Anda di halaman 1dari 59

PA 2053 : PEDAGOGI

GLOSARI

GANJARAN
Ganjaran adalah insentif yang akan mendorong tingkah laku yang
diingini berlaku lagi. Ganjaran diberikan kepada pelajar untuk membina
tingkah laku yang positif sebagaimana yang diharapkan. Contohnya, pelajar
yang dapat menjawab soalan guru diberikan pujian bagus. Ganjaran yang
diberikan boleh digolongkan dalam tiga kategori iaitu ganjaran nyata,
ganjaran sosial dan ganjaran dalam bentuk aktiviti.
Ganjaran nyata diberikan dalam bentuk maujud seperti pemberian
hadiah. Ganjaran sosial berbentuk pujian secara lisan, kata-kata galakan,
berdampingan, senyuman dan sebagainya. Manakala ganjaran berbentuk
aktiviti memungkinkan pelajar diberi kebebasan memilih sendiri aktiviti yang
berfaedah selepas menyempurnakan tugas lebih cepat daripada rakan pelajar
lain.
Kadang kala guru tidak sedar telah memberikan ganjaran untuk
tingkah laku yang tidak diingini seperti memberi peluang sebagai ganjaran
kepada pelajar yang menjerit untuk mendapat kesempatan menjawab soalan
guru. Ganjaran hendaklah diberi sebaik sahaja selepas tingkah laku yang
diingini berlaku.
Elakkan memberi ganjaran dalam bentuk yang tidak memberi faedah
kepada pelajar. Ganjaran yang diberikan hendaklah sesuai mengikut minat dan
kematangan pelajar. Bentuk ganjaran hendaklah dipelbagaikan supaya harapan
pelajar menerima ganjaran dapat diteruskan dan minatnya berkekalan.
Ganjaran hendaklah diberikan secara adil supaya semua pelajar berpeluang
untuk menikmatinya.
Kekerapan memberikan ganjaran haruslah sesuai supaya pelajar tidak
menganggap ganjaran yang diberikan guru adalah satu perkara biasa dan tiada
nilai. Sebaik-baiknya, guru dapat memperkenalkan ganjaran berkala atau
berjadual tidak tetap, iaitu tidak mengikut nisbah atau masa terutamanya
dalam memberikan ganjaran nyata.
Ganjaran akan membina tingkah laku yang positif dalam pembelajaran
dan dapat memupuk konsep kendiri yang positif di kalangan pelajar. Pelajar
lemah yang berjaya melaksanakan tugasan searas dengannya diberi ganjaran

UPSI/SEM.6/AT14/991-03881/BA

PA 2053 : PEDAGOGI
GLOSARI

sesuai akan merasakan usaha mereka diiktiraf dan akan berusaha lagi untuk
pengiktirafan seterusnya. Walau bagaimanapun, penyalahgunaan ganjaran
boleh membawa kesan negatif dalam pembelajaran. Pelajar mungkin lebih
mementingkan tujuan untuk mendapatkan ganjaran dan bukan menghayati
pembelajaran yang sebenar. Mereka akan menggunakan apa sahaja cara untuk
mendapatkan ganjaran. Lantaran, guru harus peka untuk membendung dan
mengawal situasi sebegini supaya tidak berlaku kerana ini akan menjejaskan
konsep pembelajaran yang sebenar.

Rujukan
Mok Soon Sang, Pedagogi 1. Kurikulum Dan Pengurusan Bilik Darjah,
Kumpulan Budiman Sdn. Bhd., Kuala Lumpur, 1997.
Sharifah Alwiyah Alsagoff, Psikologi Pendidikan II. Psikologi Pembelajaran
dan Kognitif, Bimbingan dan Kaunseling, Longman Malaysia Sdn. Bhd.,
Kuala Lumpur, 1987.

UPSI/SEM.6/AT14/991-03881/BA

PA 2053 : PEDAGOGI
GLOSARI

GAYA PEMBELAJARAN
Istilah gaya pembelajaran ini telah digunakan saling berganti dengan
istilah gaya kognitif oleh ramai penulis. Walaupun begitu, terdapat perbezaan
jelas antara dua konsep ini.
Prosesor A. Lourdusamy di dalam Siri Syarahan Perlantikan Profesor
1995/Bil.3, Universiti Sains Malaysia, menyatakan bahawa gaya kognitif ialah
satu konsep unidimensi dwipolar (bipolar) yang setiap polar mempunyai nilai
positif dalam keadaan tertentu, manakala gaya pembelajaran ialah satu konsep
multidimensi yang kompleks, terhasil daripada saling bertindakan antara
beberapa pembolehubah.
Menurut Woolfolk (1998), gaya kognitif ialah cara individu membuat
persepsi dan menyusun maklumat mengenai persekitarannya sementara gaya
pembelajaran pula ialah pendekatan individu kepada cara belajar. Borish dan
Tombari (1997) menjelaskan bahawa gaya kognitif ialah cara individu
memproses dan berfikir mengenai perkara yang dipelajarinya sementara gaya
pembelajaran adalah keadaan persekitaran atau keadaan bilik darjah yang
digemari oleh individu untuk belajar.
Pelajar mula membentuk gaya-gaya pembelajaran di peringkat awal
kanak-kanak lagi. Selepas itu, mereka akan terus menggunakan gaya
pembelajaran tersebut. Ada di antara individu yang belajar melalui bacaan, ada
pula melalui pemerhatian, perbincangan ataupun perlakuan. Segolongan
individu belajar dengan lebih baik sekiranya dalam keadaan tertekan manakala
segolongan lagi belajar dengan berkesan dalam keadaan relaks dan tenang.
Ada yang selesa belajar dalam kumpulan, ada pula yang senang belajar
sendirian. Gaya pembelajaran yang diamalkan adalah sinambungan dari
personaliti individu tersebut.
Pada asasnya, terdapat tiga gaya pembelajaran iaitu visual, audio dan
kinestetik. Pelajar visual adalah golongan pelajar yang gemar belajar dengan
cara melihat carta-carta, graf, gambar rajah, benda, demonstrasi, sesuatu
tindakan atau lakonan. Pelajar ini juga gemar membaca pada dirinya sendiri,
menyelesaikan silang kata dan berupaya mencari objek-objek dengan cepat.

UPSI/SEM.6/AT14/991-03881/BA

PA 2053 : PEDAGOGI
GLOSARI

Pelajar audio gemar belajar dengan mendengar seperti mendengar


cerita, penerangan, syarahan, huraian oleh guru dan pelajar lain. Mereka juga
gemar berbual, memberi pendapat sendiri, bercerita dan menerangkan atau
menghuraikan sesuatu.
Pelajar kinestetik pula gemar belajar melalui cara menyentuh dan
merasa, membuat latihan, kerja amali, eksperimen, lakonan, simulasi atau
projek. Mereka suka bergerak ke sana ke mari dan ingin memanipulasikan
objek-objek supaya lebih memahaminya.
Sebagai seorang pendidik, kita harus faham bahawa setiap pelajar
mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza .Lantaran itulah tiada satu
kaedah mengajar yang terbaik untuk semua pelajar. Guru harus
mempelbagaikan kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran supaya
pelajar yang berbeza dalam gaya pembelajaran itu dapat belajar dengan
berkesan dan menguasai hasil pembelajaran.
Terdapat juga modal gaya pembelajaran yang disyorkan oleh tokohtokoh pendidik. Antaranya ialah Model Dunn dan Dunn dan Model sistem
4MAT.
Menurut Dunn (1981), gaya pembelajaran merujuk kepada cara
individu bertindak balas terhadap dunia di sekitarnya. Di dalam model gaya
pembelajaran Dunn dan Dunn yang dicipta oleh Dr. Rita Dunn dan Dr.
Kenneth Dunn (1978), gaya pembelajaran seseorang pelajar bergantung
kepada unsur-unsur yang disukainya di bawah lima stimulus yang ditunjukkan
dalam jadual 2.
Stimulus
a. Alam
sekitar

Unsur
Bunyi
Cahaya
Suhu
Pola

UPSI/SEM.6/AT14/991-03881/BA

Ciri
Suka belajar tanpa bising atau dengan bunyi latar
belakang seperti muzik
Suka belajar di tempat yang cerah atau di tempat yang
kurang cahaya
Suka belajar di tempat yang sejuk atau di tempat yang
panas
Suka belajar di tempat formal yang ada kerusi dan
meja atau di tempat yang tidak formal seperti
berbaring atau duduk di lantai.

PA 2053 : PEDAGOGI
GLOSARI

Stimulus
e. Emosi

i.

o.

s.

Unsur

Ciri
Boleh meransang diri untuk belajar atau perlu
Motivasi
diransang oleh guru
Ketabahan
Boleh belajar dalam masa yang panjang atau pendek
Bertanggungjawab untuk belajar atau perlu bimbingan
Tanggungjawab
oleh guru.
Suka belajar mengikut jadual waktu atau suka belajar
Struktur
sekiranya lebih masa diberi untuk sesuatu mata
pelajaran atau perkara.
Sosiologi
Sendiri
Suka belajar dengan sendiri
Pasangan
Suka belajar secara pasangan
Rakan Sebaya Suka belajar bersama rakan sebaya
Pasukan
Suka belajar dalam pasukan
Guru
Suka belajar dengan guru di sebelahnya
Pelbagai cara Boleh belajar dengan mana cara tersebut di atas
Fizikal
Suka belajar dengan benda atau pengalaman maujud
Persepsi
atau dengan perkara abstrak
Makan
Suka atau tidak suka makan dan minum semasa belajar
Suka belajar sesuatu mata pelajaran pada waktu yang
Waktu
sesuai atau pada bila-bila masa.
Gerakan
Suka atau tidak suka bergerak semasa belajar
Psikologi
Pelajar global suka belajar secara menyeluruh, pelajar
Global atau
analitik suka belajar mengikut urutan dan membuat
analitik
sintesis
Pelajar yang lebih memproses maklumat di otak kiri
suka belajar bahagian-bahagian, bahasa, membuat
Otak kiri atau pengiraan dan analisis. Pelajar yang lebih memproses
otak kanan
maklumat di otak kanan suka belajar secara
keseluruhan, membuat sintesis, melukis, membuat
gerakan dan mencipta sesuatu
Impulsif atau Pelajar yang impulsif bertindak secara spontan
reflektif
manakala pelajar repflektif berfikir sebelum bertindak.
Jadual 2: Gaya Pembelajaran Model Dunn dan Dunn

UPSI/SEM.6/AT14/991-03881/BA

PA 2053 : PEDAGOGI
GLOSARI

Dr. Bernice McCarthy (1987), telah mencadangkan model gaya


pembelajaran iaitu model Sistem 4MAT. Model tersebut diringkaskan seperti
dalam jadual 1.
Jenis
1.Pelajar
2. Pelajar
3. Pelajar
4. Pelajar
pel.
Imaginatif
Analitik
Praktik
Dinamik
Ciri
Mencari
Mencari
Mencari
Mencari
makna dan
fakta yang
kegunaan
sesuatu yang
1. Matlamat sebab
menjelaskan maklumat
baru
mempelajari
konsep
maklumat
Menggunakan Berfikir
Menguji teori Cuba jaya
2. Cara
semua deria
tentang idea dan menakul dan
belajar
dan berkongsi
penemuan
idea
secara sendiri
Berinteraksi
Pendapat
Tahu
Mencipta atau
dengan orang pakar dan
bagaimana
mengaplikasi
lain dan
menganalisis sesuatu
maklumat itu
3. Suka
berkongsi
sesuatu
berfungsi
&
idea
maklumat
berinteraksi
dengan orang
lain
Inovasi dan
Membina
Mengaplikasi Tindakan dan
4. Kekuatan idea
konsep
idea yang
menyudahkan
praktikal
sesuatu
Mengapa?
Apa dia?
Bagaimana
Apakah boleh
5. Suka
teori atau
dicipta oleh
menyoal
maklumat itu saya?
dipraktikkan?
Gunakan
Terangkan
Beri latihan,
Beri projek,
benda atau
(guru atau
kuiz, kerja
tugasan atau
pengalaman
pelajar) dan amali,
masalah dan
6. Cara
maujud. Beri galakkan
eksperimen
galakkan
mengajar peluang untuk pelajar
untuk pelajar pelajar
perbincangan membuat
mencuba
berkongsi
dan lontaran
analisis
dengan
hasilnya.
idea.
maklumat.
sendiri.
Jadual 1: Gaya Pembelajaran Mengikut Sistem 4MAT

UPSI/SEM.6/AT14/991-03881/BA

PA 2053 : PEDAGOGI
GLOSARI

Model-model ini boleh dijadikan asas oleh para guru untuk


menganalisis pelajar mereka dan seterusnya merancang strategi atau kaedah
pembelajaran yang menghasilkan hasil pembelajaran yang maksimum. Dunn
dan Dunn (1974) telah menyatakan,
...that providing alternative for students who learn in different
ways is an excellent move towards obtaining increased
academic achievement.

Rujukan
Ee Ah Meng, Psikologi Dalam Bilik Darjah. Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd.,
Petaling Jaya, 1994.
http :/ www.geocities.com/ Profesor A Lourdusamy- Perbezaan Gaya Kognitif
Individu.htm
Pusat Perkembangan Kurikulum, Konsep dan Pelaksanaan Pembelajaran
Masteri dalam KBSR dan KBSM, Pusat Perkembangan Kurikulum,
Kementerian Pendidikan Malaysia, 1997.
Ramlah binti Jantan, Perbezaan Individu dan Kepelbagaian Pelajar, Nota
Kuliah Psikologi Pendidikan, UPSI, 2000.

