Anda di halaman 1dari 17

PENGENALAN

Pepatah Melayu menganalogikan guru sebagai lilin membakar diri bagi menerangi
orang lain masih relevan dalam era globalisasi. Guru sanggup berkorban jiwa dan raga
demi melahirkan generasi cemerlang dari segi budaya, agama, sahsiah dan pemikiran.
Namun, golongan guru boleh menguntum senyuman kerana jasa mereka terpapar pada
kejayaan dikecapi, bukan saja murid diajar bahkan pada setiap pelosok pembangunan.
Inilah lilin yang membakar diri demi kebahagiaan orang lain. Betul kata pujangga
Usman Awang yang berpendapat bahawa setiap kejayaan dicapai manusia, titik
pangkalnya bermula daripada guru. Meskipun guru tidak boleh bermegah dengan
kejayaan anak didik mereka, guru harus bangkit daripada kesibukan bagi memberi
didikan kepada anak bangsa untuk mencapai kejayaan cemerlang.
Benarlah Islam meletakkan profesion guru itu tinggi darjatnya. Hakikat ini ditunjukkan
sendiri Imam Shafie ketika beliau pada saat-saat hampir menghembuskan nafas
terakhir, meminta anak muridnya mengajar sesuatu kepadanya. Beliau tahu betapa
tingginya martabat orang yang mengajar, begitu juga orang yang belajar di sisi Tuhan.
Dalam era globalisasi ini, guru menghadapi pelbagai cabaran semasa yang menguji
ketahanan dan kesabaran guru di Malaysia. Antara cabaran-cabaran semasa yang
dihadapi oleh guru ialah kepelbagaian budaya, pendemokrasian pendidikan, integrasi
nasional dan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi.

CABARAN KEPELBAGAIAN BUDAYA


Menurut Kamus Dewan Edisi ke- 3,1996, m/s:180 menyatakan bahawa budaya
dapat ditakrifkan sebagai tamadun atau peradaban. Budaya juga bermaksud kemajuan
fikiran atau akal budi (cara berfikir dan berkelakuan) . Budaya seringkali dikaitkan
dengan etnik, agama, jantina sosio ekonomi serta latar belakang keluarga. Aspek-aspek
ini adalah saling berkait antara satu sama lain bagi menggambarkan akan kepelbagaian
yang wujud di antara murid di dalam sesebuah bilik darjah. Sebagai guru perlulah tahu
bahawa setiap individu murid itu mempunyai budaya, latar belakang keluarga dan tahap
sosioekonomi yang berbeza-beza yang mana sedikit sebanyak memberi kesan kepada
pembelajaran mereka.
Oleh yang demikian pemahaman yang mendalam terhadap kepelbagaian murid
yang wujud bukan hanya dilihat dari segi tahap pembelajaran mereka bahkan juga
pemerhatian yang teliti perlu diberikan kepada budaya, etnik, bangsa, agama, latar
belakang

keluarga,

sosioekonomi

dan

gaya

pembelajaran

murid

itu

sendiri.

Kepelbagaian yang wujud antara murid perlu dikaji dan difahami dengan sebaiknya
dalam membantu untuk memahami gaya pembelajaran dan diselitkan dengan latar
belakang budaya setiap orang murid dalam menentukan strategi pengajaran yang lebih
berkesan.
Kebiasaannya guru berhadapan dengan dua cabaran yang besar iaitu kerenah
murid yang datang dari pelbagai budaya dan memastikan gaya pengajaran yang
disampaikan sesuai dengan gaya pembelajaran murid. Guru yang memahami
pembelajaran dan perbezaan budaya akan berusaha bersungguh-sungguh dalam
menangani cabaran yang wujud dalam bilik darjah. Perlakuan mereka perlu dibentuk
melalui pendidikan dan asuhan yang terbaik dengan memahami latar belakang identity
diri mereka tidak kira dari segi budaya, etnik, usia, jantina, sosio ekonomi, gaya
pembelajaran dan sebagainya.
Konsep ini dipilih adalah berdasarkan keperluan guru untuk memahami bahawa
terdapat perbezaan antara setiap murid dengan murid yang lain. Hal Ini mendesak guru
untuk menggunakan kemahiran yang optimum dalam pengurusan bilik darjah. Malah
adalah penting bagi guru memahami tingkah laku dan budaya murid terlebih dahulu
supaya sebarang tindakan dapat dilakukan mengikut kaedah yang betul dan tepat.

