Anda di halaman 1dari 67

PANDANG KEDALAM

DR BAGINDO MUCHTAR
PRAKATA SATU
Bismillah hir rahmanirrahim
Dengan IradatNya jua saya digerakkanNya untuk menulis semula buku karangan
Dr Bagindo Muchtar ini. Secara jujur dinyatakan bahawa ianya dilakukan tanpa
mendapat keizinan dari Dr Bagindo Muchtar kerana saya tidak pernah
menemuinya dan tidak tahu bagaimana untuk berhubung dengannya. Saya tidak
pasti sama ada penulis asal buku ini masih hidup atau telah kembali ke
Rahmatullah. ( bukunya merupakan MANUSKRIP yang mengikut catatannya siap
ditaip / tulis pada 27hb November 1965 41 tahun yang lalu ) Namun ianya
dilakukan juga kerana tuntutan mencari ilmu. Saya yakin Dr Bagindo Muchtar
pasti mengizinkannya.
Ianya juga merupakan permintaan saudara dan sahabat saya Sdra Anuar Yasin
dari Felda Jelai 3, Gemas. Saya memanggilnya sebagai Syeikh Nuar. Ini adalah
kerana salinan buku berkenaan yang ada pada saya ( dan salinan yang saya
hadiahkan kepada beliau ) merupakan salinan fotokopi yang tidak jelas dan sukar
untuk dibaca.
Pada tahun 1980 saya bertugas sebagai Pengarah Bekalan di Jabatan Stor
Keretapi Tanah Melayu. Seorang kakitangan saya ( yang saya anggap sebagai
abang kerana jauh lebih berusia daripada saya ) bernama Amar Mansor telah
menghadiahkan buku karangan Dr Bagindo Muchtar ini kepada saya. ( Sdra Amar
pernah menjadi JURULATIH KANAN SILAT NASRUL HAQ YANG DITERAJUI OLEH
PROF DR MUCHTAR LINTANG DARI INDONESIA )
Ketika itu saya baru berumur 29 tahun dan langsung tidak berminat kepada isi
kandungan buku tersebut. Namun saya sangat menyayangi buku. Saya telah
menyimpan buku itu dan telah membacanya banyak kali juga tetapi tidak dapat
memahaminya seperti yang sepatutnya pada ketika itu.
Pada tahun 1995 saya telah mula menulis buku karangan saya sendiri yang saya
namakan sebagai Pengantar Ilmu Hakikat Yang Diwariskan. Sebagai bab penutup
saya sangat berhajat untuk menulis mengenai pendapat
pendapat sama ada sesaorang itu boleh menemui Dirinya ketika ianya masih
hidup didunia ini.
Ini adalah kerana kesemua guru guru saya menegaskan bahawa satu ketika
nanti sesaorang salik itu akan dapat menemui Dirinya sendiri. Malangnya ketika
saya bertanya kepada guru guru saya itu sama ada beliau sendiri telah menemui
Dirinya, jawapan yang saya terima secara langsung dan tidak langsung tidak
memuaskan hati saya. Ini pada hemat saya adalah kerana guru guru saya itu
sama-ada masih belum lagi menemui Dirinya atau barangkali ianya merupakan

satu SIRR atau Rahsia yang tidak boleh diberitahu kepada sesiapapun atau
barangkali ianya ( perkara boleh menemui Diri itu ) merupakan cakap cakap
sahaja bukan satu perkara yang benar. Yang demikian saya sendiri masih belum
menemui Diri saya itu kerana saya tidak pernah diberitahu bagaimanakah cara
dan amalannya.
Saya telah mencari buku Dr Bagindo Muchtar ini tetapi adalah jelas bahawa
ianya sudah tiada dalam simpanan saya lagi. Tidak mungkin saya akan dapat
menemuinya kembali melainkan atas Kehendak Allah jua. Saya menadah tangan
berdoa kepada Allah dan meminta Allah memberikan petunjukNya untuk
menunjukkan bahawa Ilmu Hakikat / Ilmu Mengenal Diri dan Tauhid Hakikat itu
merupakan ilmu yang benar bukan ilmu yang sesat seperti mana dikatakan oleh
ramai ulama Syariat. Saya juga memohon agar Allah memulangkan semula buku
berkenaan.
Selepas tiga hari saya telah didatangi oleh seorang anak muda dari kampong
saya juga. Anak muda ini telah datang kerumah saya selama tiga malam
berturut turut namun pulang kerumahnya kerana setiap kali dia datang saya
ada tetamu. Jelas sekali anak muda ini ingin berbicara atau berbincang dengan
saya secara bersaorangan. Anak muda ini hanya dapat menemui saya secara
bersaorangan pada malam keempat. Ketika mengetahui saya tiada tetamu
beliau terus memegang kaki saya sambil menangis teresak esak meminta saya
mengampunkannya. Ini adalah kerana ( menurutnya ) dia telah mengambil buku
saya tanpa pengetahuan dan izin saya dan setelah membacanya terus
mengamalkan ajaran ajaran yang terdapat didalam buku tersebut. Anak muda ini
menceritakan kepada saya pengalaman pengalaman aneh dan menakjubkan
yang dinikmatinya selama lima tahun setelah mengamalkan amalan amalan
yang diyorkan oleh buku
tersebut. Katanya dia telah menemui Dirinya sendiri dan menyerahkan urusan
kehidupannya selama lima tahun kepada Dirinya itu.
Beliaulah orang pertama yang mengaku kepada saya bahawa Diri itu boleh
ditemui jika kita tahu JALANNYA. Anak muda ini menjadi guru saya yang entah
keberapa.
Menurutnya sejak lima hari yang lalu beliau berasa amat gelisah dan hatinya
diruntun runtun untuk memulangkan harta yang bukan miliknya. Harta yang
dirujuknya itu ialah buku Dr Bagindo Muchtar milik saya ( yang saya cari cari itu )
tetapi buku yang dikembalikannya kepada saya bukanlah buku yang asal tetapi
merupakan salinan fotocopy. Yang asal telah diambil oleh sesaorang katanya.
Anak muda ini juga menyatakan bahawa MURTIARANYA telah hilang. Sudah tiga
tahun katanya dia kehilangan Dirinya .. tidak lagi dapat menemui Diri itu
seperti yang dialaminya selama lima tahun. Pada sangkaannya sebabnya ialah
kesilapan mengambil buku berkenaan tanpa izin pemilik dan mengamalkan ilmu
tanpa mendapat ijazah.

Sebab yang sebenar saya sendiri pun tidak tahu. Ada juga kemungkinan bahawa
perkara yang SIRR telah diceritakan kepada orang lain khususnya orang yang
bukan ahli.
Namun begitu Keagungan Allah adalah amat jelas dan nyata. Peristiwa yang
saya ceritakan tadi membolehkan anda membaca buku Dr Bagindo Muchtar ini.
Mudahan mudahan anda juga akan menikmati nikmat sepertimana yang telah
dinikmati oleh anak muda yang saya ceritakan diatas. Namun segala-galanya
adalah KetentuanNya jua.
Saya tidak bercadang untuk menceritakan didalam Prakata ini akan pengalaman
pengalaman luarbiasa oleh anak muda tersebut. Saya juga tidak dapat
menyebutkan namanya kerana tidak dapat keizinannya. Yang dapat saya
katakan ialah adalah satu perkara yang benar bahawa sesaorang salik itu dapat
malah amat perlu menemui Dirinya. Ini telah disebutkan oleh Sultanul Aulia
Syeikh Abdul Qadir Jailani didalam
kitabnya dan juga telah dinyatakan oleh Syeikh Hamzah Al Fansuri didalam
karangan karangannya.
NOTA
Tajuk Asal Buku Dr Bagindo Muchtar ialah MENGENAL DIRI
Penyalin mengubah tajuknya kepada MENEMUI DIRI DENGAN MEMANDANG
KEDALAM kerana itulah yang dibincangkan sebenarnya oleh Dr Bagindo Muchtar.
Fatihah Untuk Dr Bagindo Muchtar. Penyalin ( dan sewajarlah semua pembaca )
sangat berterimakasih kepada beliau atas isi kandungan buku ini. Isi
kandungannya sangat MIRIP kepada PATRAP yang diterajui oleh bapak Slamet
dan Bapak Abu Sangkan Dzikirullah.com . Terimakasih dan Fatihah juga untuk
abang penyalin Sdra Amar Mansur.
Penyalin tidak pasti sama-ada Buku MENGENAL DIRI karangan DR BAGINDO
MUCHTAR ini telah pernah diterbitkan. Salinan yang ada pada penyalin
merupakan Manuskrip yang ditaip. Mengikut catatan manuskrip, Dr Bagindo
Muchtar mula menaipnya pada 1hb ogos 1962 dan siap pada 27hb November
1965 di Palembang, Indonesia.
Pada hemat penyalin Dr Bagindo Muchtar ialah Prof Dr Muchtar Lintang
Mahaguru Silat NASRUL HAQ. Ini adalah berdasarkan pengakuan Sdra Amar
Mansur bahawa manuskrip ini dihadiahkan kepadanya oleh Prof Muchtar Lintang
sendiri. Ketika itu sdra Amar merupakan jurulatih kanan Nasrul Haq, di Kuala
Lumpur. Amar Mansur pula menghadiahkan satu salinan kepada penyalin pada
tahun 1980 sebagai Hadiah Harijadi.
***********************
PRAKATA DUA

Al-Fakir Abdillah Abdullah Al-Gemasi


Saudara pembaca,
Dikalangan pengikut Ilmu Hakikat Diri Yang Sebenarnya Diri itu merupakan
perkara immaterial yang bersifat Rabbaniah atau bersifat Ketuhanan. Yang
demikian ianya juga dikatakan mempunyai Sifat Sifat 20 Allah SWT. Nyata
dengan jelas akan wujudnya 7 ( tujuh ) Sifat Sifat MaaniNya ( Hayat / Basar /
Kalam / Kudrat / Ilmu / Sama & Iradat ) pada Diri itu yang seterusnya melihatkan
kesan kesannya melalui anggota anggota badan manusia itu.
Yang menjadi persoalan ialah adakah Diri itu juga memiliki Sifat Sifat MAHA atau
SIFAT SIFAT MAKNUYAH Allah SWT ? ( Hayyun / Basirun / Mutakallimun / Qadirun /
Alimun / Samiun & Muridun )
Jika dikatakan ada kenapakah manusia itu mempunyai pelbagai kelemahan dan
serba kekurangan ?, sedangkan yang dikatakan MAKNUYAH itu ialah HAYYUN /
MAHA HIDUP, QADIRUN / MAHA BERKUASA, ALIMUN / MAHA TAHU, BASIRUN /
MAHA MELIHAT, SAMIUN / MAHA MENDENGAR, MUTAKALLIMUN / MAHA BERKATAKATA dan MURIDUN / MAHA BERKEHENDAK ?. Pernahkah anda menemui manusia
yang memilikki Sifat Sifat sebegini ?
Jika dikatakan Diri itu hanya memilikki Sifat Sifat Maani sahaja, maka tidaklah
boleh dikatakan bahawa Diri itu bersifat Ketuhanan ! Hanya IlmuNya sahaja yang
dapat memberi penjelasan kepada sesaorang salik itu kerana pada hakikatnya
Tiada Yang Berilmu Hanya Dia.
Saudara pembaca,
Marilah kita alihkan tumpuan dan perhatian kita buat seketika kepada perkara
yang mungkin kita anggap sebagai remeh temeh ( yang jarang sekali kita
fikirkan secara mendalam rahsianya ) kerana kita terlalu biasa dengannya oleh
kerana kita sentiasa bersamanya, setiap detik dan ketika barangkali.

Saya ingin menarik perhatian saudara tentang dua perkara iaitu mengenai
tenaga letrik yang mengalir dirumah kita, dipejabat kita di sekitar kita dan juga
tentang jalan jalan atau laluan laluan yang selalu kita gunakan tanpa kita
memikirkan hakikat yang kita sebenarnya menumpang jalan jalan yang bukan
milik kita itu .
Mengenai tenaga letrik ianya adalah abstrak kerana sangat susah bagi kita
menjelaskan apakah ianya sebenarnya melainkan bercerita mengenai kesan
kesannya. Jurutera letrik mengukurnya dengan mengadakan kata kata ukuran
seperti watt, voltage dan sebagainya.

Jika dikatakan ianya mati, letrik itu menghidupkan pelbagai peralatan dan
membahagiakan kehidupan kita pula. Jika kita katakan ianya hanya benda yang
mati ianya bergerak dan mengalir dari janakuasa kerumah kita melalui jalannya
sendiri. Jalannya ialah dawai tembaga ( copper ). Jika kita gantikan dengan tali
plastik umpamanya ia enggan berjalan ( mengalir ) Ianya tetap mahu kepada
jalannya sendiri. Tidak mahu ia menumpang jalan yang bukan jalannya ( jalan
orang / benda lain )
Jika kita katakan ianya hidup kita tidak pernah nampak akan rupanya melainkan
lambang lambang yang diadakan oleh jurutera. Jadi ianya seperti sesuatu yang
ada ZAT seperti air juga yang hidup dan menghidupkan.
Saudara pembaca,
Jalan tenaga letrik ini kita sebut sebagai dawai letrik. Jurutera membuatnya
mengikut pelbagai ukuran ( saiz ) sesuai dengan kekuatan atau satu satu
kegunaan itu. Jika dawai dawai yang merupakan jalan jalan tenaga letrik ini
berbalut mengikut piawaian yang ditentukan maka tenaga atau kekuatannya
telah dihadkan kepada kegunaan yang ditujukan itu. Umpamanya ia akan
menyalakan lampu tanpa membakar lampu tersebut, memusingkan kipas tanpa
merosakkannya atau menghidupkan peti televisyen tanpa memudaratkan kita
sebagai pengguna atau peti televisyen itu sebagai alat.
Jadi bolehlah kita katakan bahawa tenaga letrik dalam dawai yang berbalut itu
bukanlah kekuatan sebenar tenaga letrik itu. Ini adalah kerana jika balutan itu
dibuang dan yang tinggal hanya dawai tembaga maka kekuatan sebenar tenaga
letrik itu boleh membunuh manusia dan merosakkan segala peralatan.
Yang demikian balutan itulah sebenarnya yang membuatkan kekuatan yang
MAHA itu terkawal sesuai dengan apa kegunaan yang diinginkan.
Mengenai jalan pula, jalan keretapi umpamanya kita sebut sebagai landasan
keretapi. Jika kita naik keretapi kita disebut sebagai penumpang keretapi. Jika
kita naik bas pula kita disebut sebagai penumpang bas. Ini adalah kerana
landasan itu bukan milik kita tetapi milik keretapi. Kita hanya tumpang
menggunakan sahaja.
Apapun, jika tidak ada jalan maka kita akan menjadi statik kerana tidak dapat
kemana mana pun. Yang demikian jalan itu adalah penting malah sangat
penting.
Sesuatu perkara itu mempunyai jalan jalan masing masing, atau jalan jalannya
sendiri. Untuk memperolehi sesuatu kita hendaklah tahu akan jalannya. Jika kita
tidak tahu jalan, maka kita tidak akan kemana malah boleh sesat pula.
Oleh kerana selama ini kita hanya menumpang jalan, jalan yang bukan milik DIRI
kita maka sentiasalah kita menjadi penumpang. Maka adalah amat perlu kita
membina atau menemui jalan kita sendiri.

Yang sebenarnya tidaklah perlu kita membinanya kerana jalan itu telahpun
disiapkan untuk kita. Cuma kita tidak menyedari akan wujudnya. Lantaran itu
ianya jalan yang tidak pernah kita gunakan kerana kita sememangnya jahil
tentang kewujudannya.
Saudara pembaca,
Marilah kita kembali kepada perkara yang serius semula ( bukan perkara remeh
lagi )
Saya ingin menarik perhatian saudara kepada sebuah kitab yang dikarang oleh
Qutubul Aulia Syeikh Abdul Qadir Jailani yang berjudul SIRRUR ASRAR. Jika anda
belum membacanya maka carilah buku ini dan bacalah berulang ulang kali.
Didalam kitab berkenaan Syeikh kita menjelaskan bahawa Ruh Al Qudsi ( yang
juga dirujuk sebagai Diri Yang Sebenarnya oleh ulama lain ) dan umumnya
dirujuk sebagai ruh atau nyawa kita itu dinamakan oleh beliau sebagai TIFLUL
MAANI iaitu sesuatu yang immaterial atau bukan benda yang terlalu rahsia yang
bersifat Rabbaniah atau Ketuhanan yang membuatkan kita hidup dan menjadi
manusia atau insan yang sempurna.
Menurut beliau, Allah SWT telah mambalut Tiflul Maani ini dengan pelbagai
balutan cahaya kerana jika ianya tidak dibalut maka kekuatanNya akan
membakar jasad atau tubuh atau badan yang menjadi sarungnya didunia ini.
Seperti tenaga letrik yang berjalan didawai tembaga terhad atau dihadkan
kekuatannya oleh lapisan lapisan pembalut plastik sesuai dengan kegunaan
tenaga itu, begitu jugalah kekuatan TIFLUL MAANI itu dihadkan kekuatannya
sesuai dengan kehidupan manusia itu dimuka bumi ini.
Maka yang kelihatan ketika kewujudan balutan balutan itu hanyalah kekuatan
yang terhad yang disesuaikan hingga yang terlihat hanyalah apa yang kita sebut
sebagai kesan kesan SIFAT SIFAT MAANI ALLAH SWT. Sifat Sifat MAHA iaitu Sifat
MAKNUYAH itu seperti ghaib. Kesan wujudnya juga hampir tidak kelihatan.
Yang demikian bolehlah kita katakan bahawa Sifat Sifat Maknuyah Allah SWT
sememang wujud pada Diri Sebenar manusia itu. Ianya hanya akan NYATA
apabila balutan balutannya terhapus atau dihapuskan.
Saudara pembaca,
Bagi sesaorang yang bertauhidkan kepada Keesaan Allah SWT dan betul betul
meyakini akan kebenaran Ilmu Hakikat, wajiblah ianya beriman bahawa tiada
apa yang wujud dialam maya pada ini melainkan Zat Alllah semata mata.
Wajib juga ia percaya bahawa Allah meliputi dirinya dan pengliputan itu

menjadikan dirinya sebagai manusia pada hakikatnya tidak wujud.


Dia juga yakin bahawa Ruh atau Nyawa atau Hati atau Qalbunya merupakan Ruh
Al Qudsi Allah yang memilikki segala Sifat Sifat Allah termasuk Sifat Sifat 20
yang wajib diketahuinya berkaitan Allah SWT.
Yang demikian apa yang harus ditumpukan oleh sesaorang salik itu, setelah
meyakini bahawa Diri Yang Sebenarnya Diri itu memilikki Sifat Sifat Maknuyah
Allah SWT ialah mencari JALAN untuk menemuinya dengan pemecahan
pemecahan balutan balutan itu.
Usaha usaha pemecahan balutan balutan cahaya yang membalut Ruh Al Qudsi
atau bagi Syeikh Abdul Qadir TIFLUL MAANI boleh dicapai dengan beberapa cara
mengikut pegangan dan fahaman sesaorang itu.
Bagi orang orang yang hanya meyakini Ilmu Syariat maka caranya ialah
mentaati Alllah SWT sebaik mungkin dengan menjauhi sift sifat terkeji dan
melakukan sebanyak mungkin ibadah.
Bagi ahli ahli Tarikat pula maka sewajarnyalah ia menaikkan tahap zikirnya
dengan bimbingan mursyid hingga mencapai Makrifatullah.
Bagi Ahli Tauhid iaitu Ahli Hakikat tumpuan ialah kepada Mengesakan Allah dan
memusnahkan Keakuannya ..
Dan bagi Dr Bagindo Muchtar Diri Yang Sebenarnya Diri itu boleh ditemui kalau
sekiranya sesaorang itu mengetahui JALAN DIRI itu sendiri. Perkara inilah yang
dihuraikan oleh Dr Bagindo Muchtar didalam bukunya yang oleh penyalin
dijudulkan semula sebagai PANDUAN MENEMUI DIRI DENGAN MEMANDANG
KEDALAM.
MATLAMAT TERAKHIR THE ULTIMATE OBJECTIVES.
Saudara Pembaca !
Awal Awal Agama Ialah Mengenal Allah . Apa pula Akhir Akhir Agama itu ?
Sewajarnyalah Akhir Agama Itu Menemui Allah.
Saya tidak pasti sama-ada ada Hadith atau Ayat Ayat Al-Quran yang menegaskan
bahawa Akhir Akhir Agama Itu Ialah Menemui Allah setelah Kita Dapat
Mengenalnya.
Apapun terdapat banyak Ayat Ayat Al-Quran yang menjelaskan bahawa
sesaorang itu dapat BERTEMU dengan Allah mengikut cara cara yang ditentukan
oleh Allah sendiri dan caranya yang jelas ialah dengan PANDANGAN BATIN dan
dengan MENGENAL DIRI SENDIRI.

Yang demikian Mengenal Diri itu sewajarnyalah Awalnya dan MENEMUI DIRI itu
adalah akhirnya.
Jadi kita katakan bahawa tiadalah gunanya ILMU, jika kita tidak dapat
menggunakannya untuk MENGENAL DIRI. Dan boleh juga kita katakan bahawa
adalah sia sia kita dapat kita Mengenal Diri kita jika kita tidak dapat
MENEMUINYA. Dan adalah perkara yang SANGAT MALANG dan SANGAT RUGI jika
kita tidak dapat MENEMUI ALLAH setelah kita berjaya Menemui Diri kita.
Barangkali inilah yang sewajarnya menjadi MATLAMAT AKHIR atau THE ULTIMATE
OBJECTIVES kita menuntut Ilmu apatah lagi ILMU MENGENAL DIRI .
Iaitu kita wajib belajar Mengenal Diri agar Diri itu dapat kita TEMUI dan akhirnya
sebagai SifatNya Diri itu sebagai bahagian Yang Ghaib kita dapat pula DIRI itu,
membawa kita MENEMUI ALLAH TUHAN kita YANG MAHA GHAIB itu.
Barangkali inilah maksud Hadith : Wa Man Arafa Rabbahu Fasadal Jasad
Sesiapa Yang Mengenal Tuhannya maka binasalah JasadNya.
Pokoknya ialah JASAD atau BADAN itu wajarlah diBINASAKAN dahulu agar YANG
BATIN itu WUJUD ESA DENGAN ALLAH, dapat berkuasa sepenuhnya dalam
ertikata menguasai segala-galanya mengikut KETENTUAN TUHANNYA.
Soalnya ialah bagaimanakah caranya kita dapat mengenal dan menemui DIRI
kita itu ? Maka sewjarnyalah kita menghalusi maksud Hadith Baginda Nabi
Muhammad : BERTAFAKUR SESAAT ITU LEBIH BAIK DARI BERIBADAH SELAMA 70
TAHUN. Bagaimanakah caranya kita bertafakkur itu ?
Cara Bertaffkur dan CARA UNTUK MENEMUI DIRI dan TUHAN inilah yang
ditumpukan oleh Dr Bagindo Muchtar dalam buku yang anda akan baca ini. Maka
wajarlah anda BERSYUKUR kepada Allah dan berterima-kasih kepada Dr Bagindo
Muchtar kerana selain buku ini saya belum pernah terjumpa mana mana buku
dan kitab yang menunjukkan cara caranya MENEMUI DIRI sejelas buku Dr
Bagindo Muchtar ini.
Semuga anda sebagai pembaca akan menemui Diri anda sendiri dan menikmati
erti kehidupan sebenar melalui cara cara Dr Bagindo Muchtar, kerana bagi Dr
Bagindo Muchtar cara cara kehidupan yang kita jalani selama ini adalah cara
cara kehidupan yang salah dan merugikan. Kita perlu mencari jalan CARA
KEHIDUPAN BARU dengan menyerahkan segala urusan kehidupan kepada DIRI
yang telah ditemui itu.
Semuga Allah memeberi Taufik dan HidayahNya kepada kita semua. Bersyukur
kita kepada Allah dan terima kasih yang tidak terhingga kepada Dr Bagindo
Muchtar ( yang pada pendapat penyalin barangkali dia jugalah yang menamakan
dirinya Professor Dr Muchtar Lintang pengasas silat NASRUL HAQ. ) Terima ksih
kita juga kepada anak muda yang telah memulangkan semula buku Dr Bagindo

Muchtar ini kepada penyalin.


