Anda di halaman 1dari 22

Ruang Lingkup Ajaran Islam

CTU 101 Fundamental of Islamic religion

Abdul Hilmi Bin Mohd Sarnudin 2009537121
Muhammad Imaduddin 2009985085
Noor Adam Bin Noor Azmishah 2009969247

Ruang Lingkup Ajaran Islam

Apakah itu Islam?

Dalam konteks pemahaman masyarakat zaman kini, agama islam hanya dipandang
sebagai ritual peribadatan sahaja. „Agama‟ sebenarnya berasal daripada istilah hindu, bukan
istilah Islam. Dalam Al-quran Alla telah berfirman dalam surah Al-Maidah ayat ke 3 “… Pada
hari ini, Aku sempurnakan untuk kamu Deen-mu”. Islam itu Deen. Oleh sebab itu oran yang
menganuti deen disebut sebagai muslim “Dan Nabi Ibrahim pun berwasiat Dengan ugama itu
kepada anak-anaknya, dan (demikian juga) Nabi Yaakub (berwasiat kepada anak-anaknya)
katanya: "Wahai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih ugama (Islam) ini menjadi
ikutan kamu, maka janganlah kamu mati melainkan kamu Dalam keadaan Islam". (Al-Baqarah
ayat 132).

Agama yang kita pegang memanglah islam, tetapi islam itu bukan agama sahaja. Ianya
boleh dianalogikan seperti; durian itu buah, akan tetapi buah bukan durian sahaja. Pengertian
buah lebih lebih luas daripada durian. Selain daripada agama, ada unsure lain yang menjadi
isinya.

Jadi tidak dinafikan bahawa deen Islam mengandungi agama sahaja tetapi deen Islam
tidak mungkin diterjemahkan dengan agama Islam. Apa salahnya jika Islam itu disebut agama?
Kalau Islam itu agama, bererti Islam hanya mengatur hubungan manusia dengan tuhan. Apakah
Islam hanya mengatur hubungan manusia dengan Allah sahaja? Tidak ada yang berkuasa untuk
menjawab pertanyaan ini selain daripada Allah sendiri dan UtusanNya. Jawapan Allah kita
temukan dalam al-Quran dan jawapan Nabi dalam Sunnah-Hadisnya. wallahualam1

1
Buku Manusia dan Islam, Dr. Harun Din, 1985, M/s: 615

di sana tidak ada system hidup separuh-separuhan. hidayat dan kesesatan. tidak ada peraturan separuh di sana dan separuh di sini.t telah berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 208                  208. Permusuhan itu amat jelas dan tiada siapa yang melupakannya melainkan manusia yang lalai dan kelalaian tidak wujud bersama iman. sistem Allah atau penyesatan syaitan. sesiapa yang tidak membuang segala kepercayaan yang lain. Wahai orang-orang Yang beriman! masuklah kamu ke Dalam Agama Islam (dengan mematuhi) Segala hukum-hukumnya. Merujuk kepada ayat diatas. iaitu yang hak dan yang batil. iaitu dengan mengingatkan dendam kesumat dan permusuhan syaitan yang ketat terhadap mereka. “Di sana tidak ada banyak sistem hidup yang harus dipilih salah satunya oleh seorang Mu‟min. Di sana tidak ada penyelesaian jalan tengah. Tidak sekali-kali begitu! Sesiapa yang tidak masuk ke dalam kedamaian dengan semesta jiwanya dan tidak menyerahkan dirinya sematamata kepada kepimpinan Allah dan syari‟at-Nya. Dalam bahagian ayat yang pertama Allah menyeru para Mu‟minin supaya masuk ke dalam kedamaian dengan keseluruhan jiwa mereka dan dalam bahagian ayat yang kedua ia mengingatkan mereka dari mengikut jalan syaitan. malah agama Islam itu merangkumi seluruh system kehidupan seseorang manusia. Islam dan jahiliyah. atau mencampurkan salah satunya dengan yang lain. segala sistem hidup yang lain dari segala undang-undang yang lain. Ia menggerakkan hati nurani dan perasaan mereka di samping menimbulkan perasaan takut di dalam hati mereka.Islam sebagai agama yang Syumul Allah s. maka bererti dia berada di jalan syaitan dan berjalan mengikut jejak-jejak syaitan.w. dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan. Sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu Yang terang nyata.”2 2 Tafsir fil zilalil Quran (penafsiran ayat 208 dan 209) . Syed Qutub telah mentafsirkan ayat ini dengan panjang lebar bagaimana agama Islam itu adalah satu agama yang syumul bukan hanya mengcangkupi skop peribadatan sahaja. malah pilihan yang ada di sana hanya salah satu dari dua.

