Anda di halaman 1dari 5

TAJUK: ZINA

Maaf saya tidak menuduh awak berzina ,tetapi awak menghampiri zina.Kami hanya
barbual-bual, berbincang,. Bertanya khabar, minum-minum di kafe. Adakah itu
menghampiri zina? Ya,perbuatan itu boleh menjerumuskan pelakunya ke lembah
penzinaan.Kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak berniat ke arah itu.

Hari ini ya.Esok mungkin kamu kecundang.Iblis akan memerangkap kamu.Iblis amat
berpengalaman dan tipu dayanya sangat halus. Ia telah menipu moyang kita yang
pertama,Adam dan Hawa. Iblis amat licik. Ingat ,pesanan Rasulullah :Janganlah
engkau bersendirian dengan seorang wanita kecuali yang ketiganya ,syaitan
(Tabrani) .Kita lemah menghadapi tipu daya Iblis.

Tidak semestinya semua orang bercinta* menjurus kepada penzinaan. Ada yang
bercinta dalam telefon dan hantar SMS sahaja. Tidak pernah bersua muka pun!

Betul .Tetapi itu adalah salah satu yang dimaksudkan dengan menghampiri zina.
Memang pada awalnya tidak bersua muka. Tapi perasaan pasti bergelora,lambat
laun desakan nafsu dan perasaan serta hasutan Iblis akan mengheret kepada suatu
pertemuan. Pertemuan pertama tidak akan terhenti disitu Pahaja. Percayalah, ia
akan berlanjutan. Tidakkah itu boleh membawa kepada perzinaan akhirnya?

Takkan nak berbual-bual pun tak boleh? Itupun zina ke?


Zina ada bermacam-macam jenis dan peringkatnya, ada zina betul, ada zina dangan
iaitu berpegang-pegangan, ada zina mata iaitu melihat kekasih dengan perasaan
berahi. Zina hati iaitu dengan khayalan berahi dengan kekasih
sepertimana yang digambarkan oleh Rasulullah:Kedua-dua tangan juga berzina dan
zinanya adalah menyentuh. Kedua kaki juga berzina dan zinanya menuju ke tempat
pertemuan. Mulut juga berzina dan zinanya adalah ciuman (muslim dan
Abu Daud). Sebenarnya jalan menuju kepada perzinaan amat banyak. Jangan
biarkan diri kita melalui mana-mana jalan perzinaan.

Duduk berdiskusi pelajaran tak boleh ke? Bincang pelajaran sahaja!*(bagi kes
belajar berdua-duaanSAHAJA)*

Berdiskusi pelajaran, betul ke? Jangan tipu. Allah tahu apa yang terselit di dalam
hati hamba- hambaNya. Kita belajar nak keberkatan. Kalau cemerlang sekalipun,
kalau tidak diberkati oleh Allah, kejayaan tidak akan membawa kebahagiaan. Hidup
di dunia tidak bahagia,akhirat lagi lah. Jangan berselindung disebalik pelajaran yang
mulia. Allah suka kepada orang berilmu. Jadi belajar hendaklah ikut batas dan
ketentuan Allah.Belajar akan jadi ibadat. Adakah berdiskusi macam ni akan ditulis
oleh malaikat Raqib dan Atid.

Sungguh! Bincang pelajaran sahaja.


Ni Study group.*(bagi kes berdua-duaan SAHAJA) Study Group...? nampak lain
macam saja, manja, senyum memanjang, tak macam gaya berdiskusi.Takkan study
group berdua sahaja? Kemana-manapun berdua. Kalau ye pun, carilah group study
ramai sikit. Kalau duduk berdua-duaan macam ni...betul ke bincang pelajaran?
Jangan-jangan sekejap saja bincang pelajaran, yang lain tu... banyak masa
dihabiskan dengan fantasi cinta!

Tidaklah. Sungguh berbincang pelajaran.*


Baik sungguh awak berdua. Takkanlah awak berdua tak ada perasaan apa-apa?
Awak kurang sihat ke? Ingat, kita bukan malaikat, tak ada nafsu. Kita manusia.
Jangan menafikan fitrah anusia. Kita ada nafsu, ada keinginan. Itulahmanusia.

Kami berdua sama-sama belajar, study group*,saling memberi semangat dan


motivasi.

