Anda di halaman 1dari 14

PERINGKATPERKEMBANGANMANUSIABERDASARKAN

PERSPEKTIFTEORI

PERINGKAT PERKEMBANGAN MANUSIA


BERDASARKAN PERSPEKTIF TEORI
DISEDIAKAN OLEH: KUAN CHEE FONG
1.0
Pengenalan
Perkembangan pada manusia merupakan satu perubahan yang bersifat
kuantitatif. Ianya bermaksud sifat perubahan ini tidak dapat diukur tetapi kita
dapat merasai dan ia jelas berlaku jika dibandingkan dengan peringkat yang
sebelumnya. (Atan Long, 1980) Contohnya, bayi yang yang berumur lima bulan
adalah kelihatan jauh berbeza daripada masa dia yang baru dilahirkan.
Paul Eggan dan Don Kauchak berpendapat bahawa perkembangan
adalah suatu perubahan yang berurutan dan kekal dalam diri seseorang hasil
daripada pembelajaran, pengalaman dan kematangan. Seseorang manusia
itu akan kekalberkembang dan berubah dari semasa ke semasa dan secara
berperingkat.
Slavin (1997) pula berpendapat bahawa perkembangan adalah berkaitan
dengan mengapa dan bagaimana individu berkembang dan membesar,
menyesuaikan diri kepada persekitaran dan berubah melalui peredaran masa.
Beliau berpendapat, individu akan mengalami perkembangan sepanjang hayat,
iaitu perkembangan dari segi fizikal, personaliti, sosio emosional dan kognitif
serta bahasa.
Menurut Crow dan Crow (1980), perkembangan merupakan perubahan
secara kualitatif serta cenderung ke arah yang lebih baik dari segi pemikiran,
rohani, moral dan sosial. Lain kata, perkembangan pada Crow dan Crow adalah
untuk menunjuk perkembangan keseluruhan yang positif telah berlaku di atas
manusia dan ia berlaku secara berterusan dalam sepanjang kehidupan kita.
Secara keseluruhannya, perkembangan ialah aspek perubahan yang
dialami individu yang bersifat kualitatif, tidak dapat diukur tetapi jelas kelihatan
berubah melalui peredaran masa. Perkembangan ini akan berlaku daripada
peringkat permulaan percambahan sel sehingga ke akhir hayat seorang manusia.
2.0
Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget
Jean Piaget dilahirkan di Switzerland pada tahun 1896. Beliau terkenal sebagai
bapa psikologi kanak kanak. Beliau telah banyak memberi penyumbangan dan
banyak membuat penyelidikan mengenai perkembangan bayi dan kanak-kanak,
dan bagaimana mereka ini belajar dengan sendiri melalui interaksi dengan
persekitaran dan ikhlim yang mereka sedang berada. Beliau juga merumuskan
bahawa semua pengetahuan kanak-kanak berasal daripada rangsangan aksi oleh
orang-orang di persekitaran dan lepas itu memberi interpretasi tentang aksi
tersebut.

Pada pendapat Piaget, kanak-kanak lahir dengan tingkah laku refleks


seperti menangis, menghisap dan menggapai. Tindakan refleksi ini akan
berkembang kepada tingkah laku bermatlamat, kemudian berkembang kepada
tingkah laku menyelesai masalah. Menurut Piaget, kanak-kanak bina struktur
kognitif dalam usahanya memahami persekitaran atau pengalaman. Oleh itu
struktur kognitif kanak-kanak bertambah hari demi hari melalui data yang ditafsir
dan disimpan oleh kanak-kanak tersebut. Struktur kognitif terbahagi kepada tiga
iaitu tingkah laku, simbolik dan operasi.
Tingkah laku (behavioral) merujuk kepada aksi atau turutan tingkah laku
yang digunakan oleh kanak-kanak untuk meneroka dan bergerak balas terhadap
objek yang ada di persekitarannya. Simbolik pula diperolehi kanak-kanak
semenjak berumur 2 tahun atau sejak boleh bercakap, kanak-kanak boleh berfikir
tentang objek, pengalaman dan peristiwa. Simbolik membolehkan kanak-kanak
menyatakan objek atau peristiwa tanpa merujuk kepada aksi atau menggunakan
bahasa isyarat. Operasi (operational) diperoleh apabila kanak-kanak berusia 6
atau 7 tahun iaitu apabila mereka boleh melakukan operasi logik atau aktiviti
mental yang berkaitan dengan objek atau peristiwa. Juga dikenali sebagai
menghasilkan pemikiran yang logik.
Jean Piaget mengatakan bahawa setiap kanak-kanak mempunyai corak
perkembangan mereka yang tersendiri. Oleh itu, kanak-kanak yang berada di
dalam sesuatu kelas di dalam sekolah itu bukan sahaja berlainan dari peringkat
kebolehan mereka tetapi juga dari aspek kecekapan perkembangan kognitif
mereka. Jean Piaget juga berpendapat bahawa perkembangan kognitif itu tidak
berlaku dengan segera tetapi dengan berperingkat. Peringkat awal pada
seseorang individu itu merupakan perkembangan peringkat yang terpenting
dalam kesemua peringkat ini, kerana peringkat awal ini merupakan peringkat
yang paling asas dan kukuh untuk perkembangan peringkat yang seterusnya.
Piaget menjelaskan tiga cara kanak-kanak mengetahui sesuatu.
Pertama, melalui interaksi sosial iaitu belajar sesuatu perkara daripada orang
lain. Bahasa, tingkah laku yang sesuai dengan budaya dan idea keagamaan
adalah contoh-contoh pengetahuan yang diperolehi dengan cara sedemikian.
Kedua, melalui pengetahuan fizikal iaitu pengetahuan fizikal tentang sesuatu
benda. Pengetahuan ini diperolehi melalui penerokaan dunia fizikal dan belajar
berkenaan bulatan dan segi empat sama,keras dan lembut, panas dan sejuk.
Konsep-konsep ini tidak dapat dipelajari tanpa pengalaman dengan persekitaran.
Ketiga, melalui logical-matematik yang meliputi konsep nombor, klasifikasi, masa,
hubungan ruang dan keabadian.
3.0
KONSEP ASAS PIAGET
Piaget berpendapat semua manusia dilahirkan dengan kecenderungan secara
positif untuk berinteraksi dan mentafsir persekitarannya. Ketika umur bayi,
mereka mengenali sesuatu objek melalui skema. Dengan kata lain, skema ialah
satu struktur kognitif dan struktur kognitif yang terkumpul lebih dari satu akan
membentuk skemata. Skemata boleh berubah melalui proses iaitu organisasi.
Organisasi bermaksud individu mencantum skema mata yang sedia ada untuk
membentuk skemata baru yang kompleks. Adaptasi pula ialah perubahan semata
mata semasa menemui objek.

