Anda di halaman 1dari 30

PEMARKAHAN

TUGASAN 1

TUGASAN 2

TUGASAN 3
JUMLAH

RIS
KOD & NAMUS

KBC6024

MERANCANG DAN MELAKSANAKAN


PROGRAM UNTUK INDIVIDU PINTAR
TAJUK TUGASAN

Tugasan 2:
RANCANGAN PROGRAM INTERVENSI

DISEDIAKAN OLEH
NAMA
KALAI A/P THANGAVELU

NO. ID
M20132001767

NO. TELEFON
01126543189

NAMA TUTOR E-LEARNING: PROF.MADYA. DR.MD NASIR A/L MASRAN


TARIKH SERAH: 06 MEI 2015

1 | Page

ISI KANDUNGAN
Bi
l

Isi Kandungan

M/s

1.0
2.0
3.0
3.1

PENGENALAN
TEORI KECERDASAN HOWARD GARDNER
KAEDAH MENGENAL PASTI KANAK-KANAK PINTAR CERDAS
Kriteria Pemilihan Responden
(A) Kaedah Temubual
(B) Kaedah Pemerhatian
(C) Ujian Pengesanan Kecerdasan Online
(D) Kaedah Senarai Semak
PROGRAM INTERVENSI
Program Mentor-mentee
Aktiviti Perkhemahan di Sekolah
Program Kaunseling Kelompok
KESAN INTERVENSI TERHADAP RESPONDEN
KESIMPULAN
BIBLIOGRAFI
LAMPIRAN

3
4

4.0
4.1
4.2
4.3
5.0
6.0
7.0

5-16

17-19
20
21
22
23

2 | Page

1.0

PENGENALAN
Pintar cerdas boleh dimaksudkan juga sebagai kanak-kanak yang mempunyai

potensi dan pencapaian yang tinggi dari pelbagai jenis bidang. Antaranya adalah bidang
kreativiti, intelektual, artistic, kebolehan kepimpnan dan mempunyai bakat dalam bidang
muzik dan seni yang mengkagumkan. Secara umumnya kanak-kanak pintar cerdas ini
mempunyai keistimewaan mereka yang tersendiri. Kebolehan dan kelebihan mereka
boleh dikenalpasti sejak awal lagi oleh ibu bapa, saudara-mara atau kawan-kawan yang
terdekat. Kanak kanak ini mempunyai potensi dan dan bakat yang tinggi dalam
pelbagai bidang mengikut kecenderungan masing-masing. Kanak-kanak pintar cerdas
juga mempunyai keupayaan yang jauh beza dan ketara jika dibandingkan dengan
kanak-kanak sebaya dengn mereka dan dipercayai kanka-kanak pintar cerdas ini dapat
mengatasi kepintaran atau kebolehan yang dimiliki oleh orang yang lebih dewasa
daripadanya. Kanak-kanak yang pintar cerdas ini juga sering dikaitkan dengan
seseorang yang mempunyai Intellectual Quotient (IQ) yang tinggi iaitu berada pada
taap IQ 130 dan ke atas.
Menurut Kamus Dewan Edisi ke empat, pintar cerdas bermaksud cekap,
pandai,banyak bercakap, cerdik licin dan mahir dalam membuat sesuatu pekerjaan.
Manakala, pandai pula didefinisikan sebagai sempurna akal. Selain itu, Persekutuan
memberi maksud kanak-kanak pintar cerdas dan berbakat adalah mereka yang
dikenalpasti sercara semulajadi kemampuan luar biasa dan berkebolehan yang tinggi
dalam melakukan sesuatu. Kanak-kanak ini memerlukan program pendidikan yang
berbeza. Individu yang dikatakan pintar cerdas ini mempunyai kebolehan yang luar
biasa memahami dan mengadaptasisegala cabaran persekitaran kepada hidup dan
mindanya. Stanford Binet (1916), merupakan orang pertama menjalankan ujian pintar
cerdas yang dikenali sebagai The Stanford -Binet Test telah memberikan definisi
pintar cerdas sebagai merujuk kepada keupayaan individu memahami, membuat
pertimbangan serta penaakulan yang baik.
3 | Page

2.0

TEORI KECERDASAN PELBAGAI: HOWARD GARDNER


Teori pelbagai kecerdasan telah diperkenalkan oleh Howard Gardner (1983).

Beliau mengemukakan lapan kecerdasan manusia yang dapat dipertingkatkan


sepanjang jangka hayat. Menurut Gardner, setiap manusia mempunyai kesemua lapan
kecerdasan. Beliau telah membuat kajian terhadap pelbagai lapisan masyarakat kanakkanak biasa dan istimewa, juga kelompok penduduk yang mempunyai kriteria yang
istimewa (special population). Gardner juga mengatakan bahawa kecerdasan bukanlah
sesuatu yang diwarisi. Jika kedua-dua ibubapa dikategorikan mempunyai IQ rendah
tidak semestinya anak-anak mereka juga bodoh, begitulah juga sebaliknya. Kajian
terhadap kanak-kanak istimewa mendapati bahawa ada di antara murid-murid yang
lemah daya ingatnnya adalah dilahirkan oleh ibubapa yang kedua-duanya adalah
profesional.
Teori kecerdasan yang diperkenalkan oleh Gardner sangat releven dengan
pengesanan terhadap pelajar pintar cerdas yang mempunyai pelbagai kebolehan
mengikut domain-domain tertentu. Menurut Gardner dalam teorinya, perkembangan
tidak sekata dari segi intelek adalah salah satu ciri-ciri kanak-kanak pintar cerdas.
Kanak-kanak pintar cerdas menunjukkan kebolehan yang berbeza-beza dalam
perkembangan mengikut domain. Walaupun mereka menunjukkan kebolehan yang luar
biasa dalam satu domain dari kelapan-lapan domain yang dikemukakan, maka di situ
sudah jelas menunjukkan sudah ada potensi pintar cerdas dalam diri kanak-kanak
tersebut.
Menurut Howard Gardner berdasarkan Teori Kecerdasan Pelbagai, terdapat
lapan jenis kecerdasan iaitu; kecerdasan logic-matematik, kecerdasan bahasa /
linguistic, kecerdasan muzik, kecerdasan visual/spatial/ruang, kecerdasan kinestetik /
sukan, kecerdasan interpersonal, kecerdasan intrapersonal dan akhir sekali kecerdasan
naturalis.
4 | Page

