Anda di halaman 1dari 16

TARANUM

(QQQ 2133)
TAJUK:
PERKEMBANGAN SENI TARANUM DI NUSANTARA : KAJIAN
PERBANDINGAN ANTARA MALAYSIA DENGAN INDONESIA
PENSYARAH :

MOHD ZAINI BIN ZAKARIA

ISI KANDUNGAN

BIL

TAJUK

MUKA SURAT

1.

PENDAHULUAN

2.

SEJARAH PERKEMBANGAN ILMU SENI SUARA TARANUM

DI NUSANTARA
3.

QARI-QARI ISTANA

4.

PERBEZAAN DARI SEGI PENDIDIKAN

5.

PERBEZAAN SISTEM PERTANDINGAN DAN

PERSEMBAHAN
6.

PERBEZAAN DARI SEGI BACAAN

12

7.

PENUTUP

14

8.

RUJUKAN

15

PENDAHULUAN
Taranum al-Quran merupakan satu cabang seni suara dalam bacaan
al-Quran yang dapat dirasai keindahan sebutan dan bunyi-bunyi huruf-huruf
al-Quran sebagai mukjizat yang besar kepada Rasulullah SAW. Bunyi dan
lafaz-lafaz huruf yang dialunkan oleh pembaca menggambarkan maksud
ayat-ayat sesuai dengan intonasi dan kehendak ayat itu sendiri
Alunan Taranum al-Quran tidak sama dengan lagu-lagu nyanyian,
bahkan tidak sama dengan lagu penglipur lara, syair, qasidah dan nasyid.
Tidak ada kitab agama lain yang dialunkan seindah bacaan al-Quran, kerana
2

Taranum al-Quran itu mempunyai kaedah dan prinsip hukum-hukum bacaan


sesuai dengan kehendak ilmu tajwid al-Quran.
Untuk

mendapat

kemahiran

ini

tidak

ada

jalan

mudah

untuk

menguasainya melainkan melalui pengajaran dan pembelajaran secara


Talaqi dan Musyafahah dari guru-guru yang mahir dan muktabar. Talaqi dan
musyafahah merupakan pengajaran dan pembelajaran al-Quran, sunnah
Rasulullah SAW dan Sahabat-sahabat baginda. Dengan demikian al-Quran
terpelihara dari kesalahan dan kecacatan dalam bacaan.

SEJARAH

PERKEMBANGAN

ILMU

SENI

SUARA

TARANUM

DI

NUSANTARA
Seni lagu al-Quran telah lama bertapak di Kepulauan Melayu selaras
dengan kemasukan agama Islam di Nusantara di mana pengajian al-Quran
telah bermula lebih kurang 500 tahun1 yang lalu. Hal demikian dapat dilihat
dengan tertubuhnya pusat-pusat pengajian al-Quran di rumah-rumah serta
pondok-pondok di rantau Nusantara khususnya di Tanah Melayu.
Ini berdasarkan kedatangan para mubaligh Islam dari Timur tengah
serta kepulangan para pelajar yang berkelulusan di Mekah dan Madinah
untuk mengajar al-Quran kepada penduduk setempat.
Di Malaysia taranum al-Quran berkembang dalam dua peringkat iaitu
sebelum tahun 40-an dan selepas tahun 40-an. Sebelum tahun 40-an lagulagu yang popular di kalangan qari Malaysia ialah lagu-lagu dari irama aliran
Hijazi. Qari yang mengalunkan lagu irama hijazi ini dikenali dengan angkatan
lama yang diketuai oleh Yusuf Kedondong dari kelantan.

