Anda di halaman 1dari 5

PENCAPAIAN LEE CHONG WEI 2012

Perlawanan Terbuka Korea 2012


Lee Chong Wei memulakan tahun 2012 dengan cemerlang di Terbuka Korea, apabila beliau menebus
kekalahannya kepada Lin Dan dengan menumpaskan jaguh China itu dalam tiga set. Seminggu kemudian,
beliau meneruskan aksi cemerlang dengan menjulang kejuaraan Terbuka Malaysia yang kelapan dalam
kerjayanya, setelah menumpaskan Kenichi Tago dari Jepun di pusingan akhir dalam 37 minit.
Terbuka Seluruh England 2012 ( ALL ENGLAND)
Pada bulan Mac, Chong Wei kecundang dalam Terbuka Seluruh England dengan terpaksa menarik diri kerana
kecederaan dalam pusingan kedua setelah dirawat tiga kali, sekaligus meranapkan harapan Lee untuk
menjadi pemain lelaki pertama dalam era terbuka untuk merangkul kejuaraan Terbuka Seluruh England tiga
kali berturut-turut. Pada bulan April, beliau dikejutkan pula oleh peman Korea Selatan, Shon Wan-ho di
perlawanan akhir Terbuka India, tetapi berjaya mempertahankan gelaran Grand Prix Emas Terbuka Malaysia
buat kali keempat berturut-turut pada bulan Mei.
Piala Thomas 2012
Chong Wei terpaksa berehat selama tiga hinggan empat minggu setelah cedera di buku limanya dalam
perlawanan Kumpulan C Piala Thomas melawan Denmark. Pada bulan Jun, setelah mengungguli selama 199
minggu tanpa henti sejak 14 Ogos 2008, Chong Wei akhirnya jatuh dari tangga nombor satu dalam
kedudukan pemain perseorangan lelaki terbaik BWF.
Olimpik London 2012
Pada 27 Julai yang lalu telah berlangsungnya Olimpik 2012 di kota London. Malaysia mensasarkan Lee Chong
Wei untuk merangkul pingat emas yang pertama. Walaubagaimanapun Chong Wei sudah begitu hampir
untuk melakar sejarah di Olimpik apabila terpaksa tewas di tangan musuh tradisinya yang merupakan juara
no.1 dunia iaitu Lin Dan dari negara Tembok Besar, China.
Chong Wei hanya mampu menghadiahkan pingat perak buat Malaysia dan merupakan pingat pertama
manakala Lin Dan begitu bangga dapat mempertahankan pingat emas yang pernah dimenanginya pada
Olimpik 2008.
Di dalam perlawanan tersebut Lin Dan telah memberikan saingan yang sangat sengit walaupun pada set
pertama retak permaianan Chong Wei agak tenang. Lin Dan bangkit dan bertindak agresif pada set kedua
dan ketiga.Chong Wei menunjukkan kesungguhannya untuk mendapatkan emas buat Malaysia namum
pingat tersebut tidak berpihak kepada kita.

6 atlet cemerlang IPT terima insentif


SITI FATIMAH MUHAMMAD ALI

15 Februari 2013

Atlet negara (dari kiri) Siow Yi Ting, Kooh Cai Li, Syafiq Ridhwan, Bryan dan Nuzul Azwan menerima ganjaran
berupa Insentif Kecermerlangan Sukan malam tadi.

