan dan baik
sangka dalam semua perkara. maka mengapa Dia menciptakan nafsu amarah di
dalam diri manusia dan kemudian membiarkan bahagian dari naluri itu menjadi
kering?"
Bapaku yang dikasihi. Ini adalah beberapa perkara sebagai satu ilsutrasi
tentang pengertian yang menyebabkan saya menerima Islam dan bagi bapa
juga, kalau ada satu jalan kebenaran yang mesti diikuti, maka bapa mestilah
menerima Islam seberapa cepat yang boleh dan menyatakan taubat segera di
atas keragaman ketuhanan di dalam agama Kristian yang benar-benar
bertentangan dengan sifat-sifat Tuhan dan menjadi penghalang kepada jalan
manusia mencapai kemajuan. Mudah-mudahan Tuhan menganugerahkan
kepada bapa jalan istimewa untuk menerima iman! Saya juga mendoakan bapa
ke jalan yang benar dan moga-moga Tuhan menyegerakannya. Amin!"

Anak bapa,
Isabella.
Part 8: ISABELLA - PERCANGGAHAN FAKTA/AYAT DI DALAM BIBLE
(INJIL)

Setelah lima hari berada bersama-sama Ziad bin Umar dan para
cendekiawan Islam, Isabella dan kawan-kawannya semakin mendalami
pengetahuan mereka tentang agama Islam.
"Tuan yang dihormati." Umar Lahmi mencelah.
"Kawan-kawan Isabella meminta supaya mereka diislamkan secara rasmi
dan diajar hukum-hukum Islam."
Kemudian Ziad memandang kepada kawan-kawan Isabella seraya
berkata, " Jadi inilah kawan-kawanmu itu?"
"Ya tuan," jawab Isabella berpaling memandang kawan-kawannya yang
duduk terpaku, takjub dengan perhimpunan yang dirasakannya amat berlainan
sekali dengan perhimpunan alim ulama agama mereka (Kristian).
"Itu Mirano anak guru saya, Micheal. Yang satu lagi Martha, Catherine
dan Hanana."
Umar Lahmi lalu mendekati kawan-kawan Isabella sambil berkata"
Mirano, Martha, Catherine dan Hanana. Apakah kalian masih ragu-ragu tentang
dasar kepercayaan Islam?"
Mirano bersuara, "Saya ingin mendapat sedikit penjelasan tentang
beberapa perkara," katanya.
"Baiklah," kata Ziad.
"Kami tidak keberatan untuk memberi penjelasan. Memang benar, inilah
caranya setelah mendapat penjelasan yang memuaskan hati, barulah baik
menerima agama ini. Nah, tanyalah dan saya wakilkan Umar untuk
menjawabnya."
Mirano tersenyum lebar. Dia kemudian berkata, "Tuan yang saya hormati.
Mula-mula sekali kami ingin diislamkan dahulu. Setelah itu barulah saya akan
bertanya satu atau dua masalah. Barang dijauhkan Tuhan! Saya sedikitpun tidak
ragu tentang Islam."
Keempat-empat anak gadis itu pun diislamkan secara rasmi,
mengucapkan dua kalimah syahadat, mengucapkan mengakui dengan setelus
hati akan keesaan Allah dan kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. Semua yang
hadir menadah tangankan tangan memanjat doa kesyukuran kepada Allah Yang
Maha Kuasa. Mereka lalu menutup kepala masing-masing dengan kain
selendang yang memang sudah dibawa dari awal.
Mirano kemudian mengemukan pertanyaannya. "Menurut orang-orang
Kristian, Kitab Taurat itu ialah HUKUM, dan Injil merupakan PENYEMPURNAAN
hukum-hukum itu. Jadi apabila telah ada hukum dan penyempurnaan, maka kita
tidak perlu lagi ada perkara-perkara yang lain termasuk juga Kitab Suci Al-Quran.
Al-Quran tidak perlu lagi kerana ia telah membenarkan Taurat dan Injil maka
sesuatu bantahan menjadi semakin beralasan."
"Dakwaan itu mesti dibuktikan dengan hujah-hujah." ujar Umar Lahmi.
"Tetapi dengan hanya mengangap bahawa Taurat itu hukum dan Injil itu
penyempurnaannya, maka sebagai lawannya, Kitab Suci Al-Quran ialah
PEMBENARAN. Pembenaran yang mencakupi kedua-duanya sekali, iaitu
HUKUM dan KESEMPURNAAN. Pembenaran itu telah disebutkan di dalam Al-
Quran, surah Al-Ma’idah ayat 48, yang maksudnya kira-kira begini: '' Dan kami
telah turunkan Al-Quran kepada engkau dengan benar bahawa dia daripada
Allah, sedang dia pula membenarkan Kitab-kitab Ketuhanan yang terdahulu
daripadanya serta menguasainya''.
“Tetapi" kata Umar lagi.
"Injil itu sendiri tidak pernak menggunakan perkataan kesempurnaan.
Dengan demikian, Kitab Suci Al-Quran telah terbukti mencakupi kedua-duanya,
hukum dan kesempurnaan."
"Taurat dan Injil ada disebutkan di dalam Al-Quran dan sudah satu
kemestian bagi orang-orang Islam untuk menerimanya," kata Mirano.
"Kemudian kenapa orang-orang Islam tidak mempercayainya?"
"Kerana orang-orang Kristian tidak mempunyai Taurat dan Injil yang
tulen," jawab Umar Lahmi.
"Jikalau Taurat dan Injil tidak wujud, kenapa pula Al-Quran
mengakuinya?" tanya Mirano lagi.
"Al-Quran mengakui: Taurat dan Injil ASLI, bukan yang dipalsukan dan
yang dibuat-buat," jawab Umar.
"Kata orang-orang Kristian, Taurat dan Injil mereka yang ada sekarang
itulah yang diakui oleh Al-Quran," kata Miranao.
"Baiklah!" kata Umar sebagai menjawab kata-kata Mirano itu.
"Saya akan bertanya kepada Kitab Suci Al-Quran apakah ia menyetujui
kitab Taurat dan Injil yang wujud sekarang ini ataupun menganggapnya palsu.
Al-Quran berkata menurut Surah Al-Ahqaf ayat 33, kira-kira sebagai berikut:
''Bahawasanya Allah telah menciptakan langit dan bumi dan Dia tidak pernah
lemah''. Tetapi di dalam Taurat Kitab Kejadian 2:2-3 ada dikatakan bahawa
''menjelang hari ketujuh Tuhan telah menyelesaikan apa yang sedang dilakukan
dan berhenti bekerja. Dia memberkati hari ketujuh dan telah
memperuntukkannya sebagai hari yang istimewa kerana pada hari itu dia telah
menyempurnakan penciptaannya dan berhenti bekerja.'' BERHENTI BEKERJA,"
kata Umar Lahmi,
"Bererti berehat dan bila seseorang itu berehat dari kerja bererti dia
penat. Jadi, dari yang disebutkan oleh Taurat itu ternyatalah bahawa Tuhan itu
berasa PENAT. Kitab Suci Al-Quran berkata Allah tidak pernah penat. Nah,
apakah Al-Quran menyetujui atau menolak kenyataan itu? Taurat mengatakan
Nabi Sulaiman menyembah berhala tetapi Al-Quran menyangkal dakwaan itu.
Nabi Sulaiman tidak akan melakukan perbuatan orang-orang kafir. Nah, apakah
Al-Quran menyetujui atau menolak Taurat? Sekarang cuba ambil kitab Injil,
keempat-empat kitab itu ada mengatakan tentang Jesus Kristus, (barang
dilindungi Allah), mati sambil menangis di atas salib, bahawa dia benar-banar
telah disalibkan tetapi Kitab Suci Al-Quran menafikan bahawa Jesus dibunuh
oleh orang-orang Yahudi dan tidak pula disalibkan. Kemudian Injil mengatakan
Jesus Kristus, (barang dilindungi Allah), mengaku menjadi Tuhan, Al-Quran
dalam surah Al-Ma''idah ayat 72 ada mengatakan kira- kira begini: '' Demi Allah
telah kafir segala mereka yang berkata: Sesungguhnya Allah, itulah Al-Masih
anak Mariam, sedangkan Al-Masih berkata: Hai Bani Israil, sembahlah olehmu
akan Allah, Tuhanku dan Tuhanmu. Sesungguhnya siapa yang menyekutukan
sesuatu dengan Allah, maka sesungguhnya Allah mengharamkan atasnya
syurga dan tempat kembalinya adalah neraka dan sekali-kali penzalim-penzalim
itu tiada mendapat penolong''. Nah, sekarang dipersilakan siapa saja paderi
Kristian tampil mengatakan secara jujur dan adil, apakah kitab Suci Al-Quran itu
mengakui atau menolak Injil ?"
Mirano dengan gembira terus menjawab. "Tidak syak lagi bahawa dengan
bukti-bukti itu Kitab Suci Al-Quran tidak mengakui Taurat dan Injil yang ada
sekarang tetapi telah menolaknya."
"Sekarang " kata Umar Lahmi.