Kepelbagaian pengajaran yang sesuai dengan tahap serta gaya pembelajaran murid
akan memberi faedah kepada semua murid tanpa mengira kepelbagaian yang wujud di
dalam sesebuah bilik darjah. Dengan kata lain, meningkatkan metodologi pengajaran
dan amalan bagi murid-murid tertentu akan menghasilkan pembaikan pengajaran untuk
semua.
Dari segi murid yang pelbagai budaya, guru perlu memikirkan cara yang
tersendiri dalam memberikan kesamarataan pembelajaran yang selari untuk semua
murid-muridnya tanpa mengira budaya. Oleh yang demikian guru harus memahami
murid-muridnya sama ada Melayu, Cina mahu pun India yang mempunyai tahap
kefahaman dan gaya pembelajaran yang berbeza-beza antara satu sama lain.
Secara kesimpulannya, kepelbagaian murid, gaya pembelajaran, dan budaya
merupakan tiga aspek penting serta secara tidak langsung menjadi cabaran utama
dalam menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Kepekaan guru
terhadap kepelbagaian ini adalah sangat penting dalam dunia pendidikan. Apa jua
cabaran yang mendatang, inilah dunia pendidikan yang sebenar dalam menyatukan
kepelbagaian murid yang pelbagai budaya

LANGKAH-LANGKAH MENGHADAPI CABARAN KEPELBAGAIAN BUDAYA


Sebagai pendidik, adalah sangat penting untuk mengetahui peranan guru
dalam usaha memberikan pendidikan yang seimbang kepada semua murid dari
pelbagai kaum dan latar belakang. Pengetahuan ini akan menghakis sikap prejudis
guru

dalam

menangani

kepelbagaian

sosio-budaya

murid,

mengendalikan aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran.

khususnya

Dengan cara

ini

ketika
satu

suasana pembelajaran yang interaktif akan terbentuk dan pembelajaran akan menjadi
menyeronokkan.
Semua guru yang mengajar di dalam kelas harus menjalankan tugas dengan
penuh dedikasi dan bersikap profesional. Guru tidak seharusnya membezakan bangsa
murid dan tidak mengelompokkan murid mengikut kaum tertentu sahaja. Murid dari
kaum

dan

jantina

berlainan

juga

harus

ditempatkan

dalam

satu

kumpulan

yang sama supaya peluang untuk berinteraksi terbuka luas.


Guru harus berusaha menolong murid memahami dan membentuk nilai sikap,
tingkah laku yang sesuai. Guru harus melayan keperluan murid ke arah perkembangan
potensi secara optimum. Murid harus dibantu untuk memahami kekuatan dan
kelemahan yang ada kepada diri mereka. Guru perlu berusaha untuk membantu murid
memilih kerjaya yang sesuai dengan tahap pencapaian mereka. Guru perlu membantu
murid membina konsep positif kendiri, memberi tunjuk ajar untuk mengatasi masalah
akademik dan meningkatkan prestasi akademik murid yang lemah melalui pengajuran
kem motivasi dan sebagainya.
Guru bertanggungjawab membentuk komuniti pembelajaran yang mesra murid
berasaskan latar belakang dari pelbagai sosio-budaya. Langkah-langkah pencegahan
perlu dilakukan oleh guru untuk menyekat aktiviti-aktiviti yang tidak diingini seperti
pergaduhan

antara

kaum,

pembentukan

kumpulan

berdasarkan

etnik

dan

meniupkan api perkauman dalam kalangan murid.


Guru tidak harus menyentuh atau mempertikaikan kepercayaan yang diamalkan
murid-murid mereka. Setiap kepercayaan dan nilai harus diterima seadanya. Isu-isu
sensitif dan berkaitan agama murid yang berlainan kaum tidak harus dipertikaikan. Guru
harus mengurangkan bahasa dialek dan mengunakan bahasa yang standard dan rasmi
untuk memberi peluang yang sama rata kepada semua murid untuk mengambil
bahagian dalam aktiviti pembelajaran.
Guru harus merancang aktiviti pembelajaran yang boleh disertai oleh semua
murid, tanpa mengira jantina, bangsa dan agama. Isu yang mempunyai unsur bias
kepada mana-mana agama atau bangsa mesti dielakkan untuk memberi peluang
yang sama kepada setiap murid menerokai aktiviti pembelajaran. Bagi murid yang
kecelaruan adalah menjadi tanggungjawab guru untuk membentuk persepsi yang positif
dalam kalangan murid supaya mereka tidak terus hidup dengan kecelaruan tersebut.
Guru perlu mencatatkan kemajuan dan kelemahan yang terdapat dalam
pengajaran dan pembelajaran tersebut dan mencari peluang bagi pengubahsuaian
serta mengemukakan pandangan dan cadangan bagi menyelesaikan beberapa
masalah

pembelajaran

supaya

pengajaran

dan

pembelajaran

berikutnya

dapat dilaksanakan secara lebih sempurna dan mempunyai penambahbaikan.

CABARAN-CABARAN
Mengikut Kamus Dewan pendemokrasian bermakna peluang, tindakan atau
proses manakala pendidikan

bermaksud mendidik dengan ilmu pengetahuan.

Pendemokrasian pendidikan bermaksud memberi peluang-peluang yang sama untuk


semua kanak-kanak mendapatkan pendidikan. Pendemokrasian pendidikan itu
ditegakkan atas beberapa prinsip antaranya setiap orang adalah berhak ke atas
pendidikan. Pendidikan haruslah boleh dipelajari secara bebas, tanpa sebarang
sekatan-sekatan yang tertentu atau setidak-tidaknya pada peringkat asas.
Kegagalan untuk mendapatkan peluang pendidikan yang berkualiti telah
membataskan peluang masyarakat tidak beruntung (disadvantaged) di luar bandar
untuk maju dalarn bidang ekonomi dan sosial. Kedudukan ini jika tidak diatasi dengan
intervensi dan pelaksanaan dasar yang berkesan akan melahirkan fenomena kitaran
sosial

(social

reproduction).