3.0

KAEDAH MENGENAL PASTI KANAK-KANAK PINTAR CERDAS


Proses mengenalpasti individu pelajar pintar cerdas dan kecenderungan spesifik

mereka sebenarnya sesuatu perkara yang sukar dan mencabar. Di sebabkan ada
sesetengah bentuk prosedur ataupun pendekatan yang digunakan tidak mebuat
pengujian secara holistik ke atas kriteria-kriteria yang sepatutnya, maka telah berlaku
situasi terlepas pandang ke atas segelintir pelajar yang sepatutnya tergolong dalam
kumpulan pelajar pintar cerdas. Bagi mengenalpasti kecenderungan pelajar di dalam
sesuatu bidang secara spesifik Feldhusen ( 1999 ), mencadangkan kebolehan dan
kepintaran individu pelajar adalah menerusi akademik, seni, vokasional dan aktiviti
sosial. Antara beberapa set diagnostik pengenalpastian dan pentasiran yang boleh
digunakan adalah :

Scale For Rating The Behavioral Characteristics Of Superior Students oleh


Renzulli
o Terdapat 10 kemahiran yang dinilai di dalam set ini. Penilaiannya
merangkumi kecenderungan di dalam seni, muzik, drama, pembelajaran,
kepimpinan,

motivasi,

ketepatan

di

dalam

komunikasi,

kreativiti,

perancangan dan kebolehan ekspresi.


Academic Rating Scale
o Menilai keseluruhan kepintaran bagi akademik, sebagai contoh kepintaran
di

dalam

matapelajaran

matemati,

sains,

bahasa

dan

lain-lain

matapelajaran
The Vocational Technical Rating Scale oleh Feldhusen
o Set ini menilai kecenderungan pelajar di bidang agrikultur, perniagaan dan
aktiviti interpersonal
d ) Gardner,s Multiple Intelligence Framework
e ) Multiple Intelligence Assesment Technique oleh Udall dan Passe

5 | Page

3.1

Kriteria Pemilihan Responden

(A) Kaedah Temu Bual


Saya telah melakukan kaedah temubual dengan ibu bapa serta guru responden
bagi mendapatkan segala maklumat berkaitan dengan responden. Temu bual
merupakan salah satu akedah yang mudah untuk mendapatkan maklumat tentang
responden secara santai. Ibu responden Pn. Kavita telah memberitahu segala aspek
yang saya kehendaki tentang responden yang saya kaji. Di samping itu, ibu bapa
responden telah memberikan kerjasama yang amat baik sepanjang saya menjalankan
temu bual ini. Melalui kaedah temubual bersama ibu dan bapa responden saya dapat
klasifikasikan kelebihan dan minat responden.
Saya juga telah menemubual guru serta jurulatih responden. Melalui temu bual
bersama guru dan jurulatih responden saya dapat mengukuhkan lagi pendapat saya
tentang minat dan kecenderungan responden terhadap kelebihan yang dimilikinya.
Selain itu, melalui temu bual yang saya laksanakan saya dapat mengetahui sedikit
sebanyak tentang tingkah laku positif dan tingkah laku negative yang terdapat pada diri
pelajar. Hal ini dapat membantu saya untuk merancang program intevensi untuk
responden.
Melalui temubual ini saya mendapati responden lebih cenderung dan minat pada
permainan bola sepak serta selalu menunjukkan minat yang tidak terhingga pada
permainan yang melibatkan aktiviti fizikal. Hal ini demikian kerana responden memang
cemerlang dan bagus dalam bidang tersebut. Dalam masa yang sama, responden turut
mendapat pencapaian yang amat baik dalam setiap pertandingan bola sepak yang
disertainya. Hal ini amat membanggakan pihak sekolah serta ibu bapa responden.

6 | Page

Berikut merupakan temubual bersama ibu bapa responden:Soalan:


Jawapan

Bilakah anda mendapati Viswa (responden) mempunyai kelebihan?


Kami tidak pernah perasaan kelebihan yang ada pada dirinya sehingga

Viswa melibatkan diri secara aktif dalam aktivti sukan yang melibatkan bola

Ulasan

sepak.
Kanak-kanak pintar cerdas akan menunjukkan pencapaian yang luar biasa
pada domain yang dikuasai olehnya. Pencapaian responden dalam bidang
yang diceburi menarik perhatian kedua ibu bapanya dan menyedarkan
mereka bahawa minat yang ada pada permainan bola sepak bukan minat
semata-mata.

Soalan:
Jawapan

Adakah Viswa aktif sejak kecil lagi?


Ya, Viswa memang sangat aktif berbanding dengan abang dan kakak-

kakaknya. Semasa dia masih bayi dia tidak merangkak tetapi terus
berjalan. Viswa juga didapati mula bercakap serta berkomunikasi pada usia

Ulasan:

yang muda.
Kanak-kanak pintar cerdas dapat menunjukkan perbezaan yang ketara
diantara adik beradiknya pada usia yang muda. Responden didapati
berjalan terlebih dahulu sebelum merangkak. Kebolehan berkomunikasi
pada usia yang muda berbanding adik-beradiknya juga merupakan salah
satu ciri kanak-kanak pintar cerdas.

Soalan:
Jawapan

Bagaimanakah tingkah laku Viswa di rumah?


Viswa merupakan seorang anak yang baik dan menurut kata. Viswa pandai

menjaga adik kecilnya bila tiada orang dalam rumah. Dia berfikiran matang

Ulasan:

berbanding usianya dan mampu melaksanakan tanggungjawab yang diberi.


