Anda di halaman 1dari 8

REFLEKSI

PEMULIHAN, PENGAYAAN DAN PENDIDIKAN INKLUSIF


Tugasan Kerja Kursus Ilmu Pendidikan memberikan suatu pengalaman yang
bermakna bagi saya. Proses pelaksanaan tugasan ini mengambil masa yang agak
singkat namun dapat memberikan input yang cukup banyak kepada saya sebagai
guru pelatih. Pada kali pertama pensyarah pembimbing menerangkan berkenaan
tugasan ini, saya agak keliru kehendak sebenar tugasan ini. Namun setelah sesi
pembentangan

bermula, di mana setiap guru pelatih membentangkan satu tajuk,

saya mulai memahami

sedikit demi sedikit apakah yang terkandung dalam Ilmu

Pendidikan.
Pemulihan, Pengayaan dan Pendidikan Inklusif adalah tajuk yang saya
bentangkan. Pada masa saya mendapat tajuk berkenaan, saya telah dapat
menggambarkan

secara

kasar

mengenai

pemulihan

dan

pengayaan.

Berdasarkan pengetahuan sedia ada, saya membuat tanggapan awal bahawa


pemulihan adalah untuk pelajar lemah, sebaliknya pengayaan adaah bagi pelajar
yang bijak dan cepat belajar. Namun, apa pula yang dimaksudkan dengan
pendidikan Inklusif. Untuk memahami konsep-konsep berkenaan, saya membuat
pembacaan buku dan mencari maklumat tambahan lain daripada pelbagai sumber.
Selepas membuat rujukan terperinci tajuk yang diberi dan mengadakan
perbincangan bersama rakan-rakan semasa sesi pembentangan tajuk ini, saya
merumuskan

secara

ringkas

bahawa

pemulihan

adalah

pengajaran

yang

membetulkan masalah pembelajaran murid-murid yang lemah dalam pencapaian


akademik khasnya dalam aspek bacaan, penulisan dan pengiraan atau juga disebut
3M yang merangkumi membaca, menulis dan mengira. Pengayaan pula adalah
aktiviti tambahan yang mempunyai tahap kesusahan yang tinggi disediakan oleh
guru-guru untuk memenuhi keperluan murid-murid yang lebih pandai dalam bidang
akademik serta untuk murid-murid yang sedang mencapai prestasi yang lebih tinggi
daripada tahap purata kelas dalam kurikulum biasa. Pendidikan Inklusif pula
diertikan sebagai pendidikan umum iaitu setiap orang individu sama ada normal,
pintar, cerdas atau cacat adalah berhak diberi peluang umum. Kanak-kanak cacat
khasnya yang mempunyai potensi belajar adalah ditempatkan dalam kelas biasa di
bawah bimbingan seorang guru terlatih khas yang bekerjasa dengan guru biasa.
1 |muka surat

REFLEKSI

Pembentangan topik pemulihan, pengayaan dan pendidikan inklusif memberi


peluang kepada saya untuk mendalami topik ini. Persoalan yang ditimbulkan oleh
rakan-rakan semasa sesi pembentangan juga secara tidak langsung menguji
kefahaman saya terhadap topik yang dibentangkan. Selain itu, ada juga respon atau
pendapat yang diberikan oleh rakan-rakan untuk dikongsi bersama.
Pada 22 Mac 2010 hingga 2 April 2010, saya telah menjalani Pengalaman
Berasaskan Sekolah. Pengalaman selama dua minggu tersebut mendedahkan
kepada saya situasi sebenar pengajaran dan pembelajaran opsyen major iaitu
bahasa Inggeris dan pengurusan bilik darjah di sekolah. Selain itu, peluang
menimba pengalaman berada di sekolah atau dalam situasi yang sebenar saya
gunakan untuk meninjau aktiviti pemulihan dan pengayaan di sekolah tersebut.
Saya memilih sebuah sekolah kecil di daerah Sandakan untuk menjalankan
pengalaman berasaskan sekolah. Walaupun sekolah berkenaan berada dalam serba
kekurangan dari segi kemudahan namun banyak pengetahuan dan pengalaman
yang saya perolehi di sana. Melalui maklumat yang saya perolehi, pihak sekolah
tidak mempunyai guru yang terlatih khas dalam bidang pemulihan. Ini mungkin
disebabkan faktor sekolah yang kecil. Namun atas keprihatinan pihak sekolah
terhadap masalah pembelajaran dan penguasaan yang lemah terhadap kemahiran
membaca, menulis dan mengira

