Anda di halaman 1dari 21

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBML 3203
TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU
SEPTEMBER 2014

NAMA

:

NOMBOR MATRIK

DAMBAK ANAK UBAM
:

671219135186001

NOMBOR KAD
PENGENALAN

:

671219-13-5186

NOMBOR TELEFON :

014-8978445

ALAMAT E-MEL

:

dseaubam@gmail.com

TUTOR

:

ENCIK SUBANDI KASIDAN

LEARNING CENTER
CENTER

Isi Kandungan

:

SIBU LEARNING

HBML3203 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

1.0

2.0

3.0

Pengenalan
1.1

Definisi Wacana

1.2

Jenis Wacana

1.3

Ciri-Ciri Wacana

1.4

Wacana Berformat Bahasa Melayu

1.5

Objektif Penulisan Tugasan.

Konsep dan Jenis-Jenis Wacana Berformat Dalam Bahasa Melayu
2.1

Konsep Wacana Berformat

2.2

Jenis – Jenis Wacana Berformat

2.3

Ciri-Ciri Wacana Berformat Dalam Bahasa Melayu

2.4

Contoh Wacana Berformat
2.4.1

Dialog

2.4.2

Catatan Harian

2.4.3

Surat Kiriman Tidak Rasmi

Aplikasi Wacana Berformat Dalam Pengajaran Penulisan Bahasa Melayu
3.1

Jenis – Jenis Aplikasi Wacana Berformat Dalam Pengajaran Penulisan Bahasa
Melayu

3.2

3.3

3.1.1

Aplikasi Wacana Berformat – Sebelum Penulisan

3.1.2

Aplikasi Wacana Berformat – Semasa Penulisan

3.1.3

Aplikasi Wacana Berformat – Selepas penulisan

Pendekatan Dalam Pengajaran Penulisan Wacana Berformat Bahasa Melayu
3.2.1

Pendekatan Terkawal

3.2.2

Pendekatan Bebas

3.2.3

Pendekatan Pola-Perenggan

3.2.4

Pendekatan Komunikatif

Aktiviti Pengajaran Penulisan Wacana Berformat

4.0

Kesimpulan

5.0

Rujukan

DAMBAK ANAK UBAM (SEPTEMBER 2014)

1

Di mana. satu bab. selain menghasilkan satu pemikiran yang utuh. satu perenggan. runtutan. wacana yang baik akan memenuhi ciri-ciri wacana yang telah dikemukakan. manakala wacana tulisan pula ialah wacana yang disampaikan secara bertulis yang melibatkan hubungan antara penulis dengan pembicara.0 Pengenalan Wacana ialah unit bahasa yang melebihi batas ayat (Harimurthi. ceraian. cerita. wacana terletak dalam hierarki tertinggi selepas tingkat ayat (Dr. 2009). keadaan dan interteks (Mya Afifi. maklumat. Oleh yang demikian. Menurut Mya Afifi (2009) lagi. Secara umumnya wacana dapat dikaitkan dengan tiga kategori besar iaitu melampaui ayat. cerpen. Di mana wacana lisan ialah wacana yang dihasilkan melalui media lisan iaitu melibatkan hubungan di antara pembicara dan pendengar. ayat atau kata yang membawa amanat yang lengkap (Mya Afifi. tujuan. siri buku dan sebagainya. Dalam tatabahasa. sebuah buku atau satu siri buku. 1.Adenan et. 1984:204). seperti yang dinyatakan oleh Harimurthi Kridalaksana. 2013). 1982). Wacana juga turut menunjukkan perkembangan fikiran berurutan yang tersusun dengan sempurna. Wacana ini direalisasikan dalam bentuk karangan yang utuh seperti novel. novel. yang di dalamnya memperlihatkan hubungan-hubungan dan perkembangan fikiran yang berurutan seperti ayat. wacana merupakan unit tertinggi bahasa yang melampaui ayat dan kajian tentang unit tersebut. Menurut beliau lagi. Wacana juga adalah satuan bahasa terlengkap yang terdapat dalam hierarki tatabahasa dan merupakan satuan tatabahasa tertinggi atau terbesar.HBML3203 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU 1. menegaskan bahawa wacana ialah unit bahasa yang melebihi batas ayat. penggunaan bahasa dan juga amalan sosial yang meliputi bukan linguistik dan bukan tentu bahasa. sejumlah ayat. dialog. ensiklopedia. Di mana ini membawa maksud bahawa ayat yang selalu didapati dalam struktur adalah dalam sistem secara teratur. Terdapat tujuh ciri dalam wacana iaitu tautan. 2009. wacana dapat direalisasikan dalam pelbagai bentuk sehingga meliputi peristiwa bahasa. bab.al. buku. paragraph. perenggan. penerimaan. wacana tidak mempunyai satu-satu jenis ayat yang terdiri dengan utuhnya tanpa dipengaruhi oleh proses-proses kelahiran ayat. Unit bahasa ini turut mengandungi satu penyatuan bahasa yang lengkap kerana sesuatu wacana mungkin terdiri daripada dua atau beberapa gabungan ayat.1 Definisi Wacana Menurut Mya Afifi (2009) seperti yang dinyatakan oleh Asmah Haji Omar (1982). buku. Wacana terbahagi kepada dua jenis iaitu wacana lisan dan juga wacana tulisan. Menurut Mya Afifi (2009) lagi seperti yang dinyatakan oleh Anton DAMBAK ANAK UBAM (SEPTEMBER 2014) 2 .