ENAM atlet cemerlang Institut Pengajian Tinggi (IPT) negara menerima insentif Kementerian
Pengajian Tinggi pada Majlis Anugerah Cemerlang Sukan 2012 malam tadi.
Atlet tenpin boling negara, Syafiq Ridhwan Abdul Malek menerima insentif yang paling tinggi
iaitu RM10,000 setelah membawa pingat emas dalam Kejohanan Boling Piala Dunia Qubica
AMF 2012.
Kejayaan meraih pingat gangsa dalam Kejohanan Piala Duna FINA 2012 dalam acara terjun
meletakkan Bryan Nickson Lomas meraih RM8,000.
Dua atlet renang Khoo Cai Lin dan Siow Yi Ting serta Mohamad Nuzul Azwan Ahmad Temizi
(Petanque) masing-masing menerima RM5,000 atas kejayaan membawa pulang pingat
dalam kejohanan yang disertai.
Acara renang terus mendominasi senarai penerima atlet cemerlang apabila Kevin Yeap Soon
Choy menerima RM4,300 ekoran kejayaan menggondol tiga pingat emas dalam Sukan
Universiti Asean tahun lalu.
Pada majlis yang sama, atlet olahraga negara, Roslinda Samsu turut menerima anugerah
khas yang disampaikan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Khaled berkata, "anugerah yang diadakan bukan meraikan kejayaan serta kecemerlangan
tapi sebenarnya untuk mengiktiraf peranan dan sumbangan semua penggiat sukan IPT
dalam negara secara keseluruhannya."

Pihaknya juga berharap dengan adanya majlis seperti ini dapat membakar semangat, sekali
gus meningkatkan motivasi penggiat sukan tanah air untuk terus memberi sumbangan
kepada pembagunan dan kecemerlangan sukan IPT.
Berikut senarai penerima insentif:
Syafiq Ridhwan Abdul Malek
Sukan Tenpin Boling
Universiti Putra Malaysia
Pingat emas Kejohanan Boling Piala Dunia Qubica AMF 2012
Bryan Nickson Lomas
Sukan Terjun
Universiti Malaya
Pingat gangsa Kejohanan Piala Dunia FINA 2012
Mohamad Nuzul Azwan Ahmad Temizi
Sukan Petanque
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Pingat gangsa Kejohanan Petanque Piala Dunia 2012
Khoo Cai Lin
Sukan Renang
Universiti Taylor's
Lima pingat emas Sukan Universiti Asean 2012
Siow Yi Ting
Sukan Renang
Kolej Komuniti Kuala Langat
Lima pingat emas Sukan Universiti Asean 2012
Kevin Yeap Soon Choy
Sukan Renang
Universiti Putra Malaysia
Tiga pingat emas Sukan Universiti Asean 2012

Azizulhasni Awang
Mohammad Azizul Hasni bin Awang (lahir 5 Januari 1988) adalah seorang pelumba basikal trek
profesional Malaysia. Azizul Hasni terkenal selepas memenangi kejuaraan lumba basikal dunia di
Melbourne Australia pada Januari 2009 serta pingat emas acara keirin dan pecut 200m Kejohanan Trek
Asia pada April 2008. Dia adalah pembawa bendera untuk pasukan kebangsaan Malaysia di Sukan
Olimpik Beijing 2008. Dia disebut Azizul the pocketrocketman kerana tubuh badannya yang kecil. Azizul
Hasni merupakan pelumba yang kini menduduki Ranking Pertama di Dunia bagi acara Keirin.
Selain kejayaannya, Azizul juga terkenal kerana menunjukkan sikap tidak mengaku kalah apabila
meneruskan kayuhan meskipun betisnya tertusuk serpihan kayu sepanjang 20sm ketika bertanding acara
keirin pada Siri Piala Dunia Klasik UCI (International Cycle Union) di Manchester, England pada Februari
2011. Beliau berjaya menamatkan perlumbaan itu di tempat ketiga. [2]

Nicol David
Nicol David Juara World Series Squash Final 2012
Satu lagi berita gembira hari ini melengkapkan kemenangan Datuk Lee Chong
Wei keatas Lin Dan semalam. Nicole David telah berjaya
memenangi kejuaraaan ATCO World Series Squash Final 2012 di Queen Club,
London dengan menewaskan Medeline Perry dari Ireland didalam permainan 3 set
selama 41 minit. 11-9, 11-9, 11-9, cun je nombor tu kan...tetapi itulah keputusan rasmi
bagi Nicole David didalam kejuaraan World Series tersebut. Kejayaan Nicole seakan
sudah dijangka, ianya sesuatu yang hebat untuk sukan Malaysia pada permulaan tahun
2012 ini.