"Saya akan memberikan satu PRINSIP UMUM daripada Kitab Suci Al-
Quran dan dengan prinsip itu, buku apa saja boleh diuji, seolah-olah Kitab Suci
Al-Quran itu sebagai batu ujian yang dengannya kita boleh menguji semua kitab
yang lain. Dalam Al-Quran Surah An-Nisa'' ayat 82 ada disebutkan: ''Maka
mengapakah mereka tidak memerhatikan dan memikirkan, tujuan-tujuan dan
maksud-maksud Al- Quran? Sekiranya Al-Quran itu dari sisi selain daripada
Allah seperti yang mereka katakan, tentulah mereka dapati padanya perselisihan
yang banyak''. Ayat Kitab Suci Al-Quran itu jelas menegaskan bahawa kecuali
kitab Allah, maka tidak ada kitab lain yang bebas daripada PERTENTANGAN
(contradiction), kerana manusia tidak kalis daripada kesilapan dan kekeliruan
dan walau bagaimanapun kepekaan seseorang itu dalam menulis sesebuah
buku namun kesalahan dan kekeliruan tetap tidak dapat dielakkan. Dan buku
yang ada kesalahan sudah tentu bukannya dari Allah, kalau tidak, (barang
dilindungi Allah), Allah akan dikatakan pelupa dan pembohong. Nah, bolehkah
sesiapa menolak prinsip ini?"
"Prinsip itu cukup wajar dan adil ," jawab Mirano.
"Sudah tentu kitab yang ada pertentangan di dalamnya tidak boleh datang
dari Tuhan Yang Sempurna. Tetapi apakah ada pertentangan di dalam Taurat
dan Injil?"
"Banyak sekali pertentangannya," jawab Umar Lahmi.
"Kerana terlalu banyak sangat pertentangannya, maka para pembacanya
menjadi bingung. Sekarang mari saya cuba prinsip-prinsip tadi, saudara akan
melihat kenyataannya. Nah, berapa umur saudari Mirano, cuba beritahu saya?"
Mirano teragak-agak sebentar.
"Antara 21 atau 22, katakanlah saja 22," jawab Mirano kemudian.
"Bagus! Kalau saudara katakan umur saudari 22 dan satu jam kemudian
42, apakah kedua-dua keterangan itu betul? Bagaimana boleh kedua-duanya
betul? Kalau saya katakan umur saya 42 tentu kenyataan itu salah! Bolehkah
kedua-dua itu dikatakan benar?" Mirano agak kebingungan sedikit dengan kata-
kata Umar itu.
"Nah, sekarang cuba lihat di dalam Kitab Perjanjian Lama 2 Tawarikh
22:2-3. Di mana disebutkan bahawa ketika Ahaziah ditabalkan menjadi raja
menggantikan bapanya, dia baru berusia 42 tahun. Tetapi di dalam Kitab
Perjanjian Lama 2 Raja-raja 8:25 ada disebutkan bahawa waktu Ahaziah
menjadi raja umurnya sudah 22 tahun! Bolehkah kedua-dua keterangan ini
diterima sebagai benar?"
"Tidak!" jawab Mirano selepas menyemak kitab Injil yang dibawanya.
"Satu saja daripada kedua-dua keterangan itu yang benar dan yang satu
lagi tentu salah."
"Masalahnya," kata Umar lagi.
"Mana satu satu di antara keterangan itu yang benar tidak dapat
dipastikan dan dengan demikian kedua-dua kitab dari Injil itu menimbulkan
keraguan. Tanda keraguan telah dibubuhkan ke atas kedua-duanya. Dan cuba
kita selidiki lebih lanjut. Dalam Al-Kitab pada Injil Samuel 24:9 ada dituliskan
bahawa Yoab memberitahukan kepada raja hasil pendaftaran rakyat Israel ada
LAPAN RATUS RIBU orang yang dapat memegang pedang, dan LIMA RATUS
RIBU daripadanya orang-orang Yahudi yang memikul senjata itu, tetapi di dalam
kitab Injil 1 Tawarikh 21:5 dituliskan jumlah orang-orang Israel ialah SEJUTA
SERATUS RIBU yang dapat memegang pedang dan orang Yahudi ada EMPAT
RATUS TUJUH PULUH RIBU yang dapat memegang pedang. Nah, apakah
kedua- dua keterangan ini benar?
"Tentulah salah satu sahaja daripadanya benar," jawab Mirano.
"Kitab yang menyebutkan angka-angka yang salah serupa itu tidak
mungkin daripada Tuhan," kata Umar Lahmi.
"Tidak mungkin," ulang Mirano.
"Barang dijauhi Allah. Allah melindungi namanya dari dicemarkan serupa
itu, jadi lebih baiklah jangan dikatakan kitab-kitab itu dari Allah."
"Dengan adanya pertentangan serupa ini bolehkah orang menyebut
Taurat dan Mazmur itu wahyu Tuhan? Barang dijauhkan Allah, kesalahan-
kesalahan serupa ini dikatakan dari Allah."
"Subhanallah!" keluh Mirano.
"Ini adalah hujah yang terang tentang betapa tak dapat dipercayainya
Kitab-kitab Kristian yang tidak dapat dijelaskan. Anak-anak kecil pun boleh
memahami dua kali dua empat."
"Di dalam Injil kitab 2 Samuel 23 ayat 8 ada disebutkan tentang 3 orang
perajurit Nabi Daud yang gagah berani. Seorang daripadanya bernama Josheb
Basshebeth dari suku Tacheman, ia dengan senjata tombak saja telah dapat
membunuh lapan ratus orang musuh. (*NOTA: rujuk Good News Bible) Tetapi di
dalam Injil Kitab 1 Riwayat 10 ayat 11, yang menceritakan tentang peristiwa yang
sama, nama perajurit itu bukan Josheb Basshebeth tetapi Joshobeam dari suku
Hachmon dan dia hanya membunuh sebanyak tiga ratus orang sahaja dengan
tombaknya." (*NOTA: dalam Al-Kitab pada Injil 2 Samuel 23:8, nama perajurit itu
ialah Isybaal orang Hakhmoni dan pada Injil 1 Tawaarih 11:11 ialah Yasobam bin
Hakhmoni.)
"Oh, terlalu jauh perbezaannya," kata orang-orang yang hadir.
"Agak aneh," bersungut Mirano.
"Orang-orang Kristian tidak melihat kesalahan yang begitu menjolok."
"Mereka boleh melihat kesalahan-kesalahan itu jika mereka mahu
membuat penyelidikan dan mereka boleh menolak keterangan-keterangan yang
tidak betul dan membuat penentuan mana yang betul," kata Umar.
"Tetapi mereka terus berpegang kepada kesalahan-kesalahan itu seperti
orang yang terlalu patuh kepada kebenaran. Dan yang ajaibnya ialah kedua-dua
kitab ini didakwa sebagai wahyu dari Tuhan. Nah, salahkah kalau Al-Quran
mengatakan tidak ada pertentangan di dalam kitab Allah?"
"Subhanallah!" sahut Isalbella.
"Betapa agungnya Al-Quran. Andaikata Al-Quran itu tidak diturunkan,
nescaya tentulah tembelang kitab-kitab agama Kristian itu tidak akan diketahui,".
Setelah mendengar kata-kata Isabella itu, Umar Lahmi lalu menyambung.
"Setelah begitu banyak pertentangan di dalam Taurat dan Perjanjian Lama yang
tidak pernah mahu berkompromi, sekarang mari kita lihat pula kepada Kitab Injil.
Nampaknya setelah kita membuat penelitian yang saksama, maka keempat-
empat Kitab Injil yang wujud sekarang adalah lebih parah lagi. Yang pertama Injil
itu telah disusun dan ditulis dalam pelbagai bahasa. Kitab Injil yang pada zaman
dahulu dianggap sebagai wahyu Tuhan, maka sekarang ini tidak lebih daripada
satu ''APOCRYPHAL'' atau sumber yang diragukan dan disamping Injil-Injil itu
ada Injil lain pula yang digunakan. Seolah-olah Injil itu tidak lebih daripada buku-
buku teks sekolah yang boleh ditukar-tukarkan menurut keadaan yang berlaku.
Persidangan telah diadakan sebentar-sebentar untuk memilih Injil-Injil yang
berbagai-bagai itu seolah-olah wahyu dan kalam Allah bergantung kepada
ketetapan gereja."
"Ya," ujar Mirano.
"Pernah sekali saya mendengar daripada bapa saya, bahawa pada salah
satu persidangan itu setengah dari kitab-kitab itu telah disingkirkan dari daftar
kitab- kitab yang diwahyukan."
"Sekarang mari kita cuba uji Injil itu dengan Kitab Suci Al-Quran tentang
prinsip dan standardnya dengan demikian dapatlah kita membuat ketetapan
tentang betapa goyahnya dan palsunya Injil-Injil itu," kata Umar Lahmi kepada
Mirano, Isabella dan kawan-kawan mereka yang diam tidak bergerak, terpesona
dengan kedalaman ilmu Umar Lahmi dan tentang pengetahuannya mengenai
Kitab Injil yang selama ini tidak pernah terfikirkan oleh mereka.
