Anda di halaman 1dari 11

1

Tugas guru adalah


mendidik disiplin merupakan
pelajarnya satu daya kawalan
menjadi insan sosial
yang berguna.

HUKUMAN ROTAN WAJAR


DILAKSANAKAN BAGI
MENDISIIPLINKAN PELAJAR

pendekatan
tindakan terakhir dendaan yang
setakat diizinkan disyorkan islam
oleh peraturan
sekolah

hukuman biasa
yang dikenakan
kepada individu
yang melakukan
kesalahan kecil

2
3
Soalan 7: Hukuman Rotan Wajar Dilaksanakan bagi Mendisiplinkan Pelajaran

Sirih lipat sirih pinang,


Sirih dari pulau mutiara;
Pemanis kata selamat datang;
Awal bismillah pembuka bicara.

Berpaksikan tema hukuman rotan membuatkan saya berdiri di pentas yang megah
dengan penuh gah pada hari yang penuh barakah.

Terima Kasih sejambak mawar seharum kasturi buat pimpinan majlis, yang
berbahagia, En. Azman Bin Aris selaku pemberi ilmu yang setia, seterusnya, warga
dewan, rakan taulan seperjuangan bakal pendidik harapan bangsa sekalian.

Assalammualaikum dan salam pertemuan.

Sebelum bicara terus diatur, sebelum tirai minda dikuak, sebelum rasional hujah
menerjah ke otak, manis rasanya saya memperkenalkan tajuk pidato saya..
“Hukuman rotan wajar dilaksanakan bagi mendisiplinkan pelajar”. Itulah kalimat yang
ingin saya kongsikan bersama pada hari ini.

Sidang dewan sekalian,

Sebelum kita mengorak langkah lebih panjang, ayuh sama-sama kita hayati definisi
tiap kata dalam tajuk pidato saya. Berpandukan Kamus Dewan edisi keempat,
“hukuman” dapatlah diertikan keputusan atau pertimbangan yang dibuat oleh hakim
( jika dalam mahkamah) . Kamus ini seterusnya pada halaman 1344 menggariskan
“rotan” sebagai memukul atau menyebat dengan rotan (sebagai hukuman).
Penerokaan ke helaian bernombor 1795 membawa saya kepada maksud terperinci
perkataan “wajar”. Ia membawa maksud memang begitu ( tidak dibuat-buat atau
ditambah). Seterusnya, izinkan saya menyampaikan maksud tersirat bagi kata
“dilaksanakan”.Kamus keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka ini menyatakan
maksud tersirat bagi perkataan dilaksanakan adalah dijalankan.Kata “bagi”
didefinisikan sebagai untuk, buat, guna seperti yang tercatat pada muka surat 103.
Kamus tebal ini juga ada menyatakan maksud “mendisiplinkan”. Halaman 356
mencatatkan maksud disebalik kata tersebut adalah membuat supaya berdisiplin.

4
Akhir sekali, “pelajar”. Sebagaimana dirujuk dalam halaman 21 merupakan, orang
yang belajar. Secara tuntasnya, dapatlah saya simpulkan disini, tajuk pidato saya
pada pagi ini bertunjangkan pertimbangan yang dibuat oleh seseorang untuk
mengenakan sebatan harus dibuat untuk melahirkan individu berdisiplin. Dalam
konteks ini, individu yang dilihat adalah insan yang masih dalam proses menuntut
ilmu.

Sidang saksi bermisi.

Sejak beberapa bulan yang lalu, dunia digemparkan dengan virus influenza A,
H1N1. Sehingga kini, virus tersebut telah meragut ribuan nyawa di seluruh dunia. Di
negara kita sahaja, angka yang terkorban meningkat dengan mendadak.
Sehubungan dengan itu, World Health Organisation (WHO) telah mengishtiharkan
H1N1 sebagai satu pandemik yang besar. Maka, kementerian pelajaran pula harus
mengumumkan pandemik barah salah laku pelajar disekolah. Institut pendidikan di
Malaysia telah menerima pelbagai penghargaan antaranya di peringkat UNESCO,
Komenwel dan sebagainya. Namun, masalah disiplin pelajar bukan semakin
berkurang, tetapi semakin bertambah dari semasa ke semasa.Di mana silapnya
sehingga pelajar sekarang secara terbuka berani mencabar undang-undang?
Pengajaran guru kurang berkesan?atau silap didikan ibu bapa? atau sistem
pendidikan tidak lagi efisyen? atau masalah pelajar sendiri yang tidak sedar diri?