Piaget menyatakan bahawa pemikiran kanak kanak terbentuk melalui


proses akomodasi dan asimilasi. Proses asimilasi ialah satu proses di mana
pengetahuan baru yang diterima oleh kanak kanak. Proses ini ada kaitan dengan
pengalaman dan pengetahuan lepas. Sebagai contoh guru menerangkan tentang
burung- burung yang boleh terbang kepada murid muridnya. Maklumat ini akan
diterima dan akan masuk ke dalam skema pemikiran kanak kanak yang mungkin
sudah mempelajari tentang haiwan haiwan lain.
Manakala proses akomodasi ialah satu proses di mana kanak-kanak
terpaksa membuat perubahan dan modifikasi kepada skema pemikiran yang
sedia ada kerana pengetahuan yang baru diterima tidak sepadan dengan skema
pemikiran yang lama. Sebagai contoh,guru memberitahu muridnya bahawa ayam
dan itik termasuk dalam keluarga burung tetapi tidak boleh terbang. Murid
terpaksa memodifikasikan maklumat yang ada dalam skema pemikiran sebelum
ini iaitu seperti Semua burung pada umumnya boleh terbang tetapi ada juga
pengecualian kepada fakta ini kerana ada burung yang tidak boleh terbang.
Piaget menyatakan bahawa proses akomodasi dan asimilasasi berfungsi
bersama.
Keseimbangan akan tercapai apabila seseorang kanak-kanak
menyeimbangkan proses penyerapan dan pengubahsuaian. Contohnya, apabila
seseorang kanak-kanak menerima maklumat baru, ia akan menyerap maklumat
itu ke dalam skemanya. Sekiranya ia berjaya proses keseimbangan akan tercapai.
Sebaliknya, jika ia tidak dapat diserap, maka maklumat itu akan diubahsuai
melalui pengubahsuaian skema atau mencipta skema yang baru. Jikalau
maklumat baru itu dapat disesuaikan, maka tahap keseimbangan akan tercapai.
Proses ini berlaku secara berterusan bermula dari bayi sehingga dewasa.
Sebagai kesimpulannya, proses asimilasasi menggunakan skema
pemikiran untuk membuat sesuatu yang sudah diketahui dan proses akomodasi
merupakan cara baru untuk membuat sesuatu. Terdapat empat peringkat
perkembangan intelek dalam teori yang dikemukakan oleh Piaget. Beliau
menyatakan bahawa peringkat peringkat perkembangan tidak perlu diterangkan
melalui faktor baka dan persekitaran. Apabila kanak-kanak memperoleh maklumat
baru maka terjadi ketidakseimbangan (disequilibrium) dalam pemikiran individu,
untuk memperoleh semula keseimbangan (equilibrium), kanak-kanak perlu buat
organisasi atau adaptasi pada struktur kognitif.
Contoh tahap pengekalan pula ialah: Pengekalan bermaksud memahami
bahawa perubahan objek atau susunan tidak mengubah cirinya atau sifatnya.
Pengekalan berlaku pada isipadu atau kuantiti cecair,berat bahan pepejal seperti
plastersin dan nombor. Seperti dalam rajah di bawah, sekiranya ditanya soalan
kepada kanak-kanak berusia 7 tahun, bekas A atau B' yang banyak air, dia tentu
menjawab B' kerana dia telah memperoleh konsep pengekalan isipadu air. Dia
juga telah menguasai konsep tidak memusat(decenter) iaitu boleh melihat kaitan
tinggi dan lebar bekas air. Dia juga secara mental melakukan proses pembalikan
iaitu menuang semula ke dalam bekas A. A dan B adalah gelas yang sama besar
diisi kandungan air. Air dalam bekas B dituang dengan air yang sama banyak
kepada bekas tinggi iaitu bekas B.

