Anda di halaman 1dari 35

1.

PEDAGOGI
Pedagogi merupakan perkataan Yunani Pedagogue yang
bermaksud seorang tutor atau pendidik yang mempunyai bakat dan
kebolehan untuk melaksanakan tugas-tugas pengajaran yang berkesan,
khasnya dalam bidang perkembangan kanak-kanak atau bidang
kognitif, psikologi dan afektif kanak-kanak.
Menurut Concise Encyclopaedia Britannica, ditinjau dari
sudut tradisi, pedagogi merupakan suatu seni pengajaran yang
melibatkan penggunaan kaedah dan teknik mengajar.
Kamus A New English Dictionary menerangkan pedagogi
sebagai ilmu pendidikan atau kaedah mengajar. Kamus Dwibahasa
pula menterjemahkan pedagogi sebagai ilmu pendidikan.
Pedagogi didefinisikan sebagai satu sesi pengajaran yang
melibatkan penggunaan kaedah atau teknik mengajar. Konsep
pedagogi

berkembang selari dengan perubahan masa dan disiplin

pedagogi kini bercorak sainstifik atas prinsip-prinsip dan kaedahkaedah mengajar merangkumi proses pengajaran yang optimum. Aliran
pendidikan masa kini lebih menekankan pedagogi berasaskan
kemahiran berfikir dan pemusatan pembelajaran (centered learning).
Bidang kajian pedagogi adalah luas. Kajian ini merangkumi
segala aspek yang berkaitan dengan P&P di bilik darjah, seperti
pendekatan, kaedah, teknik dan strategi P&P, organisasi sekolah dan
bilik darjah, kurikulum dan sukatan pelajaran, pengujian dan penilaian,
pemulihan dan pengayaan dan sebagainya.

Menurut Shulman (1988), seorang bakal guru harus dilatih


menguasai domain pengetahuan tentang subjek, pengetahuan konten
pedagogi, pengetahuan tentang kurikulum, pengetahuan tentang
pelajar, pengetahuan tentang matlamat pendidikan, dan pegetahuan
tentang

pedagogi

am.

Penguasaan

dalam

bidang-bidang

ini

membolehkan seseorang guru menyampaikan P&P dengan berkesan.


Seseorang guru yang berkesan semestinya berkebolehan
menterjemahkan maklumat dan pengetahuan ke dalam bentuk yang
mudah difahami oleh pelajar. Keupayaan melakukan ini dinamakan
sebagai pengetahuan konten pedagogi. Cabaran besar kepada seorang
guru adalah untuk menyampaikan perkara-perkara abstrak supaya
dapat difahami oleh pelajarnya.
Di dalam kurikulum perguruan, pedagogi merupakan suatu
bidang pendidikan yang terpenting untuk dikaji dan dipelajari bukan
sahaja oleh guru pelatih di maktab perguruan malah bakal guru
siswazah di universiti sebagai persediaan diri sebelum bergelar guru
sebenar. Malah setiap guru digalakkan mengikuti perkembangan dan
menguasai aliran pedagogi masa kini agar proses P&P lebih efektif dan
berkesan serta memenuhi matlamat pendidikan semasa.

Rujukan
Mok Soon Sang, Pedagogi 1. Kurikulum Dan Pengurusan Bilik
Darjah, Kumpulan Budiman Sdn. Bhd., Kuala Lumpur, 1997.
Noor Shah Saad, Teori dan Perkaedahan Pendidikan Matematik,
Prentice Hall, Petaling Jaya, 2001.

4. PENDIDIKAN
Menurut John Dewey pendidikan adalah sebagai satun proses
perkembangan

bagi

manusia.

Pendidikan

adalah

kerja

menyatukan

pengetahuan untuk menolong dan mengeluarkan serta menambahkan lagi


pengetahuan yang ada padanya, iaitu pengetahuan semulajadi akal. Dengan
pendidikan dia dapat hidup lebih selamat, serta menambahkan lagi
pengetahuan.
Pendidikan sebagai proses membentuk kecendurungan-kecendurungan
asasi yang berupa akhlak dan perasaan terhadap alam dan sesama manusia.
Pendidikan adalah satu proses menukar pola tingkahlaku.
Pendidikan adalah satu proses pembentukan perilaku manusia yang
merangkumi sikap, pandangan, perasaan, pemikiran dan penilaiannya.
Pendidikan adalah penyebaran pengetahuan kemahiran dan nilai secara
sistematik dan formal. Pendidikan sebagai persediaan untuk mengajar.
Penggembelingan bidang kurikulum dan latihan mengajar merupakan asas
untuk melaksanakan tugas sebagai seorang guru.

Rujukan:
Tyler.R.W. (1992) Prinsip Asas Kurikulum dan Pengajaran,DBP:KL
Prof.Dato Awang Had Salleh. (1980) Pendidikan dan Pentadbiran Sekolah
Rendah,Edisi Pertama Kuala Lumpur, ,p.3.
Tang Chee Yee. (1991) Ujian Kelayakan Pendidikan Guru: Sun U Book Co.
Sdn. Bhd, Kuala Lumpur.

8. GAYA PEMBELAJARAN
Istilah gaya pembelajaran ini telah digunakan saling berganti dengan
istilah gaya kognitif oleh ramai penulis. Walaupun begitu, terdapat perbezaan
jelas antara dua konsep ini.
Prosesor A. Lourdusamy di dalam Siri Syarahan Perlantikan Profesor
1995/Bil.3, Universiti Sains Malaysia, menyatakan bahawa gaya kognitif ialah
satu konsep unidimensi dwipolar (bipolar) yang setiap polar mempunyai nilai
positif dalam keadaan tertentu, manakala gaya pembelajaran ialah satu konsep
multidimensi yang kompleks, terhasil daripada saling bertindakan antara
beberapa pembolehubah.
Menurut Woolfolk (1998), gaya kognitif ialah cara individu membuat
persepsi dan menyusun maklumat mengenai persekitarannya sementara gaya
pembelajaran pula ialah pendekatan individu kepada cara belajar. Borish dan
Tombari (1997) menjelaskan bahawa gaya kognitif ialah cara individu
memproses dan berfikir mengenai perkara yang dipelajarinya sementara gaya
pembelajaran adalah keadaan persekitaran atau keadaan bilik darjah yang
digemari oleh individu untuk belajar.
Pelajar mula membentuk gaya-gaya pembelajaran di peringkat awal
kanak-kanak lagi. Selepas itu, mereka akan terus menggunakan gaya
pembelajaran tersebut. Ada di antara individu yang belajar melalui bacaan, ada
pula melalui pemerhatian, perbincangan ataupun perlakuan. Segolongan
individu belajar dengan lebih baik sekiranya dalam keadaan tertekan manakala
segolongan lagi belajar dengan berkesan dalam keadaan relaks dan tenang.
Ada yang selesa belajar dalam kumpulan, ada pula yang senang belajar

