Anda di halaman 1dari 18

5 Minda Masa Depan (Five Minds For The Future) - Howard Gardner

Howard Gardner telah mengemukakan 5 jenis pemikiran / kemampuan minda


yang harus dikuasai & dikembangkan oleh seseorang individu. Berikut adalah 5
jenis pemikiran tersebut:

Aktiviti 1: Pemikiran Disiplin (Disciplined Mind)


o

Dapatkan intisari Pemikiran Disiplin oleh Howard Gardner

PEMIKIRAN DISIPLIN Kerangka Dasar atau Kerangka


Utama Kecerdasan/Pemikiran

Seseorang harus menguasai sekurang-kurangnya satu disiplin


ilmu atau kerangka berfikir bagi menyelesaikan masalah
dalam segala hal. Minda Disiplin juga bererti seseorang
harus selalu melatih cara berfikir tersebut untuk
meningkatkan prestasinya. Cara berfikir itu sendiri tidak
dapat diiperoleh dalam waktu singkat. Namun seiring dengan
peningkatan dan penambahan bidang kepakaran seseorang
maka penyelesaian masalah pun dapat lebih terarah dan
lebih mudah jika menerapkan Minda Disiplin tersebut kerana
dilandasi oleh kerangka berfikir yang tepat dan kepakaran
yang mampan.

Beri contoh bagaimana minda disiplin ini boleh diaplikasi dalam


pengajaran dan pembelajaran komputer

Kenalpasti topik-topik/konsep yang penting dalam sesuatu


subjek iaitu kandungan atau kemahiran yang penting dalam
pembelajaran komputer (cth: kemahiran asas
pengaturcaraan)

Peruntukkan sejumlah masa untuk belajar topik berkenaan &


belajarnya secara mendalam.

Guru menggunakan pendekatan yang berbeza untuk


mengajar subjek pengaturcaraan supaya pelajar boleh belajar
dengan pelbagai kaedah yang dirasakan lebih mudah untuk
difahami.

Membentuk satu kaedah penilaian. Ini akan memberi bukti &


kefahaman yang mendalam & beri peluang untuk penilaian
formatif. Ia juga memberi pelajar peluang untuk
mengaplikasikan kemahiran & pengetahuan dalam konteks
yang lain.

Aktiviti 2: Pemikiran Sintesis (Synthesizing Mind)


o

Dapatkan intisari Pemikiran Sintesis oleh Howard Gardner

PEMIKIRAN SISTESIS Menggabungkan Idea dan


Pemikiran dari Disiplin Ilmu Yang Berbeza

Seseorang harus mampu menggabungkan pelbagai pola


pemikiran dan disiplin ilmu agar dapat mengumpulkan

maklumat dan pengetahuan seluasnya dari pelbagai sumber


serta melahirkan pelbagai idea dan ilmu pengetahuan baru
yang bermanfaat. Justeru, seseorang dituntut untuk dapat
menguasai pelbagai disiplin ilmu, pengetahuan, serta
kerangka berfikir. Kemampuan untuk menguasai tersebut
sangat penting untuk masa sekarang dan masa depan kerana
merupakan kepakaran asas yang harus dimiliki oleh seorang
pemimpin yang inovatif.
o

Beri contoh bagaimana minda pensintesisan ini boleh diaplikasi


dalam pengajaran dan pembelajaran komputer

Gardner menyarankan penggunaan projek & kurikulum


berasaskan tema di sekolah & mencadangkan kaedah terbaik
untuk menggunakan cara ini dalam membentuk minda
pensintesisan ialah dengan cara memberi arahan yang jelas.
Sebagai contoh, pensyarah boleh memberikan tugasan @
projek kepada pelajar yang boleh dilakukan sebagai projek
berkumpulan yang signifikan @ projek individu yang
menyediakan ruang untuk pelajar menggabungkan pelbagai
konsep & kemahiran yang telah dipelajari dalam suatu projek
yang signifikan. Melalui projek ini pelajar dapat
mengintegrasikan kesemua ilmu & kemahiran yang diperoleh
sepanjang semester pengajiannya bagi menyelesaikan tugas
tersebut.