di kalangan pelajar, seorang guru biasa telah

dilantik menjalankan tugas sebagai guru pemulihan. Pemilihan guru berkenaan


adalah berdasarkan komitmen yang ditunjukkan dan prestasi cemerlang yang
dicapai.
Melalui pemerhatian, saya turut mendapati bahawa beliau memang seorang
yang layak diberi tangungjawab sebagai guru pemulihan. Beliau sangat komited
membimbing kelas-kelas pemulihan, memiliki personaliti yang baik, sabar melayan
murid-murid yang lemah, tekun serta kreatif dalam merancang aktiviti-aktiviti
pemulihan. Atas faktor tiada guru terlatih dalam bidang pemulihan, pihak sekolah
berusaha dan sentiasa mencari peluang supaya guru tadi dihantar menghadiri
kursus-kursus berkaitan dengan pengurusan kelas pemulihan.

2 |muka surat

REFLEKSI

Sebelum saya membuat tugasan ini, saya tidak dapat membayangkan


bagaimana sebenarnya aktiviti-aktiviti pemulihan dikelolakan. Saya beranggapan
bahawa

kelas-kelas

pemulihan

dijalankan

di

luar

waktu

pengajaran

dan

pembelajaran. Namun persoalan saya terjawab setelah melihat sendiri aktiviti


pemulihan yang dijalankan sewaktu sesi persekolahan seperti biasa melalui
pengalaman berasaskan sekolah. Sebelum saya membuat tugasan ini, saya juga
beranggapan bahawa guru yang tidak mempunyai kelayakan khas tidak boleh
mengajar atau mengelolakan kelas-kelas pemulihan.
Namun semasa melaksanakan tugasan ini, saya mendapati bahawa guru
biasa turut berperanan dalam kelas-kelas pemulihan. Salah satu tugas guru biasa
ialah untuk menganalisa kerja murid-murid lembab dengan kaedah pemerhatian,
temubual, dan ujian diagnostik. Apabila murid-murid lembab telah dikenalpasti,
mereka akan mengikut aktiviti-aktiviti pemulihan yang dijalankan dalam kelas
pemulihan. Kelas pemulihan dikendalikan oleh guru biasa untuk satu jangka masa 6
minggu hingga 3 bulan selama satu atau dua kali seminggu di sekolah. Tujuan
utama kelas pemulihan ialah supaya murid-murid dapat menyertai kumpulan muridmurid dalam bilik darjah sekali lagi selepas masa pemulihan ini. Peranan guru biasa
ialah untuk menyediakan aktiviti pembelajaran yang membantu murid-murid
memadani kesusahan yang dialami dalam pembelajaran murid.
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran pemulihan dikendalikan oleh guru-guru
biasa untuk murid-murid sekolah rendah yang telah diidentifikasikan sebagai
menghadapi masalah dalam pembacaan, penulisan dan pengiraan. Sama ada guruguru kelas biasa berjaya mengendalikan sebuah kelas pemulihan bergantung
kepada faktor-faktor berikut :

Kebolehan atau kemahiran guru-guru biasa dalam menjalankan kelas

pemulihan
Kerjasama daripada kakitangan sekolah & guru besar dalam

menjalankan aktiviti-aktiviyi pemulihan yang baru


Sokongan daripada pihak sekolah atasan untuk mengendalikan
bengkel mengenai teknik pengajaran pemulihan yang terkini untuk
mengatasi pelbagai jenis masalah pembelajaran

3 |muka surat

REFLEKSI

Sumber seperti aktiviti pemulihan yang dibekalkan oleh sekolah untuk

guru biasa mengendalikan program pemulihan dalam sekolah


Kemahiran guru-guru biasa dalam mengendalikan strategi pengajaran
dan pembelajaran secara individu atau kumpulan dalam program
pemulihan.