Kanak-kanak pintar cerdas dapat berfikir secara matang pada usia yang
muda. Responden didapati mempunyai pemikiran yang matang dan dapat
menerima arahan dari orang yang lebih dewasa dengan sikap yang

Soalan:
Jawapan

terbuka.
Apakah tingkah laku Viswa yang kurang digemari oleh anda?
Viswa merupakan seorang yang suka menyampuk perbualan orang

dewasa. Dia sangat kurang bergaul dengan rakan-rakan atau adik beradik

7 | Page

yang hampir sama usia dengannya. Selain itu, Viswa juga di lihat sebagai
seorang yang obsess dengan permainan bola sepak. Jika juru latihnya
mengajar sesuatu kemahiran pergerakan yang baru, dia akan berlatih
bersungguh-sungguh sehingga dia mendapat menguasai kemahiran baru
Ulasan:

yang dipelajari sampaikan lupa untuk makan dan minum .


Kanak-kanak pintar cerdas kurang bersosialisasi dengan rakan-rakan
sebayanya dan selalu mengambil bahagian dalam perbualan orang yang
lebih dewasa. Hal ini demikian pemikiran matang dalam diri kanak-kanak
pintar cerdas menyebabkan mereka merasakan perbualan rakan-rakan
sebaya adalah remeh dan tidak bermakna. Viswa didapati menyertai
perbualan ibu bapanya berbanding komunikasi antara rakan sebayanya.
Selain itu, kanak-kanak pintar cerdas juga merupakan individu yang
mementingkan kesempurnaan. Hal ini dapat dilihat pada responden yang
dikatakan sangat obsess pada kemahiran baru yang dipelajari sehingga
lupa untuk makan dan minum supaya dapat menguasai kemahiran baru
yang dipelajari dengan baik.

Soalan:
Jawapan

Adakah Viswa mempunyai sifat ingin tahu yang sangat tinggi?


Ya, Viswa mempunyai sifat ingin tahu tetapi ianya adalah bergantung pada

topic yang dibincangkan. Jika ianya tidak menarik minat, contohnya kalau
membincangkan tentang ekonomi Negara, dia tidak akan ambil kisah.
Tetapi kalau ianya ada kaitan tentang dirinya, contohnya, sekolah atau
perlawanan bola sepak yang terkini, dia akan berusaha untuk mengetahui

Ulasan

semua perkara yang berkaitan dengannya.


Kanak-kanak pintar cerdas mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi. Ini
menyebabkan mereka sentiasa berfikir berkaitan pelbagai perkara dan
sentiasa berusaha mencari sebab-musabab kejadian sesuatu perkara.

Berikut merupakan temubual bersama guru dan jurulatih responden:


Soalan:
Jawapan:

Bagaimanakah tingkah laku responden dalam kelas?


Merupakan murid yang baik mendengar kata. Tetapi mudah bosan
dengan arahan yang mudah dan berulang. Menghabiskan kerja dengan
8 | Page

awal dan mengacau rakannya yang belum menghabiskan tugasan yang


Ulasan:

diberi.
Kanak-kanak pintar cerdas mudah jemu dengan arahan yang mudah dan
berulang. Mereka menganggap arahan yang diberi adalah amat remeh
kerana kanak-kanak pintar cerdas mengemari arahan yang kompleks dan
mencabar

minda.

Arahan

yang

mudah

menyebabkan

mereka

menghabiskan kerja dengan awal dan mengacau rakannya. Responden


juga didapati seorang yang sering jemu dengan arahan yang mudah.
Soalan:
Jawapan:

Bagaimanakan pencapaian akademik responden?


Responden didapati mengekalkan peratus markah yang konsisten sejak
dari Darjah 4. Responden memerlukan masa untuk memahami soalan /
kerja baru yang diberikan oleh guru, tetapi apabila responden
menguasainya, didapati dia menghabiskan kerja yang diberikan dengan
awal, Responden menghadapi masalah dalam mengingat teori dalam
Sains dan matapelajaran Penulisan. Responden sering mendapat
markah yang sederhana dalam kedua-dua matapelajaran tersebut.
Responden kini berada dalam golongan pelajar yang berpencapaian

Ulasan

sederhana atas.
Kanak-kanak pintar cerdas mampu memahami isi pelajaran dalam masa
yang singkat. responden didapati menyelesaikan latihan yang diberikan
oleh guru. Walaupun pada beberapa minit yang pertama responden
menggunakan masa untuk memahami soalan yang diberikan oleh guru,
tetapi

apabila

memahami

soalan

tersebut,

responden

dapat

menyelesaikan setiap tugasan yang diberikan dengan cepat. Hal ini


mungkin kerana ayah responden prihatin dengan pencapaian akademik.
Soalan:

Adakah murid menunjukkan sifat kepimpinan semasa berada didalam

Jawapan:

sekolah?
Responden

memang

dikenali

sebagai

seorang

pemimpin

yang

bertanggungjawab. Sebab itu responden di pilih sebagai Ketua pengawas


perpustakaan.

Responden

dapat

mengawal

keadaan

didalam

perpustakaan dengan seorang diri tanpa kehadiran guru. Selain itu,


semasa latihan bola sepak dijalankan, didapati responden dapat
9 | Page

Ulasan:

mengetuai kumpulan bola sepak untuk bermain dengan displin.


Kanak-kanak pintar cerdas biasanya mempunyai daya kepimpinan yang
tinggi dalam diri mereka. Kanak-kanak pintar cerdas juga dikatakan
bersikap lebip superior dan dominan di dalam kumpulan. Hal ini dapat
dilihat pada tingkah laku responden yang boleh mengawal kumpulan bola
sepak serta keadaan dalam perpustakaan tanpa bimbingan orang yang
lebih dewasa.

Soalan:
Jawapan:

Apakah tingkah laku yang kurang digemari pada diri responden?


Responden selalu menganggap dirinya tidak tergolong dalam golongan
kanak-kanak

seusia

dengannya.