). h. Dengan kata lain keterikatan tersebut akan mempengaruhi dan mengawal serta mengarahkan semua tindak-tanduknya kepada nilai-nilai ketuhanan. aktiviti dan pekerjaan yang ia lakukan. Eksiklopedi Islam. sikap.aqada-ya'qidu-'aqdan yaitu yang berarti (menghimpun atau mempertemukan dua buah ujung atau sudut/ mengikat). h. 3 Al-Râghib al-Ashfahâniy. (Jakarta: Ikhtiar Baru Vanhope. 344 4 Abdul Aziz Dahlan (ed. Syariah dan Akhlaq.cit. 78 .3 Secara istilah aqidah berarti keyakinan keagamaan yang dianut oleh seseorang dan menjadi landasan segala bentuk aktiviti. 2000). sehingga kondisi ini selalu mempengaruhi hamba dalam seluruh perilaku. Syariah Akidah Akhlaq Skop Ajaran Islam Aqidah Kata aqidah berasal dari bahasa Arab.Ruang lingkup agama Islam secara kasarnya terbahagi kepada 3 skop utama iaitu Aqidah. jilid I. op. pandangan dan pegangan hidupnya. Istilah ini boleh lah disamakan dengan iman yang berarti kepercayaan atau keyakinan4 Sekiranya digabungkan antara makna lughawi dan istilah dari kata aqidah di atas dapat digambarkan bahwa aqidah adalah suatu bentuk keterikatan atau keterkaitan antara seorang hamba dengan Tuhannya.

op. 5 Nazaruddin Razak. Perasaan halus ini melahirkan rasa pengharapan dan pergantungan hanya kepada Allah disetiap ketika. h. tidak perlulah ianya diterangkan secara terperinci berkenaan dengan permasalahan itu disini. Kesan kesejahteraan ini menyelamatkan manusia daripada kepercayaan khurafat. lemah dan tidak bedaya menghadapi Qudrat dan Iradahnya. Di samping itu juga menyangkut dengan masalah eskatologi. permasalahan aqidah telah terbawa pada berbagai pemahaman. hari akhirat. Mulkiyyah dan Uluhiyyah Allah. Kitab. Asy‟ariyah. Kaum Khawarij memandang bahwa hal tersebut bertentangan dengan QS al-Maidah ayat 44 [5: 44] yang berbunyi. Rasul. Tanda pengharapan ini lahir melalui amal-amal perhambaan dan ketaatan. 1993).cit. 119-176. Namu begitu. maka mereka itulah orang-orang kafir”. (Bandung: al-Ma’arif. Di antara kelompok-kelompok tersebut adalah Muktazilah. Kesejahteraan aqidah kepada Allah adalah hasil daripada mengenal hakikat Rububiyyah. h. Amal-amal yang dibenci Allah akan dijauhi dan amal-amal ketaatan dan perhambaan yang lebih disukai Allah menjadi amal-amalnya. Menurut Harun Nasution6.. Penjelasan tentang iman 6 Harun Nasution. Malaikat.Yang tidak menghukum Dengan apa Yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya). Rasul dan hal-hal yang ghaib yang lebih dikenal dengan istilah rukun iman. qadha dan qadar 5 Di dunia Islam. iman kepada Allah. sehingga menimbulkan kelompok-kelompok di mana masing-masing kelompok memiliki metode dan keyakinan masing-masing dalam pemahamannya. Sebaliknya menjadikan manusia rasa hina diri. Khawarij dan Murjiah. yakni. Masalah-masalah aqidah selalu dikaitkan dengan keyakinan terhadap Allah. 31 . tahyul dan ketergantungan kepada makhluk dan asbab. maka muncul arkanul iman. timbulnya berbagai kelompok dalam masalah aqidah atau teologi berawal ketika terjadinya peristiwa arbitrase (tahkim) ketika menyelesaikan sengketa antara kelompok Mu‟awiyah dan Ali ibn Abi Thalib. yaitu masalah akhirat dan kehidupan setelah berbangkit kelak. Keterkaitan dengan keyakinan dan keimanan. Dinul Islam.. “. Mathuridiyah.

