Anda di halaman 1dari 2

Serangan Jantung

Serangan jantung adalah merupakan punca utama yang menyebabkan kematian terutamanya
kepada lelaki. Kita perlu mengetahui apakah faktor yang mendorong seseorang menghidapi
penyakit jantung. Ia mungkin dapat mengurangkan risiko daripada anda terdedah kepadanya.
Mungkin selama ini apa yang kita amalkan di dalam kehidupan seharian tanpa disedari
adalah punca untuk menghidap penyakit ini.
Antara faktor yang menjadi punca penyakit jantung adalah kesesakan. Mungkin
sebelum ini kita tidak tahu bahawa kesesakan adalah punca untuk seseorang menghidapi
penyakit jantung. Ia menyumbang sebanyak 8% daripada orang yang menghidap penyakit ini.
Sekiranya kita selalu terdedah kepada kesesakan, cuba mencari jalan untuk mengelakkannya
dengan cara menghirup udara segar selepas waktu bekerja.
Selain itu, faktor penyakit jantung ialah senaman dilakukan secara mendadak.
Senaman sememangnya adalah satu perkara yang baik untuk kesihatan. Tetapi, sekiranya ia
dilakukan secara mendadak, ia akan meningkatkan risiko untuk kita menghidap penyakit
jantung. Hasil daripada kajian juga menunjukkan bahawa senaman yang dilakukan secara
mendadak menyumbang sebanyak 6% terhadap punca penyakit ini. Mungkin ia disebabkan
ramai yang masih tidak tahu mengenainya. Lakukan senaman secara berperingkat dan teratur.
Seterusnya pencemaran udara turut menyumbang kepada faktor penyakit jantung.
Udara yang tercemar juga mampu menjadi punca untuk seseorang menghidap penyakit
jantung. Walaupun ia adalah suatu perkara yang sukar untuk dikawal, tetapi kita boleh
mencuba untuk mengelakkannya dengan mengurangkan aktiviti ke tempat-tempat yang
pencemarannya agak tinggi seperti dibandar-bandar dan sebagainya.
Akhir sekali punca penyakit jantung ialah emosi yang kerap terganggu. Ketidakstabilan
emosi seseorang juga boleh menjadi punca terhadap penyakit jantung. Hasil kajian juga
menunjukkan bahawa orang yang keadaan emosinya negatif menyumbang sebanyak lebih
daripada 7% terhadap penyakit ini. Emosi yang tidak stabil akan meningkatkan kadar
pengeluaran hormon adrenalin, kadar degupan jantung, dan kelekitan sel darah merah dan
jika kesemunya digabungkan, ia akan menjadi punca penyakit jantung.
Kesimpulannya, terdapat pelbagai faktor yang dapat menyumbang kepada penyakit
jantung. Oleh itu, semua masyarakat seharusnya lebih berhati-hati dalam kehidupan seharian
mereka untuk mengelakkan diri dari menjadi mangsa penyakit jantung.
Punca-punca serangan sakit jantung dan langkah-langkah mencegah penyakit jantung
Penyakit jantung merupakan pembunuh utama rakyat Malaysia. Serangan sakit
jantung datang secara tiba-tiba tanpa mengikut masa dan tempat. Ditambah sekarang bilangan
pesakit jantung semakin bertambah disebabkan oleh pelbagai punca yang tidak dipandang
serius pada peringkat awal.
Punca pertama ialah amalan pemakanan. Pengambilan makanan segera yang
banyak ,makanan ini mengandungi banyak lemak tepu dan berkalori tinggi. Lemak akan
berkumpul dalam badan jika pembakaran kalori tidak berlaku. Hal ini menyebabkan kadar
kolestrol dalam badan meningkat lalu menyekat perjalanan darah dan menyukarkan jantung
untuk mengepam darah ke seluruh badan. Seterusnya, menyebabkan saluran darah tersumbat

lalu mengakibatkan serangan sakit jantung. Justeru itu, amalan pemakanan banyak
mempengaruhi tahap kesihatan tubuh badan seseorang.
Selain itu, aktiviti kecergasan fizikal yang kurang merupakan salah satu punca orang
ramai tidak menumpukan perhatian terhadap penjagaan kesihatan. Mereka tidak
memperuntukkan masa untuk melakukan aktiviti bersenam terutamanya. Hal ini seterusnya
menyebabkan pembakaran kalori oleh badan tidak berlaku ,menyebabkan lemak tepu yang
ada dalam tubuh badan berkumpul dan menyumbang kepada masalah obesiti. Kebanyakan
pesakit obesiti mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat serangan jantung akibat dari
gumpalan lemak yang tidak dibakar oleh badan. Oleh itu, untuk mengelakkan serangan sakit
jantung kita hendaklah melakukan aktiviti kecergasan fizikal yang tidak berat dan sesuai
dengan kemampuan tubuh kita sendiri.
Walau bagaimanapun, terdapat beberapa langkah yang wajar diambil untuk mencegah
serangan sakit jantung. Amalkan pemakanan yang seimbang. Memastikan pengambilan
makanan mengikut piramid pemakanan yang dicadang oleh kementerian kesihatan. Selain itu
pastikan waktu makan mengikut jadual, contohnya jangan mengambil makanan pada selang
masa yang hampir iaitu waktu sarapan digabungkan bersama-sama waktu makan tengah hari.
Amalkan gaya pemakanan 5M iaitu mengurangkan pengambilan gula ,garam dan minyak
serta menambahkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan untuk memastikan badan
kita tidak dipenuhi dengan lemak-lemak tepu yang merbahaya. Ia juga dapat mengelakan
penyumbatan salur darah dalam badan. Justeru itu, pastikan amalan pemakanan yang
seimbang dan sihat dalam ingat kita.
Seterusnya, menambah aktiviti kecergasan fizikal. Menambah aktivit senaman dalam
jadual harian walaupun sekejap sebagai contoh, melakukan aktiviti senaman sekurangkurangnya 3 kali seminggu selama 30 minit. Aktiviti ini seterusnya,dapat mengeluarkan
peluh dalam badan bermakna jelaslah pembakaran kalori dan lemak telah berlaku dalam
tubuh badan. Aktiviti ini dapat mengurangkan risiko mendapat serangan sakit jantung.
Kesimpulannya, orang ramai haruslah sedar akan bahaya yang timbul akibat penyakit
jantung. Ia memisahkan diri kita sama ada hidup atau mati dalam sekelip mata. Oleh itu, jika
kita mempunyai pengetahuan tentang penyakit jantung, kita dapat mengurangkan kadar
kematian akibat serangan sakit jantung.