Warga dewan yang budiman,

Isu salah laku pelajar di sekolah berada pada tahap yang kritikal. Setiap hari ada
sahaja masalah disiplin yang dilaporkan sama ada dalam akhbar mahupun majalah.
Makin muak melihat pendedahan media massa tentang masalah pelajar di sekolah.
Sama ada kita sedar atau tidak, itulah hakikat yang tidak dapat dinafikan dalam
kemelut permasalahan pendidikan di Malaysia. Merokok, buli, vandalisme, mencuri,
mengugut guru dan sebagainya sudah menjadi kebiasaan bagi para pendidik yang
semakin bingung dan tertekan. Itu belum lagi masalah yang berlaku di luar kawasan
sekolah seperti samseng jalanan, hidu gam, meragut, menagih dadah, minum arak,
ponteng sekolah, juvana, seks bebas dan lain-lain. Statistik polis menunjukkan pada
tahun 2007 sebanyak1,837 kes jenayah dan membabitkan 3,383 pelajar ditahan.
Namun begitu, pada tahun 2008 kes jenayah meningkat kepada 2,218 kes dan
3,725 pelajar ditahan. Itu belum lagi dilihat statistik kaum hawa yang selama ini

5
dikenali sebagai insan yang lemah lembut. Akhbar tempatan bertarikh 3 Ogos tahun
ini mencatatkan, bilangan pelajar perempuan yang terlibat dalam masalah disiplin
meningkat sejak tahun 2005. Pada tahun tersebut, 514 kes dicatatkan. Dua tahun
berikutntya, 2007, ia meningkat kepada 673 kes. Segala program yang dirancang
ibarat air besar, sampan tak hanyut. Sejajar dengan itu, tanggal 6 april yang lalu,
Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong mengumumkan, kementerian
itu akan mengambil satu anjakan paradigma dengan menguatkuasakan kembali
Peraturan-Peraturan Disiplin Sekolah 1959, khususnya hukuman rotan. Beliau juga
menambah, kali ini, satu prosedur khas pelaksanaan hukuman itu akan dikeluarkan.
Cuba kita fikirkan, dimana rasionalnya hukuman ini dijelmakan kembali setelah lama
dikuburkan?

Sidang hadirin dan hadirat,

Apa sebenarnya tugas guru? Mengajar atau mendidik? Jika soalan itu ditanyakan
kepada saya, jawapannya, mengajar dan mendidik. Nah, jika begitu, insan yang
dipanggil cikgu haruslah mendidik pelajarnya menjadi insan yang berguna kepada
agama, bangsa dan negara. Mari sama-sama kita imbas sejarah lampau,
persekolahan tiga hingga empat dekad yang lalu, jika guru merotan pelajar, ia
perkara biasa dan mendapat sokongan ibu bapa. Murid atau pelajar sedar jika
dirotan, ia adalah kerana kesalahan sendiri dan mereka tidak berani mengadu
kepada ibu bapa. Aduan itu akan menjadi seperti bakar air, hendakkan abu.
Memang sakit apabila dirotan, tetapi kebanyakan pelajar yang pernah menerima
hukuman itu, kini menjadi manusia berguna, memegang jawatan tinggi dan disegani
masyarakat. Malah, ada pelajar yang pernah dirotan berterima kasih kepada guru
kerana mengambil tindakan berkenaan.Malangnya, senario masa kini cukup
berbeza, hukuman rotan dianggap ketinggalan zaman dan guru yang melakukan
perbuatan itu mungkin menerima hukuman ibu bapa. Ada ibu bapa mengambil
tindakan undang-undang, membuat laporan polis atau memukul guru yang merotan
anak mereka. Disebabkan takut dikenakan tindakan undang-undang, rotan hanya
disimpan dalam laci meja dan akibatnya, pelajar semakin liar dan tidak terkawal.
Lantaran itu hadirin, haruslah kita akui, rotan itu bukan untuk mendera, tetapi untuk
mendidik.