Walllahhualam, salam takzim dan selamat membaca.
Ikhlas dari,

Al Fakir Abdillah Abdullah Al Gemasi


Kampong Londah, Gemas Negeri Sembilan, Malaysia.
09 Julai 2006.
BAB SATU
KESIMPULAN DARI PERJALANANKU
Yang ada mencari yang tiada Menemui sesuatu yang harus mendapatkan
perhatian dari kita sendiri. Mengikuti terus perkembangannya.
Terus mengadakan latihan sampai dapat berkembang terus, sampai dapat
merasakan yang sesuatu itu telah memancar dari dalam badan sendiri.
Dengan sesuatu melakukan sesuatu untuk dapat mengetahui akan rahsia yang
terkandung padanya.
Melakukan perjalanan dengan sesuatu dari tiada sampai kepada tidak ada.
Tempat tidak ada menyadarkan dan menyatakan badan diri guna untuk
mengadakan pengakuan akan tiada Tuhan yang lain melainkan Allah dan
Muhammad sebagai Rasullullah dengan melafazkan Dua Kalimah Syahadat
sekurang kurangnya tiga kali berulang ulang.
Sekali berjalan dari tidak ada kepada sampai kepada ada. Kewibawaan kita
keluar selalu sebagai seorang manusia dengan sesuatu.
Demikianlah adanya.
AKU
BAGINDA MUCHTAR
( SI SEPULUH )
BAB DUA
KATA BERMULA
Anak anakku sekalian,
1 Ketahuilah olehmu, resapkan kedadamu bahawa dibumi Tuhan engkau berpijak
dan dibawah lindungan yang Maha Besar engkau berdiri. Adalah engkau hidup
dan dihidupkan. Dari itu sembahlah DIA ALLAH Yang Maha Esa dan pohonkanlah

segala galanya kepadaNya,


2 Engkau menjadi orang melalui ibu bapamu. Kalau tidak ada ibu bapamu tentu
engkau tak akan menjadi manusia kerana ibu bapamu itu manusia. Dari itu
sujudlah dan hormatilah dia sedalam dalamnya dan jangan durhaka kepadanya
( mereka ).
3 Engkau dilahirkan melalui ibumu dan jadilah engkau anak kandungnya kerana
dia yang mengandung engkau. Seorang anak tak akan jadi kalau tak ada
bapamu.
Dan dibidang Ilmu Pengetahuanku adalah engkau anakku pula dan adalah aku
gurumu, walaupun engkau memanggilkan bapa padaku.
BAB TIGA
BAHAGIA
Sebagai seorang manusia engkau dilahirkan oleh ibumu. Kelahiranmu
mendatangkan Bahagia pada perasaan ibu bapamu dan kaum familimu. Dan
dimana letaknya Bahagiamu itu ? Engkau membawa bahagia dan bahagia itu
ada padamu, tetapi dimana letaknya ? Letaknya ialah padamu yaitu
ditempatnya. Mungkin letaknya diluarmu ? Tidak mungkin kerana engkau yang
membawanya.
Bahagiaku letaknya padaku dan bahagiamu letaknya padamu. Aku mangandung
bahagia dan engkau ( juga ) mengandung bahagia. Untuk merasakan dan
mendapat ( kan ) itu bahagia tentu engkau harus melahirkan kandunganmu itu.
Engkau tak tahu. Dalam hal ini maka aku yang engkau anggap gurumu yang
menolong melahirkan kandungan mu itu. Dan engkau akan merasa bahagia
sepanjang masa, kalau engkau tahu dan mengerti dan dapat memahami
bahagiamu yang telah dilahirkan itu.
Kesadaran dan pengertianmu yang mendalam dapat menilai dan menghargai
gurumu sebagai pembimbingmu memecahkan Rahsia DIRImu sendiri, menuju
hidup sepanjang masa menjelang hidup yang kekal abadi.
Pelajarilah segala sesuatunya dengan sesuatu yang ADA padamu dan jagalah
hadapmu terhadap ibubapamu, sesudah itu guru gurumu. Dan istimewa
terhadap Tuhan yang mengadakan segala yang ada, yang menjadikan segala
yang dijadikan, yang Mengetahui yang tidak diketahui oleh apa dan siapa saja,
sembahlah Dia dan carilah Rahsianya yang terkandung didalam dirimu, untuk
dapat mengenalnya dengan erti yang sebenarnya.
Rabbigefer warham wa anta
khairurrahimin.

( Wa ) Hai Tuhanku ampunilah kesalahanku, kasihanilah aku, Engkau ( lah ) yang


sebaik-baik Yang Mengasihi.

Palembang
27hb Nov 1965
Bagindo Muchtar.
BAB EMPAT
KISAHKU
Bidukku yang tadinya belayar dengan tenang dan laju karam dihentam badi
topan ( taufan ) sehingga terdampar ketepi pantai sampai menyebabkan kemudi
patah. Semua orang didaratan menyalahkan aku. Aku belayar dengan bidukku
mengharung lautan samudera dengan tujuan mencapai pulau cita cita yaitu
BAHAGIA. Bahagia yang diidam idamkan oleh setiap manusia.
Dalam pelayaran itu sewaktu aku memutar haluan hendak menuju sesuatu
tujuan yang tertentu yang aku anggap baik, maka sekonyong konyong dengan
tidak aku sadari berembuslah badai taufan dengan amat dahsyatnya yang
menyebabkan bidukku terhempas kekanan dan kekiri. Segala ikhtiarku, daya
upayaku aku jalankan guna untuk bertahan menjaga supaya bidukku jangan
karam.
Akhirnya setelah aku cuba bertahan berhari hari dan bermalam malam ( lima
belas hari dan lima belas malam lamanya ) untuk menyelamatkan biduk itu,
kesudahannya bidukku ketepi pantai dan tidak sampai tenggelam ditengah
lautan. Daya tahanku boleh dikatakan hampir habis.
Kerana kalau sampai tenggelam ditengah lautan tentu semenjak waktu itu akan
berakhirlah riwayat hidupku dan tidak ada satu manusia pun akan mengetahui
kisahku ini. Kerana seluruh isi biduk itu akan ikut tenggelam dan termasuk aku
sendiri.
Aku kehabisan tenaga. Bidukku terdampar dan disaat itu aku belum sedar betul.
Dengan tidak usul periksa semua orang didaratan menyalahkan aku.
Aku berusaha dan mencuba menerangkan keadaan yang sebenarnya akan tetapi
tidak satu orang pun waktu itu yang mahu mendengar keteranganku. Aku tidak
mengharapkan belas kasihan dari orang orang itu, tidak.. hanya aku ingin
mengemukakan kebenaranku kepada mereka itu akan tetapi manusia manusia
itu tidak mahu menerimanya.
Dan dari segi lain, angin badai taufan tersebut menyebabkan mulai berlakunya
PERISTIWA GHAIB BAGI DIRIKU.
Aku terkatong katong seorang diri dan tiap tiap orang yang menemui aku atau

yang aku temui memperlihatkan rasa curiga padaku.


Dan segala sesuatunya itu aku terima dengan segala kesabaran dan tawakkal.
Curiga orang orang itu menjadi bahan bagiku untuk mengoreksi
( memperbetulkan ) diriku. Aku harus menyesuaikan batinku dengan zahirku.
Dan beransur ansur mulai ada orang yang mempercayai aku dan sudah ada pula
menaruh perhatian padaku.
Bidukku dikuasai oleh orang orang tertentu, bahkan sampai kepada kekayaanku
yang tidak seberapa dikuasai orang juga. Pihak pihak yang tertentu tidak mahu
mengerti dan tidak mahu tahu akan keadaanku waktu itu dan terang aku
rasakan ialah kemerdekaanku dirampas oleh orang orang yang tertentu itu
dengan tujuan tertentu pula.
Aku tidak berdaya kerana tidak ( ada ) satu orang pun yang memihak padaku.
Kebenaranku dikalahkan oleh jumlah bilangan mereka yang banyak. Dan
belakangan ternyata kemudi bidukku patah, patah tidak dapat disambung lagi
sehingga aku kehilangan kemudi ( kesayanganku ) untuk selama lamanya.
Aku mengatakan maka sampainya patah kemudi itu disebabkan keranakan yang
menguasai bidukku itu setelah kemerdekaanku dirampas, kerana setahuku
bidukku tidak sampai sebegitu jauh rosaknya, akan tetapi oleh kerana dari
semula orang mengatakan aku yang menyebabkannya, maka kesalahan tetap
dipikulkan kepundakku.
Aku tahu bidukku rosak. Dengan mati- matian sewaktu di tengah lautan aku
pertahankan supaya jangan sampai tenggelam dan akhirnya dengan tidak
berdaya aku sampai ketepi.
Hanya aku yang tahu bagaimana hebatnya taufan itu mengamuk siang dan
malam dan hanya aku yang bertahan dan lantaran aku juga makanya biduk itu
sampai ketepi pantai. Dan sekalian yang terjadi dibidukku adalah akibat
dari serangan gelombang dahsyat yang menghentam bidukku itu.
Kemerdekaanku dirampas dan aku disingkirkan dengan paksa. Kesalahanku
waktu itu ialah aku tidak tegas, aku waktu itu disaat lemah tidak berdaya.
Patahnya kemudi disebabkan tidak pandainya tukang memperbaikki biduk itu,
lantaran tidak tahu hujung pangkalnya atau sebab musababnya. Dan akhirnya
aku yang kehilangan, akulah yang menderita.
Kekuatanku dengan beransur mulai timbul, kesadaranku mulai datang dan
keadaan itu tidak bolih aku biarkan begitu sahaja. Aku mulai bertindak mulai
tegas dan segala hakku yang sengaja dirampas orang aku tuntut supaya
dikembalikan. Dan akhirnya dengan kesadaran dan ketegasanku itu, walau tidak
keseluruhannya kemerdekaanku mulai ku perdapat kembali dengan jalan
mushawarah atau perdamaian.

Pengalaman dan penderitaanku ditaraf yang pertama ini menyebabkan aku


mendapat kesimpulan bahawa memang Tuhan itu ada. Ini bukan bererti aku
tidak percaya pada Tuhan sebelumnya.
Contoh contoh diantaranya aku pernah tidak makan sewajarnya akan tetapi ( aku
) tidak lapar, aku pernah dicari oleh sesaorang untuk ditembak lantaran dihasut
orang, aku bertemu dengan orang itu akan tetapi aku tidak dilihatnya dan ada
saja orang lain yang mempertahankan aku. Aku pernah dapat tahu apa yang
akan terjadi pada sesaorang dan banyak pengalamanku yang lain lain yang
menyebabkan aku mendapat kesimpulan yang seperti aku sebutkan diatas itu.
Memang Tuhan Itu Ada.
Kemerdekaanku telah ku perdapat kembali dan aku ingin membuktikan
kebenaranku kepada masyarakat, aku kembalikan ingatanku kepada seluruh
peristiwa peristiwa yang telah menimpa aku sejak dari semulanya aku pelajari
dengan saksama dan dengan peganganku memang Tuhan itu ada, aku
merenung dan merenung untuk mengadukan untung perasaanku kepadaNya.
Aku insaf bahawa tidak ada seorang saksi pun akan aku ambil untuk
mengemukakan kebenaranku akan tetapi aku yakin bahawa dibalik saksi yang
nyata tidak ada itu ada saksi tidak nyata iaitu yang ghaib, malaikat malaikat
yang telah ditentukan oleh Tuhan sebagai mata mata untuk mengamat- amati
segala perbuatan kita manusia ini buruk dan baiknya.
Adalah aku waktu itu ibarat musafir dipadang pasir sedang kehausan
memerlukan seteguk air untuk melepaskan dahaga dalam pengembaraan untuk
mencari sesuatu aku ingin hendak mencarinya menemuinya yang menjadikan
aku sentana ( ? ) diizinkannya aku menemuinya aku akan menangis dan
menangis sejadi-jadinya untuk mengadukan penderitaanku yang rasanya tidak
pada tempatnya itu.
Zahirku itu seolah-olah tidak bererti kerana dengan kepergiannya aku sangat
berasa kekurangan dan kehilangan keseimbangan dan aku terkatong-katong
dalam kehidupan aku sedari diriku aku melihat keluar hampa perasaanku kerana
tidak ada rasanya erti hidup ( dunia ) bagiku. Aku melihat kedalam perasaanku
dadaku penuh dengan daya rasa bermacam macam aku bertanya sendiri dan
mendapat jawapan sendiri dan akhirnya aku temuilah diriku sendiri.
Tahulah aku sudah, bahawa peristiwa besar telah terjadi didiriku, cubaan besar
telah terjadi didiriku, aku harus berkorban dan pengorbanan sedang berjalan dan
perubahan besar sedang berkembang pula didiriku terutama dibatinku. Peristiwa
ghaib sedang berlaku pula didiriku, padaku yang mungkin ada pula terjadi pada
sesaorang atau beberapa orang yang hidup sebelumku. Segala sesuatu itu mesti
ada waris mewarisi, patah tumbuh hilang berganti dan telah berlaku pula Qadar
Tuhan atas diriku, aku telah lulus ujian dari ujian berat yang pertama berkat
ketabahanku ( sendiri )
Penderitaanku lahir batin tidak sanggup aku melukiskannya sebagai

pengorbananku, aku harus mengembara melakukan sesuatu perjalanan yang


jauh sebagai imbangan dari perjalanan batinku yang jauh pula.
Jauh disana aku lihat ada cahaya. Diriku tertarik akan cahaya itu dan aku
mendekatinya, aku perbaikki bidukku yang terdampar kemudi aku tukar
dengan yang baru dan aku mulai kembali mengharungi lautan luas untuk menuju
cahaya yang terlihat olihku itu. Bahawa adalah yang aku lihat itu tidak ubah
seumpama cahaya lampu mercu suar pada sebuah pulau yang sangat jauh
ditengah lautan yang dapat kita lihat dari jauh, hilang hilang timbul atau hidup
mati.
Aku belayar dengan kemudi baru menuju cahaya itu aku belayar dan belayar
gelombang besar kecil harus kulalui, kadang kadang bercampur dengan badai
taufan perjalananku berbelok belok akan tetapi akhirnya berkat kesungguhanku
pulau idamanku tercapai juga.
Sering pula akau terdampar kekiri dan kekanan akan tetapi syukurlah tidak
sampai bidukku pecah kerana tiap tiap pengalamanku aku ambil jadi pelajaran
untuk melanjutkan perjalananku.
Dan begitulah setelah lebih kurang tujuh tahun lamanya aku belayar, aku
mendarat dipulau cahaya itu. Aku takjub dan hairan cahaya yang aku lihat dari
jauh hidup mati atau hilang timbul itu rupanya disana tidak pernah mati atau
hilang hilang timbul, malahan hidup terus.
Aku berjalan selangkah demi selangkah sambil memperhatikan keadaan
sekelilingku dan cahaya yang menjadi perhatianku itu aku selidikki dengan teliti
dan tahulah aku sudah rahsianya, sebab sebabnya maka dia kelihatan hidup
mati dari jauh dan rahsianya telah menjadi rahsiaku.
Aku berjalan terus sambil memperhatikan yang lain lain aku melihat sebuah
rumah. Aku ingin mendekati rumah tersebut. Melihat dan memperhatikan akan
segala yang aku lihat ( disitu ) anggapanku tentu ada penghuni dirumah itu. Aku
ingin hendak menemui penghuni rumah itu, hendak meminta permisi ( izin )
memasukki perkarangannya. Aku mencari dan mencari, aku perhatikan
sekeliling, namun yang aku cari tidak juga bertemu ( ditemui ). Aku memasuki
perkarangannya dengan perlahan lahan dan berhati - hati sambil mencari
penghuninya. Aku naikki rumah itu kalau kalau ada dia didalam aku maju
selangkah lagi, masuk dengan memberi salam akan tetapi tiada yang menjawab
salamku.
Aku sudah berada disana, akan tetapi yang aku cari tidak ketemui. Aku buka
pintu kamarnya, banyak yang aneh aneh aku lihat didalamnya, namun dia yang
aku cari tidak juga aku temui.
Aku teruskan perjalananku kekamar yang lain, sampai seluruh kamar telah aku

masukki dan banyak yang aku senangi yang terlihat olehku didalamnya dari
muka aku terus kebelakang dan terus kebawah dan berjalan lagi sekelilingnya,
namun dia yang aku cari tidak juga bertemu.
Aku bingung, aku hairan, orangnya tidak nampak, akan tetapi tanda tanda
keadaannya banyak bertemu olehku, banyak yang aku ingini yang aku lihat
dalam kamar kamar yang telah aku periksa itu akan tetapi aku tidak berani
mengambilnya. Akhirnya aku duduk bermenung dibawah naungan cahaya tadi
sambil menanti-nantikan kalau kalau penghuni datang.
Dalam kesunyian itu tiba tiba aku seolah-olah mendengar suara Hai insan yang
sedang merenung, apa yang dinantikan lagi ? Ketahuilah olehmu bahawa
sesungguhnya DIA yang engkau cari itu sebenarnya TIDAK ADA, bagaimana DIA
akan ada kerana DIA tidak berupa dan bertampan, tidak beranak dan tidak pula
diperanakkan. Kembalilah engkau ketempat tadi, kerana dengan izinnya juga
engkau sampai, dan pergunakanlah kesempatan ini sebaik-baiknya. Bahawa DIA
itu ADA dalam TIADA, ada dalam sebutan tidak ada dalam kenyataan.
Aku tersentak dari lamunanku, aku sedar dan insaf dan dengan tenang aku
langkahkan kakiku kembali ketempat semula iaitu kerumah yang isinya yang
telah kuketahui itu.
DIA ada tetapi tidak ada, DIA ada dalam tiada dan tidak dalam ada. Aku
perhatikan segala sesuatunya yang kulihat dengan saksama dan tahulah aku
sudah bahawa disanalah rupanya letak kunci dari segala kunci, pusat dari segala
pusat. Dari sana titik permulaan dan kesana pula pengembalian segala
sesuatunya.
Sungguh sangat syukurku kepadaNYA yang menjadikan aku. Banyak sudah
rahsiaNYA yang aku ketahui dan aku mendapat tali pegangan.
Dengan tali pergantunganku itu aku kembali dari pengembaraanku dan rahsia
rahsia yang telah aku ketahui itu akan kupergunakan sebagai amalanku.
Jalan kesana telah terbuka bagiku. Kesimpulanku sekarang DIMANA AKU BERADA
DISANA ADA DIA. Dan aku akan mencari terus yang belum kuketahui, kerana aku
yakin seyakin-yakinnya, kalau jalan kesana telah terbuka bagiku pasti sudah
jalan jalan lain sudah terbuka pula. ( juga )
Keinginanku dan doaku semuga TUHAN yang aku sembah, yang menjadikan aku,
memanjangkan umurku, memelihara kesihatanku dan memberi rezekiku, kerana
hasratku sangat besar supaya manusia yang banyak ini akan mendapat pula
seperti apa yang telah aku dapat dan terbuka pula jalan baginya, bagi yang
mahu mencarinya. Kiranya ALLAH akan menerima segala amalanku.
Pusat dari segala pusat telah aku ketahui, kunci dari segala kunci telah aku
punyai pula. Banyak sudah yang telah kuketahui rahsianya telah menjadi
rahsiaku, ilmunya telah menjadi ilmuku dan satu persatu akan kucuba

memecahkannya dengan anak kunci yang telah ada padaku.


DIA memerintah seluruh alam termasuk alamku sendiri. Perintahnya berjalan
dengan sendirinya dengan Qudrat dan IradatNYA apa yang dikehendakkiNYA
terjadi, kerana DIA Mahakuasa, Maha Besar & Maha Mengetahui. Segala-galanya
diatur menurut KehendakNYA dan peraturanNYA itu berjalan dengan sendirinya.
Dimanakan batas antara aku dan DIA ? Setelah aku selidikki dengan saksama
dengan ilmuNYA yang telah ada padaku tahulah aku bahawa dinding atau batas
aku dengan DIA hanya zahirku atau lebih tepatlah aku katakan hanya bulu dan
kulitku.
Akhirnya aku dapat tahu katakan AKU telah menemui DIRIku, rahsianya telah aku
ketahui dan aku telah kembali dari sana dan dinding aku dengan DIA telah
tembus.
Palembang
1hb Ogos 1962.
BAB LIMA
RAHSIA HIDUP
Anak anakku,
Telah engkau ketahui bahawa yang dinamakan AKU bagimu itu letaknya ialah
ditempatnya dan tempatnya ialah padamu jua iaitu didalam batang tubuhmu.
Dan buat AKUmu itu, aku memanggilkan engkau padanya, kerana AKUku dan
AKUmu walaupun asalnya sama, tapi letaknya berlainan tempatnya, iaitu
padamu dan padaku.
AKU yang dimaksudkan DIA yang bila saatnya telah tiba nanti akan
meninggalkan kita. DIA akan kembali keasalnya iaitu kepada TUHAN Yang Maha
Esa.
Jadi adalah bagi kita manusia yang akan menjadi pegangan ialah AKU. Dan
DIAlah yang tak lekang dek panas dan tak lapuk dek hujan. Suatu ANUGERAH
AGUNG dari Yang Maha Esa kepada kita.
Saya belum dapat kata kata lain sebagai penilaian dan penghargaan yang lebih
tinggi dan dalam ertinya untuk menamakan pemberian dari TUHAN yang
dikatakan AKU itu. Mungkin orang lain akan menamakannya lain pula, tetapi
saya mengatakan adalah itu ANUGERAH yang SEBESAR-BESARnya dari Yang
Memberi untuk kita ( manusia ). Betapa tidak ! bukankah DIA pokok pangkalnya
dari kehidupan kita ? Bayangkanlah kalau DIA tidak ada, adakah yang kita
manusia hidup namanya ? Tidak bukan, dengan kepergiannya maka matilah kita
dinamakan orang. Jadi adalah seluruh kegiatan hidup kita bergantung padanya.

Bila HIDUP telah meninggalkan kita namanya kita telah MATI. Dan adalah yang
dikatakan telah mati itu tidak layak tinggal diatas dunia. Ada yang dikubur dan
ada pula yang dibakar.
Ada orang yang memberi nama ANUGERAH AGUNG kepada OTAK, kerana dari
sanalah keluar sesuatunya yang menghasilkan segala sesuatunya.
Kami mengatakan itu adalah hasil kejadian dari Yang Maha Menjadikan, kejadian
yang berat dan teratur oleh Yang Maha Menciptakan iaitu Tuhan Yang Maha Esa.
Biasakah yang dijadikan itu berbuat atau menghasilkan sesuatu kalau itu tenaga
HIDUP yang berasalkan dan berisi DAYA HIDUP, tidak mengalir dalam otak
tersebut ? Tentu tidak bukan ? Jadi pastilah ada sesuatu yang dinamakan HIDUP
dibatang tubuh kita yang berisikan DAYA DAYA mealiri kehidupan kita.
Berdasarkan keterangan diatas adalah kita terdiri dari YANG DIJADIKAN dan YANG
DIANUGERAHKAN. Yang Menjadikan dan Yang Menganugerahkan ialah Yang
Tunggal Esa iaitu ALLAH SWT.
Kita mendapati barang sudah dengan sempurnanya. Kejadian kita dijadikannya
dengan AnugerahNYA yang sangat berharga dan berguna untuk kesempurnaan
kita. Dan adalah kewajipan kita untuk menjalankan kehidupan kita menurut Yang
Kehendak. Manusia sedar selamanya ingin kesenangan kekayaan - kejayaan
kesimpulannya BAHAGIA.
Tiak ada yang mahu sakit hina miskin. Kesimpulannya menderita atau
sengsara. Tetapi mengapa manusia tidak banyak mengecap nikmat hidup yang
dinamakan sampai ketingkatan Bahagia apa lagi diidamkan dunia dan akhirat ?
Kesalahan letaknya ialah pada salahnya menjalankan kehidupan tidak berpegang
pada jalannnya HIDUP yang sebenarnya.
Dan adalah kesalahan itu letaknya tidaklah diluar atau pada orang lain
melainkan pada kita sendiri. Dimanakah letaknya kesalahan kita itu ?
JALAN yang manakah yang akan dilalui untuk kebahagiaan hidup kita itu ? Untuk
ini hendaklah kita pelajari ke ada an badan diri kita semenjak dari luar sampai
kedalam dan sampai kita menemui AKU kita.
Telah kita ketahui bahawa adalah kelengkapan kita ini terdiri dari :1 YANG DIJADIKAN iaitu TUBUH kita ( BADAN )
2 YANG DIANUGERAHKAN iaitu yang dinamakan HIDUP ( NYAWA )
Yang pertama iaitu Yang Dijadikan merupakan LAHIR ( zahir ) bagi kita dan yang
kedua iaitu yang dinamakan HIDUP berupa BATIN iaitu tidak nyata, akan tetapi

tidak dapat dimungkiri akan KE ADA AN nya. Jadi adalah DIA terkandung
dalam badan kita.
Kemanusiaan kita tidak akan sempurna, kalau tidak berpaduan diantara kedua
itu. Badan tidak akan bererti kalau HIDUP tidak ada. Hidup pun tanpa ada badan
tidak pula manusia namanya.
Jadi adalah satu sama lain perlu memerlukan. Oleh kerana itulah maka adalah
kita manusia dengan perlengkapan yang ada diperbandingkan dengan makhluk
makhluk lain, sebaik kejadian oleh Yang Menjadikan.
Didalam batang tubuh kita didapati DUA ALIRAN iaitu ALIRAN ZAHIR dan ALIRAN
BATIN. Aliran zahir iaitu aliran yang bertitik tolak dari hasil bekerjanya jantung
kita mealiri jalan jalan saluran saluran yang telah tersedia mealiri seluruh batang
tubuh atau yang dinamakan orang JASMANI.