berdiri. takabbur. bertasbih dan tahmid dengan perasaan takut dan harap kepada Allah. ingkar perintahnya. membuat kerosakan dan kufur. Hati mereka sentiasa mengingati Allah dalam semua keadaan. khianat. membaca al-quran. Mereka akan mengotakan janji-janji mereka. Mereka sentiasa menghidupkan malam-malam hari mereka dengan berdoa. sentiasa bertawakkal kepada Allah. Gementar hati mereka bila diperingatkan kepada Allah. Allah membenci orang-orang yang zalim. mereka berjihad dijalan Allah dan tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Memiliki sifat-sifat manusia yang dikasihi Allah dan menjauhi sifat-sifat yang dimurkai Allah adalah kesan kesejahteraan aqidah. Allah mengasihi orang-orang yang bersabar dan berbuat baik. berbuat dosa. duduk mahupun berbaring 9. bertambah iman denga membaca ayat-ayat Allah8. Allah mengasihi orang-orang yang membersihkan diri dan orang-orang yang bertaubat.7 Allah membenci manusia yang berpaling dan menjauhi ajarannya. Allah mengasihi orang yang bertakwa dan menegakkan keadilan. beristighfar. Allah mengasihi manusia yang mencintai dirinya dan agamanya. “Wahai orang-oangyang beriman. menzahirkan keburukan. Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berperang dijalannya dalam satu saf yang mantap dan mereka seumpama binaan-binaan yang tersusun rapi”. kenapa kamu berkata apa yang tidak kamu kotakan. syahadah mereka. 7 Surah As-Saff ayat 2-4 8 Surah Al-Anfal ayat 2 9 Surah Ali-Imran ayat 190-191 . amat besar kemurkaan Allah bahawa kamu berkata-kata apa yang tidak kamu kotakan. bersifat bangga diri dengan keIslaman mereka kepada orang-orang kafir. Mereka merendah diri sesama muslimin. ikrar mereka yang telah mereka ucapkan kepada Allah kerena mereka takut kebencian Allah yang amat murka kepada manusia yang memungkiri kata-janjinya. mendirikan solat dan menginfaqkan sebahagian rezeki kurniaan Allah kejalan yang diredai. Allah menggambarkan watak manusia yang memiliki kesejahteraan aqidah melalui pujiannya kepada generasi sahabat r.a. melampau.

berjihd. bertolong menolong dan saling menjadi jaminan kepada kesejahteraan sahabat-sahabat mereka. Mereka berkasih sayang seumpama satu jasad. saling mentaati dan mempercayaai dan tajarrud iaitu antara asas- asas tassawur Aqidah islam10 10 Usul 20. berkorban. Hassan Al-Banna . menunaikan hajat-hajat saudaranya. beristiqomah. berukhuwwah. Mereka mengutamakan saudara seagama. tazkiyyah dan membina aqidah yang sejahtera. Imam Al-Syahid Hassa Al-Banna ada menggariskan berkenaan dengan usul 20 (Usul Ishryin) yang menjelaskan berkenaan dengan keikhlasan beramal. menasihati saudaranya dan menerima teguran dengan dada yang terbuka.Mereka berfikir tentang kehebatan penciptaan makluk dilangit dan dibumi sehingga mereka menyedari kesemua ciptaan Allah ini mempunyai fungsi dan tujuan lantas mereka memuji Allah. Kesejahteraan aqidah adalah hasil proses ta‟lim dan tarbiyyah yang berterusan malah surah Makkiah yang diturunkan Allah berasur-ansur selama 13 tahun di Mekah membuktikan keutamaan tarbiyyah.