Warga dewan berwibawa,

6
Kebanyakkan guru-guru di Malaysia amat berminat dengan pendekatan Barat yang
menekan kebebasan serta perkembangan emosi tanpa gangguan fizikal. Namun kita
harus sedar, lain padang, lainlah belalang. Negara kita yang tercinta ini dihuni
pelbagai kaum dan agama. Budaya berbagai kaum dan agama mewarnai disiplin
pelajar. Justeru itu, kita harus mencorak pelajar kita, mengikut acuan kita sendiri.Di
sekolah, disiplin menjadi satu daya kawalan sosial bagi mewujudkan suasana yang
tenteram dan keadaan yang teratur, agar proses pengajaran dan pembelajaran
(PnP) dapat berjalan dengan licin dan lancar. Justeru itu, aspek disiplin murid
hendaklah diberi perhatian khusus oleh pelbagai pihak, terutamanya pihak sekolah
dan keluarga. Hal ini, sejajar dengan kehendak kementerian pelajaran pada tahun
1981. Itu hampir 3 dekad yang lalu, adakah ia masih relevan? Sudah tentu ya,
buktinya Datuk Dr. Dzulkarnain Rahman, Tokoh Guru Kebangsaan 2008
menyatakan, ketika beliau bertugas sebagai pengetua, beliau berjalan dari kelas ke
kelas dengan membawa rotan. Pelajar yang berkeliaran tanpa tujuan, akan dirotan
dan selepas itu baru beliau akan bertanya kenapa mereka bebas ke sana ke
sini.Hasilnya, pelajar di sekolah menengah itu berdisiplin dan guru-guru mudah
menyampaikan pelajaran.

Warga dewan berkarisma,

Merotan atau juga disebut “corporal punishment” adalah tindakan terakhir setakat
yang diizinkan oleh peraturan sekolah. Ada ketikanya hukuman rotan menyebabkan
para pelajar mendapat pengajaran. Ada juga menyebabkan pelajar mempunyai
perasaan dendam terhadap guru dan bertindak balas. Kata orang tua, mereka ini tak
dapat tanduk, telinga dipulas. Sangat bertepatan dengan pepatah rambut sama
hitam hati lain-lain Dalam hal ini, pihak sekolah menjadi serba salah. Ibu bapa
kadangkala hilang arah dalam mendidik anak dan akhirnya, pemuda pemudi
harapan bangsa tonggak negara ini menjadi mangsa. Sekiranya ibu bapa datang
„menyerang,‟ guru-guru akan patah hati. Apabila guru-guru patah hati, murid-murid
akan terbiar dan prestasi sekolah merudum. Benarkan, seekor kerbau membawa
lumpur, habis semua terpalit. Akan tetapi, harus diingat hukuman rotan yang
dikenakan janganlah lebih jengkal daripada jari dan, jika merotan sekailpun,
janganlah secara terbuka. Hal ini ada dijelaskan dalam Surat Pekeliling Ikhtisas
bilangan 7/2003, hukuman rotan di khalayak ramai adalah dilarang. „Menyerang‟

7
guru atau membawa masalah ini ke tengah, bukanlah alternatif terbaik bagi
menyelesaikan kemelut yang melanda. Ini bukan sahaja memadamkan semangat
guru untuk mendidik, malah hubungan pelajar dengan guru juga akan bertambah
keruh. Cuba kita sama-sama fikirkan, kelak, siapa yang akan rugi? Tepuk dada,
tanya selera.

Sidang penonton yang penuh santun,

Junjungan mulia, nabi kita, nabi Muhammaad S.A.W pernah bersabda dalam
hadisnya yang bermaksud, “Suruhlah anak kamu bersembahyang pada usia tujuh
tahun dan pukul mereka jika tidak bersembahyang pada usia 10 tahun dan pisahkan
antara mereka tempat tidur." (Hadis riwayat Abu Dawud). Jika kita bandingkan
hukuman yang dikenakan dari perspektif islam dan Kementerian Pelajaran, pasti kita
akan nampak persamaan. Pendekatan dendaan yang disyorkan oleh Islam,
digunakan dalam sistem pendidikan masa kini.Masa yang secukupnya harus
diberikan kepada pelajar agar mereka dapat mengubah sikap. Amaran demi amaran
diberikan sebelum dipanggil untuk sesi kaunseling. Jika semua itu bagai mencurah
air ke daun keladi, satu tindakan tegas harus dilaksanakan. Pensyarah Pusat
Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia, Fakulti Sains Sosial dan
Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Wan Azreena Wan Jaafar,
menganggap kesesuaian hukuman rotan bergantung kepada usia anak atau pelajar.
Dari segi psikologi, bagi pelajar sekolah menengah hukuman rotan adalah langkah
terakhir, tetapi bagi murid sekolah rendah, ia tidak sesuai. Namun, itu tidak
bermakna seseorang pelajar itu tidak boleh dihukum. Elakkan memukul di bahagian
sensitif seperti muka, perut atau kepala. Pukul pula jangan terlalu kuat, cukup
sekadar memberi 'pengajaran dan peringatan' supaya tidak mengulangi kesalahan
yang sama.