Ini

kerana

responden

selalu

merasakan dirinya cukup hebat dan boleh menyertai perlawanan pelajar


senior. Selain itu, responden juga didapati kurang bersosialisasi dengan
Ulasan:

rakan sebaya dan sering masuk campur dalam perbualan orang dewasa.
Kanak-kanak pintar cerdas mempunyai kemahiran berfikir yang hebat
serta dapat menyaingi pemikiran orang yang lebih tua. Kelebihan ini
membolehkan kanak-kanak pintar cerdas menyesuaikan diri dengan
mudah bersama golongan orang yang lebih tua. Hal ini juga boleh
dikaitan dengan diri responden dimana responden lebih meminati
perbualan orang yang lebih tua berbandin dengan perbualan golongan
kanak-kanak yang seusia dengannya

Soalan:
Jawapan:

Bagaimanakan pencapaian ko-kurikulum responden setakat ini.


Responden merupakan murid harapan sekolah ini dari segi kokurikulum.
Responden juga merupakan tokoh kourikulum sejak dua tahun berturutturut. Responden mempunyai kecerdasan fizikal yang luar biasa
berbanding

dengan

rakan-rakan

sebayanya.

Responden

dapat

mengimbangi koordinasi setiap tubuh badan dengan cekap. Setiap


perkara ini dapat diperhatikan pada murid ini semasa murid bermain bola
sepak. Selain itu, pencapaian responden juga menjelaskan bahawa
murid ini dapat mengunakan koordinasi dan keseimbangan badan secara
lebih mahir berbanding murid-murid yang sebaya dengannya. Responden
merupakan murid yang sangat aktif dalam aktiviti kokurikulum didalam
10 | P a g e

Ulasan:

dan diluar sekolah.


Kanak-kanak pintar cerdas yang mempunyai kecerdasan kinestatik
mempunyai kapasiti untuk mengendali objek dengan mahir. Hal ini
kerana kecerdasan yang terdapat dalam dirinya mampu meliputi
kemampuan fizikal dirinya seperti koordinasi, kesimbangan, ketrampilan,
kekuatan dan kelenturan, kecepatan serta kemampuan untuk menerima
rangsangan. Hal ini dapat dilihat pada responden setiap kali responden
bermain , bertanding atau berlatih permainan bola sepak.

(B)

Kaedah Pemerhatian
Melalui kaedah ini, saya telah membuat pemerhatian secara jarak dekat iaitu

responden berhadapan dengan saya sendiri ketika saya menemubual ibu bapanya.
Dalam masa yang sama saya mendapati responden petah bercakap ketika saya ajukan
soalan kepada ibunya dan responden sendiri. Saya tidak kekok untuk bertanyakan lebih
banyak soalan yang peribadi kepada responden. Di samping itu, saya mendapat tindak
balas yang positif bagi mendapatkan segala maklumat mengenai responden melalui
dirinya. Responden didapati beria-ia meminta saya berjumpa dengan ibunya untuk
menemubual. Ibu bapa responden amat baik dan bersikap terbuka terhadap temu bual
yang telah saya jalankan. Hal ini dapat diketahui melalui cara layanan mereka terhadap
saya serta jawapan yang positif yang saya terima. Melalui pemerhatian yang telah saya
11 | P a g e

lakukan terhadap responden saya mendapati responden merupakan seorang yang aktif
dan pandai menjaga adik. Saya juga mendapati responden seorang yang tidak kalah
bercakap tetapi juga menurut kata ibu ayahnya. Responden juga didapati amat
meminati bola sepak dan dapat menceritakan tentang perlawanan bola sepak dari awal
hingga akhir secara terperinci. Saya juga mendapati responden mengetahui tentang
acara-acara serta agenda terkini tentang bola sepak.
Selain itu saya juga telah menjalankan pemerhatian jarak jauh terhadap
responden semasa responden berada di dalam sekolah dan menjalani latihan bola
sepak. Melalui pemerhatian ini, saya mendapati responden mempunyai ciri-ciri
kepimimpinan yang tinggi. Tidak dapat dinafikan yang beliau memang boleh mengetuai
pasukan bola sepak sekolahnya. Melalui pemerhatian saya mendapati beliau dapat
memberi arahan yang jelas serta terperinci pada rakan-rakan sekumpulannya untuk
bermain bola sepak dengan baik. Selain itu saya mendapati responden juga tidak lokek
ilmu dan sanggup mengajar rakannya untuk bermain dengan baik. Selain daripada
pemerhatian yang saya lakukan di padang sekolah saya juga melakukan pemerhatian
dalam kelas dan saya mendapati responden memang seorang yang mempunyai
pencapaian akademik yang sederhana. Akan tetapi saya juga mendapati bahawa
responden cuba sedaya upaya untuk menghabiskan tugasan yang diberikan oleh guru.
(C)

Ujian Pengesanan Kecerdasan Online


Ujian merupakan satu kaedah dalam mendapatkan maklumat untuk membuat

perancangan yang lebih berkesan. Ujian juga dilakukakan untuk menentukan kekuatan
dan kelemahan pelajar. Ujian pengesanan didefinisikan sebagai satu penilaian secara
informal yang dijalankan oleh ibubapa, guru, pengasuh melalui cara pemerhatian atau
senarai semak ke atas kanak-kanak. Dalam menjalankan ujian pengesanan ini tiada
latihan khas yang dijalankan ke atas kanakkanak. Maklumat hasil dari ujian ini juga
bertujuan membantu ibubapa menjalankan ujian ke atas kanakkanak seterusnya bagi
merancang aktiviti yang boleh digunakan untuk merancang aktiviti yang boleh
meningkatkan keupayaan kanakkanak tersebut.

12 | P a g e

Ujian pengesanan perlu dilaksanakan bagi mengesan dan mengenal pasti


kanak-kanak pintar cerdas kerana masalah akan wujud jika kanak-kanak tidak
mencapai objektif pembelajaran kerana pemikiran kognitifnya yang jauh lebih tinggi
berbanding kanak-kanak normal yang lain. Pelaksanaan ujian pengesanan bukan
perkara yang dianggap mudah kerana ia memerlukan kemahiran yang tinggi yang
membolehkannya melaksanakan ujian itu. Penilaian dan ujian pengesanan adalah
proses yang kompleks yang melibatkan banyak cara bagi mengumpul maklumat
berkaitan kanak-kanak.
Saya telah melaksanakan ujian pengesanan kecerdasan secara online terhadap
responden. Saya telah memilih ujian pengesanan secara talian kerana keputusan ujian
tersebut dapat diterima dalam jangka masa yang sangat cepat dan analisa dilakukan
secara

automatic.

