Anda di halaman 1dari 5

1.

0 PENGENALAN
Persatuan Bahasa Melayu memberi fokus kepada kemahiran bertutur dalam aktiviti
stesen sempena Minggu Kokurikulum. Hal ini bukan sahaja dapat memberi kelainan
malah dapat menjadikan murid seronok dengan aktiviti yang dijalankan. Pemintal lidah
ialah satu ayat atau frasa yang mudah tetapi sukar untuk disebut dengan jelas atau
tepat. Ia juga boleh dikatakan sebagai ungkapan yang direka bentuk mengandungi
kata-kata yang mempunyai suku kata mudah, mempunyai persamaan rima dan ada
kaitan ceritanya tetapi susah untuk disebut dengan betul dan pantas. Pemintal lidah
juga digunakan sebagai bahan latih tubi supaya fasih bertutur atau terapi kepada murid
yang bermasalah dalam pertuturan.
2.0 OBJEKTIF
Antara objektif aktiviti Pemintal Lidah ialah ;
1.
2.
3.
4.
5.

Melatih murid untuk bercakap dengan baik


Memberikan keyakinan tinggi kepada murid semasa bercakap
Berfikir secara kritis dan kreatif
Mengelakkan perasaan malu.
Menambah perbendaharaan kata sedia ada murid.

3.0 BUTIRAN AKTIVITI


Tarikh
: 14 Mac 2015
Tempat : Kelas 6 Merah

Masa
: 3.30 petang 4.30petang
Sasaran : Ahli Kelab Bahasa Malaysia

4.0 LAPORAN AKTIVITI


Secara amnya, aktiviti ini murid-murid dikehendaki untuk membaca satu ayat yang
mempunyai suku kata yang hampir sama dengan sebutan yang betul dan lancar.
Contohnya, Pak Bilal bela binatang belang-belang nama Si Belang banyak belangbelang makan belalang dalam lalang belakang longkang.
Setiap murid dikehendaki untuk membaca satu ayat yang ditulis oleh guru penasihat
di papan hitam. Kemudian, guru meminta mereka untuk membaca ayat berkenaan
dengan kadar kelajuan yang semakin meningkat. Setiap murid akan diuji, murid yang
dapat membaca tanpa tersasul dan dengan sebutan yang betul akan diberi markah
penuh.
Semasa aktiviti berlangsung, murid berasa seronok kerana rima seakan-akan sama
serta urutan cerita yang menarik. Bukan itu sahaja, kesungguhan murid terserlah
apabila mereka berusaha untuk menyebut ayat berkenaan tanpa dengan lancar.

5.0 PENUTUP
Aktiviti ini telah meningkatkan tahap kefahaman murid-murid dalam mengenalpasti
kepentingan untuk bertutur dalam Bahasa Melayu dengan sebutan yang betul Malah,
kerjasama antara setiap murid yang terlibat amatlah baik walaupun berlainan kelab dan
persatuan. Secara keseluruhannya, objektif aktiviti ini tercapai dengan jayanya.

Disediakan oleh,
............
(Fatin Hamamah Binti Mohd Razali)
Guru Penasihat Kelab Bahasa Melayu,

Disahkan oleh,
....
(MIKEM ANAK LONGIOK)
Penolong Kanan Ko-Kurikulum,

SK Nanga Machan.

SK Nanga Machan.

Lampiran

Laporan Bergambar

Murid membaca ayat Pemintal Lidah

Anda mungkin juga menyukai