BAB 6
RUMAH SUDAH TUKANG DIBUNUH
Rahsia yang terkandung didalam rumah ini ialah sebab makanya tukang dibunuh
oleh yang punya rumah setelah rumah siap. Tujuanya supaya jangan ada orang
lain yang bisa ( boleh ) membikin rumah seperti itu kerana dia tidak mahu ada
rumah yang lain yang serupa dengan rumahnya.
Mengenai JALAN ada pula ceritanya iaitu : Dimuka kita terentang jalan panjang
tidak habis-habisnya. Mahu kemana kita ?
Banyak sudah orang menuruti jalan terentang itu akan tetapi tidak ramai yang
sampai kepada tujuannya semula dan banyak pula yang tersesat dengan tidak
tentu jalan pulang atau kembali dan tidak kurang pula banyaknya yang tidak
puas pada jalan yang ditempuhinya itu. Kalau begitu tentu ada jalan yang dilalui
orang banyak itu bukan jalan yang sebenarnya atau kekurangan syarat dalam
perjalanan.
Sebagai seorang Islam pada tiap tiap rakaat sembahyang kita sentiasa
memohon kepada Tuhan iaitu agar Tuhan menunjukkan kepada kita JALAN YANG
LURUS iaitu jalan nikmat yang telah diberikan Allah kepada mereka yang tiada
dimurkai dan tiada disesatkan.
Sudahkah kita perdapat itu jalan ? Kalau belum adakah pernah kita usahakan
mencarinya sampai kita dapat PetunjukNYA ?
Berdasarkan keterangan diatas jalan yang dimaksudkan tentu telah ditunjukkan
kepaa orang orang yang sebelum kita iaitu jalan yang diberi nikmat yang tiada
dimurkai dan tiada sesat.

BAB 7

RUMAH NAMPAK JALAN TAK TENTU


Pengertian kebanyakan orang tentang perkataan diatas ialah diwaktu mendapat
kesulitan yang mana dia tidak dapat menyelesaikannya maka dilahirkanlah
perkataan tersebut diatas rumah nampak jalan tak tentu atau tidak tahu
Kemana tujuannya yang sebenar perkataan itu ? Biasa tiap tiap orang akan
mendirikan rumah sudah tersedia lapangan untuk itu. Dan sebelum rumuah dibuat
selamanya ada jalan untuk kelapangan itu dan seterusnya sampai rumah itu
selesai jalan selamanya ada dan perlu ada dan dalam hal ini kejadian lain ( pula )
Rumah nampak jalan tentu.
Pastilah ini bukan rumah yang sebenarnya. Rumah yang dimaksudkan yang penuh
mengandung rahsia itu ialah BADAN diri kita.
Bukanlah didalamnya ada aliran atau jalan dan berbataskan bulu dan kulit kita ?
Jadi adalah yang dimaksudkan orang yang tahu meninggalkan pepatah itu untuk
menjadi buah pemikiran bagi orang dibelakang hari.
Jadi adalah untuk memecahkan Rahsia rumah itu, kita mesti cari jalan untuk
memasukkinya. Kita harus mengenal segala sesuatunya yang ada pada kita serta
kegunaanya sampai kita dapat mengenal DIRI sendiri. Dan DIRI itulah yang
mengandung Rahsia.
Bagaimana ( kah ) jalan atau cara untuk MENGENAL DIRI itu apalagi
menguasainya ? Dengan alam fikirankah ? Sanggupkah tenaga alam fikiran kita
menemui DIRI itu secara positif ? Kuatkah saraf saraf kita untuk itu ? Tenaga
alam fikiran kesanggupannya ialah menghayal, menggambarkan barang yang tidak
ada, tapi ada. Ada dalam angan angan dalam cita cita dalam idea, jadi tetap dalam
keadaan negatif, sedangkan ilmu pengetahuan mengkehendakki positif, kenyataan
atau realiti.
JALAN untuk mengetahui itu letaknya di RASA kerana Rasa itulah yang amat
banyak mengandung Rahsia. Dan kalau Rasa yang sebenarnya telah kita perdapat,
dengan sendirinya mudah kita memecahkan Rahsianya.
Untuk mendapat RASA yang sebenarnya secara positif kita harus
MENEMBUS DINDING yang menutup aliran dari dalam itu. Pada huraian yang
sudah ( lalu ) telah diterangkan bahawa didalam batang tubuh kita kita
mempunyai dua aliran pada jalan yang sama. Aliran yang berlainan isinya iaitu
ALIRAN LAHIR dan ALIRAN BATIN.

Kedua-duanya berdindingkan BULU dan KULIT. Untuk mengetahui ISI tentu


kita harus menembus dinding menurut saluran yang telah ada dari dalam.
Kedua aliran ini berisi DAYA TENAGA iaitu yang satu berisikan TENAGA
HIDUP dan yang satu lagi berisikan DAYA TENAGA KEHIDUPAN disebabkeranakan adanya YANG MENGHIDUPKAN berada besertanya.
Tenaga Hidup tersebut ialah tenaga mendatang dengan sendirinya dan tidak dapat kita
menguasainya sebelum kita dapat mengenalnya dan tenaga kehidupan ialah tenaga lahir yang
kita pergunakan setiap hari.
Kehidupan kita didalam penuh berisi dengan pergerakan pergerakan yang bagi
kita terjadi dengan sendirinya. Untuk dapat mngetahui perbezaan daya tenaga
dari kedua aliran itu, hendaklah kita cuba mencarinya pada badan kita umpama
DENGAN MENGADAKAN LATIHAN LATIHAN sampai kita dapat menemuinya.
Yang akan dicari ialah TENAGA YANG TERSEMBUNYI iaitu tenaga yang tidak
sanggup kita menguasainya. Kita latih diri kita iaitu DENGAN MEMATIKAN
BADAN SEBELUM MATI.
CARANYA ialah dengan duduk tenang, hentikan segala gerak geri kita diluar dan juga
gerakan fikiran sehingga yang tinggal dan yang terasa bagi kita ialah GERAK YANG KITA
TIDAK SANGGUP KUASAI iaitu GERAK JALAN TURUN NAIKNYA PERNAFASAN
kita.
Latihan ini lakukan dan bawalah dengan BERULANG-ULANG sampai kita dapat
MENURUTKAN JALAN GERAK PERNAFASAN kita DARI DALAM.
Bagi kita adalah gerak pernafasan itu terjadi dengan sendirinya dan untuk difikirkan dan
diperhatikan sampai diketahui HENDAKNYA bahawa ADA SESUATU yang terkandung
dalam batang tubuh kita.
Sudahkah kita dapat mengetahui sampai merasakan dan mengakui kepastian
bahawa adalah YANG KITA KANDUNG itu ialah yang dinamakan RUH JIWA
NYAWA dan sebagainya
Pelajarilah keadaan badan diri kita semenjak dari luar sampai kedalam sampai
kita menemui apa yang dinamakan orang NYAWA JIWA RUH itu. Dan setelah
mendapat kepastian baru kita akui akan kebenaran kata kata orang yang berilmu
itu. Janganlah hendaknya kita menjadi Pak Turut sahaja.
Kita ingat pada kita sendiri sewaktu dalam kandungan iaitu dalam kejadian dibumi
dan alam sempit yang bagi ibu yang mengandung yang hanya merasakan
pergerakan didalam sebagai pembawaannya dan untuk ini siibu harus melahirkan
supaya kandungan itu menjadi KENYATAAN.

Kita yang tadinya DIKANDUNG setelah terlahir maka kembalikan pula yang
terjadi iaitu MENGANDUNG.
Sebagaimana ibu kita mengandung sewaktu kita dikandung maka setelah terlahir
sebelumnya kita melahirkan kandungan kita, kita senantiasa sahaja akan
MENANGGUNG. Rahsia kandungan ibu kita dilahirkan telah terbuka dengan
adanya KITA. Akan tetapi sudahkah kita mengetahui akan RAHSIA
KANDUNGAN kita ? Untuk mengetahui tentu kita harus melahirkan
kandungan kita itu. Sama-sama mengandung berlainan kandungan dan
penanggungan. Rahsia yang pertama yang dilahirkan ANAK dan apa kiranya Rahsia
kandungan yang kedua itu ?
Sewaktu kita dalam kandungan tinggal dialam sempit kita tidak pernah mengeluh,
tidak tahu apa apa, tidak tahu lapar, tidak tahu menagis tidak tahu kekeurangan,
akan tetapi setelah kita berada dialam yang lapang dan luas yang dinamakan
DUNIA kita merintih, kita menangis, kita lapar kita dahaga dan sebagainya.
Kenapa kita berasa kekurangan dan sentiasa tidak puas ? Renungkan dalam dalam,
cuba balik balikkan fikiran kita kepada sewaktu kita didalam kandungan dan
kepada sewaktu diluar kandungan.
Kita telah kehilangan sesuatu iaitu tali penggantungan, tali yang berisikan serba
ada untuk kebahagiaan kita. Kita telah kehilangan BAHAGIA dengan terputusnya
tali penggantungan kita. Siibu yang mengandung dan menanggung tadi, setelah
mendengar akan suara yang dilahirkan tidak dapat melahirkan kegembiraannya
sebaliknya sianak yang tidak tahu apa apa setelah lahir berontak mengeluarkan
suaranya kerana tali pergantungannya telah putus semenjak tali pusatnya
diputuskan.
Putus sudah tali hubungan yang dikandung dengan yang mengandung. Kalau
tadinya sibudak dapat makan langsung dari ibunya, maka semenjak itu dia harus
menantikan segala sesuatunya dari luar.
Dia harus belajar untuk hidup dan menarik pelajaran dari kehidupannya yang telah
dijalaninya. Dan semenjak telah putus tali penggantungan kehidupannya itu, maka terbataslah
sudah kehidupannya. Dia harus hidup dengan apa yang ada padanya dan untuk kelanjutan
kehidupannya dia harus pelajari itu HIDUP yang ada padanya.
Jadi untuk mengetahui RAHSIA HIDUP itu kita harus melahirkan
KANDUNGAN kita itu. Sama- sama mengandung ( tetapi ) berbeza kandungan
dan berlainan pula penanggungan. Kandungan yang pertama telah diketahui, iaitu
anak. Kandungan yang kedua tidak mungkin anak, kerana seperti telah dikatakan
juga berlainan kandungan, letaknya pun berlainan. Kandungan yang pertama

letaknya diperut, dirahim ibu dan letaknya yang kedua iaitu bukan diperut
melainkan DIDALAM DADA kita.
Mungkinkah kita bisa ( bolih ) melahirkan kandungan kita itu ? Sanggupkah kita
melahirkannya untuk mengetahui dan memecahkan Rahsianya ?
Kita kembali ( kepada ) LATIHAN semula iaitu mencari DIRI SENDIRI uang
berdiri dengan sendirinya itu.
Setelah kita dapat MENEMUI JALANNYA PERNAFASAN kita yang turun naik itu yang
berasal dari dalam, maka DENGAN MEMATIKAN SEGALA TENAGA kita yang ada, kita
CUBA MENURUTKAN TURUN NAIKNYA PERNAFASAN kita itu, dengan pengertian
kita MULAI MEMAKAI atau MENGGUNAKAN TENAGA DARI DALAM iaitu TENAGA
YANG MENYEBABKAN TURUN NAIKNYA PERNAFASAN kita.
Lancarnya latihan kita dan sampai kepada MENINGKATNYA PERGERAKAN yang
dibawakan oleh DAYA TENAGA YANG BERASALKAN DARI JALANNYA
PERNAFASAN kita bergantung kepada pandainya kita membawakannya. Untuk dapat
membawakan sampai mengerti, ialah pandainya kita MENYERAHKAN SEGALA
SESUATU apa yang ada pada kita KEPADANYA iaitu pada YANG BERDIRI DENGAN
SENDIRINYA itu.
DIA akan bebas bergerak, kalau apa yang ada pada kita teleh dipunyainya dan
dikuasainya, dengan pengertian kalau tadinya kita menganggap Dia kepunyaan
kita, maka adalah sebaliknya yang terjadi iaitu JADIKAN KITA MENJADI
KEPUNYAANNYA.
Setahu kita, DIA telah ada bersama kita dan adalah Dia itu kepunyaan kita, KURNIA atau
ANUGERAH yang Maha Esa lagi Maha Besar kepada kita. DIA datang dariNYA dan akan
kembali kepadaNYA pula. Dan adalah kedatangannya kepada kita untuk Kesempurnaan
Kejadian kita. Dan tidaklah sempurna kita rasanya, kalau kita tidak mengetahui, mengenal
dan MENEMUInya.
Adalah DIA langsung dari Yang Maha Esa dan adalah keadaan kita dijadikan dari
yang telah dijadikan. Tingkatnya juga lebih tinggi dari kita kerana DIA ASLI
( original ) dan kita dari yang dijadikan, sungguhpun yang menjadikan kita itu
Tuhan Yang Maha Esa juga.
Satu ASAL, tetapi berlainan KE-ADA-AN. DIA ada tetapi tiada, kita ada dan
nyata, DIA yang telah berada bersama kita, bahkan terkandung didalam batang
tubuh kita, kenapa kita tidak dapat menemuinya ? Tuhan telah memberikannya
kepada kita untuk HIDUP bukan untuk MATI.
Jadi nyatalah sudah ada KELEBIHANNYA dari kita dan Rahsia Hidup dan
kehidupan kita padanyalah LETAKNYA. Dan kalau kita ingin hidup bahagia, tentu

DIA MESTI KITA CARI dan KITA TEMUI, seperti telah dikatakan diatas,
PADANYALAH TERLETAK RAHSIA HIDUP itu.
Untuk mengetahui dan MENEMUInya tentu lebih dahulu harus kita pecahkan soal antara
kita dengan DIA dengan jalan MEMISAHKAN YANG SATU DENGAN YANG LAIN,
iaitu antara BADAN dan DIRI atau antara DIA dan AKU.
Latihan yang kita bawakan dengan mematikan badan sebelum mati sebenarnya
mendatangkan sudah PERMULAAN PERPISAHAN, kerana dengan perbuatan kita
itu maka tinggallah YANG HIDUP.
Perbuatan kita dengan latihan itu ialah kita meninggalkan YANG HIDUP oleh kerana kita
hendak mengetahuinya dalam KE ADA-AN yang sebenarnya. Sebelum kita dapat menemui
dan MENGUASAInya kita tidak dapat yang sebenarnya.
Untuk itu hendaklah kita TERUS BERLATIH dan BERLATIH mencarinya
SAMPAI ADA PANCARAN KELUAR DARI HUJUNG JARI JARI kita. Dengan
telah dapatnya kita MERASAKAN PANCARAN YANG KELUAR DIHUJUNG
JARI JARI kita itu beerti DINDING TELAH TEMBUS dan RAHSIA TELAH
TERBUKA dan tugas kita ialah MEMPELAJARInya lagi dengan pengalaman
pengalaman atau PERCUBAAN PERCUBAAN.
DIA adalah HAKMILIK kita dan tiadalah orang lain berhak atasnya. Kenapa
tidak kita pergunakan Hakmilik kita Yang Amat Berharga itu ?
Pendirian kita ( selama ini ) selain SALAH kerana tidak berpegang pada DIRI
barang yang hidup, melainkan kepada BADAN barang yang mati. Yang TERANG
ada pada kita dan yang GELAP pun ada pada kita. Kenapa berpegang kepada itu
yang GELAP ? SIANG ada pada kita MALAM pun ada pada kita.
SIANG adalah TERANG dan Yang Terang adalah DIRI dan MALAM adalah
GELAP dan Yang Gelap ialah BADAN. Siterang letaknya DIDALAM dan Sigelap
letaknya DILUAR. MASUKKAN itu MALAM kepada SIANG dan MASUKKAN itu
SIANG kepada MALAM. Datangkanlah itu YANG HIDUP dari YANG MATI dan
YANG MATI dari YANG HIDUP. KELUARKANlah Yang Didalam dan
KEDALAMKANlah Yang Diluar.
UNTUK itu REZEKI yang TIDAK
banyaknya yang akan kita PERDAPAT.

TERDUGA-DUGA

dan

TERBILANG

Semua orang takut mati kerana SALAH MEMAHAMI HIDUP. Dia takut
ditinggalkan Hidup. Dari itu makanya dia takut mati. Mereka mereka SALAH
PEGANG, salah tangkapan berpegang pada Yang Mati YANG DIANGGAPnya
Yang Hidup

Sebenarnya Hidup, tidak diperdulikannya selama ini. Bagi kita berpegang pada
Yang Hidup tidak akan takut mati kerana bagi kita Yang Hidup itu mestilah
TIDAK ADA MATInya. Adalah DIA itu KEKAL dan ABADI mungkin
BERPINDAH pindah tempat.
Pembawaan hidup mereka mereka yang seperti itu menuju kepada kematian dan
perjalanan hidup yang kita bawakan menuju kepada hidup yang kekal dan abadi
untuk kembali kepengkalan.
Perlalanan mereka KEBAWAH ( manakala ) perjlanan kita ( pula ) KEATAS.
Mereka MENUJU KEMATIAN manakala kita pula MENUJU KEHIDUPAN
YANG KEKAL dan ABADI.
Perjalanan kita BESERTANYA ialah kita telah mati sebelum dimatikan, telah
pergi sebelum dipanggil dan AKU telah kembali dari SANA.
AKU telah MENEMUINYA setelah engkau menemui AKU dan BATAS Aku dengan
DIA ialah seperti batas antara Engkau dengan Aku iaitu JAUH TIDAK
BERANTARA dan DEKAT TIDAK BERBATAS. Engkau yang tadinya DINDING
bagiku untuk menghubungi dan MENEMUInya satelah dapat menghubungiku
dengan CARA PEMECAHANMU, maka TERBUKAlah JALAN bagiku untuk
menghubungi dan menemui NYA, kerana pintu telah terbuka bagiku.
Engkau Aku bawa serta kerana cinta kasih sayangku tertumpah padamu dan
adalah ENGKAU ITU BADANKU. Kita tidak akan berpisah kecuali kalau
dipisahkan oleh Yang Maha Kuasa. Dari itu KUASAILAH AKU supaya apa yang
ada padaku menjadi KEPUNYAANMU.
Bagaimana cara menguasainya ? Mudah sahaja. Cintailah, kasihilah dan sayangilah
AKU. Bagimanakah cara mencintai, mengasihi dan menyayanginya ? AKU tidak
pinta apa yang tidak ada padamu, cukuplah kalau engakau SERAHKAN APA
YANG ADA PADAMU KEPADAKU dan untuk itu akan AKU serahkan pula apa
yang ada padaKu sehingga AKU menjadi kepunyaanmu dan engkau menjadi
kepunyaanku.
Kedalam Engkau yang berkuasa, keluar AKU dimuka. Tadinya sebelum engkau
mengenal Aku maka adalah AKU NYAWAMU. Setelah Engkau telah dapat
mengenal AKU, maka tahu Engkau yang bahawa AKU ini sangat berguna padamu.
Engkau ketahui bahawa seluruh kehidupanmu BERGANTUNG PADAKU. Setelah
Engkau menemui AKU, maka Engkaulah lebih kenal padaku.

AKUlah yang akan menjadi Engkau dan Engkaulah yang akan jadi AKU. AKU dan
Engkau sebenarnya SATU dan memang kita satu. Ilmu pengetahuan yang
memisahkan kita. Dan AKUlah kita, AKU LUAR dan DALAM.
Selama ini Engkau berjalan sendiri dengan tidak memperdulikan AKU. Sekarang
setelah Engkau menemui AKU, apa lagi kita telah menjadi AKU maka kalau Engkau
berjalan ikut sertakanlah AKU dan kalau AKU berjalan akan mengikut sertakan
Engkau pula. Satu arah, satu tujuan dan satu tindakan. Selama ini kita berjalan
pada jalan sendiri sendiri.
Sekarang kita kenal mengenal satu sama lain. Selapik seketidur, sebantal,
sekalang hulu, sehina, semulia, kelurah sama menurun, kebukit sama mendaki,
sikit senang sama-sama kita rasai.
Apa yang tidak ada padaKU, ada padamu dan apa juga yang tidak ada padamu ada
padaku.
Engkau selama ini sudah jauh berjalan sendiri dengan tidak mengikut sertakan
AKU, walaupun Aku sentiasa berada bersamamu. Dalam banyak hal AKU
menderita kerana AKU yang merasakannya.
Sekarang AKU berjalan dan Engkau Aku ikut sertakan. Tugasmu hanya
menurutkan dan mempelajari hasilnya untuk kita. Engkau yang tadinya tidak tahu
setelah mempelajari perjalananku akan banyak mendapat yang Engkau tidak
ketahui selama ini.
AKU yang berbuat, Engkau yang melakukan dan hasilnya untuk KITA. Bahagiamu
terletak PADAKU dan bahagiaku padamu. AKU sangat merasa bahagia kalau yang
AKU perbuat dan lakukan besertamu menghasilkan yang memuaskan.
Lambat laun Engkau akan mengenal AKU yang sebenarnya. Dan adalah
perbuatanku bagimu namanya ILMU. Oleh kerana Aku GHAIB sifatnya maka
namanya ILMU GHAIB.
Rahsia kandungan telah terbuka dengan hasil dari latihan latihan yang telah kita
lakukan iaitu keluarnya pancaran yang terasa betul pada hujung KUKU kita,
hujung jari jemari kita. Dan kita telah melahirkan kandungan kita sendiri.
Yang melahirkan kita dan yang dilahirkan kita pula. Kita yang telah terlahir itu
ialah DIRI YANG BERDIRI DENGAN SENDIRINYA, bergerak dan berjalan
dengan sendirinya, akan tetapi duduk ditempatnya.