sendirian. Gaya pembelajaran yang diamalkan adalah sinambungan dari


personaliti individu tersebut.
Pada asasnya, terdapat tiga gaya pembelajaran iaitu visual, audio dan
kinestetik. Pelajar visual adalah golongan pelajar yang gemar belajar dengan
cara melihat carta-carta, graf, gambar rajah, benda, demonstrasi, sesuatu
tindakan atau lakonan. Pelajar ini juga gemar membaca pada dirinya sendiri,
menyelesaikan silang kata dan berupaya mencari objek-objek dengan cepat.
Pelajar audio gemar belajar dengan mendengar seperti mendengar
cerita, penerangan, syarahan, huraian oleh guru dan pelajar lain. Mereka juga
gemar berbual, memberi pendapat sendiri, bercerita dan menerangkan atau
menghuraikan sesuatu.
Pelajar kinestetik pula gemar belajar melalui cara menyentuh dan
merasa, membuat latihan, kerja amali, eksperimen, lakonan, simulasi atau
projek. Mereka suka bergerak ke sana ke mari dan ingin memanipulasikan
objek-objek supaya lebih memahaminya.
Sebagai seorang pendidik, kita harus faham bahawa setiap pelajar
mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza .Lantaran itulah tiada satu
kaedah

mengajar

yang

terbaik

untuk

semua

pelajar.

Guru

harus

mempelbagaikan kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran supaya


pelajar yang berbeza dalam gaya pembelajaran itu dapat belajar dengan
berkesan dan menguasai hasil pembelajaran.
Terdapat juga modal gaya pembelajaran yang disyorkan oleh tokohtokoh pendidik. Antaranya ialah Model Dunn dan Dunn dan Model sistem
4MAT.

Menurut Dunn (1981), gaya pembelajaran merujuk kepada cara


individu bertindak balas terhadap dunia di sekitarnya. Di dalam model gaya
pembelajaran Dunn dan Dunn yang dicipta oleh Dr. Rita Dunn dan Dr.
Kenneth Dunn (1978), gaya pembelajaran seseorang pelajar bergantung
kepada unsur-unsur yang disukainya di bawah lima stimulus yang ditunjukkan
dalam jadual 2.
Ciri
Suka belajar tanpa bising atau dengan bunyi latar
Bunyi
belakang seperti muzik
Suka belajar di tempat yang cerah atau di tempat yang
Cahaya
kurang cahaya
Suka belajar di tempat yang sejuk atau di tempat yang
Suhu
panas
Suka belajar di tempat formal yang ada kerusi dan
Pola
meja atau di tempat yang tidak formal seperti
berbaring atau duduk di lantai.
Stimulus
Unsur
Ciri
e. Emosi
Boleh meransang diri untuk belajar atau perlu
Motivasi
diransang oleh guru
Ketabahan
Boleh belajar dalam masa yang panjang atau pendek
Bertanggungjawab untuk belajar atau perlu bimbingan
Tanggungjawab
oleh guru.
Suka belajar mengikut jadual waktu atau suka belajar
Struktur
sekiranya lebih masa diberi untuk sesuatu mata
pelajaran atau perkara.
i. Sosiologi
Sendiri
Suka belajar dengan sendiri
Pasangan
Suka belajar secara pasangan
Rakan Sebaya Suka belajar bersama rakan sebaya
Pasukan
Suka belajar dalam pasukan
Guru
Suka belajar dengan guru di sebelahnya
Pelbagai cara Boleh belajar dengan mana cara tersebut di atas
o. Fizikal
Suka belajar dengan benda atau pengalaman maujud
Persepsi
atau dengan perkara abstrak
Makan
Suka atau tidak suka makan dan minum semasa belajar
Suka belajar sesuatu mata pelajaran pada waktu yang
Waktu
sesuai atau pada bila-bila masa.
Gerakan
Suka atau tidak suka bergerak semasa belajar
s. Psikologi
Pelajar global suka belajar secara menyeluruh, pelajar
Global atau
analitik suka belajar mengikut urutan dan membuat
analitik
sintesis
Otak kiri atau Pelajar yang lebih memproses maklumat di otak kiri
otak kanan
suka belajar bahagian-bahagian, bahasa, membuat
a.

Stimulus
Alam
sekitar

Unsur

Impulsif atau
reflektif

pengiraan dan analisis. Pelajar yang lebih memproses


maklumat di otak kanan suka belajar secara
keseluruhan, membuat sintesis, melukis, membuat
gerakan dan mencipta sesuatu
Pelajar yang impulsif bertindak secara spontan
manakala pelajar repflektif berfikir sebelum bertindak.

Jadual 2: Gaya Pembelajaran Model Dunn dan Dunn


Dr. Bernice McCarthy (1987), telah mencadangkan model gaya
pembelajaran iaitu model Sistem 4MAT. Model tersebut diringkaskan seperti
dalam jadual 1.
Jenis
1.Pelajar
2. Pelajar
3. Pelajar
4. Pelajar
pel.
Imaginatif
Analitik
Praktik
Dinamik
Ciri
Mencari
Mencari
Mencari
Mencari
makna dan
fakta yang
kegunaan
sesuatu yang
1. Matlamat sebab
menjelaskan maklumat
baru
mempelajari
konsep
maklumat
Menggunakan Berfikir
Menguji teori Cuba jaya
2. Cara
semua deria
tentang idea dan menakul dan
belajar
dan berkongsi
penemuan
idea
secara sendiri
Berinteraksi
Pendapat
Tahu
Mencipta atau
dengan orang pakar dan
bagaimana
mengaplikasi
lain dan
menganalisis sesuatu
maklumat itu
3. Suka
berkongsi
sesuatu
berfungsi
&
idea
maklumat
berinteraksi
dengan orang
lain
Inovasi dan
Membina
Mengaplikasi Tindakan dan
4. Kekuatan idea
konsep
idea yang
menyudahkan
praktikal
sesuatu
Mengapa?
Apa dia?
Bagaimana
Apakah boleh
5. Suka
teori atau
dicipta oleh
menyoal
maklumat itu saya?
dipraktikkan?
Gunakan
Terangkan
Beri latihan,
Beri projek,
benda atau
(guru atau
kuiz, kerja
tugasan atau
pengalaman
pelajar) dan amali,
masalah dan
6. Cara
maujud. Beri galakkan
eksperimen
galakkan
mengajar peluang untuk pelajar
untuk pelajar pelajar
perbincangan membuat
mencuba
berkongsi
dan lontaran
analisis
dengan
hasilnya.
idea.
maklumat.
sendiri.
Jadual 1: Gaya Pembelajaran Mengikut Sistem 4MAT
Model-model ini boleh dijadikan asas oleh para guru untuk
menganalisis pelajar mereka dan seterusnya merancang strategi atau kaedah

pembelajaran yang menghasilkan hasil pembelajaran yang maksimum. Dunn


dan Dunn (1974) telah menyatakan,
...that providing alternative for students who learn in different
ways is an excellent move towards obtaining increased
academic achievement.