"Dalam Kitab Matius 27 ayat 3, salah seorang pengikut Jesus Kristus
yang bernama Yudas telah menerima rasuah sebanyak tiga puluh keping wang
perak untuk menyerahkan Jesus Kristus kepada kerajaan dan apabila, barang
dijauhi Allah, Jesus Kristus telah dibunuh di atas salib, Yudas berasa sangat
menyesal lalu pergi kepada imam-imam ketuanya dan berkata: ''Aku telah
berdosa kerana menyerahkan darah orang yang tidak bersalah''. Yudas lalu
mencampakkan duit itu, pulang ke rumah dan membunuh dirinya sendiri. Tetapi
di dalam Kitab Kisah Para Rasul bab 1 ayat 18, ada disebutkan bahawa Yudas
dengan wang yang diperoleh dari perbuatan khianatnya itu telah membeli
sebidang tanah dan di sana dia jatuh terlungkup, perutnya terbelah sehingga
semua isi perutnya terburai keluar.'' Nah, di dalam Kitab Matius, Yudas dikatakan
telah MEMULANGKAN balik wang rasuahnya kepada imam-imam ketua dan
kemudian mengantung dirinya, sementara dalam Kitab Kisah Para Rasul pula
dikatakan Yudas membeli kebun dengan wang itu dan mati terjatuh sehingga isi
perutnya terburai keluar. Inilah DUA KETERANGAN YANG BERBEZA dari dua
buah Kitab Injil yang berbeza pula yang kedua-duanya didakwa sebagai wahyu
menurut orang-orang Kristian atau Roh Kudus menyuruh mereka menulisnya
menurut wahyu yang disampaikan. Jadi bererti ketika Roh Kudus itu pergi
kepada penulis Kitab Matius dia mengatakan begini, kemudian apabila dia pergi
kepada penulis Kitab Kisah Rasul, dia mengatakan yang lain pula. Sekarang,
sama ada kita membuat anggapan Roh Kudus itu sebagai pembohong dan
menipu ataupun kita menolaknya secara total. Walau bagaimanapun adalah
lebih bijaksana kita menyatakan bahawa semua Kitab Injil itu palsu atau salah,
daripada kita meletakkan tuduhan kepada Roh Kudus. Kalau tidak, Tuhan dan
Roh Kudus juga ikut membuat dosa.
"Nyatalah bahawa semua Kitab Injil yang wujud sekarang ini palsu dan
salah belaka dan tentulah musuh-musuh Kristus yang telah memalsukannya itu
untuk mencapai sesuatu maksud," sampuk Mirano.
"Itu pertentangan dari dua buah Injil yang berlainan," kata Umar tanpa
menghiraukan komen Mirano itu.
"Mari kita tengok PERTENTANGAN YANG TERDAPAT DI DALAM
SEBUAH INJIL YANG SAMA. Saint Paulus yang telah menyusun syahadat
trinitas yang menyebabkan semua penganut Kristian sesat sebab
menyekutukan Tuhan, telah diceritakan tentang bagaimana dia masuk Kristian.
Ada tiga tempat dalam Kitab Kisah Para Rasul yang menyebutnya dan ketiga-
tiganya itu BERBEZA, tidak sama! Betapa anehnya, bahawa Roh Kudus telah
''BERBOHONG'' di tiga tempat di dalam kitab yang sama dan tentang peristiwa
yang sama pula. Dalam bab 9 ayat 3 Injil Kisah Para Rasul ada disebutkan
bahawa Paulus sedang dalam perjalanannya ke Damsyik dengan sahabat-
sahabatnya ketika sudah dekat dengan kota itu, tiba- tiba cahaya memancar
dari langit mengelilingi dia. Dia rebah ke tanah dan mendengar suatu suara
yang berkata: ''Kenapa menganiayai aku?'' Sementara sahabat-sahabatnya terus
termangu-mangu. Mereka ada mendengar suara itu tetapi tidak melihat seorang
jua pun. Di dalam bab 22 ayat 6-7, kitab yang sama menceritakan sahabat-
sahabat itu ada melihat cahaya di langit tetapi tidak mendengar suara dan dalam
Injil itu juga pada bab 26 ayat 13, ditulis bahawa Saint Paulus dan sahabat-
sahabatnya dikelilingi oleh cahaya dan mereka semua terjatuh ke tanah. Nah!
cuba fikirkan, dalam SEBUAH INJIL, peristiwa yang sama telah diceritakan
dalam tiga versi di tiga tempat. Bolehkah kita membenarkannya?" tanya Umar
Lahmi.
"Tidak mungkin," jawab Mirano cepat.
"Ketiga-tiganya palsu dan kalaupun salah satunya itu betul agak sukar
mahu dipastikan."
"Apa penjelasan yang boleh mereka berikan?" tanya Umar Lahmi.
"Mereka selalu mengelak dengan percakapan yang tidak relevan dan
selalu melimpakan kesalahan itu kepada jurutulis yang tidak mengambil berat.
Sekalipun jawapan mereka kita terima sebagai satu kebetulan, pertanyaan itu
masih tetap belum berjawab tentang kalimat yang sebenarnya dan yang mana
pula kesalahan jurutulis? Sebagai contoh, umur seseorang dalam satu waktu
ada yang 22 dan ada yang 42 tahun. Mana satu kesalahan jurutulis dan mana
satu yang benar? Tidak ada orang-orang Kristian sekarang ini yang boleh
berkata bahawa ayat sebenar ialah begini dan jurutulis telah menulis begitu.
Selagi kesalahan jurutulis tidak dapat dikesani, maka penerangan dan jawapan
apapun juga hanyalah NONSENSE semata-mata. Jadi, hal ini membuktikan
bahawa menurut orang-orang Kristian sendiri kitab-kitab ini diragukan sementara
di tempat lain kesalahan jurutulis pula diakui, maka dengan sendirinya kitab-kitab
itu telah HILANG! kewibawaannya dari sudut manapun juga."
"Tidak mungkinkah kesalahan-kesalahan ini diperbaiki dengan membuat
bandingan dengan yang asli?" tanya Isabella.
"Jikalau kitab-kitab yang tulen ada, mengapa pula kita bersusah-payah
mahu membuat perbandingan lagi," kata Umar.
"Masalahnya kitab yang tulen tidak wujud, hanya bergantung dari
terjemahan demi terjemahan dari salinan demi salinan. Dan yang anehnya ialah
sampai sekarang belum lagi dapat dibuat kepastian tentang Injil-injil ini bila
ditulis, dalam bahasa apa atau siapa penulisnya.
Setelah mendengar keterangan dan penjelasan Umar tentang pelbagai
perkara yang bermula dengan masalah yang ditimbulkan oleh Mirano, maka
pertemuan itupun berakhir sudah agak larut malam. Sebelum berpisah, satu
rencana telah diatur supaya Isabella dan kawan-kawannya mendapat latihan dan
pendidikan agama secara intensif tidak saja daripada Umar Lahmi dan alim
ulama yang lain, malah dari Ziad Bin Umar sendiri.

Part 9 (bahagian AKHIR): ISABELLA - ISABELLA BERDEBAT DENGAN


WANITA(RAHIB) KRISTIAN

`Masa berjalan begitu cepat, sudah 10 tahun berlalu sejak Isabella dan
kawan-kawannya melarikan diri dari ibu bapa mereka. Dalam masa empat tahun
itu, mereka telah dapat menguasai bahasa Arab dengan baik dan pengetahuan
tentang agama Islam juga cukup mendalam. Isabella kini menjadi tumpuan kaum
wanita di Cordova. Dia telah menjadi model wanita Islam yang berhemah tinggi
dan diberi gelaran MUHADDISA - salah seorang ahli Hadis yang ulung di
Cordova. Isabella telah masyhur di seluruh Sepanyol kerana ilmunya. Dalam
masa yang singkat, dia dapat menyelesaikan sesuatu masalah rumit yang ada
kaitannya dengan hukum-hukum Islam.
Pada suatu hari, berita-berita telah tersebar di seluruh Sepanyol, bahawa
ada seorang perempuan Kristian di Toledo yang katanya terlalu dalam
pengetahuannya tentang Al-Quran dan Hadis dan juga kitab-kitab wahyu yang
awal dan dia mempunyai hujah-hujah yang banyak dan menyakinkan tentang
kebenaran agama Kristian sehingga alim-ulama Islam yang terkenalpun agak
susah mahu menolaknya. Selain itu, dia dikhabarkan mempunyai mukjizat yang
menyebabkan dia mendapat tempat teristimewa di dalam hati penganut agama
Kristian. Dia dikatakan boleh menyembuhkan penyakit paling berbahaya hanya
dengan sekali tenungan. Wanita Kristian ini telah mengetahui tentang Isabella
yang telah meninggalkan agama Kristian dan menerima Islam 10 tahun yang
lalu. Dia lalu memgumumkan kepada pengikut-pengikutnya bahawa jikalau
Isabella menemuinya, dia akan membawa kembali Isabella kepangkuan agama
Kristian dengan mukjizat dan kekuatan hujah-hujahnya. Berita itu heboh di
seluruh Sepanyol hingga sampai ke telinga Isabella ketika berada dalam satu
perhimpunan agama.
"Saya telah juga mendengarnya," kata Isabella apabila ditanya oleh
seorang pelajarnya mengenai wanita Kristian itu.