Pengertian kognisi sendiri sebenarnya melibatkan aspek-aspek struktur


intelek yang digunakan untuk memahami dan mengetahui sesuatu. Kognitif
bukanlah hanya hasil kematangan organisme, bukan juga pengaruh persekitaran
sahaja, bahkan ia melibatkan kedua-duanya sekali. Perspektif kognitif tertumpu
kepada keupayaan berfikir. Oleh itu, kognitivisme menegaskan kepentingan
keupayaan manusia berfikir serta memproses dan menilai data atau maklumat
sebelum satu reaksi dapat dilakukan kepadanya.
Beliau juga mendapati bahawa kemampuan mental manusia muncul di
tahap tertentu dalam proses perkembangan yang dilalui. Beliau telah
membahagikan perkembangan kognitif kepada empat tahap mengikut urutan
umur.
3.1
PERINGKAT SENSORI MOTOR (lahir hingga ke umur dua tahun)
Perkembangan pada peringkat awal iaitu pada peringkat umur bayi,mereka
belajar melalui interaksi deria dengan persekitarannya. Sebagai contoh, bayi
belajar dengan mengangkat benda, memain-mainkannya, merasa dan
menggigitnya. Pada peringkat sensori motor, pemikiran bayi dipengaruhi oleh
kebolehan deria meneka seperti kebolehan memerhati dengan menggunakan
mata, mendengar dengan telinga dan menyentuh dengan tangan. Mengikut
Piaget, aktiviti intelektual bayi merupakan reaksi kitaran, iaitu mengulangulangkan kejadian pengalaman baru yang ditemui akibat daripada aktiviti
pergerakan dan penerimaan maklumat melalui deria bayi tersebut.
Di samping itu, mereka dapat memerhatikan benda itu melalui
penglihatan dan pendengaran bunyi. Pada peringkat umur dua tahun, bayi
memperolehi kepercayaan tentang pengekalan objek, iaitu ia sedar, objek itu akan
terus wujud walaupun objek itu tidak dapat dilihat atau disentuh. Pada peringkat
dua tahun pertama, reaksi ktaran berubah secara berikut iaitu tertumpu di sekitar
badan bayi sendiri; bergerak kearah luaran (manipulasi objek dalam
persekitaran); menjadi lebih bercorak mencuba-cuba dan bertujuan menghasil
kesan baru. Selain dari itu mereka dapat melakukan tindakan ulangan, iaitu
mengulangi sesuatu tingkah laku secara pelaziman, misalnya tindakan
menghisap ibu jari.
Di samping itu kanak-kanak mula meniru tindakan yang mereka tidak
pernah lakukan sebelum ini. Mereka belajar semua perlakuan tersebut melalui
pemerhatian terhadap perlakuan orang lain atau melalui objek yang dapat dilihat
atau disentuh. Dari sudut pendidikan, membekalkan objek maujud adalah penting
untuk proses pembelajaran kanak-kanak dan perkembangan ke peringkat
kefahaman yang abstrak.
Kesimpulannya, pembelajaran bergantung kepada pengalaman sensori
dan motor iaitu dengan mengenggam, menghisap, mendengar dan lain-lain. Bayi
akan berinteraksi dengan objek-objek dalam persekitarannya.
Pada peringkat ini, (lahir hingga dua tahun), bayi mengkoordinasi
maklumat deria dengan kebolehan motor untuk mmebentuk skema tinkah laku
yang membolehkan mereka bertindakdan mengetahui persekitarannya.
Kanak-kanak membuat pelbagai aksi kepada objek-objek di sekitaranya, seperti
memegang, memicit, menendang, menumbuk, memasukannya dalam mulut dan

sebagainya, semasa dia meneroka persekitarannya dan membina struktur


kognitik.
Kebolehan lain yang diperoleh kanak-kanak pada peringkat deria motor
ialah membuat imitasi(imitation) dan memahami konsep pengekalan objek
( object permanence). Maksud imitasi menurut piaget ialah kanak-kanak (18-24
bulan) boleh melakukan imtasi terhadap tingkah laku yang dilihatnya. Contohnya,
menekan butang telefon mainan untuk menghasilkan bunyi, memicit itik mainan,
mengangkat ganggang telefon bila ia bordering.
Pengekalan objek menurut piagat bermaksud kanak-kanak (8-12 bulan)
menyedari bahawa objek atau peristiwa tidak hilang, walaupun tidak dapat
dikesan oleh semua alat derianya. Dia mengetahui bahawa orang atau objek itu
akan muncul semula. Contohnya, apabila Fatimah ( berumur 9 bulan) melihat
ibunya hilang dari pandangan dibawa oleh kereta, dia tidak menangis sebab dia
tahu ibunya akan pulang semula.
3.2
PERINGKAT PRAOPERASI (umur dua hingga tujuh tahun)
Praoperasi bermaksud kanak-kanak mula berfikir secara logik tetapi belum
dapat menguasai kebolehan memproseskan pemikiran mengikut peraturanperaturan yang logik. Walau bagaimanapun,kanak-kanak mula mempraktikan
kemahiran yang baru diperolehi dengan menggunakan simbol untuk mewakili
objek. Ini dapat dilihat dari sifat pemikiran simbolik melalui permainan olok-olok,
animisme dan egosentrik.
Salah satu bentuk aktiviti pemikiran simbol ialah lakonan drama yang
pelbagai pengalaman hidup. Sebagai contoh, kanak-kanak prasekolah suka
bermain masak-masak, berlagak memandu kereta atau berlagak sebagai seorang
doktor. Lakonan begini juga disebutkan sebagai permainan olok-olok. Pada
peringkat praoperasi ini biasanya kanak kanak semakin maju dalam penguasaan
dan penggunaan bahasa. Akan tetapi ia masih belum boleh lagi membezakan
antara sifat-sifat benda hidup dengan benda bukan hidup. Kanak kanak
mempunyai imaginasi bahawa batu adalah hidup dan pokok boleh berfikir seperti
manusia. Piaget menyebut keadaan ini sebagai animisme.
Di samping itu, kanak-kanak masih belum dapat membezakan antara
pandangan diri sendiri dengan pandangan orang lain. Piaget menyebut keadaan
ini sebagai egosentrisme. Orang yang mempunyai sifat egosentrisme terlalu
memusat kepada kepentingan diri sendiri dan sukar menerima pendapat orang
lain. Pemikiran mereka lebih bergantung kepada persepsi logik, misalnya ketika
berjalan, bulan sentiasa mengekori mereka. Kanak-kanak tidak dapat
membayangkan atau menerima perspektif orang lain. Mereka percaya bahawa
persepsi atau fikiran orang lain adalah sama dengan diri sendiri.
Sebagai contoh, pemahaman mengenai ruang, lambing, tanda dan
objek bertambah baik pada umur empat tahun, walaubagaimanapun kanak-kanak
tidak dapat berfikir sesuatu perkara yang mengelirukan, bersifat pembalikan dan
yang bersifat lebih kurang. Dengan perkataan lain, pemikiran kanak-kanak ialah
berdasarkan sesuatu sudut atau penglihatan yang mudah.
Sesungguhnya pada permulaan peringkat praoperasi, kanak-kanak
menghadapi kesukaran mengoperasi konsep, misalnya walaupun mereka boleh
mengira secara urutan satu hingga sepuluh, mereka tidak memahami operasi

