Anda di halaman 1dari 14

1.

0 Pengenalan
Mengikut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002), didikan bermaksud kaedah
mendidik
dan yang dididik (diajar, dilatih dan lain-lain). Oleh itu, gaya didikan meliputi cara
dan bagaimana mereka mendidik, mengajar, melatih, mengasuh, memelihara dan
menjaga anak-anak.
Mengikut

Darling

dan

Steinberg

(1997),

gaya

didikan

ibu

bapa

menggabungkan sikap, kebiasaan dan ekspresi secara bukan lisan yang dapat
menggambarkan interaksi di antara ibu bapa dengan anak-anak mereka dalam apa-apa
situasi. Dalam kajian ini. gaya didikan bermaksud bagaimana stail atau bentuk ibu
bapa membuat perhubungan dengan anak-anak mereka dalam usaha membimbing,
memberi tunjuk ajar, mendidik dan berkomunikasi secara lisan atau bukan lisan. Brett
May & John Bos (2000), menjelaskan gaya didikan sebagai menggabungkan sikap,
kebiasaan, ekspresi secara bukan lisan yang dapat menggambarkan interaksi di antara
ibu bapa dengan anak-anak dalam pelbagai situasi.
Gaya keibubapaan sudah lama menjadi fokus utama sejak awal abad ke-21
(Caporella, 2007). Gaya keibubapaan penting kepada masyarakat kerana aspek ini
memainkan peranan utama kepada pembangunan kanak-kanak dan remaja untuk masa
depan. Amalan keibubapaan yang baik boleh memberi kesan postif kepada
perkembangan kanak-kanak dan remaja. Banyak kajian yang telah dijalankan kerana
terlalu banyak catatan mengenai kepentingan gaya keibubapaan terhadap pelbagai
perkembangan (Gale Encyclopedia of Education, 2002). Tambahan pula, ia bermula
sejak tahun 1920-an. Penyelidikan yang sama juga telah dijalankan oleh Baumrind
dan Black (1967), seorang ahli psikologi Amerika dan rakannya untuk mengkaji

hubungan antara corak pemeliharaan tertentu kanak-kanak dan hasil terhadap


perkembangannya (Ding & Littleton, 2005).
Amalan keibubapaan mempunyai kesan yang kuat ke atas perkembangan
emosi, sosial dan intelek seseorang anak. Hubungan amalan keibubapaan ini juga
dikaitkan dengan kesejahteraan hidup anak-anak dari aspek kepuasan hidup, konsep
kendiri, tingkah laku dan sebagainya. Walau bagaimanapun, apa yang berlaku pada
hari ini adalah soal didikan anak-anak kebanyakannya ibu bapa serahkan kepada
pihak sekolah dan pembantu rumah. Ibu bapa lebih mementingkan keperluan dari segi
material semata-mata daripada memikirkan kawalan yang bersesuaian yang perlu
diberikan kepada anak-anak bagi mengisi keperluan emosi dan psikologi. Jika ibu
bapa mendidik anak-anak tanpa ada latihan maka kemungkinan ibu bapa lebih
cenderung ke arah tindakan yang lebih ekstrem (Studer & Diambra, 2010).
2.0 Model Baumrind
Berdasarkan kepada beberapa kajian dengan kanak-kanak, Diana Baumrind
telah mengenalpasti empat gaya keibubapaan yang berbeza dari aspek penerimaan ibu
bapa dan kawalan ibu bapa. Beliau berpendapat, setiap gaya keibubapaan akan dapat
meramalkan pola tingkah laku anak yang tertentu (Jaffe, 1997). Empat gaya
berkenaan ialah authoritative, authoritarian. permissive-indulgent dan permissiveneglectful.
Diana Baumrind (1967) menegaskan bahawa terdapat perkaitan rapat antara
cara gaya ibu bapa membimbing anak mereka dengan perkembangan sosial dan
konsep kendiri kanak-kanak. Mengikut Baumrind, terdapat tiga jenis cara gaya
keibubapaan, iaitu autoritarian, permisif dan autoritatif. Perbezaan antara ketiga-tiga
jenis ini berasaskan peraturan keluarga, kawalan pada tingkah laku kanak-kanak dan
tahap penerimaan perbincangan dan sikap bertolak ansur ibu bapa.
2