1 Mohd Ali Bin Abu Bakar (1997), Seni Lagu al-Quran Di Malaysia, Cet.2, Kuala Lumpur:Darul Fikir.h 81
3

Selepas tahun 40-an qari-qari Malaysia mula popular dan masyhur


dengan lagu-lagu aliran misri yang dipopularkan oleh qari-qari yang dikenali
dengan angkatan baru diketuai oleh Hj Ahmad Maksum Pergau. Angkatan
baru ini terdiri dari mereka yang belajar taranum al-Quran di negeri Mesir
selepas tahun 40-an. Berikutnya muncullah qari-qari yang terkenal dan
berkebolehan dalam taranum al-Quran, lebih-lebih lagi dengan keprihatinan
kerajaan yang memerintah pada masa itu (Persekutuan Tanah Melayu)
menganjurkan Musabaqah Tilawah al-Quran yang mengumpulkan qari-qari
dari seluruh pelusuk negara untuk memperdengarkan bacaan masingmasing. Keberkesanan musabaqah bacaan al-Quran ini menyebabkan
kerajaan telah menganjurkan musabaqah bacaan al-Quran di peringkat
antarabangsa yang berjaya dianjurkan kali pertama pada tahun 1961. Sejak
itu taranum al-Quran tersebar dengan meluas di segenap pelusuk dunia
Islam.
Manakala di Indonesia, seni lagu al-Quran telah berkembang begitu pesat
sekali bermula pada awal abad ke 20 dengan aliran lagu-lagu Hijazi di mana
telah

melahirkan

ramai

tokoh-tokoh

qari

seperti

K.H.

Arwani,K.H.

Syaroni,K.H. Munawir, K.H. Abdul Qadir,K.H. Damhuri dan ramai lagi. Hal
demikian,

berkemungkinan

memberi

impak

dan

kesan

kepada

perkembangan seni lagu al-Quran.

QARI-QARI ISTANA
Qari-qari yang mahir dan berkebolehan dalam bacaan al-quran
mendapat tempat yang istimewa dan dipandang tinggi bukan saja di
kalangan masyarakat tetapi di kalangan raja-raja Melayu yang memerintah
negeri masing-masing. Mereka mendapat kedudukan yang istimewa di mana
sesetengah dari mereka dilantik sebagai Qari Istana yang berperanan
sebagai penyebar bacaan al-Quran baik di istana mahupun di kalangan
4

masyarakat. Merekalah yang memperkenalkan lagu-lagu al-Quran yang


berlahjah arab kepada masyarakat setempat.

Memperdengarkan bacaan

mereka di majlis-majlis rasmi kerajaan, majlis khatam al-Quran, kenduri


kahwin, haflah atau majlis tertentu yang dihadiri oleh segenap lapisan
masyarakat. Oleh itu, kita dapati negeri-negeri yang mempunyai ramai qari
diraja mempunyai bilangan qari dan qariah yang ramai dan handal dalam
bacaan taranum al-Quran. Antara qari-qari istana yang terkenal sekitar tahun
1922-1940 - an ialah:
1. Muhamad Yusuf Kedondong. (Kelantan)
2. Haji Muhamad Lintar (Terengganu)
3. Haji Muhamad Ribat (Kedah)
4. Haji Sulaiman (Johor)
5. Haji Khalid (Selangor)
6. Haji Muhamad Jempol (Negeri Sembilan)
7. Haji Mohyiddin dikenali dengan Dato Canai Kinitan (Perak)2

QARI-QARI DAN QARIAH YANG TERKENAL DI MALAYSIA/INDONESIA


1. Tn Hj Ahmad Maksum Pergau (kelantan)
2. Tn Hj Nik Jaafar Nik Ismail (Kelantan)
3. Tn Muhamad Muhamad Yusuf (Kelantan)
4. Tn Hj Ismail Hasyim (Kedah)
5. Tn Haji Abdul Majid (Kelantan)
6. Tn Hj Saidin bin Abdul Rahman (P.Pinang)
7. Tn Hj. Abd.Ghani bin Abdullah (Kedah)
8. Tn Hj. Ahmad Jusuh (Perlis)
9. Tn Hj. Shafie bin Katie (Selangor)
2 Ibid.
5