bilangan seperti (1+1) adalah sama dengan (2-1). Contoh lain kanak-kanak tidak
boleh menyusun objek yang mempunyai urutan yang tertentu dalam siri yang
sempurna. Ini adalah disebabkan kanak kanak di peringkat ini kekurangan
fleksibiliti dalam susunan pemikiran mereka. Mereka pada tahap ini juga
mempunyai penakulan yang transduktif, iaitu tidak boleh membuat kesimpulan
dengan tepat. Kanak-kanak pada peringkat ini juga tidak boleh memahami
perubahan yang dinamik. Mereka juga kurang berkemampuan untuk
mengklasifikasi sesuatu secara hieraki.
Oleh kerana kanak-kanak di tadika atau di tahap awal sekolah rendah
mempunyai pemikiran praoperasi, guru seharusnya mengambil langkah-langkah
pengajaran yang sesuai dengan peringkat perkembangan mental mereka. Oleh
sebab itulah,guru tadika biasanya menyediakan banyak aktiviti yang berbentuk
lakonan drama.
Selanjutnya, kanak-kanak digalakkan berkongsi dan bekerjasama dalam
pembelajaran mereka. Ketiga, alat bantu mengajar amat perlu digunakan untuk
membantu pengajaran guru. Adalah diingatkan, guru mengurangkan arahan
pengajaran dalam bentuk lisan malah perlu memperbanyakkan menunjuk ajar
(demonstrasi) kerana ia lebih bermakna.
3.3
PERINGKAT OPERASI KONKRIT (tujuh tahun hingga 11 tahun)
Secara umumnya, kanak-kanak di peringkat ini tidak lagi bersifat egosentrik.
Mereka sudah mula menerima pandangan orang lain dan mula
mempertimbangkan dari semua aspek masalah semasa mereka hendak
menyelesaikan sesuatu masalah. Dengan kata lain, pemusatan pemerhatian
mereka sudah pun mula berkurangan. Selain daripada itu, kanak-kanak mula
memahami perkaitan antara dua situasi yang berlainan. Menurut Piaget, proses
kebalikan mula difahami oleh kanak-kanak ini.
Di peringkat sekolah rendah, pemikiran kanak-kanak menjadi stabil dan
dapat berfikir mengikut peraturan-peraturan logik atau melakukan operasi mental
secara tersusun. Namun begitu, kanak-kanak yang berada di peringkat ini hanya
boleh melaksanakan kebolehan logik ini dalam keadaan konkrit atau
menggunakan objek maujud. Ini dapat dilihat apabila kanak-kanak memperolehi
konsep keabadian atas kuantiti sesuatu bahan walaupun bahan itu mengalami
perubahan yang ketara.
Misalnya, jika dua biji bola plastisin yang mempunyai bentuk dan saiz
yang sama ditunjukan kepada kanak kanak pada peringkat praoperasi, mereka
akan menyatakan bola-bola itu mengandungi plastisin yang sama banyak. Akan
tetapi apabila salah sebiji bola itu diuli menjadi bentuk bujur, kanak-kanak itu
akan menyatakan kuantitinya sekarang tidak sama dengan bola bulat yang sama.
Bahkan bentuk baru itu mengaburi fikiran tentang kuantiti bola itu.
Tetapi,di peringkat akhir operasi yang konkrit kanak-kanak mereka tidak
mudah terkeliru dengan masalah seperti ini. Kanak kanak pada peringkat ini
sedar bahawa kuantiti plastisin itu kekal sama walaupun bentuknya berubahubah. Terdapat pengekalan kuantiti plastisin itu dalam ingatan sungguhpun
berlaku perubahan yang ketara pada bola itu.
Perkembangan pemikiran kanak kanak dapat dilihat dari segi kemajuan
dalam kebolehan mereka untuk mengelaskan objek. Di peringkat awal, kanak-

kanak hanya boleh mengelaskan objek berdasarkan satu perspektif yang tertentu.
Umpamanya,mereka dapat memerhatikan perbezaan pada masa yang sama atau
persamaan pada masa yang lain, tetapi mereka sukar mengenal pasti keduakedua perbezaan dan persamaan yang wujud pada masa yang sama.
Penggunaan perkataan sama ada secara lisan ataupun bertulis dapat
mempengaruhi proses pembelajaran dan kefahaman kanak-kanak. Kanak-kanak
pada peringkat operasi konkrit dapat menguasai konsep kebalikan, pengekalan,
isipadu, pencambahan, perkaitan logik kuantitatif dan klasifikasi.
Proses pembalikan (reversibility) ialah kanak-kanak berupaya berfikir
tentang bentuk asal sesuatu objek .Sebagai contoh,sekiranya sebuah pinggan
pecah,kanak-kanak boleh mengingat semula bentuk pinggan yang asal sebagai
imej mentalnya.Pengekalan isipadu (conservation of volume) pula ialah kanakkanak berupaya berfikir bahawa isipadu tidak berubah walaupun bekas
mempunyai saiz yang berlainan. Percampahan(decentration)ialah kanak-kanak
boleh berfikir tentang beberapa dimensi masalah dan perkaitan antaranya secara
serentak .Contohnya,kanak-kanak dapat berfikir tentang tinggi bekas dan juga
isipadunya.
Perkaitan logik kuantitatif (quantitative logical relationship) ialah
kanak-kanak berupaya berfikir secara logik apabila diberi syarat berbentuk
kuantitatif. Contohnya guru memberi arahan, Berbaris mengikut ketinggian, dari
tinggi ke rendah. Klasifikasi (classification) ialah kanak-kanak berupaya berfikir
untuk mengkelaskan objek. Contohnya, kanak-kanak boleh mengkelaskan rajahrajah yang diberikan mengikut bentuk dan warnanya.
Menurut Piaget, pada peringkat ini kanak-kanak mengalami
perkembangan pesat dalam proses operasi kognitif dan mengaplikasi kemahiran
ini apabila berfikir tentang objek, situasi dan orang yang telah mereka lihat.
Operasi kognitif adalah aktiviti mental dalaman yang membolehkan kanak-kanak
mengubahsuai dan menyusun semula imej dan simbol dalam membuat rumusan
atau keputusan yang logik. Beberapa pemikiran yang beransur-ansur dikuasai
oleh kanak-kanak pada peringkat operasi konkrit ini ialah pengekalan
terutamanya isipadu dan berat, mengklasifikasi dan mengkategori serta juga
berupaya membuat perkaitan logik (relational logic).
Kanak-kanak akan dapat membina pelbagai
konsep.Pengekalan bermaksud memahami bahawa perubahan objek atau
susunan tidak mengubah cirinya atau sifatnya. Pengekalan berlaku pada isipadu
atau kuantiti cecair, berat bahan pepejal seperti plastersin dan nombor. Seperti
dalam rajah di bawah, sekiranya ditanya soalan kepada kanak-kanak berusia 7
tahun, bekas A atau B' yang banyak air, dia tentu menjawab B' kerana dia telah
memperoleh konsep pengekalan isipadu air. Dia juga telah menguasai konsep
'tidak memusat' (decenter) iaitu boleh melihat kaitan tinggi dan lebar bekas air.
Dia juga secara mental melakukan proses pembalikan iaitu menuang semula ke
dalam bekas A. A dan B adalah 2 gelas yang sama besar diisi kandungan air. Air
dalam bekas B dituang dengan air yang sama banyak kepada bekas tinggi iaitu
bekas B.
Selain itu, konsep klasifikasi dimana kanak-kanak peringkat operasi
konkrit boleh mengumpul benda-benda mengikut ciri-cirinya ke dalam kategori