Keluarnya dari badan kita melalui saluran saluran tertentu yang bernamakan
pancaran yang setelah sanggup menebus alam sendiri akan sanggup pula
menembus alam lain, kalau kita telah dapat menguasai dan mengetahui akan
RAHSIANYA yang sebenarnya.
Ibu melahirkan kita sebagai seorang manusia lengkap dengan pembawaan dan
kelahiran kita mengandung pembawaan itu untuk hidup. Untuk melanjutkan
jalannya kehidupan kita supaya dapat menikmati Kebahagiaan Hidup, maka
adalah tugas kita melahirkan kandungan kita iaitu pembawaan dari Rahim
ibu.
Kebahagiaan hidup yang kita alami di Rahim ibu semasa dalam kandungan ibu ialah
dengan hidupnya bonda mengandung atau dengan dua ( 2 ) keadaan hidup, iaitu
pertama yang mengandung dan yang kedua yang dikandung.
Sebelum kita dapat melahirkan kandungan kita itu sampai akhir hayat kita, maka
senantiasa akan panjanglah jalannya kehidupan kita yang kita rasai, kerana
melakukan hidup sendiri. Maka untuk kesempurnaan jalannya kehidupan kita
lahirkanlah kandungan sendiri. Kelahirannya mendatangkan HIDUP BARU bagi
kita dan seimbangkanlah jalannya kehidupan kita.
Kita telah bertahun-tahun berjalan sendiri-sendiri mengharungi lautan hidup
yang tidak bertepi itu. Maka pergunakanlah jalan hidup yang baru kita perdapat
itu.
Bila itu HIDUP tidak kita pergunakan tidak perlu disesalkan kalau satu saat nanti
kita ditinggalkannya.
Dengan telah melahirkan kandungan itu kita telah menjadi manusia baru dengan
tenaga baru.
Dan Yang Hidup itulah pegangan kita. DIA juga telah menjadi kita kerana
perjalanannya DIDALAM adalah sepanjang aliran batang tubuh kita. Dengan
PENYERAHAN kita yang bulat kepadaNYA maka seluruh keadaan telah
dipunyaiNYA dan DIAlah yang menjadi kita.
Jalan yang sebenarnya yang telah kita ketemui iaitu jalan yang bergerak sejak
titik didalam sampai menembus alam sendiri. DIA telah lahir. Kelahirannya
membawa wajah baru, membuka lembaran baru dan pergunakanlah itu tenaga
baru, iaitu tenaga yang selama ini TERSEMBUNYI didalam batang tubuh
kita.

Kita tinggalkan jalan yang tidak bererti dan turutkanlah jalan yang BERISI. Jalan yang berisi
kita katakan, isinya ialah NIKMAT yang berasal dari NIKMATULLAH yang
dikurniakanNYA kepada kita, yang bukan dimurkai dan bukanpula sesat.

..
Nota :
Sebahagian muka surat dibuku asal terkoyak maka ada bahagian
tertinggal Namun begitu penyalin telah mengolahnya semula
BAB LAPAN
Anak anakkku !
Pergunakanlah DIRI yang telah ditemui itu. Ingatlah kedalam kita SATU, keluar
SEJALAN dengan pengertian menurutkan JALANNYA dan terasa betul sama kita
perbezaan kita dengan DIA yang dari dalam.
RASA itu terletak dihujung KUKU dihujung jari jari kita. Dan disitulah letaknya
segala Rahsia keluar dan kedalam. Untuk itu dapat kita hendaknya merasakan
PERPISAHAN antara satu dengan yang lain, sampai dapat pula hendaknya kita
mengetahui dengan pasti yang mana DIRI dan yang mana BADAN.
Berpeganglah pada DIRI dan turutkanlah JALANNYA dan pelajarilah HASIL yang
diperdapat dengan menurut jalannya itu.
DIRI memperbaikki ke-ada-an sendiri dengan pengertian si DIRI yang didalam
tadi memperbaikki apa yang ada pada kita iaitu yang terang badan yang
mengandungnya, kerna DIRI yang dapat merasakan sakit senangnya kita.
Sekali jalan tetapi meliputi keseluruhannya, mungkin memperbaikki dua atau
tiga ke-ada-an seperti :a. memperbaikki batang tubuh serta alat alat kalau ada yang kurang baik atau
sakit,
b. adalah BADAN bagi DIRI alam. Dan untuk mengetahui ke-ada-an diluar, diukur
dengan perasaan badan,. Buruk baik yang akan terjadi dapat kita merasakan
LEBIH DAHULU sebab hidup yang bermasyarakat hubung menghubungi antara
yang satu dengan yang lain.
Dengan praktik DIRI memperbaikki ke-ada-an itu terjadi sekali jalan iaitu
memperbaikki apa yang ada diluar dan didalam batang tubuh kita.
c. memperbaikkki DIRI sendiri.

CARA MEMPERBAIKKI DIRI yang letaknya didalam tubuh kita ialah dengan yang
kita namakan DIRI yang sudah memancar keluar. Semuanya itu kita ukur dengan
Rasa Perasaan dengan menurutkan jalan perbuatan DIRI itu. Untuk pengertian
yang lebih mendalam dan kita mendapat kepastian akan sebenarnya DIRI itu,
maka hendaklah kita lakukan PERJALANAN itu dengan BERULANG-ULANG sambil
mempelajari nikmat dan nikmat yang terkandung didalamnya.

BAB SEMBILAN
MENGADAKAN PENGAKUAN
UNTUK MENDAPAT PENGAKUAN.
Untuk mendapat pengakuan hendaklah kita mengadakan pengakuan. Siapa yang
mengadakan pengakuan kepada siapa pengakuan diadakan dan dari siapa
pengakuan itu kita perdapat ?
Tiap tiap sesuatu yang akan dilakukan hendaklah didahului dengan NIAT. Setelah
kita mendapat kepastian tentang DIRI kita, maka hendaklah kita me-ada-kan
PENGAKUAN terhadap ALLAH, Tuhan Yang Maha Esa dengan mengucapkan Dua
Kalimah Syahadah berulang-ulang sebanyak TIGA KALI. Kalimah Syahadah yang
bererti Naik saksi aku bahawa tiada Tuhan yang lain yang aku sembah melainkan
Allah dan Muhammmad Rasul Allah.
Kita akui bahawa tiada Tuhan yang lain melainkan Alllah dan kita akui
Muhammad Rasul Allah, utusan Tuhan. Maka adalah HIKMAH yang terkandung
dalam Dua Kalimah Syahadah antara lain ialah :PENGAKUAN dan PANGKAT atau MERTABAT
Untuk me-ada-kan pengakuan terhadap Tuhan yang kita sembah itu, kita harus
berjalan ( bertarikat ) dan yang berjalan itu bukanlah badan kita melainkan DIA
iaitu DIRI yang telah kita temui itu dan kita berjalan menurut JALANNYA.
Kalau kita yang diluar yang mencari Tuhan kemanakah kita akan pergi
mencariNYA ? Masukkah diakal kita yang berupa dan bertampan dapat mencari
dan menemui NYA yang tiadak berupa dan bertampan itu ?
Kita ketahui DIA ada dimana mana. DIA ada tetapi tiada, ke-ada-annya didalam
TIDAK ADA, Bagi orang yang mahu berfikir dapat membenarkan dan mengakui
akan ke-ada-annya dengan tanda tanda yang telah ditemuinya dan kitab kitab
banyak meyakinkan akan ke-ada-annya. Bagi orang yang mahu memperhatikan
akan segala sesuatunya, tiadak dapat memungkiri akan ADANYA Yang Maha
Kuasa itu.
Akan dapatkah SI BADAN KASAR MENMUI YANG MAHA GHAIB ??? Tentu Tidak dan
pasti tidak !!!!

DIRI yang ditemui itulah yang membawa badan berjalan dan DIRIlah yang TAHU
JALANNYA untuk KESANA, kerana DIA BERASAL dari SANA dan KESANA pula
tempat kembalinya.
Lain halnya BADAN, yang dijadikan dari yang telah dijadikanNYA iaitu dari tanah,
barang yang mati. Dan dari itu pula makanya kalau orang telah mati badannya
dikembalikan keasalnya iaitu tanah.
Dan adalah bagi kita setelah menemui DIRI sendiri, jalan untuk keSANA telah
terbuka.
MENCARI YANG GHAIB HENDAKLAH DENGAN YANG GHAIB juga. Para Arifin dan
Budiman mengatakan SIAPA YANG MENGENAL DIRINYA MENGENAL TUHANNYA
dan SIAPA YANG MENEMUI DIRINYA AKAN MENEMUI TUHAN DENGAN SENDIRINYA.
Sekarang kita telah menemui DIRI kita. Sudahkah kita menemui Tuhan kita ?
Bagaimanakah kita menemuiNYa ? dan dalam keadaan bagaimanakah kita
menemuiNYA ?
DIRI yang bagi kita berdiri dengan sendirinya, kalau pintu telah terbuka akan
berjalan dengan sendirinya pula.
Sekarang malam telah masuk kepada siang dan siang telah masuk kepada
malam, Yang Hidup telah KELUAR daripada Yang Mati dan Yang Mati dari Yang
Hidup, telah tahu diDIRI, bahkan telah MENEMUI DIRI dan telah punya
PEGANGAN HIDUP.
Rupa-rupanya Pegangan Hidup selama ini adalah SALAH, tidak benar kerana
berpegang kepada YANG MATI. Yang Mati yang dianggap Hidup sedang yang
sebenarnya Hidup dan tidak mengenal erti mati dibiarkan begitu sahaja, tidak
pernah dikuasai dan dipunyai untuk pegangan hidup,
sunggguhpun diketahui dengan pasti bahawa DIA ADA BERSAMA kita bahkan
terkandung didalam badan kita.
ITULAH DIRI. DIRI ITULAH AKU dan AKULAH DIA ITU. ORANG YANG TIDAK TAHU
diDIRI TIDAK BERPENDIRIAN
Aku yang sekarang telah dapat tahu siapa sebenarnya AKU iaitu SIHIDUP LAGI
TERANG jadi BUKAN SIMATI LAGI GELAP, sebelum berjalan keluar dari RUMAHKU
untuk tujuan tertentu, lebih dahulu MEMPERBAIKKI KE-ADA-AN ku sendiri LUAR
dan DALAM.
Setelah itu AKU berjalan MENMUI TUHANKU Yang Pengasih Lagi Penyayang untuk
MENGADAKAN SUJUD SYUKUR TERHADAPNYA dengan MENGUCAP KATA
PENGAKUAN DUA KALIMAH SYAHADAH

Dengan telah mengadakan Pengakuan itu jadilah AKU seorang Islam dengan erti
yang sebenarnya dan adalah AKU seorang Muslim Sejati yang menjalankan tugas
terhadap Allah untuk kebaikan sesama manusia.
Dan adalah AKU seorang Musafir yang senantiasa dalam pengembaraan
menjelang sampai kembali kepengkalan iaitu Pokok Pangkal dari segala pangkal,
Pokok Kejadian dari segala kejadian, Pokok Hidup dari segala kehidupan iaitu :-

BAB SEPULUH
HIDUP YANG KEKAL ABADI
Dari sana AKU datang dan kesana pula AKU kembali. Dan semenjak AKU
MENEMUI DIRIku sendiri, AKU telah terlahir kembali dan Penemuanku itu menjadi
Peganganku dan berubahlah jalannya kehidupanku sehari hari.
Dengan membaca keteranganku diatas mungkinkah orang begitu saja dapat
mempercayai aku ? Aku tidak memaksakan orang supaya mempercayai aku
melainkan aku ingin supaya kenikmatan hidup yang aku rasai, dapat pula dirasai
oleh orang lain hendaknya dengan mempelajari caranya aku menemuinya DIRIku
semuga dapat dibenarkan oleh orang yang berilmu hendaknya dengan mencuba
MEMECAHKAN dan MENURUTKAN jalanku ini.
Padanya banyak diperdapat petunjuk petunjuk dan dengan menurutkan jalannya
DIRI itu dengan sendirinya kita telah menjadi MANUSIA BARU.
Kita telah menjadi MANUSIA BARU oleh kerana DIA telah lahir. Kelahirannya
menggemparkan alam sekelilingnya kerana pembawaannya Yang Hidup Lagi
Berisi berlainan dengan orang banyak yang termasuk golongan MANUSIA LAMA
yang tidak tahu DIRI YANG SEBENARNYA.
Kecerdasan dan kearifan membawa kepada keahlian, ahli segala bidang.
Keahlian mendatangkan pengakuan dari orang orang dari alam sekelilingnya
padanya. DIA sanggup menundukkan masa kerana DIA telah pandai
menundukkan alamnya sendiri. DIA pandai membaikkan orang kerana DIA telah
pandai membaikkan badan diri sendiri. DIA anti penjajahan kerana bukankah DIA
selama ini terkongkong dan terkurung ?
DIA SUCI kerana berasal dari YANG MAHA-SUCI. DIA BENAR kerana berasal dari
YANG MAHA-BENAR. DIA lain dari yang lain kerana KEISTIMEWAANNYA terletak
PADA DIRINYA bukan pada orangnya.
DIA BUKAN TUHAN kerana yang dikatakan Tuahan itu Maha Bear dan bukan pula
anak Tuhan walaupun dari Tuhan datangnya. RUHKU Firman Allah ketika
meniupkannya. DIA juga bukan Nabi atau Rasul kerana tidak ada lagi Nabi
sesudah Nabi Muhammmad SAW.

Terhadap Allah adalah DIA HAMBA yang tidak bererti kerana DIA TIDAK ADA
BERSAMANYA. Akan tetapi terhadap orang lain tiak peduli siapa, DIA akan
membuktikan akan kebenarannya.
Itulah dia AKU yang telah menjadi MANUSIA BARU. Aku telah mengadakan
Pengakuan dan seterusnya Aku senantiasa mengadakan Pengakuan terhadapNYA
Tuhan Yang Aku Sembah dan sementara itu Aku telah mendapat Pengakuan pula
melalui orang orang yang mendatangiku.
Jadi pengakuan Aku perdapat bukan langsung dari Tuhan melainkan melalui
orang.
Dan adalah itu Pertanda bagi orang yang tahu.
Tiap tiap sesuatu yang akan dilakukan hendaklah dengan NIAT. Perjalananku
mencariNYa untuk mengadakan pengakuan ialah dengan ILMUKU yang BERASAL
DARI DIRI yang keluar mendatangkan DAYA-GERAK kepada anggota badanku,
yang jalannya menembus hujung jari jarimu yang dapat dirasakan. Suatu
perjalanan yang berisi dan bertujuan dari yang ADA kepada YANG TIADA dari
TIADA kepada TIDAK ADA dan dari TIDAK ADA kembali kepada TIADA, dari TIADA
kepada ADA.
Ditempat yang TIDAK ADA itu, TIDAK ADA YANG ADA, tidak ada gerak, tidak ada
angin, tiada ribut, tidak ada yah .. tidak ada apa apa ,.. YANG ADA
HANYA yang tidak dapat aku mengatakan kerana disaat itu aku
dalam keadaan TIDAK ADA pula.
Pada waktu itulah ditempat Yang Tidak Ada itu, aku kembali jadi ADA,
menyampaikan niat dan maksudku menandakan Pengakuan seperti yang telah
kusebutkan diatas tadi.
Untuk sampai kepada RASA PERASAAN TIDAK itu hendaklah kita lakukan
BERULANG ULANG YANG MERUPAKAN LATIHAN LATIHAN SAMPAI kita TERLATIH.
DISANA DI-HADIRATNYA DITEMPAT TIDAK ADA BERTEMULAH YANG MENCARI
DENGAN YANG DICARI YANG
DIJADIKAN DENGAN YANG MENJADIKAN SEORANG HAMBA DENGAN KHALIKNYA
AKU DENGAN TUHANKU.
DAN ADALAH AKU DENGAN DIA JAUH TIDAK BERANTARA DEKAT TIDAK
BERBATAS.
BAB 11
MENDUDUKKAN DIRI PADA TEMPATNYA
Telah jauh kia berjalan dan telah lama kita berjalan dibidang kehidupan. Banyak

sudah lurah yang dituruni dan bukit didaki dan bermacam macam pula sudah
gelombang hidup yang kita lalui untuk mencari sesuatu untuk keperluan sesuatu.
Telah letih badan selama berjalan apalagi perjalanan yang dibawakan dengan
tidak menentu arah tujuannya, kehendak hati belum dapat juga, tenaga sudah
hampir habis, apa daya apa akal . Apa harus dibuat ? Apa kita harus kembali ?
Pantang bagi sesaorng akan kembali, kalau yang dicari belum didapati atau yang
dimaksud belum kesampaian. Jadi bagaimana mestinya ? Falasafah hidup
mengatakan mudah sahaja. Kalau sudah penat berjalan duduklah tetapi sebelum
duduk berdiri terlebih dahulu dengan pandang jauh dilayangkan, pandang dekat
dituruti untuk mencari kedudukan atau tempat bekal kita duduk yang sesuai
dengan kita. Dan duduk itu janganlah sebarang duduk sahaja, hendaklah duduk
menanti kedatangan sesuatu.
Duduk sebagai seorang berilmu atau seorang ahli
Untuk mengetahui KEDUDUKAN DIRI YANG SEBENARNYA hendaklah kita turutkan
JALAN yang telah kita ketemui itu, iaitu jalan Yang Hidup Lagi Berisi. Maka
kecerdasan dan kearifan kita dapat meangkap, bahawa DIA SENDIRI telah duduk
ditempatnya. Tanda tanda yang ditemui menunjukkan keadaan kita dimana
tempat yang sebenarnya.
Telah kita ketahui bahawa duduknya didalam batang tubuh kita dan letaknya
ditempatnya. Duduk beserta kita dan berjalan pun beserta kita juga.
Baginya tidak peduli apakah kita seorang pedagang besar atau kecil, pegawai
tinggi atau rendah atau jadi apa sekalipun pokoknya pandai mendudukkan DIRI
pada tempatnya kalau tidak, tidak akan dapat kehendak hati.
Bagiku AKU duduk ditempatku iaitu dirumahku, yah memang dirumah tempatku
dan adalah DIRIKU yang banyak mengandung Rahsia itu ILMUKU.
Aku duduk, duduk menanti, menanti kedatangan sesuatu yang lahir dan yang
batin menampung segala galanya dan mendudukkan pula pada tempatnya.
Tempuh tempuh aku berjalan yah aku berjalan tetapi aku duduk ditempat.
Dimana sahaja aku ditempatkan aku tetap hidup.
Lapar aku makan, haus aku minum, ngantuk aku tidur, orang tidur aku tidak,
itulah Rahsiaku dan itu pula Rahsia DIRIKU. Rahsianya telah menjadi Rahsiaku.
Oleh kerana DIA HIDUP maka peganganku Yang Hidup itulah. Akulah Hidup itu
mealiri seluruh batang tubuhku. Dan itulah AKU sekarang, besok, lusa dan nanti (
seterusnya )
Aku sudah puas hidup cara lama, tanpa mengetahui Yang Menghidupkan. Aku
sudah berpengalaman, suka duka telah kulalui, derita jangan disebut lagi
pengorbanan !! Yah hanya Tuhan Yang Tahu. Hidupku yang sudah sudah
berpedoman kepada yang ada. Aku telah berkorban, hanya berkorban perasaan.

Pengorbanan yang kukatakan itu ialah Cubaan dan Peringatan bagiku. Dan
akhirnya tahulah aku bahawa pegangan hidupku SALAH. Aku berpegang pada
Yang Mati yang kuanggap Hidup padahal dibalik yang kukatakan Hidup itulah
SEBENARNYA HIDUP.
Hidup Yang Sebenarnya, kalau diumpamakan DIA HANYA SATU TITIK akan tetapi
BERISI ALIRAN HIDUP sepanjang batang tubuhku.
ALIRAN HIDUP itu sekarang menjadi peganganku. Setelah aku menemui tahulah
aku bahawa DIA itu ialah ALIRAN DIRIKU dan mengandung sangat banyak
dayaguna.
DAN DUDUKLAH DIA DITEMPATNYA DAN LETAKNYA SAMAKU.
MENAMPUNG DANMENYELESAIKAN SEGALA YANG MENDATANG.
Pengalamanku bertahun-tahun ( 10 tahun ) dengan duduk menanti
membawakan DIRI itu, banyaklah sudah Rahsianya aku ketahui dengan telah
banyak pula bermacam-macam persoalan yang mendatangiku, telah
keselesaikan dengan memuaskan dan sangat memuaskan. Dan semuanya itu
aku selesaikan BESERTANYA.
Sejarah hidupku sejak kecil penuh kesusahan. Akan tetapi setelah aku menemui
GARIS HIDUP YANG SEBENARNYA yang dikurniakan Tuhan kepadaku yang aku
jadikan ILMU PENGETAHUANKU iaitu ILMU HIDUP, Aku jadi hidup sebenarnya
hidup dan bisa ( bolih ) hidup kerana jalan hidup yang menjadi peganganku
sekarang ialah berisikan NIKMAT bukan yang dimurkai dan bukan pula SESAT.
Jalannya kehidupanku sendiri yang kutemui itu yang kepastiannya berasal dari
dalam batang tubuhku, maka untuk mengetahui rahsianya aku pergunakanlah
DIA untuk keperluan sesuatu. Kebanyakan hasilnya mengkagumkan dan
memuaskan dan sangat banyak daya gunanya yang telah aku ketahui.
Pengalaman aku ambil menjadi GURUKU.
Aku berteori dalam berpraktik, belajar dalam mengajar, menerima dalam
memberi. Aku jadi murid waktu menjadi guru. Percubaan percubaan aku lakukan
pada badan sendiri, pada anak anakku, pada isteriku, pada anak muridku dan
pada orang lain. Dan semua itu menjadi Rahsiaku.
Aku yang tadinya dikenal orang sebagai buruh pada perusahaan bangsa asing,
belakang dikenal dengan penilaian masing masing. Dan begitulah hidupku
sekarang dengan rahsia Diriku. Aku telah lahir KEDUA KALINYA dan kelahiranku
yang kedua terlahir dengan sendirinya.
BAB 12
MELAHIRKAN MANUSIA BARU
Gunanya MANUSIA BARU dilahirkan ialah untuk merubah CORAK HIDUP yang

tidak memuaskan, merubah corak masyarakat yang tidak sesuai dengan masa
dan zaman, membentuk masyarakat baru dengan susunan baru caranya ialah
dengan GAYA BARU.
Untuk mendapat corak hidup baru, hendaklah kita LAHIR KEMBALI untuk KEDUA
KALINYA dan dengan DAYA TENAGA BARU kita perbaharui corak masyarakat yang
tidak sesuai lagi dan dengannya pula kita bentuk masyarakat dbaru dengan
gaya baru.
Pahit getir dalam kurngan sewaktu terjajah kita telah alami dari itu makanya kita
anti penjajahan dan tidak mahu pula menjajah. Yang kita ingini kemerdekan
penuh, peri kehidupan yang teratur dan tersusun dan layak sebagai manusia.
Kita tidak akan menjajah melainkan membebaskan yang tertindas,
membangunkan yang tidur, membukakan mata yang buta, menunjukkn jalan
yang benr dan hidup berdampingan, duduk sma rendah berdiri sama tinggi,
kerana berperikemanusiaan dalam ertikat yang sebenarnya.
Dri itu lahirlah dahulu untuk kedua kaliny. Kalu idk bolih dan yiddak sanggup
melahirkan sendiri, minta lahirkan kandungan itu pada orang yang tahu, yang
ahli dan mintalah petunjuk kepadanya. Dan dengan kelahirn baru itu
pergunakanlah kecerdasan dan kearifan.
Temui DIRI sendiri terlebih dahulu perbaikki ke-ada-an DIRI itu dan pelajari
kehidupan sendiri didalam dan ketahuilah apa itu DIRI YANG SEBENARNYA
supaya kita berpendirian.
Lahir yang kedua kalinya itu bukanlah seperti seorang ibu melahirkan anak,
melainkan si dIRI menembus alam sendiri dengan memancar pancaran yang
berisi. Pancaran yang berisi itulah yang akan diperhatikan yang akan kita
pelajari. Kerana isinya mengandung Rahsia iaitu RAHSIA DIRI.
BAB 13
TENAGA RUHANI DENGAN DAYA GUNANYA
DIRI yang berdiri dengan sendirinya memberi dan mengisi Aliran Kehidupan
kepada badan menurut saluran saluran tertentu sampai meliputi
keseluruhannya. Oleh kerana aliran itu mealiri seluruh batang tubuh kita yang
dinamakan JASMANI dengan terdirilah pula RUHANI.
JASMANI ialah JASAD atau BADAN keadaanya POSITIF
DIRI yang memberi DAYA HIDUP mealiri badan atau jasad, maka dia merupakan
gambaran dalam bentuk Jasmani, yang diberi nama RUHANI. Keadaanya TIDAK
NYATA atau NEGATIF. Jadi adalah pada kita dua aliran iaitu Positif dan Negatif.
Sebenarnya didalam batang tubuh kita didapati ada DUA Aliran :-

a. Pertama Aliran Nyata iaitu Aliran JASMANI


b. Kedua Aliran Tidak Nyata Aliran DIRI / RUHANI
Kedua-dua aliran tersebut menjadi satu didalam tubuh kita. Aliran Ruhani berada
didalam Aliran Jasmani.
Dan pokok-pangkal dari segala pergerakan ialah Aliran DIRI dan mendatangkan
Aliran Jasmani.
Aliran Jasmani merupakan darah dan aliran Ruhani merupakan KARAN. Satu
tetapi DUA. Keadaannya kandung mengandung. Jasmani mengandung Ruhani
dan Ruhani terkandung didalam Jasmani.
Untuk mengetahui dan menguasai Aliran Ruhani, kita kembali kepada JALAN
yang telah kita temui iaitu JALANNYA DIRI yang telah menembus alam sendiri
atau Badan sendiri.
Dengan telah menemui ALIRAN DIRI dengan sendirinya kita telah menemui pula
ALIRAN RUHANI kerana ALIRAN DIRI itulah ALIRAN RUHANI. Dan adalah Aliran
Ruhani itu Jalan bagi Aliran Diri.
Dan setelah kita dapat memahami keduanya maka dapatlah kita membezakan
Jalan atau KARAN dan mana pula ISI.
Dan telah kita temui dan kuasai itu TENAGA Yang Tersembunyi yang amat
banyak mengandung Rahsia iaitu Tenaga Ghaib dan letaknya ialah ditangan kita
atau pada kita, asalnya dari DALAM. Dan adalah menjadi kewajipan kita untuk
mempelajari kegunaannya kerana adalah DIA itu SERBAGUNA.
Untuk itu kita harus SERBATAHU. Ketahuilah DIRIMU lebih dahulu, supaya kamu
berpendirian dan pecahkanlah Rahsia Dirimu itu.
DIRI itu berdiri dengan sendirinya. Ianya merupakan suatu kumpulan dari Zat
Serba Zat iaitu suatu Zat. Hidup kerana berasal ( dari ) Diri yang hidup. Itulah dia
anugerah, Kurnia Tuhan yang sebenar benarnya kepada kita untuk hidup.
Segala Puji dan Puja kupersembahkan terhadapNYA Allah Tuhanku yang
memerintah dan menjaga seluruh alam. Aku telah menemui itu isi yang
serbaguna kerana aku telah tahu banyak mempergunakannya untuk kebaikanku
dan kebaikan orang lain. Aku tidak dapat menyatakannya hanya dapat
MERASAKANNYA terasa olehku dan terasa pula oleh orang yang menghubungi
aku.
Aku meisi diriku dan aku meisi orang lain. Dn dari itu makanya isi pokok yang
ada padaku tidak habis habisnya. Dia ada padaku dan banyak diluarku. Dan
banyak pula sudah Rahsianya aku ketahui.