Sekali

gus

fenomena

ini

melebarkan

jurang

ketidakberuntungan antara masyarakat bandar dan luar bandar. Untuk memecahkan


kebuntuan ini pendidikan merupakan mekanisme berkesan untuk mengubah status
sosioekonomi dan mobiliti sosial masyarakat yang boleh membawa kepada perubahan
dan pemodenan (Inkeles, 1974; Abd. Rahim, 2002).
Walau bagaimanapun hasrat untuk melaksanakan konsep pendemokrasian
secara menyeluruh dalam bidang pendidikan menjadi sukar kerana negara masih
berdepan dengan faktor kepelbagaian latar belakang kaum, status sosioekonomi,
demografi, geografi dan saiz populasi masyarakat. Masalah ini menjadi lebih sukar
dengan wujudnya perbezaan kategori, saiz dan jenis sekolah, kepelbagaian etnik,
identiti masyarakat, hak autonomi dalam pengurusan sekolah dan kepentingan politik
kaum-kaum tertentu dalam pendidikan. Persoalan yang sering timbul dalam proses
perancangan, penggubalan dasar dan peruntukan belanjawan negara untuk institusi
sekolah adalah bagaimana cara yang paling strategik dari aspek pendidikan, sosial dan
ekonomi untuk memastikan peluang pendidikan asas yang berkualiti dapat diterima
oleh setiap murid tanpa mengira lokasi sekolah, jenis sekolah, kategori sekolah dan
status sosioekonomi murid (World Bank, 1980).

Di Malaysia, sekolah kecil di luar bandar telah diklasifikasikan oleh Kementerian


Pendidikan Malaysia berada dalam situasi kurang beruntung kerana kurang prasarana
yang berkualiti dalam banyak aspek. Faktor ini memberi kesan besar kepada
pencapaian akademik murid. Sebilangan besar sekolah rendah di luar bandar Malaysia
yang berperanan menyediakan pendidikan asas adalah bersaiz kecil, namun mereka
berdepan dengan masalah kekurangan kemudahan asas dan input pendidikan seperti
kualiti guru, dan bahan pengajaran. Banyak hasil kajian dasar dan ilmiah (Bahagian
Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, BPPDP, 1979, 1980, 1994, 1995,
1998; Suhaimi, 1997; Isahak, 1995; Sharifah, 2000) telah memperlihatkan bahawa
input-input pendidikan seperti kualiti guru, bahan pengajaran dan kemudahan asas
mempunyai kesan yang kuat kepada prestasi sekolah secara umumnya.
Cabaran yang terakhir ialah masalah kesanggupan murid dan masalah kualiti
murid. Masalah kesanggupan para murid untuk meneruskan pelajaran timbul akibat
tarikan peluang pekerjaan yang agak luas terutamanya yang ditawarkan oleh sektor
perkilangan. Tawaran gaji yang agak lumayan serta lain-lain insentif yang menarik serta
syarat-syarat kelayakan permohonan yang rendah memindahkan minat mereka
daripada meneruskan pelajaran.
LANGKAH-LANGKAH
Peranan guru dalam usaha menyokong pembentukan tiga teras utama yang
ditekankan dalam usaha pembinaan negara bangsa, iaitu memperkukuhkan perpaduan,
membina identiti nasional dan semangat kebangsaan serta membangun sumber
manusia bersesuaian dengan keperluan menghadapi globalisasi adalah sangat penting.
Oleh demikian penting bagi setiap guru memahami peranan dan tanggunjawab masingmasing. Hal ini kerana peranan dan tanggungjawab guru sememangnya memberi
impak yang besar dan mendalam dalam diri setiap individu itu.
Kerajaan

telah

mengambil

pelbagai

inisiatif

bagi

mengatasi

cabaran

pendemokrasian pendidikan. Selain daripada pendidikan percuma atau tidak dikenakan


apa-apa bayaran, beberapa langkah sokongan yang lain telah diwujudkan bertujuan
memantapkan pelaksanaan agenda pendemokrasian pendidikan dalam aspek ini,

Bantuan buku-buku teks melalui Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT), Rancangan
Makanan Tambahan (RMT),Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAMP) dan
pemberian biasiswa oleh Kementerian Pendidikan atau lain-lain agensi bagi mereka
yang layak diadakan bertujuan agar kemiskinan tidak dijadikan alasan untuk seseorang
itu tidak bersekolah. Guru haruslah melaksanakan dan menjalankan tanggungjawab
mereka dengan adil dan ikhlas. Setiap bantuan kerajaan haruslah diberi dengan adil
tanpa sikap pilih kasih.
Kerajaan juga telah meningkatkan kemudahan dan infrastruktur pendidikan iaitu
kemudahan-kemudahan untuk proses pengajaran dan pembelajaran seperti asrama,
Pusat Sumber Sekolah, komputer, tenaga pengajar yang berkualiti, sukan dan
sebagainya.