khutbah. Dr. Tujuan wacana penting untuk memilih teknik penyampaian wacana dan juga penting dalam menentukan bentuk wacana.al (2013) menyatakan bahawa setiap wacana mempunyai struktur. ucapan. DAMBAK ANAK UBAM (SEPTEMBER 2014) 3 . temu ramah. wacana mempunyai beberapa ciri penting.2 Jenis Wacana Wacana secara umumnya terbahagi kepada dua jenis. Di mana setiap wacana yang hendak dihasilkan mestilah mempunyai tujuan kerana dengannya kita dapat menentukan jenis wacana yang ingin digunakan. iaitu wacana jenis lisan dan juga wacana jenis tulisan. penerimaan. Di mana. mimik muka dan intonasi dalam menyampaikan maklumat kepada pendengar. isi dan penutup. 1. Wacana lisan merupakan komunikasi lisan iaitu komunikasi secara langsung di antara dua pihak iaitu penutur dan juga pendengar. Tujuan wacana ini merupakan ciri wacana. iaitu terdapatnya pendahuluan. Manakala wacana jenis tulis pula adalah wacana yang disampaikan secara bertulis dan ianya melibatkan hubungan di antara pembaca dan juga penulis. Sebagai satu unit bahasa yang lengkap. maklumat. komunikasi yang terlibat ialah komunikasi satu arah atau tidak langsung. runtutan. Jenis Wacana Wacana Lisan Wacana Tulisan Rajah 1: Jenis Wacana 1. Contoh wacana lisan ialah seperti perbualan harian. di mana terdapat enam tujuan wacana iaitu tautan. Ini kerana.Moeliono (1995:407) mendefinisikan wacana sebagai satu rentetan kalimat yang berkaitan sehingga terbentuklah makna yang serasi di antara kalimat itu. siaran radio dan televisyen.Adenan et. keadaan dan interteks. Wacana lisan melibatkan bahasa badan.HBML3203 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU M. seorang penulis tidak dapat melihat reaksi pembaca ketika membaca hasil tulisan penulis.3 Ciri-Ciri Wacana Wacana merupakan satu unit bahasa yang lengkap.

surat kiriman rasmi. DAMBAK ANAK UBAM (SEPTEMBER 2014) 4 . Runtutan pula merupakan kesinambungan idea yang terdapat dalam sesebuah wacana sehingga menjadi satu teks yang bermakna.4 Wacana Berformat Bahasa Melayu Menurut Yazid (2011). Di mana kesesuaian itu menjadikan sesuatu wacana itu releven dengan situasi ujaran. keadaan dalam sesuatu wacana pula perlu sesuai dengan keadaan. Sulaiman Masri (1988) menyatakan bahawa penulisan wacana berformat yang tidak ditulis mengikut format yang ditetapkan. Interteks pula bermaksud sesuatu wacana bergantung pada wacana yang lain. terdapat dua bentuk penulisan wacana di sekolah rendah dan menengah. ucapan. berita. 1988). Wacana pertama ialah wacana berformat dan yang kedua pula adalah wacana tidak berformat. dialog. 1. Di mana penulisan yang dimaksudkan adalah seperti surat kiriman tidak rasmi. Maklumat dalam setiap wacana pula perlu mempunyai maklumat iaitu maklumat baru dan maklumat lama. Wacana tidak berformat dalam tatabahasa bahasa Melayu pula dimaksudkan sebagai penulisan yang bebas daripada sebarang ikatan penggunaan format (Kamarudin Husin. Wacana berformat memerlukan penulisan yang mesti ditulis mengikut cara tertentu.HBML3203 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU Tautan Runtutan Penerima an Keadaan Interteks Maklumat Rajah 2: Ciri-Ciri Wacana Tautan merupakan keserasian hubungan antara unsur linguistik dengan unsur linguistik yang lain dalam sesebuah wacana. sesuatu wacana akan lebih mudah difahami oleh pemvaca atau pendengar. Kamarudin Husin (1988) juga menyatakan bahawa konsep wacana berformat ialah penulisan berkesinambungan yang mengandungi format-format tertentu untuk menggariskan penampilan wacana tatabahasa secara kohesif dan koheren. Dengan adanya interteks. Seterusnya. syarahan. akan menjejaskan konsep wacana itu sendiri. Penerimaan dalam sesuatu wacana pula memerlukan pendengar atau pembaca yang merupakan penerima sesuatu wacana. laporan. catatan harian dan perbahasan.