Yang banyak itu tidak menyusahkan aku, tidak memberatkan kerana aku tahu
mendudukkannya pada tempatnya. Dia silih berganti mendatangiku DIRI ku dan
DIA datang dan pergi bagiku. Kenapa bolih begitu ? Yah kerana mengetahuinya
pintu telah terbuka bagiku hijap terbuka sudah.
Dan itu bintang yang banyak selain dari meisi bintangku bertaburan
disekelilingku meisikan ganti berganti. DIA yang dikasihi telah menjadi kekasihku.
Dan mungkinkah aku yang mengaihi yang dikasihinya itu menjadi, kekasihnya
pula. InsyaAllah.
Dan banyak lagi yang aku belum diketahui. Aku masih mencari, memohon minta
tambah ilmuku. Yang menjadi pertanyaan bagiku sekarang isi yang telah aku
perdapat itu yang tidak dapat dinyatakan akan tetapi dapat dirasakan bolih
dapat ditangkap oleh alat alat dari fizikal untuk dipelajari .
Aku yakin seyakin-yakinnya isi yang ada padaku itu tidak akan habis-habisnya,
kerana sangat banyak diluar.
Aku ingin manusia yang banyak ini bebas dari penderitaan. Aku ingin manusia
cara berfikirnya berubah menurut yang aku kehendakki iaitu Damai, damai sekali
lagi damai. Untuk menciptakan perdamaian itu ialah dengan isi yang aku maksud
isi yang mempunyai jalan sendiri, iaitu jalan yang berpetunjuk yang berisikan
nikmat dan bukan yang dimurkai dan tiada pula sesat.
Manusia selama ini berfikir, berbuat, bertindak melakukan segala sesuatu
dengan daya tenaga lahirnya yang berasalkan dari alam fikirannya yang berasal
dari otak, otak yang berasal dari tanah yang tidak bolih bebas dari Hawa Nafsu.
Seluruh batang tubuh kita dialiri oleh aliran HIDUP yang berisi termasuk otak kita
dan isi yang mempunyai jalan sendiri itulah yang akan dipergunakan kerana dia
bolih membebaskan Diri dari tekanan tekanan alam sekelilingnya termasuk Hawa
Nafsu, syaitan, iblis dan sebagainya.
Berilah isi kepada dunia dengan mempergunakan isi yang ada pada kita dan
tunjukkanlah jalan yang berisi kepada manusia banyak, yang senang mencari
jalan yang benar.
Sebelum menciptakan Perdamaian, damaikanlah DIRI terlebih dahulu.
Bebaskanlah Diri dan tekanan tekanan yang menghalangi tujuan kita.
Semuga bekerja dengan isi itu terciptalah damai didunia ini kalau memang
perdamaian yang akan dituju.
Saya sengaja pecahkan TENAGA GHAIB ini secara ilmiah untuk orang orang yang
meminatinya, dan kepada siapa saja yang sanggup menemui dan
menguasainya, walaupun dengan jalan sendiri atau dengan jalan perantaraanku

atau dengan perantaraan muridku yang cerdas dan banyak mengetahui akan
selok belok RAHSIANYA. Jalan yang baik dan membaikkan akan diturut, jangan
jalan yang buruk yang akibatnya merusak atau menghancurkan. Tanya diri
sendiri : Siapa aku, mahu kemana aku dan apa mahuku. Dan yang penting
dudukkanlah DIRI itu pada tempatnya.
Buat aku, aku telah mendudukkannya pada tempatnya. Segala apa yang ada
padaku aku serahkan padanya dan DIAlah yang jadi aku, oleh kerana aku mahu
hidup dan Dialah yang hidup itu. Seluruh kehidupanku diatur dan disusunnya
sendiri kerana DIAlah sebaik-baik pengatur dan penyusun. DIAlah yang tahu
sebab DIA MAHA TAHU Aku duduk ditempatku dan adalah ilmunya menjadi
ilmuku.
Rahsia DIRI ialah terletak pada kita. Diluarkah atau didalamkah kerana DIA ada
diluar dan ada pula didalam. Ada pada kita dan ada pada orang ( lain ) Orang
yang tidak tahu diDIRI tidak berpendirian. Dari itu ketahuilah DIRImu dan
temuilah DIA dan pelajarilah Rahsianya.
Dengan DIRI engkau bolih menangkap segala-galanya. Diri yang lemah akan
menjadi mangsa yang kuat. Dari itu perkuatlah Dirimu, perbesar, perkembanglah
DIA. Diri yang kuat, yang besar dan sudah berkembang tidak bolih dipengaruhi
oleh sesiapapun.
Perkuatlah DIA dengan jalannya, perbesarlah Dia dengan jalannya,
perkembanglah Dia dengan jalannya. Untuk itu temuilah JALAN DIRI itu.
DIA kuat lagi benar, kerana berasal dari YANG MAHA KUASA dan YANG MAHA
BENAR. Gunungkanlah itu setitis dua lautkanlah itu yang sekepal.
Dengan apa menggunungkan yang setitis dan dengan apa melautkan yang
sekepal itu ? Jawabnya mudah shaja, iaitu dengan JALANNYA. Segala sesuatu
selesaikanlah dengan JALANNYA, dan jalan itu telah kita punyai.
Berpegang teguhlah pada Jalannya dan jangan bercerai berai. Adalah Jalan itu
merupakan mata rantai, kait berkait, rangkai berangkai dengan satu dan lain.
Putus minta disambung, kusut minta diuraikan, keruh minta dijernihkan. Kusut
dihujung benang, kembali kepangkal benang.
Kesemuanya diselesaikan, dilakukan, dibawakan dengan JALANNYA. Orang yang
tidak tahu diDIRI kehilangan DIRI, hidupnya tidak bererti dan akan menjadi
mangsa yang berDIRI. Kita akan diperalat kerana dianggap barang mati.
Dari itu KETAHUILAH DIRI. Carilah DIRI. TEMUILah dan PERGUNAKANlah DIRI
SENDIRI supaya kita berpendirian. Dan hiduplah dengan DIRI supaya kita
berpendirian.
DIRI yang dimaksudkan ialah DIRI YANG SEBENARNYA DIRI bukan Diri yang

dibuat buat. DIRI yang duduk benar, tegak benar, berjalan benar kerana berasal
langsung dari YANG MAHA BENAR.
DIRI itu JERNIH, BERSIH, SUCI. Dia HENING, TENANG, TIDAK ADA TETAPI ADA. DIA
yang tidak ada ( kelihatan ) ada bersama kita sejak kita diadakan. DIA bersifat
KETUHANAN kerana berasal dari TUHAN.
Jadi adalah yang telah ada bersama kita itu KETUHANAN tetapi BUKAN TUHAN.
TUHAN TETAP TUHAN, Esa, Tunggal, tidak dua tidak tiga apalagi banyak.
KETUHANAN ada pada kita, ada pada orang lain dan ada dimana mana. Kenal
mengenali satu sama lain, hubung menghubungilah, kerana tidak kenal maka
tidak cinta.
Syaitan berdiri, Iblis berdiri dan Jin pun berdiri. Akan tetapi DIRInya tidak seperti
DIRI MANUSIA, sama sama makhluk dijadikan Tuhan ( Cuma ) berlainan jenis.
Mereka itu berasal dari API yang sifatnya merusak dan menghancurkan. Dia
menjahanamkan kita, dia membawa kita keneraka, kerana dia tidak senang akan
kejadian kita.
Diperintahkan Tuhan dia sujud kepada ADAM dia tidak mahu. Mereka berkata :
Patutkah kami sujud kepada orang yang engkau jadikan daripada tanah ? Dia
meminta dipanjangkan umurnya sampai kiamat guna memusnahkan atau
memperdayakan anak cucu orang itu dibelakang hari KECUALI YANG SEDIKIT.
Dan Yang Sedikit itu tidak terpedayakan olehnya. Sesungguhnya aku mengetahui
apa yang engkau tidak ketahui Firman Allah.
Orang yang tidak tahu diDIRI kehilangan Diri Yang Berdirikan pada tanah dengan
mudah terperdaya oleh syaitan kerana api itu bolih berdiri dan hidup diatas
tanah. Dengan tidak disedarinya dia telah menjadi manusia Iblis kerana telah
bersarang didalam tubuhnya yang berasal dibalik asal dari tanah itu.
Betapa tidak Iblis yang tidak nyata itu bagaimana bolih mengetahui kalau ia lupa
keDIRInya ? Iblis bolih masuk melalui makanan, minuman, sedang tidur dan lain
lain sebagainya dan lama didalam menguasai DIRI dan menutup sampai orang
kehilangannya. Intan telah terbenam didalam lumpur.
Hanya dengan mengetahui DIRI MENEMUI DIRI dan dengan jalannya DIRI,
segala sesat dan yang menyesatkan itu bolih disapu bersih. Dari itu kenalilah
DIRI, pelajarilah DIRI, temuilah dan turutlah jalannya DIRI yang telah ditemui itu.
Iblis yang berasal dari api itu akan hancur berantakan kalau kita ketahui DIRI
kita. Dan itulah yang dimaksudkan dengan KECUALI YANG SEDIKIT itu. Yang
sedikit itu ada pada tiap tiap orang, dari itu kemukanlah DIA dan pergunakanlah
DIA.

SEDIKIT tetapi menakutkan, menggemparkan, tidak sanggup Iblis


memperdayakannya, sebab DIA tak lekang dek panas dan tak lapuk dek hujan,
berdiri dengan sendirinya. YANG SEDIKIT itulah RAHSIA. Rahsia kelebihan bagi
yang mengetahui, menemui, mempergunakannya.
Seluruh makhluk akan sujud menyembah kepadanya, ingat akan kejadian kita
waktu Tuhan akan menyuruh menyembah nenek moyang kita ADAM AS.
Semuanya sujud kecuali Iblis. Dia engkar, tidak patuh pada Yang Maha Kuasa
sedangkan Allah mengetahui yang tidak diketahuinya. Dia engkar dan semenjak
itu dia menjadi musuh kita nombor satu. Dia berniat akan memusnahkan,
memperdayakan kita manusia sampai kepada anak cucu cicit hingga hari
kiamat.
Sekarang kita telah mendapat tahu Rahsia iaitu maksud dan rahsia Kalam Allah
YANG SEDIKIT bahkan kita telah menemuinya pula. Apa yang kita takutkan lagi,
kalau kita mahu kita akan sanggup menghancurkannya iblis itu. Bahkan kalau
kita ketahui betul, melihat kita sahaja dia sudah lari, menyingkir dari kita.
Dengannya, kita tidak takut kepada sesiapa sahaja, kecuali Allah. Hanya Allah
yang patut ditakuti. Yang Sedikit yang kita ketahui, hendaklah DIA kita temui dan
punyai serta kuasai sehingga kita bolih mempergunakan daya gunanya yang
banyak mengandungi rahsia itu.
Kecerdasan kita menjadikan DIA besar, memperkembangkan DIA menjadikan DIA
bahkan lebih dari itu kerana DIA ada didalam dan diluar kita.
DIA sedikit, kita perbanyak, dia setitik kita gunungkan, Dia sekepal kita lautkan,
sudah banyak kita perbanyak kerana DIA ada dilangit, dibumi dan dimana mana
sahaja. Gali dan pelajarilah Yang Sedikit itu sampai dikuasai hendaknya.
Mereka bertanya kepada ENGKAU ( Muhammad ) mengenai RUH, jawablah :
TIADA AKU DIBERITAHU TENTANG ITU KECUALI SEDIKIT. Bukankah Yang Sedikit
Firman Allah kepada Muhammad itu sama dengan
Yang Sedikit yang tidak bolih diperdayai Iblis ? Muhammad Rasullullah
diwahyukan Tuhan kepadanya rahsia Yang Sedikit. Ini kepada manusia
MUHAMMAD yang telah diangkatnya, dijadikan utusanNYA.
BAB 14
KETAHUILAH DIRIMU
Ketahuilah bahawa tiap tiap orang, tiap tiap kita da itu ANUGERAH AGUNG,
Kurnia Tuhan yang terrahsia letaknya pada kita. Dan selain terrahsia dia banyak
mengandung rahsia.
Masing masing kita MENGANDUNGNYA. Supaya kita puas menjalankan
kehidupan, maka lahirkanlah kandunan itu. Dengan kelahirannya maka

terbukalah sudah Rahsianya. Hnya sedikit tetapi amat besar ertinya bagi kita,
kerana DIA hidup dan menghidupkan kita.
Dan itulah DIA Yang Sedikit, RUHKU Firman Allah, sewaktu meniupkannya
kedalam batangb tubuh ADAM. Bagi orang yang telah mengenlnya Tuhankah
itu ? Tentu tidak. Dan bagi orang yang mengetahui kedatangannya dari Tuhan
anak Tuhankah itu. Tentu bukan.
Dari itu kami yang telah menemuinya dan telah menjadikan diri kami DIA
menamakan DIA yang telah berada bersama kita itu KETUHANAN. Orang
mengatakan : Kenali DIRImu kerana siapa mengenal DIRINYA mengenal
TUHANNYA dengan sendirinya.
Untuk mengenal DIRI secara positif, lahirkanlah kandungan masing masing. Dan
setelah tahu diDIRI yang sebenarnya, akan tahulah kita bahawa kesalahan besar
yang telah kita lakukan dalam membawa jalannya kehidupan. Suatu pandangan
hidup yang salah, kerana Yang Mati dianggap hidup, sedang Yang Sebenarnya
Hidup tidak diperdulikan.
Lahirlah,lahirlah manusia baru didunia. Semua orang semua umat semua
manusia dimana mana didunia menunggu kedatangannya,
kelahirannya.InsyaAllah.
Bagiku setelahmenemui JALANNYA aku pelajari DIA isinya serta Rahsianya. Maka
tahulah aku akan DIA sebenarnya. Aku telah menemuinya DIRIKU yang
sebenarnya. Dan dengannya, pada jalannya aku MENEMUI TUHAN Yang Maha
Esa, ALLAH. Dan bagaimana caranya aku bertemu dengan ALLAH, tidaklah dapat
aku menceritakannya, kerana perjalananku dengannya, DIRIKU yang berasal dari
SANA ialah :
DARI ADA KE TIADA
TIADA KE TIDAK ADA
Di TIDAK ADA itu, aku tidak dapat mengatakannya lagi, kerana segala apa yang
ada padaku sudah tidak ada lagi, jadi apa yang akan aku katakan.
Dan dalam perjalanan kembali :
DARI TIDAK ADA kepada TIADA
DARI TIADA kepada ADA
Pengalaman perjalanan yang berulang-ulang memberi keyakinan disaat saat itu
aku sudah di SANA pulalah aku didalam TIDAK ADA itu timbul menjadi ADA guna
untk mengdakan PENGAKUAN dengan melafazkan Dua Kalimah Syahadah
berulang ulang tiga kali.
Dan itulah aku sekarang yang tadinya dilahirkan telah melahirkan pula.

Dilahirkan aku sebagai manusia dan aku melahirkan kandunganku yang penuh
Rahsia. Aku dudukkan Diriku ditempatnya. Dudukku duduk menanti kedatangan
sesuatu yang lahir dan yang batin. Dan penyelesaian segala sesuatu yang
mendatangi aku itu, kuselesaikan dengan ilmuku yangterrahsia itu dan
kesimpulannya penyelesaiannya ialah tahu mendudukkannya pula pada
tempatnya.
Dan adalah aku hidup seperti musafir yang sentiasa dalam pengembaraan,
dalam perjalanan kerana perjalananku belum sampai dibatasnya.
Aku duduk tetapi berjalan. Perjalanan lahir yang bolih dilihat orang dan
perjalanan yang tidak bolih diketahui dan dilihat orang iaitu perjalanan dengan
memegang Rahsia Yang Sedikit.
Dia mengetahui yang tidak diketahui orang
Pahlawan aku bukan pujanggapun bukan
Hanya musafir ..
Cacat tubuh beta letih tidak berdaya
Tetpi tetap bekerja
Semuga sumbangsihku
Menambah sari ilmu
Harum taman pertiwi ibu
BAB 15
PENGERTIAN HIDUP SEBENAR
HIDUP ialah mempunyai alam sendiri. Dia memberi kehidupan kepada Yang Ada.
Yang diberikannya ialah ISI. Alirannya Hidup ertinya tiada mati atau tiada beku.
Kebanyakan orang tidak pandai membawa Hidup kerana membawakan sendiri
kehidupan sendiri tanpa ada pengertian tentang hidup itu.
Apakah ertinya HIDUP yang sebenarnya ?
Dan dimanakah letaknya Hidup itu ?
Pada kesengsaraankah, pada sukakah, pada dukakah, pada pangkat atau
kekayaankah ? Atau pada apa ?
Letaknya HIDUP bukan pada kaya, pada miskin, pada mulia, pada hina, pada
sengsara, pada suka, pada duka, pada harta atau wang, pada pangkat dan lain
sebagainya.
Kesemuanya itu adalah AKIBAT dari perjalanan hidup yang telah kita lalui yang
sedang dan yang akan kita lalui. Kambing, lembu, kerbau dan lain lain binatang
tidak kaya bahkan tidak punya apa apa JUGA HIDUP.
Sebelum kita dapat mengerti apa itu HIDUP YANG SEBENARNYA hendaklah kita
ketahui lebih dahulu bahawa HIDUP itu ada diDIRI kita dan DIRI itu ada didalam

batang tubuh kita. Dan DIA meisi kehidupan kita.


Diwaktu kita menjalankan kehidupan kita diluar untuk memenuhi keperluan lahir,
adakah DIA kita bawa serta ? Tentu orang akan mengatakan ADA kerana DIA
telah berada bersama kita sejak kita diadakan.
Aku akan mengatakan TIDAK kerana sungguhpun kemana saudara pergi DIA ada
bersama saudara tetapi untuk melancarkan usaha saudara DIA tidak saudara
bawa serta dengan ertinya yang sebenar.
Pembawaan saudara itu, walaupun DIA ada, tetapi tidak ikut berjasa pada usaha
saudara diluar, hanya didalam sahaja. Jadi adalah untuk usaha saudara disegala
bidang, ke-ada-an nya passif, tidak aktif. Dan untuk mengaktifkannya perlu DIA
selain diketahui ke-ada-an nya juga kita
harus mengerti caranya dan kita usahakan supaya DIA selain meisi kehidupan
kita didalam juga meisi kehidupan kita diluar. Beruntunglah orang yang dapat
mengetahui, menemui dan mengerti cara dan keadaannya : Surah Ar Rum : Ayat
08
Tidakkah mereka memikirkan apa yang didalam DIRInya sendiri !!!
Ada apa diadalam diri kita itu ?
Kita telah menemui DIRI kita dan telah mengetahui pula. Dan sudahkah kita
mengetahui terdiri dari apa itu DIRI dan ada apa didalamnya ?
Untuk ini hendaklah kita ambil pelajaran pada kenyataannya itu DIRI yang telah
kita ketemui. Semenjak kita telah menemui itu DIRI bererti DIA telah ada.
Keadaannya bersama kita. Kita pelajari DIA untuk mengetahui dan mendapat
ISINYA. Kita menemuinya setelah kita mendapat jejaknya iaitu JALANNYA.
Jalannya itu berisi, kerana DIA meisi kehidupan kita didalam. Adalah keadaannya
tidak ubah sebagai butir butir darah melalui pembuluh darah. Hanya beza
keadaannya berlainan satu nyata dan yang satu lagi tidak nyata.
Dan adalah yang dinamakan DIRI itu, kumpulan umpulan dari ISI ISI atau butir
butir HIDUP yang berasal dari HIDUP yang didatangkan oleh YANG MAHA ESA.
DIA hidup lagi menjaga. Dan adalah kandungan DIRI itu ZAT serba ZAT. ZAT
tersebut meisi dan mealiri jalannya kehidupan didalam dan seluruh alirannya
menimbulkan RUHANI yang berupakan gambaran dari JASMANI.
Dapat diketahu bahawa pada kita ada DUA TENAGA HIDUP.
Yang pertama TENAGA LAHIR dan yang kedua TENAGA BATIN atau TENAGA
GHAIB. Tenaga Lahir berasal dari TENAGA HIDUP yang dihidupkan yang menjadi
TENAGA JASMANI. Tenaga Jasmani ini datangnya dari Zat makanan yang kita

makan dan minum.


TENAGA BATIN atau TENAGA GHAIB pula berasal dari Tenaga Hidup Yang
Sebenarnya Hidup yang ada didalam dan diluar batang tubuh kita ( udara )
Keadaannya didalam batang tubuh kita menjadi Pokok Kehidupan kita
seumpama setitis air embun didaun talas atau daun keladi, hening, jernih tetapi
lekat pada daun.
Untuk Kebahagiaan hidup kita, hendaklah kita hidupkan Yang Hidup itu, seperti
kata pepatah : Yang setitis minta digunungkan. Perbuatan kita menggunungkan
yang setitis itu menghasilkan sekepal dan untuk kehidupan selanjutnya
hendaklah yang sekepal itu kita lautkan kerana kita akan mengharungi lautan
hidup.
Dalam Ilmu Kejiwaan, perbuatan kita menggunungkan yang setitis itu bererti
membesarkan jiwa, kerana lautan hidup yang kita tempuh atau lalui beralun dan
bergelombang, jalannya panjang dan berliku-liku berlurah dan berbukit, berduri
dan dibalik itulah yang dinamakan BAHAGIA.
Untuk itu kita harus pandai membawakan Hidup, pandai membawakan DIRI
dengan pengertian yang didalam kita mesti kenal betul betul terlebih dahulu
iaitu yang mana itu HIDUP dan yang mana itu DIRI.
HIDUP itu letaknya pada Ketenangan dan pada Ketabahan yang keluarnya
menyatakan Kebesaran Jiwa, bukan sombong, takbur dan angkuh. Dari itu
ketahuilah DIRI dan HARGANYA DIRI. Orang yang tahu Harga Diri tidak akan
menjual Dirinya.
BAB TUJUHBELAS
KISAHKU MENCARI TUHAN
Anak anakku !
Dilahirkan kita didunia ini untuk menjalankan kehidupan. Dimana tempatnya ?
DiRahim bonda kita.
Sebelum di Rahim bonda dimanakah kita ? Belum ada, ya memang kita belum
dilahirkan sejasad sejiwa. Akan tetapi BATIN kita telahpun ada. Dimana ?
BersamaNYA, terkandung didalam RahsiaNYA iaitu ALLAH.
Dan itulah Aku kini. Aku dilahirkan sebagai manusia melalui ibu bapaku. Dizahir
Aku keluar dari Rahim ibu, di batin aku datang dari Rahim Tuhanku. Tuhanku
bersifat Rahman & Rahim. Aku terkandung didalamnya.
Sekarang aku dikandung oleh badanku sendiri. Semenjak keluar dari rahim ibu
maka putuslah hubungan secara langsung dengan Tuhanku dan ibuku. Alam
sekelilingku menyebabkan aku selalu ingat kepada Yang Menjadikan Aku, Allah

Tuhanku dan juga kepada kedua ibubapaku.