mengikuti ajaran-ajaran dari sunnah Rasulullah. Ahmad Amin mendefinasikan akhlak sebagai kehendak yang dibiasakan. budi. Manakala kebiasaan pula ialah perbuatan yang diulang-ulang sehingga mudah melakukanya. akhlak yang baik itu dapat diwujudkan dengan mendekatkan diri kita kepada Allah yaitu dengan mematuhi segala perintahnya dan meninggalkan semua larangannya.Akhlaq Pengertian Akhlak Menurut Sarjana lslam a) Imam Al-Ghazali menyebut akhlak ialah suatu sifat yang tertanam dalam jiwa . Akhlak berasal dari kata “akhlaq” yang merupakan jama‟ dari “khulqu” dari bahasa Arab yang artinya perangai. kehendak itu apabila membiasakan sesuatu. c) Ibnu Maskawayh mengatakan akhlak ialah suatu keadaan bagi diri atau jiwa yang mendorong (diri atau jiwa itu) untuk melakukan perbuatan dengan senang tanpa didahului oleh daya pemikiran kerana sudah menjadi kebiasaan. Maksudnya. menuju kepada yang makruf dan mencegah yang mungkar dan beriman kepada Allah”11 11 Surah Ali-Imran ayat 110 . Dr. tabiat dan adab. seperti firman Allah “Kamu adalah umat yang terbaik untuk manusia. b) Prof. Ertinya. Daripada jiwa itu . maka kebiasaan itu dinamakan akhlak. sesuatu yang mencirikan akhlak itu ialah kehendak yang dibiasakan. mencegah diri kita untuk mendekati yang ma‟ruf dan menjauhi yang munkar. Ahmad Amin menjelaskan erti kehendak itu ialah ketentuan daripada beberapa keinginan manusia. Daripada kehendak dan kebiasaan ini mempunyai kekuatan ke arah menimbulkan apa yang disebut sebagai akhlak. Akhlak yang mulia yaitu akhlak yang diridai oleh Allah SWT . Akhlak itu terbagi dua yaitu Akhlak yang Mulia atau Akhlak yang Terpuji (Al-Akhlakul Mahmudah) dan Akhlak yang Buruk atau Akhlak yang Tercela (Al-Ahklakul Mazmumah).timbul perbuatan-perbuatan dengan mudah tanpa melakukan pertimbangan fikiran.

Islam Mengutamakan Akhlaq Mungkin banyak diantara kita kurang memperhatikan masalah akhlak. dan sebaliknya bila seorang muwahhid memiliki akhlak yang buruk berarti lemah tauhidnya. nifaq (munafik). namun tidak berarti mengabaikan perkara penyempurnaannya. sebagai mana firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surat Ar-Ruum ayat 41 yang berarti: "Telah timbul pelbagai kerusakan dan bencana alam di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleb tangan manusia. sombong. Di satu sisi kita mengutamakan tauhid yang memang merupakan perkara pokok/inti agama ini. Islam bukanlah agama yang mengabaikan akhlak. suudzaan (berprasangka buruk). Akhlak yang buruk itu berasal dari penyakit hati yang keji seperti iri hati. ujub. berupaya menelaah dan mempelajarinya. hasud. namun disisi lain dalam masalah akhlak kurang diperhatikan. rasul kita yang mulia mendapat pujian Allah. Semakin sempurna tauhid seseorang maka semakin baik akhlaknya. (Timbulnya yang demikian) karena Allah hendak merusakan mereka sebagai dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka lakukan. akhlak yang buruk dapat mengakibatkan berbagai macam kerusakan baik bagi orang itu sendiri. Rasullulah diutuskan untuk menyempurnakan Akhlaq Muhammad shalallahu „alaihi wa salam. Yang perlu diingat bahwa tauhid sebagai sisi pokok/inti islam yang memang seharusnya kita utamakan. supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)". dengki. bahkan beliau shalallahu „alaihi wa sallam sendiri menegaskan bahwa kedatangannya adalah untuk . dan penyakit-penyakit hati yang lainnya. Seorang yang bertauhid dan baik akhlaknya berarti ia adalah sebaik-baik manusia. orang lain yang di sekitarnya maupun kerusakan lingkungan sekitarnya sebagai contohnya yakni kegagalan dalam membentuk masyarakat yang berakhlak mulia samalah seperti mengakibatkan kehancuran pada bumi ini. Tauhid merupakan realisasi akhlak seorang hamba terhadap Allah dan ini merupakan pokok inti akhlak seorang hamba. bahkan islam mementingkan akhlak. Karena ketinggian akhlak beliau sebagaimana firmanNya dalam surat Al Qalam ayat 4.