UPSI/SEM.6/AT14/991-03881/BA

PA 2053 : PEDAGOGI
GLOSARI

HASIL PEMBELAJARAN (OBJEKTIF)


Hasil atau objektif pembelajaran ialah apa yang boleh ditunjukkan oleh
pelajar tentang pengetahuan dan kebolehan membuat sesuatu selepas sesuatu
perkara diajar. Penentuan hasil pembelajaran adalah penting kerana
penentuannya dapat menyatakan apa yang perlu dikuasai oleh pelajar dan
menolong guru dalam memberi tumpuan dalam penguasaan hasil
pembelajaran. Ia juga dapat membantu guru merancang dan menggunakan
pelbagai kaedah mengajar dan alat bantu mengajar yang berkesan untuk
pelajar menguasai hasil pembelajaran serta menolong guru dalam membina
penilaian terhadap penguasaan pelajarnya.
Penentuan hasil pembelajaran haruslah realistik mengambil kira
kebolehan dan keupayaan pelajar serta persekitaran mereka. Pelajar perlu tahu
apa hasil pembelajaran yang mesti dikuasai supaya mereka boleh memberi
tumpuan untuk belajar dan menguasai apa yang di kehendaki.
Perkaitan hasil pembelajaran dan proses P&P ditunjukkan dalam rajah
di bawah;
INPUT
Pelajar,
Guru,
Kemudahan
Fizikal dan
bukan fizikal

PROSES P&P
Pengalaman pembelajaran
bergantung kepada interaksi
isi kandungan, kaedah
mengajar dan bahan
pengajaran. Cth:
Menambah pengetahuan
Berbincang
Memperoleh maklumat

OUTPUT
(HASIL
PEMBELAJARAN)
Bidang kognitif,
Bidang afektif,
Bidang psikomotor.
Cth:
Menerangkan
Berpakaian kemas
Menaip

Diubahsuai daripada Gronlund N.E., 1970

UPSI/SEM.6/AT14/991-03881/BA

PA 2053 : PEDAGOGI
GLOSARI

Pengalaman pembelajaran yang diberi dalam proses P&P bukanlah


hasil pembelajaran tetapi hanya merupakan cara untuk mencapai hasil
pembelajaran. Hasil pembelajaran boleh dinyatakan dalam bentuk umum atau
khusus dalam bidang kognitif, afektif dan psikomotor.
Hasil pembelajaran dalam bidang kognitif menegaskan hasil intelek
seperti pengetahuan, pemahaman dan kemahiran berfikir secara kritis dan
kreatif. Hasil pembelajaran boleh dikategorikan kepada enam kategori
mengikut Taksonomi Bloom. Guru boleh menggunakan kata kerja berikut
untuk menyatakan hasil pembelajaran dalam bidang kognitif:
1. Pelajar dapat mengetahui...
2. Pelajar dapat menulis...
3. Pelajar dapat menggunakan...
Hasil pembelajaran bidang afektif menegaskan rohani dan emosi
seperti sikap dan nilai. Guru harus tahu bahawa hasil pembelajaran dalam
bidang afektif mengambil masa yang panjang untuk dikuasai dan ia susah
dinilai. Enam belas nilai murni sarwajagat tidak diajar secara khusus tetapi
diserap dan merentasi semua kurikulum. Guru boleh menyatakan hasil
pembelajaran afektif dengan menggunakan kata kerja berikut:
1. Pelajar menyedari...
2. Pelajar berbangga...
Hasil pembelajaran bidang psikomotor menegaskan kemahiran gerakan
seperti melukis, berenang, membina sesuatu dan mengeoperasi mesin atau
alat. Contoh kata kerja hasil pembelajaran psikomotor ialah:
1. Pelajar bermain...
2. Pelajar menunjukkan...

Rujukan
Pusat Perkembangan Kurikulum, Konsep dan Pelaksanaan Pembelajaran
Masteri dalam KBSR dan KBSM, Pusat Perkembangan Kurikulum,
Kementerian Pendidikan Malaysia, 1997.

UPSI/SEM.6/AT14/991-03881/BA

PA 2053 : PEDAGOGI
GLOSARI

ILMU GURU
Lee S.Shulman (1987) telah membuat kajian jangka panjang tentang
perkembangan asas ilmu guru (teachers knowledge base) di kalangan guru
dari peringkat pra latihan sehingga ke peringkat pakar. Beliau berpendapat
asas bagi ilmu guru adalah pengetahuan tentang konten subjek yang diajar,
pengetahuan pedagogi am, pengetahuan tentang kurikulum, pengetahuan
konten-pedagogi, pengetahuan tentang pelajar dan ciri-ciri mereka,
pengetahuan tentang budaya dan sistem pendidikan dan pengetahuan tentang
falsafah, sejarah dan dasar-dasar pendidikan.
Menurut Shulman (1987) lagi terdapat empat punca kepada asas ilmu
guru ini. Keempat-empat punca itu ialah:
1. ilmu dalam konten subjek yang diajar, iaitu yang terdiri dari
kandungan, kefahaman, kemahiran dan nilai yang terkandung
dalam struktur dan binaan konten subjek itu sendiri.
2. perkara-perkara yang membentuk institusi pendidikan seperti dasar
pendidikan, struktur organisasi sistem pendidikan, kurikulum, buku
teks dan punca-punca kewangan yang membiayai pendidikan
3. penyelidikan tentang persekolahan, bagaimana manusia belajar,
pendidikan guru dan fenomena yang mempengaruhi guru dan
perguruan
4. kebijaksanaan pedagogi guru-guru yang berkebolehan yang jarang
dikaji dan sukar diterjemahkan dalam bentuk yang tersurat.
Pendidikan Islam menggelarkan guru sebagai
1. Murrabbi iaitu seseorang yang menyampaikan sesuatu itu kepada
kesempurnaan , kejadian atau tujuan
2. Mualim iaitu seseorang yang menyampaikan ilmu untuk menjadi
insan yang soleh dan mukmin
3. Muadib iaitu seseorang yang memberi pendidikan adab
4. Mursyid iaitu seseorang yang memberi bimbingan ke jalan yang
benar
5. Muddaris iaitu seseorang yang memberi pelajaran di mana-mana
Generalisasinya, aset utama kesediaan guru adalah ilmu. Ilmu adalah
pengisian minda yang menjana pemikiran kreatif dan kritis. Menurut Profesor

UPSI/SEM.6/AT14/991-03881/BA

10

PA 2053 : PEDAGOGI
GLOSARI

Dr. Ibrahim Ahmad


Kemanusiaan,UNITAR,

Bajunid,

Dekan

Fakulti

Sains

Sosial

dan

Pendidik yang mahir dalam pelbagai ilmu akan


menggunakan kefahamannya untuk membantu pelajar
menjelaskan pemikiran, nilai dan perubahan semasa hingga
melahirkan pelajar yang bukan sahaja tinggi nilai
akademiknya, malah tahu potensi diri sendiri.
Terdapat 3 aspek ilmu yang harus dikuasai oleh guru dalam menangani
cabaran era teknologi komunikasi dan maklumat iaitu ilmu akademik, ilmu
pendidikan dan ilmu teknologi komunikasi dan maklumat.Guru harus
menguasai kandungan ilmu akademik atau content mastery dalam disiplin
yang akan diceburi. Contohnya seorang guru matematik mesti menguasai
dengan penuh yakin tentang kandungan ilmu matematik untuk membina
keyakinan pelajar malah orang di sekitarnya.
Bagaimanakah kandungan ilmu itu dapat disampaikan (delivery
system)? Apakah cabaran dalaman dan luaran yang mempengaruhi penerimaan
pelajar? Apakah bentuk interaksi yang harus digunakan untuk menarik
pelajar? Persoalan-persoalan ini dapat dikaji dalam ilmu pendidikan seperti
pedagogi, psikologi, sosiologi, falsafah dan lain-lain. Guru harus sedar, setiap
pelajar mempunyai aras kognatif yang berbeza yang perlu ditangani secara
bijak untuk memprodukkan insan.
Guru adalah pemangkin wawasan negara. Untuk melahirkan generasi
cyber, guru harus terlebih dahulu menguasai bidang ini. Inovasi P&P tentu
lebih canggih, terkini dan menarik. Ledakan maklumat akan mengelirukan
pelajar sekiranya guru tidak bertindak membimbing pelajar membuat saringan
maklumat. Integrasi ketiga-tiga cabang ilmu ini akan melahirkan guru yang
imun terhadap cabaran-cabaran pendidikan. Sekiranya salah satu persediaan
diabaikan, pincanglah generasi yang bakal dibentuk. Fitrah ilmu tidak statik, ia
berkembang dan bermutasi dengan pantas. Menurut Profesor Dr. Mohamad
Yusof Othman, Timbalan Dekan Fakulti Sains Fizis dan Gunaan, Universiti
Kebangsaan Malaysia,
Ilmu sebenarnya bukan cukup untuk sekadar buku sahaja,
ilmu adalah pengalaman
dan pengetahuan yang telah
dicanaikan dalam setiap masa

UPSI/SEM.6/AT14/991-03881/BA

11

PA 2053 : PEDAGOGI
GLOSARI

Ilmu yang diamal dizahirkan melalui tingkahlaku dan sikap. Menurut


Tuan Haji Razali Ismail, Pengetua Maktab Perguruan Kuala Terengganu Batu
Rakit ,
Sikap merupakan tenaga yang membara dalam diri yang
mencetuskan daya motivasi untuk berbuat. Tanpa keinginan
untuk berbuat, maka sebanyak manapun ilmu dan kemahiran
yang ada namun ia tinggal sesia.
Profesor Dr. Mohamad Yusof Othman telah memprovok bakal-bakal
guru di Maktab Perguruan Melayu Melaka dengan pertanyaan,
Ramai cikgu yang memperolehi ijazah tetapi berapa ramai
dari cikgu semua betul-betul mencurah ilmu yang ada di dada
atau menyuruh pelajar nanti meniru apa sahaja yang ada di
dalam buku?
Ini adalah persoalan sikap dari ilmu yang tidak diamalkan. Persediaan
sikap amat penting kerana profesion guru, tugasnya bukan waktu pejabat.
Persediaan sikap harus dipupuk berterusan, kesedaran datang dari diri sendiri
apabila memahami bahawa tugas guru adalah amanah yang mesti
dilaksanakan.
Rujukan
_____________, Ilmu Dan Pengajaran, Nota Kuliah Pedagogi, UPSI, 2001.
Berita Harian, 14 Julai 2000 : 5.
Buletin Rakit, Jun 1999 : 3-6.
Prof. Dr. Mohd. Yusuf Othman, Pendidikan Era Kini. Politik Dominasi Ilmu.
Muslimah. Jun 1999 : 22-26.

UPSI/SEM.6/AT14/991-03881/BA

12

PA 2053 : PEDAGOGI
GLOSARI

KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN


Menurut Ee Ah Meng (1997), kaedah ialah suatu siri tindakan guru
yang sistematik serta berurutan dan bertujuan mencapai objektif spesifik
dalam jangka masa pendek sesuatu pelajaran. Kaedah juga membawa
implikasi penyusunan. Sementara teknik pula merujuk kepada unit-unit kecil
yang terkandung di dalam sesuatu kaedah, Teknik merangkumi aktiviti,
perlakuan dan kemahiran guru yang digunakan dalam pengajaran.
Kaedah dan teknik pengajaran ialah cara bagaimana guru membuat
pindahan pembelajaran berasaskan kandungan pelajaran, aras kebolahan dan
minat pelajar, hasil pembelajaran, kemudahan yang ada dan personaliti guru.
Ia juga bergantung kepada keupayaan guru untuk mengelola dan mengawal
proses P&P. Tujuan kaedah dan teknik pengajaran dilaksanakan adalah untuk
meransang proses pembelajaran, mengekalkan minat pelajar dan menimbulkan
perasaan ingin tahu pelajar terhadap sesuatu.
Seorang guru yang berjaya biasanya mengetahui pelbagai cara untuk
menyampaikan idea-idea pembelajaran iaitu bersedia untuk menerangkan idea
dengan menggunakan beberapa alternatif yang dianggap paling sesuai
bergantung kepada situasi pengajaran berkenaan.
Lang, McBeath dan Herbert (1995) telah mengkategorikan empat
kaedah pengajaran iaitu pengajaran terus (Direct Instruction), pengajaran tidak
terus (Indirect Instruction), pengajaran interaktif (Interactive Instruction) dan
pengajaran Experiential (Experiential Instuction).
Aktiviti pengajaran terus ialah kuliah, kerja rumah, latihan dan latih
tubi. Kaedah pengajaran terus sesuai untuk mengajar pelajaran yang padat
dengan maklumat atau overlearn. Ia boleh dilakukan dengan berkesan jika
dikukuhkan dengan contoh, penglibatan tinggi daripada pelajar dan adanya
latihan terbimbing. Kekuatan pengajaran terus ialah banyak fakta boleh
disampaikan, guru berkuasa atas isi kandungan dan masa penyampaian, serta
pencapaian pelajar lebih mudah dijangka dan diuruskan. Kelemahan
pengajaran terus ialah pelajar bergantung kepada motivasi ekstrinsik, sukar
mengikut kelajuan pengajaran, pelajar kurang melakukan pemikiran divergen
dan pelajar juga tidak dapat membuat keputusan penting berkenaan keperluan
mereka.

UPSI/SEM.6/AT14/991-03881/BA

13

PA 2053 : PEDAGOGI
GLOSARI

Pengajaran tidak terus, berasaskan andaian bila pelajar lebih matang,


mereka perlu dan boleh mengambil tanggungjawab untuk mencari dan
menemui pengetahuan serta membuat kesimpulan berdasarkan pengalaman
mereka sendiri. Melalui pengajaran terus, pelajar faham isikandungan dengan
lebih mendalam, pelajar berpeluang membuat keputusan penting, pelajar
berkuasa ke atas kelajuan pembelajaran mereka dan sumber motivasi adalah
intrinsik. Kelemahan kaedah pengajaran tidak terus ialah kandungan
pembelajaran adalah terhad, keseragaman hasil pembelajaran adalah kurang,
hasil pembelajaran spesifik sukar diramal dan guru kurang berkuasa ke atas
prosedur bilik darjah. Antara aktiviti pengajaran tidak terus ialah penyoalan
sokratik, penyelesaian masalah dan inkuiri kajian kes.
Kaedah pengajaran interaktif melibatkan perbincangan terbuka atau
perbincangan terbimbing, berkongsi serta bersoal jawab dalam kumpulan
kecil. Kaedah pengajaran ini mengalakkan pelajar bertindakbalas terhadap
pengalaman, cetusan rasa serta idea guru dan rakan sebaya. Pelajar diberi
peluang menguruskan pemikiran serta memperkembangkan kemahiran sosial
mereka. Antara aktiviti pengajaran interaktif adalah main peranan, debat,
sumbangsaran dan Buzz.
Pengajaran experiential adalah kaedah pengajaran yang berasaskan
pengalaman yang membolehkan pelajar berkembang dari tahu mengenai
(knowing about) kepada tahu bagaimana melakukan (knowing how) dan
boleh melakukan (being able to). Kaedah pengajaran ini melibatkan pelajar
dalam pengalaman arah kendiri dan pengalaman rasa sendiri (minds on and
hands on). Aktiviti kaedah pengajaran experiential ialah kerja lapangan,
simulasi, fahaman binaan dan konstruktivisme.
Sebenarnya, tidak ada satu kaedah atau teknik terbaik untuk melakukan
pindahan pembelajaran. Guru harus kreatif dan peka dalam merancang dan
mengorganisasi kaedah pengajaran agar sesuai dengan tujuan dan objektif
pembelajaran. Jadi, guru harus membuat persediaan awal menyediakan
persiapan mengajar seperti bahan batu mengajar dan harus bijak menjangka
tindakbalas pelajarnya agar urutan pengajaran berjalan lancar dan sistematik
mengikut kaedah yang dirancangkan.
Penguasaan kaedah dan teknik pengajaran oleh seorang guru tidak
boleh diperolehi sekelip mata tetapi memerlukan pengalaman yang luas,
pemerhatian, membuat refleksi dan pengubahsuaian yang berterusan. Proses
refleksi amat perlu dilakukan oleh guru setiap kali pengajaran berakhir bagi

UPSI/SEM.6/AT14/991-03881/BA

14

PA 2053 : PEDAGOGI
GLOSARI

memastikan keberkesanan kaedah yang dilaksanakan dan tindaksusulan perlu


dilakukan untuk memperbaiki teknik dan kaedah pengajaran tersebut.
Memang jelas, kepelbagaian kaedah pengajaran dalam bilik darjah ternyata
memberi kebaikan kepada pelajar namun ia masih bergantung kepada
keupayaan guru untuk melaksanakan kaedah tersebut.
Rujukan
_____________, Kaedah Dan Teknik Pengajaran, Nota Kuliah Pedagogi,
UPSI, 2001.
Ee Ah Meng, Pedagogi II. Pelaksanaan Pengajaran, Penerbitan Fajar Bakti
Sdn. Bhd., 1997.
Noor Shah Saad, Teori dan Perkaedahan Pendidikan Matematik, Prentice
Hall, Petaling Jaya, 2001.