Rujukan
Ee Ah Meng, Psikologi Dalam Bilik Darjah. Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd.,
Petaling Jaya, 1994.
http :/ www.geocities.com/ Profesor A Lourdusamy- Perbezaan Gaya Kognitif
Individu.htm
Pusat Perkembangan Kurikulum, Konsep dan Pelaksanaan Pembelajaran
Masteri dalam KBSR dan KBSM, Pusat Perkembangan Kurikulum,
Kementerian Pendidikan Malaysia, 1997.

13. PEMIKIRAN KRITIS DAN KREATIF


Sternberg menyatakan bahawa pemikiran terdiri daripada tiga jenis
pemikiran asas iaitu analitikal (kritis), kreatif dan praktikal. Pemikiran
analitikal atau lebih popular sebagai pemikiran kritis melibatkan proses
penganalisaan, pertimbangan, penilaian, perbandingan dan penjelasan, serta
pemeriksaan. Pemikiran kreatif pula melibatkan penciptaan, penemuan,
penghasilan produk,imaginasi serta cadangan. Pemikiran praktikal lebih
menjurus kepada praktis, penggunaan, imaginasi, aplikasi serta implementasi.
Kritis/ Analitik

Kreatif

Praktikal

Psikologi

Bandingkan
teori
Freud
dengan
teori
Crick mengenai
mimpi.

Reka
satu
eksperimen
untuk menguji
satu
teori
mengenai
mimpi.

Apakah
implikasiimplikasi teori
Freud mengenai
mimpi terhadap
hidup anda ?

Biologi

Buat penilaian
mengenai
kesahahihan
teori
bakteria
ulser.

Reka
satu
eksperimen
untuk menguji
teori
bakteria
ulser.

Bagaimanakah
teori
bakteria
ulser
dapat
mengubah cara
rawatan
konvensional
terhadapnya ?

Sastera

Dalam
cara
apakah
Catherine
Earnshaw dan
Daisy
Miller
adalah sama ?

Tulis
satu
penutup
alternatif untuk
Wuthering
Heights yang
menyatukan
Catherine dan
Heathcliff
dalam
kehidupan.

Mengapakan
pasangan
kekasih
kadangkala
kejam terhadap
satu sama lain
dan apa yang
boleh
kita
lakukan
mengenainya ?

Sejarah

Bagaimanakah
kadaan selepas
Perang Dunia 1
membawa
kepada
kemunculan
Nazism
di
Jerman ?

Bagaimanakah
kemungkinan
Truman dapat
menyebabkan
Jepun menyerah
kalah
tanpa
menggugurkan
bom atom ?

Apakah iktibar
yang
dapat
diambil
dari
Nazism
terhadap
kejadian yang
berlaku
di
Bosnia ?

Matematik

Bagaimanakah
bukti
matematikal ini
salah ?

Buktikan...
Bagaimana
kemungkinan
teori
bencana
boleh
diaplikasikan
kepada
psikologi ?

Bagaimanakah
trigonometri
diaplikasikan
dalam
pembinaan
jambatan ?

Seni

Bandingkan dan Lukis


jelaskan
pancaran
bagaimana
cahaya.
Rembrandt dan
Van
Gogh
menggunakan
cahaya dalam...

satu Bagaimanakah
kita
dapat
menghasilkan
semula
pencahayaan
yang
sama
seperti keadaan
lukisan ini, di
dalam
bilik
yang sebenar ?

Bibliografi
_________________________________________________________

Boon Pong Ying & Ragbir Kaur (1998). Psikologi II (Semester II).
Shah Alam : Penerbit Fajar bakti Sdn. Bhd.
Eggen, P.D. &

Kauchak D.P. (1989). Learning & Teaching :

Research-based Method. (3rd. Ed.) Needham Heights, MA :


Allyn & Bacon.

Lee Shok Mee (1997). Teori dan Aplikasi Psikologi dalam Pengajaran
dan Pembelajaran. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn.
Bhd.

Phillips, J.A. (1997). Pengajaran Kenahiran Berfikir : Teori dan


Amalan. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distribution
Sdn. Bhd.

Sternberg, R.J. & Spear-Swerling, L. (1996). Teaching for Thinking.


Washington , DC : American Psychological Association.

6. GAYA PEMBELAJARAN
Istilah gaya pembelajaran ini telah digunakan saling berganti dengan
istilah gaya kognitif oleh ramai penulis. Walaupun begitu, terdapat perbezaan
jelas antara dua konsep ini.
Prosesor A. Lourdusamy di dalam Siri Syarahan Perlantikan Profesor
1995/Bil.3, Universiti Sains Malaysia, menyatakan bahawa gaya kognitif ialah
satu konsep unidimensi dwipolar (bipolar) yang setiap polar mempunyai nilai
positif dalam keadaan tertentu, manakala gaya pembelajaran ialah satu konsep
multidimensi yang kompleks, terhasil daripada saling bertindakan antara
beberapa pembolehubah.
Menurut Woolfolk (1998), gaya kognitif ialah cara individu membuat
persepsi dan menyusun maklumat mengenai persekitarannya sementara gaya
pembelajaran pula ialah pendekatan individu kepada cara belajar. Borish dan
Tombari (1997) menjelaskan bahawa gaya kognitif ialah cara individu
memproses dan berfikir mengenai perkara yang dipelajarinya sementara gaya
pembelajaran adalah keadaan persekitaran atau keadaan bilik darjah yang
digemari oleh individu untuk belajar.
Pelajar mula membentuk gaya-gaya pembelajaran di peringkat awal
kanak-kanak lagi. Selepas itu, mereka akan terus menggunakan gaya
pembelajaran tersebut. Ada di antara individu yang belajar melalui bacaan, ada
pula melalui pemerhatian, perbincangan ataupun perlakuan. Segolongan
individu belajar dengan lebih baik sekiranya dalam keadaan tertekan manakala
segolongan lagi belajar dengan berkesan dalam keadaan relaks dan tenang.
Ada yang selesa belajar dalam kumpulan, ada pula yang senang belajar

sendirian. Gaya pembelajaran yang diamalkan adalah sinambungan dari


personaliti individu tersebut.
Pada asasnya, terdapat tiga gaya pembelajaran iaitu visual, audio dan
kinestetik. Pelajar visual adalah golongan pelajar yang gemar belajar dengan
cara melihat carta-carta, graf, gambar rajah, benda, demonstrasi, sesuatu
tindakan atau lakonan. Pelajar ini juga gemar membaca pada dirinya sendiri,
menyelesaikan silang kata dan berupaya mencari objek-objek dengan cepat.
Pelajar audio gemar belajar dengan mendengar seperti mendengar
cerita, penerangan, syarahan, huraian oleh guru dan pelajar lain. Mereka juga
gemar berbual, memberi pendapat sendiri, bercerita dan menerangkan atau
menghuraikan sesuatu.
Pelajar kinestetik pula gemar belajar melalui cara menyentuh dan
merasa, membuat latihan, kerja amali, eksperimen, lakonan, simulasi atau
projek. Mereka suka bergerak ke sana ke mari dan ingin memanipulasikan
objek-objek supaya lebih memahaminya.
Sebagai seorang pendidik, kita harus faham bahawa setiap pelajar
mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza .Lantaran itulah tiada satu
kaedah

mengajar

yang

terbaik

untuk

semua

pelajar.

