Anda di halaman 1dari 5

Karangan Jenis Cereka / Pengalaman / Keperihalan / Gambaran / Situasi

memerlukan kekuatan imaginasi dan daya kreatif yang tinggi.


Sesuatu yang ditulis itu mungkin berdasarkan pengalaman , pembacaan, atau perbualan.
cereka
Suatu hari ketika kamu tinggal sendirian di rumah, kamu telah dikejutkan oleh suara
riuh-rendah. Apabila kamu menjenguk ke luar, kamu dapati asap berkepul-kepul naik ke
angkasa dari rumah jiran kamu. Ceritakan peristiwa yang kamu saksikan itu.
1.

cerita yang hendak ditulis hendaklah berdasarkan tajuknya.

2.

cuba menulis cerita yang dapat menarik minat pembaca.

3. jangan terlalu ghairah mereka-reka cerita yang terlalu banyak khayalan kerana ini
akan menyebabkan kamu tidak dapat menyampaikan maksud dengan jelas.
4. jangan menulis sampai meleret-leret, berhati-hatilah dengan peruntukan masa yang
diberikan

Karangan Keperihalan/Gambaran

Pada musim cuti yang lalu, anda telah berpeluang menyertai Kem Motivasi Diri
yang dianjurkan oleh sekolah anda. Ceritakan pengalaman anda itu.

Pada cuti persekolahan yang lalu, saya telah berpeluang mengikuti Kem Motivasi
Diri anjuran Kelab Bimbingan Kerjaya dan Kaunseling sekolah saya. Seramai 50
orang pelajar Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima mengikuti kem tersebut.
Aktiviti yang dijalankan selama tiga hari itu telah diadakan di Kem Motivasi
Lanchang,Merlimau.

Pada hari pertama, setelah memasang khemah, semua peserta mendengar


taklimat daripada Cikgu Azizan. Selaku guru penasihat, Cikgu Azizan telah
menerangkan aktiviti yang akan dijalankan. Beliau berharap agar pelajar dapat
membina jati diri dalam menghadapi cabaran sebagai remaja menerusi aktiviti
yang akan dijalankan nanti.

Pada malamnya, sebuah kertas kerja yang bertajuk Remaja Kini dan Cabaran
telah disampaikan oleh Dr.Fadley, pensyarah daripada Universiti Putra
Malaysia(UPM). Kertas kerja tersebut mengajak peserta berfikir secara positif
dalam menempuh cabaran yang mendatang. Ramai pelajar teruja dan memberi
respons yang baik terhadap pembentangan tersebut.

Akiviti yang paling menarik sekali adalah pada hari kedua. Bagi membina
ketahanan diri, aktiviti merentas hutan dan mendaki bukit dijalankan. Peserta
telah dibahagikan kepada sepuluh kumpulan dan setiap kumpulan diberi peta
perjalanan dan sebuah kompas. Setiap kumpulan diminta mencatat nama
tumbuh-tumbuhan, unggas, dan anak sungai yang ditemui.Aktiviti tersebut
berakhir dengan jayanya walaupun terdapat peserta yang mengalami
kecederaan kecil akibat terjatuh semasa mendaki bukit yang agak curam.

Pada sebelah malamnya pula, diadakan persembahan kebudayaan daripada


setiap kumpulan. Ada yang mengadakan persembahan Dondang Sayang, Boria,
Dikir Barat dan sebagainya.Kumpulan saya mengadakan persembahan pencak
silat dan mendapat tepukan yang gemuruh daripada peserta yang lain. Tanpa
disangka-sangka juga hadiah telah diberikan kepada kumpulan kami oleh pihak
penganjur kerana telah membuat persembahan yang paling mencuri hati peserta
yang menontonnya.

Pada hari ketiga, tepat jam 9.00 pagi setelah selesai bersarapan dan mengemas
beg dan peralatan, kami telah dibenarkan pulang dengan menaiki bas yang
disewa khas oleh pihak sekolah.Kami berasa sungguh gembira.Walaupun aktiviti
yang dijalankan mengambil masa yang singkat, tetapi sekurang-kurangnya dapat
membina keyakinan para peserta untuk menghadapi cabaran hidup yang bakal
menjelma nanti.

