Anda di halaman 1dari 1

Sekalung penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih kepada Anggota Lembaga

Sekolah, dan Ahli Jawatankuasa Pengurusan Sekolah Menengah Kebangsaan Pei Hwa,
di atas kegigihan dan kesungguhan dalam memastikan koperasi ini terus berkembang
maju. Kerjasama dan semangat dalam memajukan koperasi ini amatlah saya hargai.
Setelah melihat perkembangan yang berlaku dalam koperasi ini, kian meningkat dan
maju dalam masa ke semasa. Maka amatlah besarlah harapan saya sekiranya dapat
menyerlahkan lagi kreativiti dan inovasikan dalam memasarkan produk koperasi ini
mengikut keperluan dan kehendak pelajar. Kita perlu memastikan dan memberikan
perkhidmatan serta kemudahan yang berkualiti kepada pelanggan kami dan di samping
itu juga, memastikan koperasi ini berdiri teguh dan terus maju hingga ke masa hadapan.
Di sini, saya juga ingin mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada Ahli Lembaga
Sekolah dan Ahli Jawatankuasa Pengurusan Koperasi di atas kejayaan dan
perkembangan yang ditunjukkan dalam menerajui pengurusan koperasi ini. Tanpa
usaha, kesungguhan serta kewajipan, maka koperasi ini tidak akan dapat mengekalkan
prestasi ini hingga ke tahap ini.
Sokongan yang padu terhadap segala aktiviti yang dijalankan telah memberi kesan baik
terhadap prestasi koperasi ini. Saya berasa amat terharu dan bangga terhadap
sokongan yang telah disumbangkan oleh semua warga koperasi yang terlibat.
Diharapkan sokongan ini akan berterusan sehingga koperasi ini dapat diperkasakan dan
maju di masa akan datang.

Anda mungkin juga menyukai