Dalam

perkembangan

berkaitan,

usaha

memperbaiki

prasarana

pendidikan luar bandar diteruskan umpamanya dengan membina asrama desa di setiap
daerah, dengan keutamaan diberikan kepada kawasan pendalaman. Guru haruslah
menggunakan segala kemudahan yang disediakan secara optimum dalam mendidik
anak bangsa kita. Guru juga haruslah lengkap dengan ilmu pengetahuan tentang ICT
bagi memastikan segala tunjuk ajar dapat difahami secara optimum oleh murid-murid.
Guru perlu sentiasa bertindak dalam memastikan ruang pembelajaran murid
tidak terganggu dengan perbezaan latar belakang, kelas sosial dan kaum masingmasing dengan cara tidak membezakan mereka di antara satu sama lain. Contohnya,
guru akan memastikan murid dari pelbagai latar belakang ditempatkan dalam satu
kumpulan yang sama semasa melakukan aktiviti berkumpulan. Hal ini akan memberi
peluang kepada murid untuk berinteraksi sesama sendiri secara terbuka seterusnya
mewujudkan pergaulan yang tidak berkelompok dan tanpa sekatan budaya dan
masyarakat. Suasana pembelajaran yang menyeronokkan akan terbentuk dan ini dapat
membantu guru untuk mengawal persekitaran bilik darjah dengan berkesan.
Guru juga perlu memberi peluang sama rata kepada semua murid untuk
mengambil bahagian dalam aktiviti pembelajaran. Aktiviti P&P perlulah dipastikan tidak
mempunyai unsur bias kepada mana-mana murid bagi memberi peluang kepada setiap
murid untuk menerokai aktiviti pembelajaran. Kemajuan dan kelemahan setiap murid
perlu dicatat dan diambil tindakan dengan cara membuat penambahbaikan terhadap

mutu P&P selain daripada membimbing murid untuk mempertingkatkan prestasi tanpa
membezakan antara satu sama lain.
CABARAN-CABARAN
Teknologi Maklumat (Information Technology) atau IT dan Teknologi Maklumat
dan Komunikasi (Information and Communication Technology) atau ICT merupakan
teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data. Definisi teknologi maklumat boleh
diringkaskan sebagai satu proses pengaliran, penyebaran, pemprosesan dan
penyimpanan maklumat menggunakan perantaraan teknologi. Seperti yang diketahui
umum, teknologi disifatkan sebagai satu bentuk pemudah cara yang membolehkan
pengaliran maklumat menjadi sangat pantas.
Terdapat pelbagai isu dan masalah yang timbul berhubung dengan penggunaan
internet dalam kalangan murid dan guru untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran ini
Menurut Zoraini (2000) dalam proses mengimplementasikan program berasaskan
komputer di sekolah, seseorang guru biasanya dilatih tetapi bilangannya amat terhad.
Sunal (1996) mendapati pembelajaran yang bermakna boleh dicapai melalui
penggunaan sumber daripada internet oleh murid. Namun demikian perkara ini tidak
akan berlaku sekiranya pengetahuan dan pengalaman seseorang guru adalah terhad
terhadap penggunaan internet.
Maklumat yang banyak di internet yang tidak ditapis akan mendatangkan bahaya
dan kemudaratan khususnya kepada murid, yang menjadi antara golongan pelayar
internet teramai di Malaysia. Kajia yang telah dijalankan oleh School Board Foundation
dalam Thomas (2000) mendapati ibubapa bimbang terhadap laman web lucah, 27%
bimbang tentang keganasan dan 20% bimbang tentang kandungan kebencian.
Penghasilan bahan pengajaran secara talian dalam kalangan guru masih lagi di tahap
yang rendah. Hal ini disebabkan kebanyakan para guru tidak mempunyai pengalaman
untuk membina laman web. Hal ini diakui melalui kajian Foong (1999) menunjukkan
hanya 12.5% daripada guru di Selangor mempunyai pengalaman dan pengetahuan
mereka bentuk laman web. Kekurangan kemahiran ini telah membataskan guru untuk
menghasilkan bahan pengajaran secara talian.
Kajian yang dijalankan oleh Sunal (1996) mendapati masalah
utama penggunaan internet dalam pengajaran ialah keperluan untuk menambah akses

internet supaya proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Kajian
juga menunjukkan guru memerlukan kemudahan mengakses internet di dalam kelas.
Untuk mencapai tahap penggunaan yang optima, beberapa komputer diperlukan untuk
kegunaan di dalam bilik darjah. Namun demikian,kemudahan ini sukar diperolehi
kerana kebanyakan sekolah hanya menawarkan akses internet untuk satu atau dua
komputer yang terletak di perpustakaan atau makmal komputer sahaja.
Penggunaan internet walaupun ada kebaikan tetapi terdapat kekurangan di
mana murid yang selalu mengakses internet lebih tertarik untuk duduk di hadapan
komputer tanpa memikirkan kehidupan sosial sama ada dalam keluarga dan
masyarakat. Senario ini akan menyebabkan murid menjadi pasif dan kurang
berkomunikasi apabila berhadapan dengan orang ramai, sedangkan untuk menjadi
seorang murid yang berdaya saing, mereka berkeupayaan untuk memberikan idea-idea
yang bernas dan berkualiti bagi memantapkan kerjaya dan pembangunan kerjaya
mereka kelak.