"Bahawa dia itu terpelajar dan ilmuan pula. Malah menurut dakwaan
orang-orang Kristian, tidak ada alim ulama Islam yang boleh menandingi
pengetahuannya tentang Kitab Suci Al-Quran dan Hadis. Jikalau dia benar-
benar mahu berkonfrontasi dengan kita, silalah datang kemari dengan segala
penyokong-penyokongnya dan tanya apa saja yang dia mahu." Seperti yang
dijanjikan, pertemuan Isabella dengan wanita Kristian itu telah diadakan di
Insititutsi Pengajian Al-Quran di Cordova. Isabella dengan penuh mesra
menyambut kedatangan semua tetamunya.
"Khabarnya, anda meninggalkan Tuhan Jesus dan semua wali lalu
menerima, (barang dijauhi Allah), agama palsu,iaitu Islam. Kata perempuan
Kristian itu.
"Lebih baiklah setelah sudah perdebatan ini anda kembali ke agama
Kristian."
Isabella tersenyum mendengarnya lalu menjawab. "Biarpun saya dibakar
hidup-hidup, saya tidak akan meninggalkan Islam. Namun demikian, kerana
anda datang kemari, maka saya ada hak untuk bertanya di mana di dalam Injil
ada tertulis yang anda boleh datang mengajak orang masuk Kristian? Dalam Injil,
Jesus itu hanyalah nabi orang-orang Yahudi saja dan dia telah diutus untuk
mendakwah kepada mereka khusus."
"Apakah ada tertulis di dalam Injil, bahawa pintu agama Kristian itu
tertutup kepada semua manusia? Apakah ini hasil penyelidikan anda yang
menyebabkan anda membuang agama Kristian?" Tanya perempuan Kristian itu
dengan nada sinis.
"Ya, ada ditulis di dalam kitab Injil dan juga disahkan oleh Kitab Suci Al-
Quran yang mengatakan: ''WA RASULAN ILA BANI ISRAEL'' yakni Jesus
Kristus itu diutuskan sebagai nabi Israel (Yahudi) dan di tempat lain dalam Al-
Quran ada disebutkan: ''WAJA ALNAHUMISLAN BANI ISRAEL'' : yakni kami
jadikan Jesus Kristus itu sebagai contoh kepada orang-orang Israel. Dan ini
bererti bukan untuk seluruh dunia."
"Bilakah yang saya ini percayakan Al-Quran sehingga anda menyebutnya
di hadapan saya?" tanya perempuan Kristian itu lagi.
"Saya sebutkan Kitab Suci Al-Quran itu kerana anda mungkin tahu
bahawa dalam soal ini Kitab Suci Al-Quran dan Injil adalah SAMA. Dalam Kitab
Matius bab 10 ayat 5 ada dikatakan: ''kedua belas orang murid itu telah
diutuskan oleh Jesus dan dia berpesan kepada mereka: ''Janganlah kamu
menyimpang ke jalan bangsa lain atau masuk ke dalam kota orang Samaria,
melainkan pergilah kepada domba-domba yang hilang dari umat Israel!''. Di
dalam Kitab Matius juga bab 15 ayat 21, ada dikatakan: ''Lalu Jesus pergi dari
situ dan menyingkir ke daerah Tirus dan Sidon, maka datanglah seorang
perempuan Kanaan dari daerah itu dan berkata. ''Kasihanilah aku, wahai anak
Daud kerana anak perempuanku telah dirasuk syaitan dan sangat menderita.''
Tetapi Jesus sama sekali tidak menjawab. Lalu murid- muridnya datang dan
meminta kepadanya. ''Suruhlah ia pergi, ia mengekori kita dengan berteriak-
teriak.'' Jawab Jesus: Aku diutus hanya kepada domba-domba yang hilang dari
umat Isreal''. Nah! Itu buktinya daripada Kitab Injil anda sendiri bahawa Jesus
Kristus TIDAK diutus sebagai nabi kita semua, tetapi hanya untuk orang-orang
Isreal sahaja, bukankah lebih baik anda ikut perintah Tuhan anda? Mengajak
orang lain masuk Kristian adalah perbuatan yang bertentangan dengan perintah
Tuhan anda dan anda telah menderhakainya”, kata Isabella dengan nada sinis.
"Apa yang anda tahu tentang Injil?" kata perempuan Kristian itu.
“Tanyalah saya akan maksud ayat-ayat itu. Dalam Injil tidak ada ditulis
bahawa Injil tidak boleh diajar di mana-mana. "Tidak ada?" tanya Isabella seperti
mengejek.
"Jangan membuat bohong kering Isabella. Sekurang-kurangnya di depan
khayalak ini anda patut menahan diri dari berbohong," kata perempuan Kristian
itu.
"Lihat, dalam Kitab Markus bab 16 ayat 15 ada ditulis. ''Dia berkata
kepada mereka, pergilah ke seluruh dunia dan beritakan Injil kepada semua
makhluk. Barang siapa yang percaya dan dibaptiskan maka dia akan selamat
dan barang siapa tidak percaya, maka dia akan disiksa''. Lihat betapa jelasnya
untuk mengkristiankan seluruh umat dunia."
"Anda barangkali tidak tahu," kata Isabella.
"Ada 12 ayat di dalam bab 16 ini ditambah kemudian. Injil yang awal
(asal) hanya sampai ayat 8 saja. Anda jangan cuba kemukakan hujah dari Injil
yang sudah dimanipulasi."
"Bagaimana anda tahu ayat-ayat ini ditambah kemudian?" kata wanita
Kristian itu agak terperanjat.
"Dari penyedikan orang-orang Kristian sendiri. Setelah dibandingkan
dengan naskah-naskah lama, ternyata 12 ayat di dalam bab yang terakhir kitab
itu tidak terdapat di dalam kitab- kitab yang terdahulu. (*NOTA: di dalam edisi
bahasa Urdu, Kitab Injil yang digunakan di India sekarang, ayat-ayat yang telah
dimanipulasi ini dibuat secara catatan pinggir )”
"Kerana kami tidak mempunyai Kitab Injil yang original, maka saya tidak
dapat berkata apa-apa sebagai jawapannya." Ujar perempuan Kristian itu.
"Saya akan mejawab apabila saya mendapat Injil original nanti. Tetapi
apakah ajaran-ajaran Quran yang tidak terdapat di dalam Injil? Kenapa anda
sampai menerima agama Islam?"
"Mengenai hal itu, saya telahpun berbincang secara terperinci dengan
paderi anda. Tanyalah kepada mereka," kata Isabella.
"Bagaimana saya akan tahu apa yang anda jawab kepada paderi-paderi
itu. Sekarang, cuba terangkan kepada saya apakah kelebihan-kelebihan Islam
itu yang telah anda pelajari?" tanya perempuan Kristian itu.
"Apa anda fikir saya terima Islam dengan mata tertutup? Sekurang-
kurangnya ada sesuatu yang membuat saya jijik dengan Kristian dan
menyebabkan saya mencintai Islam, " kata Isabella.
"Kenapa anda enggan mahu menyebut kelebihan-kelebihan Islam?"
Perempuan itu terus mendesak.
"Nyatalah agama itu tidak ada kelebihan apa-apa pun juga. Isabella! Cuba
dengar baik-baik. Tidak ada sesiapa yang setaraf dengan saya di seluruh
Sepanyol ini dalam ilmu pengetahuan dan jangan anda cuba fikir bahawa saya
ini tidak tahu apa-apa. Bagaimanapun saya hanya mahu bertanya satu
pertanyaan sahaja kepada anda yang boleh menjelaskan yang hak dan yang
batil biar seterang hari siang. Cuba beritahu saya kualiti mana satu yang lebih
tinggi: PERADILAN lebih tinggi daripada hukum rahmat ataupun HUKUM
RAHMAT itu lebih tinggi daripada syahadat peradilan?"
"Kedua-duanya itu tinggi dan utama pada tempatnya masing-masing dan
rendah serta tidak berguna kalau bukan pada tempatnya," Jawab Isabella.
"Fahamkah anda apa yang saya maksudkan?" Perempuan Kristian itu
bertanya kembali kepada Isabella.
"Begini! Hukum-hukum Taurat itu peradilan kerana di dalamnya ada
tersebut hukuman kepada tiap-tiap orang yang melakukan kesalahan tetapi Injil
adalah hukuman rahmat kerana hanya Tuhan Jesus Kristus sahaja yang
dikhaskan untuk penebusan dosa. Nah, cuba terangkan apakah anda menolak
hukum- hukum rahmat?"
"Saya telah katakan bahawa kedua-duanya betul pada tempatnya
masing-masing. Jikalau seseorang yang berbuat salah itu diampunkan dengan
andaian bahawa dia akan memperbaiki dirinya maka dia diampunkan dan
rahmat akan menyusul kemudian, tetapi kalau dikhuatiri bahawa yang berbuat
salah itu semakin berani melakukan kesalahan dan dia dimaafkan juga maka
permaafan itu adalah satu jenayah dan ketidakadilan kepada yang berbuat
salah."
"Nah, apakah Quran itu hukum-hukum pengadilan ataupun hukum-hukum
rahmat?" tanya lagi perempuan Kristian itu.
