Anda di halaman 1dari 2

Bicara hati Mursyid Am Ikhwan Muslimin

Dengan Nama Allah, selawat dan salam ke atas Rasulullah, para sahabat, keluargadan
pengikutnya...
Wahai ikhwah dan akhawat yang ku kasihi kerana Allah,
Wahai muslimin dan muslimat diseluruh pelusuk bumi,
Bicara ini terpancar dari hatiku sempena hari kebesaran yang penuh keberkatan, Hari Raya alAdha al-Mubarak serta 10 hari Zul-Hijjah yang merupakan hari paling afdhal untuk bertaqarrub
kepada Allah. Hari paling baik daripada semua hari di atas muka bumi di sepanjang tahun.
Kita lihat apa yang dapat kita kaup faedah daripada hari-hari ini, apa pengajaran yang kita dapat
ambil daripada perjalanan haji orang yang dipilih oleh Allah untuk pergi ke tempat suci itu, dan
orang yang belum dipilih untuk menerima anugerah yang membahagiakan itu.
Pertama, ibadah-ibadah yang disyariatkan Islam bertujuan menghimpunkan umat seluruhnya.
Bermula dengan solat yang ditunaikan secara fardi (perseorangan) dan jamaei (berjamaah) di
setiapa tempat, di peringat desa, kota, daerah dan negeri. Ketika mana kita berkumpul untuk
solat, ia merupakan bentuk perhimpunan umat. Kumidian kita berhimpun ketika puasa.
Meskipun kita laksanakan secara individu, tetapi seluruh umat menghayati perasaan yang sama,
jadual hidup yang sama, menjalani proses pentarbiah roh dan jasad dalam kerangka ibadah yang
sama. Selepas itu penyatuan umat seluruhnya dari seluruh pelusuk bumi merentasi sempadan
masa dan geografi. Ini merupakansatu bentuk penyatuan umat yang unik, penyatuan di atas
landasan pengabdian diri kepada Allah Tuhan semesta alam. Menginsafi dan mengiktiraf bahawa
semua mereka adalah hambaNya, hanya Dia yang berhak mensyariatkan apa-apa hukum supaya
dipatuhi oleh sekelian hambaNya.
Justeru, apabila kita melangkah kaki ke dalam manasik haji, kita hendaklah mempersiapkan diri
bermula dari hati, iaitu hati berasa condong dan rindu untuk berangkat ke tanah suci sebagai
menyahut doa seruan Nabi Ibrahim a.s. (Surah Ibrahim:37) yang mendoakan agar hati manusia
terpaut kepada Baitillah dan mereka tetap menunaikan solat.
Musim haji pada tahun ini tiba dalam suasana bumi Arab didatangi musin bunga tsaurah
mengukuhkan bahawa doa kita dan doa para hujjaj pada tahun-tahun sebelumnya tidak sia-sia.
Allah telah qabulkan doa itu dengan membebaskan umat Arab dari cengkaman pemerintahan
diktator. Maka kita amat memerlukan doa itu diteruskan dengan lebih lebat lagi. Kami hanya
meminta daripada kamu doa. Apabila Allah ilhamkan kita untuk berdoa kepadaNya, maka Dialah
yang akan memaqbulkannya. (Surah Ghafir:60) itulah janji Allah dan Dia tidak mungkir janji.
Kita pergi ke sana (Makkah) bererti kita telah berkorban harta dan tenaga. Maka kita wajib
bersedia untuk berkorban apabila diminta untuk memelihara agama ini, memelihara tanah air kita
dari dirampas, kebebasan, kehormatan dan kemuliaan yang dianugerahkan Allah kepada kita dari
diperkotak-katikkan. Allah menjadikan kita sebagai insan. Kata-kata Sayyidina Umar yang
masyhur bilakah kamu memperhambakan manusia sedangkan mereka dilahirkan ibu mereka

sebagai orang yang merdeka? menunjukkan bahawa kemerdekaan merupakan hak asasi
manusia yang paling utama yang mesti diperjuangkan oleh umat Arab dan Islam. Kebebasan kita
tercerna apabila kita mengabdikan diri kepada Allah. Kemuncak kemerdekaan terletak pada
ubudiyyah kepada Allah. Kita tidak tunduk dan tidak diperhambakan oleh selainNya walau
sehebat manapun. Kita tidak tunduk kepada syahawat walaupun ia begitu menggelegak. Kita
lihat akibatnya orang yang tunduk kepada syahawat sehingga membunuh dan menindas anak
bangsa serta kaum keluarga sendiri.
Moga-moga mereka mengambil pengajaran, lalu mereka termasuk orang yang bahagia. Mereka
tidak jadi orang yang celaka yang menjadi pengajaran untuk orang lain. Kita mulakan perjalanan
haji dengan pengorbanan harta, bahkan kita memilih harta yang halal. Jika tidak, kita ditolak,
haji kita tidak diterima. Pemilihan harta yang halal ini menjadi peringatan kepada muslim
bahawa itulah yang sepatutnya cara hidup mereka, hanya bergantung kepada sumber yang halal
sahaja sama ada makanan, pakaian dan segala-galanya. Jila tidak, doa tidak diterima.
Ini permulaannya. Kemudian niat yang ikhlas kerana Allah Azza wa Jalla. Kumdian bila tiba,
kita berkumpul di rumah Allah untuk tawaf sebagai mengecas hati kita di Kaabah. Lalu hati itu
mendapat tenaga baru. Begitulah setiap kali solat walaupun tidak di hadapan kaabah, namun
tenaganya tetap memberikan hati kesegaran yang berterusan.
Haji difardhukan hanya sekali seumur hidup. Maka kesannya pasti berpanjangan. Kesan ibadah
haji seolah-olah bekalan untuk hidup sepanjang usia....
Bersambung insya Allah. Terpaksa berhenti, nak bersiap ke Arafah... moga coretan ini menjadi
bekalan perjalanan hajiku insya Allah...

Anda mungkin juga menyukai