LANGKAH-LANGKAH
Inisiatif guru sendiri sangat penting dalam menjayakan penggunaan komputer
dan internet dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kajian yang dijalankan oleh
Zoraini (2000) mendapati kebanyakan guru yang dapat menggunakan teknologi
maklumat dengan efektif menguasai kemahiran mereka melalui pembelajaran sendiri
dan memiliki komputer sendiri di rumah. Guru yang mepunyai karektor sebegini
sentiasa mengikuti perkembangan teknologi terkini kerana minat dan inisiatif sendiri.
Abd. Latif (2002) dalam kajiannya menyatakan kebanyakan guru pelatih di UPSI
memperoleh pengetahuan dan kemahiran teknologi internet daripada rakan sekerja
berbanding mengikuti kursus
Dalam usaha melahirkan guru yang mahir menggunakan komputer dan internet,
latihan yang berkesan perlu diberikan kepada para guru. Sehubungan dengan itu, para
guru telah diberi pinjaman untuk pemilikan komputer bagi meluaskan pengetahuan
mereka tentang kemudahan dan penggunaan komputer dan ICT. Untuk mencapai
kejayaan dalam sesuatu inovasi dalam pendidikan, seharusnya penglibatan para guru

di awal-awal telah diketengahkan. Para guru perlu diberi latihan, kursus, malumat dan
pengetahuan yang seiring dengan perkembangan teknologi khususnya dalam internet
dan

ICT. Pelbagai

program

latihan

dilaksanakan

bagi

menggalakkan

guru

mempertingkatkan profesionalisme mereka secara berterusan khususnya di dalam


mengatasi penggunaan internet
Keberkesanan penggunaan teknologi maklumat juga bergantung kepada
keterbukaan warga pendidik menerima teknologi maklumat dalam elemen pengajaran
dan pembelajaran yang di rancangkan oleh mereka. Warga pendidik contohnya guru,
yang menjadi nadi dan tulang belakang bagi menjana keberkesanan pendidikan secara
keseluruhannya. Perkembangan pesat dalam penggunaan teknologi maklumat dalam
pendidikan merupakan satu jalan yang cerah untuk menjayakan pendidikan bertaraf
dunia.
Menurut Skinner (1974), melalui teori pembelajaran behaviorisme pembelajaran
berlaku apabila seseorang bertindakbalas terhadap rangsangan dan kemudiannya
diberi pengukuhan. Teori kognitisme pula menegaskan pembelajaran merupakan satu
proses maklumat diterima, diproses dan disimpan dalam pemikiran seseorang.
Implikasi ini menunjukkan maklumat dianggap sebagai objek yang boleh dipindahkan
kepada murid (Newell, 1990). Di bawah pembelajaran secara behaviorisme dan
kognitisme setiap guru berperanan sebagai penyampai maklumat dan memastikan
bahawa murid telah mempunyai pengetahuan sedia ada.
Semasa pembelajaran kontruktivis guru berperanan sebagai pembimbing atau
fasilitator yang mana melibatakan pembelajaran secara koperatif dan koloboratif dan
belajar melalui penerokaan. Pembelajaran secara penerokaan boleh digunakan oleh
para guru untuk menghubungkan antara teori kontruktivisme dengan proses pengajaran
dan pembelajaran. Seharusnya guru yang akan mengaplikasikan pembelajaran secara
kontruktivis dan kognitisme perlu lebih dahulu memahami dan mendalami pengetahuan
dalam komputer dan ICT bagi memudah caranya mengajar kelak.
Dengan integrasi teknologi, peranan guru telah bertukar daripada penyampai
maklumat kepada penyelaras sumber pembelajaran. Guru sekarang berperanan
sebagai fasilitator, pengurus, kaunselor dan pakar motivasi. Peranan guru ini
membolehkan para guru bebas bekerja secara individu atau dalam kumpulan kecil dan