Isabella lantas menjawab, "Menurut pendapat anda, Taurat itu hukum-
hukum peradilan dan bukan hukum-hukum rahmat sementara Injil pula hukum-
hukum rahmat dan bukan peradilan. Jadi kedua-duanya itu tidak berlaku pada
tempat masing-masing. Kitab suci Al-Quran sebaliknya merangkumi kedua-
duanya PERADILAN dan RAHMAT telah menunjukkan jalan yang benar bagi
penggunaan kedua-duanya itu. Dalam Al-Quran, Surah 42 ayat 40 ada
disebutkan kira-kira begini: ''Balasan kejahatan adalah kejahatan yang
seumpamanya.'' Inilah hukum-hukum PERADILAN dan selanjutnya ayat itu
diakhiri dengan ''Barangsiapa yang memberikan maaf serta memperbaiki
keadaan dirinya maka pahalanya akan diberikan Allah, sesungguhnya Allah
tidak menyukai orang yang berlaku zalim." Ini ialah hukum-hukum RAHMAT,"
kata Isabella.
"Di tempat lain Al-Quran iaitu di dalam surah An-Nahl ayat 126 ada
disebutkan kira-kira begini: ''Dan jika kamu menyeksa mereka sebagai
pembalasan, maka seksalah mereka seimbang dengan penyeksaan yang
ditimpakan ke atas kamu''. Ini ialah PERADILAN dan ''Demi Allah sungguh jika
kamu bersabar tentulah sabar itu lebih baik lagi bagi segala orang yang sabar''.
Ini RAHMAT. Di tempat ketiga pula iaitu di dalam Surah AL-Baqarah ayat 280
ada disebutkan kira-kira begini. ''Dan jika didapati orang yang sempit keadaan,
yakni orang yang berhutang, maka hendaklah kamu beri waktu hingga dia
sanggup membayarnya''. Ini PERADILAN lagi. Tetapi ''kamu bersedekah kepada
orang yang papa itu dengan jalan membebaskan mereka dari hutang, adalah
lebih baik bagi kamu menunggu mereka sanggup membayarnya, jika kamu
mengetahui''. Itu RAHMAT lagi. Begitulah Kitab Suci Al-Quran memberi
pengertian tentang PERADILAN dan RAHMAT."
Perempuan Kristian itu lalu menyampuk. "Quran menyuruh mengambil
tindakan membalas, tetapi Injil melarang tindakan serupa itu, sebaliknya disuruh
memberi kemaafan. Nah, kelebihan Injil bukankah telah terbukti dengan jelas."
"Itu tidak membuktikan kelebihan tetapi KEKURANGAN" jawab Isabella
dengan segera.
"Andaikata orang melakukan kejahatan dan jenayah , maka kejahatan
dan jenayah akan merebak ke seluruh dunia dan keamanan serta ketenteraman
akan terganggu. Kitab suci Al-Quran MEMBENARKAN penggunaan kedua-
duanya sekali: PEMAAFAN dan PEMBALASAN menurut keadaan yang
sepatutnya dan tidak dibenarkan sifat-sifat itu menghanyutkan manusia."
"Ah, betapa tidak adilnya anda menolak semua perkara-perkara yang baik
dari kami," kata perempuan Kristian itu.
"Tuhan kami tidak pernah berperang dengan sesiapa pun juga tetapi
memaafkan musuh-musuhnya dan dengan sabar menahan penindasan mereka,
sedangkan nabimu membalas dendam ke atas musuh-musuhnya serta tidak
pernah memberi kemaafan kepada sesiapa pun juga. Sekali lagi membuktikan
bahawa contoh dari Injil dan Tuhan kami sahaja yang boleh membawa kepada
keselamatan."
"Kesabaran, kemaafan, ketegasan, keberanian, keadilan dan lain-lain lagi
itu adalah perbuatan yang diketahui oleh tiap-tiap orang" Isabella membalas,
"Tetapi sangat sedikit pula daripada mereka itu yang tahu akan
signifikasinya yang sebenar. Sesuatu nilai tentang baik dan buruknya moral
terletak kepada tempat penggunaannya yang sesuai, kalau tidak maka
kesabaran dan kemaafan tidak ada erti sama sekali. Cuba perhatikan!
Pengampunan dan pemaafan akan tinggi nilainya apabila pemberi maaf
mempunyai kuasa untuk membalas. Jikalau seseorang yang lemah dan tidak
berdaya, tidak ada kuasa untuk membalas maka pengampunan dan
kemaafannya tidak akan dapat dianggap sebagai satu jasa melainkan sebagai
satu kebaculan sahaja. Nabi kami (Muhammad s.a.w) memiliki kekuasaan moral
ini, sebab itu kemaafan dan pengampunan adalah terlalu tinggi nilainya. Setelah
beliau menakluki Mekah, orang-orang musyrikin yang kejam telah dibawa ke
hadapan baginda, tetapi baginda membebaskan kesemuanya dengan berkata:
"Pergilah kamu sekalian. Kamu sekarang sudah bebas!" Kalau baginda mahu,
baginda dapat mencincang-cincang mereka itu, kerana baginda sedang
menunggu perintahnya saja. Nah, sekarang cuba beritahu saya, bagaimana
kedudukan nabimu waktu dia memaafkan musuh-musuhnya? Nyatalah pada
waktu itu dia sangat tertekan dan tidak ada kuasa untuk membalas dendam
maka apa lain yang dapat dilakukan olehnya kecuali memberi maaf? Kalau dia
berkuasa dan memaafkan musuh-musuhnya maka sesungguhnya itu suatu
perkara yang boleh anda banggakan. Kesabaran dalam keadaan tidak berdaya
maka dia bukanlah kemaafan."
"POOOOH!, Isabella!" Perempuan Kristian itu mendesit.
"Anda panggil orang yang berlumuran darah sebagai orang yang
bermoral? Dan jangan cuba memberikan apa-apa penilaian kepada orang yang
tidak pernah menumpahkan darah barang setitik pun."
"Itu salah pengertian anda, melihat sesuatu dari sudut yang keliru. Nah,
saya mahu mengemukakan kepada anda tentang KEBERANIAN dan tentang
anggapan anda terhadap baik atau buruknya peradilan." Isabella terus bertanya.
"Kedua-dua kualiti itu baik, siapa yang boleh membantahnya?" jawab
perempuan Kristian itu.
"Bagus. Nah, cuba beritahu saya, apakah keberanian dapat dilahirkan
selain daripada di dalam peperangan dan peradilan dapat diwujudkan tanpa ada
pemerintahan? Tidak mungkin! Maka kedua-dua kesempatan ini telah
dianugerahkan oleh Allah kepada nabi kami, yakni dia melakukan peperangan
terhadap orang-orang musyrikin dan juga mempunyai kekuasaan untuk
memerintah. Dalam peperangan dia telah memperlihatkan peradilan. Bolehkah
anda memperlihatkan kedua-dua kelebihan ini pada Tuhan anda?"
"Anda fikir peperangan itu satu kelebihan yang besar?" Tuhan kami
membawa seruan perdamaian dan keamanan dan bukan peperangan." jawab
perempuan Kristian itu.
"Tetapi pada nabi kami kedua-dua kualiti ini ada. Di satu pihak dia adalah
RAHMAT kepada dunia, baik hati dan pemaaf dan di pihak yang lain seorang
PEJUANG dalam peperangan di jalan Allah. Jadi, dia menjadi contoh dan
teladan yang baik dalam berbagai-bagai aspek hidup," kata Isabella.
"Betapa jeleknya percakapan anda, Isabella," ujar perempuan Kristian itu.
"Bolehkah anda membuat bandingan antara seorang yang suka
berperang dengan seorang yang membawa kedamaian?" "Kalau menerangi
musuh dan menindas perbuatan jahat merupakan satu jenayah maka bagaimana
pula pendapat anda terhadap Nabi Musa yang seluruh kehidupannya dihabiskan
dengan memerangi musuh-musuhnya yang disaksikan dalam Kitab Perjanjian
Lama? Benarkah Jesus Kristus seorang nabi perdamaian dan keamanan dan dia
selama hidupnya tak pernah berperang? Tetapi nabi kami ialah Pesuruh
Kemuliaan dan Pembawa Rahmat. Kalau baginda di satu pihak berperang
melawan musuh-musuhnya seperti Musa, maka di pihak lain seperti Kristus,
baginda membawa perdamaian dan keamanan kepada dunia. Maka baginda
merupakan contoh yang paling sempurna dari kedua-dua Nabi Musa dan Jesus,"
kata Isabella.
"Nampaknya anda kini sudah terlalu bijak. Tetapi saya tidak akan
membiarkan sehingga anda saya kalahkan," ujar perempuan Kristian itu.
"Saya akan bercakap kepada anda dengan sejelas-jelasnya supaya
semua wanita yang hadir di sini dapat mengikutinya dengan saksama, dua kali
dua empat. Fikirkanlah dengan sedalam-dalamnya sesudah anda membuat
bandingan Quran dengan Injil nanti barulah kebenaran menjadi nyata kepada
anda."
"Saya akan jawab soalan anda sejelas mungkin. Nah, sila kemukakan,"
kata Isabella.
"Perbahasan ini tidak akan ada ertinya kalau kerasulan nabimu tidak
dapat dibuktikan." Perempuan Kristian itu mencabar Isabella.
"Pertama buktikan kebenaran kerasulan Muhammad kemudian barulah
perbahasan ini kita teruskan."
