Anda di halaman 1dari 1

Latihan Buku Tunai 2015

1) Berikut adalah urus niaga Perniagaan Tawil sepanjang bulan Jun 2014
( melibatkan tunai dan cek sahaja).
Jun 1 Memulakan perniagaan dengan tunai di tangan RM 600 dan tunai dibank
RM 15 000.
4 Membeli barang niaga bernilai RM 4 550 dengan cek.
7 Membeli pelbagai alatulis untuk kegunaan pejabat bernilai RM 180 secara
Tunai.
9 Jualan tunai dibankkan RM 1400.
11 Membeli sebuah komputer bernilai RM 1190 dengan cek.
13 Mengambil tunai RM 440 dari bank untuk kegunaan saudara mara.
17 Membeli sebuah rak bernilai RM 395 dengan cek.
19 Mengambil tunai RM 500 dari bank untuk kegunaan perniagaan.
22 Membayar insurans kedai RM 280 dengan cek.
23 Terima komisen tunai RM 55.
26 Membayar gaji pekerja RM 400.
28 Mengambil tunai RM 890 dari bank untuk kempen promosi di Pasaraya.
30 Pemilik membawa masuk sejumlah tunai RM 5 000 ke dalam perniagaan.
Wang tersebut telah dibankkkan ke dalam akaun bank perniagaan.
Anda dikehendaki i) Rekodkan urusniaga di bawah ke dalam Buku Tunai.
ii) Imbangkan Buku Tunai.
2) Berikut adalah urus niaga Syarikat Sahabat Sejati Sejiwa Sdn. Bhd. sepanjang bulan
Mac 2014 (melibatkan tunai dan cek sahaja)
Mac 1
4
10
11
12
13
16
17
18
22
26
27
28

Memulakan perniagaan dengan baki tunai RM 350 dan baki di bank


RM 17 980.
Membeli sebuah kenderaan RM 23 000 daripada Sykt Hong Motors.
Sebanyak 20% deposit dibayar dengan cek dan baki di biayai melalui pinjaman
bank.
Membeli barang niaga bernilai RM 670 dengan cek.
Mengeluarkan tunai dari bank RM 1 500 untuk kegunaan perniagaan.
Mengambil tunai RM 55 untuk bayaran tuisyen anaknya.
Membeli sebuah komputer RM 1 399 dengan cek.
Menjual barang niaga kepada Salleh bernilai RM 555 dan terima cek.
Membeli alat tulis bernilai RM 80 untuk kegunaan perniagaan.
Membayar bil internet RM 85 secara tunai.
Jualan tunai dibankkan berjumlah RM 380.
Membeli barang niaga RM 1 540 dengan cek.
Menjelaskan insurans isterinya RM 360 dengan cek perniagaan.
Membayar gaji pekerja RM 500 dengan cek.

Anda dikehendaki :

i) Rekodkan urusniaga di bawah ke dalam Buku Tunai.


ii) Imbangkan Buku Tunai

Anda mungkin juga menyukai