Wacana dan teks digunakan saling bertukar ganti. syarahan. dan perbahasan.0 Konsep dan Jenis-Jenis Wacana Berformat Dalam Bahasa Melayu Mya Afifi (2009) menyatakan bahawa wacana berasal daripada perkataan wacana dan berasal daripada bahasa Jawa wocono. Objektif seterusnya juga adalah untuk menjelaskan dengan lebih terperinci berkenaan konsep dan jenis-jenis wacana berformat dalam bahasa Melayu. Wocono pula daripada perkataan ‘woco’ yang bermaksud baca. 2. catatan harian.Adenan et. berita.1 Konsep Wacana Berformat Menurut Kamarudin Husin(1988) Seperti yang dinyatakan oleh Dr. serta aplikasi wacana berformat dalam pengajaran penulisan bahasa Melayu dalam pengajaran penulisan di peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah. Selain itu. cabang linguistik yang setara dengan cabang yang lain seperti morfologi atau sintaksis. Dalam penulisan tugasan kali ini. Tetapi. merujuk kepada kajian tentang unit tersebut. Konsep wacana berformat dalam tatabahasa bahasa Melayu merangkumi komponen-komponen yang bersepadu. laporan. Penulisan yang dimaksudkan adalah seperti surat kiriman tidak rasmi.5 Objektif Penulisan Tugasan. Di mana komponen-komponen itu adalah seperti penggunaan kata. dialog.al (2013). jenis-jenis wacana berformat juga akan dihuraikan dengan lebih terperinci dan ringkas. Dalam subtopik ini. surat kiriman rasmi. konsep wacana berformat ialah penulisan berkesinambungan yang mengandungi format-formta tertentu untuk menggariskan penampilan wacana tatabahasa secara kohesif dan koheren. 2. rangkai kata. Menurut Chafe pula. konsep wacana berformat serta komponen-komponen bersepadu yang terdapat dalam konsep wacana berformat akan dibincangkan dengan lebih terperinci. pada umumnya wacana dilihat sebagai sesuatu yang melampaui sempadan ayat yang terpisah-pisah.HBML3203 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU 1. Wacana. objektif utama tugasan adalah untuk membincangkan mengenai pengenalan wacana berformat dengan lebih terperinci. dan kedua-duanya merujuk kepada unit bahasa yang lebih besar daripada ayat. DAMBAK ANAK UBAM (SEPTEMBER 2014) 5 . ucapan. wacana digunakan dengan pelbagai maksud oleh pelbagai pengkaji. menurut beliau lagi.

penyampaian isi yang bernas dalam membina kerangka penulisan. dan tatabahasa adalah dasar dalam kecekapan berbahasa.Adenan et. catatan harian.HBML3203 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU ayat yang tepat untuk menyampaikan maklumat secara tersusun dan kohesif. penganalisisan gaya bahasa dan penggunaannya secara koheren dalam penulisan. surat kiriman tidak rasmi. Ia perlu diajar dengan terancang agar ketepatan berbahasa dengan dengan berasaskan penggunaan wacana yang jelas dapat dikuasai (Dr. Selain itu. dialog. penyusunan isi dan penggunaan penanda wacana untuk menghasilkan perenggan yang kohesif dan koheren. syarahan. Antara jenisjenis wacana berformat itu adalah seperti surat kirirman rasmi. Rajah 3: Komponen-Komponen Dalam Konsep Wacana 2. rangkai kata dan ayat yang tepat Penentuan format dan jenis penulisan Pengenalpastia n gaya bahasa Penganalisisan gaya bahasa Pembinaan ayat utama dan huraian Penyusunan isi dan penggunan penanda wacana Penyampaian isi yang bernas Tatabahasa adalah dasar dalam kecekapan berbahasa. Komponen-komponen berkenaan boleh dirumuskan seperti dalam rajah di bawah: Penggunaan kata. ucapan. dan perbahasan. 2013).al. pembinaan ayat utama dan huraian untuk membina perenggan yang kohesif. laporan. pengenalpastian gaya bahasa dan penggunaannya dalam penulisan. penentuan format penyampaian dan jenis penulisan yang sesuai untuk memberikan maklumat. berita. Jenis-jenis wacana berformat ini boleh dilihat seperti dalam rajah di bawah: DAMBAK ANAK UBAM (SEPTEMBER 2014) 6 .2 Jenis – Jenis Wacana Berformat Terdapat beberapa jenis wacana berformat yang lazim dipraktikkan di sekolah.

Kiriman Perbahasan Tidak Rasmi Ucapan. Di mana seperti yang dinyatakan oleh Dr. penulisan wacana berformat mesti ditulis mengikut cara tertentu. Penulisan berformat yang tidak ditulis mengikut format yang ditetapkan.Adenan et. Wacana berformat dalam bahasa Melayu mempunyai ciri-ciri tersendiri yang perlu diikuti agar konsep wacana tidak terjejas. Alamat pengirim – ditulis di sebelah kiri bahagian atas surat. Alamat penerima – tidak perlu ditulis. Menggunakan ganti nama diri. ciri wacana berformat melibatkan perincian yang berasaskan beberapa penulisan berformat. Perincian yang dimaksudkan ini boleh dilihat dengan lebih jelas seperti dalam jadual di bawah: Jenis Wacana Berformat Surat Kiriman Tidak Rasmi Ciri-Ciri Wacana Berformat       Surat Kiriman Rasmi   Alamat pengirim – ditulis di sebelah ayat bahagian kanan surat.HBML3203 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU Surat Catatan Kiriman Harian Rasmi Surat Berita. seperti yang dinyatakan oleh Sulaiman Masri (1988).al (2013).Adenan et.3 Ciri-Ciri Wacana Berformat Dalam Bahasa Melayu Menurut Dr. Syarahan Laporan Rajah 4: Jenis-Jenis Wacana Berformat 2. Dialog. di bawah DAMBAK ANAK UBAM (SEPTEMBER 2014) 7 . Surat diakhiri – tandatangan dan nama pengirim. Garisan memanjang – dari kiri ke kanan surat. Mempunyai pendahuluan surat. maka boleh menjejaskan konsep wacana.al (2013) menurut Zainol Ismail (2003). Tarikh surat – ditulis di bawah alamat pengirim.