Dalam hadits lain Anas memuji beliau shalallahu „alahi wasallam : “Belum pernah saya menyentuh sutra yang tebal atau tipis lebih halus dari tangan Rasulullah shalallahu „alaihi wasallam. Lihat Riyadus Sholihin no.627.menyempurnakan akhlak yang ada pada diri manusia.” (HR Tirmidzi. Dalam riwayat Bukhari dan Muslim dari Abdillah bin amr bin Al „Ash radhiallahu „anhuma disebutkan : “Sesungguhnya sebaik-baik kalian ialah yang terbaik akhlaknya. Selama sepuluh tahun saya melayani Rasulullah shalallahu „alahi wa sallam.” Keutamaan Akhlaq Abu Hurairah radhiallahu „anhu mengabarkan bahwa suatu saat Rasulullah pernah ditanya tentang kriteria orang yang paling banyak masuk syurga. lihat Ash Shahihah oleh Asy Syaikh al Bani no. dari abu Hurairah radhiallahu „anhu. tahqiq Rabbah dan Daqqaq).284 dan 751).” 12 Anas bin Malik radhiallahu „anhu seorang sahabat yang mulia menyatakan: “Rasulullah shalallahu „alaihi wa sallam adalah manusia yang paling baik budi pekertinya.” (HR.Ahmad. juga diriwayatkan oleh Imam Ahmad. belum pernah saya dibentak atau ditegur perbuatan saya : mengapa engkau berbuat ini ? atau mengapa engkau tidak mengerjakan itu ?” (HR. Beliau shalallahu „alaihi wasallam menjawab : “Taqwa kepada Allah dan Akhlak yang Baik. “Hanyalah aku diutus (oleh Allah) untuk menyempurnakan akhlak.Bukhari dan Muslim). Bukhari dan Muslim). diriwayatkan juga oleh Ahmad. Akhlak merupakan tolak ukur kesempurnaan iman seorang hamba sebagaimana telah disabdakan oleh Rasulullah shalallahu „alaihi wasallam : “Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang terbaik akhlaknya. Saya juga belum pernah mencium bau yang lebih wangi dari bau Rasulullah shalallahu „alaihi wasallam.45 dan beliau menshahihkannya . 12 HR.” (Hadits Shahih Riwayat Tirmidzi. Disahihkan Al Bani dalam Ash Shahihah No.

Yang perlu diingat bahwa ukuran baik atau buruk suatu akhlak bukan ditimbang menurut selera individu. ia berkata: hadits hasan.a berkata: Rasulullah shalallahu „alaihi wa sallam bersabda : “Sesungguhnya orang yang paling saya kasihi dan yang paling dekat padaku majelisnya di hari kiamat ialah yang terbaik budi pekertinya. bukan pula hitam putih akhlak itu menurut ukuran adat yang dibuat manusia. yang dianggap baik oleh adat bernilai jelek menurut timbangan syari‟at atau sebaliknya. Allah sebagai Pembuat syari‟at ini. Diriwayatkan juga oleh Ahmad dan dishahihkan oleh Ibnu Hibban. Karena boleh jadi. Tirmidzi dengan sanad hasan. Jelas bagi kita bahwa semuanya berpatokan pada syari‟at. Wallahu Ta‟ala a‟lam. dishahihkan Al Bani. Lihat Ash shahihah Juz 2 hal 418-419). sebagaimana sabda Rasulullah shalallahu „alaihi wa sallam : “ Sesuatu yang paling berat dalam mizan (timbangan seorang hamba) adalah akhlak yang baik. Karena itu sudah sepantasnya setiap muslimah mengambil akhlak yang baik sebagai perhiasannya. ia berkata bahwa Rasulullah shalallahu „alaihi wasallam bersabda : “Bertaqwalah kepada Allah dimanapun engkau berada dan balaslah perbuatan buruk dengan perbuatan baik niscaya kebaikan itu akan menutupi kejelekan dan bergaullah dengan manusia dengan akhlak yang baik. Maha Tahu dengan keluasan ilmu-Nya apa yang mendatangkan kemashlahatan/kebaikan bagi hamba-hamba-Nya.” (HR. Lihat ash Shahihah Juz 2 hal 535). Abu Daud dan Ahmad. beliau shalallahu „alahi wasallam menggandengkan antara nasehat untuk bertaqwa dengan nasehat untuk bergaul/berakhlak yang baik kepada manusia sebagaimana hadits dari abi dzar. dalam semua masalah termasuk akhlak. dan dishahihkan oleh syaikh Al Salim Al Hilali). Dari hadits-hadits di atas dapat dipahami bahwa akhlak yang paling baik memiliki keutamaan yang tinggi. . Tatkala Rasulullah shalallahu „alaihi wasallam menasehati sahabatnya. Dalam timbangan (mizan) amal pada hari kiamat tidak ada yang lebih berat dari pada akhlak yang baik.” (HR. Dari Jabir r.” (HR Tirmidzi.