Soalan
Anda dengan beberapa orang rakan sedang menuju ke sebuah
pulau. Dalam perjalanan, hujan lebat turun dan rebut melanda.
Dengan tiba-tiba perahu yang anda dan rakan-rakan anda naiki
karam. Ceritakan pengalaman anda itu.
Nota

Keperihalan merupakan karangan yang memerlukan murid memerihalkan atau


menggambarkan sesuatu yang dilihat, didengan atau dialami sendiri.
Karangan ini ditulis berdasarkan pengalaman atau khayalan sendiri. Disebabkan
itu daya imaginasi yang tinggi diperlukan untuk menghasilkan karangan yang
menarik dan gramatis.
Keperihalan yang lengkap perlu ada pendahuluan, isi-isi penting dan penutup.

Lazimnya, bahagian pendahuluan digambarkan perkara awal sebelum perkara


seterusnya terjadi. Perkara akhir akan dimuatkan pada bahagian penutup yang
mana perasaan anda terhadap keseluruhan cerita.
Latihan :
Pada cuti persekolahan yang lalu, anda telah mengikut rakan anda pulang ke
kampung datuk dan neneknya. Sepanjang bercuti di sana, anda telah melalui
pelbagai pengalaman manis dan baru. Ceritakan pengalaman anda itu.

Pada cutu persekolahan yang lalu, aku telah mengikut rakan rapatku, Khabir
pulang ke kampung datuk dan neneknya di Kuala Kangsar, Perak. Kami bertolak
ke Kuala Kangsar menaiki bas ekspres dari Kuala Lumpur. Sepanjang perjalanan
ke sana, hatiku sangat gembira kerana inilah kali pertama aku berpeluang untuk
bercuti di kampung.

Kedatangan kami berdua disambut oleh datuk dan nenek Khabir, iaitu Tuk
Mat dan Nek Mah dengan gembira. Pada sebelah malamnya, setelah bersolat
Maghrib berjemaah, aku dan Khabir membantu Nek Mah menghidangkan makan
malam di dapur. Lauk asam pedas keladi, ikan keli berlada, dan gulai ayam
kampung yang dimasak oleh Nek Mah sangat menyelerakan. Pada keesokan
paginya, Nek Mah merebus ubi kayu, menanak pulut, membuat sambal ikan bilis,
dan menggoreng ikan perkasam.Aku menikmati sarapan dengan berselera.

Setelah bersarapan,kami mengikuti Tuk Mat pergi ke dusun duriannya. Kami


pergi ke dusun Tuk Mat menaiki lori. Aku dan Khabir berasa sangat gembira
ketika berada di dusun Tuk Mat. Kami berdua begitu asyik mengutip buah durian
yang gugur. Banyak buah durian yang dapt kami kumpulkan. Tuk Mat menyuruh
aku mengopek buah durian untuk dimakan. Pada mulanya, agak sukar untuk aku
mengopek buah durian tersebut, Namun, setelah diberikan tunjuk ajar oleh Tuk
Mat, akhirnya aku berjaya mengopek buah durian itu. Rasa buah durian tembaga
di dusun Tuk Mat itu sungguh manis dan sedap. Selepas itu, kami membantu Tuk
Mat menjual buah durian yang telah dikutip itu di gerainya di tepi jalan. Kami
tersenyum riang apabila menerima upah daripada Tuk Mat.

Pada keesokan harinya, Tuk Mat telah mengajar kami cara membuat dan
bermain wau. Permainan tradisional ini sungguh menyeronokkan, tetapi
memerlukan kemahiran yang tinggi untuk membuatnya. Malah, aku juga dapat
merasa kedinginan mandi air perigi di belakang rumah Tuk Mat. Airnya sangat
sejuk dan menyegarkan badan. Pada sebelah petangnya, kami berdua mengikut
Tuk Mat menjala ikan di Sungai Panjang yang terletak di hujung kampung. Banyak

ikan sungai yang kami peroleh seperti lampam dan tilapia. Ikan sungai yang kami
tangkap menjadi lauk pada malam itu.

Sebelum pulang, Tuk Mat dan Nek Mah membawa kami berkelah di Air Terjun
Hutan Sehijau. Pemandangan di air terjun itu sangat cantik. Malahan, airnya
sangat jernih dan udaranya juga sangat nyaman. Di sana, aku, Khabir dan Tuk
Mat berpeluang memancing ikan dan bermandi-manda dengan sepuas hati.