Nama bulan – ditulis dengan huruf besar Ada ganti nama diri. Tanda sempang ditulis selepas nama hari atau tarikh. Tandatangan dan nama pelapor ditulis di sebelah kiri bahagian bawah laporan. Ada penegasan tajuk syarahan/ucapan/perbahasan.4 Contoh Wacana Berformat DAMBAK ANAK UBAM (SEPTEMBER 2014) 8 . Ada ganti nama diri. Nama hari atau tarikh ditulis selepas nama tempat bandar. nama. Alamat penerima – ditulis di bawah garisan panjang.al. Huruf awal setiap perkataan perlu ditulis dengan huruf besar. sebaris dengan barisan akhir alamat penerima. Nama pengirim ditulis dalam kurungan di bawah tandatangan dengan huruf besar. Tarikh laporan ditulis di sebelah kanan bahagian bawah laporan. hari dan masa (mengikut kesesuaian). Tanda koma ditulis selepas nama tempat/bandar. 2013) 2. Tandatangan ditulis di bahagian kiri bawah surat. Syarahan/ Ucapan/ Perbahasan  Memulakan penulisan dengan kata-kata atau ucapan alu-aluan.Adenan et. Penulisan mestilah mengikut urutan peristiwa/perkara yang dilaporkan. Dialog   Ada nama watak Titik bertindih selepas nama watak. Surat dimulai dengan perenggan pertama tanpa menulis nombor. Perenggan penutup tidak perlu diberikan nombor. Ada tajuk surat. Tanda sempang ditulis selepas nama hari atau tarikh. Ada tarikh. Tarikh – ditulis di sebelah kanan.   Laporan      Berita     Catatan Harian  Ada tajuk. Jadual 1: Jenis dan Ciri-Ciri Wacana Berformat (Dr.HBML3203 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU          alamat pengirim.

Di mana contoh catatan harian boleh dilihat seperti di bawah ini: 18 Mei 2014 (Sabtu) 8. Siti: Kalau begitu.2 Catatan Harian Wacana berformat bagi catatan harian mempunyai tarikh.4. Contoh bagi surat kiriman tidak rasmi boleh dilihat seperti berikut: DAMBAK ANAK UBAM (SEPTEMBER 2014) 9 . nama hari dan juga masa mengikut kesesuaian.00 pagi: Sarapan pagi di rumah.HBML3203 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU 2.30 pagi: Bergerak ke tempat kerja dengan menaiki bas. Siti: Saya harap Cik Anis dapat datang ke majlis perkahwinan saya hujung minggu ini.1 Dialog Wacana berformat bagi dialog mestilah mempunyai nama watak dan titik bertindih ditulis selepas nama watak. Di mana penulis surat tidak perlu menulis alamat penerima.4. Moga berpanjangan hingga ke anak cucu. 8. Anis: Baiklah Cik Siti.00 pagi: Mula bekerja. Anis: Insyaallah. Apa pun.3 Surat Kiriman Tidak Rasmi Wacana berformat bagi surat kiriman tidak rasmi pula memerlukan alamat pengirim ditulis di sebelah kanan bahagian atas surat. 9. Tarikh surat juga hendaklah ditulis di bawah alamat pengirim. 2. 2. Contoh wacana berformat bagi dialog boleh dilihat seperti ayat di bawah ini. saya nak ucapkan tahniah. sebaliknya dimulai dengan pendahuluan surat. bawalah sekali keluarga Cik Anis datang. Kalau tidak ada alar melintang pasti saya dapat datang ke majlis perkahwinan Cik Siti. Majlis akan dijalankan di Dewan Masyarakat Pekan.4.

proses penulisan dan rangka kasar pencerakinan idea supaya wujud kesinambungan. Tujuan saya menulis surat ini kepada saudari adalah untuk memaklumkan bahawa tawaran menghadiri kursus masakan telah dibuka mulai 1 Jun 2014 ini. Sekian sahaja dari saya dan akhir sekali. yang bertempat di Kuala Lumpur dan bermula dari pukul 8. Fauzana (Fauzana Binti Fauzi) 3. Jika saudari dapat menghadiri kursus masakan itu. saya berharap agar saudari Aina dapat menghadiri kursus masakan itu. Yang Benar. Lorong Mawar Berduri.al.16.HBML3203 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU Fauzana Binti Fauzi. Taman Berjaya Maju. Saya berharap agar saudari dapat menghadiri kursus masakan itu bersama-sama dengan saya dan membalas surat saya ini dengan kadar yang segera. 97009 Pekan. tawaran dibuka pada 1 Jun 2014 bertempat di Kolej Masakan Widuri. Aplikasi wacana berformat dalam pengajaran penulisan bahasa Melayu akan membincangkan peraturan. 18 Mei 2014 Ke hadapan saudari Aina yang kini berada di Terengganu semoga berada dalam keadaan sihat sejahtera. proses bagaimana merancang perenggan dan merangka isi karangan bagi mengajar wacana berformat di sekolah rendah dan menengah (Dr. 2013). Pahang. Aplikasi ini boleh dilihat dengan ringkas seperti dalam rajah di bawah: Peraturan Proses merancang perenggan Proses merangka isi karangan Rajah 5: Aplikasi Wacana Berformat Dalam Pengajaran Penulisan Bahasa Melayu DAMBAK ANAK UBAM (SEPTEMBER 2014) 1 0 . Saya di sini dalam keadaan sihat walafiat.0 Aplikasi Wacana Berformat Dalam Pengajaran Penulisan Bahasa Melayu Pengaplikasian wacana berformat dalam pengajaran penulisan bagi sekolah rendah dan menengah membabitkan kehendak atau peraturan sesuatu penulisan.Adenan et. No.00 pagi.

