Anda di halaman 1dari 5

CARA MENGATASI PERTEMBUNGAN BUDAYA ISLAM DAN BARAT

Pada era peningkatan globalisasi ini, terdapat pelbagai perubahan dan kemajuan yang berlaku didalam
sesebuah negara sama ada kita sedari perubahan itu berlaku atau tidak. Kemajuan globalisasi ini, dapat dilihat dari
segi kemajuan ekonomi, pendidikan, teknologi, budaya dan sebagainya. Oleh sebab kemajuan yang berlaku ini amat
ketara dan memberi impak kepada dunia, masyarakat, diri sendiri dan pelbagai pihak lain. Disamping itu, sebagai
umat Islam sewajarnya menangani perubahan yang dibawa oleh budaya lain agar tidak bercanggah dari ajaran islam
yang dibawa terlebih dahulu.
Oleh kerana perubahan dan kemajuan yang berlaku ini, ibubapa perlulah memainkan peranan penting untuk
mengawasi anak-anak mereka dari terdedah dengan perubahan tersebut. Perubahan yang ketara , yang sering
menjadi ikutan para remaja seperti perubahan dari segi budaya, gaya hidup dan sebagainya. Perubahan budaya yang
dapat dilihat seperti pemakaian anak-anak kita pada hari ini tidak lagi mengikut syariat Islam. Remaja pada hari ini
lebih mengikut perubahan fesyen yang dibawa oleh budaya luar. Oleh itu, ibubapa berperanan untuk menangani
permasalahan ini, dengan menerapkan nilai-nilai murni yang sepatutnya diberikan kepada anak-anak mereka. dan
ajaran yang dipegang agar menjadi panduan kepada anak mereka.
Di samping itu, Perubahan dan kemajuan dari segi bidang teknologi yang pada masa kini menjadi media
penting untuk mendapatkan maklumat secara mudah. Kita dapat melihat, orang ramai menggunakan pelbagai media
komunikasi atau gajet untuk kemudahan dan kepentingan mereka. Alat-alat komunikasi ini boleh berhubungan
dengan pelbagai rantaian maklumat seperti internet dan media sosial yang lain. Internet yang menjadi pengantara
untuk mendapat maklumat secara terperinci dengan hanya mengakses apa yang ingin dicari dan maklumat tersebut
akan dipaparkan diskrin yang menunjukkan pelbagai maklumat samada baik atau buruk. Oleh kemajuan yang
berlaku, dunia pada hari ini hanya di hujung jari sahaja. Disamping kesenangan yang dikecapi pada masa kini,
pengguna perlulah tahu menilai dari segi maklumat yang diterima dari sumber yang benar atau tidaak dan pihak
yang berwajib perlulah memainkan peranan penting dalam menapis segala maklumat yang diterima oleh media yang
datangnya dari Negara luar agar maklumat yang diterima tidak dimenyesatkan para pengguna, dan menapis segala
bahan seperti gambar-gambar, video dan sebagainya yang bertentangan dengan agama haruslah dimansuhkan, agar
perkara tersebut tidak menjadi kegilaan kepada anak-anak muda pada masa kini.
Selain itu, kemajuan dari segi pendidikan. Kita dapat lihat peningkatan yang sangat ketara dari segi
pendidikan. Pada mulanya, pendidikan hanya menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar dimanamana pusat pendidikan seperti sekolah rendah, menengah dan institusi pendidikan. . Kita dapat lihat perkembangan
dari segi pendidikan. Pengembangan globalisasi juga akan meminggirkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.
Disamping itu, para pelajar mudah mendapat maklumat melalui internet. Maklumat yang disebarkan melalui media
internet sebahagian besarnya menggunakan bahasa Inggeris. Pengembangan Bahasa inggeris ini, banyak digunakan
oleh istitusi pendidikan IPTA atau IPTS. Oleh itu, sebagai manusia perlu mementingkan Bahasa melayu sebagai
Bahasa ibunda dalam kehidupan agar Bahasa tersebut tidak ketinggalan oleh peningkatan dunia. Bahasa melayu ini,
mudah untuk digunakan dan mudah untuk difahami. Oleh peningkatan kemajuan dari segi pendidikan ini, tempat

pendidikan juga telah mendedahkan penggunaan dari segi Bahasa inggeris sebagai bahasa pengantara. Ini menjadi
faktor yang menyumbang kepada pertembungan budaya islam dan barat. Bahasa melayu juga telah menjadi Bahasa
kedua. Oleh itu, pihak berkaitan dengan pengurusan pusat pendidikan perlulah sering menggunakan Bahasa melayu
ini, sebagai Bahasa ibunda dan penghantaran agar pelajar-pelajar tahu akan kepentingan Bahasa tersebut dalam
kehidupan.
Peningkatan budaya dan kemajuan pada masa kini, terlalu pantas berlaku sama ada kita sedar atau tidak perubahan
tersebut berlaku. Oleh itu, pihak-pihak yang terlibat sewajarnya memainkan peranan penting untuk membantu dan
membimbing anak-anak muda pada masa kini, agar tidak terus tenggelam oleh kemajuan semasa. Pihak berkaitan
perlulah berperanan untuk menangani segala isu yang bertentangan dengan aspek-aspek peningkatan agar segala
yang dibawa masuk tidak bertentangan dengan syariat atau budaya islam yang dibawa dan menjadi panduan kepada
umat islam pada masa terdahulu.