Guru

harus

mempelbagaikan kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran supaya


pelajar yang berbeza dalam gaya pembelajaran itu dapat belajar dengan
berkesan dan menguasai hasil pembelajaran.
Terdapat juga modal gaya pembelajaran yang disyorkan oleh tokohtokoh pendidik. Antaranya ialah Model Dunn dan Dunn dan Model sistem
4MAT.

Menurut Dunn (1981), gaya pembelajaran merujuk kepada cara


individu bertindak balas terhadap dunia di sekitarnya. Di dalam model gaya
pembelajaran Dunn dan Dunn yang dicipta oleh Dr. Rita Dunn dan Dr.
Kenneth Dunn (1978), gaya pembelajaran seseorang pelajar bergantung
kepada unsur-unsur yang disukainya di bawah lima stimulus yang ditunjukkan
dalam jadual 2.

Stimulus
t. Alam

Unsur

Ciri
Suka belajar tanpa bising atau dengan bunyi latar

Bunyi
sekitar

belakang seperti muzik


Suka belajar di tempat yang cerah atau di tempat yang
Cahaya
kurang cahaya
Suka belajar di tempat yang sejuk atau di tempat yang
Suhu
panas
Suka belajar di tempat formal yang ada kerusi dan

Stimulus
x. Emosi

Pola

meja atau di tempat yang tidak formal seperti

Unsur

berbaring atau duduk di lantai.


Ciri
Boleh meransang diri untuk belajar atau perlu

Motivasi
Ketabahan

diransang oleh guru


Boleh belajar dalam masa yang panjang atau pendek
Bertanggungjawab untuk belajar atau perlu bimbingan

Tanggungjawab
oleh guru.
Suka belajar mengikut jadual waktu atau suka belajar
Struktur
bb. Sosiologi

hh. Fizikal

Sendiri
Pasangan
Rakan Sebaya
Pasukan
Guru
Pelbagai cara
Persepsi

sekiranya lebih masa diberi untuk sesuatu mata


pelajaran atau perkara.
Suka belajar dengan sendiri
Suka belajar secara pasangan
Suka belajar bersama rakan sebaya
Suka belajar dalam pasukan
Suka belajar dengan guru di sebelahnya
Boleh belajar dengan mana cara tersebut di atas
Suka belajar dengan benda atau pengalaman maujud

Makan

atau dengan perkara abstrak


Suka atau tidak suka makan dan minum semasa belajar
Suka belajar sesuatu mata pelajaran pada waktu yang

Waktu
Gerakan
ll.

Psikologi

sesuai atau pada bila-bila masa.


Suka atau tidak suka bergerak semasa belajar
Pelajar global suka belajar secara menyeluruh, pelajar

Global atau
analitik suka belajar mengikut urutan dan membuat
analitik
sintesis
Pelajar yang lebih memproses maklumat di otak kiri
suka belajar bahagian-bahagian, bahasa, membuat
Otak kiri atau
otak kanan

pengiraan dan analisis. Pelajar yang lebih memproses


maklumat di otak kanan suka belajar secara
keseluruhan, membuat sintesis, melukis, membuat

Impulsif atau
reflektif

gerakan dan mencipta sesuatu


Pelajar yang impulsif bertindak secara spontan
manakala pelajar repflektif berfikir sebelum bertindak.

Jadual 2: Gaya Pembelajaran Model Dunn dan Dunn

Dr. Bernice McCarthy (1987), telah mencadangkan model gaya


pembelajaran iaitu model Sistem 4MAT. Model tersebut diringkaskan seperti
dalam jadual 1.
Jenis
1.Pelajar

2. Pelajar

3. Pelajar

4. Pelajar

Imaginatif

Analitik

Praktik

Dinamik

pel.
Ciri
7. Matlamat Mencari

Mencari

Mencari

Mencari

makna dan

fakta yang

kegunaan

sesuatu yang

sebab

menjelaskan

maklumat

baru

mempelajari

konsep

maklumat

8. Cara
belajar

9. Suka

Menggunakan Berfikir

Menguji teori Cuba jaya

semua deria

dan menakul

tentang idea

dan

dan berkongsi

penemuan

idea
Berinteraksi

Pendapat

Tahu

secara sendiri
Mencipta atau

dengan orang

pakar dan

bagaimana

mengaplikasi

lain dan

menganalisis sesuatu

maklumat itu

berkongsi

sesuatu

&

idea

maklumat

berfungsi

berinteraksi
dengan orang

Inovasi dan
10. Kekuatan idea
Mengapa?

Membina

Mengaplikasi

lain
Tindakan dan

konsep

idea yang

menyudahkan

Apa dia?

praktikal
Bagaimana

sesuatu
Apakah boleh

teori atau

dicipta oleh

maklumat itu

saya?

11. Suka
menyoal
12. Cara
mengajar

Gunakan

Terangkan

dipraktikkan?
Beri latihan,
Beri projek,

benda atau

(guru atau

kuiz, kerja

tugasan atau

pengalaman

pelajar) dan

amali,

masalah dan

maujud. Beri

galakkan

eksperimen

galakkan

peluang untuk pelajar

untuk pelajar

pelajar

perbincangan

mencuba

berkongsi

membuat

dan lontaran

analisis

dengan

hasilnya.

idea.
maklumat.
sendiri.
Jadual 1: Gaya Pembelajaran Mengikut Sistem 4MAT

Model-model ini boleh dijadikan asas oleh para guru untuk


menganalisis pelajar mereka dan seterusnya merancang strategi atau kaedah
pembelajaran yang menghasilkan hasil pembelajaran yang maksimum. Dunn
dan Dunn (1974) telah menyatakan,

...that providing alternative for students who learn in different


ways is an excellent move towards obtaining increased
academic achievement.

Rujukan
Ee Ah Meng, Psikologi Dalam Bilik Darjah. Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd.,
Petaling Jaya, 1994.
http :/ www.geocities.com/ Profesor A Lourdusamy- Perbezaan Gaya Kognitif
Individu.htm
Pusat Perkembangan Kurikulum, Konsep dan Pelaksanaan Pembelajaran
Masteri dalam KBSR dan KBSM, Pusat Perkembangan Kurikulum,
Kementerian Pendidikan Malaysia, 1997.

1. PEDAGOGI
Pedagogi merupakan perkataan Yunani Pedagogue yang bermaksud
seorang tutor atau pendidik yang mempunyai bakat dan kebolehan untuk
melaksanakan tugas-tugas pengajaran yang berkesan, khasnya dalam bidang
perkembangan kanak-kanak atau bidang kognitif, psikologi dan afektif kanakkanak.
Menurut Concise Encyclopaedia Britannica, ditinjau dari sudut
tradisi, pedagogi merupakan suatu seni pengajaran yang melibatkan
penggunaan kaedah dan teknik mengajar.
Kamus A New English Dictionary menerangkan pedagogi sebagai
ilmu

pendidikan

atau

kaedah

mengajar.