HBML3203 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU 3. perhatian perlu diberikan kepada beberapa kelemahan murid iaitu:        Tidak mengemukakan isi yang menepati tajuk atau kehendak soalan. Jenis Aplikasi Wacana Berformat Sebelum Penulisan Semasa Penulisan Selepas Penulisan Rajah 6: Jenis Aplikasi Wacana Berformat Menurut Achik (2012). Tidak mempunyai kesinambungan antara satu isi dengan satu isi yang lain. Penulisan panjang. Struktur ayat tidak kemas. DAMBAK ANAK UBAM (SEPTEMBER 2014) 1 1 . Jenis – jenis aplikasi wacana berformat adalah seperti aplikasi sebelum penulisan. selain terdapat kesalahan ejaan. Isi yang dikemukakan tidak mencukupi (iaitu kurang daripada empat). Tidak memberikan contoh untuk menguatkan isi yang dikemukakan. Contohnya menggunakan konsep peta minda dan penomboran untuk mencatat isi. Di mana mesti ada pendahuluan. dalam pengajaran penulisan.1 Aplikasi Wacana Berformat – Sebelum Penulisan Beberapa perkara perlu ditekankan sebelum penulisan di mana murid perlu memahami kehendak soalan dan format penulisan. isi dan penutup. 3. selepas penulisan dan selepas penulisan. Tidak menghuraikan isi yang dikemukakan. Tidak menggunakan kosa kata yang sesuai. Tidak menggunakan penanda wacana yang sesuai untuk menunjukkan   kesinambungan isi atau ayat. tetapi isi yang dikemukakan berulang.1.1 Jenis – Jenis Aplikasi Wacana Berformat Dalam Pengajaran Penulisan Bahasa Melayu Terdapat beberapa jenis aplikasi wacana berformat dalam pengajaran penulisan bahasa Melayu. menggariskan kata kunci dalam soalan yang diberi dan akhir sekali mencatat isi atau kerangka penulisan.

DAMBAK ANAK UBAM (SEPTEMBER 2014) 1 2 . tanda baca. Antara pendekatanpendekatan itu adalah pendekatan terkawal. murid perlu digalakkan iaitu banyak membaca bahan bacaan tambahan berfaedah seperti akhbar. Mematuhi format.1. Penutup juga hendaklah ringkas yang menunjukkan rumusan atau kesimpulan wacana. Setiap isi hendaklah dinyatakan dan diikuti penjelasan atau keterangan lanjut serta  contohnya. pendekatan pola perenggan dan pendekatan komunikatif. wacana berformat diaplikasikan di mana murid perlu:     Menulis berdasarkan isi / kerangka penulisan. murid digalakkan untuk meneliti pengajaran guru berdasarkan pengolahan wacana yang tepat dan kemas serta mengelakkan tanda tanya dalam wacana. Membaiki kesalahan atau membuat penambahan bagi beberapa kekurangan.HBML3203 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU 3. 3. ejaan. Memadai dengan satu atau dua ayat.3 Aplikasi Wacana Berformat – Selepas penulisan Selepas penulisan.Selain itu. struktur. wacana berformat diaplikasikan dengan memastikan murid melakukan perkara berikut:  Membaca semula hasil penulisan yang telah siap dan pada masa yang sama semak pelbagai perkara. Menulis pendahuluan secara ringkas.2 Aplikasi Wacana Berformat – Semasa Penulisan Semasa penulisan. isi. huraian. 3.2 Pendekatan Dalam Pengajaran Penulisan Wacana Berformat Bahasa Melayu Dalam melakukan pengajaran penulisan wacana berformat bahasa Melayu. majalah dan buku cerita yang bersesuaian untuk meneliti kesinambungan isi-isi. pendekatan bebas. Akhir sekali. sentiasa merujuk kepada kamus untuk mengetahui erti perkataan atau kosa kata baharu bagi penulisan. Seterusnya baca dan semak semula penulisan yang telah ditanda oleh guru.  perbendaharaan kata. iaitu format.1. ayat. beberapa pendekatan boleh digunakan oleh guru untuk diaplikasikan dalam kelas.

