Anda di halaman 1dari 2

Doa penutupan Karnival Bahasa Inggeris Daerah

Kuala Penyu

Ya Allah , Ya Karim Ya Wadud ,


Kami merafakkan rasa syukur kepada-Mu
kerana telah mengizinkan kami
untuk berada dan menghadiri
Karnival Bahasa Inggeris peringkat Daerah Kuala Penyu pada hari
ini
Kami juga memohon kehadhrat-Mu
agar majlis ini mendapat restu dan redha-Mu .
Ya Allah ,
Tuhan Yang Berkuasa Melaksanakan apa yang dikehendaki ,
Jadikanlah hari-hari yang kami lalui
dimulai dengan rahmat-Mu ,
pertengahannya barakah , dan disudahi dengan keampunan-Mu
Dan juga jadikanlah hari-hari yang kami lalui permulaannya
hidayah ,
pertengahannya kemenangan
dan diakhiri dengan kecemerlangan .
Ya Allah ,
Tuhan Yang Maha Esa lagi Perkasa
Kami memohon kehadrat-Mu
semoga Engkau jadikan majlis ini
sebagai satu wadah
untuk kami bersatu-padu ,

bekerjasama dan bantu-membantu di kalangan kami


demi membangunkan negara
dalam menghadapi alaf baru .
Jadikanlah juga majlis ini
sebagai usaha murni kami
untuk mengembangkan potensi anak-anak pelajar
secara seimbang
baik dalam bidang akademik
mahupun bidang ko-kurikulum .
Amin Ya Rabbalalamin
Ya Allah ,
kurniakanlah kepada kami
Iman yang teguh,mantap dan kukuh
demi menghadapi cabaran-cabaran hidup
dalam mengharungi pancaroba hidup alaf baru tahun 2015 .
Ya Allah
tunjukkanlah kami taufiq dan hidayah
jalan yang benar
dan cara-cara melaksanakan serta menghayatinya.
Jadikanlah kami insan
yang suka mendengar kebaikan
lantas melakukannya
juga jadikanlah kami insan
yang apabila mengetahui keburukan
lantas bersegera meninggalkannya .
Ya Allah , jadikanlah program kami ini
sebagai program yang diberkati dan dirahmati
Dan jadikanlah perpisahan kami selepas ini
sebagai perpisahan yang Engkau pelihara
daripada mara bahaya dan keburukan.

Anda mungkin juga menyukai