UPSI/SEM.6/AT14/991-03881/BA

15

PA 2053 : PEDAGOGI
GLOSARI

KECERDASAN
Menurut Kamus Dewan (Edisi Ketiga, 1996), kecerdasan bermaksud
kesempurnaan akal (untuk berfikir, mengerti dll seperti kepandaian,
kepintaran, kecerdikan)
Menurut Pieget (1950), kecerdasan adalah kebolehan berfikir individu
dalam usahanya menyesuaikan diri dengan persekitaran.
Weschlie (1975) berpendapat, kecerdasan ialah kebolehan seseorang
individu memahami alam sekitarnya, dirinya dan kepakaran yang dimilikinya
untuk membantunya menghadapi cabaran hidup.
Cattell dan Horn (1963, 1982, 1997) telah memperkenalkan kecerdasan
cair (fluid inteligence) dan kecerdasan kristal (crystallized inteligance).
Kecerdasan cair ialah kebolehan seseorang untuk menyelesaikan masalah
secara abstrak, tidak diajar dan bebas dari pengaruh budaya manakala
kecerdasan kristal ialah kebolehan untuk menyelesaikan masalah daripada
ilmu pengetahuan yang dipelajari di sekolah atau dari pengalaman hidup.
Borish dan Tambori (1997), menggolongkan dua fahaman yang
mengemukakan pendapat tentang kecerdasan iaitu fahaman tradisi klasik dan
fahaman tradisi revisionist.
Fahaman tradisi klasik cuba memahami isi atau struktur kecerdasan
dengan membina alat ujian untuk mengukur tahap kecerdasan individu dan
untuk memahami kebolehan yang menjadikan seseorang itu cerdas. Mereka
percaya bahawa kecerdasan adalah sebahagian besarnya diwarisi daripada gen
ibu dan bapa dan tidak boleh dipertingkatkan melalui pengajaran. Mereka juga
percaya bahawa kecerdasan adalah neuropsysiological iaitu melibatkan
faktor seperti kecekapan maklumat dihantar oleh saraf tidak sedar. Antara
tokoh yang menganut fahaman ini ialah Alfred Binet.
Alfred Binet adalah pengasas (pioneer) kepada ujian kecerdasan atau
Inteligent Quotient Test. Pada tahun 1902, Binet menghasilkan sebuah buku
mengenai kecerdasan dengan menggunakan data asas berdasarkan proses
pemikiran dua orang anak gadisnya. Pada tahun 1908, Binet telah menjayakan

UPSI/SEM.6/AT14/991-03881/BA

16

PA 2053 : PEDAGOGI
GLOSARI

satu ujian yang dinamakan Mental age. Binet juga telah menetapkan Skala
Inteligent Stanford Binet untuk mengukur kecerdasan :
Darjah kecerdasan ( Inteligent Quotient) =

Umur Mental
x 100
Umur Kronologi

Contohnya: Seorang murid berumur 5 tahun boleh menjawab dengan


baik soalan ujian untuk murid berumur 10 tahun. Cara pengiraan :
D.K. =

10 x 100 = 200
5

( Ini bermakna murid tersebut termasuk


dalam ketagori murid pintar)

Fahaman tradisi revisionist pula melihat kecerdasan dari sudut


memproses maklumat. Mereka cuba mengenalpasti tingkahlaku cerdas semasa
individu menjalankan tugasnya. Persoalan yang ingin diselesaikan,
bagaimanakah individu yang cerdas mencantum ilmu pengetahuan, strategi
dan proses metakognitif untuk selesaikan masalah yang penting kepada
mereka.
Fahaman ini berpendapat, kecerdasan mungkin ada struktur tetapi yang
lebih penting ialah memahami proses terjadinya tingkahlaku cerdas. Mereka
berpendapat kecerdasan boleh dipertingkatkan dengan pembelajaran dan baka
masih menyumbang kepada kecerdasan individu tetapi bukan komponen
utama. Mereka percaya, kecerdasan sangat dipengaruhi oleh budaya di mana
seseorang itu hidup. Oleh itu, ujian piawai bukanlah cara terbaik untuk
mengukur kecerdasan. Cara yang terbaik ialah melihat individu menyelesaikan
masalah dalam budaya dan penyesuaian hidup terhadap persekitarannya.
Sternberg (1989,1994), berpendapat kecerdasan ialah proses adaptasi
individu kepada persekitaran sebenar dan melibatkan proses pemilihan dan
mengubah (shaping) persekitaran. Beliau berpendapat cara terbaik untuk
mengkaji kecerdasan ialah dengan memerhati bagaimana individu
menyelesaikan masalah yang penting dalam budaya (persekitaran) kehidupan
mereka atau mengkaji proses kognitif bagaimana individu merubah diri dan
persekitaran dalam memenuhi keperluan mereka.

UPSI/SEM.6/AT14/991-03881/BA

17

PA 2053 : PEDAGOGI
GLOSARI

Beliau mengemukakan Teori Kecerdasan Triachic yang terdiri daripada


tiga aspek yang saling berinteraksi iaitu aspek kemahiran memproses
maklumat (componentials), konteks (contextual) dan aspek pengalaman atau
kreatif (experiential) seperti diilustrasikan dalam gambarajah di bawah:

Konteks
Mengaplikasi
Mengguna
Melaksana

Kemahiran memproses
maklumat
Menganalisa
Membanding
Menilai

Pengalaman/Kreatif
Merekacipta

Banyak lagi tokoh yang mengutarakan pendapat tentang kecerdasan.


Sudah pasti pendapat-pendapat mereka ini meninggalkan kesan terhadap
proses pembelajaran dari masa ke semasa. Kini, tokoh yang paling popular
dalam menghuraikan perihal kecerdasan ialah Howard Gardner, seorang
profesor pendidikan progersif di University Harvard, USA, yang telah
mencetuskan Teori Pelbagai Kecerdasan (Lihat Teori Pelbagai Kecerdasan)

Rujukan
Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kamus Dewan Edisi Ketiga, Dewan Bahasa Dan
Pustaka, Kuala Lumpur, 1996.
Pusat Perkembangan Kurikulum, Konsep dan Pelaksanaan Pembelajaran
Masteri dalam KBSR dan KBSM, Pusat Perkembangan Kurikulum,
Kementerian Pendidikan Malaysia, 1997.
Noor Shah Saad, Teori dan Perkaedahan Pendidikan Matematik. Prentice
Hall, Petaling Jaya , 2001.

UPSI/SEM.6/AT14/991-03881/BA

18

PA 2053 : PEDAGOGI
GLOSARI

KEMAHIRAN BERFIKIR
Kemahiran berfikir ialah kecekapan menggunakan minda untuk
mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, menerokai pelbagai
kemungkinan idea atau ciptaan dan membuat pertimbangan yang wajar, bagi
membuat keputusan dan menyelesaikan masalah, dan seterusnya membuat
refleksi dan metakognitif terhadap proses berfikir yang telah dialami.
Komponen utama kemahiran berfikir ada dua iaitu kritis dan kreatif.
Proses berfikir secara kritis berlaku di hemisfera otak kiri (HOKI) manakala
proses berfikir secara kreatif berlaku di hemisfera otak kanan (HOKA).
Kemahiran berfikir secara kritis ialah kecekapan atau keupayaan
menggunakan minda untuk menilai kemunasabahan atau kewajaran sesuatu
idea, meneliti kebernasan, kebaikan dan kelemahan sesuatu hujah dan
membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti
yang munasabah. Contoh kemahiran berfikir secara kritis termasuklah
membanding dan membeza, membuat kategori, meneliti bahagian-bahagian
kecil dan keseluruhan, menerangkan sebab, menyusun mengikut urutan,
membuat ramalan, mengusul periksa andaian, dan membuat inferans.
Kemahiran berfikir secara kreatif ialah kecekapan atau keupayaan
menggunakan minda untuk meneroka pelbagai kemungkinan, menghasilkan
sesuatu yang baru, asli, dan bernilai sama ada bersifat maujud, abstrak, idea
atau gagasan. Contoh kemahiran berfikir secara kreatif termasuklah menjana
dan menghasilkan idea yang pelbagai (baru, asli, luar biasa, provokatif,
mencabar), mencipta metafora, mencipta analogi dan mencipta definisi.
Kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis ini menjadi tuntutan untuk
diamalkan di dalam proses P&P kini kerana ia memungkinkan pelajar melatih
diri berfikir secara kreatif dan krisis untuk membuat keputusan dan
menyelesaikan masalah dengan bijak bukan sahaja dalam pembelajaran malah
dalam kehidupan seharian. Ia mengatasi kesilapan-kesilapan berfikir yang
terburu-buru, bercelaru, kabur dan sempit di samping dapat mengaplikasikan
pengetahuan, pengalaman secara lebih praktik. Kemahiran berfikir secara
kreatif dan kritis ini juga membolehkan pelajar menjana idea yang kreatif dan
inovatif, meningkatkan aspek kognitif dan afektif, dan seterusnya

UPSI/SEM.6/AT14/991-03881/BA

19

PA 2053 : PEDAGOGI
GLOSARI

perkembangan intelek. Ia menjadi pemangkin kepada pelajar supaya bersifat


terbuka, menerima kekurangan diri, mengetahui dan membina kekuatan diri.
Menyedari betapa pentingnya kemahiran berfikir secara kreatif dan
kritis ini, guru perlu mengembangkan kemahiran ini kepada pelajarnya dengan
mengadakan pelbagai kaedah dan strategi P&P yang sesuai dan meransang
aktiviti ini. Pendekatan penyerapan boleh digunakan di mana proses ini
dilakukan sebagai aktiviti merentasi setiap kurikulum dalam P&P. Teknik
penyoalan penting kerana ia akan meransang suasana yang kondusif dan
menggalakkan pelajar mencari penyelesaian. Antara aktiviti-aktiviti yang
dicadangkan ialah membuat pilihan, mencipta sesuatu, mentafsir laporan atau
situasi, menganalisis sesuatu eksperimen dan memahami bahan bacaan atau
rencana.

Rujukan
Pusat Perkembangan Kurikulum, Konsep dan Pelaksanaan Pembelajaran
Masteri dalam KBSR dan KBSM, Pusat Perkembangan Kurikulum,
Kementerian Pendidikan Malaysia, 1997.
Noor Shah Saad, Kemahiran Berfikir Secara Kreatif dan Kritis, Nota Kuliah
Teori dan Perkaedahan Pendidikan Matematik, UPSI, 2000.

UPSI/SEM.6/AT14/991-03881/BA

20

PA 2053 : PEDAGOGI
GLOSARI

KEPIMPINAN GURU
Kepimpinan guru adalah corak bagaimana guru memimpin pelajarnya
sewaktu P&P. Di antara jenis-jenis kepimpinan yang biasanya diamalkan oleh
guru dalam bilik darjah ialah kepimpinan autokratik, kepimpinan demokratik
dan kepimpianan laissez-faire.
Kepimpinan autokratik merujuk kepada corak pengurusan kelas
dengan kuasa penuh guru. Guru yang bersifat autokratik menentukan segala
aktiviti P&P. Pelajar hanya mengikut arahan dan kehendak guru dan tidak
diberi peluang menyuarakan pendapat atau memberi cadangan mereka.
Interaksi sewaktu P&P adalah bersifat sehala, iaitu guru memberi arahan,
pelajar mendengar dan menurut sahaja. Interaksi di antara murid juga tidak
digalakkan dan bersifat pasif. Interaksi sehala ini akan membawa suasana
sosioemosi yang tegang, menjadikan murid tidak berani bertanya atau
memberi pendapat mereka. Mereka hanya duduk diam, mendengar atau
menerima sahaja apa yang diberikan oleh guru.
Di bawah situasi ini, semangat kerjasama dalam aktiviti pembelajaran
di bawah pimpinan guru yang bersifat autokratik adalah pasif, kurang menarik
dan dipenuhi dengan perasaan cemas dan bimbang. Akibatnya, ada murid yang
mempunyai perasaan benci terhadap guru, ada yang menarik diri dan ada pula
yang cuba menjauhi guru dengan menggunakan taktik ponteng kelas atau
ponteng sekolah. Keadaan ini juga tidak membantu pencapaian hasil
pembelajaran sebenar di mana pelajar tidak dapat mengembangkan potensi
diri dan konsep kemahiran berfikir juga tidak dapat diserapkan.
Guru yang mengamalkan sikap kepimpinan demokratik adalah guru
yang sedia berkongsi kuasa dengan pelajarnya. Setiap aktiviti yang
dilaksanakan dalam bilik darjah adalah hasil perbincangan di antara pelajar
dengan bantuan dan bimbingan guru. Pelajar sentiasa diransang untuk
mengemukakan pendapat mereka dan mengemukakan pertanyaan jika mereka
menghadapi masalah pembelajaran. Interaksi di antara guru dengan pelajar
adalah dua hala. Pelajar cergas bertindak balas terhadap segala aktiviti
pengajaran guru. Interaksi di antara pelajar dengan pelajar dapat digalakkan.
Pelajar dapat melibatkan diri secara aktif dan bekerjasama dalam segala
aktiviti kumpulan dalam bilik darjah. Di bawah kepimpinan guru yang bersifat
demokratik, suasana sosioemosi dapat dipertingkatkan. Perhubungan guru dan

UPSI/SEM.6/AT14/991-03881/BA

21

PA 2053 : PEDAGOGI
GLOSARI

pelajar menjadi mesra. Pelajar tidak takut untuk bertanya atau mengemukakan
pendapat mereka. Aktiviti P&P menjadi lebih menarik dan menyeronokkan.
Pelajar bermotivasi untuk belajar. Keberkesanan pembelajaran dapat
ditingkatkan dan semangat kerjasama dan sikap toleransi dapat dipupuk
dengan baik.
Laissez-Faire membawa maksud kebebasan diberi kepada aktiviti
tanpa kawalan. Guru yang mengamalkan sifat kepimpinan laissez-faire ialah
guru yang sudi memberi kebebasan sepenuhnya kepada pelajar untuk
melakukan apa sahaja aktiviti yang difikirkan sesuai dalam kelasnya. Dalam
hal ini, guru tidak langsung merancang aktiviti P&P. Pelajar diberi kebebasan
sepenuhnya merancang, mengurus dan melaksanakan aktiviti pembelajaran
secara individu atau secara berkumpulan. Interaksi di antara guru dengan
pelajar adalah kurang kerana guru kurang mengambil inisitif melibatkan diri
secara aktif dalam aktiviti P&P. Interaksi di antara pelajar pula meningkat
kerana mereka diberikan kebebasan sepenuhnya dalam apa sahaja aktiviti
pembelajaran. Suasana sosioemosi di bawah kepimpinan lassez-faire
dikatakan menarik. Perhubungan di antara murid lebih rapat dan mesra.
Bagaimanapun perhubungan di antara guru dengan pelajar kelihatan
hambar. Oleh kerana pelajar diberi kebebasan merancang, mengurus dan
melaksanakan aktiviti pembelajaran mereka, semangat kerjasama dan sifat
berdikari dapat dipupuk dengan baik. Bagaimanapun interaksi yang terlalu
bebas boleh menimbulkan masalah disiplin yang akan menjejaskan
keberkesanan dalam bilik darjah. Di samping itu, pelajar yang kurang matang
akan merasa serba salah dan tidak tahu apa aktiviti yang patut dilaksanakan
dalam bilik darjah menyebabkan banyak masa akan terbuang.
Di antara tiga corak kepimpinan ini, kepimpinan demokratik
merupakan jenis kepimpian yang sesuai sekali digunakan kerana ia meransang
aktiviti P&P dan mengoptimumkan hasil pembelajaran.
Rujukan
Mok Soon Sang, Pedagogi 1. Kurikulum Dan Pengurusan Bilik Darjah,
Kumpulan Budiman Sdn. Bhd., Kuala Lumpur, 1997.