Aktiviti 3: Pemikiran Mencipta (Creating Mind)


o

Dapatkan intisari Pemikiran Mencipta oleh Howard Gardner

PEMIKIRAN MENCIPTA Menyelesaikan Masalah


Melalui Kreativiti dan Idea Inovatif

Seseorang dituntut harus memiliki kreativiti berfikir. Kreativiti


tersebut digunakan untuk membantu menyelesaikan masalah
diluar daripada cara yang sudah ditentukan. Selain itu,
seseorang yang berfikiran kreatif juga mampu memikirkan
penyelesaian masalah dengan cara mencipta kaedah/cara
baru. Seseorang pemimpin masa depan seharusnya
menghargai idea-idea kreatif, membuka ruang & kesempatan
serta mencipta ruang untuk membentuk & memupuk ke arah
pemikiran yang lebih kreatif.

Menurut Prof. Gardner, seseorang yang kreatif adalah


seseorang yang mencipta perkara baru yang mana agak
sukar pada mulanya untuk diterima, kemudian baru dapat
diterima secara berperingkat-peringkat. Jika sesuatu
idea/produk sangat mudah untuk diterima, ia bukanlah
kreatif; jika ia tidak pernah diterima, ia hanyalah satu contoh

yang salah & penerimaan boleh berlaku secara cepat @


mengambil masa yang lama.
o

Beri contoh bagaimana minda penciptaan ini boleh diaplikasi dalam


pengajaran dan pembelajaran komputer

Dalam P&P komputer, guru-guru/pensyarah boleh


mengaplikasikan mod pembelajaran yang berbeza dalam
pembelajaran. Antara mod tersebut ialah mod tutorial, mod
penerokaan, mod aplikasi dan mod komunikasitetapi sebelum
meggunakan mod-mod tersebut, guru/pensyarah harus
membuat perancangan yang teliti supaya pengajaran
mencapai objektif dan memberi kesan yang mendalam
kepada pelajar-pelajar.

Sebagai contoh, mod penerokaan digunakan sebagai


medium atau perantara untuk mencari dan mengakses
maklumat secara penerokaan daripada bahan sumber seperti
CD-ROM, portal maklumat dan internet. Mod penerokaan juga
digunakan untuk mempelajari dan mengkaji sesuatu
fenomena atau keadaan secara tunjuk cara di bawah kawalan
pelajar sendiri dan dapat mempelajari dan mengkaji sesuatu
fenomena secara simulasi di bawah kawalan sistem.

Mod penerokaan memfokuskan penglibatan pelajar dalam


membentuk konsep dan kefahaman mengenai sesuatu
perkara. Mod penerokaan sesuai digunakan dalam
pembelajaran yang melibatkan inkuiri penemuan,
pembelajaran yang menjurus kepada penyelesaian masalah,
simulasi dan kaedah pembelajaran kajian masa depan.

Mod penerokaan mempunyai kebaikan tersendiri dan dapat


memberi kebaikan kepada pelajar dan guru.Kebaikannya
kepada pelajar ialah ia dapat memupuk pemikiran kreatif
pelajar dan penyelesaian masalah sebenar. Ia juga dapat
memberi peluang kepada pelajar melibatkan diri secara
mendalam terhadap kandungan pelajaran disamping
memberi peluang kepada pelajar menentukan hala tuju dan
kemajuan pelajaran mereka. Mod penerokaan juga memberi
kebaikan kepada guru di mana ia memberi peluang kepada
guru untuk menerapkan strategi-strategi pembelajaran
berasaskan teori pembelajaran konstruktivisme.

Aktiviti 4: Pemikiran Hormat (Respectful Mind)


o

Dapatkan intisari Pemikiran Hormat oleh Howard Gardner

PEMIKIRAN HORMAT Penghargaan Perbezaan


Dengan Orang Lain

Seseorang yang harus memiliki Respectful Mind agar dapat


menerima dan menghargai pendapat dan perbezaan dengan
orang lain, agar dapat bekerja sama, dan mampu
menciptakan suasana keterbukaan dan hubungan timbalbalik serta timbang rasa dan toleransi.

Sangat penting untuk ditanamkan pemikiran bahwa hak dan


kewajiban serta kemahuan seseorang itu terbatas oleh hak,
kewajipan, dan kemahuan orang lain. Sehingga apabila
pemikiran itu boleh diterapkan maka setiap orang sudah
memiliki respectful mind yang diharapkan.