Qiyas Qiyas (‫ )سايق‬ialah proses taakulan berasaskan analogi daripada nass atau perintah yang diketahui untuk perkara-perkara baru. Kerana tidak semuanya dinyatakan secara zahiriah. Hadis Hadis adalah seluruh perkataan. Fungsi hadis antara lain: Mempertegas hukum dalam Al-Qur'an Memperjelas hukum dalam Al-Qur'an Menetapkan hukum yang belum ada di Al-Qur'an Ijma' Ijma' (‫ )عامجإ‬maknanya kesepakatan yakni kesepakatan para ulama dalam menetapkan suatu hukum dalam agama Islam berasaskan al-Quran dan Hadis dalam suatu perkara yang terjadi. Qiyas menetapkan suatu hukum suatu perkara yang baru yang belum ada pada masa sebelumnya berasaskan perkara terdahulu yang memiliki kesamaan dari segi sebab.Syariah Sumber Hukum Islam Al-Qur'an Al-Qur'an sebagai kitab suci umat Islam adalah sumber hukum Islam yang pertama kerana merupakan firman Allah yang disampaikan pada Nabi Muhammad SAW. . perbuatan. dan persetujuan Nabi Muhammad yang kemudian dijadikan sumber hukum. manfaat. terdapat pelbagai tafsiran tentang isi-isi Al-Qur'an namun tidak ada yang saling bertentangan. bahaya dan berbagai aspek lain sehingga dihukumi sama.

kesepakatan para ulama Qiyas. ia pula menjadi petunjuk bagi orang- orang yang (hendak) bertakwa. diumpamakan dengan suatu hal yang mirip dan sudah jelas hukumnya Maslahah Mursalah. Lam. Alif. Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib.Ijtihad Ijtihad adalah sebuah usaha untuk menetapkan hukum Islam berdasarkan Al-Qur'an dan Hadis. Kitab al-Quran ini. kebiasaan Ibadat Ihsan Melakukan perkara atau pekerjaan seolah-olah kita melihat Allah Fungsi ibadat dalam kehidupan Pengertian Ibadat – merupakan pelan induk yang mengikat hamba dengan tuhan mengawal manusia agar tidak terlepas daripada akidahnya Sebagai hubungan langsung Antara Hamba dengan Allah – merupakan pertalian terus menerus antara hamba dengan Allah tanpa ada pengantaraan sama ada orang biasa dan golongan ulama Konsep ibadat – merangkumi semua kegiatan manusia dari segi rohaniah dan jasmaniah Sembahyang membentuk peribadi Mukmin. Dan orang-orang yang beriman kepada . Mim. dan mendirikan (mengerjakan) sebahyang serta membelanjakan sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.Islam telah meyebut kepentingan sembahyang dalam berbagai segi seperti firmannya. Beberapa macam ijtihad adalah: Ijma'. Ijtihad dilakukan setelah Nabi Muhammad telah wafat sehingga tidak boleh langsung menanyakan pada beliau tentang suatu hukum namun hal-hal ibadah tidak boleh diijtihadkan. tidak ada sebarang syak wasangka padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya). untuk kemaslahatan umat 'Urf.

menurut peraturan yang ditentukan oleh Islam[1]. 1-5 Sembahyang Ibadat kemasyarakatan Kefarduan Sembahyang dalam Islam Perkahwinan13 Perkahwinan atau nikah menurut bahasa ialah berkumpul dan bercampur.w.com . menjadikan manusia itu berpasang-pasangan. Dalam permasalahan ini boleh didahulukan perkahwinan dari naik haji kerana gusar penzinaan akan berlaku. Perkataan zawaj digunakan di dalam Al-Quran bermaksud pasangan dalam penggunaannya perkataan ini bermaksud perkahwinan Allah s. menghalalkan perkahwinan dan mengharamkan zina Hukum  Wajib kepada orang yang mempunyai nafsu yang kuat sehingga boleh menjatuhkan ke lembah maksiat (zina dan sebagainya) sedangkan ia seorang yang mampu.wikipedia.  Harus kepada orang yang tidak ada padanya galakan dan bantahan untuk berkahwin dan ini merupakan hukum asal perkahwinan 13 www. Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka dan merekalah orang-orang yang berjaya Al-Baqarah. Menurut istilah syarak pula ialah ijab dan qabul („aqad) yang menghalalkan persetubuhan antara lelaki dan perempuan yang diucapkan oleh kata-kata yang menunjukkan nikah. tetapi jika dapat dikawal nafsu. kitab al-Quran yang diturunkan kepada mu ( wahai Muhammad) dan kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu yang mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya). maka ibadat haji yang wajib perlu didahulukan kerana beliau seorang yang berkemampuan dalam segala aspek.t.disini mampu bermaksud ia mampu membayar mahar(mas berkahminan/dower) dan mampu nafkah kepada bakal isterinya.  Sunat kepada orang yang mampu tetapi dapat mengawal nafsunya.