tertentu. Contohnya pengangkutan darat terdiri daripada kenderaan seperti


kereta, lori, van, basikal, motosikal, trak, ambulans. Cirinya beroda 2, 4 atau lebih
dan bergerak atas jalan raya. Begitu juga kereta api, LRT dan sebagainya yang
merupakan pengangkutan darat yang berjalan di atas landasannya.
Perkaitan logik juga merupakan salah satu konsep yang terbina apabila
kanak-kanak berada dalam peringkat operasi konkrit. Salah satu kebolehan
penting peringkat operasi formal iaitu pemahaman yang lebih baik tentang
perkaitan kuantitatif dan perkaitan logik. Contohnya guru memberi arahan
"berbaris mengikut ketinggian, dari tinggi ke rendah". Arahan seperti ini mudah
difahami oleh mereka yang berada di peringkat operasi konkrit. Mereka telah
berkebolehan membuat persirian secara mental (mental seriation) iaitu kebolehan
untuk menyusun dalam minda mereka senarai secara siri ketinggian atau berat.
Mereka juga berkebolehan dalam 'transitiviti' iaitu menerangkan perkaitan antara
elemen dalam sesuatu senarai. Contohnya, Fadlullah lebih tinggi daripada Redza.
Redza pula lebih tinggi daripada Firdaus. Siapakah yang lebih tinggi, Fadlullah
atau Redza? Mereka yang talah berada di peringkat operasi konkrit akan boleh
memberi jawapan yang betul iaitu Fadlullah lebih tinggi daripada Firdaus.
Inversi merupakan suatu transformasi pembalikan. Sebagai contoh
dapat dilihat dari pemikiran berikut, misalnya pendidik membuat 2 duit syiling
yang berlainan warna. Warna kuning dan warna putih. Pendidik tutup duit syiling
tersebut dengan sebuah gelas gelap. Selepas itu, angkat gelas terbabit semula
dan tanyakan kepada kanak-kanak tersebut bagaimana keadaan duit syiling. Jika
kanak-kanak mengatakan duit syiling tersebut dalam keadaan terbalik, maka si
anak sudah memasuki tahap konkrit-operasional dan memahami proses
transformasi inversi atau pembalikan.
Resiprok merupakan suatu transformasi pencerminan. Contohnya
sebagai berikut, misalnya seorang ibu ingin menanam tanaman tomat
danmembawa ember kecil yang berisi tanah, si ibu memindahkan tanah
tersebutke ember yang ukurannya lebih kecil tetapi lebih panjangdari
embersebelumnya, kemudian si ibu bertanya pada anaknya yang dari tadi
sudahmemandangi ibunya dengan seksama, si ibu menanyakan tentang
keadaandan banyaknya tanah tersebut. Jika si anak mengatakan tanah yang di
emberpanjang tersebut sama dengan tanah yang ada di ember lebih pendek,
makasi anak sudah memasuki tahap konkrit-operasional, karena si anak
sudahmengerti kalau tanah yang ada di ember panjang merupakan
pencerminandari tanah yang ada di ember pendek.
3.4
PERINGKAT OPERASI FORMAL(dari umur 12 tahun ke atas)
Operasi formal berpendapat mereka sebenarnya dapat berfikir secara logik
termasuk pemikiran abstrak, perkara berkaitan dengan masa depn dan sanggup
membuat hipotesis. Pemikiran hipotesis ini membolehka kanak kanak itu
meramalkan apa yang mungkin berlaku daripada apa yang akan berlaku. Oleh
kerana pemikir operasi sanggup membuat penakulaan terhadap sesuatu
kemungkinan,ia teah sedia membuat eksperimen menguji kebanran idea,
kebenaran dan pemikiran saintifik.
Ia juga menguasai kebolehan untuk menyelesaikan masalah dengan
kombinasi pengetahuan,pengalaman dan kemahiran. Bahkan pelajar ini dapat

menerima idea abstrak sperti tenaga,gravity,demokrasi dan sebagainya.