Pekerjaan yang dilakukan secara berpasukan pun dapat


secara langsung atau tidak langsung membangun respectful
mind orang-orang yang terlibat di dalamnya. Dan tidak
mustahil kekuatan kerja dari kumpulan itu boleh berkurang
atau hilang sehingga gagal jika tidak memiliki respectful mind
yang tinggi.

Beri contoh bagaimana minda penghormatan ini boleh diaplikasi


dalam pengajaran dan pembelajaran komputer

Di dalam kelas P&P Komputer, minda ini boleh dibangunkan


melalui guru yang menunjukkan contoh/modelling
tingkahlaku yang penuh hormat, juga dengan cara
mendedahkan pelajar kepada bahan-bahan daripada budayabudaya yang lain termasuk sejarah, seni & kemanusiaan.

Guru juga boleh meminta pelajar membentuk kumpulan


dalam setiap aktiviti kumpulan yang dijalankan & setiap ahli
dalam setiap kumpulan perlu ambil bahagian dengan
mengutarakan pendapat masing-masing & saling bertukartukar pendapat serta berkongsi fikiran.

Aktiviti 5: Pemikiran Etika / Tatasusila (Ethical Mind)


o

Dapatkan intisari Pemikiran Etika / Tatasusila oleh Howard Gardner

PEMIKIRAN ETIKA / TATASUSILA Berfikir untuk orang


lain demi kepentingan bersama

Adalah kemampuan/kecerdasan seseorang untuk berfikir di


luar keinginan peribadi dan di luar kemampuan diri yang
telah dimiliki. Ethical mind mempunyai hubungan yang erat
dengan respectful mind dan synthesizing mind, serta
creativity mind.

Asas pemikiran respectful mind bahawa hak, kewajipan, serta


kemahuan seseorang terbatas oleh hal yang sama dari orang
lain, sama seperti ethical mind di mana seseorang tahu
bagaimana menempatkan diri dan mempamerkan sikap serta
apa yang boleh dan dapat diperbuatnya. Seseorang yang
memiliki ethical mind itu tentunya sangat cerdas kerana dia
perlu mendapat pengaruh daripada orang sekitarnya. Dengan
kemampuan yang dimiliki, seseorang itu dapat bekerjasama
dan menggabungkan pelbagai pengetahuan dipadu dengan
creativity mind yang dimiliki. Dia juga tahu bagaimana
caranya menerapkan segala pemikirannya kepada orangorang di sekitarnya.

Minda etika menggambarkan tugas/tanggungjawab yang kita perlu lakukan &


membincangkan tentang apakah cara yang terbaik dalam memenuhi tuntutan
tugas tersebut serta berani mencuba, walaupun kadangkala tidak semuanya
membuahkan hasil/kejayaan tetapi sekurang-kurangnya kita telah berusaha
untuk memenuhi tanggungjawab tersebut.

Beri contoh bagaimana pemikiran etika ini boleh diaplikasi dalam


pengajaran dan pembelajaran komputer

Pemikiran bererti cara atau hal memikirkan sesuatu (Kamus


Pelajar Edisi Kedua).

Etika pula bererti prinsip moral (atau akhlak) atau nilai-nilai


akhlak yg menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu
kumpulan (persatuan, pekerjaan, dll) (Kamus Dewan Edisi
Empat).

Berdasarkan pengertian kedua-dua kata pemikiran & etika,


saya dapat merumuskan bahawa pemikiran etika bermaksud
bagaimana cara seseorang berfikir @ menjalankan
tanggungjawabnya berlandaskan prinsip-prinsip yang
dipegang tanpa mengabaikan kemaslahatan dirinya,
masyarakat serta orang di sekelilingnya.

Dalam p&p komputer, guru-guru boleh menerapkan nilai-nilai


murni yang terdapat dalam mata pelajaran Pendidikan
Komputer. Penerapan nilai-nilai tersebut melalui motif
pengajaran, menggunakan teknik-teknik pengajaran dan
seterusnya mengimplementasikan prosedur penilaian
mengarah kepada hasil penting yang berkaitan dengan nilainilai murni.