Tak adakah kaum sejenis yang boleh dijadikan akan belajar? Habis sudahkah kaum
sejenis yang oleh memberikan motivasi? Jangan hina kaum ejenis kita. Ingat,
banyak orang cemerlang yang belajar hanya dengan kaum sejenis. Lebih tenang
erasaan, tidak terganggu, dapat berkat dan rahmat pula.

Takkanlah tak ada langsung ruang yang dibenarkan dalam Islam untuk bercinta?
Adakah Islam membunuh terus naluri cinta?

Naluri adalah sebahagian daripada kesempurnaan kejadian manusia. Naluri ingin


memiliki dan suka kalau dimiliki (sense of belonging) adalah fitrah.Kalau naluri itu
tidak wujud pada diri seseorang,tak normal namanya. Islam bukan
datangmembunuh naluri dan keinginan itu, tidak! Islam tidak suruh membunuh
naluri seperti yang dilakukan oleh para paderi atau sami. Jangan nafikan naluri ini.
Jangan berbohong pada dirisendiri. Bukan salah dan berdosa kalau perasaan
itu datang tanpa diundang. Itu adalah fitrah. Cuma tudukkan naluri itu untuk patuh
pada perintah Allah. Jadilah manusia yang sihat nalurinya. Jangan jadi malaikat!
Kerana Allah jadikan kita sebagai manusia.Dunia dan segala isinya akan hambar
tanpa naluri atau nafsu.

Tentu ada cinta secara Islam.


Cinta secara Islam hanya satu, iaitu perkahwinan.Cinta berlaku setelah ijab kabul,
cinta selepas kahwin. Itulah cinta sacral dan qudus. Cinta yang bermaruah. Bukan
cinta murahan. Inilah kemuliaan Islam. Apabila Islam menegah sesuatu
perkara,tentu ia gantikan dengan sesuatu yang lebih baik.
Jika ia menegah cinta antara lelaki dan perempuan sebelum kahwin, ia membawa
perkahwinansebagai ganti yang lebih baik. Sabda Rasulullah :
Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah. (Ibnu
Majah). Cinta adalah maruah manusia. Ia telalu mulia.

Kalau begitu, cinta* remaja semua menghampiri kepada penzinaan?


Ya, kalau lelaki dan perempuan bertemu tentu perasaan turut terusik. Kemudian
perasaandilayan. Kemudian teringat, rindu. Kemudian diatur pertemuan.Kemudian
duduk berdua-dua.Kemudian mencari tempat sunyi sedikit.
Kemudian berbual panjang sehingga malam gelap.Hubungan makin akrab, dah
berani pegang tangan,duduk makin dekat. Kalau tadi macam kawan,sekarang
macam pengantin baru semalambukankah mereka semakin hampir dengan
penzinaan? Berapa ramai orang yang bercinta telah sampai kepada daerah
penzinaan dan kesengsaraan. Kasihanilah diri dan ibu bapa yang melahirkan kita
dalam keadaan putih bersih tanpa noda daripada seekor nyamuk sekalipun!

Masih ramai orang yang bercinta* tetapi tetapselamat tidak sampai berzina. Kami
tahan diuji.
Allah yang menciptakan manusia, Dia tahukekuatan dan kelemahan manusia.
Manusia tidak tahan ujian. Oleh itu Allah memerintahkan supaya jauhi perkara yang
ditegah takut manusia akan kecundang.

Jadi manusia itu tidak tahan diuji? Kita manusia dari keturunan Adam dan Hawa,
sejak dari awal penciptaan manusia. Allah takdirkan satu peristiwa untuk iktibar
manusia.Allah tegah Adam dan Hawa supaya tidak memakan buah khuldi dalam
syurga. Buah yang lain boleh makan. Allah tahu kelemahan pada ciptaan manusia.
Tidak tahan diuji. Oleh itu Allah berpesan kepada Adam dan Hawa, jangan
menghampiri pokok khuldi itu. Firman Allah:Wahai Adam! Tinggallah engkau dan
isterimu di dalam syurga serta makanlah dari makanannya
sepuas-puasnya apa yang kamu sukai, danjanganlah kamu hampiri pokok ini. (jika
kamu menghampirinya) maka kamu adalah orang-orang yang zalim(al-
Araf:19)Tegahan yang sebenarnya adalah memakan buahkhuldi. Jika menghampiri
perkara tegahan, takut nanti mereka akan memakannya. Demikianlah dengan zina.
Ditegah berzina. Maka jalan ke arah penzinaan juga dilarang. Takut apabila
berhadapan dengan godaan zina, kedua-duanya akan
kecundang.Cukuplah kita belajar daripada pengalaman nenek moyang kita Adam dan
Hawa.