meninggalkan cara pengajaran formal yang lama. Guru membantu murid mencari
maklumat dari pelbagai sumber dengan adanya teknologi maklumat dan komunikasi
CABARAN-CABARAN
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1994) Integrasi bermakna penggabungan atau
pergabungan dua atau lebih beberapa kaum menjadi satu kesatuan. Integrasi
Nasional pula membawa maksud satu proses yang menyatupadukan pelbagai
kelompok etnik dalam masyarakat melalui pengenalan atau pengwujudan satu identiti
yang sama. Di dalam konteks kehidupan masyarakat Malaysia pada hari ini, pihak
kerajaan amat menitikberatkan tentang soal perpaduan dan integrasi nasional dalam
kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini.
Melaksanakan integrasi nasional dalam bilik darjah merupakan satu cabaran
besar bagi seorang guru. Pelbagai kekangan dan permasalahan akan wujud dalam bilik
darjah. Kebiasaannya guru berhadapan dengan dua cabaran yang besar iaitu kerenah
murid yang datang daripada pelbagai budaya dan bangsa serta memastikan gaya
pengajaran yang di sampaikan sesuai dengan gaya pembelajaran murid. Pengurusan
bilik darjah yang berkesan merupakan satu faktor utama dalam menentukan
keberkesanan integrasi nasional dalam bilik darjah dengan menjadikan murid sebagai
subjek utama.
Perbezaan agama dan kebudayaan merupakan cabaran melaksanakan integrasi
nasional. Tiga kaum yang utama di Malaysia ialah Melayu, Cina dan India. Melayu
adalah satu kaum yang beragama Islam, berbahasa Melayu dan mengamalkan budaya
Melayu. Kebanyakkan kaum Cina pula beragama Buddha, Taoisme dan Kristian serta
berbahasa Mandarin, Hokkien, Hakka, Kantonis atau Teochew. Kebanyakan kaum India
pula beragama Hindu, bertutur Tamil, Malayalam dan Hindi.
Kegiatan ekonomi berbeza telah mewujudkan jurang pendapatan berbeza antara
kaum dan menimbulkan rasa tidak puas hati dan persaingan ekonomi secara tidak
sihat. Jurang pendapatan antara kaum di Malaysia adalah terlalu luas terutama bagi
kaum Bumiputera di Sarawak dan Sabah. Kemungkinannya ini disebabkan sistem
ekonomi mereka yang tidak bergantung kepada wang tunai, contohnya makanan dan
rumah sebahagiannya dihasilkan dari keluaran hutan tanpa perlu dibeli. Jurang yang

wujud antara masyarakat bandar dan luar bandar dalam pelbagai bidang berpunca
daripada deprivasi yang dihadapi oleh masyarakat luar bandar untuk mendapat
pendidikan yang berkualiti (Deepa, 2000). Darling-Hammond (1997) di dalam 0' Hair,
(Foundations of Democratic Education) menjelaskan pendidikan yang berkualiti untuk
semua sangat perIu dilaksanakan dalam masyarakat yang mengamalkan

konsep

demokrasi. Guru yang memahami pembelajaran dan perbezaan budaya akan berusaha
bersungguh-sungguh dalam menangani cabaran yang wujud dalam bilik darjah. Murid
merupakan aset utama yang boleh dikategorikan sebagai pelanggan bagi setiap guru
dalam bilik darjah. Golongan ini akan sentiasa bersama setiap kali proses pengajaran
dan pembelajaran berlangsung dalam bilik darjah. Perlakuan mereka perlu dibentuk
melalui pendidikan dan asuhan yang terbaik dengan memahami latar belakang indentiti
diri mereka tidak kira dari segi budaya, etnik, usia, jantina, sosioekonomi, stail
pembelajaran dan sebagainya.
Yang pastinya dalam sesebuah bilik darjah itu tidak akan lari daripada cabaran
kepelbagaian murid yang wujud di dalamnya. Apa yang penting adalah guru perlu
memahami bahawa terdapat perbezaan antara individu murid atau kumpulan murid
dengan yang lain yang mendesak guru untuk menggunakan kemahiran yang optimum
dalam pengurusan bilik darjah. Penting bagi guru memahami tingkah laku dan budaya
murid terlebih dahulu supaya sebarang tindakan dapat dilakukan mengikut kaedah yang
betul dan tepat.

LANGKAH-LANGKAH
Terdapat pelbagai langkah boleh diambil oleh guru bagi menghadapi cabarancabaran semasa ini. Guru perlu sentiasa bertindak dalam memastikan ruang
pembelajaran murid tidak terganggu dengan perbezaan latar belakang, kelas sosial dan
kaum masing-masing dengan cara tidak membezakan mereka di antara satu sama lain.
Contohnya, guru akan memastikan murid dari pelbagai latar belakang ditempatkan
dalam satu kumpulan yang sama semasa melakukan aktiviti berkumpulan. Hal ini akan
memberi peluang kepada murid untuk berinteraksi sesama sendiri secara terbuka
seterusnya mewujudkan pergaulan yang tidak berkelompok dan tanpa sekatan budaya

dan masyarakat. Suasana pembelajaran yang menyeronokkan akan terbentuk dan ini
dapat membantu guru untuk mengawal persekitaran bilik darjah dengan berkesan.
Selain

