Anda di halaman 1dari 1

Resepi Nasi Goreng Cina

Bahan-Bahan

4 cawan nasi sejuk ( peroikan)


2 biji telur
1 cawan udang sederhana besar
1 cawan sayur campur
2 batang cili hijau/merah
sedikit daun sup/daun bawang(di hiris)
2 sudu besar sos tiram
minyak utk menumis
garam dan sedikit gula

Bahan Tumis (di tumbuk)

2 ulas bawang putih


4 ulas bawang merah
1 sudu besar lada hitam

Cara-Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehinga wangi.Masukkan telur dan
biarkan sebentar.
2. Bila nampak telur separuh masak kacau cepat2 supaya hancur dan rata.
3. Masukkan sayur campur dan udang. Masukkan hirisan cili hijau/merah... Kacau rata.
4. Masukkan sos tiram dan gaul lagi.Masukkan nasi dan garam serta sedikit gula. Kacau
supaya rata dan goreng nasi sampai berasap2...
5. Masukkan potongan daun sup dan daun bawang...kacau lagi. Sekiranya rasa dah ok
bolehlah matikan api dan angkat nasi tu.
6. Nasi goreng ni boleh di makan bersama ayam goreng atau keropok ikan.

Anda mungkin juga menyukai