Sesungguhnya, pengalaman bercuti bersama-sama Khabir, Tuk Mat dan Nek


Mah merupakan pengalaman manis yang sangat berharga untuk diriku.
Walaupun berasa sedih kerana terpaksa meninggalkan Tuk Mat dan Nek Mah,
namun aku berjanji akan mengikut Khabir pulang ke kampungnya lagi pada cuti
persekolahan yang akan datang.
Pada suatu hari minggu, ketika anda dan teman-teman tiba di sekolah untuk
bermain bola sepak, tiba-tiba anda melihat suatu kejadian kecurian. Anda segera
bertindak untuk menyelamatkan harta benda sekolah. Ceritakan pengalaman
yang anda tempuhi itu.

Pada hari Ahad yang lalu, cuaca pada petang itu sungguh sejuk dan nyaman
sekali. Aku kemudiannya mengambil keputusan untuk bermain bola sepak di
padang sekolah yang terletak berhampiran dengan rumahku. Aku kemudiannya
menelefon kawan-kawanku untuk mendapatkan persetujuan mereka. Kawankawanku bersetuju dengan cadanganku dan berjanji akan ke padang sekolah
pada jam 5.00 petang.

Aku dan rakan-rakanku tiba di hadapan pintu pagar sekolah tepat jam 5.00
petang. Kami dapati suasana agak sunyi sepi seperti dilanggar geroda.Kelibat
pengawal keselamatan juga tidak kelihatan. Kebiasaannya pengawal
keselamatan yang bertugas di pondok keselamatan akan menahan mereka yang
masuk ke kawasan sekolah.

Sewaktu kami sedang menongkatkan basikal kami di garaj tempat meletak


basikal, kami terdengar suatu bunyi yang pelik seperti orang sedang mengumpil
sesuatu. Dengan berhati-hati aku dan rakan-rakanku pergi ke arah bunyi
tersebut. Alangkah terkejut kami apabila terlihat dua lembaga sedang cuba
mengumpil peti sumbangan derma yang berada di dalam surau sekolah kami.

Bukan itu sahaja, terdapat dua lembaga lagi sedang mengangkat peti televisyen
dan alat pemain video yang turut berada di dalam surau itu. Aku dan rakanrakanku mengambil keputusan untuk berpecah kepada dua kumpulan. Aku dan
beberapa orang sahabatku akan memantau pergerakan lembaga-lembaga
tersebut, manakala beberapa orang yang lain akan pergi mendapatkan bantuan
secepat mungkin.

Tiba-tiba salah seorang daripada lembaga tersebut merenung tepat ke arah


tempat kami sedang menyorok. Kami berasa ketakutan yang amat sangat
memandangkan kemungkinan lembaga-lembaga tadi memiliki senjata yang
berbahaya. Melihatkan lembaga-lembaga tersebut bergerak ke arah kami, kami
pun terus berlari untuk menyelamatkan diri dari tertangkap. Malangnya sahabat
kami Ali, telah terjatuh ketika cuba melarikan diri tadi. Kami tiada pilihan lain
selain kembali mendapatkan Ali. Kami bimbang sekiranya kami tidak
menyelamatkan Ali, kemungkinan besar dia akan dicederakan oleh lembagalembaga tadi.

Berbekalkan semangat dan ilmu persilatan yang kami pelajari di sekolah, kami
berjaya menangkis serangan yang bertubi-tubi daripada lembaga-lembaga yang
tidak dikenali itu. Semasa kami sedang sibuk mempertahankan diri masingmasing, sahabat kami yang lain telah berjaya mendapatkan bantuan daripada
pihak polis yang kebetulan lalu di hadapan sekolah kami. Pihak polis segera
melepaskan tembakan amaran yang menyebabkan kami dan juga lembagalembaga tersebut terkejut.

Kami segera meletakkan tangan di atas kepala masing-masing begitu juga


dengan lembaga-lembaga itu tadi.Pihak polis kemudiannya menggari tangan
lembaga-lembaga yang bertopeng itu dengan pantas. Kami kemudiannya telah
diminta ke Balai Polis Merlimau untuk membantu siasatan. Tidak kami sangka
bahawa kami telah menjadi hero pada hari yang bersejarah itu. Kami juga
beryukur kerana tiada sesiapa antara kami yang mengalami kecederaan yang
serius. Peristiwa ini pastinya akan sentiasa kami kenang sehingga akhir hayat
kami.

Anda mungkin juga menyukai