2. 2012). aktif dan dapat meningkatkan motivasi dan keyakinan (Achik. Walau bagaimanapun. guru memandu dan mengawal pelajar daripada melakukan kesalahan. Pada peringkat permulaan. pelajar diberikan kebebasan untuk menyuarakan pendapat mereka tentang sesuatu topik penulisan. kawalan yang diberikan guru adalah secara menyeluruh. Melalui cara ini pelajar akan lebih berminat. 3.2 Pendekatan Bebas Dalam pendekatan ini. DAMBAK ANAK UBAM (SEPTEMBER 2014) 1 3 .HBML3203 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU Pendekatan Pengajaran Penulisan Wacana Berformat Bahasa Melayu Pendekatan Terkawal Pendekatan Bebas Pendekatan Pola Perenggan Pendekatan Komunikatif Rajah 7: Pendekatan Dalam Pengajaran Penulisan Wacana Berformat 3. guru boleh membawa keratan-keratan akhbar untuk ditunjukkan kepada pelajar dan menyuruh mereka memberikan pendapat melalui aktiviti sumbang saran. guru mengambil satu petikan yang menggambarkan sesuatu kejadian atau peristiwa kemudian pelajar disuruh menggambarkan semula keseluruhan pengalaman berdasarkan kejadian itu (Achik. Sebagai contoh. Walau bagaimanapun. pelajar masih diberikan kebebasan untuk memilih perbendaharaan kata atau struktur ayat mereka sendiri. guru memberikan senarai frasa yang berkaitan dengan sesuatu topik dan pelajar perlu membina ayat untuk melengkapkan frasa. pendekatan ini hanya sesuai digunakan bagi pelajar yang sudah dapat menguasai bahasa dengan baik.1 Pendekatan Terkawal Menerusi pendekatan ini.2. 2012). bentuk-bentuk kawalan yang diberikan guru adalah dengan menyediakan sebuah penulisan yang menghendaki pelajar mengisi tempat-tempat kosong dengan perkataan yang sesuai. Misalnya dalam pengajaran penulisan wacana yang ada hubung kait dengan masalah penggunaan dadah di kalangan remaja.

4 Pendekatan Komunikatif Menurut Achik (2012). pendekatan ini diasaskan oleh Dell Hymes yang antara lain menyatakan bahawa kecekapan komunikatif merupakan penguasaan bahasa secara naluri yang dimiliki oleh seseorang pelajar. pelajar mengenal pasti. iaitu keupayaan pelajar mengguna dan memahami bahasa secara wajar dalam proses berkomunikasi dan berinteraksi dengan individu lain dan jalinannya dengan konteks sosial. seperti aspek-aspek sosiolinguistik dan psikolinguistik. Antara latihan yang dapat diaplikasikan. 3.2. menyusun ayatayat yang disediakan guru dalam satu perenggan yang kemas. Selain itu. memilih dan meninggalkan isi-isi untuk dimasukkan dalam satu perenggan dan pelajar mencari isi penting dan isi bantu dalam sesuatu perenggan. pendekatan ini membolehkan pelajar menggunakan bahasa yang sesuai untuk tujuan berkomunikasi termasuk dalam penulisan. Ini dapat melatih pelajar supaya berkeupayaan untuk memberikan pendapat dalam perenggan dengan kemas dan teratur. Pendekatan ini menegaskan tentang seseorang yang sudah mempunyai pengetahuan tentang sturktur bahasa dan kebolehan membina ayat-ayat yang gramatis. Ini tidak bermakna dia sudah dapat berkomunikasi dengan baik dan berkesan memandangkan kecekapan berbahasa dan berkomunikasi itu juga menitikberatkan unsur-unsur lain yang boleh mempengaruhinya. pendekatan ini juga dapat membantu pelajar mengetahui cara-cara meringkaskan penulisan dengan baik. guru harus menyatakan kepada pelajar bahawa penulisan yang dihasilkan adalah untuk dinikmati oleh pembaca termasuk penulisan pelajar lain di dalam bilik darjah. iaitu laras bahasa perubatan. Dengan menggunakan pendekatan ini. Dalam hal ini. seperti latihan mengkaji contoh-contoh perenggan yang baik. Oleh itu. Sebagai contoh.3 Pendekatan Pola-Perenggan Menurut Achik (2012). penulisan tentang kemajuan teknologi perubatan mestilah memasukkan kata atau frasa yang ada hubung kait dengan teknologi tersebut. Justeru. dapat dikatakan bahawa pelajar menulis adalah untuk dibaca oleh orang lain atau masyarakat.2. pendekatan ini mengutamakan ciri-ciri pembentukan perenggan yang baik. 3.3 Aktiviti Pengajaran Penulisan Wacana Berformat DAMBAK ANAK UBAM (SEPTEMBER 2014) 1 4 . guru perlu memasti dan menggalakkan pelajar menulis.HBML3203 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU 3. sama seperti dalam situasi kehidupan seharian mereka.