UPSI/SEM.6/AT14/991-03881/BA

22

PA 2053 : PEDAGOGI
GLOSARI

KESAN RIAK
Apabila sebiji batu dilontarkan ke dalam air, kesan riak akan timbul.
Begitulah analogi kesan riak di dalam bilik darjah. Lontaran batu dianalogikan
sebagai lontaran teguran ke atas seorang pelajar dan situasi ini akan
meninggalkan kesan bukan sahaja kepada pelajar tersebut malah terhadap
pelajar lain.
Jacon Kounin (1970), telah banyak membuat rakaman mengajar dan
kajian tentang kelakuan tak berdisiplin di dalam bilik darjah, telah
menunjukkan bahawa teguran guru terhadap seorang pelajar yang berkelakuan
kurang adab di dalam bilik darjah boleh mempengaruhi palajar lain dalam
kumpulan tersebut walaupun tidak terlibat dalam kelakuan biadab itu. Kounin
telah menamakan keadaan ini sebagai kesan riak.
Kesan riak boleh meninggalkan kesan positif atau negatif terhadap
pelajar. Contohnya, sekiranya pelajar yang ditegur itu tinggi statusnya dalam
struktur sosiometrik kumpulannya, maka kesan riak hasil perselisihan dengan
guru biasanya adalah kuat. Sekiranya guru berjaya menyekat kelakuan kurang
adab itu, maka kesan terhadap pelajar lain dari segi perspektif guru adalah
positif dalam erti kata pelajar lain mungkin menganggap teguran itu sebagai
adil dan guru itu dianggap sebagai pendisiplin yang berkesan. Dari segi
praktik, pelajar akan membaiki tingkah laku mereka atau mengurangkan
tingkah laku yang tidak menyenangkan.
Sebaliknya, jika pelajar yang tinggi martabatnya itu menentang
tindakan guru, maka perasaan itu mungkin merebak kepada rakan sekelasnya,
yang akan menganggap tindakan guru sebagai tidak memuaskan dan
menganggap guru tersebut sebagai lemah dan kurang berkesan. Akibatnya,
dari segi praktik, masalah kelakuan biadab ini akan bertambah buruk, pelajar
lain menunjukkan perasaan marah dan suasana yang kurang menyenangkan.
Menyedari betapa mustahaknya mewujudkan kesan riak yang positif,
Gnagey W.J. (1968) telah mengenal pasti faktor-faktor untuk meransang
pembaikan atau penyekatan tingkah laku pelajar iaitu kejelasan, ketegasan,
teknik pemusatan tugas, murid bermartabat tinggi dan kekerasan.

UPSI/SEM.6/AT14/991-03881/BA

23

PA 2053 : PEDAGOGI
GLOSARI

Teknik kawalan kejelasan menentukan pelencong, pelencongan dan


tingkah laku gantian yang diterima. Contohnya, Ahmad, berhenti bercakap
dan habiskan karangan kamu, adalah lebih baik daripada Hentikan perbualan
di belakang sana, Arahan ini jelas dan memberi faedah kepada pelajar lain
iaitu mereka mungkin tidak akan berbual dan situasi ini tidak akan
mengganggu kerja mereka.
Teknik kawalan yang tegas menyekat gangguan dengan lebih berkesan
lagi. Gnagey menganjurkan bahawa teknik jenis ini dapat dilaksanakan dengan
cara yang paling baik dengan bergerak ke arah pelajar yang membuat
kesalahan, berikan arahan dengan nada, saya memang serius dan disusuli
pula dengan memastikan bahawa arahan itu dipatuhi sebelum menyambung
pelajaran tersebut. Kounin dan Gump (1958) mendapati pelajar mematuhi
peraturan yang dikuatkuasakan sewajarnya tetapi tidak mengendahkan
peraturan yang kurang keyakinan dan penguatkuasaannya.
Pendekatan pemusatan tugas menghasilkan kesan riak yang lebih
dihayati daripada pemusatan guru. Guru lebih menegaskan tentang tugas yang
sedang pelajar laksanakan lebih dari penekanan perhubungan di antara guru
dengan murid. Contohnya, Nuar, hentikan berbisik dan lihat demostrasi, kalau
tidak kamu tidak akan faham apabila kamu membuatnya kemudian, adalah
lebih baik dari perhati dan dengar sini.
Gnagey menganjurkan pelajar yang popular dikenal pasti dan dikaji
kerana gerak balasnya terhadap pengaruh guru memberi kesan riak yang kuat
kepada pelajar lain. Guru harus mengetahui teknik kawalan manakah yang
menyebabkan mereka bergerak balas secara lembut dan dengan sifat agresif
yang paling rendah.
Gnagey menjelaskan bahawa kekerasan bermaksud penggunaan teknik
kawalan yang mengancam atau menimbulkan kesan riak negatif iaitu
kemarahan, kebencian dan perasaan ketidakadilan. Menurut Kounin, Gump
dan Ryan, teknik seperti ini menggalakkan tingkah laku biadab pelajar. Pelajar
juga akan memandang rendah terhadap gurunya.
Kesan riak ini juga boleh mempengaruhi konsep kendiri pelajar untuk
menglibatkan diri dalam proses P&P. Sikap guru akan menentukan kesan riak
positif dan kesan riak negatif. Guru yang mengherdik pelajar yang
memberikan jawapan kurang memuaskan akan menghasilkan kesan riak
negatif di mana pelajar lain takut memberikan jawapan walaupun jawapan

UPSI/SEM.6/AT14/991-03881/BA

24

PA 2053 : PEDAGOGI
GLOSARI

mereka betul. Sebaliknya, jika ganjaran diberikan, kesan riak positif akan
terbentuk di mana pelajar akan yakin dan melibatkan diri dengan aktif dalam
proses P&P.
Lantaran, guru harus peka dan bertindak profesional dalam menangani
setiap situasi yang timbul dalam bilik darjah agar kesan riak yang wujud
selepas tindakan guru adalah positif dan meransang pembelajaran.
RUJUKAN
Louis Cohen dan Lawrence Manion, (Terjemahan: Mohd. Noh Bidin),
Panduan Latihan Mengajar Edisi Kedua, DBP, Kuala Lumpur, 1989.
Razmah Man, Pengurusan Bilik Darjah, Nota Kuliah Pedagogi, UPSI, 2001.

UPSI/SEM.6/AT14/991-03881/BA

25

PA 2053 : PEDAGOGI
GLOSARI

KOMUNIKASI DALAM BILIK DARJAH


Menurut Highet, komunikasi ialah pemancaran maklumat atau idea
daripada pemikiran orang kepada pemikiran orang lain. Komunikasi, di bawah
konteks pendidikan, boleh diertikan sebagai sesuatu proses penyampaian atau
pertukaran maklumat di antara dua individu, atau di antara seorang individu
dengan sekumpulan penerima. Umumnya, komunikasi adalah satu proses yang
melibatkan penghantaran dan penerimaan maklumat (masej), di antara dua
pihak iaitu penghantar dan penerima.
Di dalam bilik darjah, komunikasi biasanya berlaku di antara guru
dengan pelajar semasa aktiviti P&P, atau di antara pelajar dengan pelajar
semasa aktiviti kumpulan dijalankan.
Komunikasi boleh diklasifikasikan kepada dua kategori utama iaitu
komunikasi secara lisan (verbal) dan komunikasi bukan lisan (non-verbal).
Komunikasi lisan melibatkan proses pemindahan maklumat atau idea secara
lisan daripada seorang individu kepada seseorang atau sekumpulan pendengar.
Di dalam bilik darjah, guru biasanya memainkan peranan sebagai penyampai
maklumat dan pelajar sebagai pendengar dan penerima. Komunikasi secara
lisan ini hanya berkesan apabila maklumat atau idea yang diterima oleh pelajar
jelas dan mudah difahami. Sehubungan ini, suara guru hendaklah jelas, kuat
dan lantang serta bahasa yang digunakan hendaklah ringkas dan mudah
difahami oleh pelajarnya.
Komunikasi bukan lisan ialah penyampaian masej melalui bahasa
badan, gerak isyarat dan ekspresi muka. Contohnya, angguk kepala sebagai
tanda setuju, senyuman sebagai peneguhan dan pandangan sinis sebagai tanda
marah.
Menurut Robiah Sidin di dalam bukunya Classroom Management
(1993), aspek komunikasi guru penting dalam pengurusan bilik darjah.
Kemahiran interpersonal ini boleh menjadikan suasana bilik darjah terkawal
dan hasil pembelajaran akan lebih optimum. Kombinasi kedua-dua jenis
komunikasi ini boleh menzahirkan peneguhan berbentuk ganjaran tidak nyata
seperti senyuman, pujian, dan anggukan yang mana situasi ini perlu dalam
meransang proses P&P.

UPSI/SEM.6/AT14/991-03881/BA

26

PA 2053 : PEDAGOGI
GLOSARI

Terdapat beberapa model komunikasi yang dikemukakan oleh pakarpakar penyelidik yang sesuai diaplikasikan di dalam bilik darjah untuk
menghasilkan komunikasi berkesan. Antaranya ialah Model Shannon dan
Weaver, yang menekankan bahawa komunikasi berkesan berlaku jika kadar
gangguan semasa masej disampaikan adalah kurang, Model Komunikasi
Kemanusiaan pula menegaskan, keberkesanan komunikasi banyak bergantung
kepada sikap dan kepercayaan guru dan pelajar semasa berkomunikasi dan
Model Wilbur Schramn pula menegaskan komunikasi yang berkesan hanya
berlaku di dalam bidang pengalaman yang bertindih di antara guru dengan
pelajarnya.
Bagi mewujudkan komunikasi berkesan guru perlu menyediakan
suasana yang kondusif dalam bilik darjah. Guru perlu bersikap positif dan
percaya terhadap pelajar, mengenali setiap pelajarnya, bersifat ramah dan
mesra serta menghormati pendapat atau pandangan yang dikemukakan oleh
pelajar. Semasa berinteraksi, guru perlu menggunakan nama yang disenangi
oleh pelajarnya, menggunakan bahasa yang mudah difahami, arahan yang
jelas, berintonasi dan jitu, bersemangat dalam penyampaian dan menjadi
pendengar yang aktif. Gunakan gerak fizikal, gerak isyarat dan ekspresi muka
ketika memberi penjelasan. Tunjukkan memek muka yang berseri agar pelajar
berasa mesra dan dekat dengan gurunya. Kaitkan pelajaran baru dengan
pelajaran yang sudah diketahui oleh pelajar.
Di dalam bilik darjah, komunikasi berkesan sering dijejaskan oleh
gangguan-gangguan seperti kebisingan, anggapan umum terhadap guru, emosi
guru atau pelajar, pelajar tidak memberi tumpuan, pemikiran pelajar tertutup
terhadap topik pembelajaran dan suasana bilik darjah yang kurang kondusif
seperti masalah pengudaran dalam bilik darjah, kebersihan kelas, susunan
kerusi meja yang tidak sesuai.
Sikap guru yang negatif akan menghalang komunikasi dua hala seperti
suka mengkritik, melabel pelajar, memberi arahan yang memaksa,
mempamerkan memek muka yang serius dan garang, bercakap tidak berhentihenti, guru tidak menumpukan perhatian sewaktu pelajar melontarkan
pendapat atau idea, bahasa guru yang sukar difahami iaitu pengunaan loghat
daerah, kadar percakapan yang laju, guru tidak bersedia menyampaikan
pengajaran dan aktiviti pengajaran tidak menarik.

UPSI/SEM.6/AT14/991-03881/BA

27

PA 2053 : PEDAGOGI
GLOSARI

Seorang guru yang berkesan mempunyai kemahiran interpesonal yang


tinggi supaya dapat menangani situasi P&P dengan berkesan. Kemahiran ini
boleh dipupuk dan dikembangkan selagi guru tersebut berusaha untuk
memperbaiki diri dan berusaha meningkatkan profesionnya.
Rujukan
http:// sedaka.net.tripod.com/clsroomcomu.htm
Mok Soon Sang, Pedagogi 1. Kurikulum Dan Pengurusan Bilik Darjah,
Kumpulan Budiman Sdn. Bhd., Kuala Lumpur, 1997.
Zuria Mahmud dan Salleh Amat, Model Interaksi Teraputik: Aplikasi Dalam
Bilik Darjah, Pendidikan Guru Alaf Baru, Fakulti Pendidikan, UKM,
Bangi, Selangor, 2000.

UPSI/SEM.6/AT14/991-03881/BA

28

PA 2053 : PEDAGOGI
GLOSARI

KONSTRUKTIVISME
Kontruktivisme merupakan proses pembelajaran yang menerangkan
bagaimana pengetahuan disusun dalam minda manusia. Mengikut fahaman
konstruktivisme, ilmu pengetahuan sekolah tidak boleh dipindahkan daripada
guru kepada pelajar dalam bentuk yang serba sempurna. Pelajar perlu
membina sesuatu pengetahuan mengikut pengalaman atau kebolehan mereka
masing-masing.
Menurut Borich dan Tombari (1997), dalam bukunya
Psychology. A Comtemporary Approach (m.s 177);

Educational

Constructivism. An approach to learning in which learners


are provided the opportunity to construct their own sense of
what is being learned by building internal connections or
relationship among the ideas and facts being taught.
Dalam definisi tersebut, beliau menjelaskan bahawa konstruktivisme
adalah pendekatan pembelajaran yang menyediakan peluang kepada pelajar
untuk membina kefahaman terhadap perkara yang dipelajari dengan
mewujudkan jaringan atau hubungan (dalam otak) antara idea dan fakta yang
sedang diajar atau dipelajari.
Menurut A.E. Woolfolk dalam bukunya Educational Psychology
(1998, m.s 277);
Contructivist perspectives View that emphasizes the active
role of the learner in building understanding and making sense
of information
Menurut Van Glasersfeld (1991), konsep baru dan pengetahuan baru
tidak boleh disampaikan kepada orang lain semata-mata dengan percakapan
sebab setiap orang mesti mengabstrak makna, konsep dan pengetahuan dari
pengalamannya sendiri.
Menurut Solmon (1990), kanak-kanak belajar melalui pengalaman
mereka semasa mereka berinteraksi secara fizikal dan persekitaran sosialnya.
Pembelajaran baru wujud bila idea lama diperbarui melalui penyelesaian
masalah dan membina konsep baru.