tidak punya keinginan berkahwin serta akan menganiaya isteri jika dia berkahwin.  Makruh kepada orang yang tidak berkemampuan dari segi nafkah batin dan lahir tetapi sekadar tidak memberi kemudaratan kepada isteri. kasih sayang dan ketenteraman  Memelihara kesucian diri  Melaksanakan tuntutan syariat  Menjaga keturunan Rukun nikah  Pengantin lelaki  Pengantin perempuan  Wali  Dua orang saksi  Ijab dan kabul (akad nikah) Perceraian dalam Islam Wajib a) Jika perbalahan suami isteri tidak dapat didamaikan lagi b) Dua orang wakil daripada pihak suami dan isteri gagal membuat kata sepakat untuk perdamaian rumahtangga mereka .liwat dan pelacuran sebagainya dpat dielakan.melalui ini perzinan . samaada ia kaya atai tiada nafsu yang kuat  Haram kepada orang yang tidak berkempuan untuk memberi nafkah batin dan lahir dan ia sendiri tidak berkuasa (lemah).  Untuk memperoleh ketenangan hidup. Hikmah perkahwinan  cara yang halal untuk menyalurkanm nafsu seks.

maka jatuhlah talak tetapi jika tidak berniat talak.  Talak kinayah Lafaz yang digunakan secara sindiran oleh suami seperti “Pergilah awak ke rumah mak awak” atau “Pergilah awak dari sini” atau “Saya benci melihat muka awak” dan sebagainya. Namun. lafaz kinayah memerlukan niat suaminya iaitu jika berniat talak. c) Apabila pihak kadi berpendapat bahawa talak adalah lebih baik Haram a) Menceraikan isteri ketika sedang haid atau nifas b) Ketika keadaan suci yang telah disetubuhi c) Ketika suami sedang sakit yang bertujuan menghalang isterinya daripada menuntut harta pusakanya Sunat a) Suami tidak mampu menanggung nafkah isterinya b) Isterinya tidak menjaga maruah dirinya Makruh Suami menjatuhkan talak kepada isterinya yang baik. berakhlak mulia dan mempunyai pengetahuan agama Harus Suami yang lemah keinginan nafsunya atau isterinya belum datang haid atau telah putus haidnya Contoh lafaz talak  Talak sarih Lafaz yang jelas dengan bahasa yang berterus-terang seperti “Saya talak awak” atau “Saya ceraikan awak” atau “Saya lepaskan awak daripada menjadi isteri saya” dan sebagainya. maka tidak berlaku talak. atau sebagainya . pusat. Zihar  Menyamakan mana-mana anggota aurat isteri dengan anggota mahramnya spt punggung.

”(QS An Nisa : 29 .  Dikhendaki membayar kifarat atau berpuasa atau membebaskan hamba Rukun rujuk Perkara Syarat Suami Berakal Baligh Dengan kerelaan sendiri Isteri Telah disetubuhi Berkeadaan talak raj‟i Bukan dengan talak tiga Bukan cerai secara khuluk Masih dalam idah Lafaz Ucapan yang jelas menyatakan rujuk Tiada disyaratkan dengan khiar atau pilihan Disegerakan tanpa dikaitkan dengan taklik atau bersyarat Dengan sengaja dan bukan paksaan Muamalah Hukum Jual Beli  Orang yang terjun dalam bidang usaha jual beli harus mengetahui hukum jual beli agar dalam jual beli tersebut tidak ada yang dirugikan.  ertinya : “Hai orang-orang yang beriman. baik dari pihak penjual maupun pihak pembeli. Jual beli hukumnya mubah. janganlah kamu saling memakan harta sesamamu dengan jalan yang bathil. hal tersebut diperbolehkan sepanjang suka sama suka. ertinya. kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan suka sama suka diantara kamu. Allah berfirman.

Contohnya. tapi dbeliau dikhendaki membayar sebanyak RM525 . dan ada kelebihan yang disyaratkan oleh yang menukarkan. Contohnya tukar menukar emas dengan emas atau beras dengan beras. Riba nasiah  Riba nasiah yaitu tukar menukar barang yang sejenis maupun yang tidak sejenis atau jual beli yang pembayarannya disyaratkan lebih oleh penjual dengan waktu yang dilambatkan. salim membeli Laptop berharga RM500 secara hutang. namun tidak sama ukurannya yang disyaratkan oleh orang yang menukarnya. Supaya tukar menukar seperti ini tidak termasuk riba harus memenuhi tiga syarat sebagai berikut.  Barang yang ditukarkan harus sama  Timbangan atau takarannya harus sama  Serah terima harus pada saat itu juga.Rukun dan syarat Jual Beli  Penjual dan Pembeli haruslah sihat dan waras  Syarat Ijab dan Qabul  Barang yang hendak diniagakan Perilaku atau sikap yang harus dimiliki oleh penjual  Jujur  Amanah  Khiar Riba Riba fadal  Riba fadal yaitu tukar menukar dua buah barang yang sama jenisnya.

