Anda di halaman 1dari 2

Selesai proses pengajaran dan pembelajaran pada hari ini.

Saya bersyukur ke hadrat ilahi


kerana dengan limpah dan kurnianya dapat saya melaksanakan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran dengan baik dan jayanya. Aktiviti pengajaran pada hari ini ialah bidang
menggambar dalam Pendidikan Seni Visual iaitu aktiviti menghasilkan catan bunga
menggunakan media kopi sebagai pengganti kepada cat air dengan menggunakan teknik
basah atas kering bertemakan alam semulajadi yang bertajuk bunga yang indah.
Permulaan proses pengajaran dan pembelajaran dimulakan dengan set induksi di mana
saya mengaplikasikan penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam pengajaran
dan pembelajaran saya dengan menggunakan paparan video tentang cara menghasilkan
kopi secara ringkas kepada murid. Kaedah ini merupakan salah satu kaedah yang menarik
kerana murid lebih mudah untuk memahami situasi sebenar yang cuba disampaikan oleh
guru berbanding dengan cara penerangan. Dalam proses set induksi ini saya amat berpuas
hati kerana penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran sangat
membantu. Kawalan kelas pada ketika itu berada dalam keadaan yang baik kerana murid
banyak memberikan perhatian kepada video yang ditanyangkan. Selain itu, proses
soaljawab guru dengan murid juga menunjukkan penglibatan murid seara positif iaitu
majoriti murid memberikan tindak balas semasa proses soaljawab dilakukan.
Pada peringkat aplikasi seni iaitu peringkat langkah satu, pendedahan tentang gambaran
karya catan kopi ini diberikan kepada murid agar mereka memahami konsep dan cara
penghasilan karya catan kopi ini dengan baik. Murid juga ditunjukkan dengan gambar karya
catan kopi yang telah siap dihasilkan oleh guru sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran,
murid juga didedahkan dengan sejarah dan budaya catan secara ringkas. Berdasarkan
pemerhatian saya, saya mendapati bahawa murid kurang berminat dengan ilmu yang
berkaitan dengan sejarah dan ini menyedarkan saya agar saya mencuba untuk mencari
cara terbaik agar murid-murid berminat dengan sejarah tidak kira samada sejarah Malaysia
mahupun sejarah catan seni visual.

Seterusnya, peringkat Ekspresi Kreatif iaitu saya menggunakan pendekatan demonstrasi.


Teknik ini memang sesuai untuk diaplikasikan di dalam kelas kerana murid akan lebih
mudah untuk faham dan dapat melaksanakan aktiviti dengan cara yang betul hasil daripada
demonstrasi yang ditunjukkan oleh guru. Pada awal untuk mendemonstrasi cara mewarna
menggunakan kopi di dalam kelas murid-murid berada dalam keadaan yang kurang
terkawal dan ini akan menganggu aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, saya cuba
menarik perhatian murid dengan menggunakan teknik Silent Please agar mereka kembali
memberikan fokus kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Berdasarkan apa yang

saya laksanakan saya berasa yakin bahawa semua murid faham dengan apa yang saya
sampaikan. Namun begitu setelah melaksanakan aktiviti tersebut saya mendapati bahawa
masih ada murid yang tidak memberikan perhatian semasa sesi demonstrasi dijalankan.
Beberapa orang murid ini merupakan di antara murid yang lemah di dalam kelas dan ini
menyebabkan mereka tidak dapat bersama-sama murid lain untuk menghasilkan karya
catan kopi selaras dengan murid-murid lain. Cara mereka melaksanakan aktiviti di dalam
kelas juga mengambil masa yang agak lama berbanding murid-murid yang lain.
Berdasarkan kepada pelaksanaan penutup pula, saya menggunakan kaedah iaitu beberapa
orang murid dipilih untuk ke hadapan kelas dan mereka adalah sebagai wakil untuk
membuat apresiasi terhadap karya catan kopi yang dihasilkan. Murid yang dipilih ini
merupakan murid yang memberikan komitmen baik di dalam kelas. Selain itu, saya juga
membuat satu pameran di dalam kelas dan beberapa orang murid akan dipilih berdasarkan
karya mereka yang terbaik akan dipamerkan di hadapan kelas. Pada bahagian penutup ini
tidak terdapat banyak masalah dan kelihatan murid-murid ceria dan gembira melaksanakan
aktiviti pada hari ini.

Saya dapat mengenalpasti beberapa kelemahan yang wujud sepanjang proses pengajaran
dan pembelajaran saya pada hari ini dan penambahbaikan perlu dilakukan. Antara
penambahbaikan yang boleh dibuat adalah saya pada masa akan datang seharusnya
mengenalpasti latar belakang murid sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran agar aktiviti
yang sesuai boleh dirangka untuk murid yang lemah di dalam kelas. Seterusnya,
berdasarkan kepada pemerhatian saya iaitu murid kurang berminat dengan ilmu yang
berkaitan dengan sejarah dan ini dapat dilihat daripada aspek riak muka murid dan juga
kelakuan mereka semasa penerangan tentang sejarah dilakukan. Penambahbaikan yang
sesuai bagi saya untuk proses pengajaran dan pembelajaran seterusnya ialah saya perlu
mengubah cara penyampaian ilmu tentang sejarah agar menjadi lebih menarik antaranya
ialah dengan menjadikan sejarah sebagai satu cerita yang menarik dan juga peta i-think
juga boleh diaplikasikan bagi membantu proses penerangan tentang sejarah ini agar
pembelajaran menjadi lebih menarik dan menyeronokkan.

Anda mungkin juga menyukai