Tetapi cinta selepas kahwin banyak masalah. Kita tak kenal pasangan kita secara
dekat. Bercinta adalah untuk mengenal hati budi pasangan sebelum buat keputusan
berkahwin.

Bolehkah percaya dengan perwatakan masa sedang bercinta? Bercinta penuh


dengan lakonan yang dibuat-buat dan kepura-puraan. Masing-masing akan berlakon
dengan watak terbaik. Penyayang, penyabar, pemurah dan berbagai-
bagai lagi. Masa bercinta merajuk ada yang pujuk.Jangan harap lepas kahwin, bila
merajuk akan ada yang pujuk. Banyak orang yang kecewa dan tertipu dengan
keperibdian pasangan semasa bercinta. Perangai pasangan jauh berbeza. Macam
langit dan bumi. Masa bercinta, dia seorang yang amat penyayang, penyabar, sabar
tunggu pasangan terlambat sampai berjam-jam. Tapi bila dah kahwin, lewat lima
minit, dah kena tengking.Jadi, perwatakan dalam masa bercinta tidak boleh
dipercayai. Percintaan adalah suatu kepuraan atau hipokrit.

Percayalah, kami bercinta demi merancang kebahagian hidup nanti.

Bagaimana diharap kebahagiaan jika tidak mendapat redha Allah? Kebahagiaan


adalah anugerah Allah kepada hamba-hambaNya yang terpilih. Kebahagiaan bukan
ciptaan manusia.Manusia hanya merancang kebahagiaan. Allah yang
menganugerahkannya.Bagaimana mendapat anugerah kebahagiaan itu,jika jalan
mencapai kebahagiaan itu tidak diredhai Allah. Kebahagiaan hidup berumah tangga
mestilah melalui proses yang betul. Sudah tentu prosesnya bukan bercinta begini,
Allah tidak meredhai percintaan ini. Cinta yang diredhai Allah adalah cinta selepas
kahwin. Bagaimana untuk mendapat keluarga yang bahagia jika langkah mula
sudahpun canggung, bagaimana kesudahannya?

Tanya sikit,.. adik angkat, kakak angkat, abang angkat boleh ke? Ganti bercinta

Semua itu adalah perangkap iblis dan syaitan.Hakikatnya adalah sama. Cinta yang
diberi nafasbaru. Kulitnya nampak berlainan, tetapi isinyaadalah sama. Adik angkat,
kakak angkat, abangangkat adalah suatu bentuk tipu daya iblis dan
syaitan. Manusia yang terlibat dengan budaya angkat ini sebenarnya telah masuk
dalam perangkap syaitan. Cuma menunggu masa untuk dikorbankan. Namakan apa
nama sekalipun,abang angkat ke, motivator ke, semuanya adalah
sama. Jalan akhirnya akan bertemu dengan zina.

Jadi seolah-olah orang yang bercinta telah hilang maruah diri?


Mengukur maruah diri bukan ditentukan oleh manusia tetapi oleh Pencipta
manusia.Orang yang sedang mabuk bercinta akan mengatakan orang yang bercinta
tidak menjejaskan maruah dirinya.Manakala, bagi orang yang menjaga diri, tidak
mahu terlibat dengan cinta sebelum kahwin, akan mengatakan orang yang bercinta
sudah tidak bermaruah lagi. Cintanya ditumpahkan kepada orang yang belum layak
menerima cinta suci.Kalau begitu ukuran bermaruah atau tidak adalah ditentukan
oleh Allah.

Adakah orang yang bercinta* hilang maruah?

Antara kemulian manusia adalah maruah dirinya.Orang yang bercinta seolah-olah


cuba menggadaikan maruahnya kerana mereka menghampiri perzinaan. Manakala
orang yang bercinta dan pernah berzina tidak layak berkahwin kecuali dengan orang
yang pernah berzina. Allah berfirman: Lelaki yang berzina azimnya) tidak ingin
berkahwin melainkan dengan perempuan yangberzina atau perempuan musyrik; dan
perempuan ang berzina itu pula tidak ingin berkahwin dengan elainkan oleh lelaki
yang berzina atau lelaki usyrik. Dan perkahwinan yang demikian itu terlarang kepada
orang-orang yang beriman.(Surah An-Nur: 3) Jadi, orang yang pernah bercinta juga
tidak sesuai untuk berkahwin dengan orang yang tidak pernah bercinta. Tidakkah itu
suatu penghinaan dari Tuhan.