10. Tn Hj Muhamad bin Hasry (Wilayah Persekutuan)


11. Tn Hj Saleh bin saidi (Johor)
12. Tn Hj. Abd.Rahim (Kelantan)
13. Tn Hj.Asmawi Duet ( Sarawak)
14. Tn Hj Muhamad Awang (Terengganu)
15. Tn HjMuhamad Ismail (Terengganu)
16. Tn Hj.Abdul Rasyid Ali (Terengganu
17. Tn Hj Daud Che Man
18. Tn Hj. Muammar Z.A (Indonesia)
19. Tn Hj Mirwan Batubara (Indonesia)

TOKOH-TOKOH QARIAH
1. Hjh Rogayah Sulung (Terengganu)
2. Hjh Faridah Mat Saman (Kelantan)
3. Hjh Rafeah Abd Rahman (P.Pinang)
4. Hjh Rahmas Abdullah (Johor)
5. Hjh Sapinah bt Mamat (Kelantan)
Berdasarkan kajian perbandingan antara Malaysia dan Indonesia, kami telah
membahagikan perbezaan kepada empat kategori iaitu kategori pendidikan,
persembahan atau pertandingan dan cara bacaan.

PERBEZAAN DARI SEGI PENDIDIKAN


I.

Di Malaysia

Umumnya

di Malaysia, Seni lagu al-Quran telah lama bertapak

selaras dengan kemasukan agama Islam di Nusantara di mana pengajian alQuran telah di bawa oleh pedagang- pedagang Arab yang datang dari Timur
6

Tengah untuk menyebarkan agama Islam kurang 500 tahun yang lalu

di

Kepulauan Melayu. Hal demikian dapat dilihat dengan tertubuhnya pusatpusat pengajian al-Quran di rumah-rumah serta pondok-pondok di kampung
khususnya di Tanah Melayu.
Seni lagu al-Quran yang diajar secara tidak langsung oleh guru- guru
agama di istana raja. Istana di jadikan tempat rasmi untuk dijadikan tempat
pengajian agama. Selain itu, peranan besar yang dimainkan oleh qari dan
qariah merupakan faktor utama perkembangan pendidikan

seni lagu di

Malaysia.
Menerusi peranan para qari inilah masyarakat dapat mengetahui serta
mempelajari pembacaan al-Quran dengan baik serta berkesan dari sudut
sebutan

lahjah

arab

terhadap

sesuatu

kalimah.

Mereka

ini

akan

diperdengarkan bacaan yang baik dan disertai dengan seni lagu arab di
dalam sesuatu majlis khatam al-Quran, kenduri kahwin, perayaan yang
berkaitan dengan keagamaan serta proses pengajaran al-Quran kepada
masyarakat.
Sejak tahun 1986, Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM) di
bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah diamanahkan untuk
mewujudkan Kelas Kemahiran al-Quran (KKQ). KKQ mula di laksanakan di
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) sebagai sebahagian aktiviti
ko-kurikulum di sekolah berdasarkan pekeliling KP(BPPP)Sulit/03/9/JPP/M(87).
Pelaksanaan ini adalah berdasarkan keputusan Jawatankuasa Perancangan
Pelajaran (JPP) pada tahun 1985.3
Kelas ini telah diperluaskan ke Kelas Aliran Agama (KAA) di sekolah
menengah kebangsaan (SMK) mengikut sukatan pelajaran yang di tetapkan
oleh (Kementerian Pendidikan Malaysia 2004). Pelaksanaan ini adalah

3 http://nountilakad.blogspot.com/2013/01/perlaksanaan-kelas-kemahiran-alquran_2151.html
7

berdasarkan keputusan Jawatankuasa Perancangan Pelajaran (JPP) pada


tahun 1985.
Untuk merealisasikan perjalanan kelas ini maka jawatan Guru al-Quran
di SMKA dan KAA telah diperuntukkan di bawah senarai perjawatan tahun
2002. JAPIM dari masa ke semasa sentiasa mengadakan kursus-kursus khas
kepada guru-guru yang mengajar KKQ di SMKA dan SMK yang mempunyai
aliran