Murid menggariskan perkara-perkara penting dan menentukan format. Panduan itu boleh dilihat dengan lebih ringkas seperti dalam jadual di bawah: Panduan Aktiviti Pengajaran Peraturan Penulisan Penerangan Antara perkara-perkara yang perlu diambil kira oleh guru dalam merancang pengajaran adalah: Memastikan penulisan murid lengkap dan sempurna. Memastikan rangka yang dihasilkan oleh murid  membantu mereka dalam penulisan. Pemerengganan dalam penulisan yang seimbang. Rangka penulisan mestilah ringkas dan ditulis dalam bentuk isi-isi penting untuk menjimatkan  masa. Murid perlu memahami perbezaan format dan laras bahasa bagi penulisan yang pelbagai jenis. permulaan proses menulis. Proses Menulis Bermula ketika murid memilih tajuk Murid perlu memilih tajuk yang difahami dan sesuai. Murid menghasilkan peta minda.HBML3203 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU Apabila wacana berformat diaplikasikan dalam pengajaran penulisan bahasa Melayu. Murid menggunakan bahasa yang baik dan lancer. Memastikan murid matang dalam menghuraikan isi. Susunan Penulisan  Memastikan murid membuat rangka yang boleh dijadikan panduan kepada murid kerana rangka  ialah garis kasar untuk membuat penulisan lengkap. Memastikan murid menggunakan penanda wacana. pembinaan perenggan dan membuat semakan. beberapa panduan telah diberikan untuk mengajar wacana berformat di sekolah rendah dan juga menengah. Rangka penulisan mempunyai komponen seperti DAMBAK ANAK UBAM (SEPTEMBER 2014) 1 5 . Murid membuat catatan fakta agar boleh dirujuk pada bila-bila masa. Tiada kesalahan ejaan. Antara panduan – panduan itu adalah peraturan yang perlu diikuti. Murid perlu banyak membaca bahan bacaan. susunan penulisan. Murid menggunakan kepelbagaian ragam.

Oleh itu. selain menghasilkan satu pemikiran yang utuh. wacana merupakan unit tertinggi bahasa yang melampaui ayat dan kajian tentang unit tersebut.HBML3203 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU berikut iaitu pemaparan wacana isi tidak langsung. Setiap isi dalam perenggan mestilah mempunyai pertalian dengan menggunakan penanda wacana Membuat Semakan  yang sesuai. Satu perenggan mengandungi satu isi lengkap. fokus wacana. Dalam DAMBAK ANAK UBAM (SEPTEMBER 2014) 1 6 . Semakan juga memastikan pembaca membaca dengan mudah dan mengesan isi.0 Kesimpulan Wacana ialah unit bahasa yang melebihi batas ayat (Harimurthi. Semakan memastikan segala aspek dalam penulisan  dipatuhi. jumlah perkataan dan  pemerengganan. satu perenggan. penulisan akan menjadi mantap. Unit bahasa ini turut mengandungi satu penyatuan bahasa yang lengkap kerana sesuatu wacana mungkin terdiri daripada dua atau beberapa gabungan ayat. dan kesimpulan fokus wacana. Panjang setiap perenggan perlu seimbang   Proses akhir adalah membuat semakan.  dengan huraian dan contoh isi. 1982). tanda  baca dan tatabahasa. satu bab sebuah buku atau satu siri buku. Struktur perenggan yang baik memulakan penyata isi pokok. Jadual 2: Panduan Aktiviti Pengajaran Wacana Berformat dalam Penulisan Bahasa Melayu 4. Aspek bahasa yang perlu disemak ialah ejaan. diikuti dengan huraian serta contoh yang  dapat memperkukuhkan isi penting. Pembinaan Perenggan   Perlulah sesuai. Wacana juga turut menunjukkan perkembangan fikiran berurutan yang tersusun dengan sempurna. Di mana. Antaranya kesalahan bahasa. penjelasan terperinci bagi fokus wacana.

Menurut Mya Afifi (2009) seperti yang dinyatakan oleh Asmah Haji Omar (1982). wacana terletak dalam hierarki tertinggi selepas tingkat ayat (Dr. iaitu wacana jenis lisan dan juga wacana jenis tulisan. Di mana ini membawa maksud bahawa ayat yang selalu didapati dalam struktur adalah dalam sistem secara teratur. siri buku dan sebagainya. ucapan. Ini kerana. sejumlah ayat. menegaskan bahawa wacana ialah unit bahasa yang melebihi batas ayat. siaran radio dan televisyen.al. Menurut beliau lagi.Adenan et. Manakala wacana jenis tulis pula adalah wacana yang disampaikan secara bertulis dan ianya melibatkan hubungan di antara pembaca dan juga penulis. Contoh wacana lisan ialah seperti perbualan harian. Wacana merupakan satu unit bahasa yang lengkap. 2013).HBML3203 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU tatabahasa. perenggan. dialog. khutbah. Objektif seterusnya juga adalah untuk menjelaskan dengan lebih terperinci berkenaan konsep dan jenis-jenis wacana berformat dalam bahasa Melayu. yang di dalamnya memperlihatkan hubungan-hubungan dan perkembangan fikiran yang berurutan seperti ayat. wacana mempunyai beberapa ciri penting. keadaan dan interteks. Sebagai satu unit bahasa yang lengkap. mimik muka dan intonasi dalam menyampaikan maklumat kepada pendengar. runtutan. isi dan penutup. Dalam penulisan tugasan kali ini. maklumat. temu ramah. wacana tidak mempunyai satu-satu jenis ayat yang terdiri dengan utuhnya tanpa dipengaruhi oleh proses-proses kelahiran ayat. Wacana secara umumnya terbahagi kepada dua jenis. objektif utama tugasan adalah untuk membincangkan mengenai pengenalan wacana berformat dengan lebih terperinci. Di mana setiap wacana yang hendak dihasilkan mestilah mempunyai tujuan kerana dengannya kita dapat menentukan jenis wacana yang ingin digunakan.al (2013) menyatakan bahawa setiap wacana mempunyai struktur. serta aplikasi wacana berformat dalam DAMBAK ANAK UBAM (SEPTEMBER 2014) 1 7 . Tujuan wacana penting untuk memilih teknik penyampaian wacana dan juga penting dalam menentukan bentuk wacana. iaitu terdapatnya pendahuluan. penerimaan. Tujuan wacana ini merupakan ciri wacana. di mana terdapat enam tujuan wacana iaitu tautan. cerpen. Wacana lisan merupakan komunikasi lisan iaitu komunikasi secara langsung di antara dua pihak iaitu penutur dan juga pendengar. ceraian. buku. cerita. bab. komunikasi yang terlibat ialah komunikasi satu arah atau tidak langsung. Di mana. novel.Adenan et. Wacana lisan melibatkan bahasa badan. Dr. seorang penulis tidak dapat melihat reaksi pembaca ketika membaca hasil tulisan penulis.

