Anda di halaman 1dari 3

SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN BAGAN PASIR,

36200 SELEKOH
MEMOHON PERALATAN PASUKAN KOMPANG SEKOLAH 2014
PENGENALAN
Kompang adalah sejenis alat taradisional Melayu berbentuk seperti rebana di Perak dan duffuf
di Timur Tengah.Tergolong dalam kumpulan klasifikasi membranofon.Dikalangan masyarakat
Melayu Malaysia kumpulan kompang pada mulanya dipersembahkan dalam upacara
perkahwinan atau majlis keraian Islam sahaja.Kini ianya telah berkembang luas sehingga ke
majlis-majlis rasmi dan sosial seperti menyambut ketibaan tetamu-tetamu khas,perarakan Hari
Kebangsaan,penyeramakan semngat dalam sukan dan sebagainya.
RASIONAL
Pemantapan pasukan kompang sekolah adalah bertujuan untuk meninggikan lagi nilai budaya
masyarakat Melayu di Malaysia supaya seni persembahan kompang ini tidak akan dilupakan
terus oleh murid-murid
OBJEKTIF
Di dalam program ini, murid akan dapat;
i.
ii.
iii.
iv.

Mempelajari jenis paluan dan rentak kompang yang betul


Mempelajari lagu-lagu yang sering dimainkan dengan iringan paluan kompang
Meneruskan kesinambungan seni warisan kebudayaan masyarakat Melayu
Pengalaman serta sebagai persediaan kepada murid untuk memenuhi jemputan
persembahan dan menyertai pertandingan di pelbagai peringkat.

TENAGA PENGAJAR
Tiga orang guru telah dipertanggungjawabkan oleh pihak sekolah sebagai tenaga pengajar
dan seterusnya menubuhkan pasukan kompang sekolah.Guru yang dipertanggungjawabkan
adalah:
-

En. Fadzlil Alia bin Ghazali

Pn.Sabariah bt.Marhom

MURID YANG TERLIBAT


Murid yang terlibat adalah semua murid bermula dari tahun 1 hingga tahun 6.

JADUAL LATIHAN
Hari

: Sabtu dan Ahad( setiap Minggu)

Masa

: 09.00 Pagi hingga 11.00 Pagi

Tempat

: Dewan Bestari SK Bagan Pasir

PERALATAN YANG DIPERLUKAN


i.

Kompang saiz 8 inci (20 buah X RM 50.00)

RM 1000.00

Kompang saiz 10 inci (20 buah X RM 50.00)

RM 1000.00

Jumlah diperlukan

RM 2000.00

SUMBER KEWANGAN
Peruntukan Khas Sekolah Kluster Kecemerlangan Kebitaraan Kompang

RM 2000.00

KESIMPULAN
Dengan tertubuhnya Pasukan Kompang Sekolah ini, diharapkan ianya menjadi contoh dan
inspirasi kepada orang lain untuk bersama-sama mengembalikan kegemilangan seni warisan
bangsa dan sentiasa bersama-sama menjaga seni ini supaya tidak tenggelam ditelan arus
kemodenan.Kita juga mengharapkan seni persembahan kompang ini dapat divariasi menjadi
satu seni muzik yang menarik dan menepati selera generasi muda pada masa kini.

Disediakan oleh,

Disahkan dan diluluskan oleh,

........................................ .

............................................

(FADZLIL ALIA BIN GHAZALI)

(PN. FAZLINAH BINTI ALI)

SETIAUSAHA KEBITARAAN KOMPANG


SK BAGAN PASIR

PENOLONG KANAN PENTADBIRAN


SK BAGAN PASIR