Kami memanjatkan kesyukuran kepada-Mu kerana mengizinkan kami untuk menjayakan SEMINAR INTEGRITI WARGA PENDIDIK TAHUN 2015 DI DEWAN SMK DUSUN NANDING Ya Allah Ya Faaalullimaayurid Kami dengan rendah hati menadah tangan/ memohon doa restu daripadaMu,/ limpahkanlah rahmat dan hidayah dari sisiMu, agar kami sentiasa di bawah pimpinan dan petunjukMu. Permudahkanlah urusan kami/ dan berkatilah majlis ini. Mudah-mudahan segala usaha dan amal yang kami laksanakan ini akan mendapat kejayaan/ dalam keredhaan, taufiq serta inayahMu. Ya Haqqulwakil, Kami memohon perlindungan dengan-Mu /dari rasa keluh kesah dan kecewa /, sikap lemah, malas dan sambil lewa / serta hilang tumpuan /dalam melaksanakan kewajipan perkhidmatan / yang telah kami terima taklifan dipertanggungjawabkan.
Bimbinglah kami untuk membentuk citra identiti / penjawat
awam berintegriti, dengan meletakkan sikap bersopan santun,/ nilai yang luhur / dan moral yang telus dan tulus,/ yang menjadikannya perkara yang pertama dan utama/ dalam penyampaian perkhidmatan kami. Sebenar-benarnya Ya Allah kurniakanlah dalam diri kami, hati-hati yang ikhlas semata-mata mengharapkan rahmat dan keredhaan-Mu dalam setiap pekerjaan kami. Ya Allah , Ya Ghaniyyu Ya Hamid, Jadikanlah kami semua sentiasa berusaha dengan gigih/ dan tekun untuk meningkatkan potensi dan prestasi/ dalam pelbagai bidang / mahupun ketrampilan peribadi yang luhur, dedikasi dan penuh berintegriti / dalam mentransformasi SEKOLAH SMK DUSUN NANDING ke arah yang lebih unggul dan cemerlang.