Anda di halaman 1dari 56

PENGUCAPAN AWAM

Kaedah dan Teknik yang


perlu di amalkan semasa
pengucapan awam dibuat.
ABSTRAK
• Penulisan ini memperkata mengenai perkara-perkara umum dalam penggunaan
bahasa, penentuan format, pemilihan bahan seta tatacara penulisan dan
penyampaian ceramah, ucapan dan taklimat atau yang disebut perucapan yang
merupakan alat perutusan atau penyampaian mesej. Penulisan ini akan
menghuraikan aspek-aspek penting dalam perucapan seperti imej perucap,
analisis audien, pemilihan penulisan dan bahasa yang berkesan serta tatacara
penyampaian ucapan.
• Pada bahagian berikutnya kertas kerja ini akan membicarakan dengan lebih
terperinci akan format, bahasa yang sesuai dengan penulisan dan penyampaian
ceramah, ucapan dan taklimat. Semoga catatan ringkas ini dapat memberi
panduan panduan kepada anda dalam menyediakan penulisan serta penyampaian
ceramah, ucapan dan taklimat.
Semoga Berjaya.
(Pensyarah Bahasa semasa saya di UiTM)
Tek Asal Puan Maimunah Hj Omar
PENGENALAN
• Ceramah, ucapan dan taklimat merupakan sebahagian daripada kategori
perucapan umumnya dalam aspek perutusan. Perutusan bolehlah didefinisikan
sebagai satu proses penghantaran dan penerimaan maklumat oleh manusia.
• Proses ini dilakukan dengan tujuan-tujuan tertentu sama ada untuk memberi
pengetahuan, untuk bertukar-tukar pendapat, tujuan promosi, untuk hiburan, untuk
menjalin perhubungan, untuk menjalin perhubungan, untuk membuat keputusan,
untuk bertindak balas dengan betul dan sebagainya.

• Di antara aspek-aspek yang perlu dikenal pasi bagi melaksanakan proses ini ialah;
– Perucap
– Audien
– Bahan
– Bahasa
– Tatacara penyampaian
PERUCAP
• Orang yang menyampaikan ucapan atau perucap hendaklah
memiliki kredibiliti, karisma dan imej. Terdapat sepuluh komponen
penting mengenai imej dan pendapat beberapa langkah untuk
memaparkan imej.
Ciri-ciri imej perucap yang baik
• Kebolehpercayaan
• Kebolehpercayaan merupakan satu keupayaan untuk
meningkatkan keyakinan. Perucap hendaklah berkeupayaan
mempertahan perkara yang dipercayai seperti yang cuba
disampaikan kepada audien.

• Kepakaran
• Kepakaran perucap dirujukkan kepada pengetahuannya yang
mendalam terhadap pekara yang diperkatanya. Ini bererti
perucap harus mempunyai pengetahuan serta menguasai
bidangnya.
• Dinamik
• Perucap yang dinamik ialah perucap yang aktif, bertenaga dan
penuh minat tehadap perkara yang diperkata. Perucap yang pasif
ialah perucap yang tidak menguasai subjeknya,kurang bertenaga
dan tidak tegas. dia kelihatan seolah-olah tidak mengambil berat
terhadap subjek dan mesejnya.

• Ketetapan
• ketetapan dirujuk kepada kemampuan perucap memegang pendapat
dan kedudukannya dalam jangka masa tertentu.Ini bererti sekiranya
terdapat faktor-faktor atau idea-idea baru yang lebih meyakinkan
bahawa pendapatnya sebelum ini salah atau kurang matang,perucap
berkenaan seharusnya mampu menukar fikiran mereka.
Bagaimanapun selagi pendapat atau pegangan asalnya boleh
diterima perucap perlu tetap dengan pendiriannya.
• Keramahan
• Ini bererti perucap tidak boleh mengasingkan dirinya
daripada audien. perucap harus menekankan persamaan
di antara dirinya dengan audien. Sifat-sifat meyukai,
mengambil berat, lemah lembut dan merendah diri dapat
membantu meningkat krebidiliti keramahan.