Ujian

ini

diperolehi

daripada

laman

web

http://www.edutopia.org/multiple-intelligences-assessment Melalui ujian pengesanan ini


saya dapat mengetahui domain yang dikuasai oleh responden. Melalui ujian yang telah
saya laksanakan terhadap responden saya juga dapat mengukuhkan pendapat saya
tentang kelebihan yang ada pada responden. Berikut merupakan keputusan analisis
bagi ujian pengesanan kecerdasan yang telah diambil oleh responden:

13 | P a g e

Berdasarkan keputusan ujian pengesanan kecerdasan, didapati responden lebih


cenderung kepada Bodily-Kinesthetic, hal ini dapat diketahui melalui markah yang
diperolehi pada domain tersebut adalah lebih banyank berbanding domain-domain yang
lain. Domain kinestetik merupakan kecerdasan kinestetik dalam mengawal pergerakan
badan dan kapasiti seseorang dalam mengendalikan objek dengan mahir. Orang-orang
yang cenderung dalam domain ini didapati mempunyai ketrampilan yang luar biasa
dalam mengendalikan aktiviti yang melibatkan pergerakan otot. Hal ini dapat dilihat
pada responden, di mana responden merupakan seorang pemain bola sepak yang
hebat. Responden juga didapati mempunyai keseibangan dan tahap kelenturan badan
yang luar biasa. Melalui kecekapan responden dalam mengendalikan bola semasa
perlawanan responden selalu meraih pngat dalam setiap pertandingan yang disertai
olehnya.

Responden mendapat markah yang sangat kurang dalam domain Interpersonal.


Kecerdasan interpersonal merupakan domain yang menekankan pergaulan social di
antara diri sendiri dan orang lain, mereka dapat berinteraksi dengan mudah dan boleh
bekerjasama dengan orang lain secara praktikal untuk menghasilkan sesuatu yang
berfaedah. Mereka yang mempunyai kecerdasan interpersonal yang menonjol biasanya
memiliki interaksi yang baik dengan orang lain. Orang yang tidak menguasai domain ini
merupakan oang yang kurang bersosial. Melalui temubual saya mendapati responden
merupakan seorang yang kurang bersosial dengan rakan sebayanya. Hal ini dibuktikan
lagi melalui ujian pengesanan kecerdasan yang telah dilakukan teradap responden.
Responden juga didapati mendapat markah yang sederhana dalam domain
Linguistics. Kecerdasan linguistik merupakan domain yang mempunyai kaitan dengan
kata-kata, lisan atau bertulis. Orang dengan kecerdasan verbal-linguistik tinggi dapat
14 | P a g e

memaparkan kemudahan dengan kata-kata dan bahasa. Mereka berkemampuan


berbahasa dengan menggunakan kata secara efektif, baik lisan dan bertulis Individu
yang mempunyai kecerdasan ini sensitif terhadap makna perkataan dan mahir untuk
memanipulasikannya.
Responden di lihat memperoleh markah yang sederhana dalam domain ini. Hal
ini dapat dibuktikan bahawa responden memang menguasai linguistic secara
sederhana melalui temu bual yang telah dijalankan dengan guru responden. Menurut
guru responden, responden memang memperoleh markah yang sederhana dalam
matapelajaran Penulisan. Responden didapati tidak pandai bermain kata-kata dalam
Penulisan. Walaupun demikian responden didapati mendapat peratusan markah yang
baik dalan matapelajaran Pemahaman serta Bahasa Inggeris. Hal ini mungkin kerana
responden mendapati Bahasa Inggeris lebih mudah difahami kerana bahasa kedua
yang digunakan dalam rumah responden merupakan Bahasa Inggeris.

(D)

Senarai Semak
Senarai semak merupakan salah satu ciri ujian pengesanan yang boleh

digunakan untuk mengesan damain kecerdasan yang terdapat pada pelajar. Saya telah
menggunakan senarai semak Multiple Intelligence Checklist for Students

daripada

kanselor sekolah saya. Melalui senarai semak ini saya dapat mengesan kecerdasan
yang terdapat pada individu. Saya telah menggunkan senarai semak ini terhadap
responden untuk mengukuhkan lagi bahawa responden memang cenderung terhadap
kecerdasan kinestetik.
Senarai semak yang saya perolehi terbahagi kepada beberapa bahagian kecil.
Setiap bahagian dalam senarai semak tersebut menguji setiap kecerdasan yang
terdapat pada murid. Struktur ini akan membantu saya untuk mentadbir pengesanan
15 | P a g e

dengan lebih memahami responden berdasarkan kebolehan mereka. Menurut


kaunselor sekolah, senarai semak yang saya perolehi sesuai digunakan untuk kanakkanak berusia dari 4 hingga 18 tahun. Senarai semak yang dihasilkan untuk menguji
kecerdasan pelbagai adalah amat spesifik dan mudah difahami. Responden juga boleh
mengira markahnya sendiri dan mengetahui keputusan tentang domain yang dikuasai
olehnya pada setelah selesai menjawab senarai semak tersebut.
Melalui senarai semak ini saya mendapati responden mendapat hasil keputusan
yang sama seperti ujian pengesanan kecerdasan yang telah responden lakukan.
Keputusan senarai semak ini menunjukkan responden cendurung kearah domain kinestetik.
Iaitu kecerdasan kinestetik yang melibatkan pergerakan fizikal. Melalui instrumentinstrumen yang digunakan iaitu; ujian, temubual, pemerhatian serta senarai semak, dapat
diketahui bahawa responden memang seorang individu pintar cerdas yang cenderung
kearah domain kinestetik.