Kamus

Dwibahasa

pula

menterjemahkan pedagogi sebagai ilmu pendidikan.


Pedagogi didefinisikan sebagai satu sesi pengajaran yang melibatkan
penggunaan kaedah atau teknik mengajar. Konsep pedagogi

berkembang

selari dengan perubahan masa dan disiplin pedagogi kini bercorak sainstifik
atas prinsip-prinsip dan kaedah-kaedah mengajar merangkumi proses
pengajaran yang optimum. Aliran pendidikan masa kini lebih menekankan
pedagogi berasaskan kemahiran berfikir dan pemusatan pembelajaran
(centered learning).
Bidang kajian pedagogi adalah luas. Kajian ini merangkumi segala
aspek yang berkaitan dengan P&P di bilik darjah, seperti pendekatan, kaedah,
teknik dan strategi P&P, organisasi sekolah dan bilik darjah, kurikulum dan
sukatan pelajaran, pengujian dan penilaian, pemulihan dan pengayaan dan
sebagainya.

Menurut Shulman (1988), seorang bakal guru harus dilatih menguasai domain
pengetahuan tentang subjek, pengetahuan konten pedagogi, pengetahuan
tentang kurikulum, pengetahuan tentang pelajar, pengetahuan tentang
matlamat pendidikan, dan pegetahuan tentang pedagogi am. Penguasaan
dalam bidang-bidang ini membolehkan seseorang guru menyampaikan P&P
dengan berkesan.
Seseorang

guru

yang

berkesan

semestinya

berkebolehan

menterjemahkan maklumat dan pengetahuan ke dalam bentuk yang mudah


difahami oleh pelajar. Keupayaan melakukan ini dinamakan sebagai
pengetahuan konten pedagogi. Cabaran besar kepada seorang guru adalah
untuk menyampaikan perkara-perkara abstrak supaya dapat difahami oleh
pelajarnya.
Di dalam kurikulum perguruan, pedagogi merupakan suatu bidang
pendidikan yang terpenting untuk dikaji dan dipelajari bukan sahaja oleh guru
pelatih di maktab perguruan malah bakal guru siswazah di universiti sebagai
persediaan diri sebelum bergelar guru sebenar. Malah setiap guru digalakkan
mengikuti perkembangan dan menguasai aliran pedagogi masa kini agar
proses P&P lebih efektif dan berkesan serta memenuhi matlamat pendidikan
semasa.

Rujukan
Mok Soon Sang, Pedagogi 1. Kurikulum Dan Pengurusan Bilik Darjah,
Kumpulan Budiman Sdn. Bhd., Kuala Lumpur, 1997.
Noor Shah Saad, Teori dan Perkaedahan Pendidikan Matematik, Prentice
Hall, Petaling Jaya, 2001.

12. PENGURUSAN BILIK DARJAH


Pengurusan bilik darjah bermaksud strategi-strategi yang dijalankan
guru bertujuan mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan. Ini termasuklah usaha guru mendisiplin pelajar agar proses P&P
tidak terganggu.
Menurut Waber.W.A. (1999), pengurusan bilik darjah ialah semua
aktiviti yang dilaksanakan oleh guru untuk membentuk dan mewujudkan
suasana bilik darjah yang membantu keberkesanan dan kecekapan pengajaran.
Menurut Davis. G. (1983), personaliti guru, gaya pengajaran guru dan
amalan pengurusannya mencorakkan suasana bilik darjah. Suasana bilik
darjah mempengaruhi pencapaian pelajar, tahap kepuasan dalam bilik darjah
dan perasaan pelajar terhadap guru.
Kounin (1970) mendapati, kunci kepada pengurusan bilik darjah
berkesan ialah kebolehan guru menyedia dan melaksanakan pengajaran yang
menarik minat pelajar, tidak membosankan dan tidak memberi peluang kepada
pelajar melakukan salah laku.
Pengurusan bilik darjah yang berkesan adalah prasyarat pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan. Ia melibatkan kebolehan dan keupayaan guru
merancang dan melaksanakan strategi pengajaran dan pembelajaran terhadap
pelajarnya, mengekalkan minat dan keinginan pelajar untuk meneroka
pembelajaran yang diharapkan, mengawal tingkah laku pelajar supaya tidak
berlaku gangguan semasa proses P&P dan mewujudkan suasana kondusif yang
menggalakkan pindahan pembelajaran positif berlaku.
Guru bertanggungjawab memastikan pengurusan bilik darjah adalah
berkesan. Lantaran, sikap guru jelas mencorakkan pengurusan bilik darjah.

Untuk membantu pengurusan bilik darjah yang positif, guru perlu


menunjukkan sikap dan tingkah laku yang baik kepada rakan guru, ibu bapa
dan pelajar.
Ini akan meninggalkan kesan hormat pelajar kepada guru. Guru juga
perlu menggunakan kuasa secara adil dalam menguruskan bilik darjah
termasuk memberi ganjaran dan hukuman kepada pelajar. Guru perlu
menghulurkan bantuan dan sokongan bila diperlukan oleh pelajarnya serta
menggalakkan kerjasama yang padu di kalangan pelajar. Untuk menjadikan
bilik darjah tempat yang kondusif untuk pembelajaran guru harus mencari
jalan membuat pelajar berasa dirinya disukai, diterima, terlibat, dihargai dan
selamat. Robiah Sidin dalam bukunya Classroom Management (1993), telah
menekankan aspek komunikasi guru mampu mencorakkan pengurusan bilik
darjah.
Terdapat empat peringkat proses pengurusan bilik darjah yang sentiasa
berkitar iaitu menentukan suasana bilik darjah yang diingini, menganalisis
suasana bilik darjah yang sedia ada, memilih dan menggunakan strategistrategi pengurusan dan menilai keberkesanan pengurusan. Proses pengurusan
bilik darjah ini diilustrasikan seperti rajah di bawah:

1.
Tentukan
suasana bilik
darjah yang
diingini

4.
Menilai
keberkesanan
pengurusan

3.
Pilih dan guna
strategi pengurusan

2.
Menganalisis
Terdapat empat model pengurusan bilik darjah yang utama yang boleh
suasana bilik darjah
yang sedia ada
diaplikasikan di dalam bilik darjah untuk membentuk suasana P&P yang

kondusif iaitu Model Asertif, Model Disiplin Tanpa Paksaan, Model


Modifikasi Tingkah Laku dan Model Disiplin Positif Bilik Darjah.
Dalam merealisasikan pengurusan bilik darjah yang positif, guru perlu
menggalakkan pelajarnya mengambil bahagian dan turut berperanan. Setiap
pelajar harus diberitahu tugas dan tanggungjawab mereka serta peranan
mereka melalui etika bilik darjah yang mereka rangkakan bersama-sama. Ini
akan menjadikan pelajar lebih bertanggung jawab dan bekerjasama
merealisasikan hasrat yang dipadu bersama. Guru pula harus lebih peka
mengenali pelajarnya supaya setiap perubahan pelajar sama ada positif atau
negatif dapat ditangani dengan bijak dan profesional.

