Anda di halaman 1dari 7

KEKUATAN TEORI KEPIMPINAN KARISMATIK

Seorang pemimpin yang ingin menjalankan kewajipanya sebagai pemimpin yang terampil
hendaklah mengamalkan perkara-perkara yang dilihat dan diterima sebagai baik. Menurut
Abdul Ghani Abdullah(2008) terdapat beberapa perkara yang seorang pemimpin harus peka
untuk menjadi pemimpin yang diterima oleh pengikut-pengikutnya.
1. Sedia Belajar.
Seorang pemimpin harus bersedia belajar daripada sesiapa sahaja sekalipun apa yang dia
tidak tahu kerana kepimpinan itu suatu yang boleh terus menerus dipelajari daripada latihan
dan pengalaman, dimana kesediaan seseorang pemimpin untuk belajar walau dalam apa
keadaan sekalipun amat penting. Terdapat kemungkinan pihak yang ingin dipelajarinya itu
tarafnya lebih rendah atau berbezaan umur mungkin akan mengakibatkan pemimpin itu
berasa segan untuk mempelajari perkara yang ingin dipelajarinya. Kegagalan pemimpin
untuk mempelajari perkara dengan alasan ini mampu menjadikan pemimpin itu ketinggalan
jauh daripada yang lain dalam organisasinya itu, ataupun pemimpin organisasi lain
setarafnya.
2. Berani memberi Jawapan.
Seterusnya adalah seorang pemimpin mestilah berani memberi jawapan tegas kepada sesuatu
yang difikirkan baik atau tidak baik bagi organisasinya. Ini adalah sangat penting bagi
pemimpin bagi mengambil dan menyuarakan keputusan dengan berani tanpa dipengaruhi
apa-apa elemen dalam ataupun luar dari organisasi. Pemimpin yang berani menyuarakan
keputusannya secara tidak langsung akan mempengaruhi pengikutnya. Perkara ini akan
dijadikan teladan oleh pengikut dimasa-masa tertentu dalam proses pengambilan keputusan.

3. Memudahkan kerja.
Seorang pemimpin yang baik berupaya memudahkan semua kerja dengan menjadikan kerja
kerja biasa yang boleh dilakukan oleh kebanyakan orang bawahanya dan tidak memerlukan
pakar khusus. Ini boleh dilihat dimana pemimpin seharusnya tahu untuk memudahkan
sebarang kerja yang terdpat dalam organisasinya. Terdapat pemimpin yang gagal berbuat
sedemikian dan menambah kerja pengikutnya tanpa sebab dan ini membebankan pengikut.
4. Hubungan yang baik dengan orang bawahan.
Seorang pemimpin harus mempunyai perhubungan baik dengan orang bawahannya.
Mengenali mereka dengan dekat dan sebagai individu yang mempunyai keistimewaan
tersendiri. Kebiasaanya ,pemimpin yang baik jarang berkasar dengan orang bawahanya.
5.

Mengurus Masa dengan baik.

Seorang pemimpin yang baik akan pandai membahagikan masa dengan baik dan sistematik.
Pemimpin juga seharusnya tah masa bertugas danmasa diluar tugas dan bertindak bersesuaian
dengan keadaan.Pemimpin yang tidak cekap selalu merasa rungsing dan bimbang dengan halhal tugas dimana juga dia berada.
6. Fahami Jenis Manusia.
Didalam sesebuah organisasi terdapat beberapa jenis manusia yang beza sikat dan tingkah
lakunya. Terdapat yang malas, ada yang rajin dan ada yang boleh diharap serta ada yang tidak
boleh diharap dan sebagainya. Sebagai seorang pemimpin dia seharusnya memahami mereka
dan pemimpin yang bijak tidak lemah semangat dengan keadaan ini. Dia menerima hakikat
sedemikian dan menggunakan sebaik-baiknya dengan apa yang ada dalam organisasinya.

7. Berbincang dengan Orang Bawahan.


Seorang pemimpin yang baik tahu dan mahu berbincang dengan orang mengenai suatu hal
yang dia sendiri tidak pasti. Seorang pemimpin haruslah pandai berbincang dengan orang
bawahanya dan bukanya yang hanya pandai mengeluarkan arahan kepada orang bawahanya.
Keadaan sedemikian menimbulkan keadaan tidak selesa dalam kalangan orang bawahanya.

8. Kembangkan kebolehan pekerja.


Seseorang pemimpin yang baik pandai memperkembangkan kebolehan pekerja orang
bawahannya. Pemimpin seharusnya memahami kebolehan dan kecekapan pekerjanya bagi
tujuan pengagihan tugasan.

9. Sentiasa bersemangat Tinggi.


Seorang pemimpin yang bijak tidak sekali-kali lemah semangat dan cepat mengaku kalah
apabila berhadapan dengan suatu masalah. Kalau masalah tidak dapat diselesaikan dengan
satu cara dia mengunakan cara yang lain
menyerah kalah.

bagi menyelesaikan masalah tersebut tanpa

Pemimpin ini akan sentiasa bersikap positif dan akan disegani oleh

pengikut-pengikutnya sendiri.