4.0

PROGRAM INTERVENSI
Berdasarkan instrument yang teah digunakan pada responden didapati,

responden merupakan seorang individu yang kurang bersosialisasi dengan rakan


sebaya. Walaupun responden merupakan ketua pasukan bola sepak sekolah tetapi
responden hanya berkomunikasi dan bergaul dengan rakan-rakan sebaya atas alasan
perlawanan bola sepak dan hanyalah perbualan yang professional dan tidak ramah.
Selain itu didapati responden menganggap dirinya sebagai seorang yang superior dan
ianya merupakan salah satu factor dimana responden kurang bergaul dengan rakan
sebayanya. Hal ini dapat diperhatikan melalui tingkah laku responden yang sering
menganggap dirinya layak untuk menyertai perlawanan bola sepak dalam golongan

16 | P a g e

dewasa dan permainan bola sepak antara rakan-rakannya dianggap sebagai terlalu
mudah dan tidak mencabar.
Oleh itu, saya bercadang untuk memperkembangan kemahiran social diantara
responden dan rakan-rakan responden. Saya telah berbincang dengan kauselor
sekolah responden dan melalui perbincangan yang dilakukan saya telah melaksanakan
beberapa program intervensi untuk responden. Antara program intervensi yang
dicadangkan adalah, program mentor-mentee, program kaunseling kelompok dan
aktiviti perkhemahan di sekolah. Melalui program program ini diharapkan responden
dapat bergaul dengan ramah serta mengembangkan kecerdasan interpersonal pada
dirinya.
Program-program ini di rancang dengan teliti bersama kaunselor sekolah agar
resoponden dapat mencapai objektifnya. Selain itu, program intervensi ini juga
dirancang agar ianya tidak menganggu domain kecerdasan yang lain dan dirancang
sepenuhnya untuk mengembangkan domain kecerdasan interpersonal responden.
Program-program ini terdiri daripada objektif jangka masa pendek dan objektif jangka
masa yang panjang. Melalui program intervensi yang dijalankan responden dapat
membaiki dirinya dan diharapkan mempunyai keinsafan dalam dirinya untuk bergaul
dengan rakan sebaya dan tidak menganggap dirinya terlalu hebat.
4.1

Program Mentor Mentee


Program Mentor mentee merupakan kaedah yang paling sesuai dilakukan

terhadap responden. Hal ini demikian kerana kanak kanak atau pelajar pintar yang
selalu memerlukan sokongan serta dorongan daripada orang yang mereka sukai.
Selain itu, mereka boleh berkongsi masalah dan berkongsi pendapat berkaitan apa
sahaja dengan mentor atau role model mereka untuk memudahkan mereka menjalani
kehidupan dengan lebih baik. Menurut Albert Bandura dalam teori pembelajaran social,
beliau menyatakan bahawa kanak-kanak belajar melalui pengamatan selektif terhadap
tingkah laku orang lain. Melalui program ini responden dapat mendapatkan contoh
serta inspirasi dari guru yang digemarinya untuk bergaul dan bersosialisasi dengan
17 | P a g e

rakan sebaya. Hal ini kerana kanak-kanak mengikut perbuatan orang yang
digemarinya.

4.2

Aktiviti Perkhemahan di Sekolah


Aktiviti ini sesuai dilaksanakan kepada responden supaya dapat mengatasi

masalah kekurangan kawan dan masalah kurang bersosialisasi. Menurut Sullivan,


kanak-kanak juga akan mempunyai kawan rapat (chumship) yang mana perhubungan
ini membantu kanak-kanak daripada perasaan egosentrik. Sullivan berpendapat,
mempunyai kawan rapat membolehkan kanak-kanak belajar untuk melihat sesuatu
perkara daripada pandangan yang lain untuk memberikan kesan kepada kanak-kanak
tersebut di mana kanak-kanak akan menanamkan sikap menitiberatkan perasaan orang
lain. Aktiviti perkhemahan ini memerlukan responden bekerja secara berkumpulan
dalam melakukan pelbagai aktiviti seperti semasa aktiviti memasang khemah,
memasak, kawad kaki, ice breaking dan sebagainya. Aktiviti aktiviti seperti ini sedikit
sebanyak dapat meningkatkan kemahiran sosial dan ikatan persahabtan diantara
rakan-rakan sebaya dan responden, sama ada rakan-rakan sebaya responden
mempunyai minat yang sama ataupun berlainan minat.

4.3

Program Kaunseling Kelompok


Kaunseling kelompok merupakan sesi kaunseling yang terdiri daripada lima

hingga lapan individu dalam satu kumpulan. Ianya dibimbing oleh kaunselor yang
akhirnya menjadi pemerhati sahaja dalam sesi kaunseling tersebut. Melalui sesi
kaunseling ini responden dapat bertemu secara konsisten dengan rakan-rakan sebaya
untuk mengenali antara satu sama lain dengan lebih baik. Melalui kauseling kelompok
responden juga dapat memupuk perasaan pecaya mempercayai serta saling hormat
menghormati terhadap rakan sebaya dan dirinya. Kaunseling kelompok juga dipercayai

18 | P a g e

membuka jalan kepada responden untuk mengubah sikapnya yang introvert kepada
seseorang yang lebih berfikiran terbuka dan pandai bersosialisasi.
Matlamat kaunseling berkumpulan ini adalah untuk membantu pertumbuhan
murid dalam bidang akademik serta mewujudkan interaksi individu yang lebih sihat.
Selain itu, mewujudkan program pencegahan yang dapat mengurangkan krisis dalam
diri dan krisis di antara individu dan mengurangkan masalah disiplin serta mewujudkan
suasana yang lebih seronok di sekolah. Kaunseling berkumpulan ini mampu dipercayai
dapat menanamkan rasa penerimaan diri sendiri dan belajar untuk mengurangkan
perasaan jual mahal atau tarik diri dalam diri responden. Melalui kaunseling kelompok
ini dipercayai dapat memberi kesedaran dan menerima beberapa persamaan dalam diri
responden.