UPSI/SEM.6/AT14/991-03881/BA

29

PA 2053 : PEDAGOGI
GLOSARI

Pada asasnya, konstruktivisme dapat dilihat sebagai kepercayaan


bahawa pembelajaran bermula daripada pengetahuan dan pengalaman yang
disimpan dalam stor memori atau stuktur kognitif pelajar. Dalam proses
pembelajaran, maklumat baru diproses dan diserap untuk dijadikan sebahagian
daripada struktur kognitif dalam minda pelajar. Pembelajaran bermakna akan
berlaku apabila maklumat baru dapat dikaitkan dengan struktur kognitif.
Pembelajaran bermakna (meaningful learning) mengikut John Dewey (1966)
mencakupi learning by doing yang kemudiannya dapat membantu pelajar
berfikir dan membentuk kefahaman tentang masalah yang cuba untuk
dihuraikan.
Glaser (1986) mengklasifikasikan kurikulumnya seperti berikut;
1. Program yang berorientasikan proses
2. Program yang berasaskan pengetahuan sedia ada pelajar
3. Program yang berfokuskan pengajaran menggunakan pendekatan
heuristic iaitu pendekatan pembelajaran yang memberi peluang
kepada pelajar meneroka dan belajar sendiri tentang sesuatu. Ia
melibatkan penyelesaian masalah secara berstruktur
4. Program yang boleh menggalakkan pemikiran logikal semasa
mempelajari kemahiran asas.
Pengajaran
pembelajaran
berasaskan
konstruktivisme
menyeimbangkan peranan guru dan pelajar yang saling bersandar antara satu
sama lain. Guru berperanan sebagai fasilitator dan pembimbing. Guru perlu
menyusun atau menstruktur pengajaran dan pembelajaran di sekitar idea
utama atau penting berdasarkan pengetahuan sedia ada pelajar. Dalam
melaksanakan proses pembelajaran, guru tidak harus menganggap minda
pelajar adalah tin kosong (tabula rasa) yang perlu diisi dengan fakta dan
pengetahuan baru. Guru harus menimbulkan keraguan atau persoalan
mencabar dalam minda pelajar untuk menggalakkan pelajar meneroka mencari
jawapan. Pembelajaran yang dilaksanakan adalah usahasama kognitif (joint
cognitive venture) di antara guru dengan pelajar atau pelajar dengan pelajar.
Penilaian perlu dilaksanakan untuk mengukur kefahaman pelajar akan konsep
yang telah dibina.
Pembelajaran konstruktivisme adalah berpusatkan pelajar. Pelajar tidak
harus menganggap guru sebagai pembekal maklumat tetapi sebagai satu
daripada sumber pengetahuan untuk membantu diri mencari maklumat. Pelajar

UPSI/SEM.6/AT14/991-03881/BA

30

PA 2053 : PEDAGOGI
GLOSARI

perlu bertanggungjawab terhadap segala usaha untuk mencari pelbagai cara


memproses maklumat dan menyelesaikan masalah. Mereka perlu membuat
keputusan sendiri, berdisiplin dan melibatkan diri dengan aktif dalam aktiviti
pembelajaran. Pembelajaran konstruktivisme menggalakkan pembelajaran
berkumpulan. Oleh itu, pelajar perlu bekerjasama dengan rakan, membantu
pelajar yang lemah dan berkobelarasi dengan rakan yang pandai. Pelajar harus
bersedia menerima maklum balas guru dan rakan-rakan serta berusaha
memperbaiki diri.
Pengurusan bilik darjah memberikan impak besar dalam melaksanakan
pembelajaran konstruktivisme. Suasana bilik darjah adalah berpusatkan pelajar
dan bahan. Guru perlu faham bahawa kaedah penyoalan yang digunakan
bukan menguji kefahaman dan pengetahuan pelajar tetapi untuk menguji
kemahiran pelajar dalam membina konsep. Guru harus bijak menangani situasi
pembelajaran agar pembelajaran tidak terpesong dari hasil pembelajaran yang
dijangkakan. Guru perlu menerima murid sebagai individu yang mempunyai
ciri-ciri perlakuan yang berbeza di mana individu ini dianggap penting dalam
proses pembelajaran dan perlu diberi perhatian sewajarnya.
Ciri-ciri pendekatan konstruktivisme ialah;
1. Pelajar diberi peluang mengemukakan pandangan secara
konsep
2. Pelajar diberi peluang berkongsi persepsi antara satu sama lain
3. Pelajar digalakkan menghormati pandangan alternatif rakan
mereka
4. Semua pandangan pelajar dihormati dan tidak dipandang
rendah
5. Pembelajaran berpusatkan murid dan bahan
6. Aktiviti berdasarkan hands on dan minds on.
7. Guru mementingkan kemahiran sainstifik dan kemahiran
berfikir
8. Pelajar digalakkan melakukan refleksi proses pembelajaran
yang dilalui
9. Pelajar diminta dihubungkait idea asal dengan idea yang baru
dibina
10. Pelajar digalakkan mengemukakan hipotesis
11. Guru tidak menyampaikan maklumat secara terus kepada
pelajar
12. Pelajar banyak berinteraksi dengan rakan-rakan dan guru

UPSI/SEM.6/AT14/991-03881/BA

31

PA 2053 : PEDAGOGI
GLOSARI

13. Guru prihatin terhadap keperluan, kebolehan dan minat pelajar


14. Pelajar digalakkan bekerja secara kumpulan.
Terdapat banyak kaedah dan strategi pengajaran dan pembelajaran
konstruktivisme yang boleh dijalankan. Antaranya, pembelajaran penemuan
(discovery learning), latihan amalan kognitif (Cognitif apprenticeship),
Pengajaran resiprokal, pembelajaran kooperatif, pembelajaran koloborasi dan
pembelajaran masteri.
Pembelajaran kontruktivisme bukan sahaja akan menjadikan
pembelajaran lebih bermakna, malah ia membentuk konsep kendiri yang utuh
di kalangan pelajar dan berupaya membina konsep sahsiah yang amat
ditekankan dalam Falsafah Pendidikan Negara.
Rujukan
Noor Shah Saad, Fahaman Binaan, Nota Kuliah Teori dan Perkaedahan
Pendidikan Matematik, UPSI, 2000.
Ramlah binti Jantan, Konstruktivisme, Nota Kuliah Psikologi Pendidikan,
UPSI, 2001.

UPSI/SEM.6/AT14/991-03881/BA

32

PA 2053 : PEDAGOGI
GLOSARI

MOTIVASI
Istilah motivasi berasal dari perkataan Latin Movere yang bermaksud
menggerakkan. Perkataan lain yang sering digunakan menggantikan motivasi
ialah dorongan. Menurut Ee Ah Meng (1994), motivasi bermakna sesuatu
usaha yang menggerakkan seseorang individu untuk melakukan sesuatu.
Menurut H.W. Bernard dalam bukunya yang bertajuk Psychology Of
Learning, motivasi ialah perkara yang memulakan dan mengekalkan
penglibatan murid di dalam tindakan pembelajaran. Motivasi ialah peransang
tindakan terhadap sesuatu tujuan yang dulunya hanya terdapat sedikit ataupun
tiada minat terhadap tujuan itu. Motivasi juga ialah proses membangkitkan,
mengekalkan dan mengawal minat.
Dalam pengajaran bilik darjah, motivasi merupakan unsur penting
untuk mengekalkan minat pelajar melibatkan diri secara aktif dalam kegiatan
pembelajaran. Guru pula sentiasa menghadapi cabaran untuk meransang,
menggerak dan mengekalkan minat pelajar dalam pembelajaran dan
menghasilkan tingkah laku yang sesuai.
Motivasi dapat diransangkan oleh insentif dan motif. Insentif
merupakan galakan yang dapat mendesak seseorang itu supaya bertindak
untuk mendapatkan ganjaran. Dalam proses P&P insentif diberikan dalam
bentuk hadiah, mata, gred, pujian dan senyuman. Ini akan mendorong pelajar
belajar dengan lebih tekun.
Motif ialah kecenderungan untuk bertindak melakukan sesuatu. Motif
menggerakkan seseorang individu dan mendorongnya untuk mencapai sesuatu
matlamat walaupun melalui suatu tempoh yang lama. Dalam situasi
pembelajaran, motif dapat membangkitkan dorongan dalaman seseorang
pelajar untuk turut serta dalam aktiviti pembelajaran. Dorongan dalaman ini
adalah seperti keperluan, minat, sikap dan emosi yang mungkin lahir secara
semulajadi atau berpandu kepada pengalaman dan kehendak persekitaran.
Motif bertindak sebagai pengarah tingkah laku dari segi mengekalkan minat
pelajar untuk belajar.
Motivasi dikategorikan kepada dua jenis iaitu motivasi intrinsik dan
motivasi ekstrintik. Motivasi intrinsik wujud dari dalaman seseorang individu
dan berasaskan kepada kepuasan diri dan keserokan dalaman bukan untuk

UPSI/SEM.6/AT14/991-03881/BA

33

PA 2053 : PEDAGOGI
GLOSARI

mendapatkan ganjaran. Motivasi intrinsik menitikberatkan galakan kebebasan


belajar berasaskan minat dan keseronokan belajar. Kaedah ini akan membawa
kesan pembelajaran yang lebih berkesan. Contohnya, pelajar akan meneruskan
sesuatu topik pembelajaran yang diminatinya walaupun guru tidak mengajar
topik itu lagi.
Motivasi ekstrinsik merupakan dorongan luaran. Seorang guru yang
menghadiahkan buku kepada pelajarnya yang mendapat tempat pertama dalam
kelas dikatakan telah menggunakan motivasi jenis ekstrinsik. Walau
bagaimanapun, motivasi ekstrinsif perlu diawasi oleh seseorang yang
berautoriti dan selalu mengarahkan pelajar melakukan sesuatu. Akibatnya,
pelajar tersebut terlalu bergantung kepada tarikan ganjaran luar untuk belajar.
Ini boleh mengabaikan pembelajarn sebenar. Lantaran, guru perlu mengekang
keadaan ini dengan bijak mengatur jenis motivasi ini.
Guru yang mengamalkan strategi P&P yang pelbagai dan menyerap
kedua-dua jenis motivasi ini akan menarik perhatian pelajar terhadap
pembelajaran, menimbulkan dan mengekalkan minat pelajar untuk belajar,
menimbulkan perasaan ingin tahu pelajar terhadap sesuatu perkara,
menggalakkan semangat persaingan yang positif di kalangan pelajar,
menghasilkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan, dan hasilnya akan
membantu pencapaian objektif pembelajaran yang dihasratkan.
RUJUKAN
Ee Ah Meng, Psikologi Dalam Bilik Darjah, Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd.,
Kuala Lumpur, 1994.
Lee Shok Mee, Teori Dan Aplikasi Psikologi Dalam Pengajaran Dan
Pembelajaran, Kumpulan Budiman Sdn. Bhd., Kuala Lumpur, 1996.
Sharifah Alwiyah Alsagoff, Psikolosi Pendidikan II. Psikologi Pembelajaran
Kognitif, Bimbingan Dan Kaunseling, Longman, Kuala Lumpur, 1992.

UPSI/SEM.6/AT14/991-03881/BA

34

PA 2053 : PEDAGOGI
GLOSARI

PEDAGOGI
Pedagogi merupakan perkataan Yunani Pedagogue yang bermaksud
seorang tutor atau pendidik yang mempunyai bakat dan kebolehan untuk
melaksanakan tugas-tugas pengajaran yang berkesan, khasnya dalam bidang
perkembangan kanak-kanak atau bidang kognitif, psikologi dan afektif kanakkanak.
Menurut Concise Encyclopaedia Britannica, ditinjau dari sudut
tradisi, pedagogi merupakan suatu seni pengajaran yang melibatkan
penggunaan kaedah dan teknik mengajar.
Kamus A New English Dictionary menerangkan pedagogi sebagai
ilmu pendidikan atau kaedah mengajar. Kamus Dwibahasa pula
menterjemahkan pedagogi sebagai ilmu pendidikan.
Pedagogi didefinisikan sebagai satu sesi pengajaran yang melibatkan
penggunaan kaedah atau teknik mengajar. Konsep pedagogi berkembang
selari dengan perubahan masa dan disiplin pedagogi kini bercorak sainstifik
atas prinsip-prinsip dan kaedah-kaedah mengajar merangkumi proses
pengajaran yang optimum. Aliran pendidikan masa kini lebih menekankan
pedagogi berasaskan kemahiran berfikir dan pemusatan pembelajaran
(centered learning).
Bidang kajian pedagogi adalah luas. Kajian ini merangkumi segala
aspek yang berkaitan dengan P&P di bilik darjah, seperti pendekatan, kaedah,
teknik dan strategi P&P, organisasi sekolah dan bilik darjah, kurikulum dan
sukatan pelajaran, pengujian dan penilaian, pemulihan dan pengayaan dan
sebagainya.
Menurut Shulman (1988), seorang bakal guru harus dilatih menguasai
domain pengetahuan tentang subjek, pengetahuan konten pedagogi,
pengetahuan tentang kurikulum, pengetahuan tentang pelajar, pengetahuan
tentang matlamat pendidikan, dan pegetahuan tentang pedagogi am.
Penguasaan dalam bidang-bidang ini membolehkan seseorang guru
menyampaikan P&P dengan berkesan.

UPSI/SEM.6/AT14/991-03881/BA

35

PA 2053 : PEDAGOGI
GLOSARI

Seseorang guru yang berkesan semestinya berkebolehan


menterjemahkan maklumat dan pengetahuan ke dalam bentuk yang mudah
difahami oleh pelajar. Keupayaan melakukan ini dinamakan sebagai
pengetahuan konten pedagogi. Cabaran besar kepada seorang guru adalah
untuk menyampaikan perkara-perkara abstrak supaya dapat difahami oleh
pelajarnya.
Di dalam kurikulum perguruan, pedagogi merupakan suatu bidang
pendidikan yang terpenting untuk dikaji dan dipelajari bukan sahaja oleh guru
pelatih di maktab perguruan malah bakal guru siswazah di universiti sebagai
persediaan diri sebelum bergelar guru sebenar. Malah setiap guru digalakkan
mengikuti perkembangan dan menguasai aliran pedagogi masa kini agar
proses P&P lebih efektif dan berkesan serta memenuhi matlamat pendidikan
semasa.