• Kejujuran
• Perucap haruslah memastikan wujudnya pandangan
khalayak bahawa mereka (perucap) itu jujur. Ini penting
supaya tidak timbul rasa syak wasangka audien terhadap
subjek atau perkara yang disampaikannya.
• Keikhlasan
• Perucap juga haruslah memastikan wujudnya pandangan
khalayak bahawa mereka (perucap) itu ikhlas. Ini penting untuk
mempertingkat kredibiliti perucap pada persepsi audien. Apatah
lagi apabila isu yang diperkata oleh perucap merupakan isu-isu
yang kontroversial.

• Memberi Perhatian Terhadap Mesej


• Perucap hendaklah memastikan bahawa kenyataan dalam
subjek atau perkara yang diperkatakannya bukan sahaja benar
malah penting. Peranan perucap ialah untuk membuat
persembahan yang meyakinkan. Perucap hendaklah
bersungguh-sungguh menyampaikan subjek atau mesejnya
supaya audien akan terdorong untuk berbuat yang sama.
• Mengambil Berat Terhadap Audien
• Perucap perlu menunjukkan bahawa mereka
mengambil berat tentang kepentingan serta kebajikan
audien.

• Mempunyai daya tarikan peribadi


• Perucap hendaklah berwajah menarik, berpakaian
kemas serta mampu memperaga keramahan dan daya
tarikannya.
PENJAGAAN IMEJ
• Di antara perkara-perkara yang perlu dilakukan
untuk mengekalkan, menjaga dan memperbaiki
imej ialah;
Pengenalan diri
• Perucap hendaklah memperkenal diri atau meminta orang
lain memperkenal anda. Cara ini boleh meningkatkan
kesan kepercayaan audien terhadap anda. Selalunya
pengenalan meliputi hal-hal yang berkaitan dengan
kelayakan perucap atau berkaitan dengan subjek atau
perkara yang hendak disampaikan. Perucap boleh
mengenalkan diri sendiri dalam ucapan pembukaan bagi
mendapatkan perhatian audien. Lakukan secara
sederhana.
Nyatakan Sebab Anda Berucap
Mengenai Tajuk
• Perkara ini sering diabaikan. Nyatakan adakah
anda berucap kerana tugas, pengalaman dan
seumpamanya.

• Proses ini boleh meningkatkan lagi, minat


audien untuk mendengar ucapan anda.
Menyatakan Kepakaran Anda
mengenai Tajuk
• Pernyataan ini penting bagi memberitahu audien
akan pengalaman, kemahiran atau pengetahuan
anda dalam bidang yang diperkatakan.
• Proses ini boleh meningkatkan keyakinan audien
dan meningkatkan keberkesanan ucapan.
Tunjukkan Anda Mengambil Berat
Terhadap Audien.
• Tunjukkan kepada audien bahawa anda memilih subjek
atau topik tertentu adalah demi kepentingan audien.

• Oleh itu di samping menyampaikan mesej, soalkan juga


perkara-perkara yang audien anda sedia maklum
mengenai topik tersebut.

• Pastikan yang audien anda sedar bahawa anda telah


mengolah ucapan dengan memikirkan keperluan mereka.
Kekalkan Ketenangan

• Perucap hendaklah mengawal gerak geri mereka


dengan sentiasa mempamerkan ketenangan agar
audien anda menganggap bahawa anda berada
dalam keadaan yang terkawal dan perucap yang
berpengalaman.
• Tunjukkan Kesungguhan

• Perucap tidak boleh kelihatan muram. Oleh itu anda hendaklah menunjukkan
tingkahlaku yang boleh meyakinkan audien bahawa anda telah memberi tumpuan
yang penuh terhadap tajuk yang diperkata.

• Penglibatan Sepenuhnya

• Perucap hendaklah memastikan audien anda merasakan bahawa anda terlibat


dengan kedua-duanya iaitu tajuk dan audien. Oleh itu pastikan anda tidak kelihatan
resah atau tidak berdedikasi. Pastikan anda memperaga sifat riang, bersungguh-
sungguh dan dinamik.