Guru biasa juga memerlukan pelbagai jenis kemahiran untuk mengendalikan


aktiviti pemulihan dalam bilik darjah. Mereka harus berpegang kepada prinsip
bahawa setiap murid boleh dibantu. Guru-guru mesti berempati kepada murid-murid
yang menghadapi masalah dalam pembelajaran dan juga menunjukkan akauntabiliti
dan dedikasi dalam menjalani aktiviti-aktiviti pemulihan. Guru-guru kelas biasa juga
memerlukan kemahiran untuk memodifikasi kurikulum supaya boleh disampaikan
kepada murid-murid mengikut kebolehan pembelajaran mereka. Jika murid-murid
menunjukkan pencapaian rendah, amalan pengajaran yang biasa digunakan perlu
dilambatkan. Mereka mungkin perlu menggunakan buku pemulihan yang mudah dan
juga nota-nota yang mempunyai urutan isi dalam format yang senang kepada susah.
Semasa menjalankan pemerhatian terhadap amalan aktiviti pemulihan yang
dijalankan di sekolah tempat menjalankan pengalaman berasaskan sekolah, saya
mendapati bahawa guru pemulihan di sekolah tersebut mempunyai inisiatif yang
tinggi dalam membimbing murid-murid yang lemah dalam pembacaan, penulisan
dan pengiraan. Walaupun beliau tidak mendapat latihan khusus berkenaan
pendidikan pemulihan namun beliau kreatif dari segi penyediaan alat bantu
mengajar yang disesuaikan dengan kebolehan murid-murid yang mendapat
pendidikan pemulihan. Beliau juga menyusun atur bilik pendidikan pemulihan
dengan teratur dan selesa untuk murid-murid belajar walaupun tidaklah sebaik bilikbilik darjah di sekolah-sekolah bandar. Saya juga turut kagum dengan kesabaran
dan kesungguhan guru berkenaan melayan murid-murid di bawah pendidikan
pemulihan. Kebijaksaan guru tersebut dapat menarik minat murid-murid berkenaan
dan saya dapat melihat bahawa mereka cukup selesa berada bersama dengan guru
pemulihan.
Dalam pendidikan pemulihan, guru bertindak sebagai pembimbing kepada
pelajar yang menghadapi masalah pembelajaran. Pendekatan bimbingan adalah
berdasarkan

kepercayaan

4 |muka surat

bahawa

manusia

mempunyai

keupayaan

untuk

REFLEKSI

memperkembangkan diri mereka. Bimbingan mendorong seseorang untuk menjadi


individu integrasi dan mencapai potensinya dengan sepenuhnya. Jika dipandu
dengan baik, setiap individu boleh mencapai potensi optimumnya.
pendekatan

bimbingan

merancang

aktiviti-aktiviti

berdasarkan
kelab,

meningkatkan pencapaian murid

konsep

pemulihan,

guru

menstruktur

rancangan

pengajaran

Melalui

pembimbing
untuk

dan memberi tumpuan kepada pengajaran

pemulihan. Pengajaran pemulihan biasa digunakan dalam bimbingan ini dan ia


merupakan satu jenis pengajaran yang berbeza daripada pengajaran biasa dari
perspektif-perspektif berikut:
Ia termasuk tugasan-tugasan kendiri, penggunaan masa individu dan
sesi-sesi bimbingan dan kaunseling
Sebelum seorang murid dinilai sebagai mempunyai pencapaian akademik
yang rendah, dia mesti diberikan peluang untuk melibatkan diri dalam
pengajaran pemulihan.
Pengajaran pemulihan sama ada dalam masa sistem persekolahan ataupun di luar
masa persekolahan. Aspek-aspek penting lain yang diliputi dalam proses bimbingan
pemulihan ialah :

