Anda di halaman 1dari 1

REFLEKSI EDU 3093

Terima kasih diucapkan kepada pensyarah yang banyak membantu serta rakan-rakan yang
sentiasa memberi pendapat bagi menyiapkan tugasan ini. Untuk semester 8 ini, saya
diperkenalkan dengan pengajian baru iaitu Guru danCabaran Semasa serta situasi-situasi dan
juga teori-teori yang berkaitan dalam menjalani kehidupan sebagai seorang guru. Bagi saya,
mempelajari pengajian yang baru ini merupakan satu ilmu baru yang amat berguna kepada
saya. Cabaran-cabaran terkini yang perlu saya ketahui bagi memastikan saya sebagai bakal
seorang guru bersiap sedia berhadapan dan menghadapi cabaran secara positif dan proaktif
padamasa datang. Pada amatan saya, melalui pengajian Guru dan Cabaran Semasa ini
mendorong saya memahami berhubung peraturan penjawat awam yang merangkumi tatatertib
dan kelakuan sebagai seorang guru. Pelbagai topik yang telah saya pelajari sepanjang
semester ini. Antara isu dalam topik pertama seperti isu integrasi nasional,pendemokrasian
pendidikan, kepelbagaian, tonggak pendidikan UNESCO, globalisasi dalam pendidikan,
kepelbagaian budaya, pengaruh perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi serta
sosial. Bagi pendapat saya, guru akan dianggap sebagai yang memimpin, pembentuk sahsiah
dan juga agen perubahan merupakan pemangkin untuk mencapai hasrat membina negara
bangsa yang berjaya.Melalui pengajian ini juga, saya dapat menyedari bahawa guru mempunyai
peranan dalam pendemokrasian pendidikan kepada anak-anak belajar tanpa mengira
sempadan daerah dan kedudukan. Mempelajari kesan perkembangan teknologi maklumat
juga turut menyedarkan saya bahawa pelbagai isu gelaja sosial yang merebak di kalangan
generasi muda sekarang adalah berpunca daripada ledakan teknologi maklumat itu sendiri. Oleh
itu, adalah merupakan tanggungjawab sayasebagai seorang guru suatu hari nanti untuk
memastikan anak-anak muda tidak begitu hanyut dengan kemudahan teknologi maklumat yang
sedia ada ini. Memupuk mereka supaya tidak salah guna kemudahan teknologi maklumat ini
untuk perkara-perkara yang tidak bermanfaat kepada mereka. Akhir kata, dengan adanya ilmu
dan pengalaman dalam bidang pendidikan dapat mencetuskan profesionalisme ke peringkat
yang lebih tinggi dan dilestarikan untuk mendidik generasi demi generasi.
MOHD KHALID BIN JAILANI
830915045251