Anda di halaman 1dari 9

Makluman

Terima kasih kerana anda telah mendownload ebook bertajuk Step by Step FB Ads ini dari
sifufbads.com. Ebook ini percuma, tapi sifufbads tidak menjanjikan apa-apa jaminan hasil selepas anda
gunakan panduan ini. Pihak sifufbads juga tidak bertanggungjawab dengan apa-apa yang terjadi selepas
anda gunakan manual ini. UPDATE ini bertarikh 20 January 2015!
Ini cuma perkongsian ikhlas dari sifufbads..Yang mungkin sedikit sebanyak mampu membantu anda
memahami dan mempraktikkan fb ads untuk tujuan bisnes anda.
Pihak sifufbads juga ingin memaklumkan bahawa Facebook sentiasa berubah. Jadi, dinasihatkan anda
supaya sentiasa alert dengan perubahan-perubahan FB yang mana ianya akan mempengaruhi akan
keberkesanan pemasaran anda di FB. Cuba dapatkan ilmu-ilmu terkini dari sifufbads samada dari
seminar, di fanpage mahupun blog sifufbads.
Untuk dapatkan info-info terkini, cara terkini tentang ilmu FB ads Marketing, sifufbads sarankan anda
mendaftar untuk:
1) Like fanpage kami di https://www.facebook.com/sifufesbukads
2) Ikuti tips-tips di blog www.sifufbads.com dan juga melalui newsletter melalui emel.
Sekian.

JaMaL
Sifufbads Sdn Bhd
www.sifufbads.com
FB: Sifu FB Ads

Siapa Sifufbads

Nama penuhnya, Jamaluddin Bin Bahari. Nama glemer, JaMaL. Berumur 32 tahun (pada tahun ebook ni
ditulis), berpendidikan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam. Mula melibatkan diri dalam perniagaan
internet hasil dari pendedahan oleh Dr Irfan Khairi sejak 2008 lagi.
Pada mulanya beliau menjalankan perniagaan Internet secara sambilan di mana beliau membahagikan
masa sebagai seorang jurutera awam di siang hari dan menjalankan perniagaan ebook selepas tamat
waktu perkhidmatan sektor awam.
Sejak April 2010, JaMaL telah mengambil keputusan untuk memulakan perniagaan Internet dengan lebih
serius. Keputusan ini dibuat setelah beliau mendapati pendapatan sambilan yang diperolehi adalah
konsisten dan jauh lebih tinggi dari gaji penjawat awam yang diterimanya setiap bulan.
JaMaL mula terlibat dalam dunia perniagaan Internet sebagai usahawan produk digital, usahawan
produk fizikal, pemasar affiliate, dan juga blogger. Beliau dikenali oleh penggiat industri perniagaan
Internet di Malaysia sebagai pengajar sejak tahun 2009 lagi. Selain itu, beliau juga sering menghasilkan
panduan-panduan perniagaan dan pemasaran Internet yang sering dijadikan rujukan usahawanusahawan lain.

JaMaL @ sifufbads mula fokus pada


pembelajaran/kajian/eksperimen tentang Facebook Ads
Marketing secara khusus bermula pada tahun 2011 lagi.
Beliau menghabiskan puluhan ribu ringgit bagi tujuan
tersebut. Beliau juga mula mengajar pelajarnya FB Ads
Marketing bermula 2011 sehingga lah sekarang. Lebih 50
ribu orang telah mempelajari ilmu FB Ads Marketing dari
beliau dari blog, fanpage, dari emel.
Beliau juga telah hasilkan beberapa panduan dalam bentuk
ebook, video yang mengajar ilmu FB Ads Marketing. Selain
itu, banyak seminar-seminar dan juga program-program
Training FB Ads Marketing yang telah dianjurkan di bawah
syarikat beliau, Sifufbads Sdn Bhd.