"Apakah dia ujian-ujian pembuktian kerasulan itu menurut ukuran anda?"
tanya Isabella.
"Kalau anda dapat membuktikan dua perkara tentang Muhammad, maka
Islam benar, kalau tidak ia adalah palsu," kata perempuan Kristian itu.
"Kerana bagi tiap-tiap nabi dua perkara ini adalah penting. Pertama nabi-
nabi yang terdahulu telah memberitahu lebih awal tentang kedatangannya dan
kedua dia ada melakukan mukjizat."
"Apakah Adam itu seorang nabi menurut pendapat anda?" tanya Isabella.
"Mengapa pula tidak?" jawab perempuan Kristian itu.
"Apakah ada nabi- nabi yang terdahulu yang telah memberitahu tentang
kedatangannya?"
"Jadi kriteria anda tentang benar atau palsunya seorang nabi itu nyatalah
salah dan nakal. Kalau seseorang nabi mesti diberitahu lebih dulu oleh nabi
yang lain akan kedatangannya maka Adam terpaksa dikeluarkan dari mukjizat
melebihi Jesus sendiri," kata Isabella.
" Anda nampaknya tidak menyetujui apa saja pendapat saya. Baiklah,
bolehkah anda membuktikan kerasulan nabi anda?" Jawab perempuan Kristian
itu dengan nada yang agak marah.
"Soalan yang serupa pula yang hendak saya kemukakan kepada anda.
Atas dasar apa seseorang Kristian itu percaya kepada Nabi Musa, Nabi Daud,
Nabi Sulaiman, Yaakub, Yusuf, Yahya, Nuh, Ibrahim? Cuba, biar saya dengar
hujah-hujahnya dan atas dasar yang sama pula insya-Allah, kerasulan Nabi akhir
zaman akan saya buktikan dengan sejelas-jelasnya sehingga tidak ada sebab
lagi bagi anda untuk menolaknya," ujar Isabella.
"Kami menerima semua nabi mengikut peranan yang mereka lakukan,"
jawab perempuan Kristian itu ringkas.
"Peranan apa?" tanya Isabella cepat.
"Cubalah perincikan supaya tidak susah kita menetapkan dasar
perbahasan kita ini." Perempuan Kristian itu termenung sejurus sebelum
menjawab, seolah-olah berfikir. Dia menundukkan kepalanya sehingga
menimbulkan kegusaran kepada penyokong- penyokongnya yang hadir. Mereka
khuatir kalau-kalau dia tidak dapat menjawab dan perbuatannya itu akan menjadi
punca kehinaan serta kehilangan kepada orang-orang Kristian seluruhnya. Dia
kemudian memanggungkan kepalanya dan memandang Isabella dengan
pandangan yang kosong.
"Kami tidak tahu tentang nabi-nabi yang lain. Kami hanya menaruh
perhatian kepada Tuhan Jesus Kristus kami saja. Melaluinya kami percayakan
nabi-nabi yang lain itu."
Mendengar itu, Isabella dengan cepat mendesak. "Kalau begitu
kemukakanlah kriteria kebenaran Tuhan anda dan dengan kriteria yang serupa
pula Nabi Muhammad sallallah alaihi wassalam akan dibuktian."
"Bukti yang besar dari kenabian Tuhan kami ialah dia telah menghidupkan
orang yang sudah mati, memberi celik kepada orang yang buta, menyembuhkan
penyakit kusta dan menyelamatkan orang yang dirasuk syaitan," kata
perempuan Kristian itu.
"Apakah bukti bahawa Tuhanmu telah melakukan semua itu? Mana dia
orang yang telah dihidupkan Jesus Kristus itu? Mana dia orang buta yang telah
dicelikkan oleh Tuhanmu itu? Sebagai tentangan daripada semuanya itu saya
mengemukakan kepada anda mukjizat nabi yang kami kasihi Muhammad
sallallah alaihi wassalam yang sampai hari ini masih kekal tidak berubah seperti
pada zamannya juga dan akan terus kekal sampai hari kiamat. Itulah MUKJIZAT
SUCI KITAB AL-QURAN yang mencabar seluruh dunia, andaikata iaitu rekaan
dari nabi kami, maka cuba buatkan karya yang serupa dengannya. Buatlah kira-
kira sepuluh ayat atau beberapa ayat sahaja atau satu ayat yang sama tetapi
sampai saat ini tidak seorang pun baik Kristian atau Yahudi atau penyembah
berhala atau tukang sihir atau Saebiin yang berani menyahut cabaran itu. Inilah
mukjizat yang hidup yang telah melumpuhkan seluruh dunia sampai ke Hari
Pembalasan. Mukjizat nabi-nabi lain kalau dibandingkan dengan mukjizat ini
adalah fana, yang bersifat semasa dan hilang lesap begitu saja seperti asap
tanpa ada bukti kecuali cerita-cerita yang didongengkan."
"Anda telah mulai bercakap tentang perkara-perkara yang tidak relevan
lagi. Bolehkah kitab Quran yang serupa itu dianggap mukjizat, yang
membenarkan BERKAHWIN EMPAT? Dengar sini! Tuhan kami telah
mengatakan bahawa ia adalah jalan kebenaran dan kehidupan dan tanpa dia
tidak sesiapa pun yang boleh sampai kepada Tuhan Bapa."
"Kitab suci Al-Quran tidak pernah menganjurkan kahwin sampai empat. Ia
memberi KELULUSAN untuk melakukannya dengan syarat-syarat tertentu.
Tetapi jikalau kahwin banyak itu anda anggap sebagai satu jenayah maka
bagaimana keadaannya dengan Nabi Daud dan Nabi Sulaiman? Menurut Kitab
Perjanjian Lama, mereka mempunyai beratus isteri. Tentang pengakuan Tuhan
anda bahawa iaitu jalan kebenaran dan kehidupan, betapa pula hal itu boleh
menjadi satu percanggahan dengan Al-Quran? Tiap-tiap nabi yang diutuskan ke
dunia ini membawa jalan kebenaran dan kehidupan. Tuhan anda mengatakan
dia adalah jalan kebenaran dan kehidupan tetapi Al-Quran mengatakan tentang
nabi kami bahawa dia itu bukan sahaja di jalan yang benar tetapi juga
menunjukkan jalan kebenaran kepada orang-orang lain. Dalam Kitab Suci Al-
Quran Surah Asy-Syura ayat 52 ada disebutkan kira-kira begini: ''Dan
sesungguhnya, engkau benar-benar memberikan petunjuk kepada jalan yang
lurus''. Kitab Suci Al-Quran mengatakan bahawa Nabi kami bukan sahaja dia itu
menjadi kehidupan tatapi juga ia datang untuk membawa rahmat kepada dunia
ini. Dalam surah Al-Anfal ayat 24 ada disebutkan yang maksudnya ialah: ''wahai
segala mereka yang telah beriman, sambutlah seruan Allah dan Rasulnya
apabila dia (Rasul) menyeru kamu kepada sesuatu yang menghidupkan kamu.
Dan ketahuilah olehmu bahawasanya Allah menjadi pendinding antara
seseorang manusia dengan hatinya dan bahawasanya kepada Allah kamu
dikembalikan''. Maka bukti dari ayat ini ialah Nabi Muhammad sallallaalaihi
wassalam telah mengislamkan orang-orang yang biadap, yang keji, penindas,
bodoh, pencuri, pembunuh, penzina dan penyembah berhala menjadi mereka
itu penyembah Allah yang taat dan beratus ribu sahabat berduyun-duyun
mengikut seruannya. Baginda telah memberikan kehidupan kepada orang-orang
Arab dalam masa hayat baginda. Sebagai bandingannya Tuhan anda hanya
dapat membentuk dua belas orang pengikut saja sepanjang hayatnya dan malah
kepada mereka itu juga dia tidak memberikan seluruh kepercayaannya kerana
seperti yang dikatakan oleh Kristus sendiri kepada mereka itu, sebahagian
daripadanya tidak jujur."
"Anda bercakap terlalu banyak," kata perempuan Kristian itu.
"Tetapi sebegitu jauh anda belum dapat membuktikan mukjizat yang telah
dilakukan kepada nabi anda."
"Nasihat saya kepada anda," kata Isabella pula.
"Ialah supaya anda meninggalkan percakapan-percakapan logik anda itu
tetapi cuba meyakinkan saya dengan mukjizat anda. Khabarnya mukjizat anda
telah terkenal jauh dan dekat dan orang-orang datang meminta restu daripada
anda. Anda tidak layak bercakap perkara-perkara yang logik."
"Anda belum lagi layak untuk menyaksikan mukjuzat saya," jawab
perempuan Kristian itu. Isabella tidak berkata apa-apa lagi sesudah mendengar
jawapan itu dan semua yang hadir menjadi terperanjat yang amat sangat
mendengarnya. Perempuan-perempuan Kristian menundukkan kepala mereka
dengan rasa malu sementara orang-orang Islam mengucap syukur kepada Allah
dengan hati yang gembira. Perempuan Kristian itu diam kaku, tidak tahu apa
yang mahu diucapkannya lagi.
