Anda di halaman 1dari 7

KERTAS KERJA CADANGAN PROGRAM BULAN BAHASA

S.M.K GADONG 2007

Pendahuluan
Bidang Bahasa S.M.K Gadong akan mengadakan aktiviti bulan bahasa bagi
mengisi takwim bidang bahasa bagi tahun 2007. Aktiviti Bulan Bahasa ini adalah
kesinambungan dari aktiviti Bulan Bahasa pada tahun-tahun yang lepas. Bulan Bahasa ini
melibatkan aktiviti-aktiviti yang melibatkan semua tingkatan iaitu dari Tingkatan Satu
hingga Tingkatan Enam dengan membawa motto ‘Bahasa Mencerminkan Kualiti
Keperibadian’. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah diharap mendapat sambutan yang
menggalakkan daripada para pelajar. Semoga aktiviti yang dilaksanakan akan memberi
manfaat dan pendedahan kepada pelajar selain sebagai pemangkin untuk memupuk
hubungan mesra dan kerjasama dalam kalangan tenaga pengajar S.M.K Gadong.

Matlamat
Matlamat utama penganjuran Bulan Bahasa adalah bagi mencungkil bakat
terpendam pelajar-pelajar S.M.K Gadong secara menyeluruh. Di samping itu para guru
dapat mengenal pasti potensi pelajar yang mampu mengharumkan nama baik S.M.K
Gadong di peringkat yang lebih tinggi seperti pertandingn yang dianjurkan antara sekolah
atau sebagainya.

5. Menguji pengetahuan am para pelajar 3. Di samping itu memenuhi program yang telah dirancang di dalam takwim Bidang Bahasa S. Mencungkil bakat pelajar. 4. Menyemai semangat kecintaan terhadap warisan zaman berzaman masyarakat tradisional daripada luput ditelan zaman. .Objektif 1. Rasional Penganjuran Bulan Bahasa oleh Bidang Bahasa adalah sesuai dan menepati saranan Kementerian Pendidikan Malaysia supaya bakat pelajar dan potensi pelajar dapat dicungkil dari sekolah lagi. Membantu para pelajar meningkatkan keyakinan diri ketika berhadapan dengan audien. Menguji. 6.K Gadong. dan membantu meningkatkan pengetahuan bahasa.M. 2. Mewujudkan komitmen dan daya saing antara pelajar. sastera dan penggunaan bahasa yang gramatis dan tepat dalam memberi hujah dan dalam aspek penulisan. melatih. 7. Mengetahui dan menilai kepekaan para pelajar terhadap perkembangan isu semasa.

Muhamad Fared Bin Zulkafli Ustaz Ruslimi Bin Zakaria Setiausaha : Pn.Jawatankuasa Penaung : En. Panitia Kesusasteraan Melayu * Semua Pelajar Tingkatan Enam Atas 2007 . Panitia Pengajian Am e. Lil Kiplee Bin Hj. Kadir (Ketua Bidang Bahasa) Pengerusi Bersama : En.M. Normadiah Binti Liasmat Bendahari : Cik Fadzilah Binti Samsudin Ajk Program : Semua Guru Yang Terlibat Di Bawah: a.K Gadong) Penasihat : En. Umar Bin Muamat (Pengetua S. Panitia Bahasa Inggeris c. Panitia Bahasa Melayu b. Panitia Bahasa Arab d.