Aktiviti 1 : Minda Disiplin (Disciplined Mind)


-Dapatkan intisari minda disiplin oleh Horward Gardner

Seseorang mempunyai pola pemikiran minimal mengenai sesuatu


disiplin atau pengetahuan.

Seseorang harus memiliki paling kurang satu disiplin ilmu atau


kerangka berfikir yang sangat berkuasa untuk memecahkan
segala masalah.

Minda disiplin juga bermaksud seseorang harus sentiasa melatih


diri untuk meningkatkan prestasi diri.

-Berikan contoh bagaimana minda disiplin boleh diaplikasikan dalam


pengajaran dan pembelajaran komputer

minda disiplin boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan


pembelajaran komputer dengan menggunakan pemikiran yang
sentiasa terbuka dan mengetahui sesuatu disiplin ilmu untuk
dipelajari.

Aktiviti 2 : Minda Pensintesisan (synthesizing mind)


-Dapatkan intisari minda pensintesisan oleh Howard Gardner

Mengintegrasikan idea dan pemikiran dari disiplin ilmu yag


berbeza.

Seseorang individu mampu menggabungkan pelbagai pola


pemikiran dan disiplin ilmu agar dapat mengumpulkan maklumat
dan pengetahuan dari berbagai sumber serta melahirkan idea dan
ilmu pengetahuan baru yang bermanfaat. Oleh sebab itu,
seseorang individu dituntut untuk mengintegrasikan pelbagai
jenis disiplin ilmu, pengetahuan serta kemahiran berfikir.

-Berikan contoh bagaimana minda pensintesisan boleh diaplikasikan


dalam pengajaran dan pembelajaran komputer

menyepadukan semua pelajaran yang dipelajari oleh pelajar


dengan menggunakan ilmu dalam proses pengajaran lain d

Aktiviti 3 : Minda Penciptaan (creating mind)

-Dapatkan intisari minda penciptaan oleh Howard Gardner

Menyelesaikan masalah melalui pemikiran kritis dan idea inovatif

Seseorang individu mestilah mempunyai kemahiran berfikir


kreatif, kreativiti tersebut digunakan untuk membantu
menyelesaikan masalah.

Kreativiti disini bermaksud kemampuan mencipta sesuatu yang


tidak boleh diidentifikasikan komponennya dan ia tidak terbatas
kepada sesuatu perkara sahaja.

-Berikan contoh bagaimana minda penciptaan boleh diaplikasikan


dalam pengajaran dan pembelajaran komputer

menggunakan proses pemikiran kritis dan kreatif selain itu


pelajar juga dapat berfikir secara kognitif dalam menyelesaikan
sesuatu masalah.

Aktiviti 4 : Minda Penghormatan (respectful mind)


-Dapatkan intisari minda penghormatan oleh Howard Gardner

Perbezaan dengan individu lain

Seseorang individu seharusnya memiliki minda penghormatan


agar dapat menerima dan menghargai pendapat yang
dikemukakan oleh orang lain, agar dapat bekerjsama, dan mampu
mencipta suasana keterbukaan dan hubungan timbal balik serta
bertoleransi dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan.

Minda penghormatan sangat penting untuk diterapkan dalam diri


setiap individu.

-Berikan contoh bagaimana minda penghormatan boleh diaplikasikan


dalam pengajaran dan pembelajaran komputer

setiap pelajar mempunyai tahap pemikiran yang berbeza dan


apabila dalam proses pengajaran adalah guru sepatutnya
menggunakan pendekatan yang berbeza untuk setiap pelajar.

Aktiviti 5 : Minda Etika (ethical mind)


-Dapatkan intisari minda etika oleh Howard Gardner

Berfikir untuk orang lain demi kepentingan bersama

Minda etika adalah kemampuan/kecerdasan seseorang untuk


berfikir diluar keinginan peribadi dan diluar kotak pemikiran diri
yang dimiliki. Sebenarnya, minda etika sangat berhubungan
dengan minda penghormatan dan minda pensintesisan dan minda
penciptaan.

Seperti dasar pemikiran penghormatan iaitu hak, kewajipan serta


kemahuan seseorang terbatas oleh hal yang sama dari orang lain.
maka minda etika adalah sama seperti itu sehingga dimana
digunakan untuk menempatkan diri dan bersikap serta apa yang
boleh dan dapat diperbuat.