Isabella yang memerhatikan keadannya itu berkata: "Barangkali anda letih
sekarang. Marilah kita hentikan dulu perbahasan ini sampai besok pula. Nah,
sekarang beritahu saya pukul berapa anda dapat datang."
"Saya tidak akan bangun," jawab perempuan Kristian itu. "Selagi kita tidak
dapat memutuskan tentang kebenaran dan kebatilan. Barangkali juga anda yang
letih."
"Bagi saya anda bebas untuk meneruskan perbincangan ini tanpa
sebarang halangan sehingga yang benar dan yang batil dapat dipastikan dan
ditetapkan. Apa yang saya maksudkan ialah keselesaan anda saja, tidak lain,"
jawab Isabella.
"Saya sebenarnya sudah bertekad mahu meneruskan perbincangan ini
sampai selesai," kata perempuan Kristian itu mahu menunjukkan keras hatinya.
"Nah, sekarang cuba katakan apa perlu laginya Islam setelah agama
Kristian tersebar luas dan menyeluruh?"
"Jikalau Islam tidak datang," jawab Isabella.
"Kebenaran tidak akan dapat lahir ke dalam dunia ini. Islamlah yang telah
menghidupkan kembali ajaran nabi-nabi yang terdahulu. Islam mengajar
manusia tentang ketaatan dan kesucian. Saya akan huraikan kepada anda
secara kasar beberapa sebab mengapa Islam diperlukan.

1. Islam dengan kedatangannya telah MENYEMPURNAKAN agama yang


terdahulu, kerana pengajaran kitab-kitab wahyu yang diturunkan sebelumnya
hanya sesuai untuk masa itu saja dan tidak mempunyai tarikan sejagat
(universal). Kitab Suci Al-Quran telah mengisi jurang itu.
2. Ajaran yang sebenarnya dari nabi-nabi terdahulu telah diselewengkan oleh
pengikut-pengikutnya dan Al-Quran MEMBERSIHKAN PENYELEWENGAN
tersebut. Sebagai contoh orang-orang Kristian yang telah menganggap Jesus
Kristus sebagai Tuhan dan membina struktur yang bobrok dengan mengadakan
sekutu kepada Allah, ialah yang mula-mula sekali diruntuhkan oleh Islam. Agama
Islam membawa sinar matahari ketauhidan Allah dan menyembah zat kebesaran
Allah dan kekuasannNya yang tulen kepada dunia.

3. Ahlul kitab telah mengadakan berbagai macam tuduhan yang memalukan


kepada nabi-nabi, mengatakan setengah daripada mereka itu pendusta, penipu
dan penzina dan dengan demikian mencap nabi-nabi itu sebagai berdosa. Islam
dengan keras MENOLAK, MEMBANTAH, MENAFIKAN tuduhan-tuduhan
tersebut dan meletakkan kembali kemuliaan dan kehormatan yang sebenar
kepada nabi-nabi itu.

4. Ahlul kitab dengan membuat interpretasi kitab-kitab suci mereka telah


memanipulasi kitab-kitab itu sehingga pengikut-pengikutnya percaya bahawa
kitab-kitab wahyu asli telah hilang. Kitab Suci Al-Quran MEMDEDAHKAN
PERBUATAN JAHAT mereka, penipuan mereka, dan mengemukakan semua
ajaran yang sebenar dan tulen dari kitab-kitab yang terdahulu itu, sehingga kita
tidak perlukan kitab-kitab lain lagi kerana Kitab Suci Al-Quran mencakupi semua
kitab yang telah diwahyukan kepada nabi-nabi yang terdahulu.

5. Oleh sebab nabi-nabi yang terdahulu dan kitab-kitab yang dibawanya hanya
khusus kepada masa yang tertentu dan khusus kepada umat yang tertentu
sahaja maka ia tidak mengandungi hukum-hukum yang meliputi semua aspek
yang diperlukan oleh manusia di dalam kehidupan dunia bagi sepanjang zaman
maka Kitab Suci Al-Quran telah MENGISI KEKOSONGAN jurang itu dan setelah
MENYEMPURNAKAN tatasusila agama yang dilaungkan maka keperluan
semua umat manusia disediakan dengan sebaik-baiknya bagi kegunaan seluruh
manusia sehingga Hari Kiamat.
"Nah! Sudah sedarkah anda kenapa Islam didatangkan ke dunia ini?"
Setelah termenung sejurus lamanya kerana terpesona dengan hujah-
hujah yang dikemukan oleh Isabella, perempuan Kristian itu lalu menjawab:
"Semua itu hanyalah dakwaan-dakwaan tanpa hujah-hujah yang sahih. Anda
tidak sedikit pun menyebut tentang mukjizat nabi anda dan juga tidak ada
pembuktian kenabiannya. Kerana persoalan ajarannnya itu datang sesudah
masalah ini dihuraikan."
"Anda menanyakan kepada saya apa perlunya kedatangan Islam dan
saya secara kasar menyebutkan keperluan-keperluan itu," jawab Isabella.
"Sekarang terserah kepada anda pula untuk membantah hujah-hujah itu.
Saya telah berikan kepada anda bukti mukjizat yang dapat dilihat oleh seluruh
dunia sekarang ini, iaitu Kitab Suci Al-Quran dan cabaran-cabarannya. Jikalau
ada orang yang mengatakan bahawa Kitab Suci Al-Quran itu bukan wahyu
daripada Allah, dia haruslah bawakan ke mari satu ayat saja untuk dibandingkan
dengannya. Tetapi itulah persoalannya tidak ada sesiapa pun yang telah
melakukannya untuk menyokong cabarannya itu. Berdasarkan fakta itu maka
jelaslah tanpa ada cabaran apa pun juga bahawa Nabi Muhammad sallallah
alaihi wassalam adalah Nabi dan Rasulullah. Kerana tidak ada sesiapa lain lagi
sesudahnya. Selain daripada itu bukti yang lain ialah sesudah mencapai darjat
kenabian, Nabi sallallah alaihi wassalam telah membentuk masyarakat sesuai
dengan intruksi Kitab Suci Al-Quran dan dalam masa hayatnya seluruh jazirah
Arab tunduk di bawah Islam. Nah, adakah contoh serupa ini dapat diperoleh dari
nabi-nabi palsu? Saya fikir tidak ada contoh yang boleh dibuat untuk
menunjukkan bahawa seseorang yang palsu di dunia ini boleh melakukan
perkara-perkara yang telah dilakukan oleh Nabi Muhammad sallallah alaihi
wassalam itu."
"Apa saja yang anda katakan, nabi anda itu tidak layak untuk diikut.
Bagaimana boleh seseorang yang telah menumpahkan darah sepanjang
hayatnya dan berkahwin dengan beberapa orang perempuan menjadi seorang
reformer? Lihat pada ketaatan Tuhan kami bahawa dia tidak pernah kahwin
sepanjang hidupnya," kata perempuan Kristian itu.
"Kerana telah diakui Tuhan anda itu sebagai Tuhan Anak maka dia tidak
perlu kahwin”, jawab Isabella.
"Tetapi sebaliknya nabi kami, Muhammad sallalla alaihi wassalam ialah
manusia biasa seperti manusia lain juga, maka dia merasakan desakan tabii
kepada perkahwinan. Saya khuatir, anda tidak akan dapat menamakan nabi-nabi
lain selain daripada Tuhan anda yang meskipun manusia tetapi tidak kahwin."
"Manusia yang sempurna ialah orang yang dapat dibezakan daripada
yang lain," kata perempuan Kristian itu.
"Kenapa kini mahu bercakap tentang manusia sempurna, puan? Anda
telah mengakui bahawa Tuhan anda itu Tuhan Anak!" Isabella menempelak.
"Kenapa pula tidak? Dia makan, dia minum bukan sebagai keadaannya
Tuhan tetapi sebagai manusia," jawab perempuan Kristian itu tanpa menyedari
perangkap yang disediakan oleh Isabella.
"Kalau begitu bagaimana akan dibezakan Tuhan anda itu? Dan
bagaimana pula definasi manusia yang sempurna?"
"Manusia yang sempurna ialah seseorang yang untuk mengikutinya tidak
akan dapat apa-apa kesukaran," jawab perempuan Kristian itu.
"Nah, di sini saya bersetuju secara total dengan anda. Saya fikir kini anda
telah sampai kepada satu kriteria yang boleh diterima," kata Isabella.
"Anda telah mengatakan bahawa manusia yang sempurna ialah orang
yang boleh diikuti dalam berbagai-bagai aspek kehidupan yang biasa.
Persoalannya timbul bahawa orang-orang Kristian telah menjalani kehidupan
yang biasa dan menikmati kehidupan berumahtangga. Mereka mempunyai
suami atau isteri dan anak-anak. Nah, bagaimana caranya mereka itu boleh
mengikut Kristus di dalam kehidupan rumahtangganya? Kerana Tuhan anda
tidak kahwin dan dia tidak ada berkata apa pun juga dalam perkara ini.
Persoalan yang sama timbul, orang-orang Kristian melakukan Perang Salib ke
atas orang- orang Islam dan lain-lain bangsa bukan Kristian, kriteria mana pula
yang anda ikut dalam kehidupan Tuhan anda itu?"
"Tuhan kami tidak pernah berperang dalam peperangan apa pun dan
tidak kahwin. Jadi persoalan ini tidak timbul," jawab perempuan Kristian itu agak
gugup.