KESAN PERKEMBANGAN TERHADAP GLOBALISASI


Globalisasi mempunyai pelbagai tanggapan, bergantung pada bidang yang dilibati dan ditanggapi seseorang seperti
politik, ekonomi, budaya, perdagangan, komunikasi dan seni.Globalisasi juga membawa maksud fenomena yang
menjadikan dunia kelihatan mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan kepantasan perkembangan
teknologi maklumat. Manusia mudah mendapat maklumat dan sukar menapis unsur negatif yang meresap dalam hati
dan minda.Beberapa istilah seperti dunia tanpa sempadan dan langit terbuka menjadikan seperti perdagangan,
pengembangan kuasa politik dan ekonomi ke arah pengembangan peradaban. Ia kelihatan mempunyai agenda
tersendiri bagi kuasa Barat.Globalisasi merujuk kepada satu cara hidup dunia tanpa sempadan dan saling berkaitan
antara satu sama lain. Walaupun secara umumnya globalisasi itu lebih memberi Kesan perkembangan terhadap
globalisasi , yang dapat dilihat dari segi budaya, pendidikan ekonomi dan sebagainya.
Dari segi pendidikan kesan perkembangan terhadap globalisasi dapat dilihat dengan peningkatan pada abad ke 21,
perkembangan mendadak keatas teknologi maklumat telah menjadi pemangkin utama bagi proses pengglobalisasian
dunia.. Hal ini kerana kesan globalisasi juga akan meminggirkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Disamping
itu, para pelajar mudah mendapat maklumat melalui internet. Maklumat yang disebarkan melalui media internet
sebahagian besarnya menggunakan bahasa Inggeris.
Disamping itu, terdapat cawangan universiti luar akan terus menjadikan bahasa Inggeris sebagai pengantara
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contoh yang dapat dilihat, banyak IPTS atau IPTA yang telah
menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Hal sebegini akan meminggirkan bahasa Melayu sebagai
Bahasa ibunda atau Bahasa penghantaraan ilmu walaupun sudah terbukti bahawa bahasa Melayu mampu menjadi
bahasa ilmu dalam semua bidang. Jika hal ini berlaku, bahasa Melayu akan menjadi bahasa kedua dalam kehidupan
masyarakat Malaysia dan usaha ke arah pembinaan bangsa Malaysia berdasarkan bahasa Melayu akan terbantut.

Disamping itu, kita boleh lihat kesan terhadap globalisasi seperti budaya. Untuk menghadapinya, para
ibabapa seharusnya menyediakan kekuatan jati diri dan akhlak kepada anak-anak mereka. Anak-anak sangat mudah
terpengaruh dengan pelbagai budaya hedonisme iaitu mementingkan keseronokan dan hiburan semata-mata.
Pengaruh nyanyian, budaya berpakaian, makanan dan juga percakapan sangat pantas masuk.Pendek kata, proses
globalisasi yang dikehendaki adalah mengikut acuan kita sendiri dan berlaku mengikut kehendak kita. Keterbukaan
ekonomi akan diikuti oleh bidang lain pula, termasuk nilai dan budaya.
Teknologi canggih yang dimanipulasikan oleh Barat, bukan sekadar satelit dan teknologi maklumat, bahkan
penemuan sains lain yang sentiasa diusahakan seperti mencipta klon supaya membawa perubahan kebudayaan
dalam kalangan manusia.Perubahan pemikiran tentang politik seperti melakukan demonstrasi di jalanan juga
mempunyai pengaruh berikutan dunia tanpa sempadan yang menyebabkan pengaruh luar boleh meresap ke negaranegara lain. Globalisasi politik ini juga mempunyai kesan buruk yang menyusahkan rakyat tidak berdosa seperti
peniaga kecil, orang biasa, pemandu teksi dan para pelancong.
Proses globalisasi politik sekarang sangat pantas meresap dalam pemikiran dan gaya hidup yang juga
dimanipulasikan oleh kuasa-kuasa Barat. Apa yang jelas yang menjadi tabiat kepada manusia, adalah perkara buruk
mudah menjadi ikutan. Akal fikiran yang dapat memikirkan ke arah kebaikan adalah landasan penting bagi
mengelakkan sesuatu perkara buruk berlaku. Globalisasi mudah mempengaruhi perasaan dan sensitiviti masyarakat
ke arah bertindak ganas tanpa memikirkan kesannya.
Budaya yang bertentangan tidak diterima, tidak seiring meresap melalui proses globalisasi. Perlakuan cara
berpakaian, cara bercakap, cara bertindak menunjukkan ciri kesejagatan yang dipengaruhi ideologi dan
peranannya.Sebagai benteng yang kuat dalam apa juga kegiatan baik politik, budaya dan ekonomi, peranan budi
bahasa dan akhlak yang diwarisi sejak turun-temurun yang menjadi budaya Melayu dan tamadun Islam seharusnya
menjadi landasan. Pembangunan dan kemajuan yang sempurna juga mestilah seimbang antara kerohanian dan
kebendaan.
Oleh itu, semua pihak harus menyedari kesan globalisasi ini dan bersedia dengan langkah yang komprehensif. Kita
tidak boleh mengelak daripada menghadapi globalisasi kerana tanpanya kita akan terus ketinggalan. Oleh itu, kita
perlu bersedia untuk mengatasi sebarang cabaran yang wujud daripada fenomena globalisasi ini. Bagi sains,
teknologi dan kejuruteraan sebenarnya mempunyai perbezaan tetapi saling berkaitan dan tidak boleh dipisahkan.
Tumpuan yang keterlaluan pada salah satu hujungnya akan meruntuhkan ketiga-tiga bidang ini. Jika Malaysia ingin
menjadi negara industri yang sihat dan kukuh ia perlu mempunyai keupayaan kejuruteraan yang tinggi dan sains
asas yang kukuh serta pengaliran pengetahuan yang lancar diantara kedua-duanya.

