Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Emosi kita, sama ada gembira atau sedih, kita yang tentukan. Pilihan di tangan kita.
Secara tidak langsung, riak wajah kita juga tampak lebih manis dan tenang.Malah, ada
orang menyifatkan kegembiraan itu macam rama-rama cantik, mampu menyenangkan
hati sesiapa yang memandang.Walaupun ada kajian menunjukkan kebolehan untuk
gembira banyak disumbangkan oleh faktor genetik, ramai penyelidik percaya perasaan
positif, khususnya gembira, boleh dipupuk dan dirangsang dengan mengawal serta
membendung perasaan negatif seperti pesimis, geram dan marah.Apabila perasaan
negatif dapat dikawal, baru perasaan positif seperti empati (kebolehan meletakkan diri
dalam kedudukan atau keadaan orang lain), ketenangan dan kesyukuran boleh dipupuk
dan dirangsang.
Perkara paling asas untuk mendapat kegembiraan ini ialah, kita mesti selesa dengan
diri sendiri dan menerima kelebihan serta kekurangan diri dengan hati terbuka. Usah
jadikan rupa paras atau warna kulit sebagai perbandingan yang menyebabkan kita
rendah diri kerana ia anugerah terbaik dan unik Allah kepada setiap insan.Keselesaan
ini membuat kita yakin dan tenang; yang menjadi tonggak kepada kesejahteraan fikiran.
Ada kajian menunjukkan individu yang gembira hidup sembilan tahun lebih lama
berbanding golongan yang kerap tertekan dan murung. Untuk mendapat hidup bahagia
dan gembira, kita kena berusaha mencarinya kerana kegembiraan tidak datang
bergolek depan mata.
4. Lawan pemikiran negatif Pemikiran negatif umpama sampah dalam otak. Kita
perlu belajar mengenal pasti pemikiran negatif supaya ia boleh dikawal dan dibuang.
Contohnya, apabila nampak seseorang yang dikenali, anda mungkin terfikir perkara
negatif
mengenainya,
tetapi
ini
adalah
pemikiran
yang
boleh
merosakkan
persahabatan.
Yang perlu dilakukan ialah menepis pemikiran negatif tadi dan cari sifat positif yang
dimiliki rakan berkenaan. Tidak kira berapa benci atau meluat pun kita pada seseorang,
pastinya dia sebagai manusia ciptaan Tuhan (yang sama seperti kita) mempunyai
kebaikan dan kelebihan tersendiri.
5. Tambah sahabat Antara penawar kesedihan ialah mempunyai sahabat baik yang
sentiasa mengambil berat mengenai anda. Kajian di Australia mendapati, warga emas
berusia 70 tahun ke atas yang ada ramai sahabat hidup lebih lama dan gembira.
Sesetengah pakar psikologi percaya senario kehidupan sekarang yang bersifat
individualistik antara punca peningkatan kes kemurungan dan tekanan yang berlaku di
seluruh dunia. Ketiadaan kawan untuk meluahkan masalah menyebabkan ramai buntu
fikiran hingga sanggup melakukan pelbagai tindakan nekad, termasuk membunuh diri.
6. Kegembiraan ada di keliling kita dan biasanya ia datang dalam bentuk kecil
Contoh paling mudah ialah menghadiahkan senyuman kepada orang lain, termasuk
yang tidak dikenali, tanpa mengharapkan balasan. Pergerakan yang menggunakan
beberapa otot di muka ini ada khasiat kerana ia secara automatik membuat anda
senang hati.
7. Sentiasa berbuat baik Tidak kira sekecil mana pun bantuan yang diberi, ia boleh
membuatkan si penerima dan pemberi bantuan gembira. Jika tekanan boleh
merangsang penyakit, penyelidik percaya kegembiraan memiliki kuasa yang boleh
melindungi kita daripada masalah kesihatan. Orang yang gembira berasa lebih yakin
dengan keupayaan diri dan ia diakui menjadi vitamin kepada sistem imun badan yang
boleh mempercepatkan kadar penyembuhan.Ini sebabnya di kebanyakan hospital,
terutama di luar negara, ada kumpulan sokongan bagi pelbagai masalah kesihatan.