• Jangan Akui Kelemahan

• Sekiranya anda merasakan bahawa anda mengetahui sedikit sahaja mengenai


tajuk, jangan sekali-sekali anda cepat mengakui akan keterbatasan pengetahuan
anda. Oleh itu anda perlu positif dan hendaklah menekankan apa yang anda lebih
maklum.
Kunci

• Sampaikan ucapan anda dalam keadaan yang


tenang, tetapi serius dan bersungguh-sungguh.
• Sampaikan dengan bahasa yang mudah, jelas dan
dapat menyentuh perasaan pendengar, menarik
minat pendengar dan seolah-olah anda bersama
pendengar.
AUDIEN
• Audien merupakan orang atau kumpulan orang yang akan
mendengar sesuatu perucapan. Pengetahuan mengenai audien
seperti latar belakang, kepercayaan, kedudukan sosial,
pengetahuan, serta penglibatan mereka dalam topik sangat penting.

• Seseorang perucap perlulah menganalisis audiennya bagi


menyesuaikan topik sangat penting, mesej dan bahasa serta gaya
bahasa pengucapannya.

• Analisis audien juga boleh memberi gambaran umum tentang sifat-


sifat dan sikap-sikap audien terhadap idea dan diri perucap. Analisis
audien melibatkan proses-proses menganalisis:
Ciri-ciri Demografi
• Di antara maklumat-maklumat demografi yang perlu
diketahui ialah umur, tahap pendidikan, jenis
pekerjaan, status politik dan pengaruh-pengaruh
lain.
• Pengetahuan kepada ciri-ciri demografi
membolehkan perucap membuat jangkaan
terhadap tindak balas audien terhadap cadangan-
cadangan yang dikemukakan dan membantu
perucap memilih strategi yang paling berkesan.
• Sikap Umum
• Sikap-sikap umum audien juga boleh memberi gambaran reaksi
yang bakal ditonjolkan oleh audien terhadap idea, mesej, cadangan
dan harapan perucap.

• Sikap Terhadap Cadangan


• Maklumat demografi boleh memberi gambaran reaksi yang bakal
ditonjolkan oleh audien idea, mesej, cadangan dan harapan perucap.

• Sikap Terhadap Perucap


• Maklumat demografi biasanya boleh memberi gambaran kepada
perucap akan tanggapan audien terhadap perucap. Lebih-lebih lagi
jika kalangan audien merupakan kenalan perucap.
BAHAN
• Penentuan bahan-bahan perucapan melibatkan proses-
proses memilih topik, penyelidikan tajuk,merangka dan
menyusun tajuk ,menyusun idea, merangka ucapan dan
sebagai. Kesemua pekara di atas merupakan proses
menyusun ucapan.