Pendekatan pengajaran pula melibatkan peggunaan kaedah lisan yang lebih
banyak. Pelajar di peringkat sekolah menengah digalakkan mendengar,membaca
dan berbincang,kemudian melakukan latihan.
Teori Kognitif ini memberikan beberapa implikasi dalam proses P&P.
Menurut teori tersebut, isi kandungan hendaklah disusun mengikut
perkembangan kognitif kanak-kanak dan yang paling relevan adalah daripada
konkrit kepada abstrak, dekat kepada jauh, pengalaman sedia ada kepada
pengetahuan baru dan daripada kasar kepada halus. Contohnya, untuk
mengajarkan tentang buah-buahan tempatan, mulakan dengan memberi contoh
yang diketahui oleh murid- murid terlebih dahulu.
Selain daripada itu, guru seharusnya berperanan sebagai fasilitator
dalam proses P&P yang bertugas sebagai penyusun maklumat yang hendak
disampaikan bagi memudahkan murid mengaitkan pelajaran baru dengan
pelajaran
lepas.
Seterusnya, guru harus sedar bahawa ada murid yang berada dalam mod
pembelajaran yang berbeza dan guru perlu bijak memainkan peranan dalam
menguasai proses P&P. Sebagai contoh, jika terdapat murid yang tidak dapat
menumpukan perhatian dalam proses pembelajaran yang berlangsung, guru
perlu memikirkan cara yang efisyen bagi menarik minat mereka.
4.0
Teori Perkembangan Psikososial Erikson
Erik Erikson (1902-1994) telah menganalisis perkembangan sosial kanak-kanak
dalam jangka masa kehidupan mereka. Beliau menjelaskan bahawa manusia
mempunyai keperluan asas yang sama dan perkembangan mereka bergantung
kepada tindak balas terhadap keperluan tersebut. Perkembangan kanak-kanak
berlaku mengikut tahap tertentu. Erikson percaya bahawa setiap tahap
mempunyai konflik tertentu yang perlu diatasi supaya tidak menjejaskan
perkembangan kanak-kanak.
Teori Erik Erikson dikenali sebagai Teori Perkembangan Psikososial
Erikson kerana ia mengabungkan tiga faktor yang mempengaruhi perkembangan
individu, iaitu faktor kendiri, emosi dan sosial. Teori Psikososial Erikson adalah
berdasarkan 5 prinsip utama iaitu setiap individu mempunyai keperluan asas
yang sama, perkembangan individu bergantung kepada tindak balas individu
terhadap keperluan-keperluan asasnya, perkembangan individu mengikut tahaptahap tertentu, setiap tahap mempunyai konflik dan konflik ini mesti diatasi
supaya individu dapat berfungsi dengan baik dalam tahap berikutnya dan
kegagalan mengatasi konflik pada satu tahap akan menjejaskan perkembangan
tahap yang berikutnya. Perkembangan psikososial Erikson terbahagi kepada
lapan peringkat.
4.1
Percaya Lawan Tidak Percaya
Peringkat pertama ialah asas kepercayaan lawan asas ketidakpercayaan iaitu dari
peringkat bayi yang baru dilahir hingga ke 18 bulan. Bayi perlu mempunyai
hubungan yang erat, mendapat kasih sayang dan kepercayaan daripada ibu atau
penjaga. Erikson yakin bahawa bayi mempelajari rasa percaya apabila mereka
diasuh dengan cara yang konsisten dan hangat. Pada saat itu, hubungan bayi

dengan ibu adalah sangat penting. Kalau ibu memberinya makan, membuatnya
hangat, memeluk dan mengajaknya bicara, maka bayi tersebut akan memperoleh
kesan bahawa lingkungannya dapat menerima kehadirannya secara hangat dan
bersahabat. Inilah yang menjadi landasan pertama bagi rasa percaya Jikalau
orang lain yang tidak dapat memberikan perasaan yang sama seperti ibu akau
pengasuh, maka mereka akan berasa tidak percaya terhadap mereka. Bayi akan
mula mencari perasaan yang diberi oleh ibu atau pengasuh dan akan menangis
untuk menunjukkan ketidaksukaan atau menolak orang yang cuba
mendukungnya.
4.2
Autonomi Lawan Keraguan
Yang kedua ialah peringkat autonomi lawan keraguan yang berlaku pada umur 18
bulan hingga 3 tahun. Erikson mengatakan bahawa pada tahap ini, konsep diri
bayi mula bertambah nyata. Mereka bermula tahu apa yang dicakap dan dibuat
merupakan tindakannya bukan orang lain, dan keinginan mereka untuk bertindak
bebas telah pun meningkat. Pada tahap ini kanak-kanak sudah mula berkeinginan
melakukan sesuatu perbuatan sendiri. Mereka mula berdikari dan tidak suka
dibantu atau dikongkong orang dewasa. Situasi ini merupakan permulaan kepada
pembentukan perasaan keyakinan diri pada kanak-kanak tersebut. Ada kanakkanak yang berpendapat bahawa mereka adalah cekap dan berkebolehan, ada
pula yang mungkin akan rasa diri mereka itu kurang cekap dan berasa malu lalu
meragui kebolehan diri. Pada peringkat ini juga, tingkah laku yang sentiasa
diterima dan dipuji, akan dapat memberi keyakinan kepada kanak-kanak tersebut.
Manakala untuk yang sentiasa dimarah atau didenda, mereka akan rasa malu dan
akan ragu-ragu untuk membuat sesuatu perkara. Dorongan dan galakan ibu bapa
akan membantu kanak-kanak membina perkembangan dan menyelesaikan
sesuatu tugasan.
4.3
Inisiatif Lawan Rasa Bersalah
Pada peringkat ketiga iaitu peringkat inisiatif lawan rasa bersalah berlaku pada
tahap umur 3 hingga 6 tahun. Pada tahap ini, kanak-kanak terlihat sangat aktif,
suka berlari, berkelahi, memanjat-manjat, dan suka menantang lingkungannya.
Dengan menggunakan bahasa, fantasi, dan permainan khayalan, dia memperoleh
perasaan harga diri. Bila orang tua berusaha memahami, menjawab pertanyaan
mereka, dan menerima keaktifan mereka dalam bermain, maka kanak-kanak akan
belajar untuk mendekati apa yang dia inginkan, dan perasaan inisiatif menjadi
semakin kuat. Sebaliknya, bila orang tua kurang memahami, kurang sabar, suka
memberi hukuman, mereka akan menganggap bahawa pengajuan pertanyaan,
bermain dan kegiatan-kegiatan yang dilakukan oleh mereka itu tidak bermanfaat,
maka mereka akan merasa bersalah dan menjadi enggan untuk mengambil
inisiatif untuk mendekati apa yang diinginkannya.
4.4 Industri Lawan Rendah Diri
Seterusnya ialah peringkat industri lawan rasa rendah diri iaitu sering berlaku
pada tahap umur 6 hingga 12 tahun. Tahap ini merupakan tahap psikososial
keempat yang berlangsung kira-kira pada masa peringkat sekolah rendah. Pada
masa ini, kanak-kanak mula memasuki dunia yang baru, iaitu sekolah rendah