Cadangan tarikh pelaksanaan aktiviti Bulan Bahasa ini adalah pada ketetapan berikut: Tarikh : 23 April 2007 sehingga 27 April 2007 . Strategi Program Bulan Bahasa ini akan melibatkan penyertaan pelajar secara menyeluruh.M.K Gadong ini adalah semua pelajar dari Tingkatan Satu hingga Tingkatan Enam. Keterangan Program Program ini melibatkan pelajar S. Manakala pelajar yang menyertai pula akan dikategorikan mengikut kategori menengah rendah. Manakala Program ini akan dilaksanakan selama satu bulan (4 minggu) yakni setiap panitia akan melaksanakan aktiviti bulan bahasa sepanjang kempen bulan bahasa masih terlaksana.Kumpulan Sasaran Kumpulan sasaran bagi penganjuran Bulan Bahasa S. menengah atas dan Pra Universiti bagi tingkatan enam atas. pada tahun 2007 penganjuran Bulan Bahasa akan dilaksanakan secara lebih bersistematik dan meriah.K Gadong dari tingkatan satu hingga tingkatan enam. Pelajar juga akan dikategorikan kepada dua kategori iaitu menengah rendah dan menengah atas. Program Bulan Bahasa ini juga akan dilaksanakan pada semester pertama kerana pada semester kedua situasi pemelajaran di sekolah akan lebih tertumpu kepada peperiksaan. Justeru satu jadual pelaksanaan akan dirangka melibatkan semua panitia di bawah Bidang Bahasa bagi memastikan pelaksanaan program tidak menjejaskan proses pengajaran dan pemelajaran. Namun bagi memastikan penyertaan pelajar menggalakan.M.

S. 1.M. 2. 4.M. 2.M. 6. 4. Disemak oleh. (NORMADIAH LIASMAT) Setiausaha. 3.Jadual Pelaksanaan 1. 4.K Gadong. 4.. 2. 3.K Gadong. ………………………………. 2. 5. 6. ……………………. 3. 1. CADANGAN AKTIVITI-AKTIVITI YANG DILAKSANAKAN DALAM BULAN BAHASA S. 2. ( LIL KIPLEE KADIR) Penasihat. 3.K GADONG 2007 PANITIA BAHASA MELAYU PERTANDINGAN FORUM PIDATO KUIZ KOMSAS DAN KUIZ TATABAHASA PERTANDINGAN SUDUT BAHASA MELAYU PERTANDINGAN MEMBACA CERPEN PANITIA BAHASA INGGERIS ESSEY WRITING 7. S. 6. 5. 5. 5. 4. 5. . Program Bulan Bahasa. 3. 1. Program Bulan Bahasa. 1. ENGLISH CORNER SINGING CONTEST PUBLIC SPEAKING COIR COMPETITION DEBATE QUIZ PANITIA BAHASA ARAB SYARAHAN MENULIS ESEI NASYID PERBUALAN BAHASA ARAB PERTANDINGAN SUDUT BAHASA ARAB PANITIA PENGAJIAN AM DAN SASTERA KUIZ KENEGARAAN MENULIS ESEI ISU SEMASA PENGAJIAM AM PERTANDINGAN BAHAS KENEGARAAN PERTANDINGAN SUDUT KENEGARAAN PERTANDINGAN ‘SCRAP BOOK’ ISU SEMASA PERTANDINGAN MENGANALISIS SAJAK PERTANDINGAN DRAMA SASTERA PERTANDINGAN MENULIS CERPEN PERTANDINGAN SUDUT SASTERA PERTANDINGAN MENDEKLAMSIKAN SAJAK Disediakan oleh.

00 PAGI - PERHIMPUNAN BERMULA PROSEDUR BIASA PERHIMPUNAN SEHINGGA LAPORAN GURU BERTUGAS. - UCAPAN OLEH PENGERUSI BULAN BAHASA UCAPAN OLEH KETUA BIDANG BAHASA UCAPAN PERASMIAN OLEH TUAN PENGETUA UPACARA SIMBOLIK PERASMIAN PERSEMBAHAN DARI PELAJAR ENAM ATAS MAJLIS PERAASMIAN SELESAI DAN DITERUSKAN DENGAN PROSEDUR PERHIMPUNAN SEMULA SEPERTI BIASA .TENTATIF PROGRAM PELANCARAN PROGRAM BULAN BIDANG BAHASA 23 APRIL 2007 7.

MEN.SEK. 89808 BEAUFORT KERTAS KERJA BULAN BIDANG BAHASA SMK GADONG 2007 ANJURAN: BIDANG BAHASA SMK GADONG DENGAN KERJASAMA PANITIA BAHASA MELAYU PANITIA BAHASA INGGERIS PANITIA BAHASA ARAB PANITIA PENGAJIAN AM PANITIA KESUSASTERAAN MELAYU 23-27 APRIL 2007 ‘BAHASA MENCERMINKAN KUALITI KEPERIBADIAN’ . GADONG PETI SURAT 178. KEB.