Anda di halaman 1dari 2

Laporan semasa

Pada 6 Mei 2015, kami telah mengikuti aktiviti kayak dan water confidence di
Pusat Latihan Khidmat Negara, Kem Bina Semangat yang terletak di Kuala Kubu
Bharu, Ampang Pecah, Selangor. Aktiviti ini bertujuan untuk membina daya tahan
mental dan fizikal di kalangan peserta terhadap keyakinan kepada air sebagai bekalan
menghadapi masalah dan cabaran yang mendatang. Kami dikehendaki untuk
berkumpul di hadapan Blok Harmoni, IPG Ilmu Khas pada pukul 7.30 pagi untuk
bersama-sama menaiki kenderaan van ke tempat kejadian. Pada pukul 8.00 pagi, kami
dijangka akan bertolak ke Kem Bina Semangat untuk menjalani aktiviti yang dirancang.
Namun, terdapat beberapa orang pensyarah yang tiba lewat daripada masa yang
dijanjikan menyebabkan kami lambat bertolak ke tempat tersebut. Seramai empat orang
pensyarah mengiringi kami untuk menjalani aktiviti kayak dan water confidence.
Mereka ialah Encik Amir Hamzah Bin Aman, Encik Baharuddin Bin Kamaluddin, Puan
Mazana Binti Che Wil dan Puan Salmawati Binti Mohd Diah.
Setibanya di tempat kejadian, kami disambut oleh dua orang pelatih di kem
tersebut. Kami dijemput untuk menjamah sarapan pagi di kafetaria Kem Bina Semangat
sebelum memulakan aktiviti kayak dan water confidence. Selepas sarapan pagi, kami
diminta untuk berkumpul berdekatan dengan stor alatan kayak. Di situ kami
mengeluarkan beberapa buah kayak, bot dan pedal sebagai persediaan untuk aktiviti
kayak di tasik kem berkenaan. Kami juga dikehendaki untuk memakai jaket
keselamatan sebagai langkah berjaga-jaga semasa menjalani aktiviti tersebut. Caracara untuk memakai jaket keselamatan dengan betul turut diterangkan kepada kami.
Seterusnya kami diberi taklimat mengenai alatan kayak dan kegunaannya. Pelatih di
kem tersebut juga menerangkan mengenai cara-cara untuk berkayak dan mendayung
dengan betul.
Kami menuju ke Tasik Darul Quran dengan membawa kayak masing-masing
untuk aktiviti seterusnya. Kemudian, kami bersama pasangan masing-masing berkayak
ke seberang tasik dan di sana kami di ajar mengenai water confidence termasuk asasasas berenang. Aktiviti yang melibatkan kemahiran berenang ini diadakan secara
individu dan berkumpulan. Kami diajar untuk terapung di atas permukaan air dengan

memakai jaket keselamatan. Kami diminta untuk bertenang dan membaringkan badan
ke dalam air terlebih dahulu. Selepas itu, kami diajar gaya untuk berenang iaitu gaya
melentang ke belakang. Kemudian, kami diarah supaya meniarap dan membentuk
bulatan besar dalam kumpulan. Kami juga dipecahkan kepada individu dan dibiarkan
untuk berenang ke daratan.
Setelah selesai aktiviti water confidence,

Anda mungkin juga menyukai