5.0

KESAN PROGRAM INTERVENSI


Melalui program intervensi yang dijalankan dalam jangka masa yang terdekat ini,

iaitu program mentor-mentee ( 3 sesi ) dan program kaunseling berkelompok ( 2 sesi ),


didapati responden mula bergaul dengan ramah dengan rakan sebayanya. Hal ini dapat
diperhatikan melalu tingak laku responden yang mula bertegur sapa di luar bilik darjah
dengan rakan-rakan yang menyertai kauseling kelompok dengannya. Selain itu, saya
juga mendapati responden mula mesra dengan rakan-rakan sebayanya dan berkongsi
minat iaitu bola sepak. Hal ini dapat diperhatikan melalui tingkah laku responden yang

19 | P a g e

mula mengajar kemahiran yang dipelajarinya dengan rakan-rakan sebayanya yang


bukan berada dalam pasukan bola sepak sekolah.
Saya juga telah menemubual semula juru latih responden serta ibu bapa
responden. Menurut juru latih responden, didapati responden kini kurang bersikap
superior dan mula bergaul rapat dengan rakan sepasukannya. Walaubagaimanapun
keinginan untuk menyertai pasukan bola sepak yang terdiri daripada golongan dewasa
masih ada pada diri responden. Selain itu, menurut ibu responden, didapati responden
kini mula bergaul rapat dan memahami perasaan adik beradiknya dan didapati prihatin
terhadap perasaan adik beradiknya. Walaupun begitu sikap menyampuk perbualan
orang dewasa masih ada pada diri responden. Melalui intervensi yang dilaksanakan
diharapkan responden dapat mengubah tingkah laku serta sikapnya ke arah lebih baik.

6.0

KESIMPULAN
Kesimpulannya, kanak-kanak pintar cerdas merupakan salah satu golongan atau

kelompok yang mempunyai kelebihan yang tidak ternilai di dunia. Mereka mempunyai
bakat dan kelebihan dalam bidang bidang tertentu sama ada muzik, tarian mahupun,
matapelajaran yang khusus. Kanak-kanak ini mempunyai sifat yang boleh dikatakan
berlainan iaitu seperti mempunyai penumpuan yang lama dalan sesuatu perkara,
mempunyai ciri kepimpinan, mempunyai matlamat yang tinggi serta boleh mengingati
nama, tempat dan nombor dengan baik. Walaubagaimanapun, kecerdasan yang dimiliki
20 | P a g e

meraka haruslah dikekalkan atau ditambah lagi supaya mereka boleh berjaya pada
masa akan datang. Sekiranya, meraka mengalami kegagalan, maka kelebihan mereka
adalah sia- sia sahaja. Oleh itu, sebagai guru kita haruslah berusaha dan berganding
bahu untuk membaiki kesilapan dan membantu meningkatkan kelebihan yang dimilki
mereka supaya mereka boleh menerajui masa depan negara dengan cemerlang.
Pelajar pintar cerdas merupakan aset yang bernilai bagi sesebuah negara.
Kegagalan membantu pelajar pintar cerdas bagi memperkembangkan potensi dan
bakat mereka adalah satu kerugian yang besar kepada Negara dan masyarakat.
Sekiranya penekanan sebegini tidak diberi perhatian, dikhuatiri potensi dan bakat
pelajar pintar cerdas ini akan terbantut dan lambat berkembang. Pengajaran guru yang
tidak mencabar pemikiran mereka akan menyebabkan mereka cepat berasa jemu dan
bosan, seterusnya akan menghilangkan minat belajar. Personaliti terutama watak,
perangai, tingkah laku dan cara gaya pembelajaran mereka perlu difahami olehguru
bagi merancang strategi pengjaran yang sesuai.

7.0

BIBLIOGRAFI

Abd Majid Mohd Isa.1994. Keberkesanan Raven SPM dalam mengenalpasti


kanakkanak Melayu pintar cerdas. Pertanika. J. Soc. Sci Hum 2(1): 63-68.
Abdul Rahim M. Ali. (1991). Personaliti dan Hubungannya dengan Pencapaian
Akademik Murid-Murid Sekolah Rendah Luar Bandar. Laporan Penyelidikan M.Ed.
Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

21 | P a g e

Che Mah Yusof dan Mariani Mohd Nor. (2001). Personaliti pelajar pintar dan
hubungannya dengan pencapaian akademik. Prosiding konferensi kebangsaan
Kajian Pasca Siswazah (Greduc.), Fakulti Pendidikan Universiti Malaya, Universiti
Malaya, Kuala Lumpur.
Chua, T. T. & Koh, B. B. (1992). Pendidikan khas dan pendidikan pemulihan: Bacaan
asas. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Fatanah Mohamed. (1997). Perkaitan antara pencapaian akademik dengan faktor
personaliti dan persekitaran keluarga di kalangan pelajar MRSM. Tesis Phd.
Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Pulau Pinang.
Nik Azis Nik Pa. (1999). Mitos dan realiti tentang pelajar pintar cerdas. Jurnal
Kebajikan, 16(2), 87112, Disember 1994.
Ng Seng Fa. (2005). Rahsia Individu Pintar Cerdas dan Masalah Mereka. Kuala
Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.
Terman, Lewis M. (1930). Genetic studies of genius: Mental and physical traits of a
thousand gifted children (Vol 1). Stanford, CA: Standford University Press

LAMPIRAN

A Multiple Intelligences Checklist


Michael Berman is a leading authority on Multiple Intelligences and English Language
Teaching. Michael believes that our intelligences can be developed and are not fixed.
Michael also believes that we can all improve our learning if we (and our teachers!)
know how we learn. The checklist which follows is taken from Michaels book A Multiple
Intelligences Road To An ELT Classroom and is based in ideas developed by Howard
Gardner, the educational psychologist. Use the checklist to find about more about how
22 | P a g e

you learn best. At the end of the questionnaire you will find some ideas about how to
learn based on your Multiple Intelligences profile.
The following Multiple Intelligences Checklist for EFL students is adapted from an article
by Mary Ann Christison published in the MEXTESOL (Mexican branch of the American
Teachers Of English To Speakers Of Other Languages) Journal. When the original
article was published, only seven intelligence types had been identified. More recently,
the naturalist intelligence has been added to the list and the checklist has been
rewritten to take this into account.
Rank each statement 0, 1, or 2. Write 0 if you disagree with the statement and write 2 if
you strongly agree. Write 1 if you are somewhere in between. Then calculate your score
for each intelligence type.
Interpersonal Intelligence

a.