Pengalamanku, perasaan suka dukaku menyebabkan timbul hajatku yang besar
untuk MENCARI TUHANKU, ALLAH. Perasaan Ketuhananku tidak puas sebelum
aku dapat menemuiNYA, Allah Tuhanku.
Dalam pencarianku, aku mengembara dan mengembara. Semakin jauh
pengembaraanku semakin jelas tanda tanda KebesaranNYA, KemurahanNYA,
Kasih SayangNYA, IlmuNYA .. akan tetapi DIA belum lagi dapat kutemui.
Bapak Dr Paryana Suryadipura melalui buku Alam Fikirannya, memberitahu
bahawa untuk meningkat ketingkatan yang lebih tinggi dan dalam, hendaklah
kita beramal. Amalan itu pula ada dua iaitu amal beserta hawa nafsu dan yang
kedua amal soleh. Yang demikian untuk menemui Allah amalannya hanya satu
iaitu amal soleh yang ikhlas.
Bersamaan dengan PEMISAHAN pada perbuatan amalanku itu, aku dapat tahu
telah terjadi pemisahan pada badanku sendiri. Dan tahulah aku sekarang yang
mana DIRIku yang sebenarnya. Sedarlah aku peganganku selama ini pada
barang Yang Mati sedangkan Yang Hidup tidak aku pedulikan.
Aku telah menemui DIRIku. Padanya letaknya kebenaran, ketenangan,
kedamaian yang tidak pernah aku perdapat selama ini. Aku pelajari diriku dan
banyak Rahsianya yang aku ketahui. Dalam segala hal DIRIkulah yang aku
kemukakan.
Dan dengannya pula dalam ke-ada-an TIDAK ADA aku MENEMUI TUHANKU.
DiHADIRATNYA aku sudah tidak ada lagi, tidak ada yang ada, tidak ada angin,
tidak ada ribut. Dan yang ada HANYA DIA Tuhanku dan aku hilang dalam ke-adaanNYA. Aku telah pergi sebelum dipanggil, sudah tiada sebelum ditiadakan,
sudah datang sebelum sampai dan Aku telah kembali keSANA.
Tahulah aku siapa aku sebenarnya dan sekarang hendak kemana aku dan mahu
apa aku ?
Aku hendak menemui kedua ibu bapaku yang pada zahirnya telah tiada kerana
sudah lama meninggal dunia. Aku hendak melakukan sembah sujud kepada
kedua mereka dan hendak membebaskannya. Bapaku dalam keadaan tiada
dengan setidak tahuku telah lama mendampingi aku. Akan tetapi ibuku belum
lagi dapat kutemui. Aku menziarahi perkuburan mereka. Sewaktu membacakan
Dua Kalimah Syahadah aku terkejut kerana ada bisikan ditelingku yang
berbunyi : Cukuplah sehingga ini peretemuan kita, nanti diakhirat kita berjumpa
lagi. Aku terpesona kerana sesudah itu dia telah lenyap. Kepada Tuhan aku
bermohon supaya ibuku dibebaskan dari azab kubur dan ditempatkan ditempat
yang sebaik-baiknya.
Semenjak itu aku dudukkan dIRIku ditempatnya, dan dudukku duduk dirumah.

Kalau perlu aku keluar. Ada kalanya pula aku duduk, tetapi berjalan, perjalanan
yang merupakan perjalanan batinku.
Bolih kukatakan aku lebih banyak berjalan dari duduk dan lebih banyak berbuat
dari bermenung. Perjalanan yang aku sebut diatas merupakan perjalanan hidup
yang berisi, berisikan nikmat, tidak dimurkai dan tidak pula sesat.
Ilmuku Ilmu Ghaib berasal dai Yang Ghaib dan datangnya dari YANG MAHA
GHAIB.
Kepada saudaraku, kaumku dan bangsaku yang merasa ketinggalan aku
pesankan letakkan sesuatu itu pada tempatnya dengan mengharamkan yang
haram, menghalalkan yang halal dan jangan pakai kesempatan dalam
kesempitan. Kuasailah DIRImu letakkan pula pada tempatnya iaitu Ketenangan
dan Kedamaian.
Aku juga ingin berpesan untuk kesian kalinya : Padamu ada tenaga yang
tersembunyi yang belum pernah engkau pakai secara positif selama ini. Tenaga
ini mealiri seluruh batang tubuhmu didalam. Pergunakanlah DIA untuk mengejar
apa yang tertinggal.
Tingkatkan cara berfikirmu kedalam, hentikan segala gerak langkah sehingga
yang tinggal hanya gerak yang tidak dapat kamu kuasai. Gerak yang tinggal itu
ialah gerak dari Tenaga Batinmu atau Tenaga Yang Tersembunyi bagimu. Dengan
perlakuan itu kamu sudah mulai adakan pemisahan didalam dirimu, pemisahan
antara Gerak Zahir dan Gerak Batin, Tenaga Zahir dan Tenaga Batin antara
Badan dan DIRI. Terjadinya itu baru pemisahan didalam. Sekarang tingkatkan lagi
fikiranmu bagaimana cara hendak mengetahui dan dapat merasakan Tenaga
Dalam itu.
Untuk itu kamu mesti membawa tenaga itu keluar yang bererti kamu harus
menembus alamnya sendiri sampai kekulit dan bulumu. Sanggupkah kamu
sendiri menembus itu dengan perkataan lain membuka pintu yang tertutup itu ?
Jawabnya ialah sebaliknya, kamu cari orang yang tahu dan mengerti dan telah
mempunyai untuk meminta petunjuk petunjuk.
DIA ada tetapi tiada, dia sulit tetapi mudah, dia ringan tetapi berat dan jangan
dipandang enteng pula kerana mungkin membahayakan kalau dicuba dengan
sendiri. Sebaiknya mendapatnya dengan jalan berguru.
Adalah DIA itu mempunyai Jalan Sendiri semenjak dari dalam jalan yang berisi.
Berisikan titik titik dan titik itulah Rahsianya kerana DIA berasal dari Yang Setitik
( sedikit ) Perjalanan titik itu didalam sepanjang tubuh merupakan gambaran dari
Jasmani yang dinamakan Ruhani. Jadi adalah yang dimaksud dengan Tenaga
Batin itu ialah Tenaga Ruhani yang berasal dari RUH. Pada kita adalah TITIK
PENJADIAN itu berasal dari Tuhan dan dengan dapat menguasai Titik itu kita

dapat pula Jadi Menjadikan dengan memperkembangkannya.


Setelah menemui dan menguasainya marilah kita pergunakannya untuk
kebahagiaan hidup dunia dan akhirat. Kalau kita tahu padanya ada kasih sayang
dan kita perkembangkan maka kita akan dikasihi dan disayangi. Kalau kita
ketahui padaNYa tiada yang tidak ada, maka akan mudahlah urusan kita.
Kalau kita tahu bahawa kita telah pandai memasukkan Siang pada malam dan
Malam pada Siang, mendatangkan Yang Hidup dari Yang Mati dan Yang Mati dari
Yang Hidup, tentu kita akan menerima rezeki yang tidak diduga duga datangnya.
Pendek kata TIDAK ADA YANG SULIT DISISI TUHAN dan padaNYA tidak ada yang
tidak bolih diatasi.
Kehidupan kita yang telah berlalu penuh kesusahan, kegelisahan dan
penderitaan akibat ketidakmampuan kita dalam banyak perkara . Kenapa ? Pada
kitalah letaknya segala kesalahan itu, bukan pada orang lain. Kita tidak tahu di
DIRI kita dan kita telah lupa akan DIRI kita. Kita telah menurutkan JALAN MATI
bukan JALAN YANG HIDUP. Maka wajarlah kita kembali kejalan yang benar dan
kita tinggalkan jalan yang sesat lagi menyesatkan. Yang benar ialah DIRI kita
bukan BADAN kita. DIRI kita itulah Yang Hidup dan pada BADAN kitalah letaknya
kematian.
Orang yang berpegang kepada BADANnya, bererti menempuh Jalan Mati, dan
orang yang berpegang pada DIRInya bererti menempuh Jalan Hidup. DIRI kita
letaknya DI-DALAM dan mempunyai JALAN SENDIRI didalam BADAN kita.
Untuk menemui JALAN itu hendaklah kita BUKAKAN PINTU dari LUAR atau kita
TEMBUS DARI DALAM. Jika ini semua diluar kemampuan kita maka wajarlah kita
mencari guru.
BAB LAPANBELAS
JALAN JALAN KEHIDUPAN
Telah kitaketahui dalam kehidupan kita, kita menempuh TIGA JALAN :a. Pertama : Berjalan dengan sendirinya
b. Kedua : Menjalankan kehidupan sendiri
c. Ketiga : Dibawa berjalan
Perjalanan pertama iaitu sewaktu didalam kandungan berjalan dengan Ilmu
Tuhan. Itu sebabnya kita tidak merasa susah.
Perjalanan kedua iaitu setelah kita lahir, kita menjalankan sendiri kehidupan kita.
Salah jalan mengakibatkan penderitaan.
Perjalanan ketiga, iaitu setelah perjalanan sampai kebatasnya, kita dibawa
berjalan kembali keasalnya kita.

Dari tiga macam perjalanan diatas perjalanan yang pertamalah yang terbaik
iaitu berjalan dengan Ilmu Allah. Persoalannya ialah setelah kita dilahirkan
adakah Ilmu uhan itu masih ada pada kita ? ADA, padanyalah terletak Rahsia
kehidupan kita.
DIA menghidupkan kita didalam mealiri dan mengisi Jalan Kehidupan kita dan
TERBATAS pada KULIT dan BULU kita. Pembawaannya yang berjalan dengan
sendirinya itu bagi kita TETAP ADA. DIA telah ada semenjak kita diadakan. Dan
keadaan sekeliling kita yang menyebabkan kita lupa atau sampai melupakannya.
Kehidupan yang kita WARISI terlampau banyak dibawa MELIHAT KELUAR dan
amat sedikit diberi tahu tentang KEADAAN KITA DIDALAM. Kita dididik dan diasuh
mengenai keadaan alam diluar kita, Keperluan hidup diluar sekarang dan akan
datang. Kita disuruh menuntut ilmu biar sampai kenegeri Cina. Dititik-beratkan
kehidupan kita kepada kehidupan zahir dan amat sedikit kita diberitahu
mengenai kedudukan yang tidak nampak iaitu yang ghaib.
Diberitahu kita akan adanya yang Yang Maha Ghaib iaitu Allah tetapi amat
sedikit kita diberitahu tentang JALAN KEPADANYA kerana tidak ada yang dapat
menunjukkan jalan yang sebenarnya kerana amat sedikit pula orang yang
mendapat petunjuk akan jalan itu iaitu jalan yang sebenarnya jalan.
Kita didik terlampau jauh melihat keluar sampai kita lupa akan DIRI kita. Dari itu
makanya banyak orang kesasar hidup. Jalan Hidup kita yang sebenarnya adalah
LURUS iaitu keatas dan kebawah. Keatas kita kembali kepada Tuhan dan
kebawah kita kembali ketanah.
Cara kita menjalani hidup bercabang-cabang, kekiri dan kekanan, kehadapan dan
kebelakang. Kebelakang bererti mundur, berjalan surut itu tidak mungkin kerana
telah dilewati. Kita melihat kebelakang untuk mempelajari jalan yang kita
bawakan dan lalui, untuk diperbaikki pada jalan yang akan datang. Kita melihat
kehadapan untuk maju terus kalau kalau ada halang rintangan. Untuk itu
makanya kita berbelok kekiri dan kekanan guna kembali kejalan yang lurus dan
sebagainya.
Jauh sudah kita berjalan dan telah lama rasanya kita berjalan apa yang kita
perdapat ? Suka duka telah dilalui, bermacam teori telah dipraktikkan, yang tidak
pernah dibuat telah dibuat, yang tidak bolih telah dibolihkan, yang haram telah
dihalalkan. Mahu harta telah dipunya tetapi mahu lagi, mahu isteri telah dapat
tetapi mahu lagi, mahu rumah besar telah punya tetapi juga mahu lagi mahu
kereta telah pun ada tetapi mahu ditambah lagi dan berbagai bagai lagi
kemahuan yang tidak pernah cukup.
Kenapa begitu ? Kerana kepuasan belum dicapai oleh kerana jalan untuk
mendapatkannya tidak pada jalannya yang benar melainkan dengan jalan
menurutkan HAWA NAFSU. Dan dengan tidak disedari jalan lurus yang ditempuh

untuk mendapat BAHAGIA telah berjalan dengan sendirinya dan telah hampir
sampai kebatasnya. Tahu tahu tenaga habis, daya sudah tidak ada, Kekuasaan
Tuhan pun berlaku MAUT pun sampailah. Kita sudah tidak ada lagi. Kita sudah
jauh didasar, sesat lagi disesatkan, kerana berjalan tidak pada jalannya. Kita
telah menempuh jalan kosong yang dimurkai lagi menyesatkan iaitu Hawa Nafsu
yang berisikan Syaitan & Iblis.
Jalan Yang Benar lagi Lurus itu ada padamu, pokok pangkalnya di DIRImu. Untuk
mendapat petunjuk hendaknya jangan berdoa sahaja hendaklah juga kita
pergunakan otak dan kecerdasan kita.
APA LAGI YANG DIMINTA KEPADA TUHAN, SEDANGKAN YANG KAMU MINTA DAN
KEHENDAKKI ITU TELAH DIBERIKAN KEPADAMU. Kebodohan kamu yang
menyebabkan kamu berkurangan, tiak puas dan sebagainya.
Kalau kamu telah mengetahui semua itu, TIDAK PADA TEMPATNYA KAMU
MEMINTA PADA TUHAN KERANA APA YANG KAMU MINTA ITU TELAH DIBERIKAN
KEPADA KAMU SEBELUM KAMU MEMINTA. ( Itulah dia DIRI Yang Sebenarnya DIRI
yang telah dan sentiasa bersamamu tanpa kamu ketahui sejak kamu diadakan )
Anak anakku,
Sekali lagi aku ingatkan, pelajarilah Hakikat Hidup yang sejati dan kembalilah
kepada kehidupanmu yang sebenarnya. Berpeganglah kepada Yang Hidup
jangan kepada Yang Mati. Carilah DIA DIRImu.
BAB SEMBILANBELAS
PETUNJUK PETUNJUK UNTUK KEBENARAN
Al- Quran Surah Ali Imran : Ayat 27
DimasukkanNya malam kepada siang, siang kepada malam, didatangkanNya
yang hidup daripada yang mati, yang mati daripada yang hidup. Diberinya rezeki
( kapada ) sesiapa yang dikehendakkinya dengan tiada terhitung.
Ulasan kepada Ayat
Malam ada pada kita dan Siang pun ada pada kita. Begitu juga Yang Hidup dan
Yang Mati juga ada pada kita. Bagiku adalah malam yang dimaksudkan ialah
Badan dan Siang ialah DIRI atau Yang Hidup adalah DIRI dan Yang Mati adalah
BADAN.
Maka adalah orang yang diberi ( oleh ) Tuhan rezeki yang tidak terhitung
banyaknya itu ialah orang yang dikehendakkiNya iaitu mereka mereka yang
dapat mengeluarkan Yang Hidup dari Yang Mati dan sebaliknya Yang Mati dari
Yang Hidup dan juga mereka mereka yang pandai memasukkan Siang kepada
Malam dan Malam kepada Siang.
Pada permulaan ada SABDA ( Firman ) dan Sabda ada pada Tuhan. ( Kun Fayakun

) Semua benda dijadikan olehNYA. Tiada sesuatu yang boleh terjadi dengan
sendirinya. Didalamnya ada NYAWA dan Nyawa ialah CAHAYA yang sebenarnya,
yang menyinari setiap sesuatu / setiap manusia didunia ini. DIA ada didalam
Dunia, dan Dunia dijadikanNya tetapi Dunia tidak menegnal DIA.
DIA menyinar dalam Gelap tetapi sigelap tidak mengerti
SiTerang menerangi Si-Gelap dan Si- Gelap tidak mengerti..
Burung ada didalam Sangkar, Sangkar dibuat untuk Burung tetapi Sangkar tidak
mengenal Burung.

GELAP = MALAM = MATi = BADAN


TERANG = SIANG = HIDUP = DIRI
Untuk dapat memasukkan Malam kepada Siang dan sebaliknya dan untuk
mengeluarkan Yang Hidup daripada Yang Mati dan sebaliknya, hendaklah kamu
terlebih dahulu dapat memahami akan tujuan atau maksud ERTIKATA yang
sebenarnya dari perkataan SIANG dan MALAM, HIDUP dan MATI itu.
Secara Ilmiah kita harus mengadakan PEMISAHAN antara BADAN dan DIRI.
Bagiku adalah DIRI itu berdiri dengan sendirinya. Alirannya meliputi
keseluruhannya apa yang ada pada kita dan adalah yang dinamakan Badan itu
menjadi kepunyaannya.
Kalau kita mahu mengambil perbandingan keluar, maka perhatikanlah akan
kabel letrik dan pelajarilah mana yang stroom ( current ? ) dan mana yang kawat
( dawai ) Dan adakah batas antara stroom dan kawat ? Tidak ? kalau tidak
kenapa kalau kita pegang kawatnya bahagian luar, stroom tidak menjalar pada
kita ?
Adalah keadaan stroom dan kawat itu jauh tidak berantara dan dekat tidak
berbatas. Alirannya terbatas pada kulit luar.
Begitu pulalah DIRI kita didalam mealiri seluruh isi tubuh didalam dan diluar
berbataskan Bulu dan Kulit.
DIA adalah Si-Terang yang menyinari alam sekelilingnya. Juga adalah DIA SiSiang yang letaknya didalam batang tubuh kita. Si-Terang dan Si-Siang itu adalah
DIA Yang Hidup yang alirannya mengaliri batang tubuh didalam. Jadi Si-Terang
Siang Hidup letaknya dan tempatnya bagi kita ialah DI-DALAM.
Untuk mengeluarkan Yang Hidup daripada Yang Mati atau memasukkan Malam
kepada Siang dan sebaliknya mengkehendakki si DIRI sanggup menembus
DINDING sendiri atau menembus Bulu dan Kulit yang menjadi batsnya untuk DIA
keluar.

Menembus Dinding sendiri bererti menembus ALAM SENDIRI ( badan ) yang juga
bererti menembus bulu dan kulit kita.
Penembusan Bulu dan Kulit bererti kita telah MENEMUI JALAN DIRI sendiri dan
perkenalan kita dengannya memperkenalkan DIRI sendiri kepada kita dan
dengannya pula kita dapat MENEMUI DIRI SENDIRI.
Kalau jalannya telah ditemui, maka tidaklah sulit untuk mengenalnya dengan erti
kata sebenarnya dan apalagi kalau kita telah dapat menemuinya.
Ada apa pada DIRI kita itu ? Untuk mendapat jawapan hendaklah kita tahu betul
pada DIRI kita itu, apa apa yang terkandung didalamnya. Untuk dapat
mengetahui hendaklah kita perhatikan dan pelajari JALANNYA DIRI itu.
Setelah memperhatikan jalannya DIRI dengan saksama maka kita akan tiba pada
suatu kesimpulan bahawa yang dikatakan jalannya Diri itu ialah sama juga
dengan PANCARAN dari dalam tubuh kita atau seumpama stroom bagi kawat
letrik.
Penemuan kita pada Pancaran atau stroom yang pasti sudah kita ketahui,
berasal dari dalam batang tubuh kita yang mana kalau diturutkan mendatangkan
pergerakan dan kalau diturutkan terus melahirkan pergerakan pergerakan
bermacam yang berliku-liku yang bagi kita amat sulit untuk dimengerti.
Akan tetapi suatu keberuntungan yang telah kita perdapat ialah suatu kepastian
bahawa adalah pancaran atau stroom itu berasalkan atau datangnya dari dalam
tubuh kita. Patut diketahui bahawa pusat dari seluruh pergerakan pada kita
letaknya di OTAK.
Pada otak ada pusat yang menghubungkan CITA ( idea ) kita dengan dunia dalam
kita ( microcosmos ) Ada pusat yang menghubungkan kita dengan dunia luar
( macrocosmos ) . Ada pusat pusat akal, kemahuan, kesadaran dan ingatan.
Selain dari pusat pusat tersebut ada pula yang geraknya langsung diluar
kemahuan kita seperti jalan nafas, degupan jantung, usus, pembuluh darah dan
sebagainya yang dinamakan pusat susunan persarafan simpatis. Gerakan ini
adalah gerakan didalam batang tubuh kita yang bertujuan menjamin hidup kita.
Kedudukan kepala dan isinya ialah bahagian teratas dari batang tubuh.
Dalamnya terkandung akal,ingatan, kemahuan dan kesadaran.
Pada waktu tidur, maka seluruh kegiatan kita terserah kepada DIRI yang tidak
pernah tidur dan terletaknya batang tubuh kita dalam keadaan istirehat oleh
keletihan pada siang harinya.
Pada waktu bangun, DIRI mendatangkan kesedaran dan ingatan kepada kita dan
kegiatan kita mulai timbul kembali dengan datangnya kemahuan untuk duduk,

mandi dan sebagainya iaitu melakukan tugas tugas hidup seharian.