• Proses ini membolehkan perucap meneliti dan membatas


idea-idea serta menentukan maklumat-maklumat yang ada
itu sesuai atau tidak
• Memilih Tajuk
• Memilih tajuk merupakan langkah untuk mengenal
pasti perkara-perkara yang perlu diucapkan. Tajuk
merupakan idea utama perucapan. Kesemua
pemilihan tajuk sangat penting kepada perucap
supaya mesej yang disampaikannya dapat dihayati
oleh audien dengan berkesan. Di antara perkara-
perkara yang diketahui oleh perucap ialah:
Panduan Memilih Tajuk
• Pilihlah subjek yang anda telah biasa, diminati atau
anda benar-benar mempercayainya.
• Pilihlah topik yang baik yang dapat mengutus
maklumat baru kepada audien serta sesuai dengan
minat mereka.
• Gunakan kemudahan perpustakaan untuk membuat
penyelidikan tentang tajuk.
• Buat temu bual secara persendirian semasa
menyelidik.
Merangka dan Menyusun Tajuk
• Setelah tajuk dipilih, perucap hendaklah menyusun
penyampaiannya supaya dapat difahami oleh audien
dengan berkesan. Di antara panduan yang boleh dituruti
ialah;
– Susunlah ucapan bagi membolehkan anda menentukan
maklumat yang penting.
– Tulislah tajuk sebelum menyusun ucapan.
– Jelaskan huraian tajuk sehingga menjadi rangka ucapan.
– Gunakan ayat-ayat yang penuh semasa merangka teks ucapan.
– Pastikan rangka ucapan anda ringkas dan senang untuk diikuti.
Menyusun Ucapan
• Penyusunan ucapan boleh:
– Membantu perucap mengembangkan ideanya
selengkap-lengkapnya;
– Membantu perucap membicarakan sesuatu tajuk dalam
tempoh yang terbatas;
– Membantu audien menganalisis maklumat yang
disampaikan;
– Membantu audien memahami konsep-konsep utama.
Langkah-langkah Penyusunan Idea
• Diantara langkah yang perlu diambil dalam
menyusun idea ialah;
– Mengenal pasti subjek yang mahu disampaikan.
– Setelah diteliti ketepikan perkara-perkara yang tidak
penting dengan topik.
– Sediakan satu senarai idea-idea hujah utama.
– Kumpulkan maklumat yang menyokong perkara-perkara
utama.
– Teliti dan halusi rangka sebelum menulis teks ucapan.
Kepentingan Bahan-Bahan Menyokong
• Bahan-bahan penyokong ialah bukti digunakan
untuk mengukuhkan lagi hujah perucap. Bahan-
bahan sokongan juga dapat menjelaskan idea-idea
perucap.
Penggunaan Alat Bantuan Tampak
• Alat bantuan tampak ialah apa-apa bentuk alat
yang dilihat oleh audien untuk membantu perucap
menyampaikan utusannya kepada audien.
• Alat bantuan tampak memudahkan perucap
menyampaikan mesejnya kepada audien.
• Apa yang perlu diingatkan oleh perucap ialah alat
yang digunakan itu hendaklah sesuai dengan
audien dan sesuai dengan tajuk.
Jenis-Jenis Alat Bantuan Tampak
• Gambar-gambar (Foto atau Lukisan)
• Papan hitam/papan putih
• Filem
• Audio (Perakam pita dan rekod)
• Maklumat edaran bertulis
• Pita video
• Graf
• Model
• Carta dan Gambar Rajah
• Dan lain-lain
Kunci
• Alat bantuan tampak hanya digunakan sekiranya
perucap merasakan bahawa alat itu boleh
membantu meningkatkan perutusannya.
• Perucap juga perlu memastikan bahawa dia tahu
menggunakan alat tersebut. Pastikan alat itu benar-
benar boleh memberi bantuan tambahan.
• Pastikan alat itu sesuai dengan tempat ucapan,
boleh meningkat imej si perucap serta boleh
menyokong hujah-hujah utama dalam ucapan.
Penggunaan alat bantuan tampak boleh;