Rujukan
Mok Soon Sang, Pedagogi 1. Kurikulum Dan Pengurusan Bilik Darjah,
Kumpulan Budiman Sdn. Bhd., Kuala Lumpur, 1997.
Noor Shah Saad, Teori dan Perkaedahan Pendidikan Matematik, Prentice
Hall, Petaling Jaya, 2001.

UPSI/SEM.6/AT14/991-03881/BA

36

PA 2053 : PEDAGOGI
GLOSARI

PEMBELAJARAN PENGUASAAN
Pembelajaran penguasaan atau masteri adalah satu pendekatan
pengajaran dan pembelajaran supaya pelajar dapat menguasai apa yang diajar.
Menurut John B. Carroll (1963), aptitud pelajar adalah sama dengan
kadar pembelajaran pelajar. Menurut beliau lagi, semua kanak-kanak
mempunyai potensi untuk belajar dengan baik. Yang membezakan mereka
ialah masa yang mereka perlukan untuk belajar. Sesetengah kanak-kanak
belajar dengan cepat, sedangkan yang lain memerlukan masa yang lebih lama.
Carroll percaya jika setiap kanak-kanak diberikan cukup masa untuk belajar
sehingga mencapai suatu aras kriteria yang ditetapkan, dan jika kanak-kanak
tersebut menggunakan masa itu dengan cara yang sesuai, kanak-kanak tersebut
boleh mencapai aras pencapaian yang ditentukan.
B.S. Bloom sangat berminat dan bersetuju dengan model Carroll.
Bloom telah mengkaji pengajaran individu dan pengajaran bertutor (1 guru 1
pelajar). Beliau juga mengkaji aktiviti dan strategi pelajar-pelajar yang berjaya
untuk mengetahui apa yang membezakan mereka daripada pelajar yang
kurang berjaya. Menurut Bloom (1998), di dalam Woolfolk, pembelajaran
penguasaan berasaskan andaian bahawa pelajar boleh menguasai objektif
pembelajaran yang ditetapkan sekiranya diberi arahan yang jelas dan masa
yang mencukupi. Menurut beliau lagi, terdapat dua eleman penting dalam
pembelajaran penguasaan iaitu;
1. maklum balas, pembetulan dan proses pengayaan
2. kesesuaian dan keselarasan antara komponen-komponen
pengajaran.
Dalam proses pembelajaran penguasaan, guru harus memastikan
semua pelajar dapat menguasai perkara-perkara yang diajar dalam satu unit
pembelajaran atau tajuk sebelum berubah ke unit pembelajaran atau tajuk yang
lain. Sasaran pencapaian dalam pembelajaran penguasaan ialah semua pelajar
harus mendapat sekurang-kurangnya markah 80%. Guru boleh memulakan
sasaran pencapaian sebanyak 50% pada permulaannya, kemudian harus
dinaikkan beransur-ansur kepada markah 80%.

UPSI/SEM.6/AT14/991-03881/BA

37

PA 2053 : PEDAGOGI
GLOSARI

Rajah di bawah meringkaskan proses pembelajaran penguasaan.


UNIT PEMBELAJARAN 1

Penentuan Hasil Pembelajaran

Pengajaran dan Pembelajaran

Penilaian

Aktiviti
Pengayaan

Ya

Sudahkah
pelajar
menguasai?

Tidak

Aktiviti
Pemulihan

Ya
UNIT PEMBELAJARAN 2

Sumber: Ahmad Hozi bin H.A. Rahman, 1996


Tiada satu kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang
terbaik untuk pembelajaran penguasaan kerana kebolehan dan gaya
pembelajaran setiap pelajar adalah berbeza antara satu sama lain. Kaedah atau
aktiviti pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih berkesan sekiranya
guru;
1. menggunakan aktiviti yang berpusatkan pelajar, menarik dan
menyeronokkan. Guru juga boleh menggunakan kaedah pengajaran
koperatif dengan memberi tugasan, projek atau masalah untuk
pelajar belajar secara pasangan, kumpulan atau kelas.
2. menggunakan pelbagai bahan bantu mengajar yang sesuai dan
menarik.
3. mengambil kira tahap kebolehan dan gaya pembelajaran pelajar
untuk memahami dan menghayati sesuatu perkara.

UPSI/SEM.6/AT14/991-03881/BA

38

PA 2053 : PEDAGOGI
GLOSARI

4. menjalankan penilaian formatif untuk menentukan sama ada


mereka sudah menguasai perkara yang telah diajar
5. menjalankan aktiviti pemulihan dan pengayaan
Dalam pembelajaran penguasaan, guru berperanan sebagai pemimpin,
pengajar dan fasilitator pembelajaran. Guru perlu bijak menentukan hasil
pembelajaran yang akan dicapai oleh pelajarnya. Hasil pembelajaran tersebut
perlulah realistik agar pelajar terus bermotivasi untuk belajar. Kemudian, guru
perlu mengubahsuai kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang
sesuai, selaras dengan kebolehan dan gaya pembelajaran pelajar.
Guru perlu melatih pelajar dalam kemahiran belajar dan kemahiran
berfikir supaya mereka mendapat menjadi pelajar yang berdikari di samping
menerapkan nilai-nilai murni agar mereka menjadi pelajar yang seimbang dari
segi JERI. Ujian diagnostik dilaksanakan untuk mengenal pasti pelajar yang
belum dan sudah menguasai apa yang telah diajarkan. Pelajar yang belum
menguasai hasil pembelajaran akan diberi pemulihan manakala pelajar yang
sudah menguasai akan menjalankan aktiviti pengayaan. Prestasi pelajar
kemudiannya dinilai melalui ujian sumatif.
Dalam pembelajaran penguasaan, pelajar berperanan sebagai seorang
yang berdikari dan boleh meransang diri untuk belajar serta menguasai apa
yang diajarkan. Pelajar harus tahu apakah hasil pembalajaran yang harus
dikuasai. Mereka harus betul-betul memahami dan menguasai apa yang
diajarkan. Sekiranya pelajar tidak memahami sesuatu perkara yang diajarkan,
mereka perlu memberitahu dan bertanya guru tentang perkara yang tidak
difahami atau dikuasainya itu. Pelajar perlu balajar dengan tekun, tabah,
bermotivasi dan mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi serta berdaya usaha
untuk mendapatkan ilmu. Pelajar juga perlu berdisiplin dalam menjalankan
aktiviti yang dirancangkan untuknya sama ada aktiviti pemulihan atau
pengayaan.

UPSI/SEM.6/AT14/991-03881/BA

39

PA 2053 : PEDAGOGI
GLOSARI

Dalam melaksanakan pembelajaran penguasaan, guru mungkin


menghadapi pelbagai masalah dan tiada penyelesaian yang tepat yang dapat
diberi untuk menyelesaikan masalah tersebut. Guru perlu bijak menangani
situasi agar proses pembelajaran berjalan lancar dan pelajar dapat
mengekalkan minat untuk belajar. Kejayaan pembelajaran penguasaan juga
bergantung kepada kebijaksanaan guru menguruskan bilik darjah. Suasana
bilik darjah yang kondusif akan meransang proses pembelajaran.

Rujukan
Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Konsep
Dan Perlaksanaan Pembelajaran Masteri Dalam KBSR dan KBSM,
Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur, 1997.
Ramlah binti Jantan, Konstruktivisme,
Pendidikan,UPSI, 2000.

Nota

Kuliah

Psikologi

Razmah Man, Pembelajaran Penguasaan, Nota Kuliah Pedagogi, UPSI,


2001.

UPSI/SEM.6/AT14/991-03881/BA

40

PA 2053 : PEDAGOGI
GLOSARI

PENDEKATAN PENGAJARAN PEMBELAJARAN


Menurut Noor Shah (2001), di dalam bukunya Teori Perkaedahan
Pendidikan Matematik m.s. 46, pendekatan adalah cara bagaimana satu mata
pelajaran akan disampaikan. Umumnya, dalam aspek pedagogi, P&P dapat
dilaksanakan melalui tiga pendekatan yang berikut;
1. Pemusatan Guru
2. Pemusatan Pelajar
3. Pemusatan Bahan
P&P berpusatkan guru juga dikenali sebagai pendekatan tradisional.
Dalam pendekatan ini, guru merupakan sumber pengetahuan dan berperanan
sebagai pemindah pengetahuan dan pengalamannya kepada pelajar. Justeru,
guru perlu menguasai bidang pengkhususannya. Di dalam bilik darjah, guru
sebagai seorang pendeta di atas pentas (Salleh Hassan, 1997) di mana
pertuturan dan gelagatnya menjadi tumpuan pelajar. Antara kaedah P&P yang
digunakan dalam strategi ini ialah kaedah demonstrasi, syarahan, bercerita,
kaedah eksposisi/penerangan.
P&P berpusatkan pelajar menggalakkan pelajar melibatkan diri secara
aktif dalam aktiviti pembelajaran mereka. Guru berperanan sebagai fasilitator
atau pemudahcara. Suasana pembelajaran dalam pendekatan berpusatkan
pelajar pula akan memberi ruang yang lebih kepada pembelajaran terarah
kendiri (self-directed), kemampuan sendiri (self-paced) dan belajar kendiri
(self-accessed). Sementara itu, pembelajaran bilik darjah pula akan
memperlihat ciri-ciri kelenturan (fleksibelity). Aktiviti pembelajaran pula lebih
berfokus kepada pembinaan minda pelajar. Dalam keadaan ini, kualiti
pengajaran dan pembelajaran akan berada pada tahap yang paling optimum
bagi setiap pelajar ( Salleh Hassan, 1997). Antara kaedah pengajaran yang
digunakan ialah kaedah perbincangan, kaedah deduktif, kaedah penyelesaian
masalah, kaedah fahaman binaan.
Bahan pelajaran memainkan peranan penting dalam P&P. Bahan-bahan
ini terdiri daripada bahan pengajaran dan bahan pembelajaran. Bahan-bahan
pengajaran adalah bahan yang digunakan oleh guru seperti carta, model,
gambar dan slaid. Bahan pembelajaran adalah lembaran kerja, bahan
manipulatif komputer dan peralatan/ perkakasan. Antara kaedah P&P

UPSI/SEM.6/AT14/991-03881/BA

41

PA 2053 : PEDAGOGI
GLOSARI

pemusatan bahan ialah kaedah fahaman binaan, kaedah pengajaran


berbantukan komputer.
Dalam Kertas Kerja Konsep Sekolah Bestari (Kementerian Pendidikan
1997,a), ditegaskan bahawa pendekatan P&P yang dilaksanakan di sekolah
tersebut adalah P&P berpusatkan pelajar dan bahan. Peranan guru dalam
pendekatan ini adalah sebagai fasilitator atau pemudahcara. Guru akan
mengenal pasti matlamat, mendefinisikan hala tuju pelajarnya, memandu
kemajuan pelajar ke arah mencapai matlamat tersebut dan membenarkan
pelajar belajar mengikut kadar sendiri. Guru memberi sokongan psikologi dan
galakan. Selain itu, mereka juga menilai dan mentaksir kemajuan pelajar,
mengenal pasti kelemahan dan membuat keputusan tentang jenis latihan yang
diperlukan. (Pasukan Petugas Sekolah Bestari, 1997)

Rujukan
Noor Shah Saad, Teori dan Perkaedahan Pendidikan Matematik, Prentice
Hall, Petaling Jaya, 2001.
Juriah Long & rakan-rakan, Pendidikan Dan Latihan Guru Bahasa Alaf
Baru, Pendidikan Guru Alaf Baru, Fakulti Pendidikan, UKM, Bangi
Selangor, 2000.

UPSI/SEM.6/AT14/991-03881/BA

42

PA 2053 : PEDAGOGI
GLOSARI

PENGAJARAN BERKESAN
Menurut Huntuer (1969), pengajaran berkesan ialah pengajaran yang
dapat meningkatkan pembelajaran dalam diri pelajar. Pembelajaran yang
berkesan pula berlaku dalam suasana sihat dan bersemangat.
Shahril (1998), mendifinisikan konsep pengajaran pembelajaran
berkesan sebagai kebolehan guru untuk mengajar dengan baik dan berkesan
serta dapat memotivasikan pelajar untuk terus belajar mencapai
kecemerlangan dalam bidang akademik. Pengajaran guru yang baik pula
bermakna ia dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran, menyedia dan
menggunakan alat bantu mengajar (ABM), mendalami isi pelajaran yang
hendak diajar, mengetahui kebolehan pelajar menerima pelajaran, memberi
motivasi kepada pelajar, dapat mengawal kelakuan pelajar, dapat mewujudkan
iklim pembelajaran yang kondusif, mengumpulkan pelajar mengikut
kumpulan, dan memberi penilaian atau ujian yang kerap kepada pelajar.
Carroll (1963) telah mengemukakan satu model mengenai pengajaran
yang berkesan (Instructional Effectiveness). Dalam model itu, pengajaran guru
yang berkesan ditentukan oleh lima faktor, iaitu;
1. sikap (attitude)
2. kebolehan untuk memahami pengajaran (ability to understand)
3. ketekunan (perseverance)
4. peluang (opportunity)
5. kualiti pengajaran (quality of insruction)
Dalai kajian yang dijalankan oleh Carroll (1963,1989), jika sikap
pelajar terhadap pelajaran adalah tinggi, maka ia akan memudahkan mereka
untuk memahami pelajaran. Dengan itu, ia terus memacu dan mendorong
pelajar untuk tekun belajar, dan akhirnya memahami sesuatu kemahiran
dengan mudah.
Satu lagi model tentang pengajaran guru yang berkesan ialah Model
Slavin (1987) yang memberi empat kriteria, iaitu;
1. kualiti pengajaran (quality of instruction)
2. kesesuaian aras pengajaran (appropriate level of instruction)
3. insentif (incentive)
4. masa (time)

UPSI/SEM.6/AT14/991-03881/BA

43

PA 2053 : PEDAGOGI
GLOSARI

Bagi Shahril (1998), kualiti pengajaran ialah keupayaan guru untuk


menyampaikan isi pelajaran atau kemahiran dengan mudah difahami oleh
pelajar, mudah diingat dan dalam keadaan yang menyeronokkan. Antara
dapatan kajian berhubung dengan kriteria kualiti pengajaran berkesan ialah;
1. keupayaan guru menyampaikan isi-isi pengajaran secara tersusun
dan sistematik (Kallison, 1986)
2. menggunakan bahasa yang mudah (Land, 1987)
3. penerangan guru yang jelas besertakan contoh-contoh berkaitan
(Mayer & Gallini, 1994)
4. penekanan kepada isi-isi penting serta dikaitkan dengan
pengalaman sedia ada pelajar (King & Menke, 1992)
5. penggunaan ABM yang berkesan dalam menerangkan sesuatu
konsep (Hiebert, Wearne & Taber, 1991; Kozma, 1991)
6. objektif pelajaran yang jelas dan khusus, isi kandungan yang
mencukupi, dan di akhir sesuatu pelajran, guru perlu mengadakan
penilaian (Shahril, 1998)
Aras pengajaran yang sesuai bermaksud guru dapat menyesuaikan isi
pengajarannya dengan kebolehan dan keupayaan pelajar. Guru harus sedar
bahawa setiap pelajar mempunyai kebolehan dan keupayaan yang berbezabeza.
Ini selaras dengan proses pengajaran mengikut Model Glaser (1962)
yang dipetik oleh Mok Soon Sang (1991), yang telah mengaitkan empat
komponen penting iaitu objektif pengajaran, pengetahuan sedia ada, kaedah
mengajar, dan penilaian. Ringkasan model Glaser adalah seperti berikut:
Objektif
Pengajaran