Individu yang memiliki minda etika semestinya sangat cerdas


kerana individu tersebut harus dapat menggunakan
kemampuannya dan dapat bekerjasama dan menggabungkan
pelbagai pengetahuan dengan minda kreativiti yang dimiliki.

-Berikan contoh bagaimana minda etika boleh diaplikasikan dalam


pengajaran dan pembelajaran komputer

menggunakan pendekatan pengajaran yang berbeza untuk


memudahkan pelajar cepat memahami apa yang dipelajari.

5 MINDA MASA DEPAN

A. AKTIVITI 1: MINDA DISIPLIN (DISCIPLINED MIND)


a. Dapatkan intisari Minda disiplin oleh Horward Gardner
Minda mestilah didisiplinkan dalam tiga lapisan makna atau cara.
Seseorang insan itu mestilah mampu berfikir mengikut disiplin
ilmiah/bidang kesarjanaan seperti sejarah, matematiks, sains dan
kesenian. Ia seharusnya mempunyai sekurang-kurangnya satu jenis
kepakaran dan mempunyai tabiat/kebiasaan lakuan untuk
mengaplikasikan ilmunya secara berterusan sehinggalah pembelajaran
berlaku sepanjang hayatnya.
b. Beri contoh bagaimana minda disiplin ini boleh diaplikasi dalam
pengajaran dan pembelajaran komputer
Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran komputer, pelajarpelajarnya boleh diterapkan dengan konsep pembelajaran sepanjang
hayat agar tahap ilmu pengetahuan sedia ada pelajar seiring dengan
perkembangan teknologi kini.

B. AKTIVITI 2: MINDA PENSINTESISAN (SYNTHESIZING MIND)


a. Dapatkan intisari Minda pensintesisan oleh Horward Gardner
Para individu terdedah pada jumlah informasi yang amat besar/banyak.
Oleh itu kita perlu bijak membuat keputusan untuk menentukan mana
yang penting dan bagaimana cara yang terbaik untuk mengatur atau
mengurus maklumat untuk diri dan menggunakanya untuk
berkomunikasi dengan yang lain sehingga semuanya menjadi sebati
(automated) dalam diri.

b. Beri contoh bagaimana minda pensintesisan ini boleh diaplikasi


dalam pengajaran dan pembelajaran komputer
Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran komputer, pelajarpelajarnya haruslah didedahkan dengan pelbagai ilmu pengetahuan
dengan cara pencarian bahan-bahan bacaan di internet. Dalam bidang
komputer ini, ia amat luas dan sentiasa berkembang. Seharusnya
pelajar-pelajarnya didedahkan dengan lebih awal akan senario dalam
dunia komputer. Melalui pemberian tugasan-tugasan juga dapat
membantu pelajar-pelajar untuk mensintesis maklumat yang diperolehi
di internet dan diaplikasikan dalam tugasan-tugasan yang diberikan.

C. AKTIVITI 3: MINDA PENCIPTAAN (CREATING MIND)


a. Dapatkan intisari Minda Penciptaan oleh Horward Gardner
Barisan minda yang paling terkedepan ialah minda yang mencipta idea
baruberfikir di luar kotak kebiasaan. Cara pemikiran sedemikian
menjangkau disiplin ilmu yang tertentu dan perlu mempunyai
kebolehan menggabungjalin tetapi tidak dibataskan oleh sesuatu yang
pernah difikirkan dan dilakukan sebelum ini.
b. Beri contoh bagaimana minda penciptaan ini boleh diaplikasi dalam
pengajaran dan pembelajaran komputer
Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran komputer, pelajar-pelajar
secara tidak langsung akan mengaplikasikan minda ini semasa
membuat tugasan-tugasan seperti kertas projek tahun akhir. Dalam
masa yang sama mereka akan mengaplikasikan apa yang telah
dipelajarinya dan akan mengaplikasikan konsep pembelajaran kendiri
dengan mencari sendiri serta menyelesaikan masalah-masalah yang
kemungkinan akan wujud dalam fasa pembangunan.