• Menjimatkan masa
• Menjelaskan perkara-perkara yang kompleks
• Membantu mengekalkan minat audien.
Membuat Pengenalan
• Pengenalan ucapan merupakan asas kepada sesuatu
ucapan. Dalam pengenalan perlulah dinyatakan mengapa
anda memerlukan tajuk berkenaan. Pengenalan yang baik
boleh berfungsi untuk menjalinkan hubungan perucap
dengan audien ialah bagi memastikan audien menerima
baik ucapan anda.
• Pengenalan yang baik juga boleh mempertingkat imej
perucap. Dalam pengenalan juga anda memperkenalkan
tajuk serta mewujudkan tanggapan awal audien terhadap
anda.
• Di antara perkara-perkara yang boleh dilakukan untuk
menimbulkan keberkesanan ialah;
– Memberikan perhatian terhadap setiap kata-kata dan pergerakan
yang akan diperaga kepada audien. Ini memerlukan
perancangan .
– Membuat kenyataan yang kontroversial pada permulaan ucapan.
– Menunjukkan bahan tampak yang memaparkan aspek utama
ucapan.
– Mewujudkan perhubungan mata dengan audien.
– Memulakan ucapan dengan kutipan-kutipan orang ternama,
orang terkenal dan tokoh-tokoh.
– Menyampaikan puji-pujian tertentu kepada audien.
Membuat Kesimpulan
• Kesimpulan merupakan unsur terakhir dalam pakej
ucapan. Bahagian ini menyimpulkan ucapan dengan
merumuskan semula fakta-fakta dan bahagian-
bahagian yang tertinggal atau tidak kukuh. Di antara
perkara-perkara yang ditekankan dalam kesimpulan
ialah;
– Mengulas perkara-perkara utama dalam mesej. Iaitu dengan
menekankan idea-idea pokok tanpa memperincinya.
– Memberi penekanan kepada hujah yang paling penting
– Menyuarakan gesaan untuk bertindak. Ini
khususnya pada ucapan berbentuk membujuk.
– Mengukuhkan hujuh-hujah yang masih lemah
– Meninggalkan tanggapan yang positif terhadap
perkara-perkara utama agar audien dapat bertindak
balas terhadap perkara-perkara utama ucapan itu.
BAHASA
• Umumnya bahawa merupakan alat perutusan atau
penyampaian mesej sama ada yang berbentuk
idea, konsep, teori atau ia digunakan untuk
memberi dan mendapatkan maklumat, untuk
menjelaskan sikap dan perasaan, untuk membuat
laporan, untuk melakukan perbincangan, untuk
mengajar, untuk meyakinkan, untuk mempengaruhi
fikiran serta tindakan audien sasaran.
Penggunaan Bahasa Dalam
Perucapan
• Perucap mempunyai empat tujuan apabila menyusun kata-
kata, frasa klausa dan ayat-ayat dalam teks ucapannya,
oleh itu bahasa perucap hendaklah;
• Jelas
• Untuk menghasilkan bahasa yang jelas perucap hendaklah
menyatakan apa yang dimaksudkannya dengan mudah,
terus atau langsung dan tidak mengelirukan. Bahasa yang
jelas dapat memperjelaskan maklumat.
Di antara ciri-ciri kejelasan bahasa ialah;
• Bahasa hendaklah tepat dan konkrit. Oleh itu segala idea
hendaklah dijelaskan dengan menggunakan bahasa yang
senang difahami.
• Berhati-hati apabila menggunakan bahasa yang
teknikal. Seelok-eloknya berikan makna atau erti
kata-kata teknikal yang digunakan itu.
• Berhati-hati apabila menggunakan perkataan yang
mempunyai makna berlapis atau bahasa konotatif.
• Sentiasa menghuraikan apa yang dimaksudkan untuk
mengelakkan kekeliruan dan ketidakfahaman khususnya
konsep-konsep yang diterap dalam teks ucapan.
Menarik
• Aspek menarik ini berkait rapat dengan persembahan
ucapan itu. Salah satu cara untuk untuk menjadikan
sesuatu ucapan itu menarik ialah dengan mempelbagai
corak percakapan atau wujudkan variasi dalam
penggunaan bahasa. Oleh itu perucap digalakkan
menggunakan bahasa-bahasa yang cergas, retorik,
bertenaga dan imaginatif, menggunakan metafora, bahasa
kiasan, bandingan dan yang seumpamanya bagi
menghidupkan persembahan ucapan.
• Sesuai Dengan Audien

• Di sini perucap perlu mentafsir arus kebijaksanaan audien.


Perucap yang bijaksana akan menggunakan berbagai-bagai
laras bahasa semasa mempersembah ucapan mereka.