Pengetahuan
Sedia Ada

Kaedah
Mengajar

Penilaian

Maklum Balas

UPSI/SEM.6/AT14/991-03881/BA

44

PA 2053 : PEDAGOGI
GLOSARI

Insentif bermaksud keupayaan guru memberi motivasi kepada pelajar


untuk terus belajar dan menyiapkan tugasan yang diberikan. Slavin (1994)
mencadangkan dua cara untuk guru memberi insentif, iaitu;
1. menyediakan pengajaran yang boleh menarik minat dan
menyeronokkan dengan cara mempelbagaikan kaedah pengajaran
dan penggunaan ABM
2. Memberi ganjaran atau pujian kepada pelajar yang dapat
menguasai sesuatu kemahiran dan memberi dendaan kepada pelajar
yang tidak dapat menguasainya.
Masa pula merujuk kepada masa pengajaran guru yang boleh
dibahagikan kepada dua iaitu masa yang diperuntukkan (allocated time) dan
masa sebenarnya yang digunakan oleh guru untuk mengajar (time-on-task atau
engaged time). Kajian Marliave, Fisher dan Dishaw (1978), yang membuat
penilaian ke atas guru permulaan (begining teacher) menunjukkan bahawa
masa yang diperuntukkan tidak memberi kesan kepada pencapaian pelajar
apabila masa itu diukur di peringkat kelas, tetapi masa sebenar (engaged time)
menunjukkan wujudnya hubungan yang positif dalam pencapaian pelajar.
Tidak ada cara mudah untuk mencapai pengajaran berkesan selain
bergantung kepada sikap dan daya usaha guru untuk merealisasikannya. Guru
harus peka, kreatif dan inovatif merancang dan melaksanakan pengajaran di
samping mengadakan refleksi untuk memperbaiki mutu pengajaran.
Pengajaran berkesan dapat dinilai apabila pelajar belajar dalam keadaan
tenang dan kondusif serta mencapai hasil pembelajaran yang optimum.
Rujukan
Mok Soon Sang, Pedagogi 2, Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. , Kuala
Lumpur,1991.
Shahril Marzuki, Pengajaran Guru Yang Berkesan Berdasarkan Model Slavin:
Satu Kajian Di Sekolah Rendah Berkesan Di Malaysia, Tesis Ijazah
Doktor Falsafah, Fakulti Pendidikan, UKM Bangi, 1998.
Zarin Ismail dan Abdullah Mohd Noor, Nilai Dan Penilaian Guru Pelatih.
Refleksi Penyelaras Latihan Industri Dan Amali, Pendidikan Guru Alaf
Baru, Fakulti Pendidikan, UKM, Bangi, 2000.

UPSI/SEM.6/AT14/991-03881/BA

45

PA 2053 : PEDAGOGI
GLOSARI

PENGURUSAN BILIK DARJAH


Pengurusan bilik darjah bermaksud strategi-strategi yang dijalankan
guru bertujuan mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan. Ini termasuklah usaha guru mendisiplin pelajar agar proses P&P
tidak terganggu.
Menurut Waber.W.A. (1999), pengurusan bilik darjah ialah semua
aktiviti yang dilaksanakan oleh guru untuk membentuk dan mewujudkan
suasana bilik darjah yang membantu keberkesanan dan kecekapan pengajaran.
Menurut Davis. G. (1983), personaliti guru, gaya pengajaran guru dan
amalan pengurusannya mencorakkan suasana bilik darjah. Suasana bilik
darjah mempengaruhi pencapaian pelajar, tahap kepuasan dalam bilik darjah
dan perasaan pelajar terhadap guru.
Kounin (1970) mendapati, kunci kepada pengurusan bilik darjah
berkesan ialah kebolehan guru menyedia dan melaksanakan pengajaran yang
menarik minat pelajar, tidak membosankan dan tidak memberi peluang kepada
pelajar melakukan salah laku.
Pengurusan bilik darjah yang berkesan adalah prasyarat pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan. Ia melibatkan kebolehan dan keupayaan guru
merancang dan melaksanakan strategi pengajaran dan pembelajaran terhadap
pelajarnya, mengekalkan minat dan keinginan pelajar untuk meneroka
pembelajaran yang diharapkan, mengawal tingkah laku pelajar supaya tidak
berlaku gangguan semasa proses P&P dan mewujudkan suasana kondusif yang
menggalakkan pindahan pembelajaran positif berlaku.
Guru bertanggungjawab memastikan pengurusan bilik darjah adalah
berkesan. Lantaran, sikap guru jelas mencorakkan pengurusan bilik darjah.
Untuk membantu pengurusan bilik darjah yang positif, guru perlu
menunjukkan sikap dan tingkah laku yang baik kepada rakan guru, ibu bapa
dan pelajar. Ini akan meninggalkan kesan hormat pelajar kepada guru. Guru
juga perlu menggunakan kuasa secara adil dalam menguruskan bilik darjah
termasuk memberi ganjaran dan hukuman kepada pelajar. Guru perlu
menghulurkan bantuan dan sokongan bila diperlukan oleh pelajarnya serta
menggalakkan kerjasama yang padu di kalangan pelajar. Untuk menjadikan

UPSI/SEM.6/AT14/991-03881/BA

46

PA 2053 : PEDAGOGI
GLOSARI

bilik darjah tempat yang kondusif untuk pembelajaran guru harus mencari
jalan membuat pelajar berasa dirinya disukai, diterima, terlibat, dihargai dan
selamat. Robiah Sidin dalam bukunya Classroom Management (1993), telah
menekankan aspek komunikasi guru mampu mencorakkan pengurusan bilik
darjah.
Terdapat empat peringkat proses pengurusan bilik darjah yang sentiasa
berkitar iaitu menentukan suasana bilik darjah yang diingini, menganalisis
suasana bilik darjah yang sedia ada, memilih dan menggunakan strategistrategi pengurusan dan menilai keberkesanan pengurusan. Proses pengurusan
bilik darjah ini diilustrasikan seperti rajah di bawah:

1.
Tentukan
suasana bilik
darjah yang
diingini

4.
Menilai
keberkesanan
pengurusan

3.
Pilih dan guna
strategi pengurusan

2.
Menganalisis
suasana bilik darjah
yang sedia ada
Sumber: Razmah Man (2001), Nota
Kuliah Pedagogi.
Terdapat empat model pengurusan bilik darjah yang utama yang boleh
diaplikasikan di dalam bilik darjah untuk membentuk suasana P&P yang
kondusif iaitu Model Asertif, Model Disiplin Tanpa Paksaan, Model
Modifikasi Tingkah Laku dan Model Disiplin Positif Bilik Darjah.
Dalam merealisasikan pengurusan bilik darjah yang positif, guru perlu
menggalakkan pelajarnya mengambil bahagian dan turut berperanan. Setiap
pelajar harus diberitahu tugas dan tanggungjawab mereka serta peranan
mereka melalui etika bilik darjah yang mereka rangkakan bersama-sama. Ini
akan menjadikan pelajar lebih bertanggung jawab dan bekerjasama

UPSI/SEM.6/AT14/991-03881/BA

47

PA 2053 : PEDAGOGI
GLOSARI

merealisasikan hasrat yang dipadu bersama. Guru pula harus lebih peka
mengenali pelajarnya supaya setiap perubahan pelajar sama ada positif atau
negatif dapat ditangani dengan bijak dan profesional.
Rujukan
Louis Cohen dan Lawrence Manion, (Terjemahan: Mohd. Noh Bidin),
Panduan Latihan Mengajar Edisi Kedua, DBP, Kuala Lumpur, 1989.
Mok Soon Sang, Pedagogi 1.Kurikulum Dan Pengurusan Bilik Darjah,
Kumpulan Budiman Sdn. Bhd., Kuala Lumpur, 1997.
Razmah Man, Pengurusan Bilik Darjah, Nota Kuliah Pedagogi Pendidikan,
UPSI, 2001.
Zuria Mahmud dan Salleh Amat, Model Interaksi Teraputik: Aplikasi Dalam
Bilik Darjah, Pendidikan Guru Alaf Baru, Fakulti Pendidikan, UKM,
Bangi, 2000.

UPSI/SEM.6/AT14/991-03881/BA

48

PA 2053 : PEDAGOGI
GLOSARI

PENILAIAN
Lumrah manusia memang suka menilai, namun rata-rata masih kurang
pasti erti penilaian dengan menganggap ia adalah penutup sesuatu urutan.
Penilaian adalah salah satu unsur yang wujud dalam kitaran yang berterusan.
Di dalam buku Educational Evaluation and Disicion Making yang
disunting oleh Dr. Stufflebean, penilaian ditakrifkan sebagai proses
menentukan, mendapatkan dan memberikan maklumat yang berguna untuk
membuat pertimbangan mengenai tindakan selanjutnya.
Dalam konteks pendidikan, penilaian ialah suatu sistem atau proses
yang meliputi aktiviti-aktiviti mengumpul maklumat tentang strategi dan
aktiviti pengajaran dan pembelajaran, untuk membuat analisis dan keputusan
dengan tujuan mengambil tindakan yang sewajarnya seperti merancang
aktiviti pengajaran dan pembelajaran selanjutnya dengan cara yang lebih
berkesan.
Penilaian dalam sistem pendidikan seharusnya menyeluruh. Ia
merangkumi kesediaan, perkembangan dan aptitut pelajar agar dapat
membantu dalam merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang
menekankan kepada melahirkan insan yang seimbang dan menyeluruh.
Penilaian yang berkualiti, esah, tekal, keobjektifan, kebolehtadbiran,
kemudahtafsiran, anjal dan mesra membantu dalam memberi maklumat
tentang gaya pembelajaran dan kemampuan pelajar.
Tujuan Penilaian:
1. Mengumpul maklumat tentang pencapaian pelajar berasaskan
kesediaan belajar. Ini kerana,
setiap individu mempunyai
kesediaan pembelajaran yang berbeza-beza. Pengalaman dan latar
belakang pelajar mempengaruhi faktor kesediaan mereka untuk
menerima pembelajaran. Oleh itu, penilaian tahap kesediaan
belajar perlu diadakan untuk dijadikan aras peringkat permulaan
proses pembelajaran hendak dilakukan.
2. Penilaian dijalankan untuk mengukur sejauh mana objektif
pembelajaran yang ditetapkan dapat dicapai. Penetapan objektif

UPSI/SEM.6/AT14/991-03881/BA

49

PA 2053 : PEDAGOGI
GLOSARI

pembelajaran perlulah realistik agar pelajar lemah tidak terus rasa


ketinggalan dan pelajar cemerlang tetap merasai cabaran dan
keseronokkan.
3. Penilaian bertujuan mengenalpasti pelajar cemerlang, sederhana
dan lemah. Seterusnya, menganalisa hasil-hasil yang sudah dan
belum dikuasai oleh pelajar. Klasifikasi ini perlu untuk merancang
strategi pembelajaran seterusnya samada diberi pengayaan,
pemulihan atau pengulangan.
4. Penilaian menjadi suatu proses untuk mengetahui sejauh mana
pengalaman pembelajaran yang telah dibentuk dan disusun dapat
menghasilkan jangkaan yang diharapkan. Lantaran penilaian dapat
menentukan kekuatan dan kelemahan rancangan yang telah
diusahakan, keberkesanan kaedah, aktiviti dan strategi yang
digunakan oleh guru untuk melaksanakan pembelajaran. Melalui
penilaian ini, guru dapat mengenalpasti bahagian manakah yang
berkesan dan memerlukan pengubahsuaian untuk melaksanakan
pembelajaran yang seterusnya.
5. Penilaian dapat mengdiagnosiskan punca dan sebab-sebab pelajar
lemah sesuatu pembelajaran. Kemungkinan pelajar menerima
tafsiran yang menyimpang daripada jangkaan pembelajaran, salah
konsep atau kecuaian. Fenomena ini perlu diperbetulkan agar ia
tidak menjadi virus yang mengganggu aliran kefahaman kemahiran
pembelajaran akan datang.
Terdapat dua jenis penilaian yang sering diaplikasikan dalam sistem
pendidikan kita iaitu penilaian formatif dan penilaian sumatif. Penilaian
formatif adalah penilaian berterusan yang dilakukan semasa pengajaran dan
pembelajaran seperti soalan lisan, latihan harian, pemerhatian tingkah laku,
ujian mingguan atau ujian bulanan. Penilaian sumatif adalah penilaian secara
formal yang dilakukan dengan memberi ujian atau peperiksaan dalam satu
tempoh masa yang ditetapkan seperti peperiksaan akhir tahun, PMR, SPM dan
STPM. Penilaian sumatif boleh berbentuk lisan, bertulis, amali atau projek.
Penilaian diakui penting dalam sistem pendidikan sehinggakan
berlakunya kecurian soalan SPM 2001 di Kelantan. Ini berlaku kerana,
masyarakat rata-rata menganggap peperiksaan-peperiksaaan penting ini

UPSI/SEM.6/AT14/991-03881/BA

50

PA 2053 : PEDAGOGI
GLOSARI

mengklasifikasikan pelajar berjaya dan gagal. Jika berjaya, maka pelajar


tersebut dianggap berjaya di dalam hidup, manakala jika gagal, musnahlah
masa depannya. Tanggapan beginilah yang perlu diubah, kerana dalam
penilaian tetap berlaku kekangan-kekangan yang tidak dapat dielakkan seperti
keputusan diluar jangkaan. Mungkin fenomena ini berlaku kerana sistem
penilaian pendidikan kita yang cenderung kepada Paper Chase. Walau
bagaimanapun, keadaan ini akan berubah sekiranya pelajar, guru dan
masyarakat bekerjasama membentuk satu kurikulum yang menyeluruh bentuk
penilaiannya.

Rujukan
Mak Soon Sang, Pedagogi 3: Pengujian Dan Penilaian, Pemulihan,
Pengayaan Dan Pendidikan Inklusif, Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.,
Kuala Lumpur, 1997.
Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Konsep
Dan Perlaksanaan Pembelajaran Masteri Dalam KBSR dan KBSM,
Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur, 1997.
Ruslin Amir, Nor Kefli Sulong dan Jamaludin Badusah, Sekolah Bestari:
Kepentingan penyesuaian Sumber Multimedia dan Internat Dalam
Pengajaran Dan Pembelajaran, Pendidikan Guru Alaf Baru, Fakulti
Pendidikan, UKM, Bangi, 2000.