Membekalkan kemahiran belajar


Menyiasat & menyemak kehadiran murid-murid ke sekolah
Meningkatkan ilmu kendiri
Membincang kemungkinan untuk pendidikan masa depan
Membincang profesion, kerjaya dan kehidupan bekerja

Sebaliknya dalam aktiviti pengayaan, pengelolaan dan pengurusan aktiviti


pengayaan dijalankan secara tidak formal dan ia tidak dimasukkan dalam jadual
waktu tetap sekolah. Peranan guru hanya sebagai pendorong dan penggalak di
mana murid-murid digalakkan untuk membuat aktivi-aktiviti pengayaan yang
disediakan. Bimbingan daripada guru adalah pada tahap minima kerana corak
aktiviti ialah arah kendiri dan pembelajaran bercorak self-paced. Semua aktiviti
pengayaan perlu dibincang dengan guru atau rakan sebaya. Guru pula perlu
memberikan ganjaran untuk semua aktiviti pengayaan yang dijalankan oleh muridmurid supaya supaya mereka merasai bahawa semua aktviti mereka dihargai. Ini

5 |muka surat

REFLEKSI

dapat saya lihat apabila guru memberikan pujian sebagai penghargaan kepada
murid yang dapat memberikan jawapan yang betul.
Pendidikan Inklusif pula berbeza dengan pemulihan dan pengayaan. Sebelum
ini saya beranggapan bahawa pendidikan inklusif adalah disediakan khusus untuk
murid-murid istimewa. Namun setelah membuat bacaan terperinci saya mendapati
bahawa pendidikan inklusif berbeza dengan pendidikan khas yang disediakan untuk
kanak-kanak istimewa. Dalam sekolah yang tidak ada program pendidikan khas,
guru mesti mengajar kanak-kanak istimewa dengan kanak-kanak biasa yang lain di
dalam suatu bilik darjah yang sama. Guru resos (terlatih) mesti saling berkolaborasi
dalam mengendalikan kelas inklusif. Guru terpaksa mengelolakan aktiviti pemulihan
untuk kanak-kanak istimewa dan aktiviti pengayaan untuk murid-murid yang dapat
menunjukkan pencapaian akademik yang baik.
Sebelum mengikuti KPLI, saya mempunyai pengalaman mengajar selama
enam bulan. Saya pernah mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama
Sandakan selama dua bulan dan mengajar subjek Sejarah bagi empat kelas
tingkatan tiga. Saya juga pernah mengajar di Sekolah Kebangsaan Gentisan, Kota
Kinabalu selama empat bulan sebaik sahaja menamatkan persekolahan menengah
pada tahun 2004. Pada masa tersebut, saya tidak mempunyai sebarang
pengalaman mengajar. Tujuan saya bekerja hanyalah untuk menambah wang
simpanan sementara menunggu keputusan kemasukan institut pengajian tinggi
selain mendapat tawaran daripada guru besar untuk mengisi kekosongan sementara
tersebut. Selama menggantikan guru tersebut, saya mengambil semua tugas-tugas
dan jawatan yang dipegang oleh guru tersebut. Saya diamanahkan mengajar :
Kelas
1B
2A
2B
2C
3B

Subjek diajar
Bahasa Inggeris
Bahasa Malaysia, Muzik
Bahasa Malaysia
Pendidikan Jasmani & Kesihatan
Muzik

Selain itu, saya juga mengambil alih tugas sebagai setiausaha kelab guru. Pada
masa itu, saya bukanlah guru terlatih dan langsung tidak mempunyai ilmu dan
6 |muka surat