itu, guru juga perlu sentiasa membantu murid untuk memahami diri

sendiri dalam membentuk nilai, sikap dan tingkah laku yang sesuai. Murid dibimbing
untuk memahami kekuatan pada diri sendiri yang boleh digunakan untuk membantu
murid lain. Hal ini dapat membuatkan murid tersebut rasa dihargai dan akan sentiasa
bersungguh-sungguh dalam setiap perkara yang dilakukannya. Hubungan rapat dapat
dijalinkan di antara guru dengan murid.
Seterusnya, guru bertanggungjawab untuk membina persefahaman di antara
setiap murid yang berlainan latar belakang. Langkah-langkah pencegahan perlu
dilakukan bagi menghalang mana-mana aktiviti yang tidak diingini seperti pergaduhan
antara kaum, mengejek dan menghina di antara satu sama lain dan sebagainya. Guru
perlu menerangkan kepada murid mengenai perlunya menghormati kepercayaan setiap
kaum dan isu-isu sensitif yang tidak harus dipertikaikan. Oleh itu, aktiviti pembelajaran
yang sesuai dengan semua kepercayaan, nilai dan agama perlu dirancang dengan teliti
bagi menaburkan persefahaman di antara setiap murid.
Guru juga perlu memberi peluang sama rata kepada semua murid untuk
mengambil bahagian dalam aktiviti pembelajaran. Aktiviti pembelajaran dan pengajaran
perlulah dipastikan tidak mempunyai unsur bias kepada mana-mana murid bagi
memberi peluang kepada setiap murid untuk menerokai aktiviti pembelajaran. Guru
perlu menggunakan bahasa standard kebangsaan yang boleh diterima oleh semua
lapisan murid dan bukannya menggunakan dialek bahasa yang sedikit sebanyak
memberikan impak terhadap pembelajaran.
Kemajuan dan kelemahan setiap murid perlu dicatat dan diambil tindakan
dengan cara membuat penambahbaikan terhadap mutu pembelajaran dan pengajaran
selain

daripada

membimbing

murid

untuk

mempertingkatkan

prestasi

tanpa

membezakan di antara satu sama lain. Guru perlu sentiasa memikirkan kaedah
pengurusan bilik darjah yang berkesan. Selain itu, guru juga perlu mengetahui dan
memahami bidang kerjayanya dan bijak dalam mengendalikan anak-anak muridnya.
Dalam memastikan perancangan yang dilakukan selaras dengan kepelbagaian

sosiobudaya masyarakat, guru perlu sentiasa meningkatkan kualiti, kemahiran,


keupayaan diri dan sebagainya bagi memastikan kejayaan tersebut.

PUNCA-PUNCA TEKANAN
Tekanan guru ditakrifkan sebagai pengalaman kurang disenangi oleh seorang
guru dari segi emosi, seperti tension, tertekan, kebimbangan, kemarahan, dan segala
sesuatu yang berkaitan dengan aspek pekerjaan sebagai seorang guru. (Kyriacou and
Sutclifee,1978a). Menurut Kyricaou dan Sutcliffle (1978a), tekanan kerja guru ialah
emosi negatif yang dialami oleh seorang guru semasa menjalankan tugas. Emosi
negatif berkenaan umpamanya kemarahan, keresahan, ketegangan, kekecewaan dan
kemurungan yang dialami oleh seseorang guru itu. Keadaan ini dipersepsikan sebagai
ancaman terhadap kebahagian/kesejahteraan psikologi dan fizikal.
Banyak kajian yang membuktikan bahawa bidang perguruan merupakan
satu profesion yang sangat mencabar. Kajian-kajian Peklaj & Puklek, 2000; Friedman,
2000; Philip, 1999, mendapati satu pertiga daripada responden mendapati mengajar
sebagai satu pekerjaan yang tinggi tahap tekanannya (Sapora, 2005). Selain mengajar
dalam aktiviti pengajaran seharian, guru pula menghabiskan 38 hari bekerja setahun
untuk menghadiri pelbagai kursus atau latihan. Lebih membebankan lagi ialah 320,000
guru di lebih 9,000 buah sekolah seluruh negara perlu mengisi 108 jenis borang bagi
menyempurnakan tugas pengajaran, kokurikulum dan kerja pentadbiran.
Sebelum ini, ada yang mempertikaikan bahawa cuti guru agak panjang dan
menyifatkan guru golongan kakitangan bertuah. Namun ini disangkal oleh ramai guru
yang mendedahkan walaupun kelihatan guru bekerja separuh hari, tetapi sebenarnya
mereka bekerja hampir sepanjang hari. Bezanya, semua kerja itu dibuat di rumah pada
waktu siang dan malam atau mereka akan ke sekolah lebih awal untuk meneliti lebih
100 buku atau tugasan bergantung jumlah murid dalam sesebuah kelas iaitu minimum
37 murid untuk satu kelas dan lima kelas diajar setiap hari.
Corak pentadbiran sekolah juga merupakan salah satu penyebab yang
mempengaruhi

masalah tekanan yang dihadapi oleh guru. Hal ini berlaku apabila

terdapat pentadbir yang menjalankan pentadbiran secara autoratik dan mengamalkan

sikap pilih kasih. Sebagai contoh, pentadbir tidak berlaku adil dalam pengagihan tugas
dan jawatan kepada guru-guru menyebabkan terdapat sebilangan guru yang mendapat
beban tugas yang berat dan sebilangannya mendapat beban tugas yang ringan. Di
samping itu juga, guru yang berkemahiran dalam sesuatu bidang turut menjadi mangsa
di mana pentadbir hanya menggunakan tenaga guru tersebut apabila diperlukan dan
guru-guru lain boleh bersikap lepas tangan.