2.1 Gaya Authoritative.


Ibu bapa mengenakan peraturan atau had batasan tingkah laku tertentu tetapi
membenarkan komunikasi yang bersifat terbuka dan anak-anak juga diberi kebebasan
untuk membuat keputusan sendiri dalam beberapa perkara.Ibu bapa aken menjalinkan
kemesraan dan komunikasi dua hala dengan anak. Ibu bapa jenis ini bersifat fleksibel
dan rasional dalam sikap dan pandangan serta menggalakkan kanak-kanak supaya
berdikari. Walaupun mengenakan kawalan yang tegas tetapi membenarkan kebebasan
beransuran yang bersesuaian dengan tahap kematangan anak. Disiplin dan hala tuju
ditentukan dan diterangkan rasionalnya. Ibu bapa yang autoritatif pula mempunyai
keseimbangan antara responsif dan permintaan. Mereka akrab, komunikatif dan anak
digalakkan bersuara. Kasih sayang diberikan, ditunjukkan dan dirasai. Anak mereka
bebas menentukan cita-cita dengan ibu bapa memberikan panduan dan bimbingan.
Autoritatif yang lebih berasaskan konsep demokratik seperti kesamarataan dan
amanah lebih berjaya membimbing anak-anak ke arah pencapaian potensi mereka
sebagai individu yang bertanggungjawab, berdikari, produktif dan berakhlak mulia.
Hal ini cenderung menghasilkan anak yang kompeten, memiliki tanggung jawab
secara sosial, yakin pada dirinya, dan mandiri. Pada kondisi yang positif seperti inilah
anak dapat mengembangkan rasa percaya diri yang tinggi dan konsep diri yang
positif.
Perkataan authoritative dibina dari perkataan 'authority' yang membawa
maksud ibu bapa ini bersedia menggunakan kuasa ibu bapa, Antara ciri-ciri ibu bapa
yang menggunakan stail authoritative ialah:
3

bersikap mesra (tinggi penerimaan) dan tegas (tinggi mengawal)


melihat peranan ibu bapa sebagai pembimbing
menggunakan logik (rasional) dan pujukan untuk mendapatkan kerjasarna
anak
menjelaskan kepada anak tentang peraturan dan anak digalak memberi respon
(tawar- menawar) secara lisan dan terbuka, namun keputusan akhir ada di

tangan ibu bapa.


Anak. diberitahu batasan tingkah laku dan batasan kebebasan mengikut usia
Peka terhadap keperluan anak
Mengajar anak. berdikari secara beransur-ansur
Peraturan keluarga dikuatkuasa dengan tegas
Menggalakkan anak berfikir secara bebas dan bersedia menerima pandangan

yang bertentangan
Mempamerkan kegembiraan dan sokongan kepada tingkah laku anak yang
baik
Mempamerkan rasa kekecewaan dan tidak gembira dengan salah laku anak
Anak yang terlibat dengan salah laku dilihat sebagai kekurangan dalam
keupayaan memberi perhatian, mengingat atau mengawal diri
2.2 Gaya Authoritarian.
Ibu bapa yang melibatkan diri secara aktif dengan kegiatan anak,
menggalakkan perbincangan bersemuka, mengambilkira pendapat dan cadangan anak,
memberi pengukuhan dan galakan kepada anak di samping itu juga memberi dendaan
yang berpatutan jika anak-anak melakukan kesalahan, mempunyai kawalan disiplin
keatas anak-anak dan juga sudi berbincang dengan mereka tentang disiplin tersebut.
Ibu bapa membesarkan kanak-kanak dengan mengenakan kawalan yang ketat
pada tingkah laku anak dengan membuat peraturan-peraturan, memastikan nilai-nilai
dipatuhi oleh anak dan tidak membenarkan anak menyoal peraturan-peraturan dan
nilai tersebut. Sebaliknya, disiplin amat ketat, malahan cita-cita anak ditentukan ibu
bapa. Kebebasan hampir tidak diberikan dan pendapat anak jarang didengar. Mereka
juga tidak mengamalkan tolak ansur secara lisan dan percaya bahawa kanak-kanak
4