DIRI membangunkan Badan melalui kesadaran terus keingatan, ingatan
mendatangkan akal ( pertimbangan / rasa ) akal juga menerbitkan kemahuan,
kemahuan menghasilkan kegiatan dan tindak tanduk perbuatan.
Begitu pula badan yang hendak berehat, perjalanannya ialah dari kemahuan
kepada akal atau pertimbangan dari akal ke ingatan, dari ingatan kepada
kesadaran dan beransur-ansur kesadaran hilang dan tertidurlah badan.
Dan tinggallah DIRI yang tidak pernah tidur dengan kegiatan kegiatannya
didalam yang melahirkn pergerakan jalannya pernafasan, jantung, usus dan
sebagainya. Dan kesemuanya itu berlangsung diluar kemahuan kita dan
bertujuan menjamin kita terus hidup.
Kemana perginya tenaga tenaga dari kesadaran, kemahuan, ingatan dan akal
ketika kita sedang tidur ?
Proses kejadian ini menunjukkan kepada kita bahawa pada kita ada tenaga yang
tersembunyi yang menguasai seluruh keadaan kita.
Perumpamaannya ialah seolah-olah sekelumpuk kambing dengan pengembala
yang dengan adanya pengembla maka kambing ambing dapat dikumpulkan
dalam satu kelompok, dapat dihantarkan ketempat yang banyak rumput yang
ada air untuk akhirnya dihantar kembali kekandangnya.
Atau secara garis kasarnya ibarat sipemburu dengan senjata atau sipenunggang
dengan kudanya.
Bagaimanakah kedudukannya didalam badan kita ?
Untuk dapat menjawab kami pergunakan Ayat 35 dari Surah An-Nur yang
bererti :
Allah memberi cahaya langit dan bumi. Umpama cahayanya kepada orang
beriman seperti sebuah lubang didinding rumah didalamnya ada pelita, pelita itu
didalam gelas, gelas itu kelihatan laksana bintang yang berkilau-kilauan dilangit.
Pelita itu dinyalakan dengan minyak kayu yang berkat, iaitu minyak zaitun yang
tiada tumbuh ditimur mahupun dibarat, hampir minyaknya itu bercahaya dengan
sendirinya meskipun tidak disentuh api. Cahaya berdamping dengan Cahaya.
Allah menunjukkan beberapa perumpamaan bagi manusia dan Allah mengetahui
tiap tiap sesuatu.
Tenaga Yang Tersembuntyi yang ada pada kita itu ialah Tenaga Ruhani yang
berasal dari dalam batang tubuh kita. Timbulnya Ruhani disebabkan adanya
Jasmani atau lebih terang Ruhani adalah gambaran dari Jasmani. Ruhani adalah
tiruan dari Jasmani. Perkembangan Ruhani ialah bergantung kepada
perkembangan amal perbuatan Jasmani. Ruhani orang beriman berlainan dengan

Ruhani orang munafik. Ruhani orang berbuat baik berlainan debngan Ruhani
orang jahat. Begitu jugalah Cahaya orang beriman dan orang kafir adalah
berlainan.
BAB DUAPULUH
PENJELASAN RUHANI SECARA SAINTIFIK
Adalah Ruhani itu tersusun dan terdiri dari Zat Zat atau Electron Electron Hidup
yang mengandung Tenaga Electro-Magnetik. Apabila electron electron hidup itu
keluar dari susunannya iaitu Ruhani, maka tenaga yang keluar dari proses ini
adalah besar sekali akan tetapi ghaib ertinya tidak dapat disaksikan dengan
langsung. Tenaga yang keluar ini dinamai Tenaga Ghaib atau Metaenergie.
Dengan Metaenergie kita dapat mengadakan semua kemungkinan yang kita
idam-idamkan.
Oleh kerana tiap tiap orang mempunyai Metaenergie dan ini dapat dikerahkan
atas kemahuan yang teguh, maka tiap tiap orang dapat mencapai semua cita
cita asal mempunyai kemahuan yang teguh. ( Alam Fikiran Dr Parijana
Surjadipura )
Telah diketahui bahawa pada kita ada itu Metaenergie yang mempunyai banyak
kemungkinan kemungkinan dan alangkah baiknya kalau kita dapat
menguasainya dan merasakannya yang tidak dapat disaksikan dengan langsung
itu. Tenaga Ghaib itu mealiri seluruh tubuh kita didalam, yang mana kalau kita
sendiri yang sebut Ruhani. Dan itulah Dia DIRI yang terdiri dari Zat Zat.
SETERUSNYA TENTANG DIA JUGA
Maka adalah jelas akan pentingnya kita MENEMUI DIRI kita itu yang berdiri pada
dirinya sendiri, yang tegak seperti ALIF, yang duduk seperti WAU yang
tergantung tiada bertali, bertali tidak tergantung, tak lekang dek panas, tak
lapuk dek hujan. Dan adalah yang diluar dari DIRI kita ialah Badan yang
berbentuk dan berupa dan berasal dari TANAH
DIA Yang Maha Besar tidak ada rupa dan tampan, tidak pula beranak atau
diperanakkan, membentuk segala yang berbentuk merupakan segala yang
berupa.
DIA Terrahsia bagi seluruh, seluruh makhluk dan seluruh hamba. Dan adalah bagi
orang yang hendak mencarinya, menjadi tugasnya untuk memecahkan
Rahsianya untuk dapat mengenal sampai dapat menemuinya.
DIA sangat dekat bagi orang yang mengetahui ilmunya dan sangat jauh bagi
orang yang tidak tahu Rahsianya.
CARILAH DIA yang berada dialammu sendiri lebih dahulu sebelum kamu
mencarinya yang berada dialam Maha Besar lagi Maha Luas dan sebelum kamu

mencari yang lain lain yang bertaburan dibumi dan alam semesta ini.
DIA memberi dan meisi kehidupanmu. Hidupnya tidak bergantung padamu akan
tetapi kehidupanmu sangat bergantung padanya. DIA tidak mencari yang bukan
bukan dan sentiasa duduk ditempatnya. DIA tidak keluar, akan tetapi rezeki
baginya mendatang, begitupun seluruh keperluannya. DIA didatangi dan
mendatangi. Dia didatangi banyak orang dan mendatangi orang tersebut, DIA
mengerti semuanya tetapi terlalu ramai orang tidak mengerti padanya.
Kalu kamu telah dapat MENMUI DIRIMU , carilah pula Yang Tergantung Tidak
Bertali dan Yang Bertali Tidak Tergantung.
Sebelum dapat menemuinya yang bertali tidak tergantung dan yang tergantung
tidak bertali itu bererti belumlah faham kita akan DIRI kita itu, kerana dengan
berpegang kepada Yang Tergantung Tiada Bertali, kita tidak bolih berbuat apa
apa dan begitu pula dengan berpegang kepada Yang bertali Tiada Tergantung
tidaklah sempurna kejadian kita.
Dengan dapat menemui dan memahami keduanya, maka dapatlah kita tali
pergantungan, sehingga dengan mengambil tali pergantungan itu sebagai
pegangan, maka bererti pula kita telah mempertemukan satu dengan yang lain,
pertama Yang tergantung Tidak Bertali dan kedua Yang Bertali Tidak Tergantung.
Yang tidak ada pada Yang Tergantung iaitu tali dan yang tidak ada pada tali iaitu
tempat bergantung dan penyatuan keduanya menghasilkan tali pergantungan,
seumpama pertemuan antara negatif dan positif.
Satu tetapi dua, contoh stroom dengan kebel / wire
Itulah diantaranya Rahsia DIRI kita itu, gantung bergantung satu sama lain, perlu
memerlukan, memberi dan menerima, yang diberi Rahmat yang diterima
Nikmat. Sudahkah kita menemui tali yang dimaksudkan ?
Untuk menjawab pertanyaan ini, kita kembali kepada JALAN yang telah kita
temui, iaitu setelah dapatnya kita keluar menembus Alam Zahir kita sendiri
melalui hujung jari jari kita.
Setelah pintu terbuka dan jalan telah kita temui, apa kita terus berjalan keluar
mencari apa yang dihajat ?
Untuk ini kita harus berhati hati, kerana kita harus meneliti lebih dahulu jalan
yang ditemui itu, kerana bagi zahir kita adalah itu sesuatu yang baharu, yang
belum pernah dikenal sebelumnya. Akan tetapi yang pasti sudah adalah itu
jalannya DIRI kita dari dalam menembus alamnya sendiri.
Sebelum kita bergerak keluar pada jalannya, maka terlebih dahulu kita bergerak
keDALAM dengan jalannya, guna untuk mengetahui keadaan DIRI kita sendiri

didalam.
Untuk ini hendaklah perbuatan kita itu dilakukan dengan berulang-ulang sebagai
latihan sehingga kita dapat mengetahui bahawa apa yang ada dibadan kita ada
pula diDIRI kita atau kita sampai dapat mengetahui bahawa DIRI kita itu terdiri
dari seperti yang ada dibadan kita.
Kita terus berlatih sampai TERLATIH, sampai kita mengenal peribadi sendiri dan
DIRI sendiri yang berbuat dan sampai DIRI mengenal Badannya yang kasar.
Peralihan dari Badan mengenal DIRI dan dari DIRI mengenal BADAN dapat kita
ketahui kita lakukan dengan mengadakan perjalanan, jalan yang kita pakai
iaitu jalan yang sudah ditemui dan kalau kita berjalan meninggalkan pengkalan,
kita mesti pandai pula hendaknya kembali kepengkalan. Kita mesti pandai pula
kembali dengan tidak sesat.
Latihan yang saksama dan teliti, menyebabkan kita mengenal dan MENEMUI DIRI
SENDIRI dengan perlengkapannya dan penemuan kita pada DIRI dan
perlengkapannya bererti kita MENEMUI DIRI RUHANI kita yang merupakan
gambaran dari JASMANI didalam badan kita.
Kita sekarang telah mengenal RUHANI dan telah mengenal pula Badan atau
Jasad yang dinamakan Jasmani.
Jalan yang kita pakai dan pergunakan untuk mencari DIRI dengan
perlengkapannya dan sampai kepada penemuan kita kepada Ruhani kita sendiri,
kalau diteliti dengan saksama adalah jalan itu aliran dari Ruhani kita sendiri yang
bertitik tolak dari DIRI kita sendiri. Tindaklaku perbuatan kita ini kalau
diumpamakan tidak ubahnya seperti kita memudikki sungai semenjak dari
muara dengan menempuh jalan yang berliku-liku kita mencari hulunya. Dan apa
sebabnya setitis air begitu bersih lagi jernih berasal dari gunung bertambah
dekat kemuara jauh dari hulu menjadi keruh dan mengandung bermacammacam kuman kuman ?
Begitu pula DIRI kita didalam yang tadinya suci bersih,oleh kerana tindak laku
perbuatan kita sehari-hari dalam menjalankan kehidupan berubah corak
warnanya, ibarat intan terbenam dalam lumpur.
Maka adalah kewajipan tiap tiap kita yang mencari dan menuju kebaikan dan
kesempurnaan sebelum melangkah bersihkanlah terlebih dahulu diri kita dengan
tindakan dan perbuatan dan terhadap Tuhan bacalah istighafar sebanyaknya.
Diri peribadi kita masing masing adalah SUCI dan BERSIH kerana datangnya dari
YANG MAHA SUCI. Tindak tanduk perbuatan kitalah yang mengotorkannya.
Penelitian kepada jalan yang telah ditemui dan mempelajarinya dengan
saksama. Maka kita akan dapat mengetahui bahawa adalah DIA itu PANCARAN
DIRI kita sendiri dari DALAM yang telah dapat menembus alamnya sendiri.

Pancaran tersebut adalah ibarat stroom dan sebagainya. Jalan yang kita katakan
itu ialah kebelnya. Stroom yang kita temui itu bukanlah seperti karan letrik yang
berasalkan dari benda mati buatan manusia melainkan berasalkan dari Zat Zat
Hidup yang dinamakan orang BIOELECTROSITET atau ELECTROMAGNETIK dan
tenaga yang keluar darinya yang berasal dari ELECTRON ELECTRON HIDUP
dinamakan TENAGA GHAIB atau META-ENERGIE.
Dengan huraian diatas, jika kita turutkan aliran jalan kebel yang mengandung
stroom itu maka kita akan temui TALI yang dihuraikan diatas, iaitu Bertali Tidak
Tergantung dan jika diteruskan lagi, maka akan bertemulah kita dengan Yang
Tergantung Tiada Bertali itu.
Kita telah menemui DIRI kita Yang Tergantung Tiada Bertali, Bertali Tiada
Tergantung dan untuk membuktikan yang Diri Itu Tegak Seperti ALIF dan Duduk
Seperti WAU, maka kita dapat menemui Yang Duduk Seperti Wau dan Tegak
Seperti ALIF itu.
Untuk dapat dimengerti dan diketahui maka yang Bertali Tiada Tergantung dan
Tergantung Tiada Bertali dapat kita temukan dengan perantaraan Gerak Aliran
Tangan kita yang diturutkan dan Yang Duduk Seperti WAU dan Tegak Seperti ALIF
dapat kita temukan dengan menurutkan Gerak DIRI didalam batang tubuh kita,
setelah Gerak Tangan berhenti.
Dan untuk diketahui pula adalah ZAT ZAT HIDUP yang ada pada kita itu, tidak
sahaja ada pada kita ( di DIRI ) tetapi banyak juga terdapat diluar iaitu di-alam
maha luas itu.
Dengan berpegang teguh pada tali tali yang ditemui tadi bererti kita telah berdiri
dibidang RUHANI. Dan dengan telah bertemunya kita dengan Yang Tergantung
bermakna kita telah menemui DIRI SENDIRI.
Perjalanan dari LUAR ke DALAM telahpun kita lakukan. Perjalanan ini dinamakan
Perjalanan Mengenal Diri.
Sekarang perlu pula kita melakukan Perjalanan dari Dalam ke LUAR. Perjalanan
kita itu dilakukan dari DIRI sendiri yang telah kita temui itu. Dengan menurutkan
kembali jalan yang telah menjadi pegangan kita itu kita akan menemui pula Yang
bertali Tiada tergantung dan jika kita teruskan lagi perjalanan yang bertali-tali itu
maka tibalah saat kita MENEMBUS ALAM SENDIRI atau BADAN kita.
Dengan perjalanan ini kita akan dapat merasakan dengan beransur tetapi pasti,
pintu pintu akan terbuka melalui hujung hujung tali tali itu dan kalau ini telah
terjadi maka kita akan dapat merasakannya melalui hujung jari jemari kita.
RASA yang terasa dihujung jari jari itu adalah PANCARAN dari DIRI kita didalam,
yang merupakan stroom, stroom ghaib yang dinamakan ELECTROMAGNETIK atu
BIO-ELECTRISITET. Electro berasal electron dan bio dari bion. Maka haruslah kita

meneliti dan menyelidek akan pancaran Diri itu. Penelitian akan mendatangkan
pengetahuan kepada kita bahawa Pancaran itu terdiri dari ZatZat yang
merupakan titik titik terang.
Dan adalah tenaga tenaga yang keluar itu besar sekali dan dapat dikerahkan
menurut kemahuan kita dan dengan kemahuan yang teguh banyak kemungkinan
kemungkinan yang diidam-idamkan dengan mempergunakannya bolih
diperdapat.
Dan adalah kedudukan kita dengan Tenaga Ghaib kita itu, laksana seorang
pemburu dengan senjata otomatik ditangannya. Dikala ada musuh senjata
tersebut tidak akan bergerak sendiri menembak, kalau tidak sipemburu yang
bergerak untuk menembaknya. Hanya perbezaannya senjata itu ialah benda
mati, sedangkan Tenaga Ghaib kita ialah keadaan sesuatu yang hidup.
Dan oleh kerana dia hidup maka pengalaman pengalaman dan kemahiran kita
dalam memakai dan mempergunakannya, menambah pengertian kita kepada
lebih mendalam, sehingga menimbulkan dan mendatangkan saling kenal
mengenal satu sama lain sehingga oleh kerana pandainya kita menurutkannya
maka dia yang tadinya asing dan luar bagi kita, telah menjadi menurut pada kita
dengan perkataan lain kita telah mengerti padanya dan dia telah mengerti pula
pada kita.
Peningkatan pengertian kita kepadanya akan meningkatkan pula kedudukan kita.
Kalau tadinya kita dengannya diumpamakan laksana seorang pemburu dengan
senjatanya, maka kenaikan tingkat kita itu ada;ah laksana sipenunggang dengan
kudanya.
Sewaktu kita yang laksana seorang pemburu baru mendapat senjata terlebih
dahulu tentu kita pelajari senjata kita itu, kita berlatih bagaimana merawatnya
dan bagaimana cara mempergunakannya dan pada waktu itu alam fikiran kita
hendak berburu untuk menembakkan senjata kita. Kita pergi berburu atau kita
cari perburuan guna untuk mencuba dan memakai senjata kita.
Sehingga sampai mahir kita dalam cara memakai dan mempergunakannya.
Seorang pemburu baik selain dari mahir dalam kepandaiannya mempergunakan
senjata juga hendaknya mempergunakan pula alam fikirannya dan sebaiknya
berbudi pekerti. Apa tujuan kita dengan mempergunakan fikiran dan berbudi
itu ? Maksudnya ialah supaya kalau kita menembak janganlah sebarang tembak
sahaja. Apalah gunanya umpamanya kita menembak seekor binatang yang tidak
akan memberi faedah pada kita dan dibiarkan begitu sahaja jadi bangkai apa lagi
dia tidak menganggu kita ? Bukankah dia juga mahu hidup dan ingin pula
memperkembangkan kehidupan dialamnya sendiri ? Seorang pemburu yang
berbudi dan menggunakan akal fikirannya sudah tentu tidak akan menembak
sebarang buruannya dan tidak akan membuang peluru sebarang sahaja.
Pengertian dan kemahiran kita memakai senjata tadi mendatangkan peningkatan

pada kedudukan kita dari seorang pemburu dengan senjata kepada seorang
penunggang dengan kudanya.
Masa menjadi seorang pemburu sebagai periode pertama telah kita lewati dan
sekarang kita memasukki periode kedua, yaitu jadi seorang penunggang dengan
kuda. Kuda ialah kenderaan bagi kita.
Kalau tadinya kita dengan bersusah payah dan memakai waktu yang lama
mencapai tujuan kita, maka dengan perubahan kedudukan kita itu, dengan
kenderaan yang telah kita punyai, maka akan lebih cepatlah kita sampai pada
tujuan kita. Dalam praktik kalau kita tadinya mengangkat senjata untuk
menembak, maka setelah kita mempunyai kuda tunggangan untuk mencapai
tujuan kita harus dapat memegang talinya supaya dapat kita kendalikan.
Kalau tadinya kita mempunyai senjata maka dengan meningkatnya kedudukan
kita sebagai tambahan kita mempunyai kuda tunggangan. Oleh kerananya
kedudukan kita menjadi merangkap.
Bahawa kita telah jadi penunggang dan sipemburu dengan mempunyai
kenderaan kuda merangkap senjata. Kalau sipemburu meletakkan senjata maka
berpisahlah antara yang satu dengan yang lain, begitu pula kalau sipenunggang
turun dari kudanya.
Sipemburu walau bagaimana sekalipun mahirnya memakai senjata kalau akan
mempergunakan senjatanya selamanya dia melakukannya dengan sikap duduk
dan berdiri. Sipemburu yang mahir tadi setelah menjadi sipenunggang kuda
sambil berjalan dan berlari dengan memegang tali tunggangnya dia harus
pandai mempergunakan senjatanya.
Untuk ini sipenunggang tentu me-adakan latihan latihan dan mencari
pengalaman sebanyak mungkin.
Peralihan kita dari sipemburu kepda sipenunggang tidak akan membawa
perubahan pada badan kita secara kenyataan. Perhatikanlah sesaorang yang
memegang dua jabatan yang dinamakan merangkap umpama Presiden
merangkap Perdana Menteri orang itu juga atau Menteri Dalam Negeri
merangkap Gabenor.
Akan tetapi peralihan senjata kepada kuda sangat meminta perhatian yang
saksama untuk diketahui proses perkembangannya sebab sangat berguna untuk
kemajuan diri kita dan bagi masa depan kita.
Senjata dari sipemburu yang kita jadikan umpama dari Tenaga Ghaib yang telah
kita punyai itu, tadinya kita anggap barang mati anih lagi ajaib, setelah kita
dapat menurutkan jalannya perkembangannya dari senjata kekuda, maka
bertambah yakinlah kita bahawa Tenaga Ghaib kita itu hidup dan berasal dari
sesuatu yang hidup yang keluar dari diri kita melalui badan kita dan menembus

alam sendiri melalui hujung tali tali yang bertali tiada tergantung dan dapat kita
merasakannya melalui hujung hujung jari jari kita.
Maka adalah seluruh perkembangan itu berjalan menurut jalan yang ada didalam
batang tubuh kita atau menurut saluran badan kita dan oleh kerananya
berdasarkan perkembangan itu menjelmalah badan kita sendiri atau dengan
perkataan lain kita membentuk badan diri sendiri menurut bentuk yang telah
ada. Perbezaannya dengan badan kasar kita ialah oleh kerana asalnya dari
tenaga ghaib, maka tidak dapat pula kita melihatnya dengan mata kepala.
Berdasarkan keterangan diatas maka perkembangan selanjutnya dari senjata
kita tadi yang ada permulaannya dengan kata perumpamaan kekuda dan dari
sini kalau kita mahu meningkatkan lagi setingkat keatas ialah kepada
keempurnaan atau Insan Kamil yang meliputi keseluruhannya.
Dalam perkembangannya Tenaga Ghaib itu kedalam ialah dari diri membentuk
diri melalui saluran saluran yang telah ada didalam batang tubuh kita.
Oleh kerananya pengembaraannya itu membentuk badan sendiri lebih dahulu
sebelum dapat membentuk diri sendiri.
Untuk kesempurnaanya sesudahnya kita dapat membentuk diri dan badan kita
maka adalah kewajipan kita untuk mengisi menurut isi batang tubuh kita yang
telah ada selengkapnya.
Kelengkapan dari batang tubuh kita dengan isinya dapatlah disimpulkan terdiri
dari urat, tulang, otak, benak, bulu, kulit, darah, daging, hati jantung, limpa, rabu
dan empedu.
Diri meisi diri dengan diri dari memperkembangkan diri sampai meliputi
keseluruhannya yang diliputi ialah badan diri. Tingkah laku perbuatan
memperkembang sampai meliputi itu bererti diri membentuk diri sendiri bererti
meisi badan diri. Yang diisi ialah apa yang ada pada badan sejak dari luar sampai
kedalam. Dengan demikian maka diri membentuk badan sendiri didalam. Maka
berdirilah AKU BATIN cukup dengan perlengkapannya dengan sempurna.
Diri yang telah sempurna ialah diri yang telah bangun dari tidur. Diri yang telah
mengetahui akan keadaannya, diri yang telah sedar dan mengetahui siapa dia
sebenarnya.
Diri harus menyayangi badannya, mengetahui keperluannya, mengetahui tugas
kewajipannya sebagai seorang manusia, mengetahui tugas kewajipannya
sebagai hamba Allah ( Abdi Tuhan )
Untuk itu ia harus bergerak harus berjuang harus berbuat harus berlaku dan
harus bertindak jika perlu. Dia harus mempelajari sekelilingnya tahu mana yang
kawan mana yang lawan, tahu mana yang baik dan yang buruk tahu ombak

yang bersambung angin yang akan bertiup tahu awan yang akan menjadi hujan.
Dan masih banyak lagi yang akan diketahuinya. Penglihatan mesti tajam,
pandangan mesti terang jauh kemuka kekiri dan kekanan.
Dengan begitu maka kita mulai mengenal alam diluar kita sendiri. Pelajarilah
alam sendiri dengan saksama sebelumnya kita memasukki dan mempelajari
alam diluar kita.
Kesempurnaan kita berlaku dengan memperkembng diri kita sampai meliputi
keseluruhannya yang mana proses perkembangan ialah :Dari tidak tahu menahu, menjadi seorang pemburu dengan senjata ditangan .
DARI SEORANG PEMBURU KE SIPENUNGGANG DENGAN KUDANYA. Kita yang
tadinya telah menjadi manusia dalam proses perkembangan seperti yang
disebut diatas.
Yang dijadikan SENJATA pada kita yaitu DIRI. Diri berkembang terus sampai
menjadi kuda bererti kenderaan bagi kita dan selanjutnya kalau ditingkatkan
terus pengetahuan kita mengenai diri kita maka diri itu akan berkembang terus
menjadi kita sendiri, sehingga berdirilah kita itu lengkap dengan
perlengkapannya yang ada.
Sejak diri telah lengkap berdiri seperti dengan perlengkapannya yang ada, maka
semenjak itu pula akan berlainanlah pandangan hidup kita dan yang sudah
sudah seumpama siang dan malam atau ibarat terang dan gelap. Perjalanan
hidup yang telah dibawakan selama ini sebelum kita dapat mengenal diri kita
ialah berjalan pada malam hari atu berjalan didalam gelap meraba dengan tidak
punya pegangan atau jalan sebagai petunjuk dalam perjalanan.
Saya yang telah ada berlainan dengan aku yang telah berdiri. Untuk
membuktikan perbezaan antara saya dan aku kami tunjukkan contoh kepada
Presiden Sukarno diwaktu berpidato apabila dia memakaikan saya dan aku.
Disinilah terletak diantara lain kelebihannya.
Aku yang berdiri dengan sendirinya yang telah ditemui dan dikenal kekuatannya
atau tenaganya berlainan dari aku yang diakui apalagi yang beraku-akuan.
Pada permulaan kita mengenalnya adalah dia itu Nyawa kita yaitu senjata bagi
kita yang dianggap barang mati.
Setelah kita tingkatkan pengetahuan kita, pengalaman dan penelitian yang
saksama menunjukkan kepada kita bahawa yang dianggap barang mati itu
kenyataannya bukanlah mati, melainkan HIDUP dan kelanjutan dari penelitian
kita menentukan dan menetapkan pula bahawa adalah DIA itu terdiri dari
kumpulan Zat Zat Hidup. Itulah Diri kita yang bagi kita ( badan kita ) berdiri
dengan sendirinya.