penulisan wacana berformat mesti ditulis mengikut cara tertentu.Adenan et. Wacana berformat dalam bahasa Melayu mempunyai ciri-ciri tersendiri yang perlu diikuti agar konsep wacana tidak terjejas. seperti yang dinyatakan oleh Sulaiman Masri (1988). konsep wacana berformat ialah penulisan berkesinambungan yang mengandungi format-formta tertentu untuk menggariskan penampilan wacana tatabahasa secara kohesif dan koheren. catatan harian. Antara jenis-jenis wacana berformat itu adalah seperti surat kirirman rasmi. rangkai kata.Adenan et. Penulisan yang dimaksudkan adalah seperti surat kiriman tidak rasmi.al. Selain itu.al (2013). dialog. Konsep wacana berformat dalam tatabahasa bahasa Melayu merangkumi komponen-komponen yang bersepadu. ciri wacana berformat melibatkan perincian yang berasaskan beberapa penulisan berformat. berita. catatan harian. dan perbahasan. surat kiriman tidak rasmi.HBML3203 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU pengajaran penulisan bahasa Melayu dalam pengajaran penulisan di peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah.al (2013) menurut Zainol Ismail (2003). Penulisan berformat yang tidak ditulis mengikut format yang ditetapkan. syarahan. dialog. penyusunan isi dan penggunaan penanda wacana untuk menghasilkan perenggan yang kohesif dan koheren. laporan. ayat yang tepat untuk menyampaikan maklumat secara tersusun dan kohesif. selepas penulisan dan selepas penulisan. penganalisisan gaya bahasa dan penggunaannya secara koheren dalam penulisan. Jenis – jenis aplikasi wacana berformat adalah seperti aplikasi sebelum penulisan. syarahan. 2013). penyampaian isi yang bernas dalam membina kerangka penulisan. berita. laporan. ucapan.Adenan et. surat kiriman rasmi. maka boleh menjejaskan konsep wacana. Terdapat beberapa jenis aplikasi wacana berformat dalam pengajaran penulisan bahasa Melayu. Di mana seperti yang dinyatakan oleh Dr. dan tatabahasa adalah dasar dalam kecekapan berbahasa. Terdapat beberapa jenis wacana berformat yang lazim dipraktikkan di sekolah. Apabila wacana berformat diaplikasikan dalam pengajaran penulisan bahasa Melayu. Ia perlu diajar dengan terancang agar ketepatan berbahasa dengan dengan berasaskan penggunaan wacana yang jelas dapat dikuasai (Dr. pembinaan ayat utama dan huraian untuk membina perenggan yang kohesif. Menurut Dr.Adenan et. Menurut Kamarudin Husin(1988) Seperti yang dinyatakan oleh Dr.al (2013). beberapa panduan telah diberikan untuk DAMBAK ANAK UBAM (SEPTEMBER 2014) 1 8 . Di mana komponen-komponen itu adalah seperti penggunaan kata. ucapan. dan perbahasan. penentuan format penyampaian dan jenis penulisan yang sesuai untuk memberikan maklumatpengenalpastian gaya bahasa dan penggunaannya dalam penulisan.

Antara panduan – panduan itu adalah peraturan yang perlu diikuti.blogspot.com/p/fungsi-wacana-dalam-bahasa-melayu.slideshare.html DAMBAK ANAK UBAM (SEPTEMBER 2014) 1 9 .HBML3203 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU mengajar wacana berformat di sekolah rendah dan juga menengah.com/2009/07/wacana. pembinaan perenggan dan membuat semakan.0 Rujukan http://jaafar2026. 4176 Patah Perkataan 5. permulaan proses menulis. susunan penulisan.html http://www.net/AshaLee/savedfiles?s_title=tatabahasa-dalam-pengajaran-bahasamelayu&user_login=hajimeTMasia http://pelangipetang89.blogspot.

com/2012/05/konsep-kaedah-pengajaran-bahasa-melayu.html http://sekolahpulauaman.com/2011/04/pendekatankaedah-serta-caanra-mengajar.html http://achikkini.html http://sinaran-intan.blogspot.blogspot.blogspot.com/2009/07/definisi-wacana-maksud-wacana.blogspot.html http://lvwc.HBML3203 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU http://rohayatisidek.blogspot.com/2012/04/strategi-pengajaran-dan-pembelajaran.html http://rujuknota.com/2011_03_01_archive.com/p/pengenalan.html http://yazidbiz369.blogspot.html DAMBAK ANAK UBAM (SEPTEMBER 2014) 2 0 .blogspot.blogspot.com/2009/07/wacana-bahasa-melayu.com/2012_03_01_archive.html http://gurubahasamelayu.