harus menerima perintah tanpa soal. Keputusan yang dibuat oleh ibu bapa tidak boleh
dibantah. Ibu bapa jenis ini ingin membentuk, mengawal dan menilai tingkah laku
anak mengikut piawaan yang mutlak. Oleh sebab mereka lebih menitikberatkan
kepatuhan anak, mereka lebih cenderung menggunakan kaedah disiplin yang bersifat
hukuman.
Walaupun mereka pengasih dan penyayang, anak mereka tidak merasainya.
Ibu bapa tidak bersikap responsif terhadap anak, bersikap tidak fleksibel dan ketat
dalam mengawal tingkah laku anak. Ibu bapa yang autoritarian rendah responsifnya,
tetapi amat tinggi permintaannya.
Kesannya hubungan di antara ibu bapa dan anak-anak akan lebih
renggang.Anak-anak merasa tidak mempercayai dan berpuas hati. Gagal menjalinkan
kemesraan dan komunikasi dua hala. Remaja yang dibesarkan dalam suasana
autoritarian berkemungkinan besar berjaya dalam peperiksaan dan kerjayanya, tetapi
mungkin memiliki peribadi yang kaku, rendah harga diri dan terlalu bergantung
kepada arahan pihak berkuasa.
Seperti perkataan authoritative, perkataan authoritarian juga dibina dari perkataan
'authority' yang membawa maksud ibu bapa ini bersedia menggunakan kuasa ibu
bapa. Namun cara mereka menggunakan kuasa adalah berbeza. Antara ciri-ciri ibu
bapa yang menggunakan stail auhtoritarian ialah:
Tidak mesra dan kurang terlibat dengan anak
Mementingkan anak patuh kepadanya
Kebebasan anak dibataskan kepada peraturan yang banyak dan peraturan ini
dikuatkuasa sepenuhnya
Kerapkali tidak menjelaskan peraturan kepada anak
Cenderung menggunakan dendaan dan kuasa untuk mendapatkan kerjasama
anak
Mementingkan tradisi dikekal
5

Anak tidak digalak memberi respon (tawar menawar) secara lisan khususnya
pendapat anak dan kemahuan anak tidak dipentingkan
Salah Iaku anak akan diberi hukuman
Anak yang terlibat dengan salah laku dilihat sebagai degil
Tidak fleksibel dan hanya mementingkan pendapat sendiri
2.3 Gaya Permissive
Cara gaya keibubapaan bersifat permisif dicirikan oleh komunikasi yang
terbuka dan ibu bapa kurang menekankan tingkah laku baik anak. Ibu bapa seperti ini
berkomunikasi secara terbuka dan tidak berusaha untuk membentuk tingkah laku
anak. Ibu bapa jenis ini tidak membuat banyak permintaan terhadap anak mereka dan
memberikan anak mereka sepenuh kebebasan. Mereka kurang menggunakan kawalan,
penjelasan, kuasa atau kekerasan untuk mengawal anak. Mereka berperanan sebagai
sumber yang memenuhi kehendak anak dan bukan sebagai ejen-ejen aktif yang
terlibat dalam penentuan tingkah laku anak. Anak dibiarkan mengatur aktiviti sendiri
dan ibu bapa mengelakkan daripada mengenakan kawalan terhadap anak.
Walau bagaimanapun ibu bapa jenis ini cuba menyediakan keadaan yang
membimbing untuk perkembangan kanak-kanak tetapi gagal sama sekali untuk
memberi had batasan yang tegas kepada anak. Hasilnya, anak menjadi tidak mampu
menghadapi rasa frustrasi, mengalami kesulitan dalam menerima tanggung jawab,
tidak dewasa secara sosial-emosional, dan kurangnya kontrol diri serta rasa percaya
diri.

2.3.1 Gaya Permissive-Indulgent.


Penerimaan yang tinggi terhadap anak. Namun rendah dalam aspek mengawal
mereka.
6

Ciri utama ibu bapa yang menggunakan gaya permissive-indulgent ialah


mereka mempunyai dan mempamerkan penerimaan yang tinggi terhadap anak, tetapi
rendah dalam aspek mengawal anak. Antara ciri lain ialah:

Kerap berunding dengan anak


Menjelaskan tentang peraturan keluarga
Menggalakkan kebebasan
Menggunakan logik

Namun berbeza dengan gaya authoritative, mereka kurang menyelia dan mengawal
anak. Ini adalah berikutan dengan:

Peraturan yang tidak. berkuatkuasa


Tidak konsisten dalam mendisiplin
Salah laku diterima atau dibuat tidak endah
Biasanya mengalah kepada pujuk rayu anak