Badan yang telah dipersenjatai dengan diri dan diri yang telah mengenal
badannya dan badan yang telah dapat pula mengenal dirinya yang sebenarnya
telah saling kenal mengenal satu sama lain sehingga sibadan telah menyayangi
dirinya dan sidiri telah mengasihi badannya.
Sibadan mulai sedar dan dapat mengetahui bahawa suatu kekeliruan besar
diperjalanan hidupnya yang sudah sudah yang telah dibawakannya, dikeranakan
salah pandangan dan salah tangkapan dalam memahami akan keadaannya.
Jalan yang diturutinya jalan hampa dan kosong sedangkan yang teramat penting
dan sangat amat berguna bagi kelanjutan perjalanan hidupnya disia-siakan dan
tidak pernah diikut-sertakannya dalam tindak tanduknya untuk tujuan atu
mendapatkan sesuatu.
Sidiri tadinya tidak diambil peduli oleh yang mengandungnya mengambil sikap
masa bodoh, walaupun dia langsung merasakan dan menderita dan merana oleh
perbuatan sibadan yang tidak mahu tahu didiri itu.
Dan setelah sibadan sedar dari kekeliruan pandangannya, maka setelah dapat
mengenal dan menemui dirinya dan setelah dia dapat mengetahui bahawa yang
dikandung dalam segala hal melebihi kesanggupannya dari yang mengandung.
Maka dengan sendirinya lahirlah pengakuannya pada diri sendiri dengan dalam
segala tindak laku perbuatannya dirinyalah yang dikemukakan.
Sidiri yang tadinya membisu disebab-keranakan tidak dipedulikan oleh sibadan
sebelum mencapai pengakuan dan penyerahan yang bulat dari sibadan, mulai
sedar dan bangun dan tahu sudah bahawa yang dikatakan badan itu adalah
kepunyaannya, teman hidup sejatinya, dunia akhirat dan sudah tentu tidak akan
membiarakan badannya sengsara, merana dan menderita.
Air yang setetes dari gunung setelah melalui masa jalan berliku akhirnya sampai
kemuara menjadi sungai dan akan mengharungi lautan lepas. Jalan yang
dilaluinya tadi jalan penuh berisi tiada hampa tiada kosong. Adalah yang
dinamakan sungai yang telah sampai kemuara itu ialah kumpulan tetesan air
dan berbagai-bagai tempat dan jurusan yang mempunyai satu tujuan yaitu laut
lepas.
Begitu pulalah laksananya diri kita yang terdiri dari kumpulan serba serbi zat dan
mealiri seluruh batang tubuh dan memberi daya hidup kepada kita. Jalannya
berisi, memberi nikmat, tidak dimurkai dan tidak pula sesat. Dia dikandung oleh
yang mengandung. Biasanya kerana yang dikandung ditanggung oleh yang
mengandung. Akan tetapi oleh kerana salah memahami akan isi dari kandungan
tersebut, maka yang mengandung yang bersalah, yang diisi dari kandungan
tersebut. Yang mengandung tidak mengetahui akan rahsia kandungannya
bahkan tidak pernah menjadi perhatiannya.
Pada kelahiran pertama kita menjadi anak dari yang melahirkan kita sampai
menjadi besar, dan pada kelahiran kedua kita sendiri seharusnnya melahirkan

kandungan kita, kerana yang dikandung dan yang mengandung adalah kita jua.
Hanya bezanya berlainan cara melahirkan. Kita dikandung ibu diperutnya,
kandungan kita pula rahsianya letaknya didada kita. Rahsia yang dimaksudkan
bukanlah rahsia badan tetapi rahsia diri yaitu pokok pangkal dari seluruh
jalannya kegiatan kehidupan sejak dari dalam sampai keluar atau sebaliknya dan
seterusnya dunia dan akhirat.
Pemecahan rahsia diri itu termasuk didalam bidang ilmu META-FIZIKA. Penemuan
akan diri sendiri memberi banyak kemungkinan yaitu dengan menggunakan
tenaga tenaga yang terkandung didalamnya yang dinamakan TENAGA GHAIB.
Oleh itu pelajarilah ia secara mendalam sehingga kita dapat mempergunakannya
dan mengambil faedah daripadanya. Tingkatan terus pengetahuan kita
mengenainya.
Adalah ilmu ini tidak sesulit yang diduga dan tidaklah semudah yang diharapkan.
Jauh tidak dekatpun tidak dari kita. Dia adalah ilmu sejati yang benar ilmu dunia
dan ilmu akhirat.
Yang sulit ialah jalan mendapatnya, untuk menemuinya. Renungkanlah dengan
apa yang ada padamu dan bagaimana caranya supaya mendapat jalan itu. Jalan
yang benar itu letaknya pada kamu sendiri. Yaitu didirimu bukan dibadanmu.
Dari itu cari dan temuilah dirimu lebih dahulu dan pelajari akan rahsianya.
Penemuanmu akan dirimu sendiri, pengalamanmu dengannya dan
pemecahanmu akan rahsianya dan penelitianmu yang saksama memungkinkan
kamu akan menemui jalannya.
Jalannya jalan terang bukan gelap. Sekiranya engkau telah menemui jalan itu
bererti pula kamu telah menembus alammu sendiri maka kamu harus berhatihati menurutkan jalan itu kerana sangat banyak makhluk yang berkeliaran dalam
kegelapan sedang mencari tempat untuk berlindung dan bernaung. Perjalanan
kita bagi mereka adalah seolah olah mereka melihat cahaya dari jauh maka
berduyun duyunlah mereka menuju cahaya itu.
Mereka yang telah dapat menemui dirinya akan dapat menemui tali tali Allah
dan jika diturutkan tali tali itu akan menemukan pula jalan jalannya jalan yang
lurus dan benar. Didirimulah adanya tali tali itu dan didirimulah ada jalan jalan
yang benar itu. Ingatlah kupasan kami tentang yang tergantung tiada bertali dan
bertali tiada tergantung. Jika jalan itu telah diperolihi maka tidaklah sulit lagi bagi
mendapatkan apa yang dididamkan.
Untuk mendapatkan jalan itu, kita Mesti Ada Kemahuan, kerana dimana ada
kemahuan disitu ada jalan. Dan jalan kita perdapat dan temui dalam keadaan
sedar. Jalan itu kita cari bukan dengan alam fikiran kita, melainkan dengan
tangan kita, sehingga kalau jalan itu telah ditemui maka kita dapat
merasakannya dan jalan itulah yang akan diturutkan dengan alam fikiran kita.
Dudukkan dirimu ditempatnya yaitu tempatnya di-KETENANGAN SETENANGNYA.

Begitupun pembawaan kita harus tenang dan usahakanlah supaya segala


sesuatunya itu diri kita yang berbuat.
Pengertian diri pada kita sebenarnya ialah kita sendiri, yaitu diri yang telah
diperkembang menjadi dan merupakan kita didalam. Dengan kejadian itu dalam
bilangan maka kita telah menjadi dua : satu diluar yang berbadan dan yang
kedua ialah didalam yang berdiri. Selagi kita masih hidup didunia kita tidak bolih
menceraikan badan dan diri. Diri dicukupkan dengan apa yang ada dibadan kita,
sehingga meliputi keseluruhannya.
Dari bilangan dua kita harus menuju kebilangan tiga. Yang ketiga ialah yang
berdiri diluar yang berbadan yang berdiri yang dinamakan saudara. Saudara kita
itu ada dalam tiada atau ghaib. Ia hanya dapat dihubungi dengan diri bukan
dengan badan. Penemuan kita dengan saudara kita itu menjadikan kita berbilang
tiga tetapi satu yaitu satu sebenarnya tiga hanya didalam bilangan. Maka adalah
menjadi kewajipan kita kalau mahu memperbanyakkan saudara kita lahir dan
batin. Maka timbullah si-4, si-5 dan seterusnya.
Ingatlah bahawa kekuatan kita letaknya didiri kita bukan dibadan kita. Untuk
menunjukkan kekuatan dirilah yang kita kemukakan yaitu diri yang telah berdiri
dan terdiri dari titik titik terang yang memancarkan cahaya atau Nur yang
datang dari NURULLAH. Bagaimana duduknya Nur itu didalam batang tubuh ita ?
Petunjuk Allah termaktub didalam Surah An-Nur : Ayat 35 yang bermaksud :Allah memberi Cahaya langit dan bumi. Umpama cahayanya kepada orang
beriman, seperti sebuah lubang didinding rumah, didalamnya pelita, pelita itu
didalam gelas / kaca. Gelas itu kelihatan laksana bintang yang berkilau kilau
dilangit. Pelita dinyalakan dengan minyak kayu yang berkat yaitu Minyak Zaitun
yang tidak tumbuh ditimur mahupun dibarat. Hampir hampir minyak itu
bercahaya dengan sendirinya, meskipun tidak disentuh api. Cahaya berdamping
cahaya. Allah menunjukki orang yang dikehendakkiNya kepada cahaya itu. Allah
menunjukkan beberapa perumpamaan bagi manusia dan Allah mengetahui tiap
tiap sesuatu.
Perumpamaan yang ditunjukkan Allah untuk kita melalui Ayat tadi ialah supaya
kita dapat mengetahui keadaan diri kita didalam, kalau dilihat dari luar. Rumah
adalah perumpamaan Allah bagi Badan kita. Dan adalah titik titik terang yang
disebutkan yang memancarkan cahaya itu ialah Titik dari Allah yang dinamakan
Zat yang berasal dari Zatullah. Bagi Zatullah tidak ada yang tidak ada pada Zat
Allah. Dialah yang menjadikan segala yang dijadikan dan Dialah yang
mendadakan segala yang diadakan.
Dan berbuatlah sebanyak-banyak mungkin dengan dirimu. Kamu sendiri tidak
akan lebih pintar dari Dirimu sendiri. Serahkan lah apa yang ada padamu
kepadanya untuk kebaikanmu sendiri dan supaya bebas dirimu bergerak berbuat
dan berlaku.

Dan kenalilah dirimu dalam ertikata sebenarnya, supaya dapat engkau


mengetahui dan mengakui bahawa memang ada kelebihan dirimu dari kamu
sendiri. Kamu yang berbadan berlainan dari dirimu yang telah berdiri. Badan dan
dirimu itu sebenarnya SATU. Ilmu pengetahuanku memecahkannya menjadi dua.
Dan kalau kita dapat mengetahui bahawa pada kita yaitu DIDIRI KITA dan anti
iblis, maka selain kita sendiri terlepas dari godaan setan iblis, kita akan dapat
pula menolong orang orang yang menderita atau yang telah terpedaya oleh
perbuatan setan iblis. Kita dapat membebaskannya dan membawanya kembali
kepada jalan yang benar atau kalau sakit mungkin kita dapat
menyembuhkannya.
Aku telah mengenal aku yang berbadan, aku telah mengenal diriku sendiri.
Dan dibawah ini aku turunkan ayat Tuhan seperti tercantum didalam Al-Quran
Surah As-Sddjah ( Sujud ) surat 32 juz 21 iaitu :Ayat 7 Dia MEMBAGUSKAN tiap tiap sesuatu yang dijadikannya dan dimulainya
menjadikan manusia dari tanah.
Ayat 8 Kemudian dijadikannya anak anak cucu manusia keturunannya
dari air yang kotor ( mani )
Ayat 9 Kemudian DISEMPURNAKAN kejadian manusia dan ditiupkan RUH kedalam
tubuhnya serta dianugerahinya pendengaran, pemandangan dan hati. Tetapi
sedikit diantara kamu yang berterimakasih kepadaNya.
Dan adalah Aku yang banyak mengandung rahsia berdiri tegak dibatas sebagai
penghubung antara luar dan dalam, sebagai saorang perajurit mempertahankan
benteng dari serangan dan kalau perlu menyerbu menghancurkan musuh,
sebagai seorang guru memimpin dan menunjukkan jalan kepada muridnya
sambil menabur ilmu pengetahuannya, dengan lampu ditangan memberi
penerangan kepada orang yang dalam kegelapan memberi dan menerima
sesuatu untuk sesuatu.
Dan terhadap Tuhan Yang Maha Esa dengan ilmunya yang kami amalkan, kami
sentiasa mengucapkan syukur dan terimakasih sedalam-dalamnya dan
menekurkan kepala yang satu sambil meminta ampun atas kesalahan kesalahan
yang disengaja dan tidak disengaja yang kami perdapat dan lakukan kerana
sebagai manusia kami tidak luput dari godaan godaan serta tipu daya setan dan
iblis yang berkeliaran dialam semesta ini Dengan badan diri kami serta apa yang
ada pada kami padaNya, kerana kami menganggap adalah badan diri kami ini
beserta apa yang ada pada kami menjadi kepunyaanNya jua.
Dan selanjutnya kami sentiasa memohonkan perlindungan dan petunjuk
petunjuk yang tak putus putusnya, guna kami jadikan amalan bagi kami yang
akan kami jalankan sampai hari akhir dan sambung bersambung turun temurun

hendaknya sampai keanak cucu kami.


Pengalamam hidup yang pahit mendorong kami mencari Tuhan yang disembah.
Pengalaman dalam perjalanan menuju kepadaNya meyakinkan kami akan
adanya Yang Ghaib ( dan ) akan adanya TALI TALI HALUS yang menghubungkan
antara satu dengan yang lain yang mempunyai daya kekuatan tarik menarik.
Pengalaman juga menunjukkan pada kami bahawa kami tidak berdiri sendiri
bahkan banyak sejenis kami berada disekeliling kami dimana-mana sahaja
dimana sahaja kami berada. Apa lagi setelah kami dapat menemui jalan yang
sebenarnya dan jalan itulah yang menjadi pegangan kami maka dengan
menurutkan jalan itu KEDALAM aku (kami ) temui DIRI SENDIRI dan
pengembaraanku dialam sendiri itu menunjukkan akan KEADAAN RUHANI ku dan
tahu pulalah aku apa yang telah aku perdapat dalam susunan kata kata
sesaorang yang diberikanya kepadaku sebagai hadiah yaitu TERGANTUNG TIADA
BERTALI DAN BERTALI TIADA TERGANTUNG TEGAK SEPERTI ALIF DUDUK SEPERTI
WAU
Dan dapat tahu pulalah aku apa yang sebenarnya tujuan kata perpatah RUMAH
NAMPAK JALAN TAK TENTU dan dengan menurutkan jalan itu dari dalam keluar
maka dapat tahulah aku bahawa aku telah MENEMBUS ALAM SENDIRI dan dapat
MENGEMBARA dialam maha luas lagi tidak bertepi itu. Aku telah dapat
menembus alamku sendiri dan telah juga dapat menembus dan memasukki
ALAM LAIN dan dapat pula mengembara dialam yang maha luas ini.
Pertemuanku dengan Allah SWT yang kusembah, aku tidak dapat banyak
menulisnya ( untuk pengetahuan sekalian pembaca ) kerana bertambah dekat
akau kepadaNya bertambah KECIL aku dan begitulah dihadiratNya aku sudah
TIDAK ADA. Keadaanku DALAM TIADA. Dia mengetahui yang tidak diketahui
orang.
Dalam perjalanan pulang kembali yaitu daripada ( kedudukan ) DARI TIADA
kepada ADA aku dapat menemui ANAK KUNCI DARI SEGALA KUNCI itu. Kunci
pembuka dan penutup dan dengan anak kunci ditangan aku mengembara dan
menjelajah dan begitulah berkat TALI PUSAT itu aku kembali dari TIADA kepada
ADA. Dan begitulah adanya keadaanku.
Dan dengan anak kunci ditanganku yang terpancar ( aku ) bertemu dengan YANG
MEMANCARKAN dan bertemu pula dengan INDUK PANCAR. Begitulah pula aku
yang ditiupkan kedalam suatu wadah yang telah lengkap untukku mealiri seluruh
apa yang ada padaku menurut saluran tertentu yang aku namakan batang
tubuhku, sempurnalah kejadian aku menjadi manusia.
Aku sekarang telah dewasa telah banyak pengalaman dan telah mengembara
kian kemari bahkan sampai sekarang aku tetap mengembara telah
memancarkan pula dan telah mealirkan pula aliranku dan telah menurunkankan
keturunanku. Anak anakku terdiri dari anak yang terbaik dari pancaranku dan

anak yang menerima dan mendapat aliran dariku.


Aku yang tadinya mencariNYA dengan tujuan meminta keadilan sambil
membentangkan segala peristiwa yang telah kualami diSANA diHADIRATNYA
berasa malu pada diriku sendiri. Tidak ada kata yang dapat kukatakan tidak ada
suara yang dapat kusuarakan tak ada gerak yang dapat kugerakkan. Aku tak
berdaya, segala apa yang ada padaku sudah tidak ada lagi.
LA HAULAWALA QUWATTAILLA BILLAHHIRRAZIM
Aku kembali sebagai seorang islam dengan membaca dua kalimah syahadah
sebanyak mungkin dimana (sahaja ) aku berada sehingga (ianya ) telah menjadi
pakaianku.
ALIF LAM MIN ADALAH KUNCI
Diwaktu aku membaca Al-Quran pandanganku tertuju kepada Surah Al-Baqarah
ayat pertama yaitu Alif Lam Min . Melihat dan memperhatikan akan bentuk dan
rupa Alif Lam Min itu aku teringat akan ANAK KUNCI yang ku perdapat dalam
pengembaraan aku dahulu. Aku pegang kembali anak kunci itu dan aku
perhatikan dan aku terus perhatikan, maka dapatlah aku mengetahui bahawa
amat banyak kemungkinan kemungkinan yang dapat kuperbuat dan lakukan
dengannya ( anak kunci itu - pen ) Tak salah rasanya Ahli Tafsir mengatakan
Hanya Allah Yang Tahu maksudnya Ayat ini mengandungi RAHSIA Rahsia
Ghaib.
Jalan yang kutempoh jalan TERANG, jalan yang MEMANCARKAN CAHAYA, jalan
menembus gelap, jalan hidup menembus barang mati. Begitulah perjalananku
dari GELAP kepada TERANG, dari TERANG kepada GELAP dari HIDUP kepada MATI
dan dari MATI kepada HIDUP.
Untuk ini telah kutemui pula Ayat Ayat Allah didalam Al-Quran :
( sila rujuk Al-Quran untuk ayat ayat asal penyalin )
a. Surah Ayat ( yang bermaksud ) :
Memasukkan MALAM kepada SIANG SIANG kepada MALAM mendatangkan
YANG HIDUP dari YANG MATI dan YANG MATI dari YANG HIDUP . REZEKI yang
TIDAK TERHITUNG BANYAKNYA yang diberikan bagi Yang DikehendakkiNYA.
Kiranya JALAN TERANG yang aku tempuh ini samalah hendaknya dengan apa
yang termaktub dalam :
b. Surah FATIHAH ( yang bermaksud ) :
Yaitu jalan orang orang yang telah Engkau BERI NIKMAT bagi mereka YANG TIDAK
DIMURKAI dan TIDAK PULA SESAT.

Dan TALI TALI HALUS yang telah kutemui itu semuga ianya merupakan tali yang
sebenarnya TALI hendaknya yaitu TALI TALI ALLAH seperti termaktub didalam
Ayat Al-Quran yang bermaksud :c. BERPEGANG TEGUHlah engkau pada TALI TALI ALLAH dan janganlah bercerai
berai.
Dan ZAT SERBA ZAT yang telah dapat kutemui itu hendaknya ( ialah ) Zat Yang
Sebenarnya yaitu ZATTULLAH . Dan CAHAYA yang telah dapat kutemui itu ialah
NURULLAH.
1Pertemuanku = yang dijadikan dengan DIA = Yang Menjadikan telah kukatakan
aku sekarang menyatakan bahawa :AKU TELAH PERGI SEBELUM DIJEMPUT dan AKU TELAH KEMBALI dari SANA.
Dan dapat PENGAKUANlah hendaknya aku yang telah berjalan kepada
KESEMPURNAAN , yang telah dapat MENGHIDUPKAN YANG MATI dan MEMATIKAN
YANG HIDUP dengan JALAN ( yakni ) MEMASUKKAN
MALAM KEPADA SIANG dan MEMASUKKAN SIANG kepada MALAM,
MENDATANGKAN YANG HIDUP dari YANG MATI dan YANG MATI dari YANG HIDUP
dan dengannya ( aku ) dapat menemui barang yang hilang, yang telah dapat
mempertemukan ruas dan buku, membalikkan sirih kegagangnya, memulangkan
pinang ketampuknya dan seterusnya menyelesaikan yang kusut dan
menjernihkan yang keruh.
Tidak ada yang sempurna diantara kita ini, ( sebagai manusia ) dan diantara
makhluk. Yang Sempurna itu hanyalah ALLAH. Dari itu jalan yang sebik-baiknya
menuju kepada KESEMPURNAAN ialah JALAN KEPADA TUHAN. Kiranya Allah
membenarkan segala tindaklaku dan menerima dan menjadikan seluruh
amalanku menjadi apa yang dinamakan sebagai ;AMAL SOLEH.
BAB 21
PENGAKUANKU
BUKA MEMBUKA
Yang Terbuka = PINTU
Yang Dibukakan = PINTU
Yang Membuka = AKU
Kalau engkau termasuk gulungan YANG TERBUKA, maka segala PINTU akan
terbuka terus bagimu. Kalau engkau golongan YANG DIBUKAKAN maka untuk

keluar engkau harus ditunjukkan JALAN dengan dibimbing. Kalau engkau


termasuk golongan YANG MEMBUKA maka adalah kewajipanmu MEMBIMBING
dan MENUNJUKKAN bagi orang yang engkau buka itu.
Saya yang tadinya menurut pngetahuanku telah TERBUKA SENDIRI, berjalan
keluar sebagai saorang pengembara.
Aku berjalan semenjak pintu telah terbuka , berjalan saorang diri dengan
mengorbankan apa yang ada padaku. Bertahun-tahun sudah aku berjalan dan
banyaklah pengalaman pengalamam yang aku perdapat. Aku berjalan dan terus
berjalan.
Dalam perjalananku aku MENEMUI ANAK KUNCI dan dengan anak kunci itu aku
telah dapat membuka dan memasukki dan telah banyak yang telah aku bukakan.
Amat sayang mereka tidak mengerti dan tidak banyak tahu dan amat sedikit
pula diantara mereka itu yang berterimakasih padaku
Saudara pembaca yang di-Rahmati Allah.

Fakir dengan Kudrat & IradatNYa , Alhamdulillah telah selesai menyalin seluruh isi
kandungan manuskrip Dr Bagindo Muchtar melainkan bahagian sajak sajaknya
sahaja. ( berdasarkan manuskrip yang ada ditangan Fakir )
Adalah diharapkan manuskrip ini dapat membantu saudara sedikit sebanyak.
Fakir juga mohon berbanyak maaf kepada mana mana pihak yang beranggapan
bahawa manuskrip ini tidak sepatutnya didedahkan kepada umum. Maaf kerana
Fakir berpendapat sebaliknya, kerana bagi Fakir segala Ilmu adalah milik Allah.
Apatah lagi ilmu seperti karangan Allahyarham Bapak Muchtar ini yang pada
Fakir merupakan SATU MUTIARA yang tiada tolok banding nilainya.
Fakir melihat dengan mata kepala Fakir sendiri keajaiban setidak-tidaknya
saoarang anak muda yang membaca dan terus mengamalkan cara cara yang
ditunjuk oleh Bapak Muchtar ini. Itulah satu satunya manusia yang dalam
pengetahuan Fakir yang telah bertemu dengan Dirinya sendiri dan "berjalan"
entah kemana seperti yang diceritakan Bapak Muchtar.
Pada perkiraan Fakir ramai lagi diluar sana khasnya anak anak murid Bapak
Bagindo Muchtar yang telah menemui Diri masing masing dan juga mereka
mereka yang telah TERBUKA atau DIBUKA olah para murid murid Bapak Muchtar.
Sesungguhnya mereka mereka merupakan orang orang yang bertuah menerima
Anugerah Allah bertahap tinggi dan mulia.
Salam Takzim dari Al-Fakir Abdillah Abdullah Al-Gemasi
Semuga Allah menemukan kita semula dilain masa dan dilain kesempatan pula.

Anda mungkin juga menyukai