Rujukan
Louis Cohen dan Lawrence Manion, (Terjemahan: Mohd. Noh Bidin),
Panduan Latihan Mengajar Edisi Kedua, DBP, Kuala Lumpur, 1989.
Mok Soon Sang, Pedagogi 1.Kurikulum Dan Pengurusan Bilik Darjah,
Kumpulan Budiman Sdn. Bhd., Kuala Lumpur, 1997.
Razmah Man, Pengurusan Bilik Darjah, Nota Kuliah Pedagogi Pendidikan,
UPSI, 2001.
Zuria Mahmud dan Salleh Amat, Model Interaksi Teraputik: Aplikasi Dalam
Bilik Darjah, Pendidikan Guru Alaf Baru, Fakulti Pendidikan, UKM,
Bangi, 2000.

2. PENILAIAN
Lumrah manusia memang suka menilai, namun rata-rata masih kurang
pasti erti penilaian dengan menganggap ia adalah penutup sesuatu urutan.
Penilaian adalah salah satu unsur yang wujud dalam kitaran yang berterusan.
Di dalam buku Educational Evaluation and Disicion Making yang
disunting oleh Dr. Stufflebean, penilaian ditakrifkan sebagai proses
menentukan, mendapatkan dan memberikan maklumat yang berguna untuk
membuat pertimbangan mengenai tindakan selanjutnya.
Dalam konteks pendidikan, penilaian ialah suatu sistem atau proses
yang meliputi aktiviti-aktiviti mengumpul maklumat tentang strategi dan
aktiviti pengajaran dan pembelajaran, untuk membuat analisis dan keputusan
dengan tujuan mengambil tindakan yang sewajarnya seperti merancang
aktiviti pengajaran dan pembelajaran selanjutnya dengan cara yang lebih
berkesan.
Penilaian dalam sistem pendidikan seharusnya menyeluruh. Ia
merangkumi kesediaan, perkembangan dan aptitut pelajar agar dapat
membantu dalam merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang
menekankan kepada melahirkan insan yang seimbang dan menyeluruh.
Penilaian yang berkualiti, esah, tekal, keobjektifan, kebolehtadbiran,
kemudahtafsiran, anjal dan mesra membantu dalam memberi maklumat
tentang gaya pembelajaran dan kemampuan pelajar.
Tujuan Penilaian:
1. Mengumpul maklumat tentang pencapaian pelajar berasaskan
kesediaan belajar. Ini kerana,

setiap individu mempunyai

kesediaan pembelajaran yang berbeza-beza. Pengalaman dan latar

belakang pelajar mempengaruhi faktor kesediaan mereka untuk


menerima pembelajaran. Oleh itu, penilaian tahap kesediaan
belajar perlu diadakan untuk dijadikan aras peringkat permulaan
proses pembelajaran hendak dilakukan.
2. Penilaian dijalankan untuk mengukur sejauh mana objektif
pembelajaran yang ditetapkan dapat dicapai. Penetapan objektif
pembelajaran perlulah realistik agar pelajar lemah tidak terus rasa
ketinggalan dan pelajar cemerlang tetap merasai cabaran dan
keseronokkan.
3. Penilaian bertujuan mengenalpasti pelajar cemerlang, sederhana
dan lemah. Seterusnya, menganalisa hasil-hasil yang sudah dan
belum dikuasai oleh pelajar. Klasifikasi ini perlu untuk merancang
strategi pembelajaran seterusnya samada diberi pengayaan,
pemulihan atau pengulangan.
4. Penilaian menjadi suatu proses untuk mengetahui sejauh mana
pengalaman pembelajaran yang telah dibentuk dan disusun dapat
menghasilkan jangkaan yang diharapkan. Lantaran penilaian dapat
menentukan kekuatan dan kelemahan rancangan yang telah
diusahakan, keberkesanan kaedah, aktiviti dan strategi yang
digunakan oleh guru untuk melaksanakan pembelajaran. Melalui
penilaian ini, guru dapat mengenalpasti bahagian manakah yang
berkesan dan memerlukan pengubahsuaian untuk melaksanakan
pembelajaran yang seterusnya.
5. Penilaian dapat mengdiagnosiskan punca dan sebab-sebab pelajar
lemah sesuatu pembelajaran. Kemungkinan pelajar menerima

tafsiran yang menyimpang daripada jangkaan pembelajaran, salah


konsep atau kecuaian. Fenomena ini perlu diperbetulkan agar ia
tidak menjadi virus yang mengganggu aliran kefahaman kemahiran
pembelajaran akan datang.

Terdapat dua jenis penilaian yang sering diaplikasikan dalam sistem


pendidikan kita iaitu penilaian formatif dan penilaian sumatif. Penilaian
formatif adalah penilaian berterusan yang dilakukan semasa pengajaran dan
pembelajaran seperti soalan lisan, latihan harian, pemerhatian tingkah laku,
ujian mingguan atau ujian bulanan. Penilaian sumatif adalah penilaian secara
formal yang dilakukan dengan memberi ujian atau peperiksaan dalam satu
tempoh masa yang ditetapkan seperti peperiksaan akhir tahun, PMR, SPM dan
STPM. Penilaian sumatif boleh berbentuk lisan, bertulis, amali atau projek.
Penilaian diakui penting dalam sistem pendidikan sehinggakan
berlakunya kecurian soalan SPM 2001 di Kelantan. Ini berlaku kerana,
masyarakat rata-rata menganggap peperiksaan-peperiksaaan penting ini
mengklasifikasikan pelajar berjaya dan gagal. Jika berjaya, maka pelajar
tersebut dianggap berjaya di dalam hidup, manakala jika gagal, musnahlah
masa depannya. Tanggapan beginilah yang perlu diubah, kerana dalam
penilaian tetap berlaku kekangan-kekangan yang tidak dapat dielakkan seperti
keputusan diluar jangkaan. Mungkin fenomena ini berlaku kerana sistem
penilaian pendidikan kita yang cenderung kepada Paper Chase. Walau
bagaimanapun, keadaan ini akan berubah sekiranya pelajar, guru dan
masyarakat bekerjasama membentuk satu kurikulum yang menyeluruh bentuk
penilaiannya.

Rujukan
Mak Soon Sang, Pedagogi 3: Pengujian Dan Penilaian, Pemulihan,
Pengayaan Dan Pendidikan Inklusif, Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.,
Kuala Lumpur, 1997.
Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Konsep
Dan Perlaksanaan Pembelajaran Masteri Dalam KBSR dan KBSM,
Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur, 1997.
Ruslin Amir, Nor Kefli Sulong dan Jamaludin Badusah, Sekolah Bestari:
Kepentingan penyesuaian Sumber Multimedia dan Internat Dalam
Pengajaran Dan Pembelajaran, Pendidikan Guru Alaf Baru, Fakulti
Pendidikan, UKM, Bangi, 2000.