2.3.2 Gaya Permissive-Neglectful.


Penerimaan yang rendah terhadap anak dan kawalannya juga rendah.
Ciri utama ibu bapa yang menggunakan gaya permissive-neglecful ialah
rnereka yang rnempunyai dan mempamerkan penerimaan yang rendah terhadap anak
disertai dengan aspek mengawal anak yang juga rendah. Ibu bapa ini seolah-olah
tidak mahu terlibat dengan perkembangan anak mereka. Terlalu sedikit usaha yang
diberi dalam mengasuh dan mensosialisasikan anak. Perhatian hanya diberi kepada
memenuhi keperluan asas (rnakanan dan tempat tinggal) sementara keperluan sosial
dan emosi tidak diendahkan. Ibu bapa begini kerap berada dalam kategori
rnengabaikan anak. Banyak pandangan mengaitkan pencapaian pelajar dan rnasalah
disiplin struktur kelas ekonorni sosial dalam masyarakat. Dikatakan latar belakang
budaya keluarga dan kelas ekonomi masyarakat mempengaruhi rernaja dalam
bertingkah laku. Ini kerana bagi remaja mereka lebih banyak menghabiskan masa di
rumah bersama keluarga, rakan sebaya dan jiran-jiran. Remaja yang telah
7

disosialisasikan dalam budaya keluarga dan masyarakat mungkin rnendapati budaya


ini berbeza dengan budaya sekolah. Beberapa pendapat dan kajian menunjukkan nilai
yang ditunjukkan melalui tingkah laku kelas ekonomi sosial yang rendah adalah
berbeza dengan kelas ekonomi sosial yang tinggi atau golongan kaya dan elit. Pelajar
yang berlatar belakang kelas so sial ekonomi rendah dikatakan lemah pencapaian
akademik, mernpunyai sifat rendah diri, perbendaharaan kata yang rendah dan sering
bertingkah laku anti sosial. Sernentara bagi pelajar daripada kelas sosial yang tinggi
misalnya dikatakan membawa nilai-nilai seperti kebijaksanaan, kekasaran, menunjuknunjuk kekuasaan dan bertingkah laku aktif mengikut nilai-nilai mereka di sekolah
(Mohammad Aziz Syah, 2004).
3.0 Konsep Maccoby dan John Martin
Daripada kajian Maccoby dan Martin, gaya keibubapaan yang berlainan akan
mempengaruhi pertumbuhan kanak-kanak secara langsung. Maccoby dan Martin
memgembangkan lagi teori Baumrind kepada dua dimensi yang menitikberatkan
tentang tahap ibubapa mengawal kanak-kanak dan tahap penerimaan atau tindak balas
daripada ibu dan bapa. Dengan mengabungkan kedua-dua dimensi ini, akan
mewujudkan empat jenis gaya keibubapaan, iaitu gaya bertolak ansur (permissive),
gaya berkuasa penuh (authoritarian), gaya berkuasa separuh (autroritarian) dan gaya
pengabaian (neglecting). Tiga gaya yang pertama berhubung kait dengan teori yang
dikemukakan oleh Baumrind. Jadual berikut akan menunjukkan hubung kait antara
dua dimensi yang disebutkan di atas.
Tahap mengawal dan mengarah

Gaya Berkuasa Penuh (Authoritarian)

Gaya Berkuasa Separuh (Authoritative)

Bersifat pendesak, berkuasa mutlak

Bertimbang rasa, fleksibel, rasional

Displin ketat

Komunikasi dua hala

Gaya Pengabaian (Negleting)

Gaya Bertolak Ansur (Permissive)

Tanpa penglibatan

Bersifat penurutan hawa nafsu, manja


Memenuhi kehendak anak
Tahap penerimaan dan bertindak balas

3.2 Gaya Bertolak Ansur


Ibu bapa yang mengamalkan gaya bertolak ansur selalu memenuhi keperluan
anak-anak mereka, tahap penerimaan mereka terhadap anak-anak adalah sangat
tinggi, mereka boleh menerima segala kelebihan dan kelemahan anak-anak mereka
sehingga sanggup berlindung anak-anak mereka daripada serangan fizikal mahupun
mental. Manakala, tahap pengawalan mereka adalah sangat rendah dan anak-anak
mereka boleh membuat keputusan sendiri dalam sesuatu perkara dengan sesuka hati.
Ibubapa sedemikian selalunya akan memberikan segala keperluan kebendaan kepada
anak-anak mereka dan komunikasi antara mereka dengan anak-anak adalah kurang
berkesan, mereka tidak memahami anak mereka dengan mendalam.
Kanak-kanak mereka selalunya bersifat ganas, garang dan kasar, berkelakuan
kurang matang serta keputusan akademik mereka juga kurang memuaskan. Selain itu,
mereka tidak boleh berdikari dan tidak bertanggngjawab terhadap amanah mereka.
Kanak-kanak sedemikian boleh dikatakan dimanja oleh ibu bapa mereka.
9