D. AKTIVITI 4: MINDA PENGHORMATAN (RESPECTFUL MIND)


a. Dapatkan intisari Minda Perhormatan oleh Horward Gardner
Minda Menghormati ini menjangkau tahap toleransi. Seseorang yang
mempunyai minda menghormati ini mengalu-alukan kepelbagaian
manusia/insan, memburu untuk memahami dan bekerja dengan orang
lain, dan memupuk suasana yang terbuka serta saling menerima
(reciprocity).
b. Beri contoh bagaimana minda penghormatan ini boleh diaplikasi

dalam pengajaran dan pembelajaran komputer


Bagi mengaplikasikan minda penghormatan ini, guru atau tenaga
pengajar boleh memberikan tugasan kepada pelajar-pelajarnya secara
aktiviti berkumpulan dengan melantik seorang ketua dikalangan
mereka. Dengan melakukan tugasan secara berkumpulan ini, sesi
perbincangan diantara ahli kumpulan akan berlaku serta dapat
mengeratkan hubungan antara mereka. Semasa sesi perbincangan,
setiap ahli biasanya akan mengutarakan pendapat masing-masing
kepada ahli-ahli kumpulan yang lain, seterusnya mereka akan
berbincang akan pendapat-pendapat tersebut bagi menentukan
pendapat-pendapat yang terbaik. Dalam masa yang sama, secara tidak
langsung pelajar-pelajar tersebut telah mengaplikasikan minda
penghormatan.

E. AKTIVITI 5: MINDA ETIKA (ETHICAL MIND)


a. Dapatkan intisari Minda Etika oleh Horward Gardner
Minda beretika dibina atas landasan rasa hormat tetapi ia mempunyai
sikap yang lebih abstrak atau tinggi. Individu yang beretika mentafsir
peranan dirinya sebagai pekerja dan warga negara. Mereka
melaksanakan tugas dengan baikkerjanya cemerlang, beretika dan
bermakna pada dirinya. Mereka menganggap diri mereka sebagai
warga masyarakat, rantau dan dunia dan bertindak secara membina,
bukan dengan cara yang mementingkan diri (non egocentric ways).
b. Beri contoh bagaimana minda etika ini boleh diaplikasi dalam
pengajaran dan pembelajaran komputer
Bagi mengaplikasikan minda etika ini, guru atau tenaga pengajar boleh
memberikan tugasan kepada pelajar-pelajarnya secara aktiviti
berkumpulan dengan melantik seorang ketua dikalangan mereka.
Dengan melakukan tugasan secara berkumpulan ini, setiap ahli
kumpulan akan memainkan peranan masing-masing dalam kumpulan
yang diberikan. Sebagai contoh, ketua kumpulan akan menjalankan
tugas sebagi seorang ketua atau pemimpin kepada rakan-rakan yang
lain, manakala rakan-rakan lain akan menjalankan tugas sebagai ahli
yang mempunyai peranan yang tertentu untuk sesuatu tugas yang
diberikan.

Teori pembelajaran & Berkaitan dengan Kreativiti

Aktiviti 1: Teori Behaviorisme


o

Dapatkan intisari teori pembelajaran behaviorisme

Teori Behavioris mengatakan bahawa pembelajaran sebagai


perubahan tingkah laku yang boleh diperhatikan, dikawal dan
diramal. Teori ini mengkaji perhubungan antara rangsangan
dan gerak balas apabila pelajar bertindak dalam persekitaran
luaran. Selain daripada itu, teori ini juga melihat
perhubungan antara tindakan pelajar dengan pengukuhan
ransangan.

Teori Behaviorisme ini dikenali sebagai teori tingkah laku


amat mengutamakan pembelajaran kemahiran-kemahiran
tertentu khususnya kemahiran fizikal. Mereka menganggap
pembelajaran ialah perubahan yang berlaku pada tingkah
laku manusia yang berasaskan situasi-situasi tertentu.

Perubahan pembelajaran ini berlaku melalui 4 proses iaitu:

Perhubungan

Pelaziman Klasik

Pelaziman Operan

Pembelajaran melalui pemerhatian

Kaitkan dengan kreativiti

Pendekatan pengajaran secara tradisional secara sogokan


nota-nota seharusnya di kikis dari pemikiran guru tetapi
diubah dengan membekalkan pengetahuan dan kemahiran ke
arah mendapatkan maklumat.

Guru-guru sendiri perlu kreatif dalam menyediakan aktiviti


pembelajaran kepada pelajarnya & mempelbagaikan kaedah
pengajaran mereka.