KAA

bagi

menambah

atau

melengkapkan

guru-guru

dengan

pengetahuan dan kemahiran dalam bidang berkaitan. Manakala status


pelajar yang dipilih untuk mengikuti kelas ini adalah dari kalangan pelajar
yang baik dan lancar membaca al-Quran. Semua pelajar KKQ akan mengikuti
peperiksaan khas yang dijalankan semasa tingkatan tiga dan tingkatan lima.
Peperiksaan dilaksanakan dalam bentuk lisan dan juga objektif (aneka
pilihan) meliputi aspek tajwid, hafalan, ulum al-Quran, taranum dan qiraat alsabie.
Dan pada masa kini, Ilmu seni suara Al-Quran atau dikenali sebagai
Ilmu Taranum mula di jadikan subjek wajib khusus bagi kos pengajian Islam
di universiti- universiti di seluruh Malaysia antaranya adalah Universiti Sains
Islam Malaysia (USIM)4, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Universiti
Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Malaya (UM) dan Open University
malah ilmu taranum juga telah di ajar di Institusi Perguruan (IPG).
Antara pengajar yang berpengalaman dan berpengaruh di universitiuniversiti ini adalah Ustaz Anuar bin Hasin 5 yang merupakan pensyarah bagi
kursus Ilmu Taranum di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang mana

4 http://fpqs.usim.edu.my/program-akademik/ijazah-pertama/quran-denganmultimedia
5 Anuar Bin Hasin,2 september 1984,Berasal di Perak,Anugerah Johan Tilawah ALQuran Kebangsaan 2013,Juara Akademi Quran Musim ke-2.Pensyarah Universiti
Sains Islam Malaysia.
8

beliau merupakan johan Tilawah Al-Quran peringkat kebangsaan pada tahun


2013.

II.

Di Indonesia

Pendidikan seni suara di Indonesia turut juga bermula seperti di


Malaysia, iaitu di ajar secara tidak formal oleh mubaligh- mubaligh dari Timur
Tengah yang menyebarkan agama Islam di Nusantara. Tetapi ilmu seni suara
di Indonesia mula diajar pada peringkat yang lebih awal secara tidak
langsung iaitu pada peringkat 9 hingga 12 tahun di tadika, madrasah dan di
surau- surau di samping mengutamakan ilmu tajwid pada setiap pelajar.
Malah, kaedah seni suara turut di selitkan dalam modul pengajaran
guru-guru di sekolah rendah iaitu mereka menggunakan kaedah alBaghidiyah. Al- Baghidiyah adalah kaedah yang menggunakan kaedah
qiraati, kaedah iqra dan kaedah al-Bargy. Kaedah bacaan ini adalah secara
bacaan tartil, melalui metode ini setiap guru mata pelajaran pendidikan
Islam perlu menguasai tiga asas iaitu kemahiran ilmu tajwid, kemahiran
melagukan Al-Quran dengan bacaan muratal (tartilul Quran) dan kemahiran
menulis ayat-ayat al- Quran. Program ini di laksanakan di sekolah-sekolah di
sekitar Padang dan di pusatkan di Taman Pendidikan Seni Al-Quran (TPSA)6
Di samping itu juga, untuk peringkat yang lebih tinggi iaitu peringkat
menengah, ilmu seni suara lebih meluas apabila ia di ajar secara sistematik
di seluruh pesantren-pesantren

dan maahad-maahad di seluruh Indonesia.

Malah bagi memperkembangkan ilmu kalam Allah ini iaitu ilmu Al-Quran,
Indonesia juga membuka Quran Centre untuk memudahkan umat Islam.
6http://engkizarquran.wordpress.com/2011/11/05/konsep-pengajaran-danpembelajaran-membaca-al-quran-dalam-pendidikan-islam/
7 http://balliqul-ilm.blogspot.com/2010/05/jejak-langkah-ulama-nusantara-ditimur.html
9

Selain mengajarkan pelbagai ilmu berkaitan Quran, ilmu taranum turut juga
di ajar di sana.
Sebagaimana di Malaysia, kursus Ilmu Taranum turut juga diajar di
universiti- universiti di Indonesia tetapi tidak terlalu meluas kerana di
Indonesia, ilmu seni suara atau Ilmu Taranum telah di tekankan pada
peringkat yang awal iaitu ketika di pesantren dan di maahad jadi kursus ini
tidak begitu di tekan pada peringkat universiti. Antara tenaga pengajarnya
adalah Ustaz Muammar Zainal Ashikin yang merupakan qari yang terkenal di
Indonesia.