Kumpulan sokongan ini membabitkan pesakit, bekas pesakit, ahli keluarga, rakan dan
kakitangan perubatan yang berfungsi memberi semangat kepada pesakit melawan
penyakit dihidapi.Ia penting supaya pesakit kuat semangat dan percaya mereka boleh
sembuh. Semangat dan kepercayaan ini sebenarnya ada pengaruh besar kepada
pesakit kerana ia membuatkan badan memberi tindak balas lebih baik terhadap ubat.
8. Sertai pelbagai aktiviti kemasyarakatan Pilih aktiviti yang sesuai dengan minat
anda, tetapi lebih baik jika ia turut memberi manfaat kepada orang lain dan
persekitaran. Contohnya menyertai badan kebajikan, menjadi sukarelawan sama ada
untuk membantu mangsa bencana mahupun memulihara alam sekitar. Melalui cara ini
kita bukan saja menambah kenalan, tetapi turut belajar banyak perkara baru.
Tanpa anda sedari, proses belajar perkara baru dan bagaimana berdepan halangan
boleh membantu minda menjadi lebih cerdas.Malah, banyak kajian menunjukkan aktiviti
yang mencabar minda ini boleh melindungi kita daripada pelbagai penyakit
kemerosotan ingatan seperti dementia dan Alzheimer.
9. Wang
bukan
segala-galanya
Memang
betul
wang
boleh
merangsang
kegembiraan, tetapi bukan semua kegembiraan boleh dibeli dengan wang. Walaupun
kajian menunjukkan penduduk di negara kaya lebih gembira berbanding penduduk
negara miskin, tetapi apabila sudah memiliki rumah, makanan, pakaian dan segala
keperluan lain, mempunyai banyak wang tidak membuatkan seseorang jadi lebih
gembira, kata penyelidik Universiti Princeton, Profesor Daniel Kahneman.
10.Jangan lokek dengan pujian Masyarakat kita memang lokek memberi pujian,
terutama pada anak dan ahli keluarga, sedangkan ia boleh merangsang banyak
perkara baik, kata Pakar Psikiatri Pusat Perubatan Gleneagles Intan, Dr Nor Hamidah
Mohd Salleh.Pujian ke atas perkara kecil, terutama keupayaan orang lain contohnya
apabila anak mengemas alat permainannya bukan saja boleh memberi kesan positif
kepada individu yang dipuji, tetapi turut membuatkan anda berasa senang hati.
Bagaimanapun, pujian biar ikhlas dan kena pada tempatnya. Pekerja berasa lebih
gembira dan bersemangat apabila mendapat pujian daripada ketua atau majikan.
Pujian seringkas bagus atau baik sudah memadai. Ia tanda penghargaan yang boleh
merangsang semangat pekerja untuk berusaha lebih baik dan bersungguh-sungguh.
11. Belajar terima setiap dugaan dengan hati terbuka Ia membolehkan kita
berfikir dengan tenang dan dapat membuat keputusan lebih baik. Ketenangan ini
bagaimanapun perlu dipelajari dan diamal. Memang ia tidak mudah, tetapi tiada yang
mustahil sebelum dicuba.l Dekatkan diri dengan agama. Tidak kira apa juga fahaman
yang anda anuti, kepercayaan terhadap Tuhan memang diakui meningkatkan
keyakinan dan ketenangan fikiran seseorang.
Ketua Jabatan Psikiatri Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Profesor Dr
Muhamad Husaain Habil, pernah berkata antara ubat paling mujarab untuk
menghilangkan tekanan fikiran ialah sembahyang dan mendekatkan diri dengan Tuhan.
Jadi apabila setiap kali berasa susah hati atau sedih, ingat bahawa kita ada Allah yang
sentiasa mendengar keluhan dan rintihan hamba-Nya.
12. Bersenam Senaman bukan saja baik untuk badan, tetapi menjadi ubat anti
kemurungan yang sangat berkesan bagi jangka pendek dan panjang. Apabila
bersenam, kita lebih segar dan tenang. Kajian membuktikan senaman mampu
mengurangkan kemurungan pada semua peringkat umur dan kesannya lebih baik jika
individu bermasalah turut mendapatkan rawatan perubatan.
Bahkan, ada penyelidik mendapati senaman boleh menjadi sebahagian rawatan
penting untuk pelbagai jenis masalah seperti keresahan, rasa rendah diri, isu berat
badan dan ketagihan. Ia juga mampu meningkatkan fungsi mental dan fizikal; selain
membuka peluang berinteraksi dan bersosial dengan orang lain yang turut bersenam
bersama.