Beri contoh bagaimana perkaitan ini boleh diaplikasi dalam


pengajaran dan pembelajaran komputer

Prinsip teori behaviorisme yang diterapkan dalam p&p komputer:

Menyediakan aktiviti-aktiviti tertentu yang melibatkan pelajar


secara aktif.

Cth: Perbincangan dalam kumpulan, aktiviti amali dll.

Bahan pelajaran disusun dalam urutan yang logik supaya


pelajar dapat dengan mudah mempelajarinya & dapat
memberikan respon tertentu.

Cth: Penggunaan kertas edaran / hand outdisediakan


terlebih dahulu & slaid Powerpoint.

Tiap-tiap respon harus diberi maklum balas secara langsung


agar pelajar dapat mengetahui apakah respon yang
diberikannya adalah benar.

Setiap kali pelajar memberikan respon yang benar, maka ia


perlu diberi ganjaran dan motivasi.

Cth: jumlah markah yang tinggi, kata-kata pujian dll.

Aktiviti 2: Teori Pemprosesan Maklumat (Information processing)


Kognitif
o

Dapatkan intisari teori pembelajaran pemprosesan maklumat

Menumpukan kepada bagaimana pelajar memproses


maklumat.

Maklumat yang baru disimpan dalam ingatan jangka pendek.

Kemudian diproses sebelum disimpan ke ingatan jangka


panjang.

Kombinasi pengetahuan (maklumat yang diproses) &


kemahiran di ingatan jangka panjang akan membina strategistrategi kognitif @ kemahiran yang berkaitan dengan tugastugas yang kompleks.

Kaitkan dengan kreativiti

Guru-guru perlu memberi kebebasan kepada pelajar untuk


mempersembahkan tugasan mereka. Ini kerana setiap pelajar
mempunyai cara berfikir yang berbeza-beza.

Pelajar perlu dibantu bagaimana untuk menyimpan maklumat


yang diterima setiap kali menerima maklumat baru daripada
guru dengan cara yang mudah untuk diingati & difahami.

Cth: Buat peta minda.

Peta Mind (Mind Mapping) adalah satu teknik yang digunakan


untuk meningkatkan daya ingatan melalui penggunaan
minda sebelah kanan atau subconscious mind (Tony Buzan).

Setiap pelajar diberi kebebasan untuk membuat peta minda


mereka sendiri berdasarkan kreativiti masing-masing.

Malangnya, sistem pendidikan yang diikuti oleh kebanyakan


orang telah membentuk pemikiran manusia yang lebih linear
dan bukannya kreatif ataupun inovatif. Pemikiran linear itu
hanya membolehkan manusia berfikir tentang satu siri
perkara tunggal dalam satu arah, kata Tony Buzan sambil
memberitahu satu-satunya jalan penyelesaian sekarang
adalah beralih kepada pendekatan yang lebih efektif - cth:
penggunaan peta minda (Berita Harian, 22 Mac 2010).

Contoh Peta Minda yang dipraktiskan oleh individu ilham Tony Buzan.
o

Beri contoh bagaimana perkaitan ini boleh diaplikasi dalam


pengajaran dan pembelajaran komputer

Langkah pengajaran mengikut teori pemprosesan maklumat:

Perhatian pelajar: Mulakan pengajaran dengan memberikan


set induksi yang dapat menarik perhatian pelajar kepada
guru & pengajaran.

Cth: Dalam pengajaran tajuk perkakasan komputer


guru boleh bersoaljawab dengan pelajar dan
menunjukkan beberapa contoh perkakasan komputer
ke dalam kelas.

Merangsang ingatan pelajar kepada tajuk yang berkaitan.


Perbincangan tajuk-tajuk lepas yang sudah dipelajari &
dikaitkan dengan topik yang akan diajar.

Penekanan kepada isi pengajaran yang penting. Penggunaan


bahan bantu mengajar yang tepat dengan tajuk yang akan
disampaikan.

Cth: Edarkan hand out, penyediaan slaidPowerpoint.

Persembahkan maklumat dengan teratur dengan


menggunakan bahan bantu mengajar yang bersesuaian.

Cth: Perisian kursus yang berkaitan dengan tajuk


perkakasan komputer.