PERBEZAAN SISTEM PERTANDINGAN DAN PERSEMBAHAN


I)
Nusantara

Pertandingan dan persembahan di Nusantara


atau

dikenali

sebagai

Kepulauan

Melayu

telah

menerima

kedatangan Islam seawal kurun pertama Hijrah bersamaan kurun ketujuh


Masihi. Walaupun banyak perselisihan pendapat mengenai fakta sebenar
kedatangan Islam di alam Melayu ini di berbahasan oleh ahli sejarawan,
namun apa yang lebih penting untuk kita bincangkan adalah sejauh mana
peranan Islam itu dalam membentuk kebudayaan dan ketamadunan
masyarakat di Nusantara. Oleh kerana Islam menjadikan al-Quran sebagai
sumber dan panduan utama dalam pelbagai aspek kehidupan, maka adalah
diyakini bahawa masyarakat Muslim ketika itu amat mementingkan al-Quran
dan kesuciannya dijaga. Perkara ini membabitkan penjagaan secara total
iaitu sama ada dari sudut mengenal, mengeja, membaca, memahami dan
mengajarkannya.8

8 http://www.scribd.com/doc/39029653/Taranum-Siap-Kejapbaru-Copy
10

Melalui skop penjagaan al-Quran ini kita percaya bahawa konsep ini adalah
merupakan

penyumbang

kepada

pengajian

taranum

al-Quran

yang

berkembang selari dengan perkembangan ilmu Islamik. Bermula dari kurun


ke-20 Masihi sehingga kini, perkembangan agama Islam telah dapat berdiri
dengan sendirinya tanpa perlu berpaut teguh kepada mubaligh atau
pendakwah Islam dari negara India, China dan Arab. Perkembangan positif
ini juga memberi impak kepada keprihatinan masyarakat Melayu dalam
menghayati al-Quran melalui aspek taranum. Perkara ini jelas dilihat dengan
penguasaan masyarakat Nusantara dalam pertandingan musabaqah tilawah
al-Quran

yang

merupakan

agenda

tahunan

dunia

Islam

dalam

mempromosikan ketulenan dan kesucian al-Quran al-Karim.


II)

Malaysia

Di Malaysia, pertandingan musabaqah tilawah al-Quran yang bermula


pada tahun 1960 adalah merupakan salah satu kaedah menarik minat umat
Islam dalam memperdengarkan bacaan al-Quran dengan baik. Pertandingan
ini turut memperkenalkan kurikulum bacaan al-Quran yang sebenarnya iaitu
terdiri daripada bidang tahsin al-Quran,tajwid, taranum dan fasohah.
Qari dan Qariah dari Malaysia masa kini telah menyusun lagu bacaan
Al-Quran dan mempopularkannya seperti yang ditunjukkan di dalam jadual
di bawah9 :

BIL.

Jenis lagu / taranum

Catatan

1.

Bayyati - Soba - Hijaz - Nahawand dan Rast 50%

2.

Bayyati - Hijaz - Nahawand - Rast dan mengamalkan


Sikah

3.

Qari

dan

Qariah

kedua-dua

bahagian ini.

Bayyati - Nahawand - Rast - Sikah dan 30%


Jiharkah

Qari

dan

mengamalkan

9 http://www.scribd.com/doc/59013834/nota-taranum-3
11

Qariah
bahagian

ini.
4.

Bayyati - Soba - Nahawand - Rast dan 15%


Sikah

Qari

dan

mengamalkan

Qariah
bahagian

ini.
5.