• Berkaitan Dengan Sesuatu Keadaan

• Perucap perlulah mengenal pasti perkataan-perkataan yang


sesuai serta fleksibel. Tajuk yang dibicarakan dan jenis audien
juga boleh menjadi panduan untuk menentukan jenis bahasa
yang digunakan iaitu sama ada bersahaja, serius atau boleh
diselitkan dengan unsur-unsur jenaka.
Gaya Bahasa Dalam Perucapan
• Maksud gaya bahasa dalam perucapan ialah
bagaimana tatatertib perucap menonjolkan diri.
Di antara komponen gaya bahasa yang
berkesan dalam perucapan ialah;
Tersendiri
• Keadaan ini berlaku secara automatik, iaitu gaya
seseorang perucap adalah unik kerana ia
merupakan hasil langsung daripada pengalaman
dan pemahaman perucap tentang persekitarannya.
Keberkesanan gaya bahasa juga bergantung
kepada keupayaan perucap mengembangkannya.
Kemahiran ini boleh dimiliki serta diperbaiki dengan
memerhati tokoh-tokoh di sekeliling kita
mempersembahkan ucapan mereka.
• Hubungan Gaya Dengan Apa Yang Diperkata

• Cara ini boleh membantu memberikan penekanan kepada apa yang hendak
dikatakan bagi menjadikan mesej yang disampaikan lebih menarik. Gaya perlu
disesuaikan dengan kehendak atau tujuan sesuatu mesej itu disampaikan.
Umpamanya perucapan yang bertujuan untuk menyampaikan maklumat eloklah
menggunakan ayat deklaratif.

• Gunakan Ayat Aktif

• Ayat Aktif lebih bersifat terus dan langsung. Penstrukturannya hendaklah mematuhi
Hukum D-M (Diterangkan-Menerangkan) Ini lebih memudahkan audien
memperolehi kefahaman.

• Gunakan Bahasa Ekonomis

• Bahasa ekonomis iaitu bahasa yang terus kepada perkara pokok boleh
menjimatkan masa perucap dan lebih tepat. Satu cara untuk mendapatkan bahasa
yang ekonomis ialah dengan mengurangkan perkataan-perkataan yang tidak perlu.
TATACARA PENYAMPAIAN
• Terdapat dua aspek yang perlu diberikan
perhatian semasa menyampaikan ucapan iaitu
aspek lisan dan aspek bukan lisan.
Aspek Lisan Dalam Penyampaian
• Untuk memenuhi keperluan ini perucap hendaklah
berkemampuan serta mahir dalam penggunaan
bahasa seperti yang dijelaskan sebelum ini. Ini
penting bagi menghasilkan maklumat yang
berkesan serta ekspresif.
Aspek Bukan Lisan Dalam
Penyampaian
• Aspek lisan dalam penyampaian ucapan boleh
diperjelas melalui penggunaan aspek-aspek
bukan lisan seperti;
Gerak Badan
• Iaitu tingkah laku fizikal yang merupakan
sebahagian daripada perutusan mereka.
Bagaimanapun perucap hendaklah memastikan
tidak ada tingkah laku yang mengganggu
penyampaian ucapannya seperti memegang
barang yang tidak berkaitan, atau menggerakkan
anggota badan tanpa tujuan tertentu.
Sifat Fisiologi

• Iaitu bentuk fizikal perucap seperti bentuk tarikan


keseluruhan, kebersihan diri ,badan rambut serta warna
kulit.
• Pastikan pemaparan yang sesuai, kemas, bersih dan
menarik. Kesempurnaan aspek ini boleh memaparkan rasa
keyakinan serta pengetahuan dan pengalaman perucap.
• Sentuhan

• Ini boleh dilakukan dalam kumpulan audien yang kecil. Maksud sentuhan di sini
ialah seperti bersalaman dan cara ini boleh menimbulkan rasa mesra dan
keramahan perucap.

• Sifat Suara

• Ini dirujukkan kepada mutu suara perucap sama ada nyaring, besar kecil, lembab
pantas dan vokalizer, seperti ”ya”, ”um”, ”er” dan kata-kata atau frasa-frasa tertentu
yang sering dimasukkan dalam ucapan. Bunyi-bunyi ini boleh mengganggu
kelancaran penyampai. Oleh itu patutlah dihapuskan.