3.3 Gaya Berkuasa Penuh


Bagi ibu bapa yang mengamalkan gaya berkuasa penuh, permintaan mereka
terhadap anak-anak mereka adalah sangat tinggi, mereka bercenderung untuk
menguasai atau ingin mengacu kelakuan anak-anak mereka dan jarang menanyakan
pendapat anak mereka. Pelbagai peraturan yang ketat telah ditetapkan di rumah
mereka. Oleh sebab mereka lebih menitikberatkan kepatuhan anak, mereka lebih
cenderung menggunakan kaedah displin yang bersifat hukuman apabila anak mereka
melakukan sebarang kesalahan.
Perhubungan antara mereka dengan anak-anak mereka renggang dan sokongan
dari segi mental dan emosi jarang diberikan kepada anak-anak mereka jika anak
mereka menghadapi masalah. Konsep patuh dan dapat(give-and-take) selalunya
diamalkan dalam keluarga sedemikian.
Kanak-kanak mereka berhidup tertekan dalam keadaan ini. Keyakinan mereka
terhadap diri sendiri agak rendah dan berasa takut untuk melakukan sesuatu perkara.
Kelakuan mereka di dalam rumah adalah baik tetapi kelakuan mereka di luar rumah
tidak terjamin akan baik kerana mereka mungkin akan melepaskan tekanan mereka
yang terpedam melalui cara yang tidak betul seperti vandelisma, menyertai kumpulan
gangster dan sebagainya. Keadaan emosi mereka juga tidak stabil.

3.4 Gaya Berkuasa Separuh


Dibanding dengan keempat-empat gaya, gaya keibubapaan yang paling
berkesan adalah gaya berkuasa separuh, manakala separuh lagi adalah dipenuhi

10

dengan kasih saying mereka. Mereka selalunya cuba berkomunikasi dengan anakanak mereka untuk memahami keadaan anak-anak mereka mahupun segi fizikal atau
mental. Permintaan mereka terhadap anak-anak mereka tidaklah terlalu tinggi dan
permintaan ini adalah dalam kemampuan anak mereka. Mereka sentiasa memberikan
sokongan dan galakan yang sepenuhnya kepada anak-anak mereka dan cuba sedaya
upaya untuk membimbing anak mereka dalam menghadapi dan mengatasi masalah.
Ibubapa sedemikian jarang melaksanakan hukuman fizikal ke atas anak
mereka manakala digantikan dengan hukuman yang bersifat lembut, mereka akan
mendisiplinkan anak-anak mereka sekiranya anak mereka melanggar peraturan yang
ditetapkan. Contohnya seperti mengurangkan masa anak-anak mereka dalam melayari
internet. Jadi, perhubungan antara ibubapa dengan anak-anak adalah baik seumpama
hubungan antara kawan karib. Ibu bapa yang megamalkan gaya berkuasa separuh pula
mempunyai keseimbangan antara responsif dan permintaan.
Anak-anak mereka beryakin terhadap kebolehan diri sendiri disebabkan
mereka sentiasa dipandang tinggi oleh ibubapa mereka, mereka bersikap pemurah,
suka membantu orang lain dan mereka adalah bertanggungjawab. Pencapaian mereka
juga baik di dalam pelbagai aspek.
3.5 Gaya Pengabaian
Sebaliknya, gaya pengabaian adalah gaya yang mendatangkan paling banyak
kesan-kesan negatif kepada seluruh keluarga. Tahap mengawal anak-anak dan tahap
penerimaan ibubapa terhadap anak adalah sangat rendah. Ibu bapa tidak ambil peduli
di mana anak mereka berada, apa aktiviti yang dilakukan, siapa kawan-kawannya,
tidak tahu hal ehwal pelajarannya serta suasana persekitaran sosial anak mereka.
Ibubapa selalu sibuk untuk mencari nafkah sehingga mengabaikan keperluan anak11

anak mereka dari semua segi. Keluarga sedemikian berkemungkinan menghadapi


masalah kewangan yang sangat serius sehingga anak-anak mereka tanpa dijaga oleh
ibu atau bapa.
Selain itu, ibu atau bapa yang berpenyakit mental juga dikategorikan di bawah
golongan ini. Kehidupan keluarga ini mennjadi tertekan dan emosi seluruh ahli
kelurga juga terpengaruh. Tiada pertalian yang rapat antara ibubapa dengan anakanak. Hubungan antara ahli kelurga seperti orang asing. Kelakuan kanak-kanak adalah
paling teruk jika dibandingkan dengan ketiga-tiga kategori di atas. Pencapaian mereka
dalam sekolah tidak baik dan kebanyakan daripada mereka akan terlibat dalam gejala
yang kurang sihat seperti perhubungan seks pada awal tahun, menagih dadah dan lainlain.