Bayyati I-iraqi - Hijaz - Sikah dan Rast

5%

Qari

dan

mengamalkan

Qariah
bahagian

ini.
Setiap persembahan hendaklah mengandungi perkara-perkara yang
berikut :

Pertama

Mengandungi beberapa jenis taranum yang berlainan tanpa


pengulangan.

Kedua

Mengandungi beberapa suara yang di susun mengikut


tekniknya.

Ketiga

Taranum pembukaan dan penutup hendaklah dari jenis yang


sama dan sebaik-baiknya taranum Bayati.

Pembahagian taranum yang popular di kalangan Qari dan Qariah secara


khususnya
terbahagi kepada tujuh maqamat iaitu:
1. Maqam Bayati
2. Maqam Soba
3. Maqam Hijjaz
4. Maqam Nahwand
5. Maqam Jiharkah
6. Maqam Sikah
7. Maqam Rast
Setiap taranum hendaklah mempunyai berbagai-bagai harakat yang
mengandungi beberapa qitah dan beberapa mahatahnya yang disusun
mengikut teknik-teknik yang tertentu seperti berikut :
I.

Harakah iaitu suatu alunan irama yang mengandungi


beberapa qitah dengan satu mahatahnya.
12

II.

Qitah iaitu suatu alunan irama yang paling pendek

III.

tanpa mahatah.
Mahatah iaitu suatu bentuk atau gaya penghujung

IV.

kepada suatu alunan.


Taranum iaitu suatu jenis irama yang mengandungi beberapa

V.

qitah dan
beberapa harakah dengan berbagai qitah nya.
Persembahan suatu bacaan yang diperdengarkan
mengandungi beberapa jenis

taranum

yang

teknik-teknik yang tertentu menerusi ciri-ciri

disusun

dengan

tersebut.

Ciriciri persembahan taranum yang terbaik :

Susunan harakatnya rapi dan sistematik


Susunan teranumnya rapi dan sesuai
Penyesuaian taranum dengan ayat
Penyesuaian taranum dengan hukum tajwid
Penyesuaian suara dengan taranum
Pengendalian suara dengan taranum mengikut lahjah arab.

III)

Indonesia

Di Indonesia, cara bacaan taranum sama dengan Malaysia tetapi


mereka lebih utamakan dan mempersembahkan seni taranum dengan
mengikut cara qiraat-qiraat. Kebanyakan para Qari dan Qariah di Indonesia
mempunyai suara yang tinggi dan sampai ke harakat jawabul jawab yang
mana tidak semua para Qari dan Qariah di Malaysia yang mampu sampai ke
harakat tersebut10. Selain itu, di Indonesia, wujud tempat yang di panggil
makalah-makalah iaitu pertandingan kecil-kecilan yang dijadikan medan
untuk mempraktikkan ilmu seni suara taranum ini.

PERBEZAAN DARI SEGI BACAAN

10 Anuar Bin Hasin,2 september 1984,Berasal di Perak,Anugerah Johan Tilawah AL-Quran Kebangsaan
2013,Juara Akademi Quran Musim ke-2.Pensyarah Universiti Sains Islam Malaysia.

13

Antara perbezaan di antara dua Negara ini ialah dari segi nada ,nafas,serta
sumber antara dua Negara ini merujuk bahagian taranum iaitu hijjazi dan
misri dari bacaan qari dan qariah yang terkenal.
I)

Malaysia
Dari segi nada,qari dan qariah Malaysia mampu menggunakan nada

pada tahap yang sederhana iaitu ia tidak rendah dan tidak tinggi. Hanya
sebahagian kecil sahaja qari dan qariah yang menggunakan nada pada
tahap yang tinggi. Dari segi nafas kebanyakan nafas qari dan qariah di
Malaysia menggunakan satu nafas untuk satu ayat tetapi tidak semua qari
melakukan hal yang sedemikian. Seterusnya, qari dan qariah di Malaysia,
mengambil rujukan bacaan melalui qura yang terkenal di timur tengah iaitu
Ahmad Nuraina dan Mustafa Ismail dari Mesir.
II)

Indonesia
Di Indonesia, kebanyakan qari dan qariah gemar menggunakan nada

yang sangat tinggi sehingga mereka dapat mencapai maqamat taranum


jawabul

jawab

manakala

dari

segi

panjang

nafas,

di

Indonesia

kebanyakannya mampu menggunakan nafas yang panjang sehingga mampu


menahan nafas melebihi satu ayat pada masa yang sama. Seterusnya , qari
dan qariah juga mengambil rujukan dari bacaan qari- qari dari Timur Tengah
seperti Mesir malah mereka juga mempunyai gaya bacaan mereka yang
tersendiri11.