"Meskipun Tuhan anda tidak pernah berperang dengan sesiapa pun atau
berkahwin namun pengikut-pengikutnya iaitu orang-orang Kristian telah
melakukan Perang Salib dan menjalani kehidupan berkeluarga. Sedangkan
manusia sempurna menurut ukuran anda itu tidak menepati yang contoh
standard bagi pengikut-pengikutnya dalam kedua-dua aspek keduniaan ini yang
menjadi aspek penting dalam kehidupan manusia. Jadi, di mana letaknya
perbezaan yang anda berikan kepada manusia sempurna dalam amali
kehidupan orang-orang Kristian?" tanya Isabella.
Setelah diam sejurus lamanya, perempuan Kristian itu lalu berkata:
"Tuhan kami adalah contoh kehidupan rohaniah. Apa ada hubungannya dengan
kehidupan fizikal?"
"Saya bersetuju bahawa Jesus Kristus itu diambil sebagai model
kehidupan rohaniah yang cukup tinggi. Tetapi jangan anda lupa bahawa aspek
rohani dan jasmani tidak boleh dipisahkan di dalam kehidupan manusia, tidak
saja pada penyatuan keduanya tetapi bahagian yang terbesar daripada kedua itu
dituntut oleh kehidupan jasmaniah. Kerana itu orang-orang Kristian terpaksa
mencari seseorang lain sebagai model. Ini diikuti dengan logik bahawa Tuhan
anda juga berkehendak kepada masalah yang utama ini. Tida syak sedikit pun
bahawa kehidupan Nabi Musa ialah kehidupan terhormat, sementara kehidupan
Jesus Kristus pula kehidupan anggunan tatapi kehidupan nabi kami yang
terakhir, Nabi Muhammad sallallah alaihi wassalam ialah kehidupan
kesempurnaan. Kehidupannya dipenuhi dengan ibadat, salih dan sufi dan
sebagai manusia dia menjadi contoh manusia dunia, seorang pedagang dan
malah sebagai seorang raja juga. Nabi akhir zaman Muhammad sallallah alaihi
wassalam menggembalai kambing pada masa kecilnya, agak besar sikit dia
berulang-alik ke Gua Hira dan beribadat di sana. Dia berdagang sampai di Syria,
kemudian kahwin dengan Siti Khadijah. Baginda lalu berdakwah dari atas Bukit
Faran dan di jalan-jalan di Mekah, lalu ke Thaif, hidup dalam kumpulan suku
Hijaz dan mengalami kesulitan dari musuh-musuhnya dan para penentangnya,
menyantuni orang-orang yang sedang lapar, mengasuh anak-anak yatim dan
janda-janda di dalam masyarakat. Kemudian berhijrah dari Mekah ke Madinah,
mengadakan perjanjian antarabangsa dengan orang-orang Yahudi di Madinah,
membina masjid, menyelesaikan perselisihan faham antara suku kaum,
memimpin solat, memberi ceramah di berbagai-bagai tempat, melatih tentera
dan mengatur siasat tentera di dalam peperangan Badar dan Uhud dan
memimpin tentera sebagai panglima tertinggi dan telah memperlihatkan
kebolehannnya di dalam siasat peperangan. Baginda mengadakan solat yang
lama pada waktu malam sehingga kakinya bengkak-bengkak. Jadi daripada
semua kenyataan ini cara jalan dan model yang diperlukan di dalam kehidupan
dunia terdapat pada diri baginda yang mulia, Nabi Muhammad saw. sebagai
penggembala kambing juga sebagai seorang pedagang yang besar sama-sama
dapat dijadikan contoh, juga sebagai pendakwah, pengembara dan penghijrah
baginda boleh dijadikan modelnya. Bagi seorang yang taat kepada Allah yang
bersara dari tugas, baginda menjadi petunjuk yang baik dan menjadi contoh
bagi manusia duniawi dalam kehidupan berumahtangga. Ajarannya memberikan
satu peraturan yang sempurna dalam kehidupan internasional juga bagi
penduduk rimba. Bimbingannya merupakan cahaya. Perencanaan siasatnya
menjadi petunjuk di medan peperangan dan baginda menjadi contoh kepada
masyarakat dalam kehidupan di masa damai. Pendek kata tidak ada contoh lain
yang dapat mengatasi kehidupan yang sempurna Nabi kami Muhammad
sallallah alaihi wassalam di dalam rumahtangga, berdakwah, perniagaan,
kepimpinan, memberi nasihat dan mengimami solat, dalam hidup bersara,
mengatur peperangan, menyusun undang-undang, memerintah sebagai raja,
baik dalam masa gembira mahupun dalam masa berkabung, perkahwinan dan
penceraian, hidup dan mati, mengajar dan mendidik anak-anak dan apa saja
tugas yang dihadapi oleh manusia di dalam kehidupan yang beradab. Begitulah
dalam kehidupan yang sempurna dan juga di dalam keperluan kehidupan yang
menggundahkan terdapat di dalam kehidupan Nabi Muhammad sallallah alaihi
wassalam dan tidak terdapat di dalam kehidupan Nabi Musa dan Nabi Isa. Jadi
dari sudut keadilan, dan kejujuran maka kita harus mengakui bahawa dalam diri
Nabi akhir zaman, Muhammad sallallah alaihi wassalam terhimpun semua
tatasusila rohaniah dan jasmaniah kehidupan manusia yang agung dan anggun.
Sesiapa saja manusia di dunia ini yang ingin mencari kebajikan dunia dan
akhirat maka tidak ada jalan yang lain selain daripada mencari perlindungan di
bawah bayang-bayangan Nabi Muhammad sallallah alaihi wassalam yang luas,
pengasih, pemurah dan budi pekerti yang tinggi dan adab sopan yang mulia."
Seluruh hadirin di dalam perhimpunan itu diam tidak bergerak, terpesona
dengan hujah-hujah yang dikeluarkan oleh Isabella yang lancar dan teratur
malah perempuan Kristian itu juga yang mengaku boleh melakukan mukjizat
terpukau seperti orang tidak sedarkan diri. Apabila Isabella mendapati
perempuan Kristian itu sudah TERPUKUL dengan penuh kehinaan dan dalam
keadaan dukacita yang amat sangat, dia pun meminta maaf mengucapkan
selamat tinggal lalu meninggalkan tempat itu.
Menurut laporan yang diberikan oleh Abu Haffiz, anak muda terpelajar
yang ikut menyaksikan perbahasan itu, kesan daripada hujah-hujah yang
disampaikan oleh Isabella, sebahagian besar dari wanita Kristian yang
mengikuti perbahasan tersebut dengan rela hati telah menerima Islam dan
beberapa tahun kemudian perempuan Kristian itu pun juga beriman dengan
keesaan Allah dan diislamkan oleh Isabella sendiri. Tetapi hal ini tidak berlaku
sekaligus, ia mengambil masa bertahun-tahun lamanya bagi jiwa yang mahu
dipimpin untuk datang kepada bayangan Allah yang Maha Pengasih dan Maha
Penyayang.
Sepanjang hayatnya Isabella terus menyembahkan baktinya kepada
keagungan Islam. Di satu pihak dia menutup mulut orang-orang Kristian dan di
pihak yang lain pula dia mencurahkan ilmu pengetahuannya ke dalam lautan
dunia pembelajaran, Ilmu Hadith dan pentafsiran Kitab Suci Al-Quran. Beratus
ribu cendekiawan Islam telah mendapat faedah daripada ilmunya. Isabella telah
hidup mencapai usia delapan puluh tahun dan telah menutup mata dalam
keadaan yang tenang dan damai, diratapi oleh seluruh penduduk Sepanyol dan
berjuta-juta orang telah mengiringi jenazahnya ke tempat persemadiannya yang
terakhir. Orang-orang di tempat yang jauh ada yang melakukan solat ghaib untuk
arwahnya dan memanjatkan doa ke hadrat Allah subhanahu wataala agar
rohnya ditempatkan di tempat orang-orang yang soleh.
Sebagai penutup kisah ini, kita juga dengan menundukkan kepala
memberi hormat dan membaca Al-Fatihah untuk saudara Islam kita yang agung
ini dan mudah-mudahan Allah subhanahu wa taala menerima amal ibadatnya
dan menempatkan rohnya di tempat orang-orang yang di kasihi-Nya. Amin.
Firman Allaw swt. dalam Surah Al-Baqarah ayat 146: ''Orang-orang
(Yahudi dan Nasrani) yang telah Kami beri Al-Kitab (Taurat dan Injil) mengenal
Muhammad seperti mereka mengenal anak-anaknya sendiri. Dan sesungguhnya
sebahagian di antara mereka menyembunyikan kebenaran, padahal mereka
mengetahuinya.''

GLOSARI
Perjanjian Lama
Genesis = Kejadian
Exodus = Keluaran
Judges = Hakim-hakim
Chronicles = Tawarikh
Jonah = Yunus
Perjanjian Baru
Mathew = Matius
Mark = Markus
Luke = Lukas
Johan = Yoh, Yohanes
Acts = Kisah Para Rasul
Galatians = Galatia
Peter = Petrus
Paul = Paulus
Jude = Yudas