Anda di halaman 1dari 2

TERAPI BIMBINGAN PEMULIHAN

Terapi bimbingan pemulihan ialah satu integrasi strategi bimbingan dan kaunseling dengan
aktiviti bilik darjah. Tujuan utama terapi pemulihan ialah untuk menggunakan teknik teknik
bimbingan dan kaunseling untuk membantu murid murid yang mempunyai masalah dalam
proses pendidikan dan akan memberi fokus kepada kekurangan atau masalah yang dapat
dikenal pasti dari semasa ke semasa. Langkah mengatasi dijalankan dengan harapan murid
mengubah perlakuan untuk mengelakkan berlaku peristiwa krisis. Misalnya murid ponteng
sekolah, merokok, melawan guru atau berkelahi. Mereka dikumpulkan untuk mengikuti sesi
kaunseling kelompok atau menghadiri kaunseling individu. Tujuan sampingannya ialah untuk
mengurangkan masalah pendidikan antara murid murid dan sekolah.
Pemulihan adalah satu proses yang diapplikasikan selepas penemuan masalah yang
bertujuan untuk mendorong modifikasikan tingkah laku yang bermasalah. Terapi ini bergantung
kepada diagnosis lengkap dan kajian terhadap individu dan masalahnya, diikuti dengan
membuat keputusan apakah bentuk kejadian yang dapat memperkukuhkan tingkah laku yang
dikehendaki dan memansuhkan tingkah laku yang tidak dikehendaki. Murid-murid yang tidak
boleh berfungsi semasa berada dalam keadaan sekolah yang normal boleh dibantu untuk
memodifikasikan tingkah lakunya melalui penggunaan teknik-teknik tertentu supaya dapat
kembali ke bilik darjah normal.
Pemulihan adalah menyediakan perkhidmatan kepada murid-murid yang menghadapi
masalah yang spesifik. Rekabentuk program pemulihan memfokuskan cara menggalakkan
murid-murid

membuat pilihan yang sihat dan bersesuaian

menggunakan strategi yang berkesan.


pendidikan

pemulihan

terhadap

mendemonstrasikan kemahiran

serta berkebolehan untuk

Guru pembimbing menggunakan


murid-murid

yang

belum

pendekatan

berkembang

atau

membuat pilihan yang sihat dan untuk mereka yang

memerlukan bantuan dalam menangani situasi yang sukar.


Terdapat beberapa sokongan pendidikan oleh ahli ahlu kaunselor dalam proses terapi
pemulihan di antaranya ialah merancang aktiviti aktiviti kelab, menstrukturkan trancangan
pengajaran untuk meningkatkan pencapaian murid dan pengajaran pemulihan. Pengajaran
pemulihan biasa digunakan dalam bimbingan ini dan ia merupakan satu jenis pengajaran yang
berbeza daripada pengajaran biasa dari perspektif perspektif seperti tugasan tugasan
kendiri, penggunaan masa individu dan sesi sesi bimbingan dan kaunseling dan juga sebelum
seorang murid dinilai sebagai mempunyai pencapaian akademik yang rendah, dia mesti

dibberikan peluang untuk melibatkan diri dalam pengajran pemulihan. Pengajran pemulihan
boleh dijalankan sama ada dalam masa sisitem persekolahn ataupun di luar masa
persekolahan.
Aspek aspek penting yang lain yang diliputi dalam proses terapi [pemulihan ialah
membekalkan kemahiran belajar, menyiasat dan menyemak kehadiran murid murid ke
sekolah, meningkatkan ilmu kendiri, membincang kemungkinan untuk pendidikan masa depan
dan membincangkan profesion, kerjaya dan kehidupan bekerja. Dalam membimbing murid
murid yang lemah dalam bidang akademik, kaunselor mesti mengambil inisiatif untuk
bekerjasama dengan doktor, ibi bapa atau pakar pakar pendidikan yang dapat menyumbang
kepada penyelesaian spesifik yang dihadapi oleh murid murid sekolah.

Anda mungkin juga menyukai