11 Muhammad Husaini Bin Mahmur,8 Ogos 1992,Dilahirkan di Hospital Besar Seremban, Anak sulung

daripada 5 Orang adik-beradik ,Melanjutkan pelajaran dari peringkat UPSR di Sekolah Rendah
Islam,Seremban,(PMR) Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pagi, (SPM/STAM)Maahad
Gemencheh,Seterusnya, melanjutkan pengajian tinggi di Universiti Sains Islam Malaysia. Memenangi
pencapaian Anugerah Johan Tilawah Peringkat Kategori Remaja,Negeri Sembilan (2008-2010),Naib
Johan AL-Quran Musim ke-5, Johan Tilawah Sempena Ihtifal ASEAN 2013, Johan Tilawah IPTA Malaysia
2013,Tempat ke-3 Majlis Kebudayaan Malaysia (MAKUM) .

14

PENUTUP
Dari berbagai topik yang sudah kita bahas dalam isi laporan di atas, dapat
disimpulkan bahawa sebagai pelajar Islam , kita harus mempelajari ilmu
taranum ini kerana ia sebahagian dari seni al-Quran yang patut kita ketahui
dan amalkan dalam kehidupan. Ilmu taranum ini juga merupakan salah satu
seni lagu dalam Islam yang dapat mengindahkan lagi agama Islam ini di
mata masyarakat bukan Islam dan ia juga dapat menarik minat setiap
individu tersebut.
Sebagai pelajar Islam yang mempelajari ilmu taranum ini, wajarnya
kita memperluaskan lagi ilmu ini di mata masyarakat untuk meneruskan lagi
ilmu ini tanpa hilang ditelan zaman. Begitu juga dengan sekolah-sekolah,
institusi-institusi pengajian, dan universiti-universiti untuk terus mewajibkan
kursus ini kepada pelajar agar pelajar tahu dan akan mempunyai minat
terhadap ilmu taranum ini.
Kita sebagai manusia memiliki kemampuan untuk mengubah dunia
menjadi lebih baik. Dengan kemahuan yang tinggi disertai dengan tindakan,
kita pasti dapat membuat dunia menjadi lebih indah dengan seni taranum
ini.

15

RUJUKAN
1) Mohd Ali Bin Abu Bakar (1997), Seni Lagu al-Quran Di Malaysia, Cet.2,
Kuala Lumpur:Darul Fikir.h 81.
2) http://nountilakad.blogspot.com/2013/01/perlaksanaan-kelaskemahiran-al-quran_2151.html
3) http://fpqs.usim.edu.my/program-akademik/ijazah-pertama/qurandengan-multimedia
4) Anuar Bin Hasin, sesi temubual, 3.30 petang, 5 November 2014, Bilik
Pensyarah Fakulti Pengajian Quran Sunnah.
5) http://engkizarquran.wordpress.com/2011/11/05/konsep-pengajarandan-pembelajaran-membaca-al-quran-dalam-pendidikan-islam/
6) http://balliqul-ilm.blogspot.com/2010/05/jejak-langkah-ulamanusantara-di-timur.html
7) http://www.scribd.com/doc/39029653/Taranum-Siap-Kejapbaru-Copy
8) http://www.scribd.com/doc/59013834/nota-taranum-3
9) Muhammad Husaini Bin Mahmur, sesi temubual, 2.30 petang, 17
Oktober 2014, BT 1.9, Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah.

16

Anda mungkin juga menyukai