Selain

daripada

masalah

yang

disebutkan, isu tekanan guru ini juga berpunca daripada suasana persekitaran tempat
kerja yang masih tidak selesa walaupun sistem pendidikan di Malaysia menuju ke arah
permodenan. Suasana yang digambarkan adalah, isu kepadatan dalam bilik guru,
masalah kongsi meja dan penyediaan perabot yang tidak sesuai serta mencukupi.
Masalah ini kerap berlaku di sekolah yang telah lama digunakan dan terletak jauh di
pedalaman. Bagi guru yang bertugas di sekolah baru dan terletak di bandar,isu ini tidak
mendatangkan masalah kepada mereka.
LANGKAH-LANGKAH MENGATASI TEKANAN
Young (1978) mencadangkan sokongan pihak pengurusan untuk melegakan
kekecewaan guru-guru yang meningkatkan tahap kegelisahan/kerisauan. Dunham
(1977) menerangkan bahawa guru-guru yang terpaksa berhadapan dengan murid yang
mengganggu memerlukan sokongan pihak pengurusan dan rakan sekerja. Lortie (1975)
melaporkan bahawa kemudahan yang lebih baik dianggap sebagai perubahan yang
dapat meningkatkan keberkesanan guru, dan imbuhan yag lebih tinggi dan kenaikan
pangkat dilihat sebagai perubahan yang boleh meningkatkan kepuasan kerja.
Sebaliknya,

kajian

Abdel

Halim

(1978),

mencadangkan

bahawa

untuk

mengurangkan kesan yang tidak baik yang berkaitan dengan tekanan peranan,
sesebuah organisasi boleh menyesuaikan dengan strategi pembentukan semula
pekerjaan untuk memperkayakan peranan guru. Bagi mengurangkan masalah tekanan,
pihak pengurusan boleh menggunakan kaunseling campur tangan-krisis dan sistem
sokongan sosial. Dalam pengurusan reaksi pekerja terhadap tekanan, pihak
pengurusan boleh mengaplikasikan latihan ketenangan, program kesihatan dan
pengurusan masa (West & West, 1989:61).

Persekitaran tempat kerja guru seperti suasana persekolahan dan bilik-bilik guru
juga perlu diberi perhatian supaya persekitaran kerja guru dapat diwujudkan dalam
keadaan yang lebih selesa. Suasana kerja perlu selesa dan sesuai dengan status
mereka sebagai pegawai dalam kumpulan pengurusan dan profesional. Permasalahan
ini perlu diberi perhatian kerana kita sering bercakap dan merancang tentang
pendidikan bertaraf lima bintang, sekolah bestari dan sebagainya, tetapi golongan yang
bakal menjayakan hasrat murni tersebut adalah tidak wajar untuk diabaikan
Bagi mengurangkan tekanan, Johnston (1996) mencadangkan kepimpinan yang
merangsangkan, sokongan, semangat dan kecekapan yang lebih di tempat kerja.
Beliau berpendapat bahawa penyediaan tempat kerja yang berkeadaan baik,
pernyataan intensif yang jelas, sokongan terhadap mereka pada waktu kesukaran dan
akhir sekali adalah meraikan hari-hari bahagia para guru bagi mengekalkan kualiti kerja
dan mengurangkan tekanan. Schonfeld (2001) menjalankan kajian yang menyatakan
bahawa kemerosotan persekitaran kerja adalah menyumbang kepada keletihan dan
kemurungan guru.
Sebagaimana para profesional dalam bidang lain, para guru juga perlu diberi
pendedahan untuk menangani tekanan sebagai usaha bekerjasama menyelesaikannya
sendiri. Pertamanya, para guru perlu diberi pengetahuan mengenai kemahiran
mengenal pasti dan peka terhadap punca-punca yang menyebabkan tekanan.
Patterson (1986) dan Janis (1982, 1984) menyarankan kaedah inokulasi tekanan. Teori
ini mengandaikan bahawa apabila seseorang itu telah bersedia untuk menghadapi
tekanan atau sebarang bentuk perubahan emosi, maka kesan yang diakibatkan oleh
perubahan itu adalah tidak begitu teruk jika dibandingkan dibandingkan dengan mereka
yang tidak bersedia untuk menghadapinya (Janis, 1982).
Dengan itu, para guru perlu diberi pendedahan mengenai risiko-risiko yang bakal
dihadapinya dalam profesion perguruan. Teknik tenang diri juga boleh didedahkan
kepada para guru di mana teknik ini adalah baik untuk mengurangkan tekanan harian.
Salah satu teknik yang dicadangkan adalah Teknik Pengenduran Otot-otot Secara
Progresif (Progressive Muscle Relation oleh Dr. Edmund Jacobson, 1902) dan juga
beberapa amalan berkaitan pengisian rohani guru seperti meditasi, zikir, solat dan
ibadat umum. Amalan pemakanan guru juga perlu diberi panduan dan perhatian supaya

bukan hanya murid-murid sahaja yang dijaga aspek jasmani, emosi, rohani dan
inteleknya. Tetapi guru juga sepatutnya diberi pendedahan terhadap penjagaan aspek
tersebut.

Anda mungkin juga menyukai