KELEMAHAN TEORI KEPIMPINAN KARISMATIK.


Menurut Abdul Ghani Abdullah(2008) pemimpin adalah manusia yang tidak terlepas
daripada mempunyai kelemahan tersendiri dalam proses menjalankan tugasnya sebagai
pemimpin . antara kesilapan yang sering dilakukan adalah,

1. Pengikut terlalu bergantung kepada Pemimpin.


Pemimpin yang berkarismatik menggerakkan organisasinya dengan penuh motivasi serta
membekalkan sumber dan harapan bagi memenuhi kehendak pengikut. Namun begitu
situasi ini juga menjurus kepada pengikut yang bersikat terlalu bergantung kepada
pemimpinya. Sama ada mereka terlalu percaya dan ingin segala idea, cadangan dan
keputusan haruslah melalui pemimpin sahaja ataupun pengikut takut untuk memberikan
cadangan atau membuat keputusan kerana bandingkan dengan keputusan pemimpin.

2. Kurang berinisiatif menggerakkan organisasi.


Ini merupakan kesilapan yang sering berlaku , seorang pemimpin itu tidak mahu
mengambil, memulakan atau menggerakkan suatu inisiatifdalam organisasi yang
dipimpin olehnya. Pemimpin sepatutnya yang berada dihadapan mendahului orang-orang
yang dipimpin dalam menggerakkan suatu tindakan yang membawa kebaikan kepada
organisasi.

3. Pemimpin Lambat bertindak.


Pemimpin tidak mengambil tindakan yang cepat apabila timbul masalah dalam
organisasi. Ada pemimpin yang membiarkan masalah itu begitu sahaja dengan harapan
masalah itu akan hilang dengan sendirinya.

4. Gagal mengetahui Fungsi Jawatan


Pemimpin tidak menggunakan kedudukan jawatan rasminya sebagai menyatu kumpulan.
Adalah menjadi kewajipan pemimpin untuk menggunakan jawatanya untuk fungsi
menyatukan kumpulan orang-orang yang dibawahnya.

5. Perkongsian Maklumat .
Pemimpin tidak mahu berkongsi maklumat yang baik dengan orang bawahanya.
Pemimpin seharusnya perlu mengetahui tindakan yag diambil dalam organisasi
berdasarkan maklumat yang diperoleh. Kegagalan pemimpin berbuat sedemikian maka
akan berlakunya salah faham dalam penerimaan dan pelaksanaan tugasan.

6. Fungsi Pemimpin.
Pemimpin tidak berfungsi seperti yang diharapkan oleh kumpulannya. Kalau seorang
ketua bertindak berlainan dengan apa yang diharapkan, maka orang bawahan melihatnya

sebagai pemimpin yang tidak oleh diharap, lemah tidak tetap pendirian atau orang yang
suka memanipulasi orang lain. Situasi ini sangat berbahaya dalam sesebuah organisasi
dan menimbulkan kemarahan pengikut serta gagal tercapainya matlamat utama organisasi
tersebut.

SOROTAN KAJIAN
Menurut M.Khata Jabor

Rahmah Md. Yusof dari Fakulti Pendidikan Universiti Tknologi

Malaysia dalam Jurnal mereka yang berjudul Pendekatan Terkini Kepimpinan karismatik
Dalam pengurusan Sekolah berpendapat kepimpinan merupakan salah satu factor yang
dianggap penentu dalam kejayaan sesebuah institusi. Pemimpin yang berkarismatik amat
diperlukan untuk melakukan Transformasi atau perubahan dalam struktur organisasi Sekolah.
Chiristine M.Shea (2010) dari University Of New Hamphire dalam Jurnal beliau yang
berjudul The efforts of Leadership style on performance Improvement on Manufactory Task.
Menyatakan bahawa pengaruh dan pemimpin karismatik membawa kesan kepada persetujuan
yang menyeluruh berkenaan dengan sasaran organisasi. Pengaruh daripada pemimpin
karismatik, memberi kesan kepada konflik dalaman yang rendah.
Kenneth J.Lvene, Robert A. Muenchen & Abby M. Brooks (2009) dalam jurnal mereka yang
bertajuk Measuring Transformational and Charismatic Leadership mengatakan kepimpinan
karismatik adalah bertujuan mengkaji hubungan diantara pemimpin dan juga pengikut dari
segi Visi, Matlamat , pengambilan risiko dan tahap keyakinan pemimpin dan pengikut
terhadap organisasi.
Shelly A.Kirkpatrick and Edwin A.Locke (2005) dari University of Marryland dalam Jurnal
mereka yang bertajuk Leadership ,Do trains Matters ? mengatakan bahawa pemimpin yang
berkarisma menggunakan pernilaian yang realistic pada sumber, keadaan , persekitaran dan
halangan bagi mencapai tujuan. Pemimpin karismatik meletakkan strategic yang dinamik
dilaksanakan oleh pemimpin membawa kepada kesan psikologi yang menekan, membantu
kepada kemunculan pemimpin yang berkarismatik.