murtad dan sebagainya Qisas  Hukuman dijatuhi adalah seimbang atau sama  Hak manusia  Tidak disebut dalam al-quran spt mencuri.T  Kebanyakan disebut dalam Al-Quran dan Allah sendiri mengancam dengan azab yang pedih. minum arak. merompak. Jual beli ini dinamakan riba yad syarat-syarat jual beli agar tidak menjadi riba  serupa timbangan dan banyaknya  tunai  timbang terima dalam akad (ijab kabul) sebelum meninggalkan majlis akad. Cth berzina. Undang-Undang Jenayah  Hudud  Qisas  Takzir Hudud  Hukuman-hukuman yang telah ditetapkan oleh syarak yang wajib dilaksanakan sebagai menunaikan hak Allah S. orang yang membeli suatu barang sebelum ia menerima barang tersebut dari penjual. menyamun . Misalnya.Riba yad  Riba yad yaitu berpisah dari tempat akad jual beli sebelum serah terima. penjual dan pembeli tersebut telah berpisah sebelum serah terima barang itu.W.

Jihad ini memerlukan ilmu. berdakwah dan sebagainya Bahagian-bahagian Jihad Jihad dengan hati – berjihad dengan hati dianggap jihad paling lemah.Diat  Denda sebagai menggantikan qisas yang tidak dilaksanakan Takzir  Hukuman-hukuman yang tidak ditetapkan kadar dan bentuknya yang wajib dilaksanakan  Kebanyakannya adalah melalui budi bicara pemimpin Jihad14 Dari sudut bahasa berasal dari kalimah “al-juhd” yg bererti keberatan dan kesusahan. Berjihad dengan tidak mengakui atau merelai apa jua benar dan sesat Jihad dengan lisan atau kalam – dengan menjelaskan atau menyampaikan mengenai ajaran Islam.PDRM. Harun Din (1985) . Boleh juga melalui menakutkan mereka terhadap Allah dengan berita 14 Manusia dan Islam. Dari segi isltilah bererti mencurahkan daya dan tenaga kekuatan dalam usaha mencapai matlamat atau cita-cita. sabar dan iman yang tinggi Jihad Lahir – Jihad secara fizikal seperti berperang. Ciri-ciri jihad Adanya daya dan tenaga yang tepaksa dicurahkan Adanya matlamat dan cita-cita yg kudus dan ideal serta tinggi untuk dicapai Adanya unsure „musuh‟ yang menghalangi dan menentang usaha dan perjuangan tersebut Jenis-Jenis jihad Jihad nafsu – merupakan jihad agung sehingga boleh difahami dengan melaksanakan jihad ini maka dengan sendirinya jihad-jihad lain telaksana.

Jihad dengan ilmu – memberikan ilmu pelajaran kpd Muslim megenai ajaran dan kebudayaan Islam Hukum Jihad Fardu kifayah bagi semua umat Islam Fardu Ain kepada sesiapa yg telah diberi tanggungjawab spt askar dan sesiapa yang bernazar untuk berjihad Sunat .

Manusia Dan Islam (PDRM) – Dr Haron Din. E-Book Tafsir fil zillalil Quran.ikim. Ustaz Sulaiman Yassin.bicaramuslim. 1979:255 6.net 4. Abdul Ghani Azmi. jil. Syed Qutb Akhlaq 1. 1983.wikipedia.my/isu43. http://www. H. www.ismaweb. 54 2. www.noradila. 1993:494 7. www.slideshare.Rujukan Aqidah: 1. Rahmat. Kamus Munawwir.halaqah-online. www. Ustaz Sulaiman Yassin.com 3.OK.htm 8. E-Book usul 20.maqdis. H. www.com 3. Ustaz Hasan Salleh. Russell Bertand. 1984: 576 5. www. 1983: 114 3. Drs Sidi Ghazalba(1985) 5. E-book berkaitan akhlaq Syariah 1.com 2. Drs Sidi Ghazalba(1985) .tripod. Idris Ahmad. Abdul Kadir. Manusia Dan Islam (PDRM) – Dr Haron Din.com 2. 1994:18 4.net 6. Ustaz Hasan Salleh. Hassan Al-Banna 4.gov. 2. http://www.com 9.