10. TEORI PELBAGAI KECERDASAN


Menurut Howard Gardner, seorang profesor pendidikan progersif di
University Harvard, USA,
Inteligence is the ability to solve problems, find or create new
problems and then approprite create products of value within
acultural context.
Oleh itu, kecerdasan boleh ditakrifkan sebagai kebolehan atau keupayaan
untuk menyelesaikan masalah, mencari atau membentuk masalah yang baru
dan jika bersesuaian, menghasilkan produk-produk yang bernilai dalam
lingkungan konteks bidangnya.
Menurut Gardner lagi, kecerdasan bukan secara semulajadi atau
dipupuk. Ianya mempunyai kaitan dengan faktor-faktor keturunan dan alam
sekitar yang mana tidak dengan sendirinya menghasilkan kecerdasan tetapi
interaksi antara kedua-duanya mampu menghasilkan kecerdasan. Sebagai
contoh, katakan sepasang kembar seiras yang lahir daripada telur dan sperma
yang sama serta yang mempunyai gen-gen yang 100% sama. Kembar itu
berpisah dan hidup di tempat yang berlainan. Dalam ujian kecerdasan, mereka
tidak mendapat skor yang sama kerana mungkin faktor alam sekitar.
Sebaliknya, jika terdapat dua individu yang berbeza iaitu mempunyai
ibubapa yang berbeza dan hanya mempunyai sedikit persamaan bagi gengennya. Mereka hidup dalam suasana persekitaran yang serba serbinya sama.
Namun, dalam ujian kecerdasan, mereka tidak mendapat skor yang sama.
Perbezaan ini disebabkan faktor gen. Jadi kedua-dua faktor alam sekitar dan
gen mempengaruhi kecerdasan. Gardner mengemukakan teori yang agak

kontroversial iaitu Teori Pelbagai Kecerdasan (Multiple Intellegence Theory).


Proposisi utama dalam teorinya ialah:
There is not one, or two ways to be smart. There are many ways
to be smart. These are multiple intellegence

Teori Pelbagai Kecerdasan membahagikan kecerdasan kepada 8 jenis iaitu:


1. Kecerdasan verbal/linguistik
Berkemahiran dan berminat dalam pembacaan, penulisan dan
percakapan seperti perbincangan, dan deklamasi sajak.
2. Kecerdasan logikal/matematikal
Berkemahiran dalam matematik, mencari hubungan logikal sebab
akibat, membentuk corak dan pola dan sebagainya.
3. Kecerdasan visual/spatial
Cenderung kepada gambar-gambar, ukiran-ukiran, penyusunan
objek serta pelayaran melalui ruang, gemar menconteng, mereka
bentuk dan melukis.
4. Kecerdasan muzikal/rythmik
Cenderung mendengar dan membentuk muzik termasuk mahir
bermain alat-alat muzik, menyanyi dengan suara yang merdu,
mengubah melodi dan lirik.
5. Kecerdasan bodily/kinestitik
Gemarkan aktiviti fizikal, berfikir mengenai pergerakan dan gestur.
6. Kecerdasan naturalistik
Gemar menkaji, mengambil berat, membuat analisa berkaitan flora
dan fauna serta keadaan alam sekitar.

7. Kecerdasan interpersonal
Berkemahiran dalam komunikasi, mudah berinteraksi dengan
orang lain, sentiasa mengambil berat tentang orang lain,
menunjukkan ciri-ciri kepimpinan.
8. Kecerdasan intrapersonal
Gemar berfikir tentang perasaan dalaman, gemar bersendirian,
membuat refleksi dan memotivasikan diri sendiri.

Gardner mendakwa, setiap manusia yang normal mempunyai kesemua


8 jenis kecerdasan tersebut, tetapi dalam darjah yang berbeza-beza. Mungkin
satu atau dua kecerdasan yang domain terhadap seseorang individu yang boleh
diasah dan dikembangkan tanpa cantasan kecerdasan yang lain.
Mengikut Teori Pelbagai Kecerdasan, jika ada pelbagai cara untuk
menjadi bijak dan pintar, maka mesti ada pelbagai cara untuk seseorang guru
itu mengajar. Bila pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran digunakan,
maka lebih ramai pelajar akan dapat menikmati hasil daripada strategi-strategi
pengajaran itu. Oleh itu, seorang pendidik sewajarnya mengajar bersesuaian
dengan kecerdasan domain yang ada pada pelajar berkenaan di samping
mengembangkan lagi kecerdasan lain.
Gardner (1993) telah mengemukakan 3 visi atau wawasan bagi
pendidikan di sekolah iaitu padanan (matching), memperkembang (stretching)
dan meraikan (celebrating).

1. Padanan (Matching)

Padanan

(Matching)

mempunyai

matlamat

supaya

dapat

memaksimumkan kejayaan akademik. Kaedah yang digunakan


adalah dengan memadankan atau menyesuaikan dengan strategi
pengajaran dengan kecerdasan pelajar. Jika visi ini direalisasikan
maka cara pengajaran pembelajaran di sekolah akan berubah dan
kita mampu menghapuskan atau mengurangkan kes-kes kegagalan
di sekolah.
2. Memperkembangkan (stretching)
Stretching

mempunyai

matlamat

untuk

memaksimumkan

perkembangan semua jenis kecerdasan melalui kaedah-kaedah atau


strategi pengajaran pembelajaran dan kurikulum yang dapat
mengambangkan atau stretch semua jenis kecerdasan bagi semua
pelajar. Jika visi ini dilaksanakan, kurikulum di sekolah harus turut
berubah. Hasilnya setiap pelajar akan lebih cerdas dalam semua
perkara.
3. Meraikan (Celebrating)
Meraikan mempunyai matlamat supaya pelajar-pelajar dapat
memahami dan meraikan keunikan yang ada pada diri sendiri dan
orang lain. Pelajar-pelajar dibimbing untuk menemukan kecerdasan
domain dalam dirinya dan menerima keunikan dirinya. Jika visi ini
direalisasikan,

maka

pelajar-pelajar

akan

lebih

bersedia

menghadapi dunia sebenar di mana kepelbagaian adalah perkara


biasa dalam kehidupan seharian kita.

Setiap strategi pengajaran pembelajaran adalah berguna untuk


mencapai

objektif

pendidikan

tertentu.

Jika

seseorang

guru

hanya

menggunakan hanya satu strategi pengajaran pembelajaran ianya tidak akan


dapat mencapai objektif pendidikan mahupun untuk memadan, mengembang
dan meraikan semua kecerdasan pelajar-pelajar. Setiap kecerdasan tersebut
tidaklah diajar secara berasingan tetapi dikembangkan secara penyerapan
semasa pengajaran pembelajaran. Menurut Haward Gardner (1993):
The more ways we teach, the more students we reach and the
more intelligences we develop
Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat melahirkan
generasi yang seimbang dan berpotensi, Sistem Kurikulum Pendidikan kita
turut mengalami pelbagai perubahan. Jika dulu teori ini seolah-olah diabaikan,
kini ia disuburkan dengan penubuhan sekolah-sekolah vokasional pelbagai
bidang, sekolah-sekolah sukan dan yang terbaru Sijil Terbuka SPM yang mana
menggalakkan pelajar memilih bidang mengikut kecerdasan dominan mereka.
Sekali lagi peranan guru perlu dalam membimbing serta mengalakkan pelajar
agar berjaya dalam bidang yang diceburi. Adalah diharapkan generasi ini akan
mempelbagaikan profesion dan guna tenaga di masa akan datang di mana
tuntutannya adalah Fardu Kifayah.
Rujukan
Pusat Perkembangan Kurikulum, Konsep dan Pelaksanaan Pembelajaran
Masteri dalam KBSR dan KBSM, Pusat Perkembangan Kurikulum,
Kementerian Pendidikan Malaysia, 1997.