Khalayak dewan yang saya muliakan,

Dalam satu kajian yang dijalankan Reynolds (1977), membuktikan bahawa, sekolah-
sekolah yang kadar hukuman deranya yang tinggi mempunyai lebih masalah tidak
berdisiplin daripada sekolah yang lain. Dalam erti kata yang lain, jika guru
menjatuhkan hukuman atas niat untuk mendera, maka, kemelut yang melanda dunia
penididikan akan menjadi seperti sutera yang kusut. Hukuman yang bersifat

8
mendera ini cuma membantu meningkatkan lagi perasaan kecewa yang bersarang
dalam diri pelajar. Abdullah Salleh (1979) dalam kajiannya menunjukkan, faktor yang
mengakibatkan berlakunya vandalisme dalam kalangan pelajar disebabkan
perasaan ingin membalas dendam pada pihak sekolah. Mereka berasa senang hati
dan cukup gembira melihat segala kemudahan yang disediakan musnah. Ada juga
yang kononnya ingin menunjukkan kekuatan. Justeru, saya ingin ulang kembali apa
yang telah saya katakan sebelum ini, rotan itu bukan untuk mendera, tetapi untuk
mendidik. Suka saya menambah, ada dua jenis hukuman yang boleh diguna pakai
oleh pihak sekolah, ringkasnya hukuman biasa dan hukuman berat. Hukuman biasa
yang dikenakan kepada individu yang melakukan kesalahan kecil adalah seperti,
hukuman rotan, denda, amaran dan penahanan. Berdiri di atas bangku, berdiri di
depan kelas menahan pelajar selepas waktu sekolah adalah hukuman yang
diharapkan dapat memberikan impak positif kepada diri pelajar.

Warga dewan tunjang negara,

Kekalutan kemelut yang merunsingkan kita kini merupakan bahan perbincangan


yang popular dalam kalangan masyarakat kini. Pelbagai tingkat sosial masyarakat
memandang serius soal disiplin dalam kalangan pelajar. Hasrat untuk meningkatkan
taraf disiplin kerap kali mendapat liputan di halaman hadapan dan lidah pengarang
akhbar tempatan. Hakikatnya, guru merupakan insan yang sentiasa mendapat
perhatian utama masyarakat. Guru merupakan golongan berdedikasi dan
mempunyai latihan sebagai ahli ikhtisas yang dapat menyemai dan memupuk
sikap,norma dan nilai sosial seiring dengan permintaan setempat. Tuntasnya hadirin,
pembentukan disiplin disekolah adalah sama pentingnya dengan penyebaran ilmu
pengetahuan. Oleh itu hadirin, masih adakah dalam kalangan kita meragui
kewajaran pelaksanaan hukuman rotan? Sekian dahulu dari saya,
Assalammualaikum dan salam pencorak negara

9
RUJUKAN

Kamus Dewan (2007), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

www.utusan.com.my/utusan/

http://www.malaysiakini.com/news/48011

http://www.terjah.com/v2/news.php?readmore=414

Mok Soon Sang (2000) Pengurusan Hal Ehwal Pelajar, Kuala Lumpur : Penerbitan
Multimedia Sdn. Bhd

Omardin Ashaari (1996) Pengurusan Sekolah Suatu Panduan Lengkap, Kuala


Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd

Ainon Mohd, Abdullah Hassan (2003) Kamus Pepatah, Bidalan dan Perumpamaan,
Kuala Lumpur : PTS Professional.

Suliati Asri (2009) 3 OGOS 2009, Kuala Lumpur ( Harian Metro)

http://sinchan.wordpress.com/2007/07/26/

http://perkhidmatanpelajaran.blogspot.com/2008/10/sokong-kembalikan-hukuman-
rotan

http://ibnuhasni.blogspot.com/2009/06/salah-laku-pelajar-salah-siapa.html

10
11