dengan segala aturan dan tujuan yang tidak pernah dialami oleh mereka. Kanakkanak akan mula mengarahkan tenaga mereka menuju ke arah penguasaan
pengetahuan dan keterampilan intelektual. Alat-alat permainan dan kegiatan
bermain berangsur-angsur digantikan oleh perhatian pada situasi-situasi
produktif serta alat-alat yang dipakai untuk bekerja. Bagi mereka yang dapat
menangani situasi ini dengan baik dan menguasai teknik-teknik yang
dipelajarinya, maka mereka akan mencapai kepuasan dan juga kemegahan yang
ingin didapati oleh mereka. Akan tetapi, apabila kanak-kanak itu tidak berhasil
menguasai keterampilan dan tugas-tugas yang dipilihnya atau oleh guru-guru
dan ibu bapanya, maka kanak-kanak itu akan beresa rendah diri dan perasaan itu
akan terus berkembang kian hari.
4.5
Identiti Lawan Kekeliruan Identiti
Identiti lawan kekeliruan identiti ialah peringkat kelima iaitu untuk golongan yang
berumur 12 hingga 20 tahun. Tahap ini adalah tahap yang paling diberi penekanan
oleh Erikson karena tahap ini merupakan tahap peralihan dari masa kanak-kanak
ke masa dewasa. Peristiwa-peristiwa yang yang terjadi pada tahap ini sangat
menentukan perkembangan keperibadian kanak-kanak pada masa dewasa. Pada
tahap ini, mereka akan dihadapkan dengan pancarian jati diri. Ia bermula daripada
merasakan suatu perasaan tentang identitinya sendiri. Perasaan itu menunjukkan
bahawa dia adalah seorang individu yang unik. Mereka mula menyedari bahawa
sifat-sifat yang ada pada dirinya, seperti kesukaan dan ketidaksukaannya, tujuantujuan yang diinginkan untuk tercapai, kekuatan dan hasrat untuk mengkontrol
kehidupannya sendiri, yang siap memasuki suatu peranan yang bererti di dalam
masyarakat, peranan yang bersifat menyesuaikan diri ditengah masyarakat, baik
peran yang bersifat menyesuaiakan diri mahupun yang bersifat memperbaharui.
4.6
Intimasi Lawan Keasingan Diri
Peringkat yang seterusnya ialah keintiman lawan keasingan iaitu mereka
diperingkat awal dewasa yang berumur 20 hingga 40 tahun. Perkembangan
psikososial keenam yang dialami individu selama tahun-tahun awal masa
dewasa. Jika pada masa sebelumnya, individu memiliki ikatan yang kuat dengan
kelompok sebayanya, maka tugas perkembangan individu pada masa ini adalah
membentuk perhubungan yang intimasi dengan orang lain. Menurut Erikson,
keintiman tersebut biasanya merujuk kepada perkhawinan, perkeluargaan dan
juga pergaulan dengan orang lain. . Orang-orang yang mempunyai tempat untuk
meluahkan perasaaan dan masalah, mereka akan berasa lebih bahagia dan lebih
sihat jika dibandingkan dengan mereka yang tidak memiliki tempat untuk
meluahkannya.Mereka yang dapat menjalinkan hubungan yang baik tidak kira
dalam perkhawinan atau hubungan yang rapat akan hidup dengan lebih
bahagia.Manakala bagi mereka yang gagal bergaul rapat dengan orang di sisi
mereka akan mula memulaukan dan berasingkan diri daripada berinteraksi
dengan orang lain.
4.7
Generitiviti Lawan Stagnasi
Peringkat yang ketujuh ialah peringkat generativiti lawan stagnasi iaitu
pertengahan dewasa yang berumur 40 hingga 60 tahun. Ciri utama tahap