REFLEKSI

pengetahuan dalam bidang pendidikan. Malah saya tidak tahu wujudnya pedagogi
dalam ilmu pendidikan yang boleh menjadi panduan dalam pengajaran dan
pembelajaran. Oleh kerana menyedari kekurangan tersebut, saya sentiasa bertanya
dan meminta pendapat daripada guru-guru yang lain.
Di antara kelima-lima kelas yang saya ajar, kelas tahun 2A adalah kelas yang
paling kerap saya masuk untuk mengajar. Di dalam kelas tahun 2A tidak semua
pelajar boleh dikategorikan sebagai murid yang bijak, masih terdapat beberapa
orang yang kurang mahir membaca. Saya dapat mengesan masalah pembelajaran
di kalangan murid-murid yang lemah ini pada bulan pertama saya mengajar.
Tanggapan awal saya pada kelas tahun 2A ialah mereka adalah terdiri daripada
murid-murid yang dapat menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira
dengan cekap adalah tidak benar. Hal yang demikian kerana ada beberapa murid
yang baru dipindahkan ke kelas 2A setelah melihat peningkatan prestasi dan potensi
mereka serta untuk mengimbangi keseragaman bilangan di setiap kelas.
Tindakan yang saya lakukan untuk membantu murid-murid yang mempunyai
masalah dalam pembacaan ini ialah dengan menggalakkan bimbingan rakan
sebaya. Melalui persetujuan guru kelas,saya menetapkan susun atur kelas secara
berkumpulan atau bergabung. Setiap kumpulan terdiri daripada lima hingga enam
orang dan mempunyai tahap keupayaan yang berbeza supaya yang lebih pandai
dapat membimbing rakan yang kurang pandai. Duduk secara berkumpulan atau
bergabung menggalakkan murid-murid belajar bekerja secara bersama dan
menyemai perpaduan di kalangan mereka. Saya juga sentiasa menggalakkan
perkongsian ilmu sesama mereka dengan melantik pembimbing bagi setiap
kumpulan di mana pembimbing yang dilantik dapat membantu rakan-rakan
sepasukan.

Setiap

kali

sesi

pengajaran

dan

pembelajaran,

saya

akan

memperuntukkan sepuluh hingga lima belas minit untuk sesi bacaan. Bagi yang
lemah juga saya berikan kerja rumah berbentuk bacaan dan meminta mereka
membaca dalam kelas. Saya juga mewujudkan sudut bacaan yang dipenuhi dengan
lukisan warna-warni untuk menarik perhatian murid untuk membaca.
Hasilnya, saya dapat melihat perubahan positif di kalangan murid-murid yang
mempunyai masalah pembacaan. Murid-murid yang malu-malu dan agak pasif juga
sudah dapat bergaul dengan baik. Setelah cukup kontrak sebagai guru ganti selama
empat bulan dan saya menerima panggilan untuk melanjutkan pelajaran, saya
meninggalkan sekolah dengan perasaan puas hati dan terharu. Pada hari terakhir
7 |muka surat

REFLEKSI

saya datang ke sekolah untuk mengambil barang-barang peribadi, murid-murid saya


berlari ke arah saya dan bertanya cikgu, kenapa tidak ajar kami lagi? Kami mahu
cikgu. Hampir menitis air mata saya. Guru asal yang mengajar mereka turut
mengucapkan terima kasih.
Kesimpulannya, seorang guru harus sentiasa berpegang pada konsep
bahawa setiap orang murid berhak untuk menerima ilmu. Sebagai seorang guru juga
harus percaya bahawa setiap orang murid adalah berbeza di antara satu sama lain
dari

segi

pengalaman,

tingkah

laku,

amalan,

kecenderungan,

bakat

dan

kebolehannya. Perbezaan individu ini perlulah menjadi satu pedoman atau


pegangan guru dalam usaha merancang pengajaran dan pembelajaran di bilik
darjah. Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berbunyi,
Falsafah Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih
memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi,
dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini
adalah bertujuan untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara
(Kementerian Pendidikan Malaysia, 1996)

8 |muka surat

Anda mungkin juga menyukai