15. PEMBELAJARAN PENGUASAAN


Pembelajaran penguasaan atau masteri adalah satu pendekatan
pengajaran dan pembelajaran supaya pelajar dapat menguasai apa yang diajar.
Menurut John B. Carroll (1963), aptitud pelajar adalah sama dengan kadar
pembelajaran pelajar. Menurut beliau lagi, semua kanak-kanak mempunyai
potensi untuk belajar dengan baik. Yang membezakan mereka ialah masa yang
mereka perlukan untuk belajar.
Sesetengah kanak-kanak belajar dengan cepat, sedangkan yang lain
memerlukan masa yang lebih lama. Carroll percaya jika setiap kanak-kanak
diberikan cukup masa untuk belajar sehingga mencapai suatu aras kriteria
yang ditetapkan, dan jika kanak-kanak tersebut menggunakan masa itu dengan
cara yang sesuai, kanak-kanak tersebut boleh mencapai aras pencapaian yang
ditentukan.
B.S. Bloom sangat berminat dan bersetuju dengan model Carroll.
Bloom telah mengkaji pengajaran individu dan pengajaran bertutor (1 guru 1
pelajar). Beliau juga mengkaji aktiviti dan strategi pelajar-pelajar yang berjaya
untuk mengetahui apa yang membezakan mereka daripada pelajar yang
kurang berjaya. Menurut Bloom (1998), di dalam Woolfolk, pembelajaran
penguasaan berasaskan andaian bahawa pelajar boleh menguasai objektif
pembelajaran yang ditetapkan sekiranya diberi arahan yang jelas dan masa
yang mencukupi. Menurut beliau lagi, terdapat dua eleman penting dalam
pembelajaran penguasaan iaitu;
1. maklum balas, pembetulan dan proses pengayaan
2. kesesuaian
pengajaran.

dan

keselarasan

antara

komponen-komponen

Dalam proses pembelajaran penguasaan, guru harus memastikan


semua pelajar dapat menguasai perkara-perkara yang diajar dalam satu unit
pembelajaran atau tajuk sebelum berubah ke unit pembelajaran atau tajuk yang
lain. Sasaran pencapaian dalam pembelajaran penguasaan ialah semua pelajar
harus mendapat sekurang-kurangnya markah 80%. Guru boleh memulakan
sasaran pencapaian sebanyak 50% pada permulaannya, kemudian harus
dinaikkan beransur-ansur kepada markah 80%.
Rajah di bawah meringkaskan proses pembelajaran penguasaan.
UNIT PEMBELAJARAN 1

Penentuan Hasil Pembelajaran

Pengajaran dan Pembelajaran

Penilaian

Aktiviti
Pengayaan

Ya

Sudahkah
pelajar
menguasai?

Tidak

Aktiviti
Pemulihan

Ya
UNIT PEMBELAJARAN 2

Sumber: Ahmad Hozi bin H.A. Rahman, 1996


Tiada satu kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang
terbaik untuk pembelajaran penguasaan kerana kebolehan dan gaya
pembelajaran setiap pelajar adalah berbeza antara satu sama lain. Kaedah atau
aktiviti pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih berkesan sekiranya
guru;

1. menggunakan aktiviti yang berpusatkan pelajar, menarik dan


menyeronokkan. Guru juga boleh menggunakan kaedah pengajaran
koperatif dengan memberi tugasan, projek atau masalah untuk
pelajar belajar secara pasangan, kumpulan atau kelas.
2. menggunakan pelbagai bahan bantu mengajar yang sesuai dan
menarik.
3. mengambil kira tahap kebolehan dan gaya pembelajaran pelajar
untuk memahami dan menghayati sesuatu perkara.
4. menjalankan penilaian formatif untuk menentukan sama ada
mereka sudah menguasai perkara yang telah diajar
5. menjalankan aktiviti pemulihan dan pengayaan

Dalam pembelajaran penguasaan, guru berperanan sebagai pemimpin,


pengajar dan fasilitator pembelajaran. Guru perlu bijak menentukan hasil
pembelajaran yang akan dicapai oleh pelajarnya. Hasil pembelajaran tersebut
perlulah realistik agar pelajar terus bermotivasi untuk belajar. Kemudian, guru
perlu mengubahsuai kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang
sesuai, selaras dengan kebolehan dan gaya pembelajaran pelajar.
Guru perlu melatih pelajar dalam kemahiran belajar dan kemahiran
berfikir supaya mereka mendapat menjadi pelajar yang berdikari di samping
menerapkan nilai-nilai murni agar mereka menjadi pelajar yang seimbang dari
segi JERI. Ujian diagnostik dilaksanakan untuk mengenal pasti pelajar yang
belum dan sudah menguasai apa yang telah diajarkan. Pelajar yang belum
menguasai hasil pembelajaran akan diberi pemulihan manakala pelajar yang

sudah menguasai akan menjalankan aktiviti pengayaan. Prestasi pelajar


kemudiannya dinilai melalui ujian sumatif.
Dalam pembelajaran penguasaan, pelajar berperanan sebagai seorang
yang berdikari dan boleh meransang diri untuk belajar serta menguasai apa
yang diajarkan. Pelajar harus tahu apakah hasil pembalajaran yang harus
dikuasai. Mereka harus betul-betul memahami dan menguasai apa yang
diajarkan. Sekiranya pelajar tidak memahami sesuatu perkara yang diajarkan,
mereka perlu memberitahu dan bertanya guru tentang perkara yang tidak
difahami atau dikuasainya itu. Pelajar perlu balajar dengan tekun, tabah,
bermotivasi dan mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi serta berdaya usaha
untuk mendapatkan ilmu. Pelajar juga perlu berdisiplin dalam menjalankan
aktiviti yang dirancangkan untuknya sama ada aktiviti pemulihan atau
pengayaan.
Dalam melaksanakan pembelajaran penguasaan, guru mungkin
menghadapi pelbagai masalah dan tiada penyelesaian yang tepat yang dapat
diberi untuk menyelesaikan masalah tersebut. Guru perlu bijak menangani
situasi agar proses pembelajaran berjalan lancar dan pelajar dapat
mengekalkan minat untuk belajar. Kejayaan pembelajaran penguasaan juga
bergantung kepada kebijaksanaan guru menguruskan bilik darjah. Suasana
bilik darjah yang kondusif akan meransang proses pembelajaran.

Rujukan
Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Konsep
Dan Perlaksanaan Pembelajaran Masteri Dalam KBSR dan KBSM,
Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur, 1997.