KESIMPULAN

Hegemoni merujuk kepada konsep yang datangnya daripada pemikiran barat sejak berabad yang lampau telah
banyak mempengaruhi hala tuju dan dasar negara-negara tertentu khususnya yang pernah dijajah secara fizikal oleh
mereka. Segala kekayaan sumber asli yang diangkut dari negara-negara tersebut telah diguna kembali untuk
menguasainya dalam bentuk penjajahan yang lain. Dasar globalisasi yang dipelopori Barat banyak memberikan
kesan kepada ketamadunan dunia yang meliputi politik, ekonomi, sosial, budaya, pendidikan dan lain-lain lagi.
Bagi umat Islam, cara untuk menangani perkara ini perlulah dengan cara Islam iaitu menghayati Islam sebagai satu
cara hidup. Umat Islam perlu bijaksana dalam menghadapi segala bentuk ancaman dan serangan yang timbul
daripada fenomena hegemoni ini. Ketahanan diri dengan nilai-nilai keagamaan dan keislaman perlu dikukuhkan dan
didampingi persekitaran politik, ekonomi dan sosial yang betul-betul mengikut landasan Islam sambil berusaha
mengembalikan era globalisasi Islam pada zaman kebangkitan Islam dahulu. Hegemoni Barat melalui apa bentuk
sekalipun seperti globalisasi perlu ditangani dengan baik agar masyarakat dapat dihindarkan daripada pengaruh dan
corak hidup yang menyeleweng daripada nilai keagamaan dan kelekaan dengan kehidupan yang tidak bermoral.
Penentangan islam tehadap sekularisme tidak bermakna pemusuhan terhadap barat tetapi bermaksud untuk
melindungi agama islam daripada penyangkalan dan pengkategoriannya yang hanya pada hal-hal bersifat ritual dan
peribadi sahaja. Perbincangan mengenai islam dan barat biasanya tidak dapat lari dari konflik yang muncul di antara

kedua-dua tamadun tersebut. Oleh itu, kita sebagai umat manusia sewajarnya menghayati ajaran dan sunnah yang
dibawa oleh rasulullah sebagai panduan dan tidak menyalahi segala pekara yang bertentangan dengannya dan akan
memperolehi kesejahteraan hidup seseorang umat.

Terdapat pelbagai maklumat yang telah diperolehi berkaitan dengan globalisasi sama ada maklumat
tersebut bersifat positif mahupun negatif. Oleh itu, sebagai umat islam disarankan supaya berhati-hati semasa
penerimaan sesuatu maklumat . Maklumat yang diterima hendaklah diselidik atau disemak terlebih dahulu sebelum
menerimanya. Jika maklumat tersebut bersifat positif seseorang itu boleh untuk menerima dan menjadikan
maklumat tersebut sebagai pengetahuan dan panduan, mankala bagi maklumat yang negatif perlulah di hindarkan
agar maklumat tersebut tidak akan menyesatkan dan memesongkan umat islam dari perkara yang bertentangan
dengan islam.

Anda mungkin juga menyukai