Tunjukkan pelajar bagaimana mengkategorikan maklumat


yang diterima & memahaminya.

Beri peluang kepada pelajar untuk mengembangkan


maklumat yang baru diterima.

Pengulangan.

Cth: Meningatkan pelajar beberapa isi penting yang


dipelajari (ingatan jangka pendek).

Menyediakan beberapa aktiviti @ latihan yang berkaitan


dengan pelajaran lepas (ingatan jangka panjang).

Aktiviti 3 : Teori kognitif Sosial (Albert Bandura)


o

Dapatkan intisari teori pembelajaran kognitif sosial

Kaitkan dengan kreativiti

Beri contoh bagaimana perkaitan ini boleh diaplikasi dalam


pengajaran dan pembelajaran komputer

Aktiviti 4 : Teori Konstruktivisme kognitif (Piaget)


o

Dapatkan intisari teori pembelajaran Konstruktivisme kognitif

Proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana


pengetahuan disusun dalam minda manusia.

Mengikut kefahaman konstruktivisme, ilmu pengetahuan


tidak boleh dipindahkan daripada guru kepada pelajar dalam
bentuk yang serba sempurna.

Pelajar bina sesuatu pengetahuan mengikut pengalaman


masing-masing.

Blok binaan asas bagi ilmu pengetahuan ialah satu skema


iaitu aktiviti mental yang digunakan oleh pelajar sebagai
bahan mentah bagi proses renungan dan pengabstrakan.

Rutherford & Ahlgren - pelajar mempunyai idea mereka


sendiri hampir dalam semua perkara, di mana ada yang betul
& ada yang salah. Jika kefahaman & salah konsep ini
diabaikan atau tidak ditangani dengan baik, kefahaman @
kepercayaan asal mereka itu akan tetap kekal walaupun
dalam peperiksaan mereka mungkin memberi jawapan
seperti yang dikehendaki oleh guru.

John Dewey - pendidik yang cekap harus melaksanakan p&p


sebagai proses menyusun @ membina pengalaman secara
berterusan. Beliau juga menekankan kepentingan penyertaan
pelajar di dalam setiap aktiviti p&p.

P&P yang menumpu kepada kejayaan pelajar membina


skema pengkonsepan berdasarkan kepada pengalaman yang
aktif.

Pelajar tidak lagi dianggap belajar daripada apa yang


diberikan guru @ sistem pengajaran tetapi secara aktif
membina realiti mereka sendiri & pada masa yang sama
mengubah suai realiti tersebut.

Kaitkan dengan kreativiti.

Beri contoh bagaimana perkaitan ini boleh diaplikasi dalam


pengajaran dan pembelajaran komputer

Aktiviti 5 : Teori Konstruktivisme Sosial (Vygotsky)


o

Dapatkan intisari teori pembelajaran Konstruktivisme sosial

Kaitkan dengan kreativiti

Beri contoh bagaimana perkaitan ini boleh diaplikasi dalam


pengajaran dan pembelajaran komputer

Aktiviti 6 : Teori Konstruktionisme (Seymour Papert )


o

Dapatkan intisari teori pembelajaran Konstruktionisme

Kaitkan dengan kreativiti

Beri contoh bagaimana perkaitan ini boleh diaplikasi dalam


pengajaran dan pembelajaran komputer

Aktiviti 7 : Minimalisme (John M. Carroll )


o

Dapatkan intisari teori pembelajaran minimalisme

Kaitkan dengan kreativiti

Beri contoh bagaimana perkaitan ini boleh diaplikasi dalam


pengajaran dan pembelajaran komputer

Aktiviti 8 : Teori kecerdasan pelbagai (Howard Gardner)


o

Dapatkan intisari teori kecerdasan pelbagai (multiple intellegences)

Kaitkan dengan kreativiti

Beri contoh bagaimana perkaitan ini boleh diaplikasi dalam


pengajaran dan pembelajaran komputer

Aktiviti 9 : Teori Kecerdasan Triarchic

(Robert Sternberg )

Dapatkan intisari teori kecerdasan Triarchic

Kaitkan dengan kreativiti

Beri contoh bagaimana perkaitan ini boleh diaplikasi dalam


pengajaran dan pembelajaran komputer