Anda di halaman 1dari 2

SULIT

2010
Bahagian A : Ringkasan
[20 markah]

Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah
ringkasan tentang usaha-usaha untuk menggalakkan amalan kitar semula.
Panjangnya ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda
digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Suatu kajian mendapati bahawa secara puratanya, setiap individu di Malaysia


membuang sampah sebanyak satu kilogram setiap hari. Bayangkanlah, berapa banyak
timbunan sampah yang akan kita lihat di persekitaran kita jika tiada sistem yang baik
untuk menguruskan sampah-sampah ini. Masalah alam sekitar pun akan menjadi gawat.
Kesannya, kita tidak dapat menikmati kehidupan yang selesa. Oleh sebab itu, amalan
kitar semula adalah antara cara yang baik untuk meminimumkan timbunan sampah.
Pelbagai langkah perlu diambil bagi menggalakkan amalan kitar semula ini. Pihak
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan misalnya, telah memperkenalkan
program 3R yang bermaksud mengurangkan buangan, mengguna semula, dan mengitar
semula. Bagi menggalakkan amalan ini, kempen kitar semula diuar-uarkan. Dalam hal
ini, pihak media berperanan penting untuk menyebarkan maklumat tentang amalan kitar
semula ini melalui saluran yang ada.
Agar kempen kitar semula ini berkesan, kerajaan perlu serius terhadap pelaksanan
program kitar semula ini. Sebaik-baiknya, tong kitar semula diletakkan dengan lebih
banyak di tempat-tempat awam. Selain itu, organisasi yang banyak mengitar semula
bahan terbuang patut diberi insentif sebagai galakan. Pada masa yang sama, pihak swasta
patut berperanan juga untuk membantu pihak kerajaan dalam menjayakan program kitar
semula ini. Misalnya, memberi sumbangan kepada pihak kerajaan untuk menyediakan
lebih banyak tong kitar semula.
Masyarakat perlu sentiasa digalakkan agar melibatkan diri dalam program kitar
semula. Selain itu, para pelajar pun perlu diajarkan tentang kitar semula agar kesedaran
tentang kitar semula bercambah daripada generasi muda hingga yang dewasa.
Sesungguhnya, alam sekitar yang bersih dan nyaman menjamin hidup yang sihat dan
selesa. Oleh hal yang demikian, semua pihak haruslah, bekerjasama melaksanakan kitar
semula agar alam sekitar kita bebas daripada timbunan sampah sarap.

(Dipetik dan diubahsuai daripada Amalan Kitar


Semula dalam Kalangan Pengguna, Buletin Pengguna, Januari 2009)

SULIT

2010

SULIT

2010

Bahagian A(ii): Pemahaman


[10 markah]
Berdasarkan petikan A(i), jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat
anda sendiri.
1. Berikan maksud menjadi gawat dalam petikan.

[ 2 markah ]

2. Berdasarkan petikan, nyatakan kesan-kesan yang wujud sekiranya bahan buangan


tidak diurus dengan betul.
[ 4 markah ]
3. Pada pendapat anda, apakah faedah yang diperoleh melalui amalan kitar semula?
[4 markah ]
Bahagian B : Novel
[ 10 markah ]
Jawapan anda mestilah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji di
Tingkatan 1.
i)
ii)
iii)
iv)

Meniti Kaca, karya Raja Sabarudin Raja Abdullah


Anak Din Biola, karya Maaruf Mahmud
Aku Anak Timur, karya Siti Aminah Hj. Yusuf
Limpahan Darah di Sungai Semur, karya Zakaria Salleh

Nyatakan watak utama dan dua watak sampingan serta huraikan perwatakan setiap
watak yang anda berikan berdasarkan novel yang telah anda kaji.

KERTAS SOALAN TAMAT

SULIT

2010

Anda mungkin juga menyukai