UPSI/SEM.6/AT14/991-03881/BA

51

PA 2053 : PEDAGOGI
GLOSARI

REFLEKSI
Manusia belajar daripada pengalaman. Namun, tidak semua
pengalaman berguna. Untuk memastikan pembelajaran memberi manafaat,
refleksi yang berdisiplin perlu dijalankan kerana berfikir sahaja tidak
mencukupi. Berfikir tidak mempunyai matlamat yang jelas. Tegasnya, refleksi
dijalankan bertujuan meningkatkan amalan profesional.
Boud, Keogh dan Walker (1985) telah mendifinisikan refleksi sebagai:
Generic term for intelectual ang effective in which individuals
engage to explore their experience in order to lead to new
understandings and application
Dalam difinisi tersebut beliau menjelaskan refleksi adalah merujuk
kepada aktiviti-aktiviti intelektual dan afektif, di mana seseorang individu
melibatkan diri meneroka pengalaman-pengalanan mereka bagi memperoleh
kefahaman dan penghayatan baru.
Menurut John Longhran (1996), refleksi merupakan satu aktiviti
manusia yang penting di mana individu mengingat, memikir dan menilai
semula pengalaman mereka.
Menurut Locke (1961), refleksi ialah idea yang dihasilkan oleh fikiran
dengan membuat renungan terhadap operasi yang wujud dalam fikiran itu
sendiri.
Nik Aziz (1996), mendifinisikan refleksi sebagai kesedaran operasi
fikiran atau kebolehan untuk memerhatikan operasi itu sendiri.
Menurut Kamus Dewan (Edisi Ketiga, 1996), perkataan refleksi adalah
perkataan Indonesia-Belanda yang membawa maksud bayangan, gambaran.
Refleksi ialah renungan sistematik yang dilakukan oleh guru terhadap
perkara-perkara yang dilakukan semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
Ia merangkumi pengesanan yang dijalankan berterusan tentang aktiviti di
dalam bilik darjah dari aspek-aspek keberkesanan tugasan, wacana dan
persekitaran dalam usaha memupuk perkembangan literasi setiap pelajar. Guru
harus memerhati, mendengar dan mengumpul maklumat mengenai pelajarnya

UPSI/SEM.6/AT14/991-03881/BA

52

PA 2053 : PEDAGOGI
GLOSARI

untuk menilai apa yang telah dipelajari supaya dapat mengubahsuai aktiviti
semasa mengajar, mencabar dan memperkembangkan idea-idea pelajar serta
merekacipta cara-cara pengajaran pembelajaran yang berkesan.
Menurut Elliot (1993), refleksi yang sistematik adalah cara untuk
meningkatkan mutu keputusan dan tindakan profesional yang dibuat oleh
seseorang guru. Melalui refleksi yang sistematik, guru dapat mengetahui
kelemahan dalam pengajaran dan kelemahan ini akan dibaiki supaya tidak
berulang lagi. Melalui refleksi, guru juga dapat mengesan kaedah pengajaran
yang berkesan dan sentiasa cuba membuat perubahan agar proses pengajaran
lebih bermakna. Lantaran, refleksi adalah satu proses yang berterusan atau
berkitar seperti yang diringkaskan dalam rajah di bawah;
Pengalaman (proses
pengajaran)

Teori & konsep


peribadi untuk diuji
dalam situasi baru

KITARAN
REFLEKSI

Pemerhatian, analisis
dan refleksi

Pembentukan konsep
dan prinsip

Terdapat banyak cara untuk membuat refleksi ke atas pengalaman.


Melalui refleksi, pengalaman menjadi lebih berharga. Salah satu cara untuk
membangunkan pemikiran refleksi ialah dengan penulisan jurnal.

UPSI/SEM.6/AT14/991-03881/BA

53

PA 2053 : PEDAGOGI
GLOSARI

LaBoskey (1993) telah membina kerangka konsepsual refleksi yang


telah diringkaskan seperti berikut;
Kandungan
Praktikal, teori

Pendorong
Dalaman
Luaran

Perlakuan
refleksi

Sikap
Keterbukaan,
Tanggungjawab
kesungguhan

Proses
Difinisi masalah
Analisis
Generalisasi
Konteks
Lokasi, masa,
struktur

Kefahaman
baru

Selesai
masalah
amalan

Ubahsuai dari sumber: V.K. LaBoskey.(1993). A


conceptual framework for reflection in preservice teacher
education, dalam J. Calderhead & P. Gates.
Conceptualizing reflection in teacher development.
Landon: The Falmer Press.

Refleksi merupakan proses mengkaji semula keberkesanan pengajaran


dan pembelajaran untuk mempertingkatkan kemahiran keguruan. Terdapat
beberapa peraturan untuk melaksanakan refleksi, iaitu;
1. Refleksi dibuat selepas sesi pengajaran dalam masa tidak melebihi
48 jam kerana dalam jangka masa ini guru mengingati urutan
peristiwa dengan jelas. Antara persoalan yang harus dijawab ialah ;
Sejauhmana objektif pengajaran tercapai?; Apakah kelemahan
saya?; Apakah langkah-langkah yang boleh saya baiki?; Apakah
kelebihan aktiviti pengajaran ini?; Apakah faktor-faktor yang
membantu saya?; Adakah bahan yang digunakan sesuai?.

UPSI/SEM.6/AT14/991-03881/BA

54

PA 2053 : PEDAGOGI
GLOSARI

2. Membuat refleksi secara keseluruhan dalam satu sesi pengajaran


yang telah dilaksanakan. Sentiasa memberi persoalan seperti;
Apakah perasaan saya?; Adakah pembelajaran telah berlaku?;
Bagaimana saya mengetahui pembelajaran telah berlaku?.
3. Mengingat kembali maklum balas mengenai pengajaran dan
pembelajaran dari pelbagai sumber seperti murid dan rakan
sejawat.
4. Mencari penyelesaian dan kaedah yang sesuai untuk membaiki
mutu pengajaran.
Kesimpulannya, refleksi bukan sahaja melibatkan kemahiran kognitif
tetapi nilai, sikap dan kepercayaan diri seseorang guru. Ia adalah proses
belajar mengajar berfokuskan analisis dan pengembangan pengalaman.
Rujukan
_____________, Refleksi, Nota Kuliah Pedagogi, UPSI, 2001.
Bahagian Pendidikan Guru, Modul Pengajaran Pembelajaran Matematik,
Nombor Nisbah.
Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kamus Dewan Edisi Ketiga, Dewan Bahasa Dan
Pustaka, Kuala Lumpur, 1996.
Longhran, John., Developing Reflective Practice Learning About Teaching
and Learning Through Modelling, Falmer Press, Washington, 1996.
Mok Song Sang, Pendidikan di Malaysia Untuk Diploma Perguruan,
Kumpulan Budiman, Kuala Lumpur, 1996.

UPSI/SEM.6/AT14/991-03881/BA

55

PA 2053 : PEDAGOGI
GLOSARI

TEORI PELBAGAI KECERDASAN


Menurut Howard Gardner, seorang profesor pendidikan progersif di
University Harvard, USA,
Inteligence is the ability to solve problems, find or create new
problems and then approprite create products of value within
acultural context.
Oleh itu, kecerdasan boleh ditakrifkan sebagai kebolehan atau
keupayaan untuk menyelesaikan masalah, mencari atau membentuk masalah
yang baru dan jika bersesuaian, menghasilkan produk-produk yang bernilai
dalam lingkungan konteks bidangnya.
Menurut Gardner lagi, kecerdasan bukan secara semulajadi atau
dipupuk. Ianya mempunyai kaitan dengan faktor-faktor keturunan dan alam
sekitar yang mana tidak dengan sendirinya menghasilkan kecerdasan tetapi
interaksi antara kedua-duanya mampu menghasilkan kecerdasan. Sebagai
contoh, katakan sepasang kembar seiras yang lahir daripada telur dan sperma
yang sama serta yang mempunyai gen-gen yang 100% sama. Kembar itu
berpisah dan hidup di tempat yang berlainan. Dalam ujian kecerdasan, mereka
tidak mendapat skor yang sama kerana mungkin faktor alam sekitar.
Sebaliknya, jika terdapat dua individu yang berbeza iaitu mempunyai
ibubapa yang berbeza dan hanya mempunyai sedikit persamaan bagi gengennya. Mereka hidup dalam suasana persekitaran yang serba serbinya sama.
Namun, dalam ujian kecerdasan, mereka tidak mendapat skor yang sama.
Perbezaan ini disebabkan faktor gen. Jadi kedua-dua faktor alam sekitar dan
gen mempengaruhi kecerdasan. Gardner mengemukakan teori yang agak
kontroversial iaitu Teori Pelbagai Kecerdasan (Multiple Intellegence Theory).
Proposisi utama dalam teorinya ialah:
There is not one, or two ways to be smart. There are many ways
to be smart. These are multiple intellegence
Teori Pelbagai Kecerdasan membahagikan kecerdasan kepada 8
jenis iaitu:

UPSI/SEM.6/AT14/991-03881/BA

56

PA 2053 : PEDAGOGI
GLOSARI

1. Kecerdasan verbal/linguistik
Berkemahiran dan berminat dalam pembacaan, penulisan dan
percakapan seperti perbincangan, dan deklamasi sajak.
2. Kecerdasan logikal/matematikal
Berkemahiran dalam matematik, mencari hubungan logikal sebab
akibat, membentuk corak dan pola dan sebagainya.
3. Kecerdasan visual/spatial
Cenderung kepada gambar-gambar, ukiran-ukiran, penyusunan
objek serta pelayaran melalui ruang, gemar menconteng, mereka
bentuk dan melukis.
4. Kecerdasan muzikal/rythmik
Cenderung mendengar dan membentuk muzik termasuk mahir
bermain alat-alat muzik, menyanyi dengan suara yang merdu,
mengubah melodi dan lirik.
5. Kecerdasan bodily/kinestitik
Gemarkan aktiviti fizikal, berfikir mengenai pergerakan dan gestur.
6. Kecerdasan naturalistik
Gemar menkaji, mengambil berat, membuat analisa berkaitan flora
dan fauna serta keadaan alam sekitar.
7. Kecerdasan interpersonal
Berkemahiran dalam komunikasi, mudah berinteraksi dengan
orang lain, sentiasa mengambil berat tentang orang lain,
menunjukkan ciri-ciri kepimpinan.
8. Kecerdasan intrapersonal
Gemar berfikir tentang perasaan dalaman, gemar bersendirian,
membuat refleksi dan memotivasikan diri sendiri.
Gardner mendakwa, setiap manusia yang normal mempunyai kesemua
8 jenis kecerdasan tersebut, tetapi dalam darjah yang berbeza-beza. Mungkin
satu atau dua kecerdasan yang domain terhadap seseorang individu yang boleh
diasah dan dikembangkan tanpa cantasan kecerdasan yang lain.

UPSI/SEM.6/AT14/991-03881/BA

57

PA 2053 : PEDAGOGI
GLOSARI

Mengikut Teori Pelbagai Kecerdasan, jika ada pelbagai cara untuk


menjadi bijak dan pintar, maka mesti ada pelbagai cara untuk seseorang guru
itu mengajar. Bila pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran digunakan,
maka lebih ramai pelajar akan dapat menikmati hasil daripada strategi-strategi
pengajaran itu. Oleh itu, seorang pendidik sewajarnya mengajar bersesuaian
dengan kecerdasan domain yang ada pada pelajar berkenaan di samping
mengembangkan lagi kecerdasan lain.
Gardner (1993) telah mengemukakan 3 visi atau wawasan bagi
pendidikan di sekolah iaitu padanan (matching), memperkembang (stretching)
dan meraikan (celebrating).
1. Padanan (Matching)
Padanan (Matching) mempunyai matlamat supaya dapat
memaksimumkan kejayaan akademik. Kaedah yang digunakan
adalah dengan memadankan atau menyesuaikan dengan strategi
pengajaran dengan kecerdasan pelajar. Jika visi ini direalisasikan
maka cara pengajaran pembelajaran di sekolah akan berubah dan
kita mampu menghapuskan atau mengurangkan kes-kes kegagalan
di sekolah.
2. Memperkembangkan (stretching)
Stretching mempunyai matlamat untuk memaksimumkan
perkembangan semua jenis kecerdasan melalui kaedah-kaedah atau
strategi pengajaran pembelajaran dan kurikulum yang dapat
mengambangkan atau stretch semua jenis kecerdasan bagi semua
pelajar. Jika visi ini dilaksanakan, kurikulum di sekolah harus turut
berubah. Hasilnya setiap pelajar akan lebih cerdas dalam semua
perkara.

3. Meraikan (Celebrating)
Meraikan mempunyai matlamat supaya pelajar-pelajar dapat
memahami dan meraikan keunikan yang ada pada diri sendiri dan
orang lain. Pelajar-pelajar dibimbing untuk menemukan kecerdasan
domain dalam dirinya dan menerima keunikan dirinya. Jika visi ini
direalisasikan, maka pelajar-pelajar akan lebih bersedia
menghadapi dunia sebenar di mana kepelbagaian adalah perkara
biasa dalam kehidupan seharian kita.

UPSI/SEM.6/AT14/991-03881/BA

58

PA 2053 : PEDAGOGI
GLOSARI

Setiap strategi pengajaran pembelajaran adalah berguna untuk


mencapai objektif pendidikan tertentu. Jika seseorang guru hanya
menggunakan hanya satu strategi pengajaran pembelajaran ianya tidak akan
dapat mencapai objektif pendidikan mahupun untuk memadan, mengembang
dan meraikan semua kecerdasan pelajar-pelajar. Setiap kecerdasan tersebut
tidaklah diajar secara berasingan tetapi dikembangkan secara penyerapan
semasa pengajaran pembelajaran. Menurut Haward Gardner (1993):
The more ways we teach, the more students we reach and the
more intelligences we develop
Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat
melahirkan generasi yang seimbang dan berpotensi, Sistem Kurikulum
Pendidikan kita turut mengalami pelbagai perubahan. Jika dulu teori ini
seolah-olah diabaikan, kini ia disuburkan dengan penubuhan sekolah-sekolah
vokasional pelbagai bidang, sekolah-sekolah sukan dan yang terbaru Sijil
Terbuka SPM yang mana menggalakkan pelajar memilih bidang mengikut
kecerdasan dominan mereka. Sekali lagi peranan guru perlu dalam
membimbing serta mengalakkan pelajar agar berjaya dalam bidang yang
diceburi. Adalah diharapkan generasi ini akan mempelbagaikan profesion dan
guna tenaga di masa akan datang di mana tuntutannya adalah Fardu Kifayah.

Rujukan
_____________ , Pelbagai Kecerdasan, Nota Kuliah Pedagogi, UPSI, 2001.
Pusat Perkembangan Kurikulum, Konsep dan Pelaksanaan Pembelajaran
Masteri dalam KBSR dan KBSM, Pusat Perkembangan Kurikulum,
Kementerian Pendidikan Malaysia, 1997.
Noor Shah Saad, Teori dan Perkaedahan Pendidikan Matematik, Prentice
Hall, Petaling Jaya, 2001.

UPSI/SEM.6/AT14/991-03881/BA

59