• Penggunaan Ruang

• Kebijaksanaan dalam penggunaan ruang boleh memberi peluang kepada perucap


untuk mewujudkan hubungan fizikal. Ini dapat dilakukan dengan berkesan dalam
keadaan yang tidak formal dan jumlah audien yang sedikit.
• Penggunaan Masa

• Perucap hendaklah menggunakan kebijaksanaannya dalam penggunaan masa.


Umpamanya menepati waktu, merancangkan dengan baik masa untuk setiap
bahagian dan ucapannya mewujudkan hentian yang baik serta memperuntuk waktu
yang tertentu untuk audien mengemukakan pertanyaan.

• Sahsia Rupadiri

• Ini meliputi segala perkara yang berkaitan dengan perucap yang berfungsi sebagai
rangsangan bukan lisan umpamanya pakaian, perhiasan, solekan dan
seumpamanya. Perucap hendaklah memastikan bahawa sahsiah rupa dirinya sesuai
dengan acara, sama ada rasmi atau tidak rasmi.

• Hubungan Mata

• Hubungan mata boleh membantu mengekalkan minat audien. Perucap perlu


mengekalkan hubungan mata yang langsung untuk sekurang-kurangnya tiga
perempat daripada masa berucap. Elakkan penumpuan sepenuh perhatian kepada
nota. Hubungan mata membolehkan perucap mengesan daya tumpuan audien
terhadap ucapannya.
Kaedah-kaedah Penyampaian
• Apat empat kaedah asas dalam penyampaian
ucapan iaitu;
Hafalan
• Iaitu perucap menulis kemudian menghafal
seluruh ucapannya. Walaupun cara ini berkesan
tetapi aspek-aspek kesegaran ucapan agak
terbatas dan perucap mungkin menghadapi
masalah untuk menyesuaikan diri dengan
perkara-perkara atau masalah-masalah yang
tidak dijangkakan berlaku sewaktu
menyampaikan ucapannya.
• Spontan

• Keadaan ini berlaku apabila seseorang perucap itu diminta menyampaikan ucapan
secara tiba-tiba. Kaedah ini juga boleh bertukar dengan berucap seringkas dan
seumum mungkin bagi mengelakkan kekaburan maklumat. Seelok-eloknya
gunakan pengalaman peribadi untuk merangka isi ucapan spontan ini.

• Membaca Teks

• Ini merupakan kaedah yang paling lumrah digunakan oleh perucap iaitu
menumpukan perhatian kepada manuskrip dan sekali sekala memandang audien.
Walaupun ketepatan dapat dijamin namun wujud masalah untuk menambah isi
ucapan dan untuk mengekalkan hubungan mata dengan audien.

• Merujuk Rangka

• Dalam kaedah ini perucap hanya menyediakan rangka ucapannya dengan memiilih
kata-kata kunci bagi intipati ucapannya. Cara ini sangat ekspresif dan akan
menghasilkan ucapan yang bersahaja, dapat mengekalkan hubungan mata serta
mudah mengubahsuai fakta. Bagaimanapun kesan-kesan sedemikian hanya
dicapai sekiranya perucap telah membuat persediaan yang lengkap sebelumnya.
CERAMAH
Definisi Ceramah
• Ceramah bolehlah didefinisikan sebagai pengemukaan
fikiran atau idea-idea melalui perucapan dan disampaikan
secara syarahan dua hala. Dalam sesi ceramah terdapat
penerangan daripada penceramah. Sehinggalah selesai
segala informasi atau maklumat yang hendak disampaikan.
Ceramah boleh digunakan untuk tujuan memujuk.
Pembujukan pula bolehlah dianggap sebagai proses
seseorang perucap mengubah sikap, kepercayaan atau
tindakan audien sasaran. Pembujukan merupakan proses
yang aktif dan melibatkan usaha-usaha mengubah
pemikiran audien.
• Oleh itu perucap perlu menggunakan lebih daripada
satu pendekatan dalam proses pembujukannya.
Selain itu setiap unsur dalam penyampaian
ucapannya seperti mimik muka, nada suara, gerak
badan perlu diseimbangkan dengan hujah bagi
membantu audien mengubah sikap dan tindakan
mereka.