___

Im often the leader in activities

b.

___

I enjoy talking to my friends

c.

___

I often help my friends

d.

___

My friends often talk to me about their problems

e.

___

Ive got a lot of friends

f.

___

Im a member of several clubs

___

TOTAL FOR INTERPERSONAL INTELLIGENCE

Intrapersonal Intelligence

a.

___

I go to the cinema alone

23 | P a g e

b.

___

I go to the library alone to study

c.

___

I can tell you some things Im good at doing

d.

___

I like to spend time alone

e.

___

My friends find some of my actions strange sometimes

f.

___

I learn from my mistakes

___

TOTAL FOR INTRAPERSONAL INTELLIGENCE

Logical - Mathematical Intelligence

a.

___

I often do calculations in my head

b.

___

I like to put things into categories

c.

___

I'm good at chess and/or draughts

d.

___

I like to play number games

e.

___

I love to play around with Computers

f.

___

I ask lots of questions about how things work

___

TOTAL FOR LOGICO-MATHEMATICAL INTELLIGENCE

Linguistic Intelligence
a.

___

I like to read books, magazines and newspapers

b.

___

I consider myself a good reader

c.

___

I like to tell jokes and Stories


24 | P a g e

d.

___

I can remember people's names easily

e.

___

I like to recite tongue twisters

f.

___

I have a good vocabulary in my native language

___

TOTAL FOR LINGUISTIC INTELLIGENCE

Bodily - Kinaesthetic Intelligence

a.

___

It's hard for me to sit quietly for a long time

b.

___

It's easy for me to copy exactly what other people do

c.

___

I'm good at sewing, woodwork, building or mechanics

d.

___

I'm good at Sports

e.

___

I enjoy working with my hands - working with clay or


model making, for example

f.

___

___

I enjoy physical exercise

TOTAL FOR BODILY-KINAESTHETIC INTELLIGENCE

Spatial Intelligence
a.

___

I can read maps easily


25 | P a g e

b.

___

I enjoy art activities

c.

___

I can draw well

d.

___

Videos and slides really help me to learn new Information

e.

___

I love books with pictures

f.

___

I enjoy putting puzzles together

___

TOTAL FOR SPATIAL INTELLIGENCE

Musical Intelligence

a.

___

I can hum the tunes to lots of songs

b.

___

Im a good singer

c.

___

I play a musical instrument or sing in a choir

d.

___

I can tell when music sounds off-key

e.

___

I often tap rhythmically on the table or desk

f.

___

I often sing songs

___

TOTAL FOR MUSICAL INTELLIGENCE

Naturalist Intelligence

a.

___

I spend a lot of time outdoors


26 | P a g e

b.

___

I enjoy listening to the sounds created in the natural world


birdsong, for example

c.

___

I can identify plant life and animal species

d.

___

I can distinguish between poisonous and non-poisonous


snakes and/or between poisonous and edible mushrooms

e.

___

I enjoy observing plants and/or collecting rocks

f.

___

Ive got green fingers - I keep pot plants at home and


have an interest in gardening, for example

___

TOTAL FOR NATURALIST INTELLIGENCE

27 | P a g e

NOW READ ON TO FIND OUT HOW YOU CAN USE YOUR SCORES TO
DEVELOP AS A LEARNER.

According to Gardner, your intelligences profile is not fixed, which means that you can
develop both your stronger and weaker areas. Knowing your multiple intelligences
profile can also help you because you can identify the kinds of learning activities which
can help you to learn well.

Interpersonal Intelligence
If you scored highly in this area, you probably enjoy working with other people and have
a good understanding of how other people are feeling. In class you probably enjoy
working in pairs and groups more than working on your own. When learning vocabulary,
you will probably benefit from studying with a friend.

Intrapersonal Intelligence
If you scored highly in this area, you probably have a very strong sense of selfawareness and enjoy working on your own. In English lessons, your teacher might ask
you to work with other students at times you might want to ask (politely!) if you can
work alone by saying I work better when I study alone, if that s OK! Writing a private
diary in English, may be a good way of developing your writing skills.

28 | P a g e

Logical-Mathematical Intelligence
If you scored highly in this area, you probably have a very logical mind which analyses
processes in steps. You like clear, logical grammatical explanations: sometimes we just
have to accept that language learning isnt always logical. To understand grammar,
(word order for questions for example), it might help if you analyse how sometimes we
add new words (ie do/does/did) to make a question and how on other occasions we
change the words order (with the verb to be).

Linguistic Intelligence
If you scored highly in this area, you probably love words and learning languages. This
is obviously very helpful if you are learning English, but dont worry if your score in this
area is not your best. Many good speakers of English dont have highly developed
linguistic intelligence and your Anglolang teacher will help you find other ways to make
learning enjoyable! You may find comparing your language with English an interesting
and useful activity to help you learn.

Bodily-Kinaesthetic Intelligence
If you scored highly in this area, you probably use your body to express your emotions
and you might find sitting still in the same seat quite difficult.
If you scored highly in this area, you might want to improve your vocabulary by working
with cut-up slips of paper which you move around to create word partnerships
(collocations). You may also find that your learning improves if you try to move at the
same time; you could try learning word stress by making a small jump for an unstressed
syllable and a big jump for a stressed syllable.

Spatial Intelligence
If you scored highly in this area, you probably have good spatial and visual awareness.
You may find chess or parking your car in a small parking place easy when others find
this really difficult. When you are learning vocabulary, you could try drawing a picture of
29 | P a g e

the word you are learning. Using different colour ink (blue, red, black and green pens for
example) will make your notes much more colourful and memorable.

Musical Intelligence
If you scored highly in this area, listening to and even playing music are probably
important in your life. Try listening to music when you are studying (some people
recommend Mozart) and listen to songs in English as a way of accessing the language.
You may even want to write your own memorable tune (a jingle) to help you remember
some difficult language.

Naturalist Intelligence
If you scored highly in this area, you probably enjoy being outside and nature in general.
You are probably also good at classifying and categorising things into groups so when
you are learning vocabulary, think of ways of grouping new words in ways which make
sense to you.

30 | P a g e