generativiti adalah memberikan tumpu perhatian terhadap apa yang dihasilkan


(keturunan) serta pembentukan dan penetapan garis-garis pedoman untuk
generasi yang akan datang. Kepedulian seseorang terhadap pengembangan
generasi muda inilah yang diistilah oleh Erikson dengan generativiti.
Perkembangan generativiti ini terdapat pada indivudu yang berjaya dalam
kehidupan atau keluarganya dan berusaha untuk memuaskan hati dan
menyokong generasi akan datangnya. Apabila generativiti ini lemah atau tidak
dilengkapkan, maka seseorang individu itu akan menjadi mundur atau akan lebih
menghala kepada perkembangan pemusatan diri.
4.8
Intergriti Lawan Kekecewaan
Akhir sekali ialah integriti lawan kekecewaan iaitu peringkat lanjut usia yang
berumur 60 tahun ke atas. Tahap ini merupakan tahap kegelapan yang dialami
individu selama akhir masa dewasa. Integriti paling tepat dilukiskan sebagai
suatu keadaan yang dicapai seseorang setelah memelihara benda-benda, orangorang, produk-produk dan idea-idea serta setelah berhasil melakukan
penyesuaian diri dengan berbagai keberhasilan dan kegagalan dalam
kehidupannya. Integriti terjadi pada tahun-tahun terakhir kehidupannya menoleh
ke belakang dan menanalisis apa yang telah dilakukan dalam hidupnya selama
ini, menerima dan menyesuaikan diri dengan keberhasilan, dan kegagalan yang
dialaminya, merasa aman dan tenteram, serta menikmati hidup sebagai yang
berharga dan layak atau sebaliknya.
5.0
Implikasi Teori-Teori Perkembangan Kepada Guru
Implikasi teori-teori perkembangan kepada guru hari ini adalah membolehkan
guru memahami mengapa pelajar bertingkah laku sedemikian. Teori-teori ini juga
membantu pelajar memahami diri mereka sendiri dan juga membantu guru untuk
merancang objektif dan matlamat pembelajaran yang sesuai. Guru juga boleh
berumus langkah supaya pelajarnya mencapai matlamat dan objektif
pembelajaran.
Daripada teori-teori ini, guru dapat meramal tingkah laku, kegemaran
dan apa yang tidak disenangi pelajar pada peringkat umur tertentu. Maka,
dapatlah guru untuk lebih memahami anak-anak murid mereka. Selain daripada
itu, guru juga dapat merancang peneguhan yang sesuai dalam usaha mengawal
tingkah laku dan memotivasikan pelajar. Guru-guru dapat merancang pengajaran
dan pembelajaran yang sesuai dengan tahap perkembangan pelajar. Guru-guru
dapatlah menjadi lebih prihatin dan sabar dalam membimbing pelajar.Mudahmudahan, guru dapatlah merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang
sesuai dengan tahap pertumbuhan dan perkembangan pelajar. Dengan adanya
teori-teori ini, guru dapat membuat intervensi untuk mengatasi masalah
pembelajaran pelajar. Guru-guru dapat berbincang dengan ibu bapa tentang
langkah yang perlu dilakukan untuk sama-sama mengatasi masalah pelajar.

Rujukan

1. Akhiar Pardi Shamsina Bt Shamsudin, (2009). Rancangan Pengajaran Harian


dalam Pengajaran dan Pembelajaran.Selangor : CIPTA Printing & Publishing (M)
Sdn Bhd
2. Atan Long, (1980). Pedagogi : kaedah am mengajar. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar
Bakti.
3. Atan Long, (1986). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
4.

Abd. Aziz Abd. Talib. (2000). Pedagogi Bahasa Melayu: Prinsip, Kaedah dan
Teknik. ..Cheras: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

5. Crow and Crow, A. (1980). Psikologi Pendidikan untuk Perguruan. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
6. Dr. Ragbir Kaur Joginder Sigh, ( 2010). Panduan Ilmu Pendidikan Untuk DPLI
Psikologi. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd
7. Ee Ah Meng, ( 1989 )Pendidikan di Malaysia Untuk Guru Pelatih, Edisi
Kedua, Petaling Jaya, Siri Pendidikan Fajar Bakti.
8. E.Slavin, Robet. (2007). Educational Psychology, Riset dan Rraktik. Bandung:
Penerbit Nusa Media.
9. Lee Shok Mee, (1996). Psikologi Pendidikan 2 Teori dan Aplikasi Psikologi Dalam
Pengajaran dan Pembelajaran. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd
10. Mok Soon Sang, ( 2008). Psikologi Pendidikan. Ipoh: CIPTA Printing & Publishing
(M) Sdn Bhd
11. Mok Soon Sang, ( 2009). Murid dan Alam Belajar. Ipoh: CIPTA Printing &
Publishing (M) Sdn Bhd
12. Paul Eggen and Don Kauchak, (1999) . Educational Psychology, 4th ed.
Upper Saddle River, New Jersey: Merrill
13. http://ipgktarpengajiansosial.blogspot.com/2011/04/teori-perkembangan-kognitifjean-piaget.html
14. http://rujuknota.blogspot.com/2009/07/teori-perkembangan-kognitif-jeanpiaget.html
15. http://rujuknota.blogspot.com/2009/09/teori-perkembangan-jean-piaget.html
16. http://blog.uin-malang.ac.id/riiva/2012/05/03/ppd-teori-perkembangan-psikososialerikson/
17. http://e-pendidikan.net/guruinternet.html
18. http://id.wikipedia.org/wiki/Teori_Belajar_Behavioristik
19. http://www.scribd.com/doc/18185356/TEORI-PEMBELAJARAN-BEHAVIORIS
20. http://pelangipetang89.blogspot.com/2009/08/teori-perkembangan-sigmunfreud.html
21. http://teoripsikonalisis.blogspot.com/2010/03/teori-psikonalisis.html
22.http://www.freewebs.com/hijrahsaputra/catatan/TEORI%20BELAJAR%20DAN
%20PEMBELAJARAN.htm
23. http://rujuknota.blogspot.com/2009/09/teori-perkembangan-jean-piaget.html
24. http://www.psikologizone.com/teori-kognitif-psikologi-perkembangan-jeanpiaget/06511234

25. http://www.slideshare.net/syafie90/pringkat-pringkat-perkembangan-kanakkanakdan-teoriteori-perkembangan-yang-berkaitan
26. http://azman.ipgmksm.edu.my/sce3102/topik3.pdf
27. http://teoripiaget.blogspot.com/
28. http://eprints.utm.my/10348/1/bab2.pdf
29. http://rohman-makalah.blogspot.com/2008/07/teori-belajar-akhmad-sudrajatm.html
30. http://alvitasusukan.wordpress.com/2011/12/01/teori-perkembangan-jean-piaget/
31. http://www.psikologizone.com/teori-kognitif-psikologi-perkembangan-jeanpiaget/06511234
32. http://www.slideshare.net/syafie90/pringkat-pringkat-perkembangan-kanakkanakdan-teoriteori-perkembangan-yang-berkaitan
33. http://teoripiaget.blogspot.com/
34. http://pelangipetang89.blogspot.com/2009/08/teori-perkembangan-kognitif-jeanpiaget.html

Anda mungkin juga menyukai