Anda di halaman 1dari 1

TANGISAN SEBATANG SUNGAI

Suatu ketika dahulu,


Aku mengalir laju,
Bermula dari hulu,
Menyusuri liku dan tebing,
Hingga muara.
Suatu ketika dahulu,
Akulah nadi,
Kepada para perani,
Yang membanting tulang,
Mengerjakan sawah dan ladang.
Di dalam perutku ini,
Tersimpan rezeki,
Yang mampu menampung,
Kehidupan sang nelayan.
Kini,
Aku mengalir lesu,
Meniti lewat usiaku,
Melihat angkara manusia,
Pencemaran tiada kesudahan,
Mencipta kemusnahan.
Oh, tiada juga kutangisi!
Nasib malang diriku ini,
Andai manusia tidak menghargai,
Anugerah berharga,
Daripada ilahi.

TANGISAN SEBATANG SUNGAI


Suatu ketika dahulu,
Aku mengalir laju,
Bermula dari hulu,
Menyusuri liku dan tebing,
Hingga muara.
Suatu ketika dahulu,
Akulah nadi,
Kepada para perani,
Yang membanting tulang,
Mengerjakan sawah dan ladang.
Di dalam perutku ini,
Tersimpan rezeki,
Yang mampu menampung,
Kehidupan sang nelayan.
Kini,
Aku mengalir lesu,
Meniti lewat usiaku,
Melihat angkara manusia,
Pencemaran tiada kesudahan,
Mencipta kemusnahan.
Oh, tiada juga kutangisi!
Nasib malang diriku ini,
Andai manusia tidak menghargai,
Anugerah berharga,
Daripada ilahi.