Kanak-kanak sedemikian selalunya dipandang rendah oleh masyarakat dan

menyebabkan mereka tidak suka bergaul dengan orang lain. Golongan penjahat
selalunya keluar dari kategori ini. Gaya pengabaian pula hampir tiada permintaan,
disiplin dan hala tuju, serta hampir memberikan kebebasan penuh. Malahan, ia lebih
merupakan satu kecuaian keibubapaan
4.0 Kesimpulan
Gaya keibubapaan yang berlainan akan membentuk sikap dan kelakuan anakanak yang berbeza. Dengan jelas sekali, gaya berkuasa separuh iaitu autoritatif adalah
gaya yang paling unggul dan baik manakala tidak dapat satu teori yang akan
menyesuaikan semua jenis keluarga. Teori ini tidak menjelaskan pengaruh kelakuan
ibu bapa terhadap pertumbuhan anak-anak mereka. Secara praktikalnya, banyak
perkara yang di luar jangkaan akan berlaku. Pelbagai cara telah dicadangkan oleh ahli
kajian untuk mempraktisnya di dalam sesebuah keluarga.

12

Perhubungan antara manusia adalah berpunca daripada kasih. Ibu bapa harus
meluangkan masa yang berkualiti bersama anak. Hal ini akan menyediakan peluang
kepada ibu bapa untuk mengenali, memahami dan membimbing anak. Selain itu, ibu
bapa sebagai ketua dalam keluarga harus menetapkan peraturan di rumah. Hal ini
kerana anak-anak perlu tahu apa yang mereka patuh mematuhi. Penggunaan pujian
juga amat penting. Pujian membuat kanak-kanak memahami apakah tingkah laku
yang baik, merasai ibu-bapa menyayanginya dan dapat meningkatkan rasa harga
dirinya.
Ada ketikanya ibu bapa akan menegur tingkah laku anak tetapi anak tetap
berbuat sebaliknya dari apa yang dikehendaki ibu bapa. Pada ketika ini amat penting
untuk ibu bapa memahami bahawa anak mahukan perhatian dengan perbuatan
tersebut. Oleh itu ibu bapa tidak patut mengendahkan perbuatan anak itu. Langkah ini
dipanggil "ignoring" atau "tak ambil endah".

Di samping itu, amat penting

membimbing anak mereka berfikir untuk diri sendiri dan ibu bapa perlu menolong
anak melalui proses atau langkah-langkah membuat keputusan. Mereka harus
mengelakkan terus membuat keputusan untuk anak.

5.0 Rujukan
13

Baumrind, D. (1968). Autoritarian vs Autoritative Parental Central Adolescence.


New Jersey: Prentice Hall Inc.
Baumrind, D. & Black, A.E. (1967). Socialization Practices Associated With
Dimensions of Competente In Preschool Boys and Girls. Child Development,
38, 291-327.
Baumrind, D. (1971). Current Patterns Of Parental Authority. Developemental
Psychology Monograph. 4(1): 1-102.
Bee Boyd. 2007. The Development Child. Edisi ke-11. Pearson International Edition :
United States.
Dinkmeyer, D & Mc Kay, G.D. (1989). STEP: The Parents Handbook. American
Guidance Service.
Caporella, D. (2007). Has todays modern lifestyle influenced parenting style?
Crawford J.S. (2003). Parental and Temperamental Influence on Early Development
of Attention and Language. D. Ed. Pacific Graduate School of Psychology,
California, USA.
Daniels E. (2004). Nobodys Ever Asked Me That Before: Middle School Students talk
About Motivation To Achieve In School Context. D.Ed. San Diego State
University-University of San Diego, USA.
Fridenberg and Lewis (2004). Adolescent least able to cope: How do they response to
stress. British Journal of Guidance and Counselling, vol.32, no. 1.
Studer, J. R., & Diambra, J. F. (2010). A guide to practicum and internship for school
counselor trainees. New York: Routledge.

14

Anda mungkin juga menyukai