Jadi orang yang bercinta* hanya layak berkahwin dengan orang yang pernah
bercinta* juga?

Itulah pasangan yang layak untuk dirinya. Kerana wanita yang baik adalah untuk
lelaki yang baik.Lelaki yang baik untuk wanita yang baik.

Kami telah berjanji sehidup semati

Apa ada pada janji cinta? Berapa banyak sudah janji cinta yang musnah? Lelaki,
jangan diharap pada janji lelaki. Mereka hanya menunggu peluang keemasan sahaja.
Habis madu, sepah dibuang. Pepatah itu diungkap kerana ia sering berulang
sehingga menjadi pepatah.

Si dia ini lain dari yang lain. Dia lelaki yang penyayang dan bertanggungjawab.

Tahukah hati budi lelaki? Sejahat mana lelaki,apabila ingin mengambil seseorang
wanita sebagai isteri dan seterusnya menjadi ibu untuk anak-anaknya, dia akan
memilih wanita yang baik.Tetapi untuk berseronok dan berfoya-foya, lelaki biasanya
akan memilih perempuan murahan kerana ia suatu pelaburan yang
menguntungkan.Itulah rahsia lelaki.

Jadi, perempuan yang bercinta*, jatuh maruahnyanpada pandangan lelaki? *(tidak


mengikut syariat)

Tentu. Mana ada orang lelaki yang normal sukanpada barang yang second hand
sedangkan barang yang baru masih ada. Sesetengah mereka menggambarkan
perempuan seperti kereta yang diletakkan di bilik pameran sahaja.Tapi ada orang
yang boleh test drive. Ada pula yang kata;sekadar sepinggan mee goreng dan
segelas sirap bandung, bawalah ke hulu, ke hilir. Sedihkan.Itulah hakikatnya.

Masih adakah orang yang tidak bercinta di zaman ini?


Ya, masih ada orang suci dalam debu. Golongan ini akan sentiasa ada walaupun
jumlah mereka kecil. Mereka akan bertemu suatu hari nanti.Mereka ada
pasangannya. Firman Allah:Dan orang-orang lelaki yang memelihara
kehormatannya serta orang-orang perempuan yangmemelihara kehormatannya
(yang memelihara dirinya dari melakukan zina)... Allah telah menyediakan bagi
mereka segala keampunan dan pahala yang besar.(Surah Al-Ahzab: 35)

Bagaimana kami?
Kamu masih ada peluang. Bertaubatlah dengan taubat nasuha. Berdoalah serta
mohon keampunan dariNya. Mohonlah petunjuk dan kekuatan untuk mendapat
redhaNya.

Kami ingin mendapat redha Tuhan. Tunjukkanlah bagaimana taubat nasuha.


Taubat yang murni. Taubat yang sebenar-benarnya. Taubat yang memenuhi tiga
syarat:Tinggalkan perbuatan maksiat. Putuskan hubungan cinta yang tidak diredhai
Allah ini.Menyesal. Menginsafi diri diatas tindak tanduk hidup yang menjurus diri
dalam percintaan.Berazam. Bertekad didalam hati tidak akan
bercinta lagi dengan sesiapa kecuali dengan seseorang yang bernama isteri atau
suami .Saatnya adalah selepas ijab kabul.

Ya Allah. Hambamu ini telah tersesat jalan.Ampunilah dosa-dosa hambamu ini.


Sesungguhnya engkau Maha Pengampun dan penerima taubat . Berilah kekuatan
kepadaku untuk menghadapi godaan keremajaan ini.Anugerahkan kepadaku
perasaan benci kepada maksiat. Hiasilah diriku dengan akhlak yang mulia.Ibu dan
ayah, anakmu berdosa . Engkau jaga diriku sedari kecil dengan kasih
sayang.Mengapaku curahkan kasih itu kepada orang lain.Oh Tuhan, hambamu ini
berdosaAmin , yarabbal alamin. Moga Allah terima taubat mu.

Kita berpisah kerana Allah , kalau ada jodoh ,tidak kemana!


YaAllah bantulah mereka .Kini mereka dating